Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sepucuk warkah bersampul biru ku genggam erat di tangan.Entah sudah berapa kali warkah yang sama ku terima.Warkah yang di dalam isi kandungannya tetap sama.Warkah ini ku biar kan sahaja di atas meja.Malas rasanya hendak membuka apatah lagi membacanya. Suatu petang yang dingin, Jah menghampiriku yang sedang duduk makan waktu rehat.
"WA ini surat untuk kau "kata Jah. "Surat?!.aku agak terkejut sedikit apabila mendapat surat.Wanginya surat ini.Anak Putera Raja mana yang bagi aku surat wangi ini?".Aku tertanya-tanya. "Anak Putera Raja katak" SHAM menyampuk sambil gelak-gelakkan aku.Di sekolah memang sudah menjadi kebiasaanku memendekkan nama bagi komersial sedikit. "Banyak la kau punya raja kodok "nada ku tinggi
SHAM tahu aku tidak suka dengan gurauannya..Lantas SHAM meninggalkan aku dengan penuh pertanyaan.Tinggal la aku dengan warkah penuh misteri.Perlahan-lahan ku membuka lalu membacanya..Angguk-angguk geleng-geleng tanda faham apa tujuan warkah yang ku terima ini.Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.
Selepas masa sekolah Jah berteriak-teriak pada ku.. "WA tunggu kejap" kata Jah dengan keadaan yang tercungap-cungap mengejar ku. "Apa hal ini?.Aku hendak cepat kejar masa, lambat nanti aku ketinggalan bas sekolah" "Aku hendak tanya ini, kau sudah balas belum surat yang aku bagi masa rehat?"Tanya Jah "Belum" ringkas sahaja ku menjawabnya
"Bila ada masa balas la ok jangan biarkan si dia menanti macam buah tidak gugur" kata Jah "Aku hendak tanya sejak bila kau menjadi posmen sekolah ini?" Jah hanya ketawa tersengih-sengih macam kerang busuk "Aku kan suka menolong orang.Tolong orang itu kan mendapat pahala.Macam sekarang ini aku tengah tolong kau dan YA. Besar pahala yang aku dapat..lagi pun aku sama bas dengan YA kamceng la juga". "Lantak kau la malas aku hendak layan dan terus pergi"
************** Di dalam kelas aku tidak dapat menumpukan perhatian terhadap mata pelajaran yang di ajari cikgu.Fikiran melayang-layang mengingat kan isi kandungan warkah bersampul biru.Betapa besarnya impian dan hajat si penulis YA terhadap ku.Aku menjadi bingung mengapa diriku yang di pilih.Ramai lagi insan-insan yang lebih bagus jika dibandingkan dengan aku.Seorang pemarah,panas baran,garang,rockers,gangster dan suka buli orang.Langsung tidak sesuai dengan diri YA yang mempunyai budi pekerti tinggi dan hati yang luhur, tidak hairan dia menjadi pengawas sekolah.
Jah mengatakan YA tertarik pada ku apabila aku di nobatkan menjadi pelajar cemerlang mata pelajaran Agama Islam.Entah aku sendiri hairan bagaimana aku boleh terpilih pelajar cemerlang.Pada hal banyak bermain-main dan mengelamun di kelas.Sering diteguri dan dimarahi oleh cikgu Radhiah kerana tidak menumpukan perhatian.Cikgu Radhiah sendiri tidak menyangka aku menjadi pelajar cemerlang.Cikgu Radhiah memberikan ku sebuah buku agama sebagai hadiah atas kejayaan yang aku kecapi. Terima kasih cikgu.
***********************
"WA kau balut hadiah untuk siapa itu?" tanya ITA
ITA adalah kawan sekelas dan merupakan kawan baikku.ITA la tempat mengadu domba segala masalah yang ku hadapi. Tidak kira masalah pelajaran,keluarga apa-apa sahaja akan kongsi bersama-sama dengan ITA. "Untuk FA lusa hari jadinya" balas ku. Sambil jari jemari ku membalut hadiah. "Aku tidak faham dengan engkau la WA.Apa istimewanya FA di mata kau?.Sampai kau sanggup menolak impian dan hajat YA.Aku tengok FA itu bukan budak yang baik.Sudah berapa kali di denda oleh ketua displin sebab ponteng sekolah,merokok dalam tandas dll (dan lain-lain lagi).Bukan kau tidak tahu FA itu macam mana?.Kau sendiri nampak dengan mata kepala kau sendiri.Tetapi kau tetap juga terhegeh-hegeh suka kan FA.FA itu tidak layan kau pun.Kau ingat tak.. masa sukan sekolah acara lumba lari kau jatuh tersungkur,siapa yang datang membantu dan memapah kau mendapatkan rawatan?.Lutut kau itu siapa yang balut kan? YA terlalu mengambil berat pada kau.Tetapi kau langsung tidak bertimbang rasa, ucapan terima kasih pun kau tidak ucapkan".bebelan ITA pada ku. Ku buat acuh tidak acuh saja mendengar bebelan ITA.
"Cikgu Kadir cikgu maktab kita itu hensem la tergoda sudah..Alangkah indahya dapat berkahwin dengan cikgu hensem macam cikgu kadir itu.Baik hati, peramah, manis sahaja, dan senyumannya yang menawan kalbu lesung pipitnya..Auw!! membuatkan hati pelajar-pelajar tidak keruan".ku cuba alih topik perbualan "Itu la engkau bila aku nasihat kau tidak hendak dengar.Ikut suka hati kau la hati batu." Marah juga ITA pada ku.Ku biarkan saja ITA dengan amarahnya itu. "Aik!! Marah ke itu?..jangan la marah sayang intan payung".aku cuba memujuk ITA "Baiklah memandangkan kau adalah sahabat ku dunia dan akhirat aku cerita kan pada kau seorang.Ingat ini rahsia kita berdua biar pecah di perut jangan pecah dimulut janji tau".kata ku.
"Ya ku akui semuanya kata-kata ITA adalah benar belaka.FA memang tidak suka pada aku.Aku sahaja yang suka kan FA aku SS (syok sendiri).Kau tahu kan sikap ku teruk, mana la layak berdampingan dengan YA yang baik hati itu.Entah la aku sendiri tidak pasti apa istimewanya aku di mata YA.Aku dengan FA sebenarnya tiada apa-apa pun.Ku lakukan semua ini hanya la semata-mata, hendak menunjukkan pada YA yang aku tidak bagus.Bila YA tengok ku tidak layan, dia akan rasa bosan pasti mengundurkan dirinya dan mencari yang lain sebagai pengganti ku.Tidak sampai hati hendak berkata terus terang, menolak menghancurkan hajat dan impiannya yang menggunung tinggi itu.Hanya ini sahaja satu-satu nya cara agar YA membenci ku.Sebab itu juga la aku tidak membalas sepucuk surat pun untuk YA".
ITA hanya diam mengeleng-gelengkan kepalanya tanda membantah. "kau tidak patut buat YA begitu apa salahnya.YA langsung tiada niat menyakitkan hati kau tetapi kau tegar menghiris-hiriskan dan mempermain-mainkan hati YA, ikut suka kepala hati kau sahaja.Buat kering tekak aku nasihatkan engkau.Malas la aku hendak sambung cakap lagi, kau bukan nak dengar.Ibarat mencurahkan air ke daun keladi sahaja."ITA meninggalkan aku menghabiskan balutan hadiah untuk FA. ********** Hari ini aku ke sekolah awal sedikit dari waktu biasa.Aku meminta ayahku menghantarku ke sekolah.Akan ku pastikan segala rancangan untuk menyakitkan hati YA berjaya.Di tangan ku sudah siap sedia hadiah untuk FA.Ku menanti kehadiran YA.Ku melihat YA dan FA berjalan seiringan. "Ini sudah cukup bagus, melancarkan segala rancangan aku ".Desis hati ku
Aku terus sahaja berjalan ke arah kedua-dua nya.Dengan selamba aku berhenti tepat-tepat di hadapan FA.YA hanya melihat sahaja.
"Happy Birthday sayang ku" kata ku pada FA.ku hulurkan hadiah sambil mata ku mengerling pada YA Oh!! Terima kasih yang tidak terhingga.. WA la orang pertama mengucapkan selamat hari lahir buat FA. "Aku lihat YA terus berlalu pergi.Cemburu la itu..Biar kan YA merasa geram dan marah di atas tingkah laku aku, menyakit kan hati nya di hadapan FA.Maafkan aku YA,aku terpaksa melakukan semua ini"hati ku berkata.
Aku Nampak JAH menerpa ke arah ku.Sudah ku agak soalan yang JAH hendak ajukan pada ku. "WA kau tidak sepatutnya mengguriskan hati YA begitu sekali.Kau tahu tak,YA sedih sangat sebab hari ini adalah hari lahir YA.Kau tidak memberikan hadiah pada YA,malah kau guriskan hatinya pula"
"Yes!! Hooray!! rancangan aku sudah berhasil".selamba sahaja aku berkata pada JAH JAH hanya menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak faham apa maksud ku itu. Ku biarkan sahaja JAH terpinga-pinga lalu pergi.
***************
Di kantin DA menghampiriku lalu membisikkan ke cuping telinga ku
"Tahniah!! hati batu kau sudah cair"
"Aku yang mendengar terkebil-kebil tanda tidak faham apa yang dikatakan oleh DA.Ku biarkan saja.. ku terus duduk makan mee goreng dan meminum air sirap yang ku beli di kantin tadi.Datang pula sekumpulan pelajar kesemuanya mengucapkan tahniah padaku.Bertambah-tambah berlipat kali ganda kehairanan ku. "Tahniah!! apa pula ini.?Aku langsung tidak faham apa yang korang semua merepek ini". "Tahniah!! hati batu kau sudah cair.Satu sekolah sudah tahu kau adalah merupakan istimewa di hati YA." Setelah mendengar penjelasan dari mereka.Aku mula naik angin. "Siapa yang berkata demikian YA ke yang berkata begitu?!". "Kurang ajar punya budak YA, suka-suka dia sahaja cakap aku begitu"sambil menggengam tangan ku dan mengetap-getap bibir ku.
Pelajar-pelajar yang melihat aku terus terdiam.Mereka masak benar akan sikap ku yang perengus.Sekali aku marah habis tunggang terbalik dunia.Pantang aku.. apabila ada orang membuat ku marah,memang hendak cari nahas dengan ku. Aku menjadi baran lantas mata ku melilau mencari JAH yang sedang leka memakan makanan bekalan dari ibu nya..
"JAH kau cakap kat YA, lepas habis sekolah aku hendak jumpa dia di belakang sekolah.Sekarang juga kau pergi sampaikan pesanan aku.Aku tengah marah ini asap sudah keluar dekat telinga" "Ok bos" jawap JAH.Tidak pernah sekali pun JAH menolak setiap apa yang aku suruh.
Di belakang sekolah YA sudah siap menunggu . Aku lipat-lipatkan kedua-dua lengan baju ku sampai ke siku.
"Apa hal hendak jumpa saya ni?.Kenapa marah-marah ini?.Angin tiada ribut tiada tiba-tiba sahaja taufan melanda apa masalahnya ini?YA bersuara lembut apabila aku mendekatinya". "Jangan hendak berpura-pura tunjuk baik pada ku.Ini nak tanya, bila masa aku ini istimewa dalam hati kau?.Mana ada bukti?.Tiada surat perjanjian yang mengatakan aku ini spesel dalam hati kau?".nada ku meninggi.. sengaja aku tinggi kan biar YA tahu aku benar-benar marah. "Apa salahnya biar semua orang tahu, kan bagus betul tak hati batu".YA menjawab sambil senyum pada ku. "Hati batu ke, hati batu bata ke ,hati batu marmar ke ,hati batu kapur ke, hati batu nisan sekali pun.Itu hati aku.. diri aku..Aku tidak perlukan sesiapa menjaga hati aku.Aku tahu menjaga diri ku sendiri, tidak perlu hendak menyibuk-yibuk menjaga aku konon.Aku tidak peduli ini amaran terakhir, aku cakap sekali lagi jangan ulangi lagi.Ulang lagi siap la kau aku kerja kan".aku terus pergi ..bentak aku pada YA. YA diam membisu ..tidak berani hendak menjawap, apabila melihat aku persis harimau yang hendak menerkam mangsanya.
************ Keesokan harinya hatiku menjadi tidak keruan.Kejap-kejap aku melihat di jendela kelas ku.Kalau-kalau kelibat YA melintasi di hadapan kelas ku.Tapi hampa..biasanya masa-masa begini YA akan lalu membawa buku-buku nota ke bilik guru. YA memang sengaja lalu kelas ku, sekadar ingin melihat ku. ITA yang dari tadi perhatikan gelagat ku terus berkata
"Itu la kau WA,orang sudah ada di hadapan mata, kau tidak hirau kan.Buat bodoh sahaja tetapi apabila sehari tidak nampak, sudah macam cacing kepanasan.Ego kau tinggi sangat la WA". "Cuba la kau kurangkan sedikit keegoan kau itu untuk YA".
Tidak kuasa aku hendak melayan ITA.Aku terus menarik lengan baju JAH. "JAH kau tahu tak ke mana YA pergi?. "Entah la aku pun tidak tahu di mana YA.Hari ni YA tidak ada di dalam bas".jawap JAH "Sehari suntuk tidak nampak kelibatnya.Kau pergi siasat untuk aku ke mana menghilangnya YA.Tolong la aku JAH cari YA..please..aku mohon pada kau JAH ." "Macam mana jika cikgu tanya ke mana aku hendak pergi?."JAH nampak risau kalau-kalau dia terserempak cikgu nanti. "Bab itu kau jangan risau,pandai-pandai la kau kelentong.Cakap la apa-apa sahaja.Lagi pun kau kan pengawas apa hendak di takutkan.Ada apa-apa berlaku aku akan bertanggung jawab.Pergi lekas".Ku berikan idea dan jaminan pada JAH. "Baiklan tuan permaisuri dengan segera akan di laksanakan."spontan JAH jawap "Macih ya JAH kau la satu-satunya harapan ku" .
Masa rehat aku duduk bersandar di bawah pokok.Sambil menanti hasil penyelidikan JAH.Aku rasa serba salah sesangat memarahi YA tempohari.Sakit kah dia?Macam-macam fikiran ku berfikir, yang bukan-bukan tentang YA.Aku berdoa pada Allah agar tiada apa-apa yang terjadi pada YA.Amin. Aku berasa gembira melihat JAH.Tanpa banyak soal bicara aku terus menanyakan pada JAH,tidak sabar-sabar rasanya ingin tahu perkembangan YA. JAH menghulurkan aku sepucuk warkah bersampul biru.
"Nah kau ambil ini baca, surat dari YA ,kawan kelas YA yang bagi ,suruh aku bagi pada kau.Kau baca la, aku hendak makan lapar sangat, turun naik tangga tolong kau cari YA" "Terima kasih JAH".kata ku.
Tanpa membuang masa aku terus sahaja mengoyakkan sampul surat, ku membuka dengan cermat dan membacanya
Assalammualaikum Akak,
Sewaktu akak membaca warkah yang usang ini,YA sudah pergi jauh, meninggalkan sekolah YA yang penuh dengan peristiwa suka dan duka.YA terpaksa berpindah ke sekolah lain mengikut keluarga YA.Maafkan segala kesalahan YA selama ini.
Akak YA tahu akak tidak mahu menunaikan impian dan hajat YA untuk menjadikan akak kakak angkat YA selama-lamanya.YA tidak pernah memaksa akak menerima diri YA sebagai adik angkat akak.YA menerima akak seadanya.YA tidak peduli dengan tingkah laku sikap akak yang kasar,buat tidak endah pada YA.Percayalah akak, YA tidak pernah menyimpan dendam di atas apa yang akak lakukan pada YA.YA yang bersalah selama ini memanggil akak hati batu.Maafkan la YA.YA sudah mengetahui kesemuanya dari ITA yang akak sengaja melukakan hati YA, semata-mata YA membenci akak selamanya.Dalam hati YA,akak la kakak angkat YA paling istimewa.YA sendiri tidak tahu mengapa, YA menyayangi akak.Mungkin ini kuasa ILahi.Di sekolah ini, YA dipertemukan dengan akak.Di sekolah lain, YA tidak berminat untuk menjadikan sesiapa pun kakak angkat YA.YA memohon pada Allah suatu hari nanti akak akan cari YA dan menjadikan YA adik angkat akak secara rasmi.Terima kasih di atas segala-galanya.. YA percaya seketul batu yang keras apabila di rendam ke dalam air,lama-kelamaan akan lembut juga.
Sekian,wassalam Yang ikhlas Menyayangimu Adik angkatmu yang tidak rasmi NORHAYATI BTE ISMAIL
**************
"Ya Allah! Apa yang telah aku lakukan pada YA?. Mengapa aku berlaku kejam terhadapnya?. Mengapa aku tidak mahu menunaikan permintaannya, hanya sekadar menjadikan aku kakak angkatnya?. Mengapa aku terlalu egois, mementingkan diriku, tidak mempedulikan hati dan perasaan orang lain terutamanya YA." "YA maafkan akak!"
"Akak memang menyayangi YA.Di sebabkan ego dan hati batu akak, menutupi segala ruang-ruang kasih sayang akak pada YA..akak benar-benar kehilangan mu dik" "Maafkan akak!" "Maafkan akak!" "Akak berjanji, mulai hari ini akak tidak akan ego lagi dan tidak akan menjadi hati batu lagi". "Terima kasih YA!..kehilangan mu mengubahkan sikap akak dan sekaligus menyedarkan segala kesilapan akak." "Sudah pasti akak akan cari YA di mana-mana sahaja YA berada."itu janji ku
Tanpa ku sedari airmata ku jatuh berlinangan dipipi tanda seribu penyesalan.
*************** NOTA KAKI WA=WATI YA=YATI JAH=TIJAH SHAM=SHAMSIAH DA=DAENG ITA-RITA FA=FAEZAH
Pertama kali sy ucapkan macih bebyk pd yg sudi bc n beri komen cerpen sy..
Kedua kali sy memohon maaf cerpen sy agak membosankan.Ini pertama kali sy menulis cerpen.sy langsung tiada pengalaman dlm menulis.Saje cuba2 kot2 ada bakat yg terendam dlm diri sy.Sy cuba wat lain dr yg lain.ye la kn selalunya kisah cintan cintun tp kini kisah kakak angkat yg menyesal d atas perbuatannya yg lampau..
Ketiga tujuan sy menulis cerpen ni adalah utk mencari adik angkat sy yg membawa diri majuk sbb keegoaan n kekerasan ati batu sy.Sy tahu dia suka bc cerpen n novel.So dgn cara ni kot2 dia terbaca n contact sy. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi sy dpt gak berjumpa dgn dia kembali..Macih bebyk..Syukran
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sorry to say..cita ni mmg boring..