Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Suasana di luar rumah masih bingit dengan keriuhan orang kampong. Kenduri kahwin aku dan Ariel baru saja selesai. Akhirnya impian kami berdua untuk bersama terlaksana juga walaupun dalam keadaan yang serba serbi sederhana. Walaupun pada hakikatnya ibu mertuaku agak tidak senang dengan pilihan anaknya namun dengan kesungguhan Ariel ingin memperisterikan aku, segalanya tetap berjalan dengan lancar. Aku hanyalah kerani biasa di sebuah syarikat perkapalan di Bandaraya Miri. Manakala Ariel, hanya pekerja awam di sector kerajaan. Namun itu semua tidak mengapa,bagiku.. Yang penting kasih sayang kami kukuh dan aku berjanji pada diri aku sendiri akan aku tempuhi segala onak dan duri dalam rumahtangga kami.
-----------------------------------
"nak..minum air nih..nanti anak lambat sembuh" "takpe..letak situ dulu. Nanti saya minum" "enggak bisa. Anak mesti minum dulu air ni agar cepat sembuh yaa... Mak cik tahu, anak pingin sekali ketemu dengan keluarga anak yaa..?" Lantas, cepat2 dia meneguk air tersebut.. Ya, aku ingin jumpa dia. Apa khabar agaknya dia sekarang? Masih ingat kat aku lagikah dia? Ataupun…dia dah kahwin lagi? Ohh..Tuhanku, janganlah hendaknya..
-----------------------------
Begitu cepat masa berlalu.. sudah hampir 3 tahun mereka mendirikan rumahtangga. Mereka bahagia. Tak pernah sekalipun mereka bergaduh besar. Tetapi, hanya satu saja kekurangan dirumah mereka. Gelak tawa seorang anak kecil.. sudah puas mereka berubat dan sudah macam2 petua yang mereka amalkan namun hasilnya hampa.. setiap bulan jika Zaza kedatangan haid, pastinya dia akan menangis dipangkuan Ariel. "tak mengapa sayang.. Ayil tak kisah..yang penting Ayil sayangkan Zaza" Ohh..tulusnya hatimu sayang.. "Za tahu riel..tp Za rasakan seperti Za tak sempurna. Za gagal menjadi isteri yang sempurna buat Ayil" aku menangis lagi.. "Dengar sini sayang.. biar apa2 pun terjadi zaza tetap sempurna dihati dan mata Ayil. Zaza tetap akan menjadi isteri Ayil sampai bila2..Ingat tu sayang" Terharunya aku mendengar kata2 dari Ayil. Bertuahnya aku memiliki Ariel sbg suamiku. Aku memeluk suamiku erat. Tiada yang lebih sempurna darimu sayang.. "sayang…" "emm…" "hujung bulan ni kita sama2 ambil cuti ekk?" Ariel mencadangkan sesuatu. "cuti? Nak buat ape?" "adalah tu..sayang mohon cuti dulu, lepas tu baru Ayil bagithu kat sayang ok" aku hanya menggelengkan kepala melihat karenah suamiku itu. Tak habis2 dengan surprise nya..namun aku suka..ehehe
Kringggg…kringggg… telefon rumah berbunyi. Terkejut aku dari lamunan aku. Pukul 10 malam. Siapalah agakmya yang telefon malam2 buta begini. Ariel melangkah malas lalu mencapai telefon. " hello" "hello..Ayil..ni mak ni"Mak Ita, mak mertuaku yang telefon. "Ayil..hujung minggu ni Ayil balik kampong tau. Ada perkara yang mak nak bincangkan dengan Ayil." "Cakap kat telefon aje la mak" "tak boleh!! Mak mesti cakap dengan kau depan2.. Ni hal mustahak tau tak. Ni soal hidup dan mati. Lagipun abang kau pun balik juga nanti" "yelah mak.. Nanti Ayil balik dengan Zaza.." "kalau boleh datang sorang. Tak payah bawa bini kau tu.." ‘ehh..apesal pulak mak. Zaza kan isteri Ayil" geram hati Ayil mendengar kata2 ibunya. "eleh..kalau kau nak bawa, kau bawa lahh..tapi kalau ada sesuatu yg berlaku nanti, kau jangan nak salahkan mak pulak. Dah la, ingat pulang kampong hujung minggu nit tau.." Mak Ita bagaikan memberi amaran. Namun jauh disudut hati Ayil, dia agak tersinggung dengan kata2 ibunya sendiri.. Mak..mak..bila la agaknya mak nak berubah.. Patut pun ayah dulu tak tertahan dengan sikap mak..
" Apa kate mak?" " takde apa2..dia suruh kita balik hujung minggu ni. Ada hal penting yang dia nak bincangkan dengan Ayil. Entahlah..dia kata, soal hidup dan mati" Terbeliak mata aku mendengarnya. Naluriku sbg isteri bagaikan dapat menangkap maksudnya.. "apa yang sayang fikirkan itu?" Ariel menegurku selepas dia melihat aku terdiam. "erkk..takde ape2"aku Cuma menyembunyikan kegelisahan hatiku. " betul ke ni takde aper2…" "betul.."aku menjawap sambil tersenyum.. dan aku dapat melihat suamiku tersenyum nakal… "Kita gusti nak sayang?"hahahahahaha…
--------------------
Kenangan lama menerjah kembali. Hatiku betul2 terusik. Rindu dengan belaian suami tercinta. Hanya kenangan manis yang dapat mengubati hatiku yg rindu.. Aku teringat lagi, bagaimana kemalangan itu hampir2 meragut nyawaku. Aku juga sukar untuk percaya bagaimana sehingga saat ini aku masih bernyawa. Mungkin kerana umurku masih panjang.. masih jelas kejadian itu... kereta Naza Citra yang dipandu oleh Ayil hilang kawalan ketika melalui satu selekoh tajam. Lebih2 lagi, lori yang membawa kelapa sawit berada diarah bertentangan. Dan Ayil cuba membrek tetapi terbabas dan melanggar pembahagi jalan dan malang lagi buat diriku apabila aku terpelanting jauh dari tempat kemalangan. Silapku juga kerana tidak memakai safety belt. Akhirnya aku terpelanting jauh dari tempat kemalangan. Sedar sedar aku sudah berada di sebuah perkampungan yang sangat asing baginya... Ayil..Zaza rindu…
-------------------------
" Ayil..mak nak kau kahwen dengan anak Mak Siah, si Mira tu.. dia baru balik dari kuala lumpur. Dia berpelajaran tinggi.. Lgipun dulu korang teman sepermainan" bagaikan halilintar kata2 yang keluar dari mulut ibu mertuaku. Aku terkedu.. tak mampu berkata apa2 lagi. Takkan mak tak sedar yang aku masih punya telinga utk mendengar dan masih isteri Ariel yang sah.. "Ayil kan dah kahwin mak.. Dengan Zaza" Ariel cuba membantah.. "alah..dah 3 tahun korang kahwin tapi bini kau ni tak mengandung2 lagi.. Mandul agaknya" tempelak ibu mertuaku plak.. ohh..sabarlah hati janganlah airmata ini menitis.. " Mak!! Tak baik mak cakap mcm tu. Wpun Zaza tak mampu beri saya anak, zaza tetap isteri saya dan saya takkan sanggup menduakan cinta zaza.. sampai bila2 pun mak, Zaza tetap isteri Ayil.." " kenapa pulak tak sanggup? Setahun dua ni kau mampu lagilah bertahan takda anak.. lama2 nanti baru kau akan rasa. Mak bukan buat semua ni untuk mak, mak buat ni untuk kebaikkan korang jugak." Ahh..sombong sangat bunyinya dipendengaranku..kata sajalah mak, yang mak inginkan pisahkan kami berdua.. "sudahla mak.. kalau mak teringin sangat nak bermenantukan Mira, mak suruh ajer abang kahwin dengan Mira. Tapi bukan dengan Ayil.. Ayil tak hingin!!" Suamiku meninggikan suarnya. Terjebil biji mata ibu mertuaku mendengar suara suamiku yang sudah mula berubah nada. " Kau ni anak tak sedar di untung.. Dulu masa kau kawen dengan bini kau nih kita Cuma buat kecil-kecilan ajer. Kalau kau kawen dengan Mira, kau dapat merasa jejak kaki ke hotel 5 bintang di Kuala Lumpur tuu.. kau boleh hidup senang dengan bergantung hidup dengan Mira.. Kalau kau nak harapkan bini kau nih..huhh" aduhh..pedih sungguh rasa hati aku mendengar hinaan ibu mertuaku sendiri. Tak sangka sampai begitu sekali dia menilai aku.. sabarlah hati.. Aku hanya dapat memandang sayu wajah suamiku. Ayil merasa kasihan.. Lantas Ayil membimbing tangan ku keluar. Ketika itu, airmata ku sudah tidak dapat dibendung lagi.. aku menangis teresak2.. dan ketika itu kami berdua bertembung dengan abang Ayil bersama teman wanitanya. "eh..kenapa dengan Zaza ni Ayil?" Ayus menegur.. dan aku hanya menundukkan muka sahaja sambil berlalu. "Ayus tanya sajalah dengan mak tu. Ayus pun hati2 juga..nanti tak pasal2 pulak mak buat karenah dengan Ayus pulak." Hati suamiku masih membara dengan kata2 mak nya..
Ketika dalam perjalanan pulang dari kampong, Ayil banyak mendiamkan diri malah aku juga sedang berperang dengan emosi. " Ayil, ikut ajer la kehendak mak tu" akhirnya aku memecahkan kesunyian antara kami. Terkejut Ariel mendengar aku berkata begitu. " Zaza cakap apa ni? Ayil tak suka!!" ahh…ariel marah sekali. Tak pernah aku melihatnya semarah begitu. "demi kebaikkan Ayil dan juga mak. Lagipun Mira pasti dapat memberikan zuriat untuk Ayil. Bukankah itu impian Ayil. Punya zuriat sendiri.." hatiku bagaikan dirobek2 ketika menuturkan kata-kata itu. Zaza tak sanggup.. "Zaza!!!!" Ariel berteriak kepadaku dan aku hanya mampu menangis dan menangis… " sekali lagi ZAza buka mulut, Ayil tinggalkan zaza….." "Riel!!!!!!!!!!!!!!! Loriiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"…………… BANGGGGGG………
Perlanggaran itupun berlaku diantara NAza Citra dan Lori Kelapa Sawit yang sarat membawa muatannya.
-----------------------
"keadaan pesakit sudah stabil. Tapi tolong jangan ganggu pesakit dahulu. Biarkan dia berehat sebentar" Doktor Hanum menerangkan situasi sebenar keadaan Ariel. Ayus dan mak hanya terkedu. Mereka tidak menyangka keadaan sebegini boleh berlaku selepas kepulangan mereka dari kampong tempoh hari. "ni semua salah mak. Kalau mak tak marahkan Ayil dengan Zaza tentu dorang tak accident. Ni semua salah mak!!" Ayus memarahi ibunya. Namun, entah apa yang tersirat didalam hati orang tua itu pun hanya dia sahaja yang tahu. Disaat keadaan genting begini pun dia masih lagi memikirkan perkahwinan Ariel dan Mira.
"alah..sakit sikit jer tuh. Nanti kalau dah sembuh aku kahwenkan dorang terus" "mak..mak tak tengok ke keadaan Ayil bagaimana sekarang? Ayil hampir2 menemui ajalnya. Sekarang, Zaza entah hidup entah tidak. Kita tak tahu Zaza dimana sekarang mak" ayus menangis. Dia kecewa dengan tingkah laku ibunya itu. Dalam keadaan yang genting begini pun ibunya masih memikirkan untuk menjodohkan adiknya dan mira. "Mak dah tua. Mak teringin menimang cucu sendiri. Mak cemburu melihat jiran2 kita dah ada cucu. Lagipun sekarang, Zaza pun entah hidup ke tidak..Jadi makin senanglah mak nak menjodohkan dorang" " Mak, Ayus tak nak melayan sangat karenah mak nih. Ayus tak nak keadaan menjadi makin tegang. Ingat Tuhan mak..Ayil belum sedar lagi, Zaza pulak…" Kata – kata Ayus terhenti disitu. Tak sanggup untuk dia meneruskan kata.. Ayus mengesat airmata dan terus berlalu meninggalkan ibunya yg sedang terpinga2..
-------------------------------
"Zaza..Zaza….." "Ayil..kau dah sedar?" Ayus menggapai tangan adiknya.. "zaza mana Ayus?..Zaza kat maner?" "ZAza..zaza..belum dijumpai lagi Ayil..Polis tak dapat menemui Zaza".. "tak mungkin Zaza tergamak tinggalkan Ayil.." Ayil meronta2. Dia menangis semahu2nya dibahu abangnya. Sayu hati seorang abang melihat keadaan adiknya. "Ayil..ayil sabar yer..semua ni pasti ada hikmahnya..’ Ariel terpaksa diredakan. Dia harus diberikan suntikan agar dia kembali tenang. Akhirnya Ariel terus terlelap..
----------------------
Manakala suasana dikampung tampak seperti biasa. Penduduk kampong tidak putus-putus menjenguk Ayil. Selepas kemalangan itu, Ayil tinggal di kampong agar senang ibunya menjaganya. Namun, dalam masa yang sama jugak, Mak Ita masih juga ingin meneruskan niatnya untuk mengahwinkan Ayil dan Mira.. Setiap kali ibunya membangkit hal tersebut, Ayil bingkas bangun dan berlalu keluar walaupun keadaan dirinya yang masih belum pulih sepenuhnya dan menuju ke tepian sungai..Nampak tenang..Alangkah indahnya jika hatinya sekarang juga setenang air sungai yang sedang mengalir.. Hatinya berdetik.. Kat sinilah dia selalu bermain ketika masih kecil2 dulu.. Dengan Mira. Ketika itu umur mereka masih mentah. Masih darjah 2. Dia tersenyum. Mengenang kisah lucu.
" Kenape nih? Senyum sorang2" Ayil mendongak. Dia kaget. Mira.. "Boleh Mira duduk sini?" tegur Mira. Ayil mengangguk. " Apa yang Ayil fikirkan?" Mira membuka bicara selepas lama mereka membisu. "Takde aper.." "Ayil..Mira dah tahu tentang rancangan mak ayil nak menjodohkan kita" Ayil membeku. Bagaikan tidak berminat untuk membincangkan hal tersebut. Ayil bingkas bangun. Berkira2 untuk berlalu. " Tunggu Ayil.. Mira ingin katakan sesuatu. Ini penting" Mira cuba menahan Ayil dari berlalu. " Ayil tidak berminat untuk tahu. Dan untuk pengetahuan Mira, Ayil tidak akan pernah setuju dengan cadangan mak Ayil. Biarlah dia terus dengan angan2 dia untuk bermenantukan Mira. Tapi bagi Ayil, tidak.." Luah hati Ayil.. Mira tidak terkejut dengan kata 2 Ayil. Mira tahu yang cinta dan kasihnya hanya untuk isterinya, Zaza.
"Ayil, dengar sini. Mira tahu dan Mira faham. Mira tak memaksa pun Ayil menerima Mira dalam hidup Ayil. Mira kesini untuk membantu Ayil. Ayil jangan bimbang kerana Mira dah pun menerangkan segalanya kepada Mak Ita dan keluarga Mira. Dan mereka pun faham dan mereka tidak memaksa Mira" terang Mira panjang lebar. Dan Ayil pun terkedu. Dia sudah salah sangka dengan Mira..
" Maafkan Ayil. Ayil tak sengaja. Ayil bingung sebenarnya. Hampir tiap-tiap hari mak Ayil memaksa Ayil untuk setuju. Ayil buntu..LAgipun hari ini sudah genap setahun.. Zaza…" Ayil menangis lagi.. Saat ini dia betul-betul merindukan Zaza…Mira menghulurkan tisu untuk Ayil. Rasa kasihan pulak dihatinya. Tapi apalah dayanya…
" Sudahlah..Jangan difikirkan lagi. Apa2pun yang terjadi, kita tetap kawan." Ayil tersenyum. Mujurlah Mira faham. Disaat ini dia amat memerlukan seorang teman. Teman untuk dia meluahkan perasaan. " Ayil ingat lagi tak masa kita kecil2 dulu, kita suka sangat mandi kat sungai ni kan..?’ Mira mengimbas kembali kenangan lama. Bagaikan baru semalam ia berlaku.. Ayil sekadar mengangguk.. Dia ingin terus bercerita tetapi lidahnya bagaikan kelu untuk bersuara. Dia sendiri tidak faham. Dia perlukan teman tetapi teman sudah ada disisi dia pula yang bagaikan tidak berminat..
"Takpelah Ayil.. nanti bila Ayil dah bersedia, kita berbual lagi yerr…" kata Mira bagaikan dia mengerti apa yang tersirat dalam hati Ayil. "Maafkan aku Mira kerana aku tak mampu nak berbuat apa2" Mira menyambut dengan senyuman dan meminta diri untuk pulang… Ayil hanya memandang Mira sepi. Kosong. Zaza..Ayil rindu
---------------------
Di suasana kampong yang lain, seorang gadis tetap membisu tanpa berkata2. sepasang suami isteri yang menolong gadis itu ketika mereka menemui dia terdampar di tepi sungai dalam keadaan yang cukup menghayat hati. Mujurlah umurnya masih panjang sehinggakan dia koma selama setahun. Sedar2 sahaja dia terus melolong memanggil satu nama. Ayil.. Sepasang suami isteri itu mendekati dia. Dia berpaling dan hanya memberikan senyuman..
"Anak sihat tak?" tegur Pak Karno. Mak Salyo mendekati gadis itu sambil menghulurkan air ubat untuk diminumnya.. "Sihat.." "Anak ini namanya apa?" tegur Mak Salyo.. " Zaza, makcik.." "oo..sedap ya namanya pak.." " Zaza nak ucapkan terima kasih pada pakcik dan makcik sebab dah tolong Zaza selama ni.. Zaza janji Zaza akan membalas segala budi baik pakcik dan makcik" "Iyalah..enggak usah rebut-ributan..Pokoknya, Zaza harus segera sembuh yaa.." kata Mak Salyo.. Zaza bersyukur kerana hayatnya masih panjang. Kalau tidak kerana sepasang suami isteri ini sudah pasti dia tidak lagi berada di bumi ini.. "oh ya anaknya..Pakcik ingin bertanya.. Anak ini pernah menyebut nama Ayil ketika masih enggak sedar diri..Apa pakcik bisa tahu kok..siapa Ayil? Suami kamu?"
Zaza kaget. Airmatanya begitu murah untuk turun sebaik saja nama Ayil disebut. Betapa dia merindui Ayil. Apa khabar agaknya dia sekarang? Zaza tiba teringat akan cadangan ibu mertuanya dulu. Entah2..Ayil sudah melupakan dirinya..dan sekarang agaknya Ayil sudah bahagia bersama Mira..Tidakkk.. Semakin lama esak tangis Zaza semakin kuat. Zaza terpaksa diredakan. " anak rehat dulu yaa..maafkan pakcik jika pertanyaan pakcik tadi keterlaluan" Pak Karno merasa serba salah. Tidak pasal2 pulak anak gadis didepannya itu menangis dengan teruknya.. Ahh..salah aku juga..ngomol hati kecil Pak Karno.. " Tidak apa2 pakcik.. Zaza yang keterlaluan. Sebenarnya Ayil itu suami saya. Kemalangan yang dulu itu ketika saya dan Ayil pulang dari kampong. Ketika itu kami bergaduh disebabkan ibu Ayil ingin menjodohkan Ayil dengan anak sekampungnya.." terang Zaza.. Kepala Pak Karno mengangguk2. Mak Salyo juga. " Apa sekarang perancangan kamu gimana?" susul Mak Salyo. "entah la makcik..buat sementara ini izinkan saya terus berada disini dulu sementara kesihatan saya betul-betul sihat." " Ya udah..makcik izinkan.." Zaza tersenyum kelat. Fikiran masih menerawang teringatkan Ayil.. "Ayil..Zaza rindu…."rintih hati kecil Zaza..
Tiba-tiba Zaza teringatkan sesuatu. "Pakcik, dekat-dekat sini ada pondok telefon tak?" " ya..ada. kenapa nak?" Pak Karno kebingungan. " bawa saya kesana pakcik. Saya ingin cuba hubungi suami saya" kata Zaza. Riak mukanya bagaikan bersinar-sinar. Ada harapan agaknya..
Sesampainya dipondok telefon, Zaza bingkas mengangkat gagang telefon. Dimasukkan duit syilling 50sen dan dia mendail no telefon Ayil.. Kedengaran talian sedang disambungkan..Lama.. "Helo" terdengar satu suara menjawap. Perempuan. Terkedu seketika Zaza apabila mendengarkan suara seorang perempuan yang mengangkat telefon Ayil. Airmatanya menitis laju. Dihempasnya gagang telefon dan dia pantas berlari mendapatkan Pak karno. "kenapa ni nak?" Tanya Pak Karno kehairanan.. " Bawa saya segera pulang pak..kepala saya sakit"
--------------------------
" Ayil, tadi ada orang call. Tp dia tak cakap ape2 pun.." Tangannya menghulurkan hp ke arah Ayil. Ayil melihat ke dalam screen hp nya dan tertera satu nombor yg tidak dikenali. Public phone, getus hati nya.. " Sorry ye Ayil. Mira tolong jawapkan hp Ayil td. Lama sangat berbunyi. Oh ya, kedatangan Mira kesini sebab nak cakap sikit kat Ayil. Esok Mira dah nak balik ke KL. Ada tugasan yang perlu diselesaikan. Kalau ikutkan lagi seminggu cuti Mira kat sini." "Oh yeke..Baiklah..Esok nak balik pukul berape?" "Mira ambil flight malam. Esok Ayil dan Ayus tolong hantarkan Mira ekk.." "ok no problem.."Ayil hanya tersenyum. Masih kebudakkan. Kata hatinya lagi.. "ermm..Ayus kat mane ekk?" Tanya Mira lagi. " Eh..eh..tak dapat adik nak pikat abang pulak?" "hek elehh..kang nanti awak panggil aku kakak haa..baru kau tahu.." Berdekah ketawa Ayil dan Mira.
----------------------------
"Pakcik, makcik.. Saya nak ucapkan banyak2 terima kasih kat pakcik dan makcik sebab sudi menjaga saya sepanjang saya berada disini. saya tak akan pernah lupakan jasa pakcik dan makcik dan saya berjanji akan membalas segala jasa pakcik dan makcik." " iya..hati-hati ya nak.. jika punya waktu, lewatin aja kami disini yah.." sayu hati Mak Salyo melepaskan Zaza pergi. Begitu juga dengan Zaza. Ditahan airmata untuk jatuh. Selepas bersalaman, Zaza terus menaiki sebuah van dimana pengangkutan yang sering digunakan oleh penduduk kampong di Ladang CDC Kelapa Sawit. Aku pasti kesini lagi. Ziarahi kamu. Itu janjiku..getus hati kecil Zaza..
Perjalanan selama 1 jam bagaikan tidak terasa. Berat rasa kakiku untuk melangkah ke rumah yang sudah hampir 1 tahun lebih tidak dijejakinya. Hatiku merasa pelik. Mengapa ada ramai orang berada dirumahku sekarang ni? Lagak seperti ada kenduri. Degupan jantungku semakin deras apabila aku terlihat riben berwarna warni melekat disisi pintu kereta. Takkan Ayil yang kahwen… ditahan airmata dari mengalir dulu. Aku inginkan kepastian. Aku perlu lihat sendiri dulu.. Selangkah demi selangkah kakinya berjalan.. Tiba-tiba matanya tertumpu kearah satu susuk tubuh yang amat dikenalinya dan yang amat2 dia rindui. Ayil!! Ingin sekali kakinya laju berlari mendapatkan tubuh itu. Kakinya terhenti. Serta merta matanya melihat seorang gadis yang datang dari arah belakang menyapa Ayil dan mereka tersenyum mesra. Ahh..cemburu menguasai dirinya.. sampai hatimu sayang khianati cintaku..
Dengan cucuran airmata, aku terus melangkah kearah 2 pasangan itu yang sedang mesra melayan tetamu. Aku ingin ucapkan tahniah dan selepas itu aku akan balik lagi kepangkuan Pak Karno dan Mak Salyo.
" Ayil.." sapaku sayu.. ternyata Ayil terkejut dengan kehadiran ku.. dia kaget. Terkedu dan terkesima.. "Kenape? Ayil terkejut sebab fikir Zaza dah mati? Zaza hidup lagilah Ayil.. sampai hati Ayil khianati cinta kita. Sekarang ni Ayil dah berkahwen lain.. Bagaimana dengan Zaza?" Airmatanya sudah tidak dapat dibendung lagi. Pantas dia berlari keluar dari rumah itu. Tak sanggup rasanya dia berada lama disitu. Melihat kekasih hati bahagia bersama insan lain.. alangkah bagus jika aku mati sahaja dulu dari aku melihat semua ini. Jahanam.. Kedengaran Ayil menjerit memanggil namaku.. Aku takkan menoleh lagi..
" Zaza..tungguuuuu!!" pantas Ayil menarik tanganku. Ayil terus memelukku dengan erat. Masih hangat seperti dulu. Aku sangat2 merinduimu sayang… " Sudah..lepaskan Zaza. Ayil dah tak perlukan Zaza lagi" mereka sama2 menangis.. Lain pulak dirasai dari pihak Ayil.. "Sayang..mana sayang pergi selama ni? Ayil rindu sangat2 kat Zaza.."luluh rasa hatiku mendengar esakkan tangis dari suami tercinta.. "Itu semua dah tak penting lagi. Sekarang lepaskan Zaza.. Ayil dah kahwen lain.." "Sayang..dengar sini. Ayil tak kahwen dengan sesiapa pun. Ayil masih mencintai sayang dan masih memerlukan sayang sebagai isteri Ayil. Sampai bila2.. hanya maut pisahkan kita" "betul ni? Habis tu siapa yang kahwen? Kenapa Zaza tengok ada banyak orang kat rumah kita? Kenapa ada banyak riben?" panjang lebar soalan aku tujukan pada Ayil. " Tu semua Ayus laa.. Dia bertunang dengan Mira. Ingat Mira lagi tak?" aku mengangguk. " jom kita masuk rumah dulu. Mak dah tunggu kita tu. Tapi sebelum tu, sepanjang setahun lebih Zaza menghilang.. Zaza tinggal dengan siapa? Apa terjadi dengan Zaza?" " Dah..nanti kita bincangkan hal nih.." Ayil memicit hidungku. Ahh..sudah lama aku tidak diperlakukan sebegitu.. Rindu sesangat…
Malam itu, banyak yang kami bualkan. Ayil menangis lagi mendengar setiap bait cerita yang disampaikan olehku. Aku juga turut menangis. " Maafkan Ayil kerana biarkan sayang menderita dan menanggung segala kesakitan sendirian..Bukan Ayil tak mencari sayang.. Ayil pasti, selagi Ayil tak jumpa apa2 petunjuk selagi itu Ayil percaya yang sayang masih hidup lagi" " Kita harus berterima kasih dengan Pak Karno dan Mak Salyo.. Mereka yang menjaga dan mengubati Zaza sepanjang Zaza bersama mereka.." "ya..hujung minggu ni kita ziarah mereka, k.." cadang Ayil. Sekadar mengangguk.
citer best la...sng nk phm... tp x ade jgk yg x logik nyer...setahun koma beb...pe citer??? naper lame sgt tanpe ape2 bantuan perubatan moden erk??? hehehehhehehe
haha.. tau xpe cmnela dye koma smpi 1taun? m.cik ngan p.cik tu doktor ke? klu koma mst ade alat2 nak bg pesakit makn.. ryte?? nway cite ni best bangat!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best2..
bhse simple n plot sng nk phm..
ayil cm penyayang gle..
bertuahnye kalo dpt laki cmtuh..