BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Februari 27, 2009
Cerpen : Sambungan - Kisah Cinta EPL
Nama Pena : Ayie Iwaniey

Setelah hampir 3 bulan tempoh perkahwinan mereka, baru kali ini mereka berkesempatan untuk meneruskan niat berbulan madu di Eropah. Ayunie amat berharap perancangan kali ini menjadi. Sudah beberapa kali tertangguh disebabkan kesibukan masing-masing. Sekilas, dipandang Fahmi yang tekun menatap laptop, mungkin menempah tiket penerbangan untuk mereka berdua.
"Abang tempah tiket flight ke?,"
"Em, dah. Abang dah tempah semalam. Sekarang ni, abang try tengok ada match ke tak waktu kita pergi Old Trafford nanti. Manalah tahu kan, untung-untung boleh tengok diorang main kalau ada harga tiket murah," Fahmi ralit mencari. Tangannya cekap melarikan tetikus ke sana sini.
"Tak ada match langsung waktu kita nak pergi tu," tanpa memandang Ayunie, Fahmi memberitahu.
"Betul ke tak ada?"
"A'ah, tak ada. Abang dah cari banyak kali. Banyak website dah abang masuk. Waktu kita nak pergi tu memang tak ada match kat stadium. Dua-dua tak ada, Anfield dengan Old Trafford. Kita pergi melawat stadium saja ya,"
" Boleh percaya ke abang ni? Ayu baru tengok minggu lepas. Takkan dah habis,"
"Ayu salah tengok kot,"
"Tak, Ayu pasti. Tepi sikit, biar Ayu yang carikan," Ayunie menolak perlahan bahu suaminya, menyuruh suaminya bangun. Dalam terpaksa Fahmi mengalah, perlahan dia bangun dari kerusi, membiarkan Ayunie mengambil alih tempatnya. Habislah dia!
"Em, Ayu dah lupa page mana yang Ayu masuk sebelum ni. Kenapa susah pulak nak cari hari ni," Ayunie merungut. Dia telah memasuki beberapa laman web, tetapi tetap tidak menjumpai apa yang dicarinya.
"Ha, kan abang dah kata. Ayu tak nak percaya,"
"Em, website ni pun tak ada jugak. Biasa kat sinilah kalau nak tengok ada match ke tak. Serious Ayu lupa. Mana satu ye?," Ayunie masih mencari. Dia tidak akan berputus asa.
"Memang tak adalah Ayu. Betul, abang dah lama dah duduk kat sini tadi. Banyak page dah abang masuk, tapi tak ada pun cakap pasal match tuh," Fahmi menambah. Dia harus meyakinkan isterinya bahawa memang tiada perlawanan yang akan berlangsung di Anfield waktu mereka ke sana.
"Yalah. Memang tak ada. Betullah kot, Ayu salah tengok,"
"Ha, kan abang dah cakap,"
"Eh, sekejap," Fahmi cuak. Alamak dia jumpa ke?
"Inilah website yang Ayu jumpa minggu lalu, pasal match dekat Anfield. Waktu tu memang kita kat sana,"
"Oh, ya ke? Macamana pulak abang boleh terlepas pandang ni. Banyak kali dah cari tadi, tak jumpa pula page ni. Bagus la Ayu, jumpa cari benda ni," Fahmi menunduk, lalu mendekatkan mukanya ke skrin laptop. Pura-pura tekun menilik baris-baris ayat yang terpampang di skrin.
"Ada match rupanya,"dia menambah lagi. Ayunie mengalihkan pandangannya, tepat ke muka suaminya. Fahmi perasan akan tindakan isterinya.
"Kenapa pandang abang macam tu?," Ayunie tidak menjawab soalan suaminya. Dia masih lagi merenung suaminya. Dia yakin, Fahmi tahu tentang website tersebut. Ada saja akal suaminya supaya dia tidak dapat tengok perlawanan tersebut. Fahmi mula tidak senang duduk. Pantas dia menegakkan badan.
"Serious abang tak perasan website ni,"
"Abang jangan nak bohong Ayu. Ayu kenal abang dah lama, bang. Dah lebih 5 tahun. Ayu tahu macamana reaksi abang kalau ada yang tak kena,"
"Eh, Ayu ni. Nak fitnah abang pula. Mana ada. Abang ni sangat jujur orangnya. Takkan buat sesuatu yang tak baik. Keji betullah siapa yang buat perangai macam tu. Iskh, iskh," Fahmi meneruskan lakonannya.
"Ayu takkan tertipu kali ini," Ayunie bertegas. Saja mahu menduga tindak balas suaminya. Tiba-tiba Fahmi mencium T-shirt dibadannya sendiri.
"Ya Allah! Baru abang teringat. Abang belum mandi lagi. Dah nak dekat maghrib dah pun. Patutlah bau semacam je. Abang rasa baik abang pergi mandi dulu, nanti lambat pula ke surau," pantas Fahmi bergerak ke tempat penyidai tuala, ditarik tualanya lalu masuk ke dalam bilik air. Ayunie hanya menggeleng. Suaminya itu sangat bijak mencari alasan untuk melepaskan diri. Sekilas dijeling jam di dinding. Lagi 5 minit ke pukul 6 petang. Nak dekat maghrib? Suaminya ingat mereka berada di Sarawak ke Mahgrib pukul 6 lebih? Biasanya, suaminya cukup liat untuk mandi petang. Fahmi tidak akan bergerak ke bilik air, selagi jarum jam belum menghala ke angka 7. Ayunie tersenyum. Macam-macam fiil suaminya itu. Kadang-kadang perlakuan Fahmi tak tercapai dek akal fikiran. Nak kata kanak-kanak, dah besar panjang dah pun. Sudah lebih 3 tahun suaminya berkerja sebagai engineer di salah sebuah syarikat Jepun yang mempunyai cawangannya di Malaysia. Ayunie akui, memang suaminya bagus jika melibatkan kerja, sangat-sangat bagus, sampaikan makan minum pun suaminya boleh lupa jika terlampau sibuk dengan kerja. Tapi, perangai suka mengusik Fahmi tetap tidak berubah, kadang-kadang melebihi perangai kanak-kanak. Walaupun begitu, Ayunie tidak pernah sedikit pun malu dengan Fahmi. Malah, dia merasa bangga punya suami seperti Fahmi. Ceria sentiasa rumah tangganya.

Ayunie teringat kembali, waktu mereka sibuk membeli barang-barang untuk dijadikan hantaran perkahwinan mereka lebih 4 bulan yang lalu. Dia dan Fahmi telah sepakat untuk membeli barang-barang itu bersama-sama. Waktu itu, sakit betul hatinya dengan perangai Fahmi.

"Ala, bolehlah Ayu," Fahmi memujuknya.
"No!," tegas Ayunie menjawab.
"Bolehlah. Abang tak nampak apa masalahnya,"
"Tak ada masalah abang cakap? Pernah ke abang tengok orang letak benda tu kat atas dulang hantaran? Abang jangan nak malukan Ayu," Ayunie mula bengang. Dipandangnya Fahmi yang masih memegang kasut bola jenama ADIDAS berwarna hitam berbelang merah itu. Ada ke patut nak letak kasut tu atas dulang hantaran perkahwinan? Tak pernah dibuat dek orang. Salah makan ubat ke Fahmi ni?.
"Tak boleh ke?," Fahmi bertanya lagi, sambil menayangkan muka kesiannya. Ayunie dah faham benar dengan reaksi sebegitu. Nak minta simpati la tuh. No way, man! Dia kena guna pendekatan reverse physicology dengan Fahmi ni. Cakap elok-elok bukannya nak faham. Akhirnya setelah hampir sejam, mereka keluar kedai tersebut dengan dua pasang kasut. Dua-dua untuk Fahmi. Sepasang kasut kulit warna hitam untuk hantaran, dan satu lagi kasut bola jenama ADIDAS. Senyum panjang Fahmi selepas tu. Tak faham betul dia. Sampai di rumah keluarga Fahmi, tergelak besar mereka mendengar Ayunie menceritakan kisah yang berlaku di kedai kasut itu.

"Kalau macam tu senanglah kerja Ayu. Tak perlu susah-susah nak pikir letak apa kat atas dulang. Letak je semua peralatan bola. Satu dulang letak sepasang jersi Man U, dulang kedua hiaslah kasut bola. Dulang-dulang lain tu letaklah stoking, guard, bola sepak, banyaklah lagi. Senang sangat kalau nak cukupkan 11 dulang tu," kakak Fahmi memberikan cadangan. Ayunie hanya tersenyum. Haru hidupnya kalau itu betul-betul yang berlaku.
"Kamu nak macam tu Fahmi?,"kakaknya menambah lagi.
"Boleh, boleh. Saya lagi suka. Tapi akak tengoklah muka orang kat sebelah saya ni. Ada rupa Incredible Hulk tak?," Fahmi merujuk kepada Ayunie disebelahnya. Serentak, bergema ketawa di ruang tamu banglo dua tingkat milik ibu Fahmi. Ketawa mereka masih bersisa, namun terhenti bila mendengar Fahmi mengaduh kesakitan. Dan jelas di pandangan mereka, Ayunie berdiri mencekak pinggang sambil memegang diari tebal berkulit keras, merenung tajam ke arah Fahmi yang tengah galak menggosok lengannya. Berbirat! Lantas, ketawa mereka bergema kembali.

*****

Hari ini, sudah hampir sepuluh hari mereka berada di Eropah. Antara tempat yang telah mereka lawati ialah Eiffel Tower di Perancis. Mereka merakamkan pelbagai gaya berlatar belakangkan menara cinta tersebut. Juga, mereka sempat melawat Disneyland di kota Paris. Selepas itu, mereke berangkat ke Andalusia untuk melawat Al-Hambra. Sungguh kagum dia melihat tinggalan Islam di negara Sepanyol itu. Tidak lupa, tempat yang paling terkenal dengan lautan tulip, Amsterdam adalah satu kemestian. Dan 2 hari lepas, mereka sampai ke destinasi terakhir, United Kingdom dan telah melawat beberapa tempat menarik di kota London. Pagi tadi, mereka bertolak dari rumah adik Fahmi di Loughborough ke Manchester, dan terus menuju ke Old Trafford. Sewaktu mereka menyewa kereta, mereka meminta untuk disertakan bersama Tomtom, sejenis alat penunjuk arah. Dengan itu mereka tiada masalah untuk sampai ke tempat yang hendak dituju.

Tiada perlawanan yang dijadualkan berlangsung dalam tempoh seminggu ini di Old Trafford. Oleh itu mereka hanya berpeluang untuk melawat stadium itu sahaja. Dengan bayaran 8£ seorang, mereka dibenarkan masuk ke stadium. Banyak aksi-aksi yang dirakamkan, terutamanya Fahmi. Kagum dia dapat melihat sendiri stadium kelab yang menjadi pujaan hatinya. Mereka melihat senarai-senarai pemain yang pernah bersama Manchester United, juga mereka sempat bergambar dengan poster-psoter pemain, disamping piala-piala yang dimenangi. Di sana, Fahmi teringin untuk membeli jersi Christiano Ronaldo, tapi dia membatalkan hasratnya. Hati Ayunie perlu dijaga. Dia cukup bersyukur Ayunie sanggup mengikutnya ke Old Trafford. Sudahnya, mereka hanya membeli beberapa utas key chain untuk dijadikan kenang-kenangan. Selepas itu mereka bergegas ke Liverpool yang hanya memakan masa selama sejam dari Manchester, dan mereka akan bermalam di sana.

Di Liverpool, mereka menginap di Express Holiday Inn, berdekatan dengan John Lennon Airport. Perjalanan dari hotel ke Anfield mangambil masa lebih kurang 20 minit, bergantung kepada keadaan trafik, dan mereka telah mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat teksi ke Anfield bagi mengelakkan masalah untuk meletak kenderaan.

Tepat jam 7 malam, mereka bergerak meninggalkan hotel menuju ke Anfield. Ayunie suka melihat teksi di sana, kerana ianya sangat unik. Mereka menggunakan kereta-kereta lama untuk dijadikan teksi. Setelah hampir setengah jam dalam perjalanan, akhirnya mereka tiba di Anfield. Ayunie cukup teruja melihatkan stadium yang tersergam itu. Sungguh megah baginya. Macho! Stadium pun macho ke? Ayunie tergelak dalam hati. Dia kemudiannya melangkah ke arah gerai-gerai yang berderet menjual pelbagai barangan LFC. Ayunie tertarik melihat muffler scarf berwarna merah, putih, yang mempunyai lambang LFC. Dia berniat untuk membeli, pantas matanya mencari kelibat Fahmi. Dilihatnya, Fahmi hanya berdiri di satu sudut sambil melihat orang sekeliling. Rasa bersalah timbul di dalam hatinya. Kesian dia melihat suaminya itu, datang ke situ semata-mata kerana menurut kemahuannya. Lantas skarf tersebut diletakkan kembali ke tempat asalnya. Ayunie berjalan di sekitar stadium tersebut. Gembira sungguh dia, akhirnya impiannya tercapai untuk menjejakkan kaki di Anfield.

Berlainan dengan Fahmi, dirasakan jiwanya tidak tenang. Libang-libu hatinya. Dapat dilihat, Ayunie telah melangkah ke arah stadium. Di depan pintu stadium, Ayunie berhenti, menunggunya.

"Bismillahirahmannirrahim". Perlahan Fahmi mengungkapkan kalimah suci itu. Dalam hati, dia berdoa semoga Allah tetapkan hatinya. Janganlah nanti dia berpaling tadah menyokong LFC pula. Tapi dia agak pasti, bukan mudah untuk dia beralih arah. Walaupun Fernando Torres depan mata, dia yakin Man U tetap di hati. Sejak dari kecil, hanya pasukan itu yang diminatinya. Dia membesar bersama pasukan itu.
"Abang baca apa sampai mulut terkumat-kamit macam tu?," Ayunie menepuk agak kuat bahunya. Terkejut beruk Fahmi. Ayu ni, kacau betul! Orang nak bertenang pun tak boleh. Rungutnya dalam hati.
"Ooo, Ayu tahu. Abang jampi Liverpool supaya kalah kan. Teruk betul abang ni. Tapi, Ayu tak kisah pun menang atau kalah, sebab ni perlawanan persahabatan sebelum EPL musim seterusnya bermula. Yang penting dapat tengok muka Torres,"
"Mana ada. Ayu ni nak fitnah abang pulak,"
"Em, kalau bukan sebab tu , sebab apa pulak ye. Takkan lah abang berdebar nak masuk Anfield pulak," Iskh, Ayu ni macam tahu-tahu pula.
"Ha, betullah tu. Relaks la abang, abang bukan nak masuk dewan peperiksaan pun. Kita datang ni tengok bola, lagipun ni Liverpool yang lawan. Abang ni lebih-lebih pula. Ayu pun tak berdebar macam abang,"
"Yalah, yalah. Jom, kita masuk," Fahmi kemudiannya mengeluarkan tiket yang berharga 17£ itu. Ingin dipastikan tempat duduk mereka.

Block: KJ
Row: 8
Seat: 00085

Mereka melangkah masuk ke dalam stadium yang dipenuhi oleh ribuan peminat, dan hampir 90% mereka memakai baju berwarna merah, termasuk mereka berdua. Dan beribu-ribu lagi memakai jersi Liverpool, dan memegang kain rentang kelab gergasi itu. Tepat jam 8, seluruh stadium bersorak apabila pemain-pemain keluar untuk sesi memanaskan badan selama 10 minit. Ayunie tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar. Selepas itu, seluruh stadium bergema dengan laungan lagu tema LFC, yang akan dinyanyikan setiap kali sebelum perlawanan bermula.

"Eh, abang tahu nyanyi lagu You'll never walk alone? Ayu pun ingat sikit-sikit je. Macamana pulak abang boleh ingat full song?,"
"Ayu, orang tengah concentrate ni. Semua tengah nyanyi. Ayu nyanyilah sekali," Fahmi sedikit berbisik.

Selepas menyanyikan lagu itu, semua pemain keluar untuk memulakan sepakan pertama. Stadium yang penuh membuatkan Ayunie lagi bersemangat. Ramai betul rupanya peminat LFC ni. Dirasakan seolah bermimpi. Betul ke sekarang dia ada kat Anfield? Dan Torres ada di depannya, beraksi di padang. Ayunie mencubit pipinya. Auch! Sakit. Nyata dia tidak bermimpi. Walaupun jauh, dia masih boleh mengecam dengan jelas yang mana satu Torresnya. Walaupun in hanya perlawanan persahabatan antara Liverpool dengan Lazio, tetapi Anfield tetap penuh dengan lautan manusia. Ayunie tidak dapat membayangkan, macamana agaknya suasana Anfield waktu Liverpool bertanding dalam liga. Mesti lebih meriah, dan harga tiket semestinya mahal.

Perlawanan yang berlangsung agak seimbang. Separuh masa pertama tamat dengan tiada jaringan bagi kedua-dua kelab. Ayunie mengambil peluang untuk mengambil gambar pelbagai sudut stadium tersebut dan juga penonton-penonton yang pelbagai. Berpaling ke tepi, dapat dilihat suaminya hanya diam. Malas mahu menyapa, dia hanya membiarkan sahaja Fahmi melayan perasaannya.

Sepanjang separuh masa kedua, Ayunie dapat merasakan perubahan suaminya. Fahmi lebih banyak memberikan reaksi setiap kali pemain di atas padang melarikan bola. Dia hanya memandang sekilas ke arah suaminya, lalu pandangannya dihalakan ke padang. Dia tidak mahu Fahmi sedar bahawa dirinya diperhatikan. Terasa tekaknya haus, dikeluarkan air mineral dari begnya lalu diteguk perlahan. Tiba-tiba, dia mendengar seseorang disebelahnya menjerit dengan agak kuat dan bersemangat.
" Go Torres, go!," serentak dengan itu terus tersembur air dari mulut Ayunie. Nasib baik sempat dikawal, kalau tak habislah rambut ceracak abang kat depannya. Ayunie cukup kenal suara itu. Laju dia menoleh ke sebelah kanan dan jelas terlayar di matanya, Fahmi tersengih-sengih, menegakkan jari tengah dan telunjuknya, sambil berkata; peace!

Perlawanan malam itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada tuan rumah, 1-0 ke atas Lazio hasil jaringan Andriy Voronin pada saat-saat akhir. Penonton mula berpusu-pusu meninggalkan kawasan stadium. Waktu mereka menuju ke pintu untuk keluar dari stadium, Fahmi ditegur oleh seorang lelaki pertengahan 30-an.

"That game was awesome, wasn't it?,"
"Yes, it was great!," Fahmi membalas.
"This is my first time to Anfield and now, still can't believe that I'm here," Lelaki itu menambah.
"Oh, really? So do I. I was so impressed with their performance, especially Fernando Torres. He has skills that never belong to anyone else. He is unique," Ayunie disebelah hanya tersenyum. Suaminya memuji Fernando Torres? Rupa-rupanya dalam diam Fahmi tetap mengikuti perkembangan semasa Torres. Ingatkan langsung tak ambil peduli.
"You came here just to watch this match?," Ayunie terkejut apabila dia tiba-tiba disapa oleh seorang wanita, mungkin pasangan lelaki yang menegur Fahmi tadi.
"Actually we came here for our honeymoon,"
"Oh, congratulation for your wedding. I can see your husband really like Torres so much. No wonder he choose this place for your honeymoon,"
"Yes, he is," Ayunie hanya mengiakan. Malas dia nak bersoal jawab. Lagi satu, air muka Fahmi perlu dijaga. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia menjawab; "No. Actually before we came here, we have little argument about this because my husband doesn't want to come here as he is die hard fan of Manchester United. I was the one who admire Torres so much," Haru pula kalau itu jawapannya. Fahmi masih lagi rancak berborak. Seronok benar suaminya bercerita tentang kehebatan Liverpool, sesekali kedengan nama Torres dan Alonso disebut, sambil tangannya tergawang-gawang ke sana sini. Seperti seorang penjaga gol lagaknya. Sudahnya, Ayunie hanya menggeleng melihat telatah Fahmi. Siapa yang minat Liverpool sebenarnya ni???

*****

Ayunie membuka satu persatu folder yang mengandungi gambar-gambar sepanjang mereka di UK. Lusa mereka akan berangkat pulang ke Malaysia, meninggalkan bumi Eropah ini setelah menghabiskan masa hampir 2 minggu untuk bulan madu mereka. Pelbagai gaya dirakamkan di tempat yang berbeza. Dia tersenyum sendiri. Kemudian, dia mebuka folder -ANFIELD-, spontan tawanya meletus. Fahmi sedang membuat mimik muka bosan waktu mula-mula mereka sampai di Anfield. Dan gambar-gambar seterusnya, kebanyakannya muka Fahmi, dangan pelbagai aksi. Hanya beberapa keping saja gambarnya, kerana sememangnya dia tidak gemar bergambar. Fahmi tahu tentang itu. Gambar terakhir merakamkan aksi mereka berdua di mana sebelah tangan Fahmi memeluknya dan sebelah tangan lagi; Thumbs up! Merujuk kepada logo LFC di sebelah kiri mereka. Pasti kecoh kalau tunjuk kat abang Akmal dan Iqbal. Pasti suaminya digelakkan oleh mereka berdua.

Dipandang Fahmi yang berdengkur perlahan di atas katil. Penat benar suaminya bersorak di Anfield tadi, ditambah pula kepenatan memandu dari Leceister-Manchester-Liverpool. Ayunie menutup laptopnya lalu bergerak menghampiri katil, namun langkahnya terhenti apabila kakinya tersepak sesuatu. Siapa punya ni?. Desisnya dalam hati. Diangkat beg kertas yang mempunyai lambang LFC itu lalu dia melabuhkan punggungnya di atas katil. Dia memang tidak membeli apa-apa di stadium tadi, kerana ingin menjaga hati Fahmi. Ayunie menarik sesuatu dari dalam beg kertas itu, lalu muffler scarf berwarna merah putih melurut jatuh di atas ribanya. Tertera jelas di pandangannya, scarf yang sama dengan scarf yang ingin dibelinya di Anfield tadi. Dipandang wajah Fahmi disebelahnya. Ah, suaminya itu. Susah hendak diduga. Selalu menyakitkan hati, namun Fahmi juga mampu membuatkan dia menitiskan air mata bahagia. Ayunie merendahkan badannya lalu dikucup lembut dahi suaminya. Kasihnya tumpah disitu. Terima kasih ya Allah, kerana memberikan insan bernama Fahmi sebagai suami. Walau apa pun yang berlaku, cintanya akan tetap utuh buat Fahmi. Biar sepuluh Torres datang sekali pun, tetap tidak dapat menandingi Fahmi dimatanya. Cintanya buat Fahmi seteguh Anfield yang berdiri megah di bumi Liverpool. Takkan goyah walau sedikit. Malah akan lebih kukuh setelah pelbagai rintangan dan halangan mereka tempuhi bersama. Moga bahagia milik mereka sentiasa. Itu doanya.
posted by Penulisan2u @ 1:03 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
30 Comments:
  • At 27/2/09 1:23 PG, Blogger keSENGALan teserlah.. said…

    waaaaa...
    ader smbungan maaaaaa...
    ceh,,cinte bola beralih arah tol fahmi nie..
    sweet je kalo dapt husband cam fahmi nieh..
    hehe..
    besh2..

     

  • At 27/2/09 1:41 PG, Blogger Hafia Hana said…

    heh..heh..sweet jer
    bini punyer psal..
    paper pun sanggup sacrifice
    memang sayang bini lahhh~

     

  • At 27/2/09 2:01 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waaa
    sweetnyer fahmi nie
    nak jugak, hubby cam die
    mest idup bhgia jerk

     

  • At 27/2/09 2:27 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    arap2 fahmi ku pon cam fahmi nie gak... hehe...

     

  • At 27/2/09 3:47 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best2...lawak je fahmi nie..hehe

    ~AYHTK~

     

  • At 27/2/09 10:21 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerpen ari ni semuanya x best! bosan!!!!!!

     

  • At 27/2/09 3:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best lerrr..gud job..wat la sambungan lagi..hehee..luv dis story..

     

  • At 27/2/09 3:39 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best la cite ni...hope ada smbungan lg..to writer, nice work n thanx for this cerpen...best...!!!!!

     

  • At 27/2/09 6:58 PTG, Blogger Nurul Amiraa said…

    syok arr...
    sy rase mcm sy plak yg prgi melncong...
    rse benor..
    trbyg dpikirn sy suasana di sna..
    gud job..klu bleh wt r g cite can ni..
    citer tntg ng org.. best2

     

  • At 27/2/09 8:01 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice story. huhuhu...ni yg nama`y syg bini.

     

  • At 27/2/09 11:29 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    baek gle fahmi nie..cool jek..ngahaha

     

  • At 27/2/09 11:56 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hehe best ar cita nie!!lwk gler...pe2 pown hope pnlis citer ni akn mghslkn krya yg best2 g d ms akn dtg...chayok2!!

     

  • At 28/2/09 9:49 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    lawak ++ comei === sweeeeettttt sgt :)
    (*_^)

     

  • At 28/2/09 2:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    .sweetnyaa...
    .nice.!!!

     

  • At 1/3/09 2:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sweet story...best sgt dpt suami mcm tu............

     

  • At 1/3/09 6:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x sangka lak ada smbungannya...but..sweet sngt cter nie...
    kalukah dlm realiti ada husband mcm fahmi..alangkh bhgianya.
    well done 2 u..
    truskn usaha anda berkarya...

     

  • At 1/3/09 10:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    besh....sweetyer

     

  • At 2/3/09 3:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best la cite ni.

     

  • At 3/3/09 3:46 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tahniah penulis, memang mantap cerpen nih! what a sweet ending..

     

  • At 4/3/09 1:45 PG, Blogger nadiah_abdllah said…

    best.
    tak sangke ade sambungannya...

     

  • At 4/3/09 2:36 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice story!! sangat menghiburkan.. it's obvious that ure a fan of liverpool! hehe. btw kalau x silap saya.. nama EPL dah ditukar ke BPL (barclays premier league) tp ramai still sebut EPL so x kisah la mana2 pun kan :) jz sharing wat i know..

     

  • At 4/3/09 3:18 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Terima kasih kepada semua yang komen cerita kisah cinta EPL ni..sesungguhnya saya langsung tak minat bola (sebab tu tak tau dah tukar kepada BPL =p), cuma dikelilingi oleh orang2 yang 'hantu' bola...tahu sikit2 je, cantum2, maka terhasillah cerita ni. pergi anfield pun temankan kawan yang fanatik liverpool

    So, thanks again for ur comments. I really appreciate it!

    ~Ayie Iwaniey~

     

  • At 8/3/09 12:06 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wakaka....
    wah,fanatik btol si ayu ni ekk..
    fahmi 2 pon swet gak..
    dlu wk2 kt skol plek gak rmai mmber pompuan
    mnat gegle ngan bola ni..
    bola ntok sumee..
    ttber sya cm mnat plak kt bola ni..
    aduisyyy...
    hahaha...
    gud job writer...
    keep up wok yuppp...
    -putri-

     

  • At 8/3/09 11:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sambug lagi..
    hehehe..
    buat citer dieowng dpt anak plak..
    best2..
    beruntung giler sape dpt laki mcm fahmi..
    haha..
    ;p

    ~miera,form 3~

     

  • At 9/3/09 11:49 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sweet cte ni,,
    smbg la lg eh,,
    hoho~liverpool,,
    makes me thinking of him,,

     

  • At 17/3/09 10:32 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    pasal bola pon boley wat cita eh..

    apejer lah..sb sayer ni tak minat bola langsung..

    apepon Cik Penulis..cita ni mmg gempak..

    kim salam kat fahmi tu kalau dia betol2 wujud..:)hehehe..

    **cRazy iN luVe**

     

  • At 18/3/09 5:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    pehh..
    fahmi beralih arah..
    mane bley senang2 skong LFC..
    iman xkuat..
    huhuu..
    pape pon..idop MU!!

     

  • At 18/3/09 10:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waa....
    murtad..!
    kasih beralih arah...

     

  • At 26/3/09 10:07 PTG, Blogger queenIzyan said…

    wah....so sweet r fahmi ni...
    even minat bola[xde la die hard fan sgt]...
    tp my guy x pernah jg hati aku lg2 kat mamak...
    huhuhuhuhu.....

     

  • At 17/4/09 9:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam....

    sebelum sambungan citer ni, ape tajuk citer ni yeR?
    da cri, xjmpe pun(Kisah Cinta EPL).
    sape2 ley tlg g tau x?
    <---nade--->

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group