Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku melempar pandangan kearah sekumpulan remaja perempuan yang berada berdekatan dengan meja yang aku dan Fareez duduki. Hilai tawa mereka cukup menggamatkan suasana. Kalau nak ikutkan memangla x elok anak dara berkelakuan begitu tetapi kalau diimbas kembali zaman remajaku, pasti kejadian yang sama juga turut berlaku bila ada perkara yg mencuit hati kami. Aku mengelamun mengenangkan zaman yang cukup indah itu. Kenangan bersama teman2 di politeknik sudah pasti x akan aku lupakan sampai bila2 walaupun kini masing2 telah membawa haluan sendiri. Tanpa disangka terukir senyuman dibibirku. Aku terus mengelamun…
"Maksu, nak sos lagi" rengekan Fareez, anak saudara aku itu cukup menghilangkan kenangan lama yg sedang aku kenangi.
Aku segera menuang sos ke pinggannya. Budak ni kalau dapat makan KFC mmg hilangla buasnya. Aku tersenyum kearahnya.
"Maksu..maksu..mana paksu ni..lambat betulla". Si kecil mula merungut apabila yang ditunggu x jua kunjung tiba.
Aku segera memaling kepala kekiri dan kekanan mencari2 kelibat tunangku.
"Tunggula, satg sampaila tu. Td dia dh bgtau maksu, dia dh kluaq dr rumah". Aku cuba menenangkan si kecil itu.
"Maksu..maksu..cuba tengok orang tu. Dari td lagi dia dok perati kita". Fareez bersuara lagi.
"Orang mana?". Aku tercari2 orang yg dimaksudkan.
"Tu, orang tu. Yang pakai topi hitam tu." Balas Fareez sambil mulutnya menjuih kehadapan.
Aku segera menoleh kearah yg dimaksudkan oleh Fareez dan tiba2 mataku tertancap kearah seseorang. Mataku merenung tajam kearahnya untuk memastikan kesahihannya.
"Najib!?". Perlahan nama itu terpacul dari mulutku.
Dia memandangku erat dan menghadiahkan senyuman mesra buatku. Aku kaget! Namun aku cuba membalas senyumannya walaupun penuh getaran didada.
"Maksu kenalka?". Tiba2 Fareez bersuara lagi.
"Ha, kawan lama maksu kot". Aku cuba mengawal getaran.
Tidak lama kemudian aku nampak Najib bangun dan menuju kearah meja kami, aku menjadi kalut. Aku cuba mengalih pandangan kearah Fareez. Aku semakin rasa getarannya. Seketika kemudian… "Assalammualaikum.." sapa seseorang sambil menarik kerusi dihadapanku dan terus melabuhkan punggungnya.
"Waalaikummussalam.." balasku dengan perasaan getar berbaur gembira. Aku mengalih muka kehadapan dengan penuh pengharapan.
"Abang..?" aku terkejut dan aku mengalih pandangan kearah meja Najib. Aku nampak Najib sedang membetulkan duduknya sambil terus memandangku.
"Eh, kenapa ni..Macam terkejut ja..Sorila abang terlewat, ada kemalangan kat jalan td." Rizal menjelaskan kelewatannya.
"Ha..xdak apala. Oo..ingatkan kemana yang lewat ni." Aku cuba mengawal perasaan.
"Eh, kenapa Nur x makan dengan Fareez? Nur tunggu abangka?Td kan abang dah bgtau yang abang xmao makan lagi, abang kenyang." Rizal cukup berbahasa. Sebab itulah aku boleh terpaut padanya.
" Xlah, Nur pun kenyang td. Tu malas nak makan tu." Aku membalas.
"Abang, Fareez pun dah habis makan ni, jomla kita ke kedai emas tu. Mak dah pesan td, jangan balik lewat sgt" Aku menyambung lagi.
"Ha, jomla..tp tunggu kejap,biar abang basuhkan tangan Fareez dulu ya." Aku mengangguk sekali. Rizal segera membawa Fareez kearah sinki.
Aku mengambil kesempatan yang ada untuk melihat Najib buat kali terakhir sebelum aku pergi. Kelihatan Najib rancak berbual dengan kawan-kawannya dan dia langsung tidak melihatku hinggalah aku bangun meninggalkan meja itu. Aku sedikit kecewa. Sesungguhnya aku teramat rindukannya dari dulu hinggalah kesaat ini. Dia adalah putera impian yang kuimpikan suatu ketika dahulu, namun hubungan kami x berkekalan kerana salah faham.
Malam itu aku x dapat melelapkan mata. Aku masih mengenangkan pertemuan siang tadi. Aku pun x pasti mengapa hingga kini aku x dapat melupakannya. Tiap kenangan bersamanya sentiasa bermain difikiranku. Malah detik perkenalan kami juga turut segar diingatanku hingga kini. Dunia chatinglah yang telah menemukan antara aku dan dia. Kami bertemu beberapa kali sebelum declare untuk bercinta. Saat itu sungguh indah bagi kami berdua. Namun dek kerana salah faham, dia minta agar kami berpisah kerana bimbang x dapat beri kebahagian kepadaku. Berkali2 ku mohon maaf dan berkali2 juga kutegaskan bahawa aku akan cuba memahami dirinya namun baginya semuanya telah berakhir. Sejak itu hidupku jadi x keruan lagi. Aku terlalu rindukannya hingga pernah aku demam berminggu2 kerana terlalu rindukannya. Tanpa kusedari airmataku mengalir perlahan apabila mengingati semua itu. Aku x mampu untuk menahannya..aku memang terlalu rindukannya..
Bila rindu…terkenangmu sayang…
Tiba2 telefon ku berdering. Pasti Rizal kerana aku telah setkan lagu bila rindu itu untuknya.
" Hello abang .." aku cuba mengawal suara serak akibat menangis tadi.
" Hello Nur, Nur abang nak bertolak ke Kelantan dahni. Nur doakan abang selamat sampai ya.." Rizal akan bertolak ke Kelantan kerana ada urusan perniagaan disana yang perlu dia uruskan.
" Eh, kenapa malamni pulak. Abang kata nak bertolak lepas subuh esok" aku melihat jam dinding yang menunjukkan jam 9.00 malam." Aku segera bangun bersandar dipenjuru katil sambil menyapu saki baki air mata.
"Xpala, abang takut letih esok. Abang bertolak malamni, sampai nanti abang tumpang rehat kat rumah kawan abang. Sempatla abang rehat2. Lagipun dah lama abang x jumpa kawan abang tu, boleh jugak abang berbual panjang dengan dia nanti..Nur x payah risaula, abang bawak keta baik2la nnt. Kalau jd apa2pun, bleh jugak Nur cari pakwe baru..btoi x?" Dia mengekek dihujung talian. Bergurau.
"Ha, cakap merapu." Aku mendiamkan diri. Merajuk.
"Ala..abang lawak ja..abang sayang sgt kat Nur. Abang nak bersama2 Nur hingga akhir hayat abang kalau diizinkan Allah." Rizal memujuk.
"Em..Nur pun sayang sgt kat abang…abang bawak kereta elok2 tau..hati2..dah sampai nnt, jangan lupa call Nur" aku x jadi merajuk kerana takut akan menggusarkan hati Rizal.
"Yalah sayang, abang pergi dulu ya..kirim salam kat mak mertua abang tau…assalammualaikum..sayang Nur sgt2..muahh.." dia begitu riang sekali mengakhiri perbualan..
Aku tersenyum lebar mengakhiri perbualan dengan Rizal. Dia cukup suka berjenaka. Aku cukup terhibur sepanjang aku mengenalinya. Aku menarik patung sinchan yang dihadiahkannya lalu ku peluk erat. Aku rasa sungguh bahagia bersamanya. Aku mengelamun mengenangkan kenangan manis bersama Rizal…
Tiba2 mataku terpandang komputer yang berada di hujung katil. Lama x bukak myspace dan friendster, rindu pula rasanya, lantas aku segera menekan ON pada cpu. Kemudian aku segera membuka laman myspace dan friendster. Ada beberapa email dan komen dari kawan2. Aku tersenyum sendirian tatkala membuka komen dari kawan2ku kerana menerima kutukan dek kerana terlalu sibuk bekerja hingga lupakan mereka. Aku segera menekan REPLY. Beberapa baris ayat aku susunkan buat mereka dan menerangkan kesibukkanku yang sememangnya menjadi2 sejak akhir2 ini. Setelah selesai membalas, aku menyandarkan diri ke kerusi. Bosan pula rasanya.. aku membelek2 menu di desktop dan hinggalah aku terpandang menu mIRC. Rindu pula pada dunia chating. Entah masih dengan operator yg sama ke tak, xtaula..Aku masuk dengan menggunakan nickname dulu iaitu puteri85. aku sekadar masuk ke channel Kedah. Aku memerhati semua nickname yang tertera. Banyak juga nickname baru.
Tiba2 seseorang private massage padaku…
assalammualaikum…
orang itu memulakan bicara.
waalaikummussalam… chat? ya..chat ja.. Nur semakin cantik sekarang… eh..siapa ni…siap tau nama kita lg.. ni Najib… Najib?
aku sedikit terperanjat..dahla siang td jumpa..malam pun jumpa lagi…hati aku menjadi berdebar2…
Nur, dah lama Najib cari Nur.. Najib nak mintak maaf atas apa yang berlaku dulu. Najib betul2 menyesal.. erm..xpala..kisah lama, lupakanla…Nur x simpan dalam hati pun… sudi tak, kalau kita bercinta mcm dulu? Najib janji xkan main2kan hati Nur..Najib akan jaga Nur sebaik2nya… maafkan Nur, Najib…Nur dah ada pasangan..lelaki tadi tu orangnya…. siapa dia Nur? erm..tu tunang Nur.. kami akan berkahwin x lama lagi. Nur harap Najib lupakanla Nur.. kita x mungkin bersama.. Nur..tolonglah….Jangan buat Najib macamni…Najib syg sgt kat Nur..Najib dah lama cari Nur..Tiap2 malam Najib tunggu Nur kat sini… maafkan Nur, Najib… Nur xmao menghampakan harapan orang yang sayangkan Nur sepenuh hati…Lgpun Nur sayangkan dia sgt2..
dia terdiam…aku masih menanti dengan sabar…
x mengapalah Nur…tapi Najib akan tunggu Nur hingga akhir hayat Najib. ramai lg perempuan di luar sana.. kenapa mesti tunggu Nur.. Najib dah cuba bercinta, tapi Najib x boleh lakukannya..Najib masih rindu dan sayangkan Nur..Najib x dapat tipu diri sendiri..
aku pula terdiam…hati aku seakan2 goyah dengan kata2nya…namun aku gagahkan juga untuk mempertahankan diri dr pujukannya. Aku kan dah ada Rizal..aku cuba menguatkan diri.
Nur..kenapa Nur menghilangkan diri dulu?berkali2 Najib call Nur tp x dpt..sampai hati Nur buat Najib mcmni…mmg salah Najib pada mulanya, tp Najib cuma ambil sedikit masa untuk menenangkan diri Najib..Najib betul2 menyesal membiarkan Nur berlalu.. Nur terlalu kecewa Najib…Nur hilang arah tujuan ketika itu..tiap ketika Nur asyik ingatkan Najib hingga diri dan kerja Nur terabai… maafkan Najib…Najib pun jadi x keruan tatkala Najib menyedari Nur dah hilangkan diri..Najib sayang Nur sangat2… xpalah Najib.. kita jadikanlah semua ni pengalaman dan pengajaran untuk kita hadapi hidup2 kita yg akan datang.. Najib masih mengharapkan Nur…
aku terdiam lagi… memang ini yang aku impikan suatu ketika dahulu… malah malam ini juga hatiku sedang bergelora dengan kata2nya itu. Aku memang terlalu merinduinya tetapi aku tidak boleh meneruskannya kerana aku dah ada Rizal. Aku pejamkan mata serapatnya sambil menekup muka menyesali apa yg terjadi..
Najib… Walaupun Nur masih sayangkan Najib tetapi Nur x boleh untuk meneruskannya..Nur harap Najib faham situasi Nur… Baiklah Nur…Najib xkan memaksa Nur membuat keputusan yang x mungkin Nur dapat buat tetapi izinkanlah Najib menyimpan nama dan kenangan antara kita hingga akhir hayat Najib.. Baiklah Najib…Nur izinkan asalkan tidak mengganggu hidup Najib…
usahlah kau bersedih..dihadapanmu aku hadir…
tiba2 telefon ku berdering dan aku menatap no baru di skrin telefonku…entah siapalah yang telefon waktu2 mcmni…
Najib…tunggu kejap ya..ada call masuk.. ok…
"hello.." aku mengangkat telefon..
"hello..ini cik Nurin Qistina ka? Terdengar suara serak lelaki di hujung talian…
" ya..saya.."aku mengamati suara tersebut.
"cik kenal Rizal bin Osman?" suara itu terus bersuara.
"ya..dia tunang saya" aku menjawab lancar.
"saya dari balai polis Sungai Petani, nak memaklumkan bahawa Rizal bin Osman, telah terlibat dalam kemalangan di jalan Bakar Arang, dan mangsa telah meninggal dunia ditempat kejadian." Polis itu menjelaskan dengan panjang lebar.
" ha???!!!" aku terjelepuk jatuh ke lantai sesudah mendengar penjelasan itu…aku menangis semahunya… Seketika kemudian mak meluru masuk ke bilikku kerana terdengar tangisan ku yang agak kuat dan bertanya apa yg telah terjadi…. Aku hanya mampu memeluk dan menangis dibahunya sahaja… Aku menghulurkan telefon kepada mak..aku biarkan mak mendengar sendiri apa yg telah terjadi… Mak mengeratkan pelukan apabila mengetahui apa yg telah terjadi…mak turut mengalirkan airmata kepiluan.. Mak memapahku berjalan ke katil. Aku rasakan duniaku kelam tiba2..mana mungkin Rizal meninggalkan aku disaat2 begini.. Esakkanku semakin menjadi2 hingga seakan-akan tiada ruang untukku bernafas dengan lancar lagi..
Seketika kemudian aku cuba meredakan tangisan dan lantas menelefon keluarga Rizal menceritakan kejadian itu. Mereka juga turut terkejut dengan apa yg terjadi.
"Adik tenangkan diri kejap ya, lepastu siap2, kita pergi ke hospital dengan abang Imran." Mak lantas keluar dari bilik.
Airmataku mengalir laju…aku x mampu menahannya…terngiang2 gelak tawa Rizal seketika tadi..aku menjadi semakin pilu..aku menangis semahunya..
Tiba2 mataku tertancap pada skrin computer yang mana Najib masih setia menanti disana.. Aku gagahkan juga bangun dan menekan papan kekunci..
Najib…Rizal kemalangan…dia meninggal di tempat kejadian…
tangisanku berlarutan…
eh..yaka…innalillah…sabar Nur..ni ujian tuhan untuk Nur…banyak2 bersabar ya…sekarang mayatnya ada dimana? Nur sedih sgt…
tangisanku menjadi2 pula…
mayat dibawa ke hospital Sungai Petani. Kejap lagi Nur nak pergi dengan abang dan mak… oklah..Nur nak bersiap2 ni..bye.. banyakkan bersabar ya…ada apa2, callla Najib..Najib sedia membantu Nur..Babai..assalammualaikum.. waalaikummussalam…
aku terus menutup computer dan bersiap2 untuk ke hospital.. lebih kurang 45 minit kemudian, kami pun sampai di perkarangan hospital. Aku terlihat kelibat adik dan anak saudara Rizal di kawasan berhampiran dan aku terus meluru kearah mereka.
" adik, mana yang lain? Mayat abang mana?" aku terus menyoalnya.. " doctor benarkan mak masuk untuk cam mayat abang..ayah dengan akak ada kat tepi tu.." dia menjawab perlahan, dan dapat ku lihat airmatanya kembali mengalir tatkala menjawab soalanku..
Aku lantas memeluk tubuh genit itu..aku pasti dia sedih dengan apa yg telah berlaku. Airmataku terus menerus mengalir… aku terasa sungguh pilu disaat itu.. baru ku sedar perlakuan pelik Rizal sejak akhir2 ini..dia begitu sibuk hendak membeli cincin perkahwinan sedangkan kami akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini. Dia bimbang tidak sempat untuk membeli sedangkan kami masih ada 6 bulan untuk membuat persiapan perkahwinan. Aku memejamkan mata membiarkan airmataku mengalir bersama kenangan2 itu. Aku x mampu menahannya lagi dan aku x mahu menahan kesedihan itu kerana aku mmg terlalu sedih dengan apa yg telah terjadi…mak mendekatiku dan menggosok2 lembut belakangku…
Tiba2 dalam kesamaran malam, aku terlihat suatu kelibat sedang merenungku dengan penuh kesayuan dan pengharapan..Aku mengamatinya…Najib sedang berdiri disitu merenungku… Aku terus mengalirkan airmata kepiluan…Sesungguhnya sedih, pilu dan gembira silih berganti dalam hidup kita…
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hmm..kurang menarik..dh bleh agak jln citer dia cmna