Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pagi-pagi lagi aku ke pejabat pos berhampiran. Aku membuat kiriman pos laju; niatku semata-mata untuk segera umi menerima suratku. Esok.... lusa pasti pak posmen ke rumah.
"Hai, dah tak nampak orang ke?" tiba-tiba aku disapa oleh Alia, teman sekuliah. Gadis yang terkenal dengan sikap manjanya.
"Opsss... sorry saya tak perasan tadi. Sorang je ke?" tanyaku sambil mataku mencari-cari kelibat seseorang.
"Habis tu? Tak kan nak bawa sepuluh orang kot," jerit Alia. Tajam sungguh bunyi nada suara Alia. Aku menjadi serba-salah. Aikkkk... aku tanya apa-apa yang salah ke? Rasanya tak...
"Tak delah.... Amir tak ikut sama ke? Biasanya awak berdua bagaikan burung merpati sejoli, tak pernah berenggang biar pun seketika. Kehulu kehilir mesti bersama. Tu tanya nya...," aku melihat Alia mencebik bibirnya. Merah membara mukanya. Terasalah tu...
"Eh... awak tu!!! Ingat orang ni tergila-gilakan sangat ke kat awak. Jangan nak perasanlah ya. Lagi lawa mamak kat Subaidah tu," tengking Alia. Tiba-tiba je si Alia naik berang. Marah sangat. Aku pula tak habis-habis di jelingnya. Bagaikan singa betina kelaparanlah pula lagaknya. Macam tak sabar-sabar nak baham mangsa. Cuma tunggu masa. Aku ni nampak macam ayam panggang kot kat depan mata dia. Aku pelik. Bila masanya aku kata yang dia tergila-gilakan aku. Nak kena budak ni. Pandai-pandai fitnah orang. Gila!
"Cik Alia woi, kenapa marah-marah ni? Saya tak kata apa-apa yang salah pun. Awak pula tiba-tiba melenting tak tentu pasal. Ingat kalau awak menjerit, saya akan dipersalahkan? Tolonglah! Lagi satu, saya tak kata pun yang awak tu nak kat saya. Setahu saya.... saya hanya tanyakan Amir. Lagipun, awak dan Amir memang selalu bersama pun kan? Saya tahu awak tak tergila-gilakan saya. Dan.... saya pun tak pernah nak tergila-gilakan awak. Tak ingin pun walau awak tawar saya harta-kekayaan sekali pun. Harap ada rupa je tak de gunanya kalau budi bahasa tak ada. Maaflah kalau saya terkasar. Saya juga sedar saya ni taklah sehandsome mana," lontarku.
Seterusnya, aku mengorak langkah beredar dari situ. Malas aku nak layan si Alia tu. Entah apa nak jadi dengan dia. Tuduh orang tak tentu pasal. Tapi, mesti dia tersinggung dengan kata-kataku. Ringkas, tapi pedas bagaikan cili padi. Aku tak nafikan Alia memang cantik orangnya. Siapa yang melihatnya pasti nak cuba nasib. Seksi pun seksi.... Emmm.... boleh mengiurkan iman lelaki yang memandangnya. But what to do... she is not my taste. Hanya seorang sahaja yang berjaya menambat hatiku. Tatkala mengingatinya, sajak bermain dijiwa. Ciptaanku khas buatnya yang entah menghilang ke mana... entah bagaimana keadaan dia sekarang. Melanjutkan pelajaran atau tak pun mungkin dah kahwin kot. Siapa agaknya jejaka bertuah tu? Kan best kalau aku...
"Sekiranya, Aku dihadiahi sepasang sayap, Akan aku terbang ke langit, Mencari puteri pujaan, Yang tidak pernah lesap, Dari ingatan, Mahupun... Hati kecilku ini;
Begitu perit terasa diri, Bila rindu melanda jiwa, Ekoran kehilangan gadis sunti, Yang pernah bertakhta di hati;
Kau akan sentiasa aku pujai, Dan... Aku amat pasti, Suatu hari nanti, Kau akan kembali, Mewarnai diriku ini, Yang masih setia menanti..."
"Woi!" Jeritan yang cukup kuat hinggap di cuping telingaku. Rasa macam nak pecahlah pula gegendang telingaku. Nasib tak ada titisan darah merah merembes keluar dari celah-celah telinga aku. Tapi, memang telinga aku dah naik panas.
Terperanjat aku. Asal je aku mengelamun, mesti ada-ada je gangguan. Tak suka nak tengok orang senang sikit. Kat kelas, lecturer ganggu... kat dalam bilik, room mate pula yang ganggu. Nasib aku kurang baik betullah. Memang aku dah agak. Siapa lagi kalau bukan si Amir. Datang nak bela si Alia lah tu. Dia tu pun sama je. Nak jadi pak turut pula. Walaupun begitu, Amir seorang lelaki yang bertanggungjawab. Aku tak sanggup kehilangan pertalian persahabatan dengannya.
"Amir... apa hal?" hanya itu yang aku mampu ucapkan; kerana aku tahu Amir tengah marah. Mukanya mencuka. Silap langkah, pecah kepalalah aku ni alamatnya.
"Dah buat pura-pura tanya pula. Awak ingat awak tu sapa, hero ke?" herdik Amir.
"Bawa mengucap Mir... aku tak bersalah. Janganlah kau terpekik-pekik macam ni. Malulah sikit orang semua tengok," aku menasihatinya. Lembut tetapi tegas.
"Tak payah awak nak ajar saya. Apa awak cakap pada Alia? Awak jaga sikit; pandai-pandai buat mak we orang menangis." Sekali lagi Amir meradang. Ganas juga muka dia time tu.
"Mir, aku tak kata apa-apa yang salah. Pada mulanya aku hanya bertanyakan kau. Tapi Alia yang tiba-tiba tengking dan menuduh yang bukan-bukan. Percayalah. You know me well right...? It’s up to you to believe it or not. Anyway, i’m really sorry if i have hurt Alia in any ways. Janganlah di perbesarkan perkara yang kecil hingga boleh menjejaskan ikatan persahabatan kita. Aku pergi dulu," lantas aku bergerak ke hadapan. Amir kelihatan terpinga-pinga. Aku sempat menoleh, bertentang mata dengan Amir.
"Ingat tak Mir; bulan lepas sketsa yang kau lakonkan. Mungkin kau lupa. Tapi, aku ingat lagi apa yang kau kata. Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang molek itu budi dan yang indah itu bahasa. Rasanya kau faham apa yang aku maksudkan." Langkahku dipercepatkan, bukan kerana takut. Motifku untuk elak pergaduhan sesama rakan. Umi selalu berpesan agar aku tidak berdebat dengan sesiapa pun. Biar tidak berkawan asalkan tidak bermusuhan.
"Sham... tunggu jab. Aku... aku minta maaf. Patutnya aku tak besarkan hal ini. Lagipun ia antara kau dengan Alia. Sorry ya... aku mengamuk tak tentu pasal. Hati aku jadi cair lepas tengok air mata Alia sampai hampir bertindak bodoh." Syukurlah akhirnya sahabatku Amir memahamiku. Aku risau juga kalau-kalau aku kehilangan sahabat seperti Amir, walaupun perkenalan kami tidaklah selama mana. Tapi, kami rapat. Persahabatan yang terjalin antara kami ikhlas. Tidak pernah mengenal harta-kekayaan mahupun pangkat.
"Tak pelah, Mir. Just forget it. We move as usual." Aku ikhlas mengatakannya. Lagipun bukan salah Amir. Dia terlalu mencintai Alia sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi Alia asal cinta dia berbalas.
"Terima kasih, Sham. Aku juga minta maaf atas sikap kasar Alia terhadap kau. Dia tu anak manja. Sebab tu tak terkawal sikapnya. Panas baran, mudah tersinggung dan cepat merajuk. Aku akan cuba bercakap ngan dia sebaik mungkin."
"Aku tak terasa pun, Mir. Aku tahu. Kau jangan bimbang. Aku takkan salahkan kau. Dahlah, tak payah ungkit hal yang lepas. Ada baiknya kita lupakan aja. Perkara remeh. Buat apa besar-besarkan. No use." Selesai aku berkata-kata, aku lihat Amir mengangguk-anggukkan kepalanya, mengiakan luahanku sebentar tadi. Kesian Amir. Dia terlalu menaruh kepercayaan terhadap kekasih hatinya, Alia Shahidah. Moga-moga penantiannya nanti membuahkan hasil kerana aku tahu Alia bermain kayu tiga di belakang Amir. Aku hairan juga... macam manalah Amir boleh tak tahu padahal satu campus tahu mengenai perkara tersebut. Cinta itu buta! Mungkin ada betulnya.
Aku paling-paling tak sangkanya macam mana Alia menjadi pilihan hati Amir. Padahal dia bukan gadis idaman Amir. Kalau tak silap aku, Amir pernah beritahu aku yang dia sukakan gadis yang bertudung, yang tutup aurat dan murah dengan senyuman yang merupakan sedekah. Dia paling benci gadis yang menonjolkan tubuh badan buat tatapan umum. Apa gunanya maruah jika diperdagangkan? Itulah yang diluahkan olehnya suatu masa dulu. Tapi, sekarang...? Dia telah jatuh cinta pada seorang gadis yang tiada walau satu pun ciri-ciri yang Amir harapkan. Itulah manusia. Mudah berubah.
Aku meneruskan perjalanan ke hostel. Terpaksa jalan kaki sebab motor aku rosak tetiba je. Malam nanti baru nak bawa ke kedai motor berdekatan sebab lepas ni aku ada kuliah penting. So, kenalah balik bilik dulu. Salin baju. Takkan nak pergi kuliah pakai track-suit. Aku bukannya nak pergi latihan sukan. Nanti kena terajang keluar dari dewan kuliah pula. Dahlah aku baru je lepas insiden memalukan gara-gara mengelamun. Nanti tambah dalam sejarah ‘Zamarul Hisham- dean list’ kena halau kerana tidak menepati etika pakaian. Tak pernah dean list alami masalah seperti itu. Pecah record kebangsaan era baru. Hilang kriteria sebagai seorang doktor.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
besla cite ni..teruskann..