Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Kanan sikit, mata pandang sini. Ya, macam tu. Elina, muka jangan serius sangat!" Tak sudah-sudah pemuda itu mengarah wanita-wanita di hadapannya menggayakan pelbagai aksi. Tangannya masih memegang kamera kesayangan yang menjadi punca rezekinya.
Sepuluh minit berlalu, Elina mula menarik muka masam, menunjukkan rasa tidak puas hati. Sejak dua jam yang lalu, ada saja yang tidak kena di mata pemuda itu. Badannya kakulah, muka seriuslah, mata macam orang mengantuklah, itulah, inilah. Geram! Orang lain tidak pula dimarahi. Dasar pilih kasih! Huh! Ingat dia bagus sangat? Macam pro sangat je ambil gambar tu! Elina mengutuk pemuda itu di dalam hati.
"Elina! Apa lagi yang tercegat di situ? Kita kena habiskan photo shoot hari neh juga! Cepat! Jangan nak mengada-ngada tarik muka dua puluh kau tu." bebel pemuda itu lagi. Elina hanya menurut. Malas mahu membalas kata-katanya. Nanti ada saja yang dilaporkan pada ibunya.
Selesai saja sesi fotografi itu, Elina terus menukar pakaian. Dia perlu segera beredar dari situ. Makin lama dia di situ, makin sesak nafasnya. Dia rimas dengan hidupnya yang senantiasa diatur sesuka hati oleh ibunya. Ibunya dahulu, seorang model terkenal tanah air. Tetapi malangnya, kemalangan yang meragut nyawa ayahnya, lima belas tahun yang lalu turut memusnahkan kerjaya ibunya sebagai peragawati setelah doktor mengesahkan bahawa ibunya lumpuh separuh badan. Elina yang merupakan anak tunggal mewarisi kecantikan semula jadi ibunya. Sejak kemalangan itu, ibunya berubah menjadi tegas dan kadang kala, panas baran. Dia dilatih sejak kecil untuk menjaga pemakanan dan bentuk badannya agar suatu hari nanti, dia mampu meneruskan impian ibunya yang satu. Elina tiada pilihan selain mengikut saja kata-kata ibunya.
Pernah Elina terfikir untuk lari saja dari rumah kerana tidak tahan dengan kawalan ibunya. Makan itu tidak boleh, makan ini tidak boleh, buat itu tidak boleh, buat ini tidak boleh. Haih... apalah nasib badan. Pernah sekali dia tersasul mengatakan bahawa dia makan di McDonalds bersama rakan-rakannya. Terus dia ditengking dan terpaksa menadah telinga mendengar leteran ibunya sepanjang hari itu.
Elina melangkah keluar dengan topi di kepala, t-shirt ringkas dan jeans menutupi paras lutut bersama Converse hitam kesayangannya. Rambutnya yang panjang mengurai disanggul dan diselindung di sebalik topinya. Cermin mata hitam Emporio Armani sudah dilekapkan ke muka. Elina melangkah laju, lagak seorang tomboy.
Sedang dia tercegat di hadapan panggung wayang meneliti senarai filem yang ditayangkan di situ, seorang remaja lelaki melanggarnya dengan tidak sengaja membuatkan dia terdorong ke tepi. Hampir saja dia tersungkur di situ. Habis popcorn yang dibelinya tadi jatuh bertaburan di lantai. Topi di kepala juga telah jauh terpelanting.
"Hei!!! Buta ke?" Tengking Elina yang memang telah sedia berapi sejak sesi fotografi tadi.
"Sorry, akak. Saya tak sengaja tadi." Ujar remaja itu sambil menghulurkan topi kepada Elina. Elina terus merampas topi itu dengan wajah yang bengis dan terus diletakkan kembali ke kepala.
"Sejak bila pula aku jadi kakak kau, hah? Lain kali, jalan tu tengok orang. Aku punya besar tercegat kat sini pun kau boleh langgar. Lain kali kalau dah rasa diri tu rabun, pakailah cermin mata!" kasar sekali bahasa yang Elina tuturkan. Kejadian itu, benar-benar membuatkan mood untuk menonton wayang hilang begitu saja.
"Cik, maafkan adik saya. Saya gantikan popcorn tu, ya?" Ujar seorang pemuda yang baru saja tiba membawa sekotak popcorn yang masih belum diusik. Elina tergamam melihat wajah pemuda itu. Kacak! Macam pernah dilihat saja. Tapi di mana ek?
"No, thanks. Pesan kepada adik awak neh. Jalan tu pandang kiri kanan, depan belakang. Dah la... saya dah tak ada mood nak tengok wayang." jawab Elina sambil mula membuka langkah untuk berlalu tetapi dihalang oleh pemuda itu.
"Tunggu! Saya Ammar." tutur pemuda itu sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Elina hanya memandang sekali lalu tangan itu dan terus berlalu tanpa sepatah kata. Dirinya masih bengang.
"Sombong betul, minah tu! Macamlah lawa sangat. Garam macam singa betina saja. Along jangan layanlah perempuan macam tu. Lainlah kalau cun macam model terkenal, Elina tu." ujar Amin kepada abangnya.
"Jomlah. Nanti tak sempat tengok dari mula pula. Tapi kan... abang rasa, abang pernah tengoklah wajah tu. Kalaulah dia tanggalkan cermin mata hitam dia tu, mungkin abang boleh ingat." balas Ammar.
-----------------------------------------------
"Elina, ada syarikat offer you a job. Jadi model untuk iklan minyak wangi terbaru. What do you think?" soal Firdaus kepada Elina.
"Sejak bila pula you start tanya I pasal benda-benda neh semua? Setahu I, setiap kali ada offer, semua you rembat. Tak pernah fikir tentang diri I. Kemahuan I. Kadang-kadang, I rasa macam you dengan ibu I, sama saja." balas Elina kepada pengurusnya.
"Heh... so, are you okay with this?" tanya Firdaus lagi. Lega rasanya apabila melihat anggukan Elina. Sebenarnya, dia sendiri telah bersetuju dengan tawaran tersebut. Sengaja dia bertanyakan kepada Elina sendiri. Apa yang dibuatnya selama ini, hanyalah untuk kebaikan Elina sendiri. Lagipun, itu adalah arahan ibu Elina juga.
"Kalau macam tu, don\'t forget to go to the studio this thursday. Or do you want me to pick you up?" kata Firdaus sambil menghulurkan sekeping kad bersama alamat studio tersebut kepada Elina.
"It\'s okay. I\'m going there myself." jawab Elina.
Elina melangkah masuk ke dalam studio untuk penggambaran itu. Orang pertama yang dilihatnya, membuatkan matanya hampir saja tersembul keluar. Apa nama lelaki itu ek? Elina tidak dapat mengingatinya. Sepasang mata milik pemuda itu memandang tepat ke arahnya. Lelaki itu juga turut terkejut dengan kehadiran Elina.
"You... what are you doing here?" soal Ammar. Matanya masih tidak lekang dari melihat Elina. Elina menanggalkan cermin mata dan topi di kepala.
"Elina... I ingatkan you tak datang tadi. Come. It\'s time to work!" ujar Firdaus yang telah lama sampai ke situ. Risau juga apabila Elina tidak sampai pada waktu yang dijanjikan.
"Sorry, Fir. Ibu kurang sihat. So, I\'ve to make sure that everything\'s done before coming here." Elina tersenyum ke arah Ammar. Dia perlu bersikap profesional.
"Encik Ammar, inilah Elina, model untuk iklan produk syarikat encik. Elina, ini Encik Muhammad Ammar." ucap Firdaus memperkenalkan kedua-duanya.
"Hai, Encik Ammar. Nice meeting you, here." ujar Elina sambil menghulurkan salam. Ammar membalas huluran tangan itu.
"Hai. I thought that we\'ve met somewhere, right?" soal Ammar inginkan kepastian. Benarkah gadis yang dijumpanya tempoh hari adalah Elina? Lain benar sikap Elina hari ini berbanding ketika kejadian itu. Elina hanya tersenyum sambil terus berlalu menuju ke bilik solek.
Ammar leka melihat Elina ketika sesi fotografi berlangsung. Lain benar tingkah Elina. Benar-benar profesional. Mungkin sebab itulah, namanya semakin melonjak tinggi sehingga tersenarai sebagai salah seorang super model terkenal tanah air.
Selesai saja sesi fotografi, Ammar cepat-cepat menghampiri Elina. Niat di hati, ingin berkenalan dengan lebih rapat lagi. Dia berharap dapat mengetahui lebih lanjut lagi tentang diri Elina yang dirasakan cukup unik itu. Kebanyakan model yang ditemuinya sepanjang pekerjaannya, tidak seperti Elina. Semuanya bergaya. Bak kata pepatah, biar papa asal bergaya. Tetapi tidak bagi Elina. Penampilannya begitu berbeza sehingga dia sendiri tidak dapat mengenali model pujaan ramai itu.
-------------------------------------
Ammar merenung Elina yang sedang resah di hadapannya. Entah mengapa, sejak tadi, masing-masing hanya mendiamkan diri. Lidahnya terasa kelu walaupun ada banyak perkara yang ingin diketahuinya. Elina dihadapannya kini hanya berpakaian ringkas tetapi topinya sudah lama ditanggalkan. Rambutnya juga dibiarkan lepas tanpa diikat mahupun disanggul. Susah juga dia untuk mengajak Elina keluar makan bersamanya jika tidak kerana pertolongan Firdaus, pengurus Elina tadi.
"Cik Elina, orang yang I jumpa depan panggung wayang tempoh hari tu, you kan? I nak minta maaf pasal adik I." ujar Ammar.
"Just forget about that. Thanks sebab sudi ambil I sebagai model iklan untuk syarikat Encik Ammar. I really like the perfume. It smells nice. Anyway, just call me Elina." balas Elina.
"Ok, Elina. You can call me Ammar. Sudi tak keluar dengan I hujung minggu neh?" tanya Ammar penuh mengharap.
"Erm... ok. Tapi di mana?"
"Why don\'t you give me your address and I\'ll go fetch you?"
"No, thanks. I pergi sendiri. You cakap saja di mana. Anyway, this is my phone number. Don\'t forget to tell me where, okay? I need to go now. Thanks for the drink." ujar Elina sambil meletakkan sekeping kad miliknya di hadapan Ammar. Selepas itu, terus saja dia menapak pergi.
----------------------------------------
Ammar menunggu dengan sabar kedatangan Elina. Sudah 35 minit dia menanti di Coffee Bean, KLCC. Bayangan Elina masih belum kelihatan. Itulah, datang awal sangat. Tak pasal-pasal saja kena tunggu. Ammar mengutuk diri sendiri. Sedang dia leka menghirup kopi di depannya, Elina menegurnya. Gadis itu terus duduk di hadapannya.
"Dah lama tunggu? Mesti you dah lama sampai kan?" soal Elina. Hampir tersedak Ammar mendengar soalan itu. Aik? Dia tahukah? Magik neh!
"Tak adalah lama sangat. I pun baru saja sampai."
"Really? Tapi, I tengok kopi you tu dah hampir nak habis dah. You pun macam gelisah saja. Tak sabar nak jumpa I ke?" Sekali lagi Ammar tersedak. Mukanya merah padam. Malu rahsianya diketahui Elina. Matanya memandang Elina. Atas, bawah. Masih seperti selalu. Tidak pernah tertinggal satu pun. T-shirt ringkas + topi + cermin mata hitam + jeans + kasut Converse. Ammar tersenyum tak terkata. Haih...
Selepas itu, mereka sering keluar bersama. Hubungan mereka bertambah rapat. Tidak seperti gadis-gadis lain, Elina lebih gemar makan di warung. Katanya, tukar selera. Dia rimas dengan hidangan-hidangan yang terpaksa ditelannya setiap hari di rumah.
3 bulan selepas itu... Suatu hari, Ammar mengajak Elina keluar makan malam bersamanya.
"You mesti pakai baju cantik-cantik tau. Malam neh special sangat." pesan Ammar sebelum memutuskan panggilan. Riang di hati tidak terkata. Malam ini, dia pasti akan meluahkan hasratnya kepada Elina. Sudah tidak sabar rasanya dia menanti saat itu. Selepas ini, dia akan bergelar teman lelaki Elina, super model terkenal tanah air. Ammar hanyut dalam angan-angannya.
Malam itu, di tempat yang dijanjikan, Ammar sabar menanti. Dia telan menyuruh pemandunya untuk menjemput Elina di rumah. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering. Elina! Kenapa pula Elina menghubunginya? Sepatutnya, Elina sudah sampai ke restoran itu. Ammar menjawab panggilan tersebut.
"Hello, Elina. You kat mana? Kenapa tak sampai lagi?" soal Ammar.
"Hello, Ammar. I dah sampailah neh. Tapi, kenapa kat sini? Alaaa... kenapa you tak cakap awal-awal, kita nak dinner kat tempat macam neh? You keluar sekarang. I tunggu you kat depan restoran neh." ujar Elina laju. Terus saja panggilan dimatikan. Ammar memandang telefonnya. Kebingungan. Terus saja dia berlalu keluar.
Alangkah terkejutnya dia melihat penampilan Elina. Hampir pengsan dia dibuatnya. Tetapi, silapnya juga kerana tidak memberitahu hal sebenar awal-awal.
"ELINA!!!"
"Hehe... sorry. Mana I tahu you nak dinner kat sini." tutur Elina malu-malu. Masakan tidak, hanya dia yang berpakaian begitu di tempat semewah itu. T-shirt ringkas, jeans dan kasut Converse.
"Kan I dah pesan tadi. Pakai cantik-cantik. Kenapa you pakai jeans dan t-shirt?" soal Ammar agak bengang. Hancur segala rancangannya. Candlelight dinner entah ke mana, lamaran entah ke mana. Haih... nasib badanlah dapat gadis seperti Elina.
"Mana I tahu kita nak makan kat sini. I ingat kita makan kat gerai macam selalu. So, I pakailah macam neh. Kalau pakai cantik-cantik, nanti kena kejar dengan reporters. Hehe... sorry, Ammar. I'm just me... I like something simple." ujar Elina slumber.
Ammar benar-benar tidak terkata. Tak romantik betullah Elina neh. Susah betul untuk dia mengubah penampilannya jika bukan disebabkan kerja. Haih...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cerita nih best....
tapi kenapa nak gantungkan?
nanti sambung la cerita nih ek....
good luck!!!