Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku memandang raut wajah ibu. Ada kedutan yang makin menjalar di setiap kulit wajahnya, cengkung dan pucat! Hatiku makin sayu, kalaulah arwah ayah masih ada, Tidaklah ibu perlu bersusah payah membanting tulang empat keratnya untuk mengerjakan kebun yang sekangkang kera ini. Aku masih ingat bagaimana ibu yang setia membantu ayah di kebun, bergurau senda, bermanja mesra, walaupun tidak senang tetapi cukuplah untuk menyara dan membesarkan aku dan dua lagi adik ku yang masih hingusan. Perlahan-lahan aku mengesat peluh yang semakin membasahi dahiku. Aku melirikkan mata pada ibu, terbongkok-bongkok megerjakan kebun yang makin tidak terjaga. Kasihan ibu! Kemudian aku mendongak ke dada langit. Gelap! Ada awan mendung yang mula berkumpul. " Mungkin tanda hujan akan turun". Aku bermonolog sendirian.
"Seha…mari tolong ibu kutip cabai nie" ibu menjerit kecil, sekonyong-konyong aku membantu ibu memetik cabai yang masih merah. Aku mengunakan gunting agar cabainya nampak lebih segar, aku teliti membelek kalau-kalau ada ulat yang cuba merosakkan tanaman yang aku dan ibu kerjakan. "cepat sikit Seha, hari nak gelap ni, nak hujan agaknya" perintah ibu lagi, aku sekadar menggaguk perlahan, kini hanya tinggal aku dan ibu yang mengerjakan kebun. Adik ku, Ipah dan Mamat kedua-duanya bersekolah petang, mujurlah aku bersekolah pagi, dapat juga aku membantu ibu di kebun. Ibu meletakkan cabai yang di petik ke dalam plastik hitam di tangannya lalu di ikat rapi agar lebih kemas. "cukuplah nie Seha, mari balik, kejap lagi adik kamu pula akan pulang dari sekolah" aku sekadar menurut tanpa membantah, menjadi pengikut setia kepada ibuku. Aku meletakkan cangkul dan pengcakar di tempat asalnya. Hati ku sayu melihat kebun arwah ayah yang makin tak terjaga. Ditumbuhi lalang yang makin panjang, di tambah pula dengan semak samun yang makin menjadi-jadi. Membuatkan kebun ayah nampak makin semak. Kalaulah ayah masih ada! Aku mengayuh basikal perlahan-lahan, mujurlah jarak dari rumah ke kebun tidak sejauh mana, banyak jasanya basikal ini kepada ku, basikal ini jugalah yang menampung beratku tiap pagi untuk kesekolah. Aku melihat ibu termengah-mengah mengayuh basikal tua milik arwah ayah, jika dulu ayah yang akan membawa ibu. Bahagianya ketika itu!
********************************
"Ipah…macamana sekolah hari ini. Adik ada buat masalah tak?" ibu bertanya seperti biasa, itulah rutin ibu walaupun seharian penat mengerjakan kebun tetapi soal anak-anak tidak sedikit pun akan dilupakannya. Selepas selesai solat berjemaah ibu akan mengajar Mamat dan Ipah mengaji, aku sewaktu berusia 11 tahun sudah khatam al-Quran, mujurlah hati kuterang. Mamat meletakkan jari telunjuk di bibir kecilnya, minta di rahsiakan. Dia tak mahu Ipah menceitakan keburukkannya di sekolah. Ipah menjuihkan mulut dan mencebikkan mukanya tanda tidak mahu bersekonkong. Aku sekadar tersenyum. Ah Mamat! Ada saja masalah yang kau akan timbulkan di sekolah. Budak kecil yang baru berusia 10 tahun tetapi bijaknya seperti orang dewasa. "Ipah, cerita pada ibu, apa yang adik kamu buat di sekolah hari ni" ibu sedikit keras, Ipah mengalihkan pandanganya kearah ibu. Matanya yang besar di kecilkan sedikit untuk menunjukkan kesungguhanya bercerita. "tadi Mamat bergaduh dengan Mail ibu." Pendek jawapan dari Ipah, tetapi cukup untuk menggentarkan hati ibu, aku yang sudah selesai membasuh pinggan di dapur bingkas kedepan, habis la kau Mamat! "kenapa bergaduh dengan Mail, Mamat?! Kan ibu dah pesan jangan bergaduh dengan siapa-siapa lagi, kenapa kau degil sangat nie! Ibu tak ajar anak-anak ibu jadi budak jahat!" ibu separuh menjerit, ada nada kesal di hujung nadanya. Mamat menundukkan kepalanya memandang tepat kearah lantai kayu yang makin reput. Sedikit pun dia tidak berani memandang panahan mata ibu, pertanyaan ibu di biarkan sepi. Tiada sepatah bicara pun yang keluar dari mulut kecil Mamat. Ibu semakin berang, di ambilnya rotan yang tersangkut di dinding. Setiap kali kami melakukan kesalahan, rotan itulah yang akan menjadi penawar bagi menebus kesalahan. Jika dulu arwah ayahlah yang begitu tegar merotan tapak tangan anak-anaknya untuk mendidik, kini ibu yang mengambil alih. Mamat sedikit gusar, hatinya kecut, mengigil-gigil dia menahan ketakutan, air matanya mengalir laju. Ibu mengetap bibir menahan marah. Jarang sekali ibu memarahi anak-anaknya jauh sekali untuk menyakiti. Tetapi mengenangkan sikap dan kedegilan mamat, secepat kilat tangannya mengayun rotan buluh dan hinggap pada badan mamat yang tidak berlapik. Aku tergamam! Pertama kali melihat ibu berang seperti itu, hantu apakah yang merasuk ibu?! Ipah menunduk kesal, ada rasa sedih di hatinya, kerana dialah Mamat di rotan. "ibu….sudahla…"aku memeluk Mamat kuat-kuat, Mamat tersedu-sedu menahan pedih yang makin berbisa di badannya, ibu terduduk perlahan, mungkin berasa kesal melihat anak bongsunya itu tersedu-sedu menahan kesakitan. Ada jalur merah yang berbirat di belakang badan Mamat "Mamat, kan kakak dah pesan jangan bergaduh lagi dengan Mail" giliran aku pun pula menegur adik bongsuku, mataku dipakukan kemata Mamat . Kasihan dan simpati menjalar disetiap penjuru hati kecilku. "Mamat… tak suka Mail! Mamat benci dia!" Mamat menjerit sepenuh hati, memuntahkan gelodak yang bermain di jiwa kecilnya. Aku mengusap-usap kepala Mamat. Apakah yang bermain di minda si anak kecil ini? "kenapa Mamat benci dia? Kan arwah ayah pesan pada Mamat tak baik kita benci sesama manusia" aku separuh memujuk, aku mengesat air mata Mamat yang mengalir laju, Mamat masih teresak-esak menangis. Ibu sekadar melihat drama aku memujuk anak bongsunya. "Mail jahat! Dia selalu cakap Mamat tak dak ayah! Dia cakap Mamat budak miskin pakai baju koyak-koyak! Mamat benci dia! Mamat benci dia! "bahu Mamat terhinjut-hinjut menahan sedih yang bermain di hatinya, dia mengesat air matanya yang tumpah. Hatiku bagai tersentap, ah mamat! Dugaan apakah yang sedang di hadapi kau? Aku lihat ada air mata sebak yang mengalir di pipi cengkung ibu. Mungkin kesal kerana merotan Mamat tanpa soal selidik! Kekesalan itu tidak akan mampu memutarkan kembali saat ibu merotan Mamat. Ibu bergegas ke arah Mamat dan memeluk erat-erat anak bongsunya. Aku hanya mampu melihat dengan mata kecilku ini. Kesal! Mamat merangkul kembali pelukan ibu. Teresak-esak dia menahan kesedihan yang bergelodak di jiwanya. "ibu…Mail cakap ibu perempuan jahat, ibu suka pada Pak Hashim sebab tu Pak Hashim beri kita beras percuma, ibu nanti ibu jangan beli beras dari kedai Pak Hashim lagi tau, mamat tak suka dia kutuk-kutuk ibu." sekali lagi mulut kecil Mamat begitu lancang berkata-kata, aku tergamam. Ah! Adakah kerana itu Mamat bergaduh dengan Mail. Mulia sugguh hati kau Mamat walaupun kau masih setahun jagung tetapi sudah berani mempertahankan keluargamu jika ada yang berani menggangu. Aku kagum dengan sikap adik bongsuku itu. Ibu hanya menunduk, wajah ibu kelihatan sebak. Aku tahu kata-kata Mamat membuatkan ibu sedih. "Mamat kamu pergi tidur dulu, esok sekolah", aku membalas, aku tak mahu Mamat terus berkata sesuatu yang boleh menyinggung hati ibu lagi. "Ipah pergi tengok Mamat, suruh dia basuh kaki dulu sebelum tidur" aku menambah. Ipah menurut tanpa kata, dia menarik tangan Mamat, Mamat mencebikkan mukanya pada Ipah, dia dan Ipah memang acap kali bergaduh. Seperti anjing dan kucing, ada saja yang membuatkan kedua-dua adikku itu tidak berpuas hati. Aku mengalihkan pandangan kearah ibu, aku tahu ada kegusaran dan kesedihan yang menggunung di hati ibu ketika ini. "ibu…" aku mendekatkan diriku ke badan ibu. Aku cuba menyelami jiwanya yang terusik dengan kata-kata Mamat sebentar tadi. "kamu pergilah tidur seha, esok kamu kena bangun awal" ibu menyeka air matanya yang tumpah, dia tidak mahu anak sulungnya itu susah hati. "ibu pun tidurlah awal, jangan di fikirkan sangat pasal Mamat, dia masih kecil, tak tahu apa-apa lagi" aku membalas panjang lebar. Ibu sekadar tersenyum pahit. Lantas ku cium dahi ibu dan bingkas bangun meninggalkan ibu sendiriran, aku tahu ibunya tidak mahu di ganggu.
*****************************
Aku mengalihkan badan ke kiri dan kekanan, malangya mataku masih belum mahu beradu, puas di paksa tetapi makin segar mataku terbuka luas. Ipah di sebelahku sudah lama nyenyak tidur, perlahan-lahan aku menarik selimut, menyelimut Ipah yang lena di ulit mimpi. Aku mengalihkan pula pandangan kearah Mamat. Melihat wajahnya, hatiku tenang! Mungkin di usia sepertinya dia masih belum bisa mengerti erti sebenar kesusahan hidup. Perlahan-lahan aku bangun dan membuka almari kayu di tepi pintu. Aku mencapai sebuah album lama berwarna biru. Setiap lembaran isi album itu ku buka perlahan-lahan. Ku lihat setiap inci gambar arwah ayahku. Hatiku benar-benar sedih dan pilu. Ayah namapak kacak walaupun setiap usia dan kudrat mudanya di abadikan pada kebun tinggalan Atuk. Fikiranku terbang mengingatkan peristiwa setahun yang lalu. Segalanya masih segar di dalam minda aku. Seperti baru sesaat aku tinggalkan. Plot dan setiap inci peristiwa itu masih tersimpan kemas didalam fikiranku.
"Seha…nanti tolong ibu petik cabai di kebun atas ya!" jerit ayah, matanya masih tekun meneliti cempedak di hadapannya. Sekali-sekala ayah mengesat peluh yang mengalir didahinya. Aku menurut tanpa kata dan mengatur langkah menuju ke arah ibu. Ku lemparkan senyuman pada ibu yang terbongkok-bongkok mengutip cabai yang jatuh. "ibu nak kutip cabai berapa kilo nie?" aku bertanya sekadar berbasa basi. Tanganku tekun memetik cabai. "ayah kau kata, Pak Hashim nak dalam 3kilo, kau tahu lah kedai runcit Pak Hashim kan dah makin maju" ibu membalas. Aku tersenyum. Jika begitu bertambahlah lagi rezeki keluarga aku. Bolehlah aku, minta basikal baru! Aku sekadar bermonolog sendirian "Ani!" ayah menjerit memanggil nama ibu. Lamunanku terhenti, ku lihat ibu berlari pantas kearah ayah, tanganya mencampak gunting yang digunakannya tadi. Aku yang masih terkejut mengikut tanpa kata. Ku lihat ibu memeluk ayah yang terduduk bersandar pada pokok pisang. Kerutan pada wajah ayah menunjukkan ayah seperti menahan sakit yang amat sangat pada kakinya. Ada linangan air mata yang tumpah pada wajah ibu. Ayah mengikat pergelangan kaki kirinya dengan kain. Aku masih terpinga-pinga. Kelu! "Seha pergi mintak tolong orang kampung untuk bawa ayah kau ke hospital!" perintah ibu. Aku seperti tersedar, cepat-cepat berlari meminta tolong. Hanya keselamatan ayah yang aku fikirkan ketika itu. mujurlah ada beberapa orang kampung yang sudi membantu. Ayah di bawa kehospital. Kata ibu, ayah di patuk ular senduk. Bisa ular sudah menjalar keselurh kebadan ayah. Ketika itu Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan yang bergelodak di jiwa kecil ku, sebulan ayah terlantar di hospital. Ibu menjadi peneman yang setia. Aku pula menjaga adik-adikku yang masih kecil di rumah. Sulit dan seksanya kehidupan ku ketika itu. Aku kuatkan semangat dan kentalkan jiwa ku. Kepenatan dan kesusahan hidup segalanya ku tanggung dan pahitnya ku telan sendirian. Malam itu ketika aku nyeyak tidur ibu mengejutkan aku, ku lihat wajah sembab ibu, hatiku tak tenang. Ada persoalan yang bermain di jiwa kecil aku ketika itu. Dalam pekat malam bercahyakan lampu minyak tanah aku lihat ibu lengkap berselendang biru, kata ibu hendak ke hospital dengan Pak Hashim. Aku di minta jaga adik-adik di rumah. Walaupun cahaya agak samar-samar tetapi aku dapat lihat dengan jelas ibu mengesat air matanya yang tumpah. Aku mematikan niatku untuk bertanya. Esok paginya ku lihat van jenazah berhenti di hadapan rumahku. Segala persoalan terjawab. Ayah menghembuskan nafasnya selepas berbulan-bulan lamanya bertarung nyawa. Kata ibu penyakit kencing manis ayah bertambah buruk kesan daripada patukan ular di kaki ayah. Aku menitiskan air mata, hanya Tuhan yang mengerti perasaan ku ketika itu. Ya Allah! Ujian apakah yang sedang kau beri pada hambaMu ini! Perlahan-lahan aku menutup kembali album lama itu. Aku simpan semula di dalam almari. Seperti mana aku simpan kerinduan ku pada ayah. Aku tak mahu langit mendung terus menyelubungi keluargaku!
"Aku mesti kuat!" Tekadku sendirian. Malam itu aku tidur dengan semangat baru. Bersama kekuatan yang baru ku jumpa dalam hatiku
************************************
Pagi itu langit cerah. Hari ini hari minggu. Selepas Mamat dan Ipah selesai solat Subuh kedua-dua adikku kembali tidur, aku membantu ibu menggoreng nasi untuk sarapan. Kata ibu, dia mahu mengajak Ipah dan Mamat ke kebun pagi ini. Aku sekadar tersenyum. Baguslah sekurang-kurangnya Mamat dan Ipah ada juga kerja yang nak di isi, tidak lah berpeleseran tak tentu arah. Aku kejutkan Mamat dan Ipah dari tidur. Kedua-dua adikku mengeliat kekiri dan kenanan. Mamat meneyeh-nenyeh matanya yang kecil. "Ala…Mamat sakit perutla..tak boleh nak pergi sekolah…" Mamat bersuara, selimutnya ditarik semula. "hari nie cuti la Mamat, mana da sekolah" Ipah membalas, aku sekadar tersenyum melihat gelagat adik-adik ku. "ha cuti?! Bestnya, boleh tidur lama-lama lagi nie" Mamat bersuara tersenyum gembira, bantal busuknya di peluk erat. "tak boleh…pagi ini semua kena bangun tolong ibu dan kakak kat kebun…" giliran aku pula bersuara. Aku menarik selimut Mamat. Mamat mengerekot seperti udang di dalam selimut. "ala...perut Mamat sakit balik la akak, tak boleh jalan" Mamat memberi helah, aku mencebikan muka tidak percaya. Mamat menarik tangan ku dan di tekapkan ke perutnya. "tengok, kakak rasa tak ada benda dalam perut Mamat , sakit nie, tak boleh bangun, kalau Mamat bangun jugak nanti perut Mamat jadi buncit macam Kak Ipah." Mamat mengecilkan matanya tanda dia serius. Ipah membaling bantal kearah Mamat. Mamat sempat mengelak. Aku tersenyum melihat keletah Mamat dan Ipah. "eleh..perut dia banyak cacing, dia kata orang pula!" marah Ipah. "sudah-sudah… Ipah pergi mandi dulu, nanti tolong ibu siapkan sarapan." Aku memberi arahan. Ipah mencebikkan mukanya tidak berpuas hati, dia bingkas bangun. Mamat menjelirkan lidah tanda kemenangan. Aku sekadar menggelengkan kepala. "Mamat bangun,nanti kakak bagi gula-gula yer," aku memujuk adik kecilkuini. Mamat tersenyum tanda setuju. Aku melipat selimut dan menyusun bantal dihujung tilam. Ada-ada saja mamat nie! Getus hati kecilku. Selepas Mamat dan Ipah sarapan ku lihat ibu membasuh pinggan, Aku buka tudung salji di atas meja. Masih ada sepingan nasi goreng yang tinggal untuk aku. Aku tahu ibu masih belum makan. Mungkin ibu sengaja meninggalkan nasi itu kepada aku.
"makanlah dulu seha, lepas nie kita pergi kebun pula" ibu bersuara, aku melabuhkan punggung ke atas kerusi. "seha tak laparlah ibu. Ibu je la makan." Aku berdolak dalih. Aku masih muda, setakat tidak makan pagi, tenaga ku masih ada. "makanlah…nanti sakit perut pula…" balas ibu. Ibu masih tekun membasuh pinggan. "kakak diet!" jerit Mamat dari belakang. Aku mengalihkan pandangan ke arah Mamat yang muncul tiba-tiba. Tangan ku laju mencubit pipi lembutnya. Mamat menjerit kecil. "siapa cakap kaka diet nie Mamat t?" ibu membalas, aku sekadar tersenyum. " Mamat tahulah, Mamat ada magic macam nujum Pak Belalang!" Mamat masih tak mahu mengalah. Ibu mengusap perlahan-lahan kepala Mamat . Aku tersenyum bahagia. Kalaulah ayah masih ada mesti bertambah meriah. "ibu makanlah dulu, seha dah kenyang, seha nak ajak ipah bersiap ke kebun" aku bingkas bangun meninggalkan ibu dan Mamat . Mamat duduk di tepi ibu sambil mengangakan mulut minta di suapkan nasi. Mamat lah satu-satunya penghibur yang memeriahkan kedukaan ketika ini.
*********************************
"ibu petang ni kita masak ikan puyu dengan keladi masak lemak tau!" Mamat memberi cadangan. Dia mencabut rumput-rumput kecil yang tumbuh panjang di tepi pokok pisang. "ikan puyu? Kita mana da ikan puyu la mamat" Ipah membantah keras. "ala…tapi Mamat nak makan ikan puyu!" Mamat membalas tidak puas hati. Aku yang sedari tadi membantu ibu mencangkul tanah untuk dibuat lubang tergelak kecil melihat mimik muka Mamat . "malam nie ibu masakkan untuk Mamat , tapi Mamat kenalah jadi budak baik…" ibu membalas, sedikit sebanyak membuatkan Mamat sedikit terhibur. Aku tahu, ibu Cuma mampu berjanji tetapi tunaikan belum tentu lagi. Ah! Biarlah si anak kecil ini akan cepat melupakan ikan puyunya bila dah pulang nanti. "ibu.. Mamat nak ke sungai hujung kebun nie boleh?" Mamat bingkas bangun dan mengibas-ngibas bajunya yang terlekat dengan daun kering. "buat apa pula?" balas ibu. "nak pancing ikan puyu!" "tak payahlah!" tegah ibu "ala..bolehlah ibu…kali ini aja…janji! Lagipun dah lama Mamat tak main dekat sungai tu. Rindula kat ikan dalam sungai tu" Mamat separuh mengharap. Ibu masih dengan keputusannya. Mamat mencebikkan muka tidak puas hati. "ibu…. Mamat janji kalau ibu bagi Mamat pergi kesungai Mamat tak kan gaduh dengan Mail lagi!" kali ini Mamat bersunguh-sungguh. Dipegangnya tangan ibu erat-erat penuh pengharapan. Akhirnya ibu akur. Mungkin kasihan melihat Mamat yang begitu bersungguh-sungguh mengharap. Lagipun sejak dari kecil Mamat membesar bersama-sama sungai tersebut. Selalunya ayah yang temankan Mamat . Tetapi sejak ayah tiada, sudah lama Mamat tidak ke sungai. Kasihan Mamat! "Ipah temankan Mamat ke sungai" perintah ibu. Ipah menggelengkan kepala tidak mahu. "ala…. Mamat nak pergi sendiri" balas Mamat "pergi la dengan Kak Ipah, jangan main jauh-jauh main dekat-dekat sini saja." Balas ibu. "yela. Mamat main tempat selalu jer, Mamat dapat ikan puyu nanti Mamat balik la" balas Mamat , wajahnya sedikit riang. Dia mengatur langkah panjang. di capainya penyauk yang bersandar di tepi pokok nangka dan bingkas berlari anak-anak. Ipah mengejar dari belakang. Aku sekadar tersenyum melihat kedua-dua adiku berlari tergedek-gedek. Ibu mengesat peluh yang mengalir di dahinya. Lalu melepaskan lelah di bawah pokok rambutan. Aku hanya memerhati dari jauh. Hati ku sayu! Apakah agaknya yang sedang bermain di minda ibu ku ini? Ibu membuka tudung botol dan membasahkan tekaknya dengan air masak yang di bawa dari rumah. Agaknya sampai bilakah ibu terpaksa menggung derita nya sendiri, aku tidak sanggup melihat ibu terus begini. Kalau boleh aku nak berkerja dan berhenti belajar. Aku pernah suarakan hasratku pada ibu. Tetapi ibu akan cepat melenting jika aku katakan niatku untuk berhenti belajar. "ibu tak pernah ajar anak-anak ibu mengalah! Kenapa cepat sangat nak berputus asa! "aku masih ingat lagi suara ibu yang ku jadikan azimat didalam hatiku sampai bila-bila. "biarlah berpatah hati, mengalah tidak sama sekali!" getus ku sendirian.
******************************************
"ibu! Mamat jatuh sungai!" jeritan Ipah membuatkan aku tersentap. Kulihat Ipah dalam basah kuyup termengah-mengah menyedut nafas yang makin hilang dek kerana penat berlari. Ibu bingkas bangun menuju kesungai. Hatiku resah! Fikiranku teringatkan peristiwa sewaktu ayah di patuk ular dulu. Adakah Mamat juga akan mengikut jejak langk ah ayah! Ah Mamat! Aku mengatur langkah panjang berlari pantas mencari Mamat! Ku lihat ibu terduduk di tepi sungai. Ipah memeluk ibu. Mana Mamat ?! "Mamat!" jeritku kuat. Tiada sahutan. Lidah ku kelu! Mamat! Ya Allah…kau selamatkan lah adikku. Ku mohon padamu Ya Allah. Ku lihat air mata ibu makin laju mengalir. Ipah menangis kuat. Mataku melilau mencari Mamat di permukaan sungai. Melirik setiap penjuru sungai yang tidak lah sebesar mana. "Mamat! " aku menjerit lagi! Tak mungkin! Janganlah Kau ambil adikku Ya Allah! Kurasakan badanku lemah. Hilang sudah semangat yang ku kumpul selama ini. "kakak! " ku dengar jeritan Mamat dari balik belakang pokok buluh, ibu tersenyum gembira. Ipah menjerit-jerit sambil menunjuk kearah Mamat yang kelihatan keletihan berpaut pada batang pokok kelapa yang reput. Aku kumpul tenaga mudaku dan berenang menuju kearah Mamat . Selepas sampai di atas darat ibu memeluk Mamat erat-erat. Aku menarik nafas lega! Aku bersyukur padamu Ya Allah! "jangan buat ibu macam nie lagi Mamat !" ibu mengucap panjang. Pelukkannya masih erat. " Mamat dapat ikan puyu 3 ekor ibu!" Mamat masih mampu berkata-kata. Sambil menunjukkan plastic ikan puyunya. Ibu mengangguk perlahan. "malam nie kita makan ikan puyu masak lemak keladi tau!" Mamat menambah lagi. Ibu mengusap-ngusap kepala Mamat. Mamat terseyum gembira. Lupa sudah dia pada dirinya yang hampir lemas di dalam sungai sebentar tadi. Aku menarik nafas lega. "tadi kan Kak Ipah dah pesan jangan main dekat sangat dengan sungai!" Ipah membalas tidak puas hati. Dia juga turut risaukan adik tunggalnya itu. "kalau tak duk dekat dengan sungai macam na nak pancing ikan?" Mamat membalas sambil mengerutkan wajahnya. "kakak dengan ibu janganlah risau. Mamat kan kuat. Ayah cakap Mamat kuat macam Badang!" Mamat membalas. Aku mengusap kepala Mamat. Ibu mengatur langkah mengajak pulang. Aku dan Ipah menurut dari belakang. Mamat masih tersenyum riang. Mungkin membayangkan ikan puyu dengan masak lemak keladinya. Aku memanjatkan syukur pada Yang Maha Esa. "syukurlah..Tuhan masih sayang…"getus ku sendirian. Lalu aku lemparkan pandangan pada wajah kecil Mamat. Ada iras-iras wajah arwah ayah, aku tahu Ayah akan sentiasa merestui anak-anaknya. Perlahan-lahan ku pejamkan mata dan dari kejauhan kurasakan kehadiran ayah ketika itu. Ayah! selagi Kakak ada selama itulah kakak akan janjikan kebahagiaan untuk keluarga kita! Dalam diam aku membenarkan kata-kata ayah pada aku ketika aku masih kecil dahulu…
Kakak… Kalau kakak kehilangan sesuatu pada hari ini... Percayalah yang Tuhan akan janjikan yang lebih baik untuk masa yang akan datang… Jika ada terasa kehilangan di hati pejamlah mata…. Dan rasailah dengan jiwa … Kerana Tuhan sentiasa menyanyangi hambaNya… Dan percayalah…. Tiada istilah kehilangan cuma kita yang tidak mampu merasainya… .......
cik penulis... best la citer awk... susunan yg menrik... bila part mamat dikatakan jatuh sungai, jantung sy dh berhenti berdegup dh... igt dia ikt ayah dia... klu btul la jd mcmtu, mau sy nangis... hehehe... best la citer awk... penuh makna... tahniah n slamat berkarya ye... :)
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cik penulis... best la citer awk... susunan yg menrik... bila part mamat dikatakan jatuh sungai, jantung sy dh berhenti berdegup dh... igt dia ikt ayah dia... klu btul la jd mcmtu, mau sy nangis... hehehe... best la citer awk... penuh makna... tahniah n slamat berkarya ye... :)