Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
SOFEA KARTIKA melabuhkan punggung di kerusi . Melepaskan pandangan pada garisan hujan yang sedang membasahi bumi . Dia sedar dirinya . Dia sedar di mana letak hatinya. Dia sedar dia cuma anak angkat di rumah agam, itu . Kata-kata tajam Nia Fadila , tunang Khairil Izuan benar-benar menghiris hatinya . Pagi menjelma. Sofea Kartika bersiap untuk ke kolej . " Mari makan dulu Ika !! " Seperti biasa wanita berusia 48 tahun yang dipanggilnya mama akan menegurnya manja. " Ma…Ika makan kat kolej lah..dah lewat !! " Sofea Kartika menolak manja. " Mana ada lewat..nanti Abang Khairil hantar !! " Panggil mama lagi . Sofea Kartika menjadi resah.Tertinggal dalam khayalan yang melintas. Akhirnya kaki yang berat melangkah ke meja makan yang serba moden itu.Meja makan berukir indah buatan Itali. " Duduk dulu, makan sikit ." Khairil Izuan bersuara . Lembut tetapi tajam .Sofea Kartika diam. Mengambil makanan dan makan tanpa banyak bicara. " Ambil kan beg Ma! ' Pinta Khairil Izuan . Kemudian berlalu ke kereta.Kereta hitam metallic itu mengaum gagah . Sofea Kartika masih membatu .Menyekat suara yang kadang-kadang cuba mencuri keluar .Cerita semalam belum padam dalam ingatannya . " Abang Kahiril sukakan Ika …tak tahu dari mana bermula!! Abang betul-betul cintakan Ika. Kita beritahu mama dan abah ! " Kata Kairil Izuan semasa mereka balik dari pasar malam . Sofea Kartika diam tak berbicara . Kata-kata itulah yang telah menghancurkan hati Nia Fadila .Begitulah cinta .Hadir tanpa diundang , datang tanpa bersalam. " Masih marah kat Abang ? " Suara Khairil Izuan menariknya ke alam realiti .sememangnya dia merindui kelembutan bicara Khairil Izuan . Sememangnya dia mendambakan cinta pemuda 28 tahun itu .Namun semasa pulang dari peperiksaan semester 3 , Khairil Izuan , pengarah muda itu telah bertunang dengan pilihan orang tua mereka, ibu dan bapa angkat Sofea Kartika. " Berdosa Ika mencintai Abang Khairil! " Itulah lafaz terakhir Ika semasa mereka berbual malam itu. " Ika mengelak dari abang ? Di mana sudah nya Ika? " Soal Khairil Izuan lagi. " Abang Khairil, minta maaf …turunkan Ika dekat hentian bas di depan…" Sofea Kartika bersuara lembut.Menahan getaran di hati .Ika turun dan berjalan kaki ke pintu pagar kolej . Khairil Izuan terdiam bersama wangian Sofea Kartika. Baginya gadis kampung itu cukup istimewa .Kaya dengan budi bahasa , kaya dengan kecantikan semula jadinya, dan kaya dengan kelembutan dan kedinginannnya. Kereta terus meluncur laju . " Lunch hari ni ?" Suara Nia Fadila di hujung talian. " Tak dapat..kena pergi ke tapak projek !" Usul Khairil Izuan lanjut . " Alasan yang sama !! " Suara Nia Fadila kedengaran tajam . Talian diputuskan . Petang sudah semakin tua. jangankan wajah , bayangan susuk tubuh Sofea Kartika belum pun nampak. Khairil Izuan teralu risau . " Ika tak telefon Ma ker ? " Tanya anak muda yang serba salah itu. " Alah…biarkan lah…Ika dah besar panjang. Yang Ril sibuk-sibuk kan ni kenapa??" Soal Datin Maria tiba-tiba .Hairan melihat anak muda itu terlalu mengambil berat sejak akhir-akhir ini . " Tak …Tak er….Ril sajer jer..manalah tahu..dia kan perempuan..kat Bandar besar ni macam-macam Ma…" Tambah Khairil Izuan berselindung. " Tadi Nia datang sini!! " " Mengadu lah tu…" " Kau ni pun satu. Tak lama lagi nak kawin. Asyik bergaduh jer, macam anjing dengan kucing." Ujar datin Maria lagi. " Mana tidaknya, dulu Ril ada beritahu mama dan papa , soal cinta bukan boleh dipaksa. Tapi mama jugak nak kami bertunang.Kononnya cinta akan datang selepas kahwin." Khairil menambah lagi. Lama mereka terdiam dan melayan perasaan masing-masing. " Assalamualaikum!! " Suara Sofea Kartika memecah hening. Dia melangkah lambat-lambat . " Kenapa ni? " Tanya Khairil gusar .Melihat Sofea Kartika basah kuyup. " Ika naik kereta kawan tadi, kereta dia rosak, hujan tengah jalan. Lama tunggu baru ok ! " Kata Ika lambat-lambat. " Hmmm….naik kereta suka-suka jer…kalau terjadi apa-apa siapa yang suasah ..ni Abang Ril yang susah tau.!!! " Khairil Izuan bersuara dengan tegas .Berbaur cemburu dalam hatinya yang tak keruan melihat keadaan Sofea Kartika. " Ma…minta maaf …tak sempat nak telefon. " Sofea Kartika mencium tangan Datin Maria. Kepalanya diusap perlahan-lahan. Datin Maria Cuma mengangguk bila dia meminta diri untuk menukar pakaian . " Ril…mama dan papa nak keluar kejap lagi. Kamu makan dengan Ika dulu. Kami makan kat luar . Mak Jah dah siapkan semuanya." Suara datin Maria lembut memujuk ketegangan wajah anak mudanya. Entah mengapa anak muda itu panas baran sejak akhir-akhir ini .Itupun fasal Sofea Kartika. " Ma dan Pa mana?Tak makan sama? " Ika bertanya lembut.Mengelus rambutnya yang berjuntai ke dahi. Wajah lembut dengan pipi putih bersih mendebarkan Khairil Izuan yang dari tadi mencuri pandang.Memang gadis itu cantik.Kecantikan yang asli, murni dan tidak ditempeli mana-mana produk kosmetik di pasaran. Setiap kali keluar Ika pasti mencalitkan hanya sedikit gincu ke bibir , itupun sudah menambahkan seri wajahnya . " Keluar dinner dengan kawan lama. Kita berdua jer makan." Khairil Izuan berbahasa sedikit kendur.Bimbang Sofea Kartika mencium bau cemburu di hatinya. " Abang Ril tak keluar malam ni? " Soal Ika memulakan bicara. Walau pun di hatinya, hanya Tuhan yang tahu.Betapa dia ingin bermesra dengan lelaki itu.Duduk-duduk di ruang tamu, makan-makan, berbual biacara dan bergelak ketawa .Memang Khairil Izuan menjadi pujaannya dalam diam. Namun hasratnya terkubur bila lelaki itu bertunang .Apa yang tidak diduga lelaki itu malafazkan cintanya . " Abang Ril kena jaga Ika .Mana boleh keluar !! " Ujar Khairil berseloroh.Ika ketawa kecil.Cukup manis. Mata bundarnya semakin bersinar ditumpahi cahaya lampu meja makan. Mak Jah masih sibuk menguruskan kerja-kerja di dapur , namun sesekali mencuri pandang dua beradik angkat itu bergelak ketawa. " Abang Ril minta maaf pasal siang tadi. Abang Ril risaukan Ika.Lelaki sekarang bukan boleh percaya sangat . Takut lah Ika diapa-apa kan ." Ujar Khairil lembut. Wajah segak dengan renungan mata yang teduh itu jatuh ke wajah Ika. Kartika serba salah.Lama mereka bertemu mata. Kemudian Ika menarik nafas panjang. " Em… Ika minta maaf .Tak tahu pulak lelaki macam tu?? " Ika bersuara menyindir. Khairil Izuan terasa terpukul. " Lepas makan , kita tengok TV ya. " Tambah Khairil Izuan . " Ika nak belajar malam ni. Esok ada ujian tara ! " Pantas dia menolak.Walau pun pada hakikatnya detik-detik itu lah yang dirinduinya. Malam semakin merangkak tua. " Siti ? Apa pendapat kau ? " Soal Kartika lagi.Melihat wajah Siti yang bekerut sedang berfikir. " Aku tengah fikir ni. Kau ni ..buang mati mak, telan mati bapak!! Susah …" Siti mengeluh pendek. " Untuk selamatkan maruah kau dan maruah ibu bapa angkat kau , kau harus terima lamaran dari Doktor Haikal . " Kata Siti lembut.Dalam keterpaksaan. " Aku cintakan Abang Ril .Sungguh Siti .Aku tak boleh hidup tanpanya. Kami dah bertemu beberapa kali di luar.Abang ril dah nekad nak putuskan pertunangan dengan Nia fadila. Semuanya sebab aku Ti. " Ujar Ika lembut dan seperti menahan sebak . " Ika…cinta kau cinta terlarang.Kenapa kau bajainya tanpa memikirkan kesudahannya . " " Aku tak tahu semua itu. Aku terlalu cintakan Abang Ril. " " Ika..kau terima sahaja lamaran Doktor Haikal .Ia untuk kebaikan semua pihak.Tak ada hati yang akan terluka. " Tambah Siti lembut. Dia memeluk Sofea Kartika yang mula menitiskan air mata. " Ika..jangan begini.Kau mesti tabah menerima Haikal seperti menyelamatkan maruah semua orang ." Beritahu Siti lagi. " Aku kena balik. Nanti mama risau. " Kata Sofea Kartika lagi. Dia sampai di rumah .Jam menunjukkan pukul 1 petang . Biasanya Khairil Izuan akan balik makan tengahari. Sofea Kartika menapak perlahan-lahan . " Ika…baru balik? Mari makan dulu." Panggil Datin Maria lembut. Bersamanya ada dua tetamu. Seorang darinya memang dia kenal. Haikal . Ika menapak turun ke meja makan. Akur dalam enggan . Kemudian Khairil Izuan sampai .Duduk bersama di meja makan. Terasa benar keperitan menjerut di hatinya. " Ika lapang tak hujung minggu ni? " Haikal bersuara memecah kesunyian meja makan . Datin Maria tersenyum kecil. " Ika selalunya tak ada kuliah hari minggu kan? " Datin Maria membuka jalan .Sofea Kartika terasa menelan nasi seperti menelan duri . " Ika tengok jadual nanti. Ika beritahu kemudian ." Sofea Kartika cuba mengelak. Perasaan yang semestinya sukar dilafazkan . " Minta maaf , Ika naik dulu.Nak mandi dan solat. " Sofea Kartika meminta diri . " Abang Ril ??? " Suara Ika tertahan. " Apa abang buat kat sini ? " Soala Ika resah.Tiba-tiba lelaki itu tercegat dalam biliknya. " Kita mesti buat keputusan. Kita beritahu mama malam ni." Kata Khairil Izuan lagi. " Abang Ril….tidak..Ika tak boleh buat semua ni. Ika tak boleh ….." Serentak Ika telah pun teresak-esak dalam pelukan Khairil Izuan . Seperti memujuk anak yang menagis.Dia memeluk erat Sofea Kartika.membelai manja gadis itu. " Ika cintakan Abang Ril.Ika tak boleh hidup tanpa abang! Tapi Ika tak boleh hidup dengan melukakan hati ma dan pa ." Suara Ika tersekat-sekat. " Ika….Abang Ril faham.Ika tak buat salah.Kita hanya bercinta.Kita beritahu mama dan papa dan kita kahwin. " Khairil memujuk lagi. Ika memeluk erat Khairl Izuan .seperti tidak mahu dilepaskan lelaki itu pergi. " Lupaka kan Ika bang.Lupakan Ika." Ika menggagahi hatinya.Meleraikan pelukan yang paling indah. " Ika akan terima Haikal dan Abang terima Nia Fadila. Ini lah suratan hidup kita bang! " Tambah Sofea Kartika kembali. Khairil Izuan terduduk di hujung pintu. Memegang kepalanya dan menarik nafas dalam-dalam . " Ika menghukum cinta kita " " Cinta yang terlarang beginilah kesudahannya Abang Ril." Khairil Izuan keluar dari bilik Sofea Kartika .Menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi. Petang menjelma menjemput malam menggantikan siang . " Abang tengok lah Ika dan Khairil . Tak bertegur sapa sejak mereka ambil keputusan untuk berkahwin serentak." Kata datin Maria semasa mereka sedang makan . " Eh..biasalah orang dah nak kahwin..takut barangkali. " Datuk Hamdan menjawab tenang . " Mak Jah nampak tak .Lain macam mereka berdua. " Kata Datin Maria ketika mencuci pinggan di dapur. " Mak Jah nampak Datin..Mak Jah nampak kedukaan mereka. Kepedihan mereka! "Mak Jah bersuara lambat-lambat. " Kenapa ?" " Mereka bercinta tetapi tetapi berkahwin dengan orang lain . " Kata Mak Jah lagi.Tenang tetapi sarat dengan sebak dan pedih. " Saya silap dengar ke Mak Jah ?" " Anak-anak datin mencintai antara satu sama lain.Itu mungkin kesilapan mereka.Maafkan Mak Jah.Ada kerja di atas." Mak Jah menyeka air mata dan berlalu pergi. " Mama tak sangka Ika nak kahwin hari ni . Bersama Abang Ril. Mama dapat dua menantu sekaligus. " Ujar Datin Maria lembut . " Ika gembira ke sayang? " Tanya datin Maria lembut. " Ika tak pernah rasa gembira seperti hari ini mama" Ika menjawab lembut. Datin Maria keluar melihat anak terunanya . " Ril..mama gembira tengok Ril nak kahwin." " Ril tak pernah gembira seperti hari ni mama.Sehingga Ril rasa nak menangis." Ujar Khairil sambil tersenyum sinis. Datin Maria hilang punca. Dia kah yang meruntun kebahagiaan dan percintaan yang suci itu. " Hello! " Suara Ika di talian. " Tahniah Ika .Untuk perkahwinan kita pada hari yang sama.Dan untuk kehancuran cinta kita ." Ujar Khairil Izuan di hujung talian. " Ika akan tetap mencintai Abang Ril .Sampai Ika mati. Itu janji Ika.Kalau Tuhan izinkan. Biarkan cinta yang terlarang ini berakhir di sini." Kata Ika .Kemudian talian diputuskan . Ika menangis di bahu katil.Menahan keperitan di hati. Majlis akad nikah hampir bermula. Ika di bawa turun oleh Datin Maria .Haikal dan Nia Fadila juga ada bersama .Dan ribuan penonton setia rumah agam itu. " Ika duduk . ' Kata Datin Maria. Ika tidak memandang sekeliling melainkan tunduk menahan air mata . " Ika tengok lah sayang ! Abang Ril sebelah Ika." Kata Datin Maria lagi. Ika mengangkat wajah .Melihat Khairil Izuan sedang menghulurkan tangan menyarungkan cincin ke jarinya. Ika memeluk erat Khairil Izuan. Terima kasih mama. Terima kasih papa. Cinta Ika sudah terhajat . " Terima kasih mama.Terimalah menantu mama .Sofea Kartika . " Khairil Izuan mengucup mesra dahi Ika.
oooo ending dorg bersama eh? tp kan x bpe paham kenapa cinta mereka digelar cinta terlarang? ke i ada tertinggal mane2 perenggan utk part tu? ada sapa2 yang leh explain kan x? hihiihihi~
memang cinta terlarang coz Ril dah tunang... dan Ika pun dah nak dijodohkan..... diorang kawin gak lastly.. ala...si nia n doc tu, just watak sampingan.....
pe yg peliknye... n xperlu rasa geli... diorg tetap halal bernikah sbb bkn seibu or sebapa... cite ni mmg tjadi dlm fmily aku... abg aku n akak aku(akak aku ni ank agkt) cume abg n akak aku dpt green light awal2 lg.. huhu!!! hepi family...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ok la..work out on that k..
u bleh hasikan better than this one