Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Dah besar rupanya anak-anak aku. Si abang bakal menyambut hari lahirnya ke 14 tahun hadapan. Si adik pula akan menginjak 13 tahun 2009 nanti. Dah besar rupanya budak-budak ni.
Mengenangkan kembali detik-detik mengandungkan si abang aku begitu teruja. Maklumlah anak pertama. Dan sememangnya aku mengharapkan dikurniakan anak lelaki yang cukup sifat, sihat tubuh badannya. Dan alhamdulillah tuhan makbulkan. Sakit dan jeritan meneran keluar Muhammad Nasrul Afiq hilang sejurus doktor mengangkat dan meletakkan dia ke atas dadaku. Kesakitan yang berlarutan daripada 11 pagi hingga 11 malam hilang lenyap begitu sahaja. Ya Allah aku syukuri nikmat melahirkan yang telah Kau berikan ini. Terima kasih tuhan.
Memang nikmat. Melahirkan memang nikmat. Nikmat yang tak tergambar dengan kata-kata. Nikmat yang tuan punya badan sahaja yang tahu. Aku bersyukur kerana diberi peluang merasainya. Aku bertuah kerana diberikan Allah kesuburan untuk mendapatkan cahaya mata. Alhamdulillah. Tapi bukan semua perempuan sudi, bersedia atau mahu melahirkan anak. Ini yang memeranjatkan aku sebenarnya. Perempuan memang dijadikan Allah boleh mengandung dan melahirkan. Lalu kenapa harus menolak?
Kita lihat berapa ramai antara teman2 atau saudara mara yang tak mampu melahirkan. Malah ada yang disahkan mandul dalam sesetengah kes. Kita baca di akhbar, di majalah betapa ramai perempuan yang mencuba pelbagai kaedah untuk mendapatkan anak. Ya rabbi ruginya bagi perempuan2 yang tidak bermasalah tetapi menolak untuk melahirkan daripada rahim sendiri. Atau mungkin ada antara mereka ini yang beranggapan, anak akan menyusahkan karier, masa malah diri sendiri.
Anak. Permata hati. Kurniaan Illahi. Harta yang tak boleh dijual beli. Sepertimana ibu bapa kita. Begitu jugalah nilai anak dalam hidup aku. Anak-anakku aku layani seperti kawan. Mereka boleh bercerita denganku tentang apa saja. Tentang cikgu yang garang tak bertempat. Tentang pe\'el mama tiri mereka. Tentang babah mereka yang kadang2 tak mahu faham hati anak2 yang tengah membesar. Tentang pelajaran atau apa saja. Aku seperti biasa menjadi pendengar setia. Penuh minat sehingga peluang aku memberi komen, teguran, nasihat dan bebelan tiba, barulah mereka pula yang mendengar. ( dengan penuh minat jugakah?)
Cuti sekolah memang paling aku tunggu. Peluang bersama dan bermalam di rumahku. Tetapi baru2 ini jantung aku bagai nak tercabut bila si abang dengan sejujur-jujurnya menyatakan " Ibu..abang rase abang dah..." Dah apa? Dah baligh? Memangpun kau dah baligh nak oi. Dah...buat salah kat asrama? Tak mungkin. Tak ada pula pihak sekolah telefon aku atau babah dia. Dah buat benda tak elok dan memalukan keluargakah? Isshh budak ni..." Dah ape bang?" kataku. "Ibu jangan marah. Janji !" pintanya. "Iye daaa..ibu janji" balasku. "Gini, abang rase kan..abang dah suke kat 1 bdk pompuan ni lah ibu" katanya sambil tersenyum malu. Eleh! Malu konon !
Jantung aku macam nak terlonjak lagi. Tapi kali ni bukan sebab marah atau terkejut. Tapi sebab aku bersyukur. " Owh thank God u\'re not gay !!" itulah feedback yang terpacul dari mulutku. Kemudian kami sama2 ketawa. Dan dia menyambung ceritanya. Betapa hatinya telah diruntun oleh kecomelan rakan sekelasnya yang bernama Mimi ini. " Dia kelakar macam ibu" tambahnya lagi. " Pastu dia pakai tudung, tu sebab abang suke tu" bersungguh benar dia bercerita. Wahh..macam Mawi jugak lah kau ni ye abang? Aku masih tak lekang daripada senyuman. Sekejap2 berderai ketawa kami. Orang sekeliling di Restoran Farzana turut memandang kami. Lantaklah. Ini cerita anak beranak.
Itulah yang aku katakan di awal-awal tadi. Dah besar rupanya anak-anak aku. Dah masuk fasa bercinta monyet sekarang. Ya lah aku pun pernah muda. Pernah juga tersangkut hati dengan mamat sekolah sebelah. ( maklum sekolah aku semuanya perempuan ) Tapi disebabkan aku berambut pendek macam lelaki sebagai alasan untuk tidak mengikat rambut, bukan juga jenis yang suka pakai lawa2, apatah lagi jenis yang pandai mencalit lipstik warna pink di bibir, atau berjalan lenggang lenggok depan budak2 lelaki maka aku tak pernah ditermengoratkan ( wujud ke perkataan ni ?) oleh sesiapa.
Anak sulung aku bercinta? Tahukah dia makna cinta itu sendiri? Betulkah apa yang dia rasa itu cinta? Sebab menurut ceritanya dia akan rasa berderau darah, mulut terkunci setiap kali berdepan dengan Cik Mimi tersebut. Waduhh..berat ni. Perasaan yang sama aku alami semasa bercinta dengan babah mereka dulu. Tapi bukan cinta monyet ya. Cinta yang membawa ke gerbang perkahwinan biarpun tak mampu diselamatkan setelah 7 tahun bersama.
OK..sekarang aku rasa aku harus memantau pergerakan anak sulungku ini. Berkali-kali aku ingatkan dia bahawasanya dia tidak boleh, aku ulangi, TIDAK BOLEH melakukan apa2 saja perkara yang akan memalukan dirinya dan terlebih lagi ibu bapanya. Don\'t even think about it !
Maklumlah sekarang ni bak kata iklan di tv. Ingat tak mamat yang pakai baju merah yang susuk tubuhnya antara tough dengan tidak tu, yang keluar dari dalam rumah membawa semangkuk cereal tu bertujuan menjaga badan, dialognya lebih kurang begini: "Mak, zaman dah berubah, dunia makin maju." Maju itulah yang menakutkan aku. Zaman aku kecil2 dulu mana ada handphone yang senang2 boleh \'blutooth\' video yang menaikkan syahwat. Mana ada emel yang boleh \'forward\' benda2 yang tak senonoh ni. Menakutkan.
Aku tahu, perasaan semacam itu memang akan tiba juga lalu tumbuh bercambah dan berbunga dalam tubuh badan anak aku yang hampir sama besarnya dengan aku. Cuma dia lebih tinggi. Aku memang tahu peringkat di mana aku pula akan merasa lenaku terganggu memikirkan keletah anak2 telah mula menjelajah urusan harianku. Benarlah kata mak. Anak memang sukar dibentuk jika salah implimentasi. Membentuk akhlaknya menjadi orang yang beriman adalah tanggungjawab utama kata mak.
Jadi bagaimana aku harus menangani permasalahan cinta monyet ini? Nak dibiarkan mereka melayan perasaan takut terganggu pelajaran. Andai dihalang aku yakin mereka masih akan tetap meneruskannya sebab mereka nun jauh di MRSM.
Aku mengambil keputusan untuk memberi lampu hijau dengan syarat dia berjanji untuk terus memberikan keputusan cemerlang seperti sebelum2 ini. Dan syarat yang paling ketat ialah dia tidak boleh memadu asmara walau di mana sahaja tanpa aku. Jika dia melanggar syarat2 yang aku berikan maka aku sendiri yang akan sit down and talk to them. Or it can become even worse kalau aku pergi berbincang dengan mak bapa Cik Mimi. Jangan pula nanti mak bapa Cik Mimi terkejut ungka dan beranggapan kedatanganku untuk meminang anak dara mereka. Atau mereka fikir aku ingin mengajak mereka menjadi downline MLM. Susah pulak nak menjawab nanti.
Beginilah..anak2. Semasa kecil ditimang2. Dah besar panjang teringin pula dia nak menimang anak dara orang. Issshhh mintak selisihlah ya. Jangan salah paham. Aku bukan menggalakkan. Tapi aku memikirkan pro dan kontra. Harap anda yang membaca memihak kepadaku. Harap harap..Anak-anak memang anugerah tuhan. Semoga anak-anakku akan meletakkan aku di tempat yang teratas dalam hidup mereka. Amin
aha..sya rsa pe yg mak bdk 2 uat btl la.. bdk2 nie klau d'lrng nnti lain pulak jdinye.. n cra dia bg syrat kat ank dia 2 pun btl jugak..coz untuk mngelakkan sesuatu yg tidak di ingini brlaku..huhuhu.. pe2 cite nie best la.. n gud luck...!
bagus paa ada mak mcm ni sporting gitu..huhu.. drpd mak bpk yg bg kebebasan kat anak2 buat lg anak2 terbabas nnt..hikhik.. apa2 pun cite ni leh buat panduan kat ibu bapa kat luar sana..agar mereka lebih berhati2 dgn keadaan sekeliling yg semakin lama semakin maju.. zmn makin maju smakin buat anak2 kita bertambah canggih..
apa2 pun aku rasa ni luahan hati seorang ibu..buat yg di luar sana yg akan bergelar ibu..buatla sbg panduan..tp jgn terlampau mengongkong anak2 terlalu sgt.. nnt mereka semakin liar adala..bdk ni yg d kongkong lbh teruk dr yg di kongkong..huhuhu..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cerita ni leh tahan
teruskan usaha anda!