Jumaat, Mac 20, 2009

Cerpen : Chef Cinta

Nama Pena : dia adila

"Tapi mak tu lain sikit", Aina gelisah. Wajah pemuda yang dari tadinya hanya tersenyum dipandang.

"laaa....kenapa pulak ibu Aina tu ada tiga lubang hidung ke?",

Tercetus ketawa Adam. Aina mencebik muncungnya panjang sedepa, lawak bodoh yang keluar dari mulut Adam tidak berbekas dihatinya. Luahan berani Adam masih bermain di mindanya. Lelaki itu akan melamarnya. Kalau nak melamar maknanya dia kena bertemu dengan ibunya. Hahh mustahil Adam akan diterima ibunya.

"Kenapa takut sangat ni, Adam nak hubungan yang lebih serius so don't worry be happy",

"ha...ha...ha happylah sangat", wajah tenang Adam membuatkan jantung Aina semakin tidak keruan. Wajah harimau bintang terbayang di wajah ibunya.

"Sudahlah sayang jangan risau kalau jodoh kita kuat..insyaallah kita akan bersama dan sehingga kini Adam yakin Aina untuk Adam", ewahhh...pengakuan berani mati adam. Walaupun dia sering dibayangi dengan cerita-cerita menakutkan bakal mak mentuanya itu namun dia masih boleh berlagak macho.

"Aina nak dengar satu cerita tak?",

"apa?",

"bayangkan kalau Adam ada ibu. Adam, ibu Adam dan Aina naik sampan..tiba-tiba sampah tu bocor Aina dan Ibu Adam jatuh dalam sungai....Aina tahu tak, Adam akan selamatkan Ibu Adam dulu tanpa fikir apa-apapun...",

" kenapa?", dahinya berkerut. Aina keliru.

"sebab walau apapun Ibu yang lahirkan Adam walau sebab apa sekalipun dia tetap yang teratas....bukan sebab Aina tak penting tapi tanggungjawab Adam sebagai anak dan Adam nak Aina pun macam tu. mesti ada sebab kenapa mak Aina buat macam tu", Adam tersenyum.

" Adam...", entah kenapa rasa kagumnya pada lelaki itu semakin memuncak.

"emmm Adam ni kan tak ada keluarga jadi Adam harap sangat kalau ada kasih sayang keluarga Aina...Aina fahamkan?", Aina mengangguk setuju. Senyumannya mekar kembali.



***

"Syarat!!??", mulut Aina ternganga. Wajah serius ibunya dipandang. Adam masih tenang dalam hatinya hanya tuhan yang tahu.

" yup... pertama menantu mama mesti indah agamanya, kedua indah perilakunya dan syarat terpenting kena pandai masak ",

"Masak!!??"

Adam berkira-kira dalam hati. Syarat pertama dengan kedua mungkin masih boleh dilaksanakan tapi ketiga? masak!!....adam terkedu apabila dia ditinggalkan begitu saja. Bukan calang-calang syarat ni. Dia hidup di rumah anak yatim tidak pernah sekalipun tahu menahu pasal masakan.

"macamana ni Adam?...Aina dah agak akhirnya macam nilah",

Adam hanya tersenyum ada riak tak puas hati diwajahnya tapi sedaya upaya disembunyikan.

"Aina jangan risau, kalau jodoh kita panjang tak kemana", tenang saja jawapan yang lahir dari mulut Adam. Dia yakin ada sebab syarat yang diletakkan oleh bakal mak mentuanya itu.

****

"mak cik silakan", dengan hormat dan sopannya Adam menjemput bakal mak mentuanya duduk.

Mak Kiah memerhatikan hidangan yang berada di atas meja di depannya. Masakan ala-ala taraf hotel. Dia tersenyum dalam hati. Sekali lagi wajah Adam dipandang. Aina kelihatan takut-takut ada riak terkejut di wajahnya namun disembunyikan. Pelik. Adakah adam yang berdiri di hadapannya kini yang memasak semua lauk di depannya ini?.

"ni semua kamu yang masak ke beli?". Mak Kiah bertanya serius tiada riak mesra di wajahnya. Adam mula kecut peruk. Satu persatu resepi di hadapannya dipandang.

"emmm ye mak...ehh mak cik", tergagap-gagap dia menjawab.

"kamu ni gagap ke?"

"ehhh...taklah mak cik", dia duduk bertentangan dengan Aina dan Ibunya. Terasa satu aura panas keluar dari tubuhnya. Dia tidak senang duduk dengan renungan bakal mak mentuanya itu. Terasa seperti tubuhnya seakan di scan sehingga ke tulang.

"emmm...sedap juga kamu masak ni",

"terima kasih mak cik", terasa hidungnya kembang. Berita kedatangan mengejut bakal mak mentuanya ke rumahnya membuatkan dia kalut. Mana taknya siap nak makan malam lagi.

Mereka menikmati makan malam dalam keadaan sunyi. Cuma sekali sekala saja persoalan keluar dari mulut Mak Kiah bertanyakan perihal bakal menantunya.

"pak cik mana?",

"ayah pergi kenduri rumah pak Imam", pertanyaan Adam dijawab perlahan oleh Aina. Gadis itu kelihatan begitu sopan di depan maknya sendiri. Adam tersenyum dalam hati.

Tiba-tiba seorang budak belasan tahun masuk. Pintu rumahnya sememangnya tidak ditutup bimbing timbul fitnah. Adam cuak wajah Amirul di depannya.

"Abang mak kata lauk yang abang beli ni RM20 je...abang bagi lebih", Adam menepuk dahinya perlahan. Kantoii...

Renungan tajam Mak kiah bakal 'ibu mentuaku' membuatkan Adam terasa gerun. Ini kali pertama dalam hidupnya dia membuat pembohongan begini besar tapi gagal. Nampak sangat perbuatannya salah.

"kamu kata masak sendiri tadi?"

"ehhh..mana ada mak cik tanya tadi masak ke?..betul la saya jawab masak sebab semua lauk ni masak je tak mantah pun", Mak Kiah menjeling. Hatinya panas terasa seakan dipermainkan.

"sudah..Aina jom kita balik..mak tak suka orang yang suka menipu", Adam tidak berkata apa hanya memandang wajah sayu Aina yang hanya mengikut kata ibunya. Dia memandang ke arah meja yan penuh dengan makanan..'sudah siapa pulak nak habiskan semua ni?' tak sangka idea kali ini tidak mengena.

***

"biar betul bakal mak mentua kau tu"

"yelah...betullah kalau dah si Aina anak dia cakap macam tu", Adam membelek majalah wanita di hadapannya. Dia sememangnya rajin menghabiskan masa di bilik Bakri. Temannya sejak sekolah menengah. Segala pahit manis dikongsikan bersama. Malah Bakrilah yang banyak membantunya dalam memburu cinta Aina. Tiba-tiba dia ketawa kuat.

" kenapa?" Bakri bertanya hairan. Ketawa kawannya kedengaran tiba-tiba.

"sejak bila pulak kau baca majalah wanita ni? Siap ada resepi lagi dalamnya", sambil ketawa adam membelek lagi majalah itu. Tiba-tiba akalnya datang...

"buku resepi!!!" mereka berkata serentak.

Perbualannya dengan Bakri pagi tadi betul-betul membuahkan idea yang bernas di kepala hotaknya. Adam mengangkat keningnya tinggi. Berkerut dahinya. Susunan beratus buku resepi di depannya dipandang. Mana satu nak dipilih dia sendiri sudah rabun mata. Dari tadi gadis itu sudah mengekornya, jurujual barang kali.

"Encik cari buku masakan ke?", adam masih diam. Dia malu sebenarnya untuk mengakuinya. Gaya jantan termacho yang diagungkan selama ini terasa semakin menghilang.

"emmm...", akhirnya dia mengaku. Gadis hitam manis itu tersenyum. Dia terasa disindir.

"saya nak beli untuk mak saya.." Adam cuba berbohong.

"emmm tak apa encik Chef Wan pun pernah beli buku dekat sini", Adam terasa disindir. Dia memakai cermin mata hitamnya kembali.

"emm encik nak buku macamana..masakan kampung? Masakan cina ? western food?"

"emmm...semua masakan ada dalam buku tu...ada tak?", yakin dengan apa yang diinginkan.

Kakinya melangkah meninggakan bookstore. Gila!! buku macam ni RM99 dekat nak seratus. Hishhh mahal gila boleh dapat baju dengan seluar ni sepasang. Dia merungut sendiri. Tidak pernah menyangka buku setebal itu akan mencecah harga yang dibayar. Dua kali dia bertanya untuk memastikan harga yang sebenar.

****

"aduh.." berkerut dahinya apabila tangannya terlanggarkan pintu kereta.

"kenapa Adam?" aina bertanya cemas. Pantas dia mendapatkan adam. Segera dia melihat tangan adam yang melecur. Kemerahan.

"kenapa tangan Adam ni?"

"emmm...tak ada apalah....jatuh semalam..."

"cuba jangan menipu, berdosa tahu tak..." Aina masih tidak puas hati dia seakan dapat meneka puncanya.

"alaaa...kena minyak panas sikit..tak hati-hati tu yang jadi macam ni"

"Aina dah agak dah....janganlah buat kalau sampai bahayakan diri macam ni.." Aina kesal. Ini semua disebabkan permintaan entah apa-apa maknya. Dia malu dengan kesungguhan adam.

" Aina kita kerja kalau dengan niat yang ikhlas insyaallah akan berhasil jangan risau ek"

"Emmm yelah semalam luka kena pisau hari ni melecur esok-esok entah apa pulak yang jadi...eiiii kenapalah Adam ni degil sangat", Aina melepaskan geramnya. Pintu kereta ditutup kuat menunjukkan protesnya. Adam hanya mampu tersenyum.

***

"tapi mak dia Pilot mak bukan Chef boleh masak-masak ni",

"mak peduli apa Menteri sekalipun dia tu kena pandai masak", titik. noktah. tiada lagi talian hayat. Puas dia cuba memujuk maknya. Namun jawapan tetap sama.

"mak itu bukan bidang kerja dialah mak, manalah dia tahu masak",

"emmm...ayah kau tu dulu polis, hari-hari menembak orang tapi kalau bab masak macam ni.." Mak Kiah mengangkat ibu jarinya tanda bagus. Aina tersenyum terasa geli hati dia melihat maknya beraksi begitu.

Aina cuba mendapat simpati dari ayahnya tapi gagal. Ayahnya lebih senang duduk sambil membelek surat khabar. Itulah hobi ayahnya sejak bersara. Dapat dilihat ayahnya tersenyum bangga bila namanya dipuji oleh mak.

"ayah tu lainlah mak...atuk dulu tukang masak mestilah dia pandai masak"

"ehhhh....maaf sikit ek saudari Aina Kirana, ayah ni memang ada bakat semula jadi tau. Ayah tak pernah belajar pun dari atuk", Hj Ramli bersuara dari jauh. Jelas ayahnya juga menyokong kuat tindakan maknya.

Adam hanya terdiam perbualan anak beranak itu masuk terus dalam telinganya. Dia tidak berniat untuk curi-curi dengar, percakapan yang kuat macam tu sekali sebatu jauhnyapun boleh dengar.

"hah tu kenapa tangan kamu tu?", pertanyaan Mak Kiah betul-betul mengejutkannya. Hampir terjatuh gelas yang dipegang sejak tadi.

"emmm tak ada apa-apa mak..ehh mak cik, melecur sikit je",

"emmm...mulai esok datang rumah mak cik pukul 10 pagi datang dah"

"buat apa mak...ehh mak cik?"

"masak."

"masak!!??" Aina dan Adam bersuara serentak seakan tidak percaya dengan jemputan khas maknya.

***
"aku tanya ni kau kena jujur..." wajah Mak Kiah serius. Adam hanya mampu mengganggukkan kepala berkali-kali.

"apa yang kau pandai masak?", adam terkedu. Lama dia berdiam.

"emmm masak air, goreng telur emmm.....tu je rasanya mak...ehh mak cik", sekali lagi dia tersasul.

"tolong ambik daun kunyit kat depan tu", arah Mak kiah. Adam menurut laju langkahnya diatur tanpa banyak tanya. Aina sudah dua hari tidak ada dirumah dia terpaksa mengikuti khursus selama 3 minggu. Terasa begitu rindu pada gadis pujaannya itu.

Adam mengaru kepalanya daun di tangannya di tengok sekali lagi. Betul ke ini daun kunyit?.

"ya Allah Adam ni bukan daun kunyit ni batang serai/ kau tak tahu nak beza serai dengan daun kunyit ke..." Mak Kiah menjerit perlahan. Terkejut apabila yang dihulurkan adam bukan seperti yang diinginkan.

"maaf mak...ehh mak cik adam tak tahu...ingat sama je" sekali lagi kepalanya digaru. Mak kiah menggeleng perlahan.

"emmm senang je rupanya masak ni kan ayah..ehh pak cik" Adam mengacau kuah kari ayam yang sedang mendidih di dapur.

"siapa pula kata susah?", melihat tangan Hj Ramli memotong bawang dia terpegun. Fuhhh mantap juga gaya bapak mentua aku ni macam Chef hotel 5 bintang.

"cuba rasa.."

"emmm sedap arrr pak cik, macam kari mamak penang Nasi kandar tu...fuhh cayalah" kembang hidungnya dipuji melambung. Dia dapat merasa keikhlasan adam semasa bersama dengannya dalam dua minggu ini. Sangkaan buruk yang dulunya membukit kini terhakis sedikit demi sedikit.

"emmm lepas ni bolehlah kamu pulak masak., tapi masak ni kena pakai hati juga...."

"pakai hati ayah...ehh pak cik??kenapa bukan pakai buat je ke?", adam bertanya bodoh.

"memanglah pakai buat kalau tak mana nak jadi.. tapi masa masak hati kita kena tenang jangan serabut je nanti rasapun serabut juga macam tumis ikan kau masak kelmarin"
Terbayang wajah kelat isterinya semasa merasa masakan bakal menantu pilihan anak kesayangannya itu. Berderet kerutan di dahinya. Dia hanya mampu tersenyum apabila isterinya mengkritik habis-habisan di hadapan adam.

"tu namanya tumis ikan serabut pak cik..." kedengaran ketawa kecil keluar dari mulut HJ. Ramli mendengar omelan Adam.

"aduh....abang tolong..." jeritan kuat itu membuatkan Adam dan Hj Ramli saling berpandangan.

"bunyi apa tu?" tanya Hj Ramli.

"emmm macam suara mak ehh mak ciklah"
Pantas mereka berlari mendapatkan suara jeritan itu. Dilihat Mak Kiah sudah terdampar di hujung tangga.

"Ya Allah kenapa ni?", Tanya Hj Ramli terkejut.

"Kiah jatuh tangga bang...aduhh sakitnya kaki ni tak boleh nak bangun dah...sakit sangat",

"emmm kita bawa ke hospital je Pak cik..", pantas tubuh tua itu didukung. Terkejut Hj Ramli melihat kesungguhan Adam. Tapi dia akui dengan umurnya sekarang mustahil dia dapat mengangkat tubuh gempal Isterinya itu. Mujur ada Adam.

Mak Kiah ditahan di Hospital tulang kakinya retak tapi tidak di tahap serius. Mungkin memerlukan sokongan sementara. Adam adalah orang yang paling kerap mengunjungi Mak kiah. Malah setiap kali datang ada saja yang dibawanya.

"emmm...mak ada hal sikit nak bincang", wajah serius Mak kiah membuatkan Adam kecut perut. Wanita itu tidak pernahpun menunjukkan rasa senangnya dengan kehadirannya.

"mak dah buat keputusan", dua pasang mata itu tepat memandangnya. Adam dan Aina berpandangan sesama sendiri. Ada gundah di hati mereka.

***

Setahun kemudian.

"macamana anak mak dengan cucu mak tu sihat?" kedengaran suara mak mentuanya di hujung talian.

"sihat mak. Bertambah sihat"

"emm....baguslah..dia tu tengah pantang jaga dia elok-elok jangan nak biarkan dekat rumah tu sorang-sorang", bebelan maknya sudah kedengaran.

"emmm..beres bos...", Adam dapat menangkap gelak tawa mentuanya. Dia juga terasa bahagia.

"terima kasih mak"

"sebab apa?"

"sebab segalanya...", Adam bahagia dengan adanya mentua yang baik, isteri yang sempurna dan kini anak yang comel hidupnya seakan lengkap.

***

"emmm abang masak apa ni..sedapnya bau", dahi isterinya dicium perlahan. Siti Nurain sedang lena tidur.

"emmm sup sayur kegemaran sayanglah.."

"terima kasih abang.." mangkuk itu bertukar tangan. Sup dihirup perlahan. Sedap. Aina dan Adam berpandangan. Mereka tersenyum.

Aina berterima kasih dengan maknya, mungkin inilah bahagia yang selalu diucapkan mak selama ini. Bahagia merasa air tangan suami tambahan saat dia sememangnya memerlukan jagaan. Adam pula tersenyum dalam hati ucapan terima kasih sudah tidak terucap. Mentuanya banyak mengajarnya erti kasih sayang dan tanggungjawab secara halus. Dia besyukur.

'Siti Nurain nanti dah besar kena cari suami yang pandai masak tau macam papa...' bisik Aina perlahan. Anaknya bergerak perlahan seakan memahami apa yang dikatakan. Dia tersenyum.

Tamat...

27 ulasan:

  1. Tanpa Nama20/3/09 2:00 PG

    best n blh tahan jugak!
    romantika tu ader la jugak..
    ni true story k?

    ^_^

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama20/3/09 8:13 PG

    cite simple tp ok la

    BalasPadam
  3. woww..bestnya..mmg aku suka suami yg suka masak ni..bkn yg jnis lembut2 taw..hikhik..
    tp bestla time pantang2 die dpt jaga kita.
    yg tu yg penting sebenarnya..
    xkan asyik pmpuan ja yg reti masak...
    tp dlm dunia yg serba moden ni..
    ramai lelaki yg jd chef..
    pmpuan lak lbh suka berkerjaya..
    apa2 pun pmpuan mestila wajib kna reti masak gak..jgn duk harapkan suami ja..esk2 suami cari lain baru padam muka.hahhaha..
    apa2 pun best cite ni..buat tauladan yg kat luar sana..
    jgn berputus asa kalu rasa nak seseorang kna usaha..sbb kebahagiaan berada di depan sana...
    ok tahhniaahhZZZ..buat penuliss..:)>-

    ~aku insan biasa~

    BalasPadam
  4. hehe..cite nie mmg best..
    sweet sgt2..:)

    BalasPadam
  5. wah sweetnya...
    best betul..
    tahniah buat penulis cerpen ni...
    suka baca cite ni...
    sweet sgt..

    BalasPadam
  6. sy juga suke cter ni
    mmg sweet
    adam p0n baek..hormat owg tua
    dpt bf cmtu kn best
    ahaks

    BalasPadam
  7. sy pon ske cite nih
    sweet sgt..

    (:~D)
    ske komen

    BalasPadam
  8. haha...
    boleh thn..
    ;)

    BalasPadam
  9. ape la si adam tu..
    asyik tersasul je sebut 'mak ehh makcik' ngan 'ayah ehh pakcik'..
    haha
    sakit perut tahan gelak..
    pape pon cite ni best & sweeeeeeeeeet..!!!

    ~~PapaTul~~

    BalasPadam
  10. nice story.so sweet. bersungguh si adam tu nk blajar masak. mcm tu la, tak pandai tak apa sbb bleh blajar. tp jgn tak pndai tp malas blajar. tau nk mkn je. huhuhu...nak cari suami pandai masak la. hehehehe

    BalasPadam
  11. ok la..menghiburkan..xder la stress..rgan jer pale bca cerpen ni

    BalasPadam
  12. kalau jadi kat aku la...huhu
    tapi semua tue cuma khayalan ajer
    tak mungkin terjadi di dunia nyata

    BalasPadam
  13. bf sy pndi masak dr sy... best mmg la tp cerewet bile sy yg masak... adoissss

    BalasPadam
  14. syok nyer...
    bley dijadikan syarat ntok cr husband nie...

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama22/3/09 3:01 PG

    jalan cite ok la cume mcm bodoh je tersasul pgil mak dgn ayah berulang kali. nampak sangat bengap.dah lah tu suka loyar buruk.kalo aku jd mak aina tu aku baling je lauk-lauk tu kat muka dia.

    BalasPadam
  16. hehehe....best nye cter ni..romantik la..pandai mak die pilih menantu...

    BalasPadam
  17. klakar r citer ni.. tahniah tuk penulis.. chayok2..

    BalasPadam
  18. best nyer dapat hubby cam gini...
    romantik gler..

    BalasPadam
  19. ak pown nak crik hubby mcam adam r...
    bestnyew ctw nie syok bcew x ngantoks hehehe..


    mira_minimo93

    BalasPadam
  20. best....Tahnian!..semoga lelaki jadikan tauladan..andapun kena belajar masak..tau..wANITA JG KENA CARI SUAMI PANDAI MASAK..kt jg yang senang nanti..kan..hE!2..teruskan usaha anda..ye..

    BalasPadam
  21. hehe..best3 memang susah nak cari lelaki yg pandai masak,ada sesetgh rasa ego coz 2 keje pompuan tapi dia x tau masak pon kena ada hati gak tau..bukan cinta jer pakai hati;-)

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama25/3/09 1:14 PG

    tau xpe...slalu sgt salah sebut makcik jadi mak...pakcik jadi ayah...dah jadi cam gatal sgt nk kawen ngan aina jer...tp ok la citer nie...

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama28/3/09 1:21 PG

    kelakar ...daun kunyit dgn batang serai tu~~heheheh
    cerita yg comel~~~~

    BalasPadam
  24. haha.....best tahap gaban....

    BalasPadam
  25. saya mmg minat chef...kire citer ni kenala dengan jiwaku..heheeh...kebetulan ade chef ni (tudm) nak kenal dengan saya...ahh....romantik giler beb...

    BalasPadam
  26. fuh ramainye org komen..
    kire nie penghasilan cerita yang membanggakan nampaknye.
    Tapi sebenarnye lelaki memang patut tau masak walupun sedikit.Expecially cam bile isteri berpantang.Xkan nak harapkan mak mertua je kan jage isteri kite.Sebagai suami kene gak amik tau makanan n masakan cara org berpantang.barulah rumah tangga bertambahx30 erat...x Gitu???

    BalasPadam
  27. Tanpa Nama25/6/11 1:03 PG

    mmgla xpnah xmsak adam ni, serai dgn kunyit tu sgtla berbeza fizikal die, papepun, sweet story lah, congrats to the writer =),
    Aihan

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan