Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa cukup membosankan. Sementara menunggu keputusan SPM, ingin juga aku bekerja seperti rakan-rakan yang lain. Tapi, mak sering mematikan niat aku yang satu itu. "Adik, gosok baju aku, aku dah lambat dah ni!" Yop menjerit memanggilku. "Argh... tak habis-habis mengarah!" jeritku di dalam hati. Kalau Yop dengar, habis aku kena marah. Dengan hati yang bengang aku melangkah juga ke bilikku. Baju kemeja Yop yang tergantung di dalam bilik aku capai. Seterika dihidupkan. Sementara menunggu ia panas, sempat aku meluahkan rasa marahku. "Ingat aku ni bibik dia ke? Dah tahu lambat bangunlah awal! Ni tak! Tidur lambat, bangun lambat. Kalau buat kerja takpe jugak! Ni dok menghadap internet 24 jam. Hisy..." rungutku. Tanpa aku sedari, ibu sudah berada di pintu bilikku. Melihat perangai aku. "Adik, janganlah berkira sangat dengan Yop tu. Korang tu dua beradik je. Yop tu mana pernah berkira dengan adik? Tengok, setiap hujung bulan ada je duit yang dia bagi." "Ah mak, bukannya adik nak sangat duit dia tu! Tak mati pun kalau tak dapat. Suruh orang buat kerja sikit, lepas tu cakap, kan Yop bagi elaun. Alah, setakat RM 50 je, nak buat apa!" jawabku. "Adik! Cuba jangan menjawab kalau mak tegur! Kamu ni, makin hari makin teruk!" Mak melangkah keluar dengan muka masam. Ah mak. Tak pernah faham perasaan aku. Asyik-asyik dia menangkan Yop Si Tuan Pengarah itu. Sakit hati aku. Kalaulah abah masih ada, mesti dia menangkan aku. 5 minit selepas itu baju Yop digosok. Aku masuk ke bilik Yop dan menggantungkan baju kemejanya di pintu almari. Tiba-tiba aku terdengar suara rengekan. Anis! Aduh, dah bangun dah budak kecil ni? Aku dahlah malas nak melayannya. Apa taknya, aku ni bukannya biasa dengan budak kecil! Aku terus mendukungnya sebelum dia menangis. "Yop! Anis dah bangan ni" Hisy, anak dengan bapak sama je menyusahkan aku. Dahlah maknya kursus 3 bulan. "Tolong tengokkan Anis tu, buatkan susu. 1 air panas, 3 air biasa, susu taruk 4," arah Si Tuan Pengarah dari dalam bilik air. Ah sudah, apa yang 1, 3, 4. "Mak, Anis nak susu ni. Hisy... Buat anak pandai, jaga tak nak" "Adik! Jaga sikit mulut tu. Mak cili karang! Belajar-belajar lah layan si Anis tu. Kan dia anak sedara kamu jugak. Mak dulu masa sekolah rendah dah pandai jaga anak sedara," tegur mak. "Ala mak, malaslah. Lagipun adik bukannya biasa sangat dengan budak kecil. Ni ha, apa yang 1, 3, 4 ni?" Selepas mak mengajar aku membuat susu, aku memberikan Anis susu tu. Si Tuan Pengarah pun dah keluar bilik air, aku terus masuk bilikku. "Adik, thanks!"
* * *
Uhuk, uhuk... Sudah seminggu aku batuk. Aku makan ubat batuk pun tak jalan. Aku sibuk mengemas dapur. Jam sudah pukul 10 pagi. Mak datuk, penatnya. Bosan betul tiap-tiap hari buat kerja yang sama. Jadi bibik! Huh! Tepat pukul 12, aku sudah menyediakan makan tengah hari. Lauk yang simple. Ikan cencaru masak kicap, sayur kangkung goreng belacan dan aku membuat puding buah sebagai pencuci mulut. Aku dah tak tahu nak masak apa. Nak masak asam pedas tak reti walaupun itu lauk favourite aku. Tapi, aku tetap suka memasak. Huh, dah bau bawang! Sia-sia je aku mandi subuh-subuh tadi. Aku terus mengambil tuala untuk mandi sekali lagi. Selepas mandi, aku duduk menghadap komputer. Online!. Tak lama selepas tu, mak dan Si Tuan Pengarah balik untuk makan tengah hari. Yop Si Tuan Pengarah membuka tudung saji. "Hrm... sedapnya adik masak hari ni," pujinya. Aku membuat muka. Puji nak bagi kerja lagilah tu!Apabila Yop nampak, terus aku dimarahi. "Yang kau nak buat muka tu kenapa? Aku puji elok-elok pun nak buat muka! Dah lah, pergi masuk bilik kalau tak nak makan!" Aku sedikit tersentak kerana dimarahi begitu. Nasib baik mak di dalam bilik air. Kalau tak, malu aku. Aku terus masuk ke bilikku dan pintu bilik aku hempas. Balik-balik nak marah! Dah la tak habis-habis nak mengarah! Pergi matilah! Baru aman hidup aku agaknya! Petang itu Yop balik lewat. Aku dan mak pun pergi ke rumah Cik Ana untuk mengambil Anis. Dalam perjalanan itu, mak tak habis-habis menegur sikapku. Katanya, walau macam mana teruk pun Yop tu, dia tetap abang aku. Ah, tak ada abang lagi aman hidupku. Kata-kata emak pergi bersama angin lalu. Langsung tidak terlekat dikepala aku. Malam itu, selepas makan malam, aku membasuh pinggan + mangkuk + periuk + kuali yang digunakan tadi. Habis membasuh, aku terasa sungguh penat. Wajahku sedikit sejuk dan aku sudah mula susah bernafas. Uhuk, uhuk... Ditambah lagi dengan batuk yang tak baik-baik. "Adik, kau ok tak ni?" soal Yop semasa dia masuk ke dapur untuk mengambil air. Aku hanya diam. "Oi, aku tanya ni!" Yop sudah mula naik angin. Ah, baran betul! "Ok," jawab ku sepatah. Melihatkan aku yang susah untuk bernafas, Yop menyuruhku siap. "Kita pergi hospital!" tegasnya. Sampai sahaja di hospital, aku disuruh duduk di kerusi dan diberikan neubiliser. Selepas habis ubat itu, nafasku kembali normal. Alhamdulillah. Yop setia menunggu aku dari pukul 9 sampai dekat pukul 10!
* * *
Sudah hampir 2 bulan aku duduk di rumah. Yop masih dengan sikapnya yang suka mengarah. Aku pula masih menyumpah seranahnya tiap kali Yop mengarahkan aku membuat itu-ini. Argh! Anis pula macam tulah dia, 22/Februari ni masuk setahun umurnya. Semakin lincah dan semakin menyakitkan hati aku! Tak suka betul aku melayan budak kecil! Petang Ahad itu, sedang membaca novel di bilikku, handsetku berbunyi menandakan mesej masuk. ‘Hai dear, tengah buat apa tu? Teringatkan saya ya?’ Aku tersenyum. Oh, Hafiz. Pantas aku menekan keypad mambalas mesej daripadanya. Hafiz, sudah hampir 3 bulan aku dengan dia declare couple. Tapi, mak dan Yop aku tak bagitahu. Nak mati? Hrm... Tanpa sedar, aku terlena.
* * *
Bangun sahaja dari tidur aku masuk ke bilik air. Tak lama lepas itu, aku masuk semula ke bilik. Tiba-tiba aku terlihat Yop sedang duduk di birai katilku. Aku terkedu, di tangannya ada handset aku! Mak duduk di kerusi sebelah meja belajarku. "Yop!" Aku terjerit. "Siapa Hafiz?! Adik, kau kecik-kecik dah pandai bercinta ya? Dah berapa lama kau couple dengan dia? Mesti kenal kat sekolah ni. Kalau keputusan SPM kau teruk, siap kau!" Yop menengking aku. Mak hanya membungkam. Aku hanya menelan air liur. "Aku tanya ni, jawablah!" sergah Yop. Ek eh, dahlah baca mesej aku. "Yang kau sibuk baca mesej aku apehal? Kasi privacylah sikit!" aku melawan. Tiba-tiba aku terasa pipiku perit. Air mata aku dah mengalir ke pipi. Seumur hidupku, tak pernah aku ditampar. "Yop, aku benci kau! Aku menyesal dapat abang macam kau! Tau menyusahkan aku je! Kau... Kau... Argh!!! Aku benci kau!!" Aku terus berlari keluar bilik. Aku melangkah ke taman rekreasi. Tiada sesiapa di situ. Aku duduk di pondok di situ. Menangis lagi. Kenapalah aku ada abang seperti Yop. Aku sungguh sakit hati dengannya. menyampah dan meluat dengan sikapnya itu. Panas baran, mengarah itu ini. Hampir dua jam di situ, aku mengambil keputusan untuk mencari rumah Hanim. Aku tak nak balik ke rumahku kerana tak nak melihat muka orang paling aku benci. 40 minit aku berjalan, akhirnya aku sampai di rumah Hanim. Aku menekan loceng rumahnya. Tak lama selepas itu, seorang wanita berumur awal 40-an keluar. "Anak nak cari siapa?" "Mak Mah, ni saya ni, An. Hanim ada, bik?" "La... An. Mana tudung kamu? Dengan rambut tak terurus. Mata merah. Kamu ok?" Mak Mah menyoalku. Pintu pagar dibuka. "Masuklah" Pelawanya. Aku masuk ke rumah Hanim. Soalan-soalan daripada Mak Mah kubiarkan sepi. Tak berjawab. "Hanim mana Mak Mah?" "Dia ada di atas. Sekejap Mak Mah panggil" Mak Mah naik ke tingkat atas. Meninggalkan aku keseorangan. Tak lama selepas itu, Hanim pun turun. "Ya ALLAH, An, kau ok? Kenapa ni? Cuba cerita kat aku," Soal Hanim lembut. Hanimlah merupakan satu-satunya rakan yang paling rapat dengan aku. "Mak Mah, tolong bancuhkan milo ya." Kata Hanim kepada Mak Mah. Aku menangis di bahu Hanim. Semua yang berlaku di rumah tadi kuceritakan kepadanya. "Hanim, boleh aku tinggal kat rumah kau? Malam ni je. Aku takut nak balik. Boleh ya Hanim?" Hanim sedikit keberatan. "Aku tak kisah An, tapi mak dengan abang kau mesti risau." "Hanim, please. Aku dah tak ada tempat nak pergi. Kalau kau tak bagi tak apalah, aku pergi dulu." Aku terus bangun. Tapi tanganku ditarik. "Jangan. Mana lagi kau nak pergi? Ok lah, malam ni je. Esok aku nak, kau balik. Aku bukan tak bagi. Tapi biarlah mak dengan abang kau tahu. An, kita ni baru 18 tahun An. Result SPM pun tak keluar lagi. Boleh dikatakan kita ni underage. Abang kau buat macam tu sebab dia nak protect kau," lembut kata-kata Hanim menyapa telingaku. Aku sudah mula tenang. "Mama dengan papa kau mana?" soalku. "Diorang pergi bercuti kat Mauritius. Honeymoon katanya," jawab Hanim tergelak. "Wah, nanti beradik lah kau" usikku. Kami sama-sama ketawa. Hilang sedikit masalah di kepala aku. Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Di fikiranku penuh dengan wajah Yop. Terasa bersalah kerana lari meninggalkan rumah.
* * *
Pagi-pagi lagi aku sudah mengemaskan diri. Aku membina keyakinan untuk pulang. Nasihat Hanim malam tadi sedikit-sebanyak meninggalkan kesan dalam diri aku. Aku berjalan kaki ke rumah kerana rumah ku tidak jauh dari rumah Hanim. Selang 3 buah rumah dari rumah aku, aku boleh melihat ramai orang diperkarangan rumah aku. Eh, ada majlis apa ni? Aku berjalan pantas untuk ke rumahku. Aku terlihat Yong dari jauh. "Yong!" jeritku. Yong menoleh. "Adik! Adik pergi mana? Puas kami cari," Yong memelukku. Matanya merah tanda bau lepas menangis. "Yong, kenapa Yong ada kat rumah? Bukan ke Yong kursus sekarang ni?" Yang tersentak bila aku bertanya. "Adik, adik tak tahu lagi ke? Yop dah takde dik. Anis dah takde ayah," tangisan Yong kembali rancak. "Tapi..." "Adik, Yop kemalangan malam tadi masa nak mecari kamu. Dia berlanggar dengan kereta dan diseret dengan lori. Yop dah meninggal dik," mak memintas kata-kataku. Aku melihat Anis didukung oleh mak. Terasa bersalah. Aku masuk ke dalam rumah. Aku nampak sebatang tubuh ditutupi dengan kain. Aku tidak mampu berdiri lebih lama di situ, lantas aku memanjat tangga untuk naik ke bilikku. Aku menangis. Apabila aku mengangkat muka, aku terlihatkan beberapa pasang baju kemeja Yop yang belum digosok. Ya ALLAH... Apa aku dah buat? Kerana aku Anis kehilangan ayah. Aku mengambil baju kemeja Yop dan aku peluk. Aku bersalah. Selepas ini tiada lagi baju kemeja untuk aku gosok. Yop... Selepas Zuhur, mayat Yop dikebumikan. Selepas bacaan doa dan talkin, jiran-jiran, saudara-mara bergerak meninggalkan kubur. Aku menjadi orang terakhir di situ. Yong turut menemani aku. "Yop, adik minta maaf. Adik banyak sakitkan hati Yop. Adik sayang Yop," kataku di dalam hati. Aku teringat kata-kataku kepada Yop malam tadi. "Yop, aku benci kau! Aku menyesal dapat abang macam kau! Tau menyusahkan aku je! Kau... Kau... Argh!!! Aku benci kau!!" Air mataku kembali menitis. Aku teringat betapa dia mengambil berat akan ku semasa aku diserang asma dulu. Ya ALLAH... Kenapalah semua ni terjadi? Yop sangat sayangkan aku. Aku je yang buta ya ALLAH... "Adik, sudahlah tu. Redhakanlah pemergiannya, adik." Yong memujukku. Mata dan hidungnya merah kesan daripada menangis. Ah Yong, tabahnya hatimu. Sedangkan yang pergi itu suamimu. Aku dan Yong berjalan keluar dari kawasan perkuburan. Dengan air mata yang bergenang sedikit sebanyak mengganggu penglihatanku. Bukk!! Aduh sikitnya. Aku terlanggar satu batu nisan lama yang hampir tenggelam. Seluruh badanku terasa sakit Aduh... Pandanganku gelap.
* * *
Buk. Aku tersedar. Ya ALLAH, sakitnya badan. Aku tersedar aku terjatuh dari katil.Terasa pipiku basah. Aku menangis? Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Ya! Aku terjatuh di tanah perkuburan tadi. Aku melihat keadaan sekeliling. Aku dalam bilik aku ni. Siapa yang mengangkat aku. Tanah perkuburan? Apa aku buat kat situ? Yop? Air mataku kembali menitis. Ya, baru aku teringat. Suara tangisan Anis aku dengar dari arah dapur. Kuat betul tangisannya. Rindukan ayahnya barangkali. Ah, semua silapku. Anis, Mak Su minta maaf sayang. Aku melangkah keluar dari bilik dan menuju ke arah dapur. "Dah bangun dah?" Satu suara menegurku dari ruang tamu. Aik, macam suara... "Yop!" aku terkejut. Tapi yang tadi tu? "Lama betul adik tidur. Dari pukul 2 sampai dekat pukul 6 baru sedar," tambah Yop lagi. Aku tertidur? Ya baru aku teringat. Aku tertidur selepas membalas mesej daripada Hafiz tadi. Aku berlari ke arah Yop yang sedang duduk di sofa, lantas memeluknya. Tidak mahu dia meninggalkan aku lagi. Yop terpinga-pinga dengan reaksi aku. Mana pernah aku peluk dia. Salam bercium tangan pun selalunya lepas kena paksa dengan mak dan masa raya je. "Yop, adik sayang Yop. Jangan tinggalkan adik Yop. Adik minta maaf sebab selalu melawan Yop. Adik minta maaf. Adikjanji tak buat lagi. Jangan tinggalkan adik Yop!" Aku menangis. Tak sanggup kehilangan Yop. Yop masih confuse tengok aku. Tapi tak lama. Tangannya mengusap-usap kepala aku. "Yop pun sayang adik. Jangan risau. Yop akan jaga adik sampai Yop mati. Adik seorang jelah adik Yop. Beza umur kita pun dekat 12 tahun. Yop janji Yop takkan tinggalkan adik," kata Yop. Mak yang sedang dukung Anis keluar dari dapur. Anis leka dengan susunya. Aku mengambil Anis dari mak dan menciumnya sepuas hati. Anis menjerit marahkan aku dengan bahasa yang dia seorang yang faham. Aku pula mengajuk percakapannya. Mak tersenyum melihatku. "Adik, kenapa?" soal mak.Pelik dengan tingkahku. Aku terdiam sekejap. "Tadi adik mimpi Yop tinggalkan kita. Adik bersalah sangat. Mimpi tu macam betul-betul berlaku. Takut adik." Yop tersenyum ke arah mak. "Sayang juga adik kat Yop." Ya. Aku sayang sangat. Benar kata mak. Buruk macam mana pun Yop tu, dia seorang je abang aku. Hanya dia. Yop, aku sayang kau! "Lagi satu, tadi nasa adik tidur, ada orang call handset adik. Banyak kali. Tengok adik tak sedar Yop tolong angkatkan. Siapa Hafiz?" soal Yop sengih mengusik. Erk?!
**greetings to all. This is my first story. Harap u guys dapat beri komen yang membina. Thanks!
wohhoooo... blh dikategorikan best sblm msk part dia jg dr tido... bg sy, mmg btul2 dia rs bersalah n sedar kesalahan dia... sepatutnya dijadikan pengajaran oleh suma... tp bila msk part dia jg dari tido, sy krg feeling laaaa... plot mcm goyang ckit... sory yer...
best... ada pengajaran dan menimbulkan rasa empati bila baca cerpen ni... tulis lagi cerpen yg seangkatan dengannya... 4 bintang setengah daripada saya(bukan penulis pun tapi memang minat dengan cerpen dan novel melayu)...suzy
cerpen yang best... kadang2 kita mula rs sayang bl org yg kita benci, takder... tp kene tingkatkan usaha supaya pembaca tak jemu.... sy tunggu karya dr awak lg...
Best cerpen awk ni..ade pgjrn yg brmnfaat buat semua.. Part first 2 best tp ble part lps bgun tdo da krg feelings.. rsenye klu x wat mmpi pin x pe kot..mybe lg best. but nice try n hrp awk hsilkn krya yg lbih brmutu lg pas nie..
woi.cerpen yg best.ending dia diakhiri dgn kegembiraan dan memberi pengajaran yg bermakna.jgn menilai org sebelah mata je,disebalik keburukkan mesti ada perkara yg positif.
best la..haha..tp sorry to say la..aku xsuke sgt cite2 yg mimpi ni..haha..jgn mara kawan.muahaha
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wohhoooo... blh dikategorikan best sblm msk part dia jg dr tido... bg sy, mmg btul2 dia rs bersalah n sedar kesalahan dia... sepatutnya dijadikan pengajaran oleh suma... tp bila msk part dia jg dari tido, sy krg feeling laaaa... plot mcm goyang ckit... sory yer...