Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
REJIM DUA: TUJUH Segalanya Akan Menjadi Lebih Baik
Berteleku di kaki lima lorong yang menjadi penghubung antara dewan utama stadium renang itu dengan kamar salinan, bilik rehat pemain, tandas, stor janitor dan pintu keluar belakang; Luqman mencangkung, serabut. Rambutnya yang agak panjang digosok-gosok, biar kusut, seperti fikirannya juga. Melekat pula bau masam mop lembap dek lama sangat berada dalam stor janitor. Niatnya hendak bertukar pakaian renang terbantut serta-merta. Setelah mendengar semuanya, dia perlu ruang untuk berfikir panjang.
Mengelakkan diri daripada Coach Raju yang lalu disitu sebentar tadi, dia segera menghilangkan diri, menyorok dalam bilik kecil itu. Setelah pasti lelaki itu telah pergi (ke mana lagi kalau tidak ke bilik pengetua untuk mengkhabarkan karenah Yui Ito), baru dia berani untuk melangkah keluar. Bukan takut untuk berdepan, cuma dia tidak tahu hendak berkata apa. Puas diherdik Coach itu semalam, dia tidak mahu lagi mendengar kata-kata sinis yang buat dia terhantuk batang hidung sendiri. Memang benar dia degil, besar kepala selama ini. Ego membuat dia tidak mahu tunduk mengaku silap pada jurulatihnya itu semalam. Baginya tiada apa yang perlu dipersoalkan. I’m ready to hit the arena once again! That just it! Namun, hakikat bahawa Luqman Hakim ingin mengambil peranan semula dalam kelab renang Mahkota mendatang ragu jurulatih itu. Masakan tidak, stadium ini bukan tempat persinggahan buat mereka yang begitu mudah tewas, kecundang hanya kerana masalah peribadi. Renang tidak mengenal itu semua.
"Sama ada kau teruskan kuakan atau lemas tenggelam! Sekarang keluar daripada arena ini dan jangan balik selagi kau tak dapat nafas kau semula!’ Itu kata-kata Raju sebelum Luqman dihalau keluar kerana gagal mendapatkan catatan masa yang diminta. Boleh tahan juga bahasa Melayu Coach aku tu! Pedas menusuk kalbu! Panas mencairkan taik telinga! Luqman tersengih teringatkan tingkah bodohnya. Keras kepala! Padan muka aku!! Daripada siapalah aku dapat agaknya! Kepalanya terbang mendapatkan Atuk dan sekilas wajah Atuk dia teringatkan pula Omar, dan Yui. Genetik rasanya...
"Fikir apa?" Pertanyaan suara yang amat dikenalinya membuat Luqman mencebik muka. Datang dah mamat penyibuk ni! Dia mengangkat muka, menghadiahkan senyuman tak ikhlas buat si galah panjang.
"Kau rasa?" Soal Luqman pula. Bermain teka-teki.
"Menyesal sebab terlepas cakap kelmarin? Cakap bukan main confident nak berlatih balik. Betul ke kau dah sedia nak buat comeback semula?" Sinis soalan itu. Tersengih pada Luqman, Daniel melabuh punggung disebelah lelaki itu.
"Jadi, aku patut lupakan saja!" Tingkah Luqman. Sengaja mahu menduga. Daniel dah menggenggam buku lima. Menggosok-gosok penumbuknya pada lengan baju sebelah kiri, dia menghembus nafas melalui mulutnya pada tangan tersebut, menggosok lagi seolah-olah mengilatkannya. Terlepas tawa Luqman dibuatkannya.
"Kau betul-betul serius nak dush aku ke?" Tanyanya, ingin tahu.
"Cubalah buat apa yang kau cakap tadi kalau nak tahu!" Buk! Sedas tumbukan hinggap pada lengan kanan Luqman.
"Aduh! Sakitlah! Aku buka bunga silat aku kang!" Luqman ketap bibir. Giliran Daniel pula tertawa. Lama benar mereka tidak bergurau seperti itu.
"Daniel... kau rasa kalau Mak aku masih hidup, dia akan suruh aku teruskan renang ke?" Luqman serius tiba-tiba. Memandang rakannya itu, Daniel menggeleng. Bola oren diangkat tinggi. Duk!
"Adoi!" Aku silatkan juga mamat ni karang! Luqman menggosok kepala yang dihentam.
"Soalan jenis apa tu? Aku ingat kau dah sedar, belum lagi rupanya! Of course Luqman! Hanya dalam kolam saja kau "hidup’. Masa kau berenang je yang aku akan tengok kau boleh tersenyum sampai ke telinga. Kau rasa apa yang Auntie Latifah akan doakan, selain daripada kebahagiaan anak dia?" Daniel dah bertukar mode pakar motivasi. Luqman tersenyum melihat gelagat rakan baiknya itu yang penuh bersemangat.
"Senyum pula! Aku serius ni!" Geram Daniel, dia pula mengetap bibir.
"Tapi aku rasa bersalah pula. Aku bersuka ria sedangkan aku patut bersedih sebab Mak dah tiada. Aku rasa macam tak betul je... Lagipun dah tak ada siapa nak sorakkan aku lagi." Jawab lelaki itu. Nak kena hempuk dengan aku lagi rupanya mamat ni!
Uit! Pantas sebelum sempat Daniel bertindak, sfera ditangan dirampas Luqman. Kuat bola itu dibaling ke dinding di depan mereka, melantun semula mengenai dahi pemain basket konon paling berbakat itu. Buat malu betul!
"Erk! Sakitlah ngok!" Daniel menggosok-gosok dahi yang melecet. Dah kena dahi baru sempat disambut bola tersebut. Bengang dilihatnya Luqman terkekeh-kekeh suka. Eh! Syoknya dia gelak! Ironi sekali dengan kata-kata yang baru kau ucapkan, Luqman. Dia tak jadi membalas dendam.
"Kau sendiri dah menjawab soalan itu. Life must go on buddy! Dah lama kan kau tak gelak macam tu. Dan satu lagi, kau buta ke atau mata kau dah terpeleot? Kau tak nampak macam mana dewan renang tu tadi? Tak ada tukang sorak konon!" Daniel mengerut dahi. Luqman hanya menjawab dengan sengihan sinis.
"Kau ada Yui apa? Dia peminat setia kau. Kau patut bersyukur tahu tak. Kalau tak pasal dia kau mungkin tak akan fikirkan langsung pasal semua ni." Tukas Daniel, berubah nada dan itu mematikan senyuman Luqman. Dia teringat kembali tangisan Yui di makmal komputer.
"Bukan sebab dia aku nak berenang balik..." Alasannya. Hakikatnya dia teringat akan janjinya pada Latifah. Persis tekad Yui pada Omar yang mahu membawanya pulang ke Jepun. Sekuat itu kesungguhannya kala berenang hanya untuk ibu tercinta.
"Aku cuma nak tunaikan impian Mak aku. Itu saja." Daniel tersenyum mendengar itu. Masih tak nak mengaku lagi?
"Tak kisahlah apapun sebabnya. Maknanya kau akan beraksi semula kan. Bila?" Soal Daniel menduga.
"Just cross your finger bro! Kau sendiri dengar apa yang Coach Raju dengan budak-budak tu cakap tadi kan. Nampaknya aku dah tak sehebat dulu." Luqman rasional. Akur akan hakikat itu.
"Lembap! Baru perasan! Enjin kalau tak hidup dua tiga haripun boleh tersemput-semput nak start balik. Inikan pula kau yang dah setahun tak training! Habis tu kau nak buat apa sekarang? Syarat Coach Raju tu macam mana pula?" Bertalu soalan Daniel. Jawapannya hanya boleh dijawab masa. Luqman bingkas. Masa untuk melakukan sesuatu.
"Tunggu dan lihat sajalah apa yang akan jadi. Aku tak tahu nak buat apapun. Actually I reallyI need my Coach back! Padan muka aku. Cakap besar lagi!" Sejujurnya dia masih tidak punya apa-apa rancangan. Daniel mengangguk-angguk.
"Setuju, setuju! Padan muka! Ni kau nak pergi mana pula? Bukan sepatutnya kau tukar baju ke? Berenang tak kan pakai track suit kot." Soal Daniel pabila melihat Luqman menggelekkan pinggang ke kanan-kiri, memanaskan badan.
"Mungkin bukan hari ni. Diorang masih panas hati lagi dengan aku. Biarkanlah dulu. Need to build up my stamina. Jogging will do." Tutur Luqman. Dia sudah bersedia mahu beredar.
"Owh! Ye lah kan… Penyokong nombor satu kau tak nampak muka hari ni. Buat apa masuk kolam! Hei… mungkin dia boleh bantu kau! Bapa dia Coach renang tau! Emm... Aku bet dia dah pun ada rancangan untuk kau." Daniel menyucuk. Menghentikan tingkah, Luqman berdepan dengan rakannya itu. Perkara itu yang membimbangkannya.
"Aku tak perlukan pertolongan perempuan tu. Sekali lagi aku nak kau jelas, yang aku kembali bukan sebab dia. Faham?" Suaranya biasa tetapi cukup tegas menekan. Daniel tersenyum mengangguk.
"There is something going on with you two, isn’t it?" Kerut Daniel. Luqman juga berkerut, dapat menangkap nada lain macam pemuda di depannya.
"Nampaknya ada orang cemburu…" Luqman mula melangkah.
"Cemburu? Siapa?" Daniel bodoh alang, tidak mengerti. Jejak Luqman dikutip, membontotinya, keluar daripada stadium itu.
"Kalau kau minat dekat dia, bagitahu sajalah. Jangan nak hentam aku pula!" Ujar Luqman, berterus terang.
"What?! Merepek! Siapa minat kat tomboy tu? Hei, aku rapat dengan dia sebab kau, tahu tak!" Daniel mempertahankan diri.
"Yeah right!" Dengus Luqman. Tiba di belakang stadium itu dia mula mempercepatkan langkah, meninggalkan Daniel. Daniel menghembus nafas mengeluh, sekadar melihat susuk Luqman hilang disebalik dinding stadium, bergerak ke arah bangunan akademik. Doanya semoga semuanya akan menjadi lebih baik buat rakannya itu.
"Aku dengan Yui? Mustahil…" Akalnya membayangkan yang bukan-bukan.
*
Pentas itu malap. Cuma disinari dua lampu sorot yang dihala padanya di suatu sudut dan pada si dia di sudut yang lain. Segak, memakai tux dipadan dengan... sneaker basket? Dan si dia emmm... Agak lawalah dengan gaun putih labuhnya. Tapi kenapa nak kena pakai topi RIP CURL tu juga? Ahh! Lantak kau lah! Kenapa aku ada kat sini? Dan apa kena dengan lagu mendayu-dayu tu?
Tiba-tiba si dia membuka tari, mengalun langkah tak berapa lembut mengikut rentak muzik waltz yang melatari suasana romantik itu, mendekatinya yang masih berkerut membuat muka tak percaya. Err... what is going on? Yui melirik padanya, melempar senyuman dengan sisa coklat digigi. Urgh! Kemudian dengan penuh emosi dek dendangan lagu latar yang semakin rancak. Yui membuat rentak kaki pantas menuju kepada Daniel.
"Oh Daniel…!" Bak puteri mendapatkan putera idaman. Mencerun mata, Daniel – Ini sudah lebih!
"Jangan! Sentuh! A..." Tak sempat ayat itu habis.
"Hieyaaaah!" Tubuh melayang. Back flip dipersembahkan.
"Ouch!"
Yui tersenyum padanya, menepuk-nepuk tangan tanda tugasnya sudah selesai. Kemudian pentas terang benderang, meriah dengan tepukan penonton-penonton yang entah dari mana munculnya mengeliling mereka. Si gadis yang teruja dengan kehadiran saksi-saksi peristiwa memalukan itu, membantunya bangun dalam keterpaksaan dan membuatnya berpusing kemudian tangannya disambut dan tubuhnya dicondongkan dengan Yui membongkok memegang pinggangnya. This is not HAPPENINGGG!
*
Errr... Daniel menggigil memusnahkan bayangan yang terawang-awang.
"Aku kena jadi alergi dengan minah tu!" Berkerut lagi, mata bergerak ke atas cuba melihat dahi sendiri. Nampaknya aku juga akan cepat berkedut dan tua sejak kenal dengan si dia yang bernama Yui Ito. Arghhh! Sekarang masa yang sesuai untuk menyoal, adakah betul semuanya akan menjadi lebih baik? Aku ada firasat yang mengatakan tidak... mungkin bukan dalam masa yang terdekat ni!
Wanna be da first one...yuhuu~... neway..just like be4... awesome!!..i think u r really something... keep up da good work!!...... alkisah chenta sudaa bermula....(danny n yui)
ye lah...lame btul la time skolah diorang nier...bile g nak cuti..aku dah x saba nak tngok yui ekut luke blek kmpong
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Wanna be da first one...yuhuu~...
neway..just like be4...
awesome!!..i think u r really something...
keep up da good work!!......
alkisah chenta sudaa bermula....(danny n yui)