Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Nama saya Akhi Bakthiar bin Abdul Syukur, anak jati Muar, Johor. Umur 29 tahun. Saya bekerja sebagai seorang juruterbang di Malaysia Airlines Sdn. Bhd. Hobi suka main bowling dan peminat fanatik perlumbaan Formula 1. Status sebelum Jun 2008 bujang tapi mula 1 Julai 2008 saya dah bertukar jadi suami orang. Isteri saya nama dia Harnina bte Hamidun@Nina, 25 tahun, pensyarah sambilan kat kolej swasta, cikgu pentadbiran Muamalat. Dulu, dia pegawai bank tapi lepas kahwin terus berhenti, jadi suri rumah+pensyarah, alasan senang nak urus rumah tangga. Saya tak kisah dan saya tak halang asal dia gembira dan saya baahgia sebab dapat jumpa Nina selalu. Kami berkahwin atas pilihan keluarga tapi sebenarnya saya kenal Nina dah lama, sejak kecil sebab Nina ni anak kawan ayah. Dulu, kecil-kecil saya berangan gak nak kahwin dengan Nina. Bila besar, dapat jumpa semula, saya masih suka dia jadi terus setuju sebab malas nak dengar ibu bebel tanya bila nak kahwin. Saya single, Nina pun solo jadi okey. Nina pun sebagai anak yang taat ikut je cakap parent dia. Kami pun bertunang, setahun konon nak saling mengenali.
INI CERITA SAYA..
MASA TUNANG yang patutnya best jadi dukacita sebab sikap Nina yang saya rasa sangat kolot, banyak alasan dan tidak open minded.
"Takkan nak keluar berdua dengan sayang pun tak boleh? Nak juga suruh Ika dengan Kimi ikut sekali," untuk sekian kalinya Akhi mengadu. Di jelingnya sepupu kembar Nina di meja selang tiga baris dari mereka. Selalu tidak akan datang Nina tanpa teman walau seorang. Kalau tidak si kembar, mesti housemate dia yang gedik santai, Mila. Tak pun Akhi kena bawa Firdaus , housemate merangkap best friend buat teman. Ingat bila tunang boleh keluar berdua rupanya tidak. Ingat dah tunang senang nak jumpa rupa makin banyak birokrasinya. Cuti-cuti lepas flight jadi tak best bila macam nilah. "Nina tak sukalah Akhi panggil Nina sayang, geli tahu tak? Meremang bulu roma Nina dengar. Lagipun, sayang tu manja sangat, rapat sangat.." Nina komen lambat. "Aik, panggil tunang sendiri sayang pun tak boleh ke? Baru nak mesra-mesra dah kena marah. Dahlah nak keluar dua dilarang, nak pegang tangan pun dilarang, nak mesra-mesra pun dilarang gak? Takat cakap pun tak boleh?’’ Akhi suara tidak puas hati. Dengan Nina banyak yang tak boleh padahal tunang sendiri, lagi tiga bulan saja majlisnya. Kalau dengan perempuan lain, yang langsung tak ada hubungan dengan dia, Akhi boleh siap boleh peluk-peluk lagi bahkan diminta sendiri nak dipanggil sayang. Nina keluh lemah. Pandangannya terus ke Akhi yang bosan. "Kita baru tunang, belum nikah, belum halal lagi. Allah sendiri bataskan pergaulan antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim dalam Al-Quran. Antara Akhi dengan Nina masih boleh bawa fitnah dan zina tau kalau timbul keadaan yang meragukan. Selagi Akhi bukan suami Nina, awak tetap bukan muhrim Nina. Bukan muhrim tak boleh keluar dua tanpa mahram atau teman, tak boleh sentuh kulit ke kulit yang boleh batal air sembahyang. Nak panggil sayang-sayang pun tak boleh sebab belum tentu Nina ni betul-betul jodoh Akhi, isteris Akhi.." Nina tutur lembut. Dengan Akhi yang banyak songel, banyak tanya, banyak alasan, banyak kerenah kena cakap satu persatu dengan perlahan-lahan, lemah-lembut, ada bukti konkrit sebab nasihat yang berhemah lagi cepat sampai ke hati manusia. "Alaa.. kampunglah Nina ni!" Mata Nina bulat memandang Akhi. Geram pula dengar Akhi kata dia kampung. "Kampung ke, desa ke, pekan ke, bandar ke, kota ke, Nina tak kisah, Nina tak pedulu..tetap tak boleh pegang, panggil atau keluar dua je. Akhi tunggu kejap je lagi, tiga bula je kan? Nanti, nak panggil Nina sayang, manja,darling, honey or anything Nina benarkan.." Akhi keluh lama. Nasib baik saja hatinya tahan dengan Nina yang ditaktor ni kalau tak mesti dah cari lain. Carilah mana-mana perempuan kat luar sana yang bebas buat apa je, tak pun stewardess yang beratur nak keluar dengan pilot macam dia.
NAMUN, MULAI JULAI 2008..
Akhi pantas buka pintu kereta di sebelah pemandu. "Turunlah cepat, baby.. lambatlah B ni.." Akhi komen melihat penumpang sebelahnya masih tercari-cari barang dalam handbag. "Sabarlah, Nina tengah cari kunci rumah, mana tak Nina letak tadi.." Nina jelas cepat. Rimas dengan Akhi yang tidak sabar dan asyik memanggil-manggilnya ‘baby’. Nyesal pula setuju benarkan Akhi panggil dia sebarang nama bulan lepas. Lastly, anak manja ibu pun panggil dia ‘baby’ sebab teringin nak panggil. Usai turun terus Akhi tutup pintu kereta Perdananya dan berdiri sebelah Nina. Dengan senyuman Nina sambut genggam tangan Akhi di sebelah. Langkah terus di atur ke Restoran Makanan Jepun kegemaran Akhi. Masuk kali ni dah lapan kali mereka ke situ namun inilah kali pertama Akhi dan Nina datang berdua. Berbunga hati Akhi dapat datang ke tempat kegemarannya hanya dengan Nina. Dapat tunjuk pula dekat tuan punya restoran yang juga kenalannya, Hari yang selalu tempelak Akhi sebab datang lebih dari dua bila dengan Nina. "Hi, Akhi. Nice to see you again!" Hari menegur dari kaunter depan. Akhi balas dengan senyum sambil pautannya beralih ke pinggang Nina bila Nina cepat menghulurkan kad ahli restoran pada Hari. "Dua orang?" soalan hari dibalas anggukan Akhi. "Sorrylah, bukan tak nak datang tapi I ada business trip to Japan. Tapi lepas kahwin ni lain rupa you. Patutlah muka pun happy gila, pegang Nina pun macam tak nak lepas, datang pun tak dengan Daus lagi.." komen Hari bila Akhi mengingatkan pemilik restoran itu yang dia langsung tak hadir resepsi perkahwinannya bulan lepas. Akhi ketawa kecil. Sengaja dia peluk Nina depan Hari dan depan orang lain bila mereka keluar berdua. Nina pun tak halang jadi Akhi pun gembira saja. Rasa puas hati dapat dekat dengan Nina lepas seharian tak jumpa. Rasa puas hati dapat bersama Nina lepas seharian tak jumpa. Dulu susah tapi sekarang puas hati sebab perasaan dapat pegang lebih dari tangan Nina buat Akhi tak nak pisah dengan Nina walau seminit. "Jom I tunjuk meja you dengan Nina. Hari ni i bagi special candle light dinner for two for new bride sebagai hadiah wedding you all and my apologize sebab tak datang resepsi.." Hari umum ceria. Akhi hanya angguk sambil Nina ucap terima kasih. "Bestlah Hari belanja kita.." Nina suara gembira. Dia memang sukakan suasana restoran Ahri yang unuk dengan hiasan Jepun dan suasana romantik dalam restoran ini. "Lagi best sebab dapat dua dengan baby..macam tak percaya je yang dapat makan dua dengan baby. Tak payah risau orang nak kata apa. Tak payah risau orang nak pandang.." Akhi bicara ceria. Memang saat yang dinanti untuk berdua dengan Nina tanpa Ika, Kimi, Mila atau Firdaus. "Whatever.."
MASA TUNANG saya selalu cakap yang Nina ni tak ada daya tarikan, tak seksi, tak menarik, tak menawan,tak ada gaya, tak sofistikated dan selalu memalukan saya dengan penampilan dan pakaiannya. Nina rasa tiada apa yang kurang pada penampilannya. Bahkan, Mila pun puji dia cantik malam ni. Baju kurung Pahang dengan labuci warna ungu muda baru lagi siap dijahit minggu lepas. Tudung ungu pun antara koleksi kesayangan yang jarang dipakai. Handbang dan kasut high heel pun Akhi yang hadiahkan masa balik dari LA. Jadi, kenapa pula garis senyum Akhi terus padam bila nampak dia? Terus tarik dia ke tepi dewan masa Nina sampai? "Kenapa Nina pakai macam ni? Tak masuk temalah.." Akhi komen dalam bisik, tak mahu orang sekeliling dengar. Sambil cakap dia masih menguntum senyum pada teman-temannya yang ada sempena majlis makan malam MAS. "Masuklah! Tema ungu Nina pakai baju warna ungu..’’ "Tapi ni annual dinner..’’ "Tahulah annual dinner, makan-makan.." "Tapi kenapa pakai macam ni datang?’’ "Okey apa?’’ "KO!" "Dinnerkan pasal makan bukan tentang apa yang Nina pakai.." "Memanglah tapi orang tetap akan tengok Akhi dan Nina, kenal kita, nilai kita jadi mesti bagi penampilan yang terbaik kat diorang. Kan Akhi dah belikan baju untuk Nina kenapa tak pakai?’’ soal Akhi pantas. Petang kelmarin lagi dia dah pilih, beli dan hantar sendiri evening dress untuk Nina sempena makan malam ni. "Baju tu? Tak mahulah... terbelah sana-sini, ketat, jarang lagi.." Nina geleng bila ingat baju yang Akhi beri kelamarin. Tengok pun seram sejuk inikan pakai! "Okey apa baju tu? Ada gaya, fesyen terbaru lagi..and seksi.." Akhi buka mulut terus. Bulat mata Nina dengar kata Akhi, siap tunjuk kat sorang perempuan yang bajunya macam tak ada rupa baju, nampak segala bentuk dan rupa tubuh. Apa macam tu yang lelaki itu nak dia jadi..? "Akhi tahu tak baju tu walaupun Nina boleh buat dia menutup aurat Nina tapi ia masih menampakkan susuk tubuh Nina? Ketat kat dada, kat punggung! Nak bagi satu dunia tengok Nina macam mana? Langsing ke? Gemuk ke? Montok ke? Akhi tahu tak haram untuk seorang perempuan dedah dan tunjuk apa yang patut dia tutup dari pandangan orang lain? Aurat perempuan dengan lelaki lain, perempuan kena tunjuk muka,dua tapak tangan je kat orang lain.. kata Nina pakai baju tu, orang nampak, pastu dia tergoda, dosa Nina sebab buat dia pandang Nina hingga buat dia terangsang dan dosa juga Akhi sebab jadi punca Nina pakai baju tu hanya dengan alasan nak Nina nampak cantik dan seksi depan orang ramai.." lembut Nina luah rasa tidak puas hatinya. Tanggungjawabnya untuk mengajar Akhi apa yang dosa dan pahala dalam hubungan mereka. "Alaa..kan Akhi yang beli, pakai demi Akhi pun tak boleh?" "Akhi tu baru tunang Nina, belum suami Nina jadi belum ada hak untuk arah dan tentukan cara hidup dan pakaian Nina. Lagipun Nina hanya tunjukan diri Nina pada yang muhrim dan yang berhak pada Nina iaitu suami Nina. Jadi, bila Akhi dah sah suami Nina nanti pasti Nina akan pakai segala yang Akhi suruh selagi tak langgar perintah agama.."
NAMUN, LEPAS NIKAH dengan Nina pandangan saya mula berubah dan saya rasa gembira dan bersyukur sebab Nina tak dengar cakap saya dan langsung tidak pernah setuju dengan cara saya.
Bila saya nikah dengan Nina, bila sah saja akad nikah saya dengan Nina, bila letak tanggungjawab dengan Nina dan bila pertama kali saya berdua dengan Nina, hanya saya dan Nina, baru saya nampak nilai cantiknya Nina. Saya mula nampak sebab penolakkan Nina dan keenggannan Nina untuk tampil seksi atau bergaya dengan berlebihan hingga membuka auratnya pada pandangan umum. Ia bukan hnya satu syariat atau peraturan Islam agar kita menutup aurat tapi semacam hadiah untuk saya sempena pernikahan saya. Rambut Nina ikal mayang panjang lepas dada. Kalau takat lurus normal lagi sebab saya dah selalu tengok kat perempuan biasa tapi Nina jaga mahkota dia walaupun bertudung jadi lembut, bersinar, tiada sakit dan ia semata-mata untuk saya yang suka tengok perempuan rambut panjang. Rambut tu nampak cantik dan sesuai dengan bentuk muka Nina yang bujur sirih. Kulit Nina yang selama ni ditutupi baju kurung, baju lengan panjang, swearter dan segala yang menutupkan rupa-rupanya licin, gebu dan lembut. Walau tak ptuih tapi taklah gelap, memang tak cerah tapi hitam tiada. Sesedap mata memandang dan sesuai dengan personalitinya. Dalam minda saya yang telah menanamkan Nina sebagai seorang perempuan dengan BMI hampir tidak sihat walaupun tinggi parat telinga saya sebab pakai baju saiz L walaupun muat saja saiz M terus padam bila tengok susuk tubuh Nina yang lebih langsing, menarik dan ada shape setaraf dengan pramugari atau model-model iklan sabun mandi atau pil pelangsingan badan. Kalau model nak buat iklan dua tu mesti kena ada badan lawa dengan rupa fotogenik, eksotik dan ada market, boleh kata Nina ada dan ia tersembunyi di sebalik baju-baju saiz L nya. Buka drawer Nina rupa-rupanya dia ada simpan baju spagetti, tube dan segala baju yang saya tak terfikir Nina ada dan saya kira baru nak belikan bila kami kahwin. Jadi, sekarang tugas saya hanya tolong tambahkan saja ikut apa yang saya suka sebab Nina hanya setuju apa yang saya pilih dan ia hanya Nina pakai bila di rumah atau ada saya di rumah! "Lepas ni jangan tengok perempuan lain lagi, Nina tak suka! Banyak mana abang tak suka lelaki lain tengok Nina macam tu juga Nina tak suka mata abang tengok diorang tu. Nina tunjuk pun kat abang je, jadi no sharing macam abang share dengan lelaki-lelaki lain tengok perempuan-perempuan penambah dosa kat luar tu.." Nina beri amaran dalam lembut. Tapi, saya tak ragu-ragu untuk akur.
IRONINYA, lepas setengah tahun saya fikir-fikir balik kenapa apa yang saya lihat dan fikir tentang Nina sebelum dan selepas akad nikah langsung tak sama. Perubahannya pula hanya saya yang nampak, saya yang dapat, saya yang rasa dan saya yang miliki. Dulu Nina selalu jawab "Nantilah, sabar okey?" bila saya merungut dan satu hari bila saya suarakan kemusykilan saya, Nina pun kata.. "Mestilah kena tunggu..sebab penantian yang menyeksakan pasti memberi hasil yang membanggakan. Dalam Islam pun ajar ada batas antara lelaki dan perempuan bukan muhrim. Selagi mereka tiada ikatan dengan akad nikah, masih ada jurang antara mereka walaupun tunang. Bukan muhrim walau tunang tetap bukan muhrim, kalau tunang pun haram mesti lagi haram untuk yang cuma couple dan kawan biasa untuk bersentuhan dan keluar berdua. Aurat pun kena jaga supaya tak datangkan dosa. Semua ni kita tahu dan belajar sejak kecil, ibu bapa yang prihatin pun akan tekankan tapi bila dewasa adalah tanggungjawab sendiri untuk ingat dan amal. Biar apa pun pandangan orang pada kita selagi kita yakin dan beramal pasti keredaan Allah dengan kita.."
TAPI saya rasa Nina bertindak bijak dan tindakan itu tepat, bernas dan bagus sebab :
1. Ia memang suruhan Allah pada umatnya untuk menjauhi perkara yang boleh hampiri zina dan sentiasa menjaga pergaulan dan aurat antara lelaki dan perempuan. Saya tidak menambah dosa, tidak membantu Nina ke satu jalan menuju dosa dan kami sama-sama mendapat pahala kerana melakukan suruhan-NYA. 2. Rasa ingin tahu saya tentang Nina membuat saya rasa seronok untuk melangkah ke alam perkahwinan. Perasaan ingin tahu tentang Nina buat saya excited dan saya lebih menghargai apa yang saya dapat. Orang selalu kata apa yang kita dapat dengan segala kesusahan dan halangan lebih berharga dan nikmat jadi perjalanan saya untuk bersama Nina yang sukar itu buat saya lebih menghargai Nina dan hubungan baru kami. Kami lebih mengenali dan ia menambah kemanisan hubungan saya dan Nina. 3. Saya dapat lihat satu dimensi lain tentang Nina yang selama ni saya tak pernah nampak pada Nina masa kecil. Nina tidak kolot atau tidak berpandangan jauh cuma Nina hidup dalam lingkungan hidup seorang perempuan timur yang terpelihara adab sopannya. Seorang gadis yang tidak perlu gedik untuk memikat hati saya, seorang gadis yang matang dan manja bertempat, peramah dan memahami saya lebih dari saya memahami Nina. Nina tidak perlu meminta tapi sifat prihatin dan kebijaksanaan percakapan dan perlakuannnya serta body languange dan jeling mata Nina buat saya faham apa yang dia ingin dan benci. Sikap rasional, sabar melayan kejahilan saya dan ketenangan Nina itu yang memikat biar saya sentiasa merungut tidak dapat mengenali Nina semasa bertunang. 4. Saya rasa Nina lebih yakin dan lebih selamat bersama saya sebab ia halal dan diredhai Allah dan keluarga kami dan saya juga begitu. Saya bebas dan yakin untuk melakukan apa saja dengan Nina di mana saja dan pada bila-bila masa. Kami tidak perlu kisah pada pandangan orang sebab kami suami dan isteri. Kami takkan di tangkap khalwat bila berdua macam pasangan tanpa nikah yang lain sekali gus menjaga nama baik saya, Nina dan keluarga. 5. Cantik Nina hanya untuk saya, bukan untuk orang lain dan bukan satu pertunjukan. Walau nampak pentingkan diri sendiri tapi lebih baik begitu sebab setiap orang akan dapat kecantikan masing-masing. Nina adalah milik saya dan keluarga 6. jadi apa yang Nina miliki adalah hak saya dan keluarga kami jadi adlilah saya untuk tidak berkongsi hak saya dengan orang lain. Lagipun, siapa saja yang sanggup berkongsi sesuatu yang indah dengan orang lain. Oleh itu, saya gembira kerana Nina tak pakai evening dress pilihan saya dulu. 7. Bila Nina sudah menjaga batas dirinya dengan ajaran Islam, saya sebagai suami, ketua keluarga dan pembimbingnya patut lebih baik dari Nina. Saya makin meningkatkan pengetahuan saya dan saya lebih menjaga pergaulan, perlakuan, kata-kata dan mata keranjang saya yang sukakan kecantikan pramugari-pramugari. Saya dan Nina sama-sama membaiki diri sendiri untuk jadi yang lebih baik dari semalam.
assalamualaikum...cite ni mmg best...5 star..ia membri bnyk pngajaran kpd kite trutama wanita untk lbh mnjg diri & maruah...hope ada lg cite sprti ini di masa akn dtg...
Salam... Alhamdulilllah, suke sgt2 cite ni.. Dakwah melalui penulisan mmg sesuai utk golongan remaja skrg... Perbanyakkan lg karya2 sebegini... (Che NAb)
LOVE THIS STORY SO MUCH...moga dapat jadi pengajaran buat sumer
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
peh...
suka ah ngan cite nih ..
one of da best la..