Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
'Hai.. Ini Mizan kan....' Siapa sangka, aku akan temui rakan sekelasku ketika menemani ayah mengisi petrol keretanya.
'Hai.. Ayumi rupanya.. Buat apa sekarang?' Pertemuan itu memang tidak diduga. Kami sempat bertukar telefon di akhir pertemuan, manalah tau jika nanti kami dapat berhubungan semula.
Shamizan merupakan salah seorang rakan kelas ku sebelum ini. Meskipun aku jarang berbual dengannya namun bila kami bertembung, senyuman pasti dilemparkan. Aku tidak dapat berkawan baik dengannya memandangkan ketika itu, aku harus menumpukan perhatianku sepenuhnya pada peperiksaan SPM yang bakal ditempuhi ketika itu. Apatah lagi dalam waktu yang sama aku harus bijak menyesuaikan diri di tempat baru pada saat-saat kritikal seperti itu. Inilah pengorbanan yang harus aku lalui sebagai anak tentera yang sering berpindah randah demi mengikut ayahku.
Pertemuan singkat di stesyen minyak itu senyap begitu sahaja. Tiada lagi berita dari kawan sekelasku itu. Dan aku sendiri tidak ingat lagi di mana agaknya kusimpan no telefon yang telah diberikan tempoh hari.
Semenjak alam persekolahan tamat dan menanti dengan penuh debaran keputusan SPM yang bakal diketahui tidak lama lagi, seperti kebanyakan remaja lain, aku mengambil kursus komputer. Maklumlah, sekarang ni kalau nak kerja sekurang-kurangnya perlu diunjukkan sijil komputer demi memenuhi matlamat kepesatan IT di ketika ini. Sesekali bila aku menghabiskan waktu di luar, ada juga kutemui teman-teman sekelasku dulu. Saat inilah aku mengambil peluang untuk berkenalan kembali dengan mereka. Argh! Pastinya mereka juga faham situasi ku dulu.. bukan lah tujuan ku untuk menyombongkan diri tapi aku perlu mencapat target untuk cemerlang dalam SPM. Aku sukar menerima kenyataan bahawa aku terpaksa berpisah dengan teman-teman lama, guru-guru yang banyak membantu aku selama ini di sekolah lama dulu, suasana yang amat berlainan sekali dengan tempat baru ku. Dan yang lebih menyukarkan, aku begitu lambat menerima sebaiknya penggunaan loghat yang diamalkan di sekolah baruku. Aku perlu belajar memahaminya.
Alangkah kecewanya aku bila mendapat keputusan SPM yang baru sahaja diumumkan. Mujur kutemui teman kelas lain yang turut menghadapi situasi yang sama dengan ku. Kami beriringan dengan lemah longlai melangkah keluar dari kawasan sekolah. Argh! Kusutnya.. Bagaimana nak kunyatakan pada keluargaku??? Tak dapat kubayangkan kekecewaan pada wajah kedua orang tua ku nanti.
'Hai Ayumi.. Hai Jeff!!' Kami disapa dari belakang.
'Cam ne result korang?' Aku dan Jeffry saling berpandangan, kemudian serentak melepaskan keluhan. Bagaikan memahami keadaan kami, Shamizan tidak lagi membincangkan keputusan tersebut. Dia cuba menceriakan kami dengan pelbagai topic yang agak menghiburkan. Dapatlah juga kami meninggalkan perkara yang serabutkan pemikiran sebentar tadi. 'Oklah Jeff, Mizan.. Yumi kena blah sekarang. Ni pun dah lewat ni. Mesti mak Yumi bising kat rumah tu. Tadi dia mintak Yumi call sebaik je dapat result. Tapi sampai la ni, Yumi tak bagitau lagi.' Gerunnya aku nak pulang ke rumah. Tak sanggup kulihat kehampaan pada wajah ibuku. Oh Tuhan! Kuatkanlah semangatku.
'Yumi nak Mizan hantarkan?? At least, Yumi ada gak member sepanjang jalan. Tak lah sunyi sangat on the way nanti.' Tanpa diduga, Shamizan menghulurkan bantuan. Aku menolak sama sekali pelawaannya kerana aku tidak mahu nanti kepulanganku dengannya akan menambahkan lagi kecewa di hati ibuku. 'Apa pula mak fikir nanti.. Tentu dia sangka aku dok bercinta dengan mamat ni sampai kantoi exam..'
Memang tepat dugaanku. Sebaik sahaja menerima keputusan ku, tergambar kekecewaan pada wajah kedua orang tuaku. Namun mereka cuba menyelindung perasaan itu dengan memujukku agar redha dengan pencapaianku kali ini. Aku amat bersalah kerana mengecewakan mereka. Mengapa mereka tidak mahu memarahi aku???
'Mak rasa baik Yumi terima je tawaran masuk Form 6 tu. Buatnya yang lain tu tak dapat nanti, lagi haru.' Ibu bersuara selepas membaca surat tawaran memasuki Tingkatan Enam yang baru kuterima tadi.
'Tapi mak, Yumi nak tunggu tawaran lain. Bukan apa, buku-buku kat Form 6 tu mahal-mahal belaka. Nanti buatnya dah beli sume tu, dapat lak offer kat tempat lain..Tak ke rugi nanti..' aku cuba memujuk ibu. Puas aku berdebat dengan ibu agar tidak mendesak. Ibu ku memang sebegitu, terlalu mementingkan masa depan anak-anak. Kalau boleh dia mahu melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran kerana hanya itulah yang akan menjamin kehidupan kami kelak. Akhirnya aku kalah dengan pujukan ibu yang tentunya disokong padu oleh ayah.
Setahun sudah aku menduduki Tingkatan Enam. Aku terpaksa menolak tawaran belajar lain setelah memikirkan untung ruginya setelah lama di tingkatan enam.
'Hai Ayumi... Tak sangka boleh jumpa lagi kita ni kan..' Suatu hari aku disapa oleh seseorang ketika sedang makan di kantin sekolah.
'Mizan, apa ko buat kat sini??? Nape imej ko semacam sekarang ni. Ko buat apa sekarang?' Gembira gak aku dengan pertemuan semula dengan Syamizan.
'Actually Mizan ada interview tentera laut kat sini. Jap gi ada test kat padang. Tadi baru habis test mata. Yumi sekolah sini gi ke??? OOOOO.. patutlah, rupanya dia ni salah seorang yang hadir untuk temuduga terbuka tentera laut yang diadakan di sekolah ini.
'Yup..Yumi Upper Six sekarang. Habis tu, liat sangat nak dapat offer study, baik Yumi terima je Form Six. Mana lah tau kalau-kalau rezeki Yumi kat sini nanti.'
'Oklah Yumi.. Test tu dah nak start. Nanti kita jumpa lagi. Cam ne pun, Mizan yakin, Yumi mesti boleh score nye lah STPM nanti. Pa pe hal nanti, Mizan cari Yumi kemudian ye. Doakan kejayaan Mizan ye.. By..' Kelam kabut Shamizan turun ke padang. Kedengaran jeritan dan arahan dari pegawai kadet di tengah padang. “Alamak.. Break dah habislah'...
Sejak pertemuan itu, kami terpisah lagi tanpa berita. Agaknya kami ni sahabat chipsmore gamaknya. Kejap jumpa, berpisah lamanya.
'Assalamualaikum...'
“Waalaikumussalam.. Eh Mizan.. Jemputlah masuk.... Eh ni sapa..' Tanpa disangka, Shamizan telah datang ke rumah ku pada hari raya kedua bersama seorang gadis. Pastilah aweknya. Maklumlah, setakat yang aku pernah dengar, dia ni dalam kategori buaya darat gak. Maklumlah, muka ala-ala Hindustan tapi sikit je tau.
'Yumi tak kenal Nana ni ke? Aik sekampung pun tak kenal???' Rupanya teman yang dibawanya adalah turut sekampung dengan ku. Manalah aku berpeluang keluar merewang-rewang di sekitar kampungku. Lepas tingkatan lima, aku ambil kursus komputer, kemudian kursus bahasa Inggeris, dapat keputusan terus terima tawaran ke tingkatan enam. Aku lebih senang menumpukan perhatian kepada pelajaran dan selebihnya menonton televisyen di rumah. Sememangnya aku adalah dari kalangan orang yang begitu malas sekali untuk keluar rumah. Bagi ku rumah adalah segalanya. Sejak detik itu, aku mula bersahabat dengan Nana yang sememangnya awek Mizan di saat itu. Awek yang ke berapa, itu tak dapat ku pastikan. Persahabatan ku dengan Mizan juga semakin erat. Aku senang dengannya apatah lagi hubungan kami tidak disalah ertikan oleh Nana. Kami sentiasa saling berhubungan dan berkirim salam sesama sendiri.
Berita terkini yang kuperolehi, Shamizan dan Nana telah bekerja di kilang yang berlainan. Aku pula meneruskan perjalanan impianku untuk mencapai yang terbaik dalam STPM.
'Assalamualaikum.. Boleh bercakap dengan Ayumi..' Kenapa ya suara itu tidak seriang selalu. Kenapa denganmu wahai sahabatku. Tak pe, nanti akan kutanya dari Nana tentang Shamizan.
Shamizan memujukku untuk keluar ke pekan. Meskipun pada waktu itu aku amat perlukan ketenangan untuk persediaan menghadapi STPM minggu hadapan, namun tak sampai hati ini pula untuk menolak pelawaannya. Inilah kali pertama aku mendengar suara sahabatku dengan nada yang kurang menyenangkan. Mengapa ye.. Tambahan pula, agak lama juga kami tidak berhubungan memandangkan peperiksaan ku kini tidak sabar lagi menjelmakan dirinya.
'Ayumi, Mizan dah berhenti kerja. Mizan rasa hidup Mizan dah tak guna lagi. Dah tak de maknanya lagi. Nana minta kami putuskan perhubungan. Puas Mizan pujuk tapi dia tetap berkeras dengan keputusannya tu. Buat apa lagi Mizan nak keje. Siang malam, pagi petang.. Mizan asyik ingatkan dia je. Sampai keje Mizan pun terganggu. Mizan kecewa dengan sikap Nana. Sebenarnya, kami dah lama putus tapi Mizan segan nak bagitau Yumi. Mizan faham, Yumi nak exam tapi selagi Mizan tak luahkan semuanya pada Yumi, Mizan rasa tak tenteram. Mizan perlukan kawan untuk mendengar luahan hati Mizan. Mizan minta maaf sebab ganggu Yumi.' Oh Tuhan.. Aku sangkakan hubungan mereka akan berkekalan selamanya. Rupanya tidak kesampaian. Dan tak kuduga, sebegini serius sekali Shamizan menyintai Nana. Pasti kali ini, dia telah membuang sikap buaya daratnya selama ini.
Aku berusaha memujuk sahabat ku itu. Pelbagai kata semangat kuhadiahkan buatnya agar dapat memperkuatkan hati menghadapi kenyataan. Dalam waktu yang sama aku berjanji pada diri sendiri untuk memperbaiki semula perhubungan mereka berdua. Masih kuingat lagi kata-kata terakhir sebelum kami berpisah 'Mizan, walau apa pun terjadi antara kau dengan Nana, kau kena hadapi kenyataan. Yumi akan cuba berjumpa dengan Nana. Tapi ingat, walau apapun nanti yang terjadi.. Mizan perlu berjanji pada diri sendiri yang Mizan perlu kuat. Come on Mizan, kau tu lelaki. Jangan biarkan diri tu tewas melayan perasaan. Jangan sangka dengan ketiadaan Nana, kau tak mampu nak hidup macam dulu lagi. Mizan masih ada family.. Parents Mizan tentu sedih dengan keadaan Mizan sekarang kan. Takkan Mizan nak bagi contoh lelaki yang lemah pada adik Mizan. Bangun Mizan. Lawan semua tu. Tak de maknanya Mizan duduk layan perasaan sendirian dan biarkan diri Mizan kosong sekosong-kosongnya. Mizan, walaupun Nana tidak ditakdirkan untuk Mizan, masih ramai lagi perempuan lain untuk Mizan. Tuhan dah tentukan pasangan kita masing-masing Mizan. Mizan nak jadi apa... Tak bekerja.. Tak buat apa pun. Mizan, dengar cakap Yumi ye..'
'Tapi Yumi.. Mizan dah sayang Nana sepenuh hati. Keluarga Mizan pun dah tau hubungan kami. Tak guna lagi Yumi nak pujuk Nana. Nana dah terus-terang dengan Mizan yang dia dah jumpa orang lain. Senang betul Nana berpaling arah kan... Argh.. Perempuan.. Semuanya begitu!!!' Ini tak boleh jadi.. Berdesing telinga aku mendengar pertuduhan yang tidak berasas itu.
'Mizan..jangan nak sama kan semua perempuan tau tak.. Tak semua perempuan bersikap sebegitu dan tak semua lelaki sesetia Mizan.. Jangan nak mengarut lagi. Sekarang Yumi nak, Mizan balik.. dekatkan diri dengan Tuhan. Solat, mengaji, berdoa dan minta agar diberi kekuatan untuk hadapi semua ni dengan redha. Ingat!! Ini cuma mainan perasaan. Camne Mizan nak jadi ketua keluarga kalau benda cam ni pun tak boleh nak hadapi. Ini baru sikit Mizan. Belajar jadi lelaki sejati, bukan lemah cam ni. Ok.. sekarang..Yumi nak Mizan balik dan kenal diri sendiri. Pastu pegi cari keje semula. Jangan sebab perempuan, Mizan nak jadi penganggur terhormat. Patutnya Mizan kena buktikan pada Nana yang Mizan mampu hidup gembira meskipun tanpa dia di sisi. Dan Mizan kena cari kerjaya yang dapat menjamin masa depan Mizan agar insan yang Mizan sayangi akan merasa dirinya terjamin di sisi Mizan. Ingat, jangan nak bersedih lagi..'
Sejak pertemuan itu, Shamizan tidak lagi menghubungiku. Risau juga aku fikirkan tentang sahabatku itu namun aku yakin dia mampu pilih mana yang baik dan mana yang buruk. Dalam waktu yang sama, aku perlu hadapi STPM ku dengan fikiran yang agak bercelaru dengan masalah temanku itu.
Tapi apa yang lebih memeranjatkan aku, sikap Nana yang benar-benar berubah. Dia tidak lagi seramah dulu. Dia sentiasa cuba melarikan diri dari bertembung dengan ku. Sehinggalah pada suatu saat, secara kebetulan kami bertemu ketika menghadiri majlis perkahwinan teman sekampung. Kebetulan kami duduk makan di meja yang sama. Awal-awal lagi Nana telah memberi amaran kepada ku agar jangan disebut kisahnya dengan Shamizan. Aku agak terkejut. Dia mengaku telah meminta agar perhubungan mereka diputuskan dengan alasan tidak pasti sejauh mana kasih sayang Shamizan terhadapnya dan yang lebih utama, tidak yakin dengan masa depan mereka kelak. Sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya, Nana lantas memperkenalkan kekasih barunya padaku. Dan kini yakinlah aku pada kata-kata Shamizan pada pertemuan terakhir kami.
Setelah pertemuan itu, sekali lagi aku terputus hubungan dengan seorang lagi sahabat ku, pastinya Nana. Agaknya memang macam ni orang kalau dah putus cinta. Kawan pun terbabit sama. Nasib aku masih kekal dengan prinsipku.. Study dulu, baru bercinta.. Biarlah dia lelaki pertama dan terakhir dalam hidupku..
Setahun kemudian, aku menerima panggilan daripada seseorang yang sekian lama menyepikan diri..Shamizan.. Argh sahabatku itu, bila rasa perlukan aku.. barulah dihubunginya aku.. Kalau tidak, dibiarkan aku menunggu khabar beritanya sahaja. Begitu juga dengan Nana. Memang patut pun mereka dipertemukan.
'Ayumi, Mizan ada hal nak bagitau. Pape pun sori lah sebab lama tak contact. Actually lepas Yumi brain wash Mizan dulu, Mizan buat segala apa yang Yumi sarankan. Kemudian Mizan cuba fikir sedalam-dalamnya. Betul gak apa yang Yumi katakan. Patutnya Mizan perlu tunjukkan yang Mizan mampu berjaya dalam hidup walaupun tanpa Nana. Kebetulan masa tu ada temuduga untuk menyertai A.L.A.M. Syukur, permohonan Mizan diterima dan Mizan berjaya masuk kadet A.L.A.M. Sebab tu, Mizan lama tak contact Yumi. Mizan rasakan, dunia Mizan dah kembali cerah seperti sediakala semula. Rasa-rasanya lebih cerah dari sebelum ni. Mizan pun dah malas nak fikir kisah-kisah dulu.. Memang Mizan terasa bodoh sekali. Kalau bukan kerana Yumi, tentu Mizan tak berada di tahap ini..' Aku gembira dengan perubahan Mizan. Teringin sekali aku melihat sendiri keceriaannya ketika ini.
'Mizan, semua tu atas usaha Mizan. Yumi just bagi idea je. Kalau Mizan tak cuba, tentu tak guna jugak kan.. So..' Belum sempat kuhabiskan kata, Mizan segera meningkah kata-kataku.
'Ayumi.. hari ni Mizan tak nak Yumi cakap apapun sampai satu ketika, Mizan minta Yumi bercakap..baru Yumi dibenarkan bercakap.. Boleh ye..'
'Eh..mana boleh., Yumi mana boleh senyap je..'
'Hah Tengok.. Belum pape gi dah mula potong cakap Mizan. Tunggu arahan Mizan, ok.. Actually, Mizan memang nak jumpa sangat-sangat dengan Yumi tapi Mizan tak berani. Mizan nak luahkan semuanya pada Yumi secara face to face tapi Mizan tak mampu lakukan. Selama ni, Yumi mampu berdepan dengan mana-mana perempuan pun tapi dengan Yumi, Mizan rasa semacam.' Alamak..Pe hal pulak mamat ni.. Aduhai, jangan dia cakap yang bukan-bukan dah lah.. Mau gelak besar aku nanti ni.. Hehehehe.. Perasan pulak aku sekejap..
'Sebenarnya Mizan dah lama fikirkan hal ni. Mizan berdoa siang-malam agar apa yang Mizan luahkan nanti memang tepat dan membahagiakan Mizan. Sebelum tu, Mizan nak tau, Yumi dah berpunya ke??' Argr, sudah!! Ni yang aku tak suka sangat ni..
'Mizan tanya ni kan.. Jawablah just dah atau belum je.. Tak yah panjang-panjang jawapan tu..'
'Apalah Mizan ni.. Mana lah Yumi penah ada pakwe.. Sapa lah yang berkenan kat Yumi ni.. Lagipun Yumi nak keje dulu..' Belum sempat habis, Shamizan telah memotong kata-kataku.
'Oppssss.Cukup.. Jawapan yang amat Mizan tunggukan selama ini.. Yumi, boleh tak kalau Yumi jadi teman istimewa Mizan???!!' DUP...Tolong!! Jantungku berhenti.. Mana pulak jantung aku ni...
'Ayumi..Hello.. Hello.. Yumi ok tak??' Hah.. agaknya jantung aku dah masuk balik kot kat posisi sebenar dia. Kalau tak, mesti aku tak dengar suara mamat ni.
'Ayumi..sorry..Cam nilah..Mizan bagi tempoh Yumi fikirkan perkara ni semasak-masaknya. Nanti Mizan call lagi. Tapi Mizan harap, Yumi akan beri jawapan yang positif nanti ye. By. Assalamualaikum.' Shamizan terus meletakkan telefon tanpa sempat aku menjawabnya.
Aku terkaku di telefon. Mujurlah ibuku memanggil, kalau tak rasanya mau cair gagang tu kat telinga aku ni. Isy,...mengarut betullah.. Rasanya mamat ni mesti tengah tak betul ni. Lantaklah.. Malas aku nak fikir..
Hampir sebulan lamanya dia tidak menghubungiku. Aku pasti, Shamizan sekadar bergurau dengan ku. Maklumlah, dia pasti tau sikap ku dalam kes-kes sebegini, alergik giler.. tahap kritikal... heheheheheheheheheheh..
Isy..isy.. Boringnya. Itulah, tadi waktu ibu pelawa menghadiri kenduri kahwin di rumah rakannya aku tolak. Sudahnya sekarang ini, aku buntu tinggal di rumah keseorangan. Waktu-waktu macam ni, tak de pula movie yang menarik ditayangkan di televisyen. Akhirnya aku cuba menghabiskan kebosanan ku akibat keseorangan dengan mendobi segala kain baju yang kurasakan perlu dibersihkan. Sesekali tunjuk rajin pada ibu, apa salahnya. Hehehehehe.
Alamak.. sibuk betullah telefon ni. Dahl ah aku tengah busy nak ampai kain ni.
'Hello..'
'Assalamualaikum.. Amboi garangnya angkat telefon..' La.. mamat chipsmore ni rupanya.
'Nape call time ni... Yumi tengah ampai kain le..Cuba telefon kejap-kejap lagi ke..' Sebenarnya aku gembira terima panggilan tersebut. Opppssss.. ikhlas sebagai seorang sahabat. Kisah-kisah dulu, memang dah dilupakan.
'Rajinnya anak Encik Syarhan ni. Hai.. Bertuahlah Mizan nanti kan..' Panasnya telinga aku ni. Apalah mamat ni, mulalah nak mengusik aku tu..
'Aik.. Diam dah.. Ok lah sayang.. Actually Mizan pun tak leh lama ni.. Ada training jap gi.. Sorry le lama tak call. Aktiviti padat sangat lah, yang...' Geli nye aku dengar ungkapan gatal darinya.
'Kau tu memang tau.. Mulai hari ni Yumi nak panggil Mizan 'Mamat Chipsmore' sebab kejap ada, kejap tak de.. Hehehehehehehe.. Tak cuti ke??' Aku cuba menyakatnya pula.
'Nape..Yumi dah rindu ngan Mizan ke???' Ini yang aku malas nak layan mamat ni. Aku cuma mendiamkan diri. Biar mamat tu rasa bersalah.
'Yumi..Mizan pun tak boleh lama ni. Mizan saja guna masa yang ada untuk call Yumi. Mizan rindu pada Yumi tau..'
'Ye ke.. Tak salah kan kalau rindu buat seorang kawannya.. Yumi pun rindu pada member chipsmore Yumi ni..' Kedengaran keluhan kecil dilepaskan di talian sana. Hampir beberapa detik, Shamizan mendiamkan diri.
'Yumi..Ini bukan rindukan kawan biasa, ok! Mizan rindu yang teramat rindu pada Yumi. Actually Mizan nak sangat tau jawapannya dari Yumi.' Argh sudah.. Mamat ni dah buat perangai balik. Apa aku nak buat ni...
'Yumi, Mizan harap Yumi akan memberi jawapan yang akan menggembirakan. Cukuplah Mizan dah puas menderita selama ini. Mizan tak mau jadi pelarian lagi. Mizan berharap kali ini, hidup Mizan akan kembali bersinar. Mizan berjaya ke sini pun atas sokongan dan perhatian Yumi terhadap Mizan selama ini. Mizan rasa, Mizan dah jumpa dengan impian Mizan. Mizan harap biarlah harapan dan impian Mizan kali ini akan berakhir dengan kebahagiaan untuk selamanya. So, boleh Yumi bagi jawapannya sekarang. Mizan tak boleh nak menunggu lebih lama lagi. Please..' Ya Tuhan. Apa yang harus aku lakukan sekarang. Dia dah terlalu mendesak.
'Mizan.. Yumi rasa Yumi masih belum bersedia untuk semua tu. Bercakap pasal ni pun Yumi dah rasa kelakar, inikan pulak nak join perasaan gitu. Relax le Mizan. Mungkin Mizan belum jumpa perempuan lain, tu yang rasa cam tu. Yumi pasti, lama-lama nanti pasti Mizan jumpa impian Mizan yang sebenar. Yumi tak reti nak layan-layan perasaan ni apatah lagi nak layan perasaan orang lain. Yumi senang lagi kita berkawan macam sekarang. Mizan bebas, Yumi pun bebas. Lagipun Yumi nak enjoy lah. Sekarang ni pun Yumi baru je keje. Sambilan pulak tu. Yumi nak cari keje tetap, kumpul duit, nak enjoy dulu. Yumi tak nak terikat dengan komitmen lain. Yumi nak enjoy ok.. Yumi takut lah nak masuk dunia cinta ni. Semua tu banyak penipuan dan kekeliruan. Mizan sendiri adalah contoh yang terdekat kan. Mizan, baik Mizan lupakan semua tu. Kita buat macam tak de pape pun ok. Kita kawan cam dulu-dulu. Enjoy. Happy.. Tapi kali ni, Mizan jangan lah jadi chipsmore lagi. Boleh ye..' Aku meluahkan segala apa yang kupendamkan ketika ini dengan harapan agar dia akan melupakan saja segala perasaannya itu.
'Ayumi ingat Mizan ni main-main ke?! Mizan serius tau tak.. Ini lah perasaan sebenar Mizan pada Yumi. Mana boleh nak buat-buat lupa semua tu. Agaknya Yumi takut sebab sebelum ni macam-macam yang Yumi dengar tentang Mizan kan. Memang Mizan mengaku dulu Mizan suka main-mainkan perasaan orang. Lepas tu, bila Mizan dah terkena dengan Nana..Mizan mula fikir mungkin ini balasan pada Mizan. Mizan tekad, Mizan takkan mainkan lagi perasaan orang lain. Mizan akan hargai orang lain di sekeliling Mizan. Dan Yumi lah yang paling banyak membantu Mizan. Kerana Yumi lah, Mizan mampu capai kedudukan sekarang. Kalau tak, mungkin Mizan masih melepak lagi dengan kawan-kawan Mizan. Paling tidak pun, Mizan pasti akan join semula ngan benda tu. Yumi tau apa kan. Yumi lah satu-satunya insan yang membantu Mizan buka mata tentang perjalanan hidup yang masih jauh. Yumi, please. Tolong bagi jawapan sama ada Yumi setuju atau tidak dengan hasrat Mizan. Tolong. Mizan dah bagi masa pada Yumi untuk fikirkan semua tu. Kali ni, Mizan takkan tunggu lagi. Please!!' Aduh, sakitnya kepala otak aku. Mampu ke aku terima perasaan dia sedangkan aku belum bersedia untuk semua itu. Tambahan lagi, kami masih belum saling mengenali hati budi masing-masing. Yelah, kejap ada..kejap tak de. Kena cari idea baik ni untuk elak masuk dunia baru.
'Ok.. Mizan. Macam nilah, Yumi rasa Yumi belum bersedia lagi nak terima perasaan Mizan. Kita berkawan dulu ye. Kalau nanti ada keserasian, Insya-Allah kita akan bersama. So buat masa ini, kita berkawan dulu. Boleh ye.' Amin. Dapat jugak aku berikan jawapan yang sesuai untuk persoalannya. Nasib baik otak ini masih mampu berfungsi lagi. Sekian lama Syamizan menyepikan diri. Tiba-tiba talian kami terputus. Alamak.. Apa hal pulak ni. Mana si Mizan ni. Takkan lah marah sampai letak telefon. Lantaklah. Aku kembali meneruskan kerja-kerja ku yang tertangguh sebentar tadi.
Alamak..Lagi sekali telefon ni berbunyi pula. Waktu aku tengah mandi pula tu. Tunggu jap lah. Takkan aku nak keluar dengan kain basah dan bersabun ni. Sabar lah kau wahai penelefon. Kalau putus, jangan lupa cuba dial semula ye.
'Hello. Sapa tu?' Mungkin pemanggil tadi yang cuba membuat panggilan semula kot. 'Hello. Sapa ni? Hello..Hello'. La.. nak main-main ke apa ni. Tak de jawapan langsung. Bengangnya aku.
'Hello.. Macam ni lah wahai si pemanggil. Kalau awak tu kaya sangat duit nak buat panggilan tak bersuara, baik awak buat panggilan ke tempat lain. Saya tak de masa nak layan panggilan yang macam ni ye. Harap maaf..' Belum sempat kuhempaskan gagang, terdengar suara lemah dari sana.
'Yumi..Ni Mizan. Maaf lah..' Ya Allah.. Mamat ni lagi.
'Ni apa hal ni Mizan. Yumi ingat orang bisu ke yang buat call tadi. Nape ni? Ada masalah ke?' Amacam, ok tak lakonan aku. Konon-kononnya lupa lah tu insiden pagi tadi.
'Yumi, Mizan rasa hidup Mizan dah tak de guna lagi. Mizan ingat, kalau Mizan dah ada kehidupan yang sempurna pasti Yumi akan terima dan terus menyokong Mizan. Tapi nampaknya semua tu tinggal impian. Tak boleh ke Yumi bagi peluang pada Mizan? Mizan janji Mizan takkan lukakan Yumi. Mizan akan jadi yang terbaik untuk Yumi. Mizan akan pastikan hidup Yumi bahagia dan terjamin. Percayalah.' Dia berusaha memujukku. Rayuannya berterusan. Begitu mendayu-dayu sekali. Namun aku masih kekal dengan jawapan ku. Sebenarnya aku begitu takut mengalami perasaan cinta kerana dari apa yang aku lihat pada teman-teman sekelilingku termasuk Mizan sendiri, jarang sekali perhubungan itu berakhir dengan kebahagiaan. Kerana itulah, aku telah menerapkan prinsip kehidupan ku untuk bercinta dengan hanya seorang lelaki sehingga ke akhir hayatku- maknanya dialah yang pertama dan terakhir dalam kehidupanku. Aku mahu percintaan aku kelak akan berakhir dengan perkahwinan dan bahagia hingga ke akhir hayat hanya dengan seorang lelaki. Tiada duka mengelilingi kegembiraanku. Aku tidak bersedia menghadapi kelukaan....Sehinggalah..
'Baiklah, kalau Yumi dah tekad dengan keputusan Yumi. Sekarang Yumi dengar pulak keputusan Mizan ok.. Sebab segalanya bergantung pada Yumi.' Berdebar nya hati ini menanti bicara Mizan yang seterusnya. Lama jugak aku bergayut di talian hari ni. Mujurlah tak de orang di rumah. Kalau tidak, mau panas jugalah telinga ku yang sebelah lagi mendengar sindiran dari ibuku.
'Yumi, lepas ni kita hanya berjumpa sekali-sekala saja. Mizan tak boleh nak lupakan hasrat Mizan. So Mizan dah fikir jalan terbaik untuk kita. Kalau Mizan masih di sini, pasti Mizan akan sentiasa memaksa Yumi terima Mizan. Mizan tak mau nanti Yumi benci Mizan hanya kerana desakan itu. So Mizan akan memilih untuk naik kapal luar. Hanya dengan itu saja Mizan mampu belajar melupakan Yumi.' Ya Allah, apa yang harus kulakukan.
'Mizan, apa Mizan cakap ni. Tak baik tau. Buat apa nak pilih kapal luar pulak. Setahun pun ntah balik ke tidak agaknya ke sini nanti. Kenapa perlu buat begitu? Mizan tak fikirkan keluarga Mizan ke?? Come on Mizan. Kita kan masih boleh berkawan. Yumi tak lah bermaksud nak putuskan terus persahabatan kita cuma Yumi tak dapat terima perasaan lebih dari seorang kawan je. Jangan lah disebabkan Yumi, family Mizan akan kehilangan Mizan pula. Nanti Yumi akan rasa bersalah seumur hidup ini terhadap family Mizan. Lagi pun bahaya Mizan. Mereka pasti belayar jauh dari perairan Selat Melaka. Ombak lautan luar terlalu merbahaya. Please Mizan. Jangan buat begini. Kesiankan lah family Mizan especially orang yang telah mengandungkan Mizan selama 9 bulan. Apakah hanya kerana Yumi yang baru Mizan kenali, sanggup lukakan hati mereka?' Aku tak dapat membayangkan perasaan bersalah ku kelak. Aku dapat rasakan sebegitu pada ibuku sendiri jika aku yang mengambil keputusan sebegitu.
'Tak pe lah Yumi. Nanti Mizan slow talk dengan parents Mizan. Mungkin mereka akan faham. Sedih tu memang lah sedih tapi Mizan tak mampu berada dekat dengan Yumi hanya dengan berkawan sahaja. Biarlah nanti, sesekali saja Mizan kembali ke Malaysia. Mungkin ketika tu nanti, Mizan mampu melawan perasaan Mizan.' Aku benar-benar terpukul dengan keputusannya. Hish.. kalau dah menyentuh bab keluarga ni, memang aku lemah sikit. Maklumlah aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang agak bahagia dan saling memerlukan antara satu sama lain. Sebab itulah aku dapat membayangkan kesedihan hati seorang ibu dan ayah bila berjauhan dengan anaknya yang belayar membawa diri di rantauan. Tambahan pula aku pernah membesar dan berkawan dengan anak-anak tentera laut, makanya aku tau betapa sunyi dan rindunya ketika orang tersayang bertarung dengan pelbagai rintangan ketika belayar di lautan. Aku kena beralah kali ini bila semua pujukan ku ditolak mentah-mentah.
'Mizan, macam ni lah. Apa kata kalau Mizan pilih je untuk joint kapal perairan Malaysia je. Ok.. Yumi cuba untuk terima Mizan. Tapi ini baru C.U.B.A..ok.. Yumi tak leh janji yang Yumi akan sayangkan Mizan. Ini percubaan ye!!!! Yumi tak sanggup tengok mak ayah Mizan tertunggu-tunggu kepulangan Mizan dengan penuh debaran. Mizan juga tak boleh paksa Yumi untuk menyayangi Mizan lebih dari seorang kawan. Yumi nak ingatkan lagi yang ini adalah percubaan. Tapi kalau Mizan dah jumpa perempuan lain, Mizan kena bagitau Yumi ye. Sebab masa tu nanti kalau Yumi masih dengan perasaan Yumi sebegini, Yumi akan lepaskan Mizan. Setuju tak???' Berpeluh jugak aku memberi cadangan yang tidak dapat diterima langsung oleh akal logikku sendiri.
'Terima kasih Yumi. Ok. Jap gi Mizan jumpa diorang ubah keputusan Mizan tadi. Mizan harap Yumi akan belajar menyayangi Mizan perlahan-lahan. Mizan janji Mizan takkan sia-siakan Yumi. Mizan akan jadi yang terbaik buat Yumi. Tq sayang..' Aku mencebikkan bibir.
'Lelaki Mizan... Mula-mula bila baru dapat, macam-macam yang dijanjikan. Bila dah dapat nanti lama-lama lain pula yang dilakukan. Banyak dah yang berlaku di sekeliling Yumi. Sebab tu Yumi malas nak fikir tentang perasaan ni. Mizan dulu pun salah seorang lelaki yang sebegitu kan! Kalau Mizan nak tau, prinsip diri Yumi biar lah lelaki itu yang pertama dan terakhir Yumi sayangi. Yumi ni susah sikit nak sayang orang. Tapi kalau Yumi dah betul-betul sayang esok..susah pulak nak Yumi lupakan. So sebelum Yumi sayang Mizan, lebih baik Mizan cari orang lain secepat mungkin. Ingat tu..' Aku cuba untuk mengusik di samping memperingatkan sahabat ku itu. Mungkin pada dia, aku telah menerimanya namun bagiku buat masa ini, dia adalah sahabatku. Aku terpaksa menerimanya demi keluarganya. Lagipun aku masih simpati dengan keadaan dirinya. Aku tidak mahu dia terus kalah dalam kehidupannya hanya semata-mata tewas pada seorang perempuan. Aku mahu dia terus kuat demi masa depannya. Dan aku.. akan kukorbankan sedikit perasaan ku demi seorang sahabat.
'Oklah sayang.. Mizan nak gi office jap tukar pilihan Mizan. Thanks, sayang. Mizan akan jaga hubungan kita dan menyayangi sayang setulus hati hingga ke akhir hayat. Take care. Malam ni kalau free, Mizan try call sayang lagi ye. By..Mmmmmuuuaaahhh..' Eeeee.. Gelinya. Ini ke gaya orang bercinta. Hish.. Tak masuk dek akal langsung.. Bersayang-sayang pulak. Tolonglah Ya Allah, pertemukan dia segera dengan perempuan lain. Amin.
Mujurlah Mizan telah menamatkan perbualan kami. Tidak lama selepas itu, ibu dan ayah kembali dari kenduri tersebut. Dia membebel bila setiap kali membuat panggilan ke rumah, aku langsung tidak menjawabnya. Ooooo.. agaknya aku tak perasan panggilan tadi kot. Dan aku hanya memberi alasan tidak sedar kerana tidur. Nasib baiklah ibu tidak membebel lagi. Risau le tu.
Tepat jam 10.00 malam, rumah ku diganggu panggilan telefon. Kebetulan ibu yang mengangkatnya. Dia memandangku sinis sambil mengangkat kening menandakan tidak tahu siapa pemanggil yang ingin bercakap dengan ku. Aku yang ketika itu hampir lena diulit mimpi menyambut malas panggilan itu. Rupanya Shamizan. Seperti tadi, ungkapan romantic semakin meniti di bibirnya. Aku membalas biasa. Dan aku menyatakan rasa mengantukku kepadanya. Hish..tak kuasa nak melayan waktu-waktu begini. Tambahan pula ibu dan ayah di hadapan ku ketika itu. Maklumlah telefon berhampiran ruang menonton televisyen.
'Kawan Yumi ke? Sejak bila mula telefon waktu-waktu begini?' Seperti dijangka, pasti ibu dan ayah mengusikku.
'Alah bu.. Si Shamizan, rakan Yumi yang kita jumpa kat stesyen minyak dulu. Ayah pasti ingatkan. Yumi kenalkan pada ayah dulu. Dah lama. Ada juga dia called Yumi sebelum ni tapi jarang-jarang. Lepas ni nanti, makin kerap lah dia call Yumi.' Ayah tersenyum sumbing.
'Oh si Mizan yang Yumi kata macam chipsmore tu ke. Nape, sekarang ni dah tak hilang-hilang lagi ke? Allah.. Yang pernah beraya dengan anak kak Enon kat sini hari tu. Betul kan Yumi?!' Nampaknya ibu masih mengingati rakan-rakan ku. Sudah menjadi tradisi, aku pasti akan memperkenalkan rakan-rakanku pada kedua orang tua agar mereka tidak gusar pada pergaulan ku. Aku menganggukkan kepala membenarkan sangkaan ibu.
'Yumi, ibu tak kisah Yumi nak kawan dengan sesiapapun. Tapi Yumi harus sentiasa ingat agar jangan melewati batasan pergaulan. Ibu takkan halang Yumi tapi jaga maruah diri. Jangan memalukan diri sendiri dan keluarga. Yumi pun dah cukup dewasa dengan semua itu. Berkawan, bercinta, berkasih – semuanya boleh dan tak salah. Tapi jangan biarkan diri tu terjerumus dalam benda-benda yang tak sepatutnya. Ibu tak mau Yumi menyesal di kemudian hari.' Ibu selalu menekankan batas-batas pergaulan. Aku amat faham pada kebimbangannya dengan pelbagai gejala sosial masa kini.
Sejak malam itu, Shamizan pasti akan menghubungiku pada jam 10.00 malam. Ibu pun dah tau siapa pemanggilnya. Adakalanya dia bertanya juga hubungan ku dengan Mizan. Aku hanya mengakui Mizan sebagai rakan baikku sahaja. Malahan adakalanya Mizan akan menghubungi telefon bimbitku ketika waktu pejabat. Dalam situasi ini, aku agak tertekan kerana rasa terganggu dengan panggilannya. Namun aku terpaksa melayannya demi menjaga hati seorang rakan.
'Yumi, boleh tak kita jumpa esok...'
'Alamak.. Tak bolehlah. Actually esok ibu dan ayah nak hantar Yumi ke rumah uncle di Seremban. Oh ya. Yumi lupa nak bagitau. Mulai esok Yumi akan tinggal di Seremban. Ibu dan ayah risau sangat Yumi berulang-alik naik motor jauh-jauh ni. Yumi tengah pack kan barang-barang Yumi lah ni.' Aku memberitahu. Shamizan hanya mendiamkan diri, akhirnya aku bersuara kerana bosan dengan tindakannya itu.
'Mizan, kalau tak nak cakap baik letak je telefon ni. Yumi banyak keje lagi ni. Kang bising pulak ibu kalau barang-barang ni tak habis pack lagi. Jap gi kitorang nak keluar beli keperluan Yumi yang lain. Hari lain kan boleh jumpa. Ni yang Yumi tak suka ni. Kan Yumi dah kata, Yumi tak pandai nak layan-layan orang. Kalau merajuk tahap gaban, jangan haraplah Yumi pandai nak memujuknya. Cam nil ah, lain kali je kita jumpa. Malam nanti Mizan try call Yumi semula ya.' Aku berusaha mematikan suasana bisu antara kami.
'Yumi boleh tak jangan buat cam ni lagi. Nape Yumi tak bagi tau Mizan yang Yumi nak pindah? Kan hari-hari kita berbual tapi Mizan tak penah pun diberitahu tentang ini. Cam mana kalau Mizan tak call dalam dua tiga hari ni, pastu Yumi dah pindah.. Mizan ni sekarang salah seorang insan terpenting di sisi Yumi tau. Bagi tau lah apa-apa yang patut diberitahu tentang Yumi nanti. Lain kali jangan buat lagi tau. Oklah malam ni, Mizan akan call Yumi. Packing barang-barang tu baik-baik tau. Jangan ada yang tinggal. Tu bantal bucuk jangan lupa bawak. By..' Aku betul-betul panas hati dengan sikap Shamizan. Hanya kerana perkara sekecil itu pun dia nak merajuk. Lecehnya!! Aku mula bosan dengan perhubungan kami. Aku rasakan segala pergerakanku seakan di'control' oleh Mizan. Selama ini, ibu dan ayah memberi sepenuh kebebasan padaku tetapi tidak melampaui batasan yang ditetapkan.
Tepat jam 10.00 malam, aku menerima panggilan Shamizan. Aku bertekad untuk memberi kata dua kepadanya dalam perhubungan kami yang tidak relevan itu. Sebaik sahaja dia mengungkapkan kata romantika seperti dalam perbualan kami terdahulu, aku segera memotong kata-katanya.
'Mizan, dengar sini. Yumi rasa terkongkong lah sekarang. Apa yang Yumi nak buat semua kena bagi tau Mizan. Yumi tak suka lah. Selama ini, Yumi bebas lakukan apa saja yang Yumi suka. Tapi sekarang, bila tak bagi tau Yumi kena marah pulak. Kan Yumi dah kata, kita ni dalam tahap percubaan. Jangan buat Yumi terseksa cam ni. Kalau Mizan rasa Yumi perlu dikongkong, Mizan silap. Senang-senang kita putuskan je lah hubungan hari tu. Yumi lebih selesa jadi rakan Mizan. Tak lah semua nak kena bagi laporan.' Kedengaran Mizan ketawa kecil di talian sana.
'Yumi..Yumi.. Betullah, Mizan bertuah sebab dapat Yumi. Maknanya Mizan ni adalah lelaki pertama yang mengisi ruang hati Yumi. Memang le macam ni sayang. Kiranya sekarang ni kita perlu buat praktikal jadi pasangan yang berkongsi segalanya.. upsss..yang patut-patut je lah kan. Nanti kalau kita dah kawin, Yumi perlu laporkan segala pergerakan Yumi pada Mizan, betul tak.' Ya Allah.. Mulalah mamat ni nak merepek sampai bab kawin pulak.
'Tak pe lah.. mesti Yumi dah penat mengemas tadi kan. Sekarang Mizan nak sayang pegi berehat. Esok dah nak pindah kan. So lepas ni, Mizan terpaksalah contact Yumi guna handphone kan. Pegi tidur ye. Mimpikan Mizan ye sayang.' Aku mengetap bibir geram.
jgn marah2. pk yg +ve. may b the writer tak sedar yg citer dia dh publish b4 tis, 2 pasal dia hantar sekali lg. harap2 writer leh clarify kn lh. lgpon admin tak check kan.
best jugala cerita nie.ciut sangat...cuma terasa mcm mengada sikit leeerr...tpi i like sangat2 last tue.cume ending dia pa yer.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cam dah pernah keluar je...