Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
KAMAL ADLI keluar tergesa-gesa dari bilik guru disiplin dan seperti biasa tidak mengucapkan terima kasih . Kemudian mengambil beg galas, dan buku Sejarah Tingkatan Lima dari tangan Salina . " Kamal!! tunggu !!." Salina berlari-lari anak membelah gerimis yang menadah senja. Salina terhenti . Kaku melihat Kamal Adli terduduk di tepi padang sekolah . Wajahnya yang tenang tadi mula tegang .Ternyata kuliah disiplin yang baru diberi oleh Cikgu Ismail Ishak tadi sangat meruntun hati pijarnya. Salina tahu selama ini cuma dia, cuma dia yang mengambil berat akan lelaki itu .Satu kelas di Tingkatan 5 Budi memulaukan Kamal Adli .Satu kelas di Tingkatan 5 Cekal ,dan 5 Usaha , membenci Kamal Adli. "Jangan ikut aku . Kau balik.Kau pergi balik aku kata!!" Tajam dan keras suara Kamal Adli mengherdiknya. Salina tenung wajah itu penuh kasih .Salina tenung wajah itu penuh perasaan . Salina sedar selama ini, bukan kasih seorang sahabat yang mendekatkan dirinya pada Kamal Adli .Malah kebelakangan ini, perasaan halus mula menghuni hatinya. Dia tidak tahu setulus mana rasa itu. Dia tidak sedar dari mana datangnya rasa aneh itu. "Mal!! Kalau kau masih anggap aku sahabat kau, kita balik sama-sama ya!! " Salina berusaha menyejukkan hati yang mendidih itu. " Kau ingat kau baik sangat? Kau ingat kau pandai sangat? Kau Sal… !! kau sama dengan mereka semua.Kau cuma mentertawakan aku. Mempermainkan kehidupan aku yang ditinggalkan oleh ibu bapa aku. Kau hanya bersimpati atas kemusnahan keluarga aku selepas ayah aku masuk penjara." Kamal Adli menarik nafas panjang selepas meluahkan isi hatinya. Salina diam. Hilang bicara buat lelaki itu. " Aku tahu.Aku tahu Mal. Aku buat semua ini sebab aku tahu semua cerita itu. Aku ikhlas dengan persahabatan kita. " Kata Salina lembut.Air mata mula bergenang di pipinya. "Kau baliklah Sal….Aku benci tengok muka kau." Sinis Kamal Adli meluahkan kata. Hati Salina berderai. "Aku akan balik Mal .Aku tak akan jumpa kau lagi. Aku harap, lepas ni, kau jaga diri baik-baik. Aku sedar siapa aku .Terima kasih sebab selama ini kau banyak tolong aku, walaupun kau tak sedar atau mungkin kau tak pernah tahu." Salina bersuara lagi. Kali ini agak tersekat-sekat bercampur sendu yang cuba ditahannya. Kamal Adli meraut wajahnya dengan dua belah tangan .Melihat dari kejauhan Salina berlalu pergi. Dia rasa pedih kerana menghukum Salina atas kekalutan di kolam hatinya. Gadis itu tak bersalah sebenarnya. Dia sedar tapi dia buntu. Buntu dengan masalah hidupnya. Lalu Salina menjadi sandaran kemarahan hatinya. Bulan Jun menjelma selepas berakhir peperiksaan pertengahan tahun . " Kamal Adli!! Tahniah !! awak sungguh tabah . Kejayaan ada di mana-mana selagi kita tak jemu berusaha !!" Ucap Cikgu Ismail Ishak . Nama Kamal Adli yang suatu masa dulu memenuhi rekod disiplin paling buruk di sekolah, hari ini berjaya dengan cemerlang . " Terima kasih cikgu!! Semua ni kerana jasa baik cikgu dan kawan-kawan saya." Ucapnya lanjut. Wajah kacak itu tersenyum mesra . Wajah manja Salina menari-nari di bibir ingatannya. Sekian lama,, dia rindu akan wajah mulus temannya itu. " Rehat nanti, panggilkan Salina .Aku nak jumpa." Kata Kamal Adli. Sani tersenyum pendek mendengarnya. Ada sinis bercampur-baur. "Kenapa? Kau dah rindu kat budak tu? Dulu kau marah dia, kau benci dia. Kau herdik dia. Sekarang kau nak cari dia? " Mimi menjawab tiba-tiba . "Kau suruh jer Amri beritahu dia.Aku tunggu depan kelas dia dekat Blok C lepas ni." Tambah Kamal Adli mesra. Hatinya berbunga rasa. "Tak boleh Mal. Dah hampir sebulan dia tak datang sekolah .Dia sakit " Tambah Mimi kendur. "Sakit??" Kamal Adli terdiam. Petang itu, mereka sampai di wad Hospital Universiti Sains Malaysia , Kubang Kerian, " Untuk kau Sal..!!" Kamal Adli meletakkan sejambangan mawar merah dan putih kesukaan Salina. Salina tersenyum bahagia. "Kau suka ? " Soal Kamal Adli lembut. Ada getar di hujung suaranya.Dia gugup berdepan gadis itu. Sebelum ini, perasaan itu tak pernah menguasai hati lelakinya. "Terima kasih. Tahniah Mal . Aku dengar kau lulus cemerlang ." Salina melirik manja. Kali ini, entah kenapa renungan itu menusuk ke hatinya . "Kau sakit apa Sal ?Kau tak cakap kat aku dulu . Mimi yang beritahu." Kata Kamal Adli. Lalu melirik ke wajah Mimi, Sani, Amri dan Tasya.Mereka diam tak bersuara. Ada pilu di hati mereka. "Mal !! Janji dengan aku boleh?" "Apa dia?'' Kemudian Kamal Adli menatap lembut wajah Salina. Mata mereka diam berbicara. Meluahkan rasa yang bergetar di hati. "Jangan ubah diri kau sekarang .Aku suka. Aku suka sangat Mal " Bisik Salina lembut. "Kau janji dengan aku Sal. Cepat sembuh ya !! Untuk kali ini, aku nak kita belajar sama-sama. Untuk SPM kita. Kita masuk 'U' sama-sama ." Kata Kamal Adli. "Terima kasih Mal .Aku tak pernah rasa sebahagia ini." Ujar Salina semakin kendur menahan keperitan. Mulutnya tak henti-henti mengucap kalam Allah .Ditahan-tahannya kesakitan yang makin mencucuk. "Sal?? Salina??" Kamal Adli memanggil. Gadis itu diam berpanjangan. Kamal Adli merenung jauh. Gadis itu pergi bersama harapan dan doa di hati .
penulis asal kelantan kaa...:-? huhuhu...sy dlu pun penah sek kat sek tu gak..ahakz.. apa2 pun cite ni best.. tp pendek sgt.. kalu bg pnjgkan lg mesti best.. apa2 pun tahniaahhzzz yaa..:)>-
keep it up....bez.... mmg CERPEN = cerita pendek, tp jgn terlalu cepat....at least, biar ada pendahuluan, isi yg padat, menarik, ada sedikit konflik n klimaks membuatkan pembaca x 'terkejut'..."eh2...dh abez" :) keseluruhan...ok...
wah i like it... klimaks yg trllu cpt, smpai buat i tpinga-pinga.. tp i ske cra pnyampaianya.. sbuah lggok bhs yg blh dktegorikan agak baik... syabaz...
ape la pyakit salina tu tetiba je mninggal huhhhh tergantung je citer ni cpat sgt ending
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cte neh ok..
tp cpt sgt la..