Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Syukur Alhamdullilah! Akhirnya berjaya juga abang tebus dosa abang. Terima kasih yang." Begitulah Shazlan memulakan bicara pertamanya selepas mereka diijab-kabulkan.
"Syukur... Syukur juga. Syarat Ana tu jangan pula abang buat tak endah."
"Syarat? Syarat apa pula? Bila masa Ana kenakan syarat ni?"
"Abang! Jangan buat-buat tak ingat. Nanti Ana tunjuk belang Ana. Abang dah janji. So, kenalah kotakan."
"Ya Rabbi! Ayang? Abang betul-betul tak ingat. Apa bendanya?"
"Hisk mengada-ngada betullah. Pasal tulah...."
"Pasal apa?"
"Eeee... Pasal abang tak diberikan kebenaran untuk menuntut hubungan kebatinan dari Analah. Kan itu syarat Ana terima lamaran abang."
"Oh.... Yang tu. Tengoklah macam mana nanti." Sengaja je Shazlan berkata sedemikian. Nak kenakan Ana sebenarnya. Jelas menunjukkan Ana benggang. Muka dia dah nampak sangat macam singa betina. Geli hati juga si Shazlan melihatnya. Takut benar si Ana tu. Takkanlah Shazlan nak menghancurkan janjinya sendiri. Padahal dialah yang beriya-iya memujuk Ana menerimannya semata-mata untuk menebus dosanya memperkosa gadis yang tiada dosanya. Bukan hanya sebab itu... yang benarnya Shazlan jatuh hati pada pandangan pertama terhadap Ana. Dan yang paling penting sekarang Ana dah terima dia. Shazlan sebenarnya telah berjanji pada dirinya sendiri untuk memikat Ana sesudah mereka disatukan.
"Dahlah malas nak layan."
"Tak baik tau tak nak layan suami. Dosa!" Sekali lagi Shazlan menyakat Ana. Semakin pucat jadinya. Kesian! Sekejab nampak Ana menelan air liur. Mungkin tengah fikir cara nak melepaskan diri kot. Atau mungkin dah mula gelabah.
"A... Ana nak turun bawah jab." Akhirnya dapat juga alasan. Tapi tak kena pada tempat.
"Nak larikan diri dari abang ya....?"
"Mana ada?"
"Yalah tu. Abang percaya sangat. Ayang takut kat abang kan?"
"Taklah. Buat apa nak takut kat abang. Bukannya abang makan orang." Tak nak mengalah si Ana ni walaupun nampak jelas dia takut sebenarnya. Nak tipu pun tak pandai.
"Kalau tak takut... mari duk sebelah abang."
"Buat apa?"
"Adalah sebabnya. Tak kan nak bermanja sikit pun tak leh."
"Abang jangan menggatal. Syarat mesti dipenuhi."
"Ala syarat tu sebelum kahwin. Ni dah kahwinlah sayang oii."
"Abang jangan buat perangai. Nanti Ana..." tak sempat Ana nak menyudahkan ayatnya dah si Shazlan tu menyampuk. Sebenarnya dia rasa terhibur menyakat Ana. Budak tu pun mengelabah semacam je.
"Nanti Ana apa? Ana nak belasah abang?"
"A... Ana nangis nanti." Shazlan tergelak mendengar jawapan Ana. Tak disangkanya itu jawapan yang akan diberikan. Macam budak kecil. Lawak betullah.
"Dahlah ayang. Abang gurau je tadi. Saja nak kenakan ayang. Tak kan abang nak hancurkan kepercayaan Ana. Abang tak nak jadi kebinatangan lagi. Abang nak jadi suami yang paling baik kat dunia. Dan hanyalah untuk Adryanna seorang. Tiada yang lain dan yang seangkatan dengannya." Baru lega rasanya dengupan jantung Ana. Kejab tadi habis hangat keseluruhan tubuhnya mendengar usikkan Shazlan. Kalau Shazlan menuntut sekali pun tiada dosanya... Itulah yang difikirkan oleh Ana. Walaupun Ana mengenakan syarat namun jauh dilubuk hatinya dia tetap mengharapkan kasih-sayang Shazlan. Cuma dia nak jual mahal sikit kerana dia pernah merana disebabkan oleh Shazlan. Keesokkan harinya....
"Hai anak mama... Puas tidur malam tadi? Mata nampak membengkak je," tegur mama Shazlan. Ana yang baru je melangkah keluar dari kamar tidur tak berani nak meneruskan pergerakkannya. Dia masuk semula ke dalam bilik tidurnya.
"Ala... Ni yang malas ni. Orang tua-tua ni kalaupun nak mengusik agak-agaklah sikit. Dahlah saudara-mara masih lagi lepak kat sini. Sekarang nak menyindir-yindir pula. Bukannya aku layan suami aku. Dia tidur kat atas lantai bertemankan bantal peluk je. Eeeeeeee... susahlah. Macam mana ni?" rungut Ana tanpa menyedari kehadiran Shazlan. Suami isteri sama je. Suka larikan diri. Shazlan tak mampu nak menghadap semua kat bawah lagi. Habis kecoh.
"Kesian abang kan?"
"Opocot. Mak kau...! opss..." pantas Ana menerkup mulutnya yang suka sangat melatah tu. Dia memang pantang ditegur tiba-tiba macam tu. Lebih-lebih lagi masa dia tengah rungsing fikirkan sesuatu.
"Melatah! Macam ni...."
"Dah. Abang jangan nak merapu pagi-pagi lagi."
"Kesian abang kan?" sekali lagi soalan yang sama diajukan kepada Ana.
"Orang masih ramai ke kat bawah?" Ana segera menukar tajuk perbualan. Macam tak nak menjawab pertanyaan Shazlan. Sebenarnya dia saja nak mengelak. Jadi, mahu tak mahu terpaksalah juga Shazlan jawab.
"Ramai. Tulah sebabnya abang naik semula kat atas. Dah makin menjadi mereka tu." Baru je Ana nak membalas.... tiba-tiba kedengaran pintu bilik mereka diketuk dari luar. Siapa pula tu?
"Ayang tolong bukakan pintu?" pinta Shazlan.
"Tak nak. Abanglah buka. Ana tak berani." Mengelak lagi. Ana sebenarnya malu jikalau mereka menyoal yang bukan-bukan. Shazlan tersenyum mendengar kata-kata Ana. Lantas dia sendiri menuju ke arah pintu. Terperanjat dia sejurus pintu bilik terbuka luas.
"Mak oiii.... Ramainya yang sudi bertandang ke bilik pengantin." Shazlan terluah apa yang terbuka didalam kepala otaknya ketika itu. Hadirin dah tergelak besar.
"Hai pengantin, tak nak turun menjamu selera ke? Atau dah terlebih kenyang?" mulalah mereka nak mengusik. Ana dah tak dapat nak larikan diri. Segera dia melirik pandangan ke arah Shazlan, minta dibantu. Shazlan hanya tersengeh macam kerang busuk. Tak nak pula dia nak menyibuk.
"Ni nak turunlah."
"Betul ke ni Ana? Atau saja nak mengelak dari kita orang. Dari tadi kami tunggu kat bawah tak juga kamu tu turun. Sampaikan suami kamu tu pun menghilang sama. Kalau ya pun sabar-sabarlah. Malam akan menjelang tiba lagi." Makin galak mereka mengusik.
"Kak Min.... Saya naik semula nak ambil handset saya. Tak lebih dari tu." Kini giliran Shazlan pula menyampuk. Dia kesian melihat wajah isterinya yang berubah bagaikan cicak kena lestik.
"Betul ke???? Tapi kalau nak ambil handset kenapa lama sangat? Handset tak jumpa ke atau isteri yang tak jumpa." Semakin menjadi kalau menjawab. Jadi, Shazlan dan Ana sama-sama mendiamkan diri. Tak nak masuk-campur lagi. Sedang galak mereka ditertawakan... Shazlan segera menarik tangan isterinya.
"Jom yang. Abang janji nak bawa ayang ke rumah kawan abang. Hampir terlupa pula." Ana bagaikan pak turut hanya mengekori tanpa sebarang bantahan. Sampai kat kereta terus je Ana menyoal.
"Abang janji ngan kawan mana?"
"Tak de sapa-sapa. Saja nak lari dari dia orang."
"Ooooo... Terima kasih abang."
"Kasihmu abang dah lama terima." Shazlan memandang tepat ke anak mata Ana sehingga menyebabkan Ana gugup.
"Ke...kenapa abang pandang Ana macam tu?"
"Ana... abang..." Shazlan tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia masih lagi setia memerhatikan Ana. Dari anak mata... menuju ke bibir... Ana semakin hilang keruan.
"Abang?"
"Ayang... shhhhh... Jangan..." suasana kembali sunyi. Yang kedengaran hanya nafas kedua pasangan. Ana dah naik risau....
"Abang... kalau..."
"Ayang... Abang betul-betul cintakan ayang."
"Arrrrrrr???"
"Tapi abang tak memaksa ayang untuk turut mencintai abang. Abang sanggup tunggu." Ternyata Ana terharu mendengar ucapan ikhlas dari suaminya itu.
"Abang..."
"Tak pe yang. Abang tak kisah..."
"Ana pun..."
"Apa yang Ana pun?"
"Ana pun sayang kat abang. Cuma sengaja je Ana buat macam tu. Nak seksa abang sikit. Balik-balik Ana yang rasa terseksa." Akhirnya terluah juga.
"Betul............"
"Ya."
"Kalau abang...."
"Nak tuntut pun boleh."
"Nanti tak tuduh abang yang bukan-bukan."
"Tak. Ni janji Ana."
"Syukur! Sekali lagi abang rasa seronok sangat ni. Tak sangka isteri abang ni boleh terpikat ngan abang sebelum sempat abang menjalankan operasi memikat."
"Oooo... Abang ada operasi tersendiri rupanya."
"Alamak... Terbocor rahsia. Tapi... I love you."
"Me too." Sekali lagi pandangan mata Shazlan hingga ke wajah Ana. Dari mata... ke bibir... Dan seterusnya... mulalah merayap ke merata. Ana terasa malu namun dia tetap control.
"Abang, kita kat dalam kereta sekarang. Kawal diri sikit."
"Abang mana ada buat apa-apa yang tak senonoh. Masih waras lagi. Lainlah kalau sekarang..." sengaja Shazlan tidak meneruskan kata-katanya.
"Kalau sekarang apa abang?"
"Kalau sekarang ni kita kat bilik... minta maaflah ayang oii... abang pasti tak kan lepaskan ayang."
"Dah mula abang ni." jerit Ana sambil menghadiahkan cubitan maut buat suaminya.
"Terima kasih yang."
"Untuk apa?"
"Untuk cubitan pertama ayang." Tergelak Ana mendengar usikkan suaminya. Begitulah akhirnya mereka mengecapi kebahagian bersama. Tak disangkakan Ana akan menerima cinta Shazlan secepat itu. Padahal baru je 2 hari mereka hidup bergelar suami-isteri. Tahniah kepada Shazlan kerana berjaya memikat hati isteri idamannya.
p/s: Maaflah kalau sambungannya kurang memuaskan. Semoga pembaca terhibur. Kalau ada cadangan yang bernas kemukakanlah. Mungkin Dewi boleh jadikan ianya sebagai idea. Terima Kasih atas sokongan semua.
heheheheh.... nape cerita kali ni just nak bagitahu mereka bahagia bersama selepas kawin...... tapi x kisah ler asalkan lhappy ending....... at least terhibur gak ahaks~
pe neyh.. xkn takat ney jew... owg bwat lar.. situasi mlm prtma diorng nk gabung.. smpai ana ngandung kew.. citer ney rush sgt lar.. owg bru nk bez2 bca..ttba dah abes..huhu wat lar smbungn ke 3 erkk.... bez woo citer ney tp dsbbkn xde isi2 pntng cm mlm 2 diorng wat pew..jd x bez lar citer ney klu x de yg 2...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cmtu je ke abisnye...
ok la ni.