Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
SARAH memeluk tubuh memandang Sungai Thames yang tenang. Matanya turut melihat para pelancong yang bersiar-siar di sekeliling kota London dengan menaiki bot di Sungai Thames. Sesekali dilepaskan keluhan. Fikirannya menerawang kembali ke Malaysia. Ke tempat di mana kedukaannya bercerita. Panggilan Ibu 2 bulan lepas, benar-benar membuatkan Sarah buntu. Fikiran tidak tenteram. Asyik teringatkan kata-kata Ibu.
------------------------------------
DERINGAN telefon mengejutkan Sarah yang sedang leka menyiapkan kerja-kerjanya. Tidak tahan dengan jeritan telefon tersebut, segera diangkat sebelum menganggu rakan-rakan sekerja menyudahkan kerja. "Hello?" jawab Sarah dengan pelat King English nya. Jika Sarah bercakap dalam bahasa Inggeris, pasti orang akan ingat dia bukan Melayu. Sudah tentu dia minah bermata biru. Tetapi Sarah tetap tidak lupa akan adat ketimurannya. Walaupun sudah 10 tahun dia menetap di kota metropolitan London, tetapi bagi Sarah dia masih orang Melayu dan lebih penting lagi, dia tetap orang Islam. "Assalamualaikum." pemanggil itu memberi salam. "Waalaikumussalam, Ibu." jawab Sarah. Tidak perlu si pemanggil memperkenalkan dirinya lagi. Lama Ibu mendiamkan diri. Sarah mengerutkan sedikit dahinya. "Ibu? Kenapa Ibu call Sarah? Ibu tak sihat ke?" tanya Sarah bertubi-tubi. Risau pula apabila Ibu bersikap demikian. "Sarah, balik lah sini. Sarah tak rindukan Ibu? Ibu rindukan Sarah sangat-sangat ni. Hanya Sarah saja yang Ibu ada sekarang ni." ujar Ibu tiba-tiba. Teresak-esak menahan tangis. Sarah juga turut merasa sebak. Aduh, Ibu! Bijak sungguh Ibu bermain dengan emosi aku ni, getus Sarah sendirian. "Tapi Bu...Ibu kan masih ada Kak Suri." kata Sarah pula. Ibu diam. Tidak berkata apa-apa. Sarah menjadi semakin pelik. Tidak ingatkah Ibu kepada peristiwa yang terjadi 10 tahun lepas? Atau Ibu sengaja buat-buat lupa? Mungkin Ibu dan Kak Suri sedia memaafkanku, gumam Sarah lagi. "Baliklah, nak. Ibu rindu sangat pada Sarah." ujar Ibu lagi. Sarah mengeluh perlahan. Sarah tidak tahu hendak memberikan jawapan yang terbaik buat Ibu. "Nantilah Sarah fikirkan, Bu. Ibu...Sarah banyak kerja ni." Sarah berkata perlahan. Tidak mahu mengecilkan hati Ibu yang sudah bersusah-payah menelefonnya sejauh ini. "Sarah, Ibu harap sangat yang Sarah tak kecewakan Ibu. Ibu dah tak ada siapa-siapa dah kat sini. Abah dah tak ada. Sarah pula dah pergi jauh dari Ibu." kata Ibu lembut, memujuk. Sarah menjadi lemah dengan pujukan Ibu sebegini. Pandai Ibu bermain dengan emosi Sarah. Faham benar bagaimana untuk memujuk hati anaknya yang keras itu. "Tapi, Kak Suri kan ada." kata Sarah lagi. Masih menyebut nama Suri. Ibu masih tidak memberikan apa-apa respon mengenai nama yang disebutkan Sarah itu. Sebaliknya, berterus-terusan memujuk Sarah. "Minggu depan Sarah call Ibu, ya. Sarah akan berikan jawapan samada Sarah akan balik Malaysia atau tidak." akhirnya Sarah berkata. Meleraikan pujukan Ibu yang berpanjangan. Selepas meletakkan gagang telefon, Sarah mula termenung. Sudah ditinggalkan tabiat ini sejak 10 tahun yang lalu. Kini, tabiat itu datang kembali. Fikirannya menerawang. Peristiwa 10 tahun lepas, kembali segar dalam ingatan.
----------------------------------
"SARAH tak nak Ibu. Sarah dah selesa menyewa dengan Zera dan Iqa." Sarah membantah kata-kata Ibu perlahan. Wajahnya ditundukkan selepas menyuarakan bantahan. Protes dalam diam. Dia berdiri tercegat di tepi tangga. Wajah Ibu yang membengis tidak berani dipandang. Suri melabuhkan punggung di sofa. Selamba sahaja dia makan buah tanpa membuat apa-apa untuk menolong adiknya terlepas dari menjadi mangsa amarah Ibu. Kakinya disilangkan. "Cuba Sarah dengar cakap Ibu ni sekali-sekala. Apa faedahnya Sarah menyewa dengan dia orang? Hah??!!" tengking Ibu. Lantang suara Ibu berkata-kata. Sarah hanya menundukkan wajah. Dia hanya melepaskan keluhan perlahan. Bukan dia tidak kenal akan sikap Ibu yang jenis suka memaksa. Semua anak-anaknya harus mendengarkan kata Ibu. Sehingga kata-kata Abah pun tiada guna lagi. Suri lebih suka membodek Ibu. Itulah sebabnya apa sahaja permintaan Suri, akan Ibu tunaikan. Abah lebih suka memanjakan Sarah. Abah, tolonglah Sarah. Sarah rindukan Abah, Sarah merintih sendirian. "Mungkin senang kot untuk Sarah bawak jantan masuk rumah, Ibu." ujar Suri pula. Sarah terus sahaja mendongak kepala memandang Suri yang masih selamba mengunyah buah-buahan. Memang tidak disangka sampai begitu sekali Suri sanggup memperkatakannya. Sarah terkejut. Ibu bercekak pinggang. "Ohh...itu yang kamu nak buat ya, Sarah?" tanya Ibu. Sarah menggeleng pantas. "Ibu...takkanlah Ibu tak kenal anak Ibu sendiri. Sarah bukan macam tu." Sarah membantah. Tidak suka dengan kata-kata Suri. "Sudah!!! Ibu tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut kamu. Hujung minggu ni, pastikan barang- barang Sarah dari rumah sewa tu dah dibawa ke rumah Kak Suri. Mulai hari ini, Sarah kena duduk dengan Kak Suri." arah Ibu. Serta-merta lutut Sarah menjadi lemah. Berpaut pada tangga. Kata muktamad Ibu tiada guna dibantah lagi. Ibu naik ke tingkat atas. Sebentar kemudian, Ibu turun dengan menjinjing sebuah beg pakaian. Sarah memandang Ibu dengan lemah. Suri berdiri di sebelah Ibu. Dia mencapai beg pakaian Ibu. "Ibu..." Sarah cuba berkata-kata lagi. "Dengar jelah cakap Ibu. Yang Sarah nak membantah lagi buat apa." Kak Suri berkata. Dia mendengus kemudian berlalu pergi. "Sarah...kita kena balas budi Kak Suri. Dah banyak Kak Suri berkorban untuk Sarah. Pelajaran Sarah sampai lah Sarah kerja sekarang ni pun, atas bantuan Kak Suri. Sarah kena ingat tu. Inilah masanya untuk balas budi Kak Suri." pesan Ibu. Sarah tidak tahu hendak berkata apa lagi. Dia hanya mengangguk lemah. Ibu mengusap kepala Sarah dan Sarah tunduk menyalami Ibu. Suri menghantar Ibu ke lapangan terbang.
------------------------------------------
SARAH menyediakan makan malam. Sekali lagi Sarah melihat hidangan itu dan tersenyum puas. Pasti Iskandar dan Suri pulang nanti kelaparan. Sarah berjalan ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di atas sofa. Melihat jam dinding. Sudah pukul 8 malam. Bayangan mereka tidak kelihatan. Lama benar Suri pergi menghantar Ibu ke lapangan terbang. Malam-malam begini, tidak mungkinlah Iskandar masih tidak pulang. Sarah menghidupkan peti televisyen dan menonton siaran malam itu. Sedang leka Sarah menonton, bunyi enjin kereta kedengaran di luar rumah. Segera dimatikan televisyen tersebut dan memandang jam dinding sekilas. Hampir jam 11 malam. Lama sungguh dia menonton sehingga tidak sedar waktu berlalu. Kedengaran kunci rumah berlaga di luar. Pintu sedikit terbuka kemudian terbuka luas. Terjengul wajah Iskandar yang keletihan. Sarah jadi kaget. Kenapalah abang iparnya yang pulang dahulu? Bukan Suri. Iskandar menutup pintu. Berpaling untuk menuju ke tingkat atas. "Abang Is..." panggil Sarah perlahan. Iskandar memandang ke arah ruang tamu. Terlihat Sarah berdiri tegak sambil tersenyum manis. "Hmmm..." jawab Iskandar malas. "Ermmm...Abang...Abang nak makan?" tanya Sarah tergagagp-gagap. "Tak payahlah. Abang dah kenyang." kata Iskandar. Segera memanjat tangga ke tingkat atas. Sarah mengangguk perlahan walaupun Iskandar tidak melihat perbuatannya itu. Sekali lagi kedengaran suara enjin di luar rumah. Sarah menjenguk melalui jendela. Kelihatan kereta Suri memasuki perkarangan rumah. Sebaik sahaja Suri masuk ke dalam rumah, Sarah terus menerpanya. Dilihat Suri mengendong beg-beg kertas. Seperti baru sahaja selesai membeli-belah. "Kak Suri nak makan? Sarah dah siapkan makan malam." ujar Sarah lembut. "Tak apalah. Kak Suri dah makan dengan kawan tadi. Sarah dah makan belum?" tanya Suri. Sarah menggeleng perlahan. "Lain kali, Sarah makan je. Tak payah tunggu Kak Suri atau Abang Is. Kak Suri tak pernah makan kat rumah ni. Macam mana nak makan, masak pun tak pernah." seloroh Suri. Suri tergelak kecil. Sarah tidak rasa hendak tergelak sama. "Sarah bawak beg-beg ni naik atas. Kak Suri nak ambil air kejap. Dahaga pulak." ujar Suri. Sarah yang lagaknya seperti pembantu rumah berbayar sahaja, segera mengambil beg-beg kertas tersebut dan membawa ke atas. Tanpa banyak soal. Sarah memegang tombol pintu. Hampir sahaja tombol itu hendak dipulas. Tetapi tidak jadi. Baru tersedar abang iparnya ada di dalam. Sarah mengetuk pintu perlahan. Tiada respon. Sekali lagi diketuk, barulah kedengaran suara orang berkata-kata. Iskandar membuka pintu. Sarah kaget. Tidak tahu hendak berkata apa. Terus sahaja diserahkan beg-beg kertas tersebut dan segera berlalu ke tingkat bawah. Iskandar terpinga-pinga. Kemudian menutup pintu. Dia mencampakkan beg-beg kertas tersebut ke atas lantai. Suri yang baru sahaja masuk ke dalam bilik, sebal melihat beg-beg kertas itu ada di atas lantai. Dia memandang Iskandar dengan wajah marah. Iskandar masih selamba membaca fail-fail kerjanya. "Apasal you campak barang-barang I?" tanya Suri. Dia mengutip beg-beg kertas tersebut. "Kenapa you bawak adik you tinggal kat sini? I tak suka tahu tak." kata Iskandar, keras. "Kenapa pulak tak boleh?" soalan berbalas soalan. "You patutnya cakap dengan I dulu. You tahu tak you dah mencabul kehormatan privasi I." Iskandar berkata lagi. Diletakkan fail bersebelahan dengan laptop yang terpasang. "Hah?? I mencabul kehormatan privasi you? Hei, you dengar sini Is. Masa you bawak Izham tinggal sini dekat 3 bulan dulu, I tak cakap apa-apa pun. Sebab I tahu itu adik you. Adik ipar I. Tapi kalau you nak tahu, perangai adik I lebih munasabah lagi dari perangai macam pelesit adik you tu. Dah lah sesuka hati dia pakai laptop I, siap download game. Sampai kena virus. I kena pergi kedai untuk formatkan balik. Hilang habis fail-fail kerja I. Tapi I tak bising lagi. Lepas tu, guna tv I untuk main playstation sampai rosak tv tu and I kena beli baru. But still, I tak bising lagi. Yang I marah sangat bila dia guna kereta I tanpa pengetahuan atau kebenaran I." jelas Suri panjang lebar. Iskandar tidak berkata apa-apa. Memang Izham keterlaluan apabila membuat barangan yang ada di rumah mereka seperti miliknya sendiri. Apabila dia menghalau Izham balik ke kampung, sehinggakan Mak marah sangat dengannya. Hanya Ayah sahaja yang faham. Dan kenal benar akan sikap Izham yang suka cari pasal. "Sampai bila adik you tu nak tinggal sini?" suara Iskandar perlahan bertanya. "Entah. Sampai dia kahwin kot." acuh tidak acuh sahaja Suri menjawab. Malas bertekak, dia mencapai tuala dan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. KEESOKKAN paginya, Sarah sudah siap menyediakan sarapan. Dihidangakan ke atas meja. Suri yang baru sahaja turun dari tingkat atas menjenguk ke dalam dapur. Sarah memandang ke arah Suri. "Kak Suri nak makan?" tanya Sarah. Suri membuka tudung saji. Kemudian ditutupnya kembali. "Tak payahlah. Kak Suri breakfast kat office je." ujar Suri dan terus berlalu pergi. Sarah sedih. Kenapalah Suri sekarang tidak seperti Suri dahulu? Sarah terdengar derapan kaki lagi menuruni anak tangga. Sarah menjenguk. Iskandar turun ke bawah dengan menjinjing beg bimbit. "Abang Is nak makan? Sarah dah masak." Sarah berkata. Iskandar memandang Sarah sekilas. "It's okay. Abang Is breakfast dekat office je." Iskandar juga berkata begitu dan terus berlalu. Sarah melepaskan keluhan. Kakak dan abang iparnya perangai memang serupa. Sarah masuk ke dalam dapur. Dia duduk di meja makan dan menjamu selera sarapan yang sudah dimasaknya itu. Sarah memandang pandai memasak berbanding Suri yang lebih senang mengemas rumah. Iskandar sampai di tempat kerja dan meletakkan beg bimbitnya dibawah meja. Pintu biliknya diketuk. Iskandar mendongak memandang gerangan yang mengetuk pintunya. "Tuan Pengarah Urusan, jom kita pergi makan." usik Syafiq. Rakan kongsi Iskandar. "Jom. Aku pun dah lapar ni." ujar Iskandar. Dia bangun dari kerusinya dan mencapai telefon bimbit. Berjalan beriringan dengan Syafiq. Leka mereka bersembang sehingga tidak sedari kaki sudah sampai melangkah ke restoran mamak yang berdekatan. Mereka memilih kerusi ditengah-tengah restoran. Pelayan sampai dan mereka memberikan pesanan makanan dan minuman masing-masing. "Wei, kenapa aku tengok kau macam ada benda yang kau tak puas hati?" tanya Syafiq. Bukan sehari dua dia mengenali Iskandar. Sejak sekolah rendah lagi, mereka berkawan. Segala sikap dan tindak tanduk Iskandar sudah ada dalam genggaman Syafiq. Begitu juga sebaliknya. "Adik ipar aku tinggal dengan aku dan Suri." Iskandar berkata lemah. "Jadi? Kau tak suka? Kau tak ada privasi?" Syafiq bertanya bertubi-tubi. "Bukanlah macam tu. Cuma, aku tak selesa. Suri tak pernah pun masak sarapan atau makan malam. Bila Sarah masak, aku jadi tak biasa nak makan makanan kat rumah. Sebab aku dah biasa makan kat gerai. Kalau aku dan Suri nak makan bersama pun, kami makan kat luar." jawab Iskandar lagi. "Hmm...lama-lama selesa lah tu. Terbiasalah nanti. Jangan nanti kau terjatuh cinta pula pada adik ipar kau tu. Orangnya cantik. Aku rasa lebih cantik dari Suri." seloroh Syafiq. Dia tahu adik ipar Iskandar adalah perempuan. Pernah dia berjumpa dengan Sarah sewaktu majlis perkahwinan Iskandar dan Suri dahulu. Orang yang berperwatakan lemah lembut, wajah yang ayu, rambut ikal mayang, alis mata yang lentik dan yang paling itimewanya mempunyai sepasang lesung pipit. Itu yang bertambah-tambah membuatkan jejaka yang memandang gadis bernama Sarah itu, terus sahaja jatuh cinta. "Hish...kesitu pulak kau. Kalau aku suka dekat Sarah tu, dah lama aku kahwin dengan dia. Masalahnya sekarang ni, aku cintakan Suri. Dan hanya Suri sahaja yang ada dalam hati aku ni." tegas Iskandar bersungguh-sungguh. "Aku berani potong jari lah, bro. Kalau kau tak jatuh cinta pada dia." ugut Syafiq. "Okay. Aku berani bertaruh atas kata-kata aku ni." Iskandar pula berkata. Mereka sama-sama tersenyum. Selepas selesai menjamu sarapan pagi, mereka sama-sama pulang ke pejabat semula. Tepat jam 10 malam, Iskandar beredar dari pejabat. Perlahan-lahan dia memandu membelah jalanraya yang lengang untuk pulang ke rumah. Iskandar sampai di rumah. Dilihatnya kereta Suri tiada di garaj. Masih belum pulang. Sebaik sahaja Iskandar melangkah masuk ke dalam, Sarah berdiri tercegat memandangnya. Takut-takut Sarah utnuk bertanya sesuatu. "Sarah nak cakap sesuatu?" tanya Iskandar. "Abang Is nak makan? Sarah dah sediakan makan malam." kata Sarah lembut. Kasihan pula melihat adik iparnya ini yang bersusah-payah menyediakan hidangan untuknya dan Suri. "Boleh jugaklah. Abang naik tukar baju dulu." akhirnya Iskandar berkata. Sarah tersenyum senang dan segera berlalu ke dapur untuk memanaskan lauk. Iskandar memanjat ke tingkat atas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Isyak. Usai solat, Iskandar turun ke tingkat bawah. Aroma masakan Sarah menusuk ke hidung. Perut yang tadi kekenyangan terus menjadi lapar semula. Dia segera melabuhkan punggung dan mencapai pinggan. Diceduk nasi ke dalam pinggan. Sarah terkejut dengan kehadiran Iskandar secara tiba-tiba itu. Selepas menghidangkan makanan yang dipanaskan itu, Sarah berkira-kira hendak beredar dari situ. Tetapi berpaling semula apabila dipanggil Iskandar. "Sarah tak makan sekali?" Iskandar bertanya. "Tak, Abang Is. Sarah dah kenyang." ujar Sarah lembut. "Sarah boleh temankan Abang Is makan?" pinta Iskandar. Sarah mengangguk perlahan dan tersenyum kecil. Dia melabuhkan punggung dan menemani Iskandar menjamu selera tanpa berkata sepatah perkataan pun. Sunyi keadaan di dapur. Kedengaran pinggan berlaga sahaja. Selesai Iskandar makan, Sarah mengemas apa-apa yang patut kemudian masuk ke dalam bilik. Sarah membuka diari yang mencatat sejarah tentang dirinya. Peristiwa pertama kali ke sekolah, peristiwa mula berkenalan dengan rakan-rakan seperjuangan, peristiwa jatuh cinta dan kemudian dilukai dan bermacam-macam lagilah. Semuanya ada dalam diari tersebut. Diselak ke helaian yang sudah ditanda. Terselit sekeping gambar si dia. Diusap gambar tersebut. Diambil pen yang tergantung elok di diari itu. Laju tangannya mencatit peristiwa diri yang sudah lama ditinggalkan.
'Diari, Aku rasa gembira sangat hari ini. Dia makan makanan masakanku. Dia tersenyum memandang aku. Wajah yang selama ini kurindui, telah ada kembali bersinar di wajahnya. Ahh...betapa aku rindukan wajahnya itu, diari. Tapi aku tahu. Status kami membataskan hubungan yang terjalin. Aku tidak boleh menyintainya. Tetapi aku hanya boleh menyayanginya. Kenapalah kau dipertemukan dahulu dengan dia? Bukan aku. Mungkin tiada jodoh antara kami yang membuatkan aku hanya boleh menjadi seseorang yang terlarang dalam hubungan ini. Aku tak bisa digelar perampas. Aku tak sanggup yang lain-lain mencemuh aku kerana merampas hak seseorang yang aku sayangi. Mungkin ini adalah takdir kita. Sayang sekali kita tidak ditakdirkan bercinta. Pasti aku akan menyintaimu lebih dari si dia menyintai atau menyayangimu. Pasti aku akan menjaga dan membelaimu sepanjang hayatku. Pasti aku akan menunaikan segala permintaanmu, sayang. Mungkin aku tidaklah sempurna, tetapi hatiku memiliki mu sepanjang umurku. Mungkin aku tak bisa memiliki, dirimu seumur hidupku....'
Coretan ringkas dalam diari Sarah yang begitu bermakna dan mendalam maksudnya. Dia menutup diari tersebut dan memeluk sekuat hatinya. Kemudian, Sarah menyimpan diari tersebut di bawah bantal tidurnya. Sarah membaringkan diri. Mendongak memandang kipas yang berputar laju. Entah bila masa matanya semakin mengecil. Dan akhirnya, terlelap. Iskandar masuk ke dalam kamar tidurnya dan membaringkan diri di atas katil. Tersenyum kecil sahaja. Tidak disangka ajakan Iskandar secara main-main sebentar tadi, dituruti oleh Sarah. Tersenyum teringatkan kelakuan Sarah yang kekok tadi. Malam itu, Iskandar tidur bertemankan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya. Seawal jam 6 pagi, Iskandar sudah bangun. Melihat disebelah sang isteri sedang lena dalam tidurnya. Entah bila Suri pulang, tidak pula Iskandar sedar. Dia bangun dan menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan bersolat Subuh. Selepas lengkap berpakaian, Iskandar turun ke bawah. Dia lihat Sarah sibuk menyediakan sarapan. Iskandar melihat jam di tangan. Baru pukul 7. Dia melabuhkan punggung di kerusi meja makan. "Assalamualaikum." salam diberi oleh Iskandar. "Waalaikumussalam." jawab Sarah perlahan. Tersenyum memandang abang iparnya itu. Wajah Sarah memerah. Sarah menyenduk bihun goreng ke dalam pinggan Iskandar. "Sarah tak makan sekali?" Iskandar bertanya. "Abang makanlah. Kejap lagi Sarah makan." ujar Sarah. "Nanti lambat pulak Sarah nak ke office. Makan sekalilah." pelawa Iskandar. Pelawaan itu tidak pula ditolak. Takut nanti dikatakan tidak sudi pula. Dia turut melabuhkan punggung. Disenduk bihun goreng ke dalam pinggannya. Suri yang baru sahaja melangkah ke tingkat bawah menjenguk ke dapur apabila terdengar suara orang berbual. Sarah yang tersedar akan kehadiran Suri, segera bertanya. "Kak Suri nak makan?" tanya Sarah. "Hmm...tak payahlah. Kak Suri dah janji dengan kawan. Sarah makanlah. Have fun." terus sahaja Suri berlalu ke arah rak kasut. Sarah terasa seperti disindir. Tidak sukakah Kak Suri melihat kemesraan aku dan Abang Is? Memang dia tidak suka. Bukankah Abang Is itu suaminya, getus hati Sarah. Selesai makan sarapan, Sarah bersiap untuk ke tempat kerja. Sarah melintasi ruang tamu untuk ke pintu utama. Dilihatnya Iskandar sedang duduk sambil membaca surat khabar. Tidak kerjakah? Tetapi Iskandar lengkap berpakaian. Malas hendak mengambil tahu. Sarah mengambil kasut dari rak. Setelah menyarung kasutnya, dia berkira-kira hendak beredar. "Jom Abang hantar Sarah." pelawa Iskandar. Sarah jadi segan. "Ehh...tak apalah, Bang. Sarah boleh naik teksi." ujar Sarah menolak pelawaan itu. "It's okay. Lagipun, office Abang satu jalan je dengan office Sarah kan." kata Iskandar. Sarah tidak tahu hendak berkata apa lagi. Dia membuntuti Iskandar sehingga ke kereta. Sepanjang perjalanan alunan radio mengisi ruangan hening mereka. "Sarah dah berapa lama kerja kat sini?" tanya Iskandar sekadar untuk memecahkan keheningan. "Erm...dah 2 tahun lebih." "Ohh...lama jugaklah." Iskandar berkata. Sarah sekadar mengangguk. "Sarah tak teringin nak sambung belajar balik ke?" "Ada jugak perasaan tu. Tapi, Sarah fikirkan Ibu. Kesian Ibu kat kampung seorang diri. Kak Suri pulak ada kat K.L. Dah berkeluarga. Atleast, Sarah selalu jugak balik kampung jenguk Ibu." jelas Sarah panjang lebar. Iskandar mengangguk. Tanpa mereka sedar, kereta Iskandar sudah sampai dihadapan pejabat Sarah. Selepas mengucapkan terima kasih, kereta Iskandar menderum pergi. "Wahh...siapa lelaki tu?" tanya Zera. Iqa di sebelah sibuk bercakap telefon. "Itu Abang Is lah." jawab Sarah ringkas. "Ohh...husband Kak Suri?" Zera bertanya lagi. Sarah mengangguk perlahan. "Handsome." Iqa pula berkata spontan. Mereka sama-sama tergelak. "Dia inikah...." ayat Zera tergantung. Sarah memandang Zera sambil mengerutkan dahi. "Apa dia?" Sarah bertanya. "Yang kau..." ayat Zera tergantung lagi. Sarah tersenyum penuh makna. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam pejabat. Bos Sarah yang terbaru, baru sahaja dikenalkan kepada pekerja-pekerja yang lain. Hanya Sarah sahaja tidak sempat diperkenalkan. Kerana Sarah ada urusan di luar. Keesokkannya setelah Sarah masuk ke pejabat, Sarah dipanggil masuk ke bilik bos. "Yes, boss." Sarah berkata. Apa pula kesalahannya kali ini? Sedangkan setahu dia, tidak ada kesalahan yang dilakukan setakat dia bekerja selama 2 tahun di syarikat tersebut. "Tolong taipkan surat-surat ni balik." arahan daripada bos barunya. Sarah terkejut dan memandang wajah bos tersebut tanpa berkelip. Bos itu merenung wajah Sarah kembali. "Ada apa, Cik Sarah?" tanya bosnya. "Tapi bos, ini bukan kerja saya. Ini kerja Suzana, secretary bos." kata Sarah perlahan. Ada getar marah dalam nada suaranya. "Saya peduli apa ini kerja siapapun. Yang penting, saya nak AWAK yang siapkan." tekan bosnya. Sarah mendengus marah. Segera dicapai fail-fail tersebut dan keluar dari bilik pejabat bos baru itu. Dihempaskan fail-fail ke atas meja. Terkejut Iqa yang berada di meja sebelah. Menjenguk ke rakan yang sedang amuk itu. "Kenapa dengan kau ni, Sarah?" Iqa bertanya sambil menghisap lolipop. Perangai Iqa yang satu ini dari dulu tidak pernah berubah. "Ada ke patut kerja Suzana suruh aku yang buat. Gila ke hape orang tua tu." bentak Sarah marah. Tidak pernah Iqa lihat Sarah sepanas baran itu. "Dia suruh kau buat apa?" tanya Iqa lagi. "Dia suruh aku taip surat-surat apa kejadah ni." ditolak fail tersebut dengan kasar. Bos baru yang ternampak perbuatan Sarah itu, menuju ke arah gadis itu. "Cik Sarah...ada apa-apa yang Cik Sarah tak puas hati, boleh terus je datang jumpa saya. Tak perlulah nak amuk kat sini." sindir bos baru itu. Sarah menundukkan wajah. Tapi masih tidak puas hati. "Memang dah agak dah. Perempuan ni belakang je baru berani. Bila dah berdepan, takut jugak." bos baru itu masih dengan sindirannya. Iqa duduk semula di tempatnya. Kejap lagi, meletuplah perang. Sarah mendongak memandang bos itu. Dia berdiri tegak. "Kerja saya dekat sini bukan untuk taip surat. Kerja-kerja filing macam ni, secretary bos yang sepatutnya buat. Kalau saya yang kena buat, apa guna jawatan saya sebagai Account Exec kat sini. Kerja saya buat gaji and tengok company cash flow. Bukan buat kerja yang sepatutnya secretary kena buat." bidas Sarah berani. Bos baru itu memandangnya dengan satu pandangan yang amat jelek. Terdengar seseorang berdehem. Mereka sama-sama memandang. Pengarah Urusan! Apa yang dibuat disitu? Nampakkah dia akan pergaduhan mulut sebentar tadi? Sarah segera menundukkan wajah. "Apa yang kecoh-kecoh kat sini ni?" tanya Pengarah Urusan syarikat yang Sarah kerja itu. "Dia nilah, Pa. Haikarl suruh dia buat kerja, merungut pulak. Banyak songeh." ujar lelaki yang memanggil dirinya Haikarl itu. "Kenapa, Cik Sarah?" bos besar bertanya pula pada Sarah. Sarah mengangkat wajahnya perlahan. "Maafkan saya, Tuan Syed. Sebenarnya bos berikan saya kerja yang tak sepatutnya saya buat. Seperti taip surat and filing. Ini bukan kerja saya Tuan. Ini kerja Suzana. Secretary bos. Kerja saya hanyalah siapkan paycheck and observe company cash flow." terang Sarah lembut. Bos besar yang dikenali sebagai Tuan Syed mengangguk. "Karl, kenapa bagi kerja yang tak sepatutnya pada Sarah?" Tuan Syed beralih kepada Haikarl. "Ala...perempuan ni, Pa. Kecoh je lebih. Dah tahu bukan kerja dia, bagi jelah kat Suzana." Haikarl membela diri yang sedang bersalah. Sarah memandangnya jengkel. "Sudah!!! Papa tak nak kamu kecoh-kecoh kat sini. Pergi buat kerja kamu. Maafkan Haikarl ya, Sarah." ucap Tuan Syed. Meminta maaf bagi pihak Haikarl. "Tak apa, Tuan." ujar Sarah. Tuan Syed beredar dari situ. Sarah duduk semula di tempatnya. Haikarl masuk menonong ke dalam biliknya semula. Geram tidak dapat mengenakan Sarah. Sudahlah di hari pertama Haikarl masuk, Sarah tiada di pejabat. Bila berjumpa hari kedua, Sarah langsung tidak menegurnya selamat pagi. Seolah-olah Sarah tidak menghormati Haikarl sebagai bos baru di pejabat itu. Di dalam bilik, Haikarl menggenggam penumbuk. Nantilah kau Sarah. Pasti aku akan kenakan kau, omong Haikarl sendirian.
---------------------------------
KELETIHAN Sarah pulang ke rumah. Dia segera membersihkan diri dan bersolat. Selepas itu menyediakan makan malam untuk Iskandar dan Suri. Tetap jam 8 malam, Iskandar sudah pulang. Sejak kebelakangan ini, awal Iskandar pulang. Suri juga yang masih pulang lewat malam. Sudah kebiasaan Sarah akan makan bersama Iskandar. Kadangkala Sarah mengelak untuk makan bersama. Takut dikata jiran. Tidak manis dipandang orang. Lelaki dan perempuan yang bukan muhrim duduk serumah walaupun ada kakak Sarah. Tetapi Suri jarang balik awal. Sarah menceduk nasi ke dalam pinggan Iskandar dan pinggannya sendiri. Iskandar hanya memerhatikan gerak-geri Sarah itu. "Makanlah, Bang." Sarah berkata. Menyedarkan Iskandar dari lamunan. Tanpa mereka sedari, Suri yang sengaja pulang awal pada hari itu, ternampak akan kemesraan mereka. Betullah kata Kak Imah, jiran sebelah. Iskandar kini selalu pulang awal. Pada mulanya, Suri tidak percaya. Tapi lama-kelamaan, dia semakin ragu-ragu. Kini, dia sudah ada bukti. Suri mendengus geram. Dia segera naik ke tingkat atas. Nantilah kau Is, gumam Suri. Suri masuk ke dalam bilik. Dicampak tas tangan ke atas sofa yang ada di dalam bilik. Setengah jam kemudian, Suri turun semula ke tingkat bawah. Iskandar sedang menonton televisyen. Manakala Sarah berada di meja makan di dapur. Sedang sibuk menyiapkan kerja yang dibawa pulang. Suri menuju ke dapur. Sarah tersedar dan memandang Suri. Wanita itu memandang Sarah dengan tajam. "Kak Suri nak makan?" "Tak nak. Buatkan Kak Suri air fresh oren. Jangan guna yang Sunkist punya tau. Kak Suri tak boleh minum minuman kordial ni. Perah orange yang ada dalam fridge tu." seperti suatu arahan yang diberikan oleh Suri. Sarah mengangguk lemah. Malas mahu bertekak. Sudah lah selama 2-3 bulan ini, hidup dia asyik diganggu oleh orang yang tidak berfikiran waras seperti Haikarl. Balik rumah, dia malas mahu mencari gaduh dengan sesiapapun. Lagipun, dia sedar. Kehadiran Sarah disitu hanyalah sebagai tetamu. Tidak lebih dari itu. Sarah membuka peti sejuk dan mencapai buah oren yang ada. Dibelah kepada dua bahagian. Kemudian, diperah jus buah tersebut. Iskandar yang masuk ke dalam dapur pelik melihat Sarah memerah buah oren tersebut. "Sarah perah orange ni buat apa?" Iskandar bertanya. Dia berdiri di sebelah Sarah. Begitu hampir dengan Sarah. "Kak Suri nak minum." jawab Sarah ringkas. "Kenapa tak guna kordial Sunkist je?" "Kak Suri tak boleh minum yang kordial punya. Dia nak yang freshly squeezed." Sarah berkata lagi. Iskandar menggeleng. Melampau sungguh perbuatan Suri ini. "You buat apa dalam dapur ni?" sergah Suri. "I nak buat air kopi lah." jawab Iskandar kasar. "Mana kopi you?" tanya Suri lagi. Sekadar menguji. "I nak buatlah ni." "You nak buat air kopi je kan. Kenapa you nak bersembang pulak dengan Sarah?" sindir Suri. "Salah ke I nak bercakap dengan dia? Dia kan adik ipar I." tegas Iskandar. "Ohh...you tahu dia adik ipar you? So, you tahu lah kan nak jaga batas-batas you dengan adik ipar you tu." sekali lagi Suri menyindir. Iskandar terdiam. Benarkah dia sudah melebihi batas yang sepatutnya ada di antara abang ipar dan adik ipar? "Sarah, hantar air tu ke atas." arah Suri. "Tak payah, Sarah. Kalau dia nak minum, biar dia turun ke bawah. Jangan mengada nak suruh orang hantar ke atas. Sarah bukan orang suruhan dia." bantah Iskandar. "You ni kenapa? Suka hati I lah nak suruh dia ke tak. Dia adik I." suara Suri mula meninggi. Sarah menundukkan wajah. "Tahu pun dia ni adik you. Yang you suruh-suruh dia macam orang gaji tu, kenapa pulak?" marah Iskandar. Sudah lama bersabar dengan sikap yang ditunjukkan Suri kepada Sarah. "Arghh...malas cakap dengan you ni." Suri bersuara lantang. Dia memanjat tangga untuk ke tingkat atas. Pintu bilik dihempas kuat. Terkejut Sarah yang berada dibawah. Belum pernah lagi dia lihat Suri marah sebegitu. Kecuali permintaannya tidak ditunaikan oleh Abah. Iskandar memanjat tangga untuk ke tingkat atas. Dia masuk ke dalam bilik dan menutup pintu bilik perlahan-lahan. Dia tahu Sarah masih terkejut dengan kejadian yang berlaku dihadapan matanya. "Kenapa you buat adik you macam tu? You tahu tak, dia terkejut tengok perangai you macam ni." Iskandar berkata perlahan. Sebolehnya, tidak mahu ditinggikan nada suara. "Ohh...perasaan adik I je yang you ambil tahu. Perasaan I? Huh!!! You dengan Sarah dah buat maksiat ke kat dalam rumah I ni?" lantang suara Suri bertanya. "You cubalah cakap perlahan-lahan sikit. Malu tau tak kalau jiran sebelah dengar." Iskandar masih bersabar dengan sikap Suri. Memang selama inipun, Iskandar yang banyak bertolak ansur akan sikap Suri. "You dah gila ke hape? I ni orang Islam, Suri. I tahu batas-batas I dengan Sarah. You ingat I ni lelaki jenis apa. Nampaknya selama bertahun kita kahwin pun, you masih tak faham lagi tentang diri I, Suri. Kalau macam nilah gayanya, I rasa I dah tak boleh nak pertahankan lagi perkahwinan kita ni." Iskandar akhirnya meluahkan apa yang terbuku di fikirannya selama ini. "Ohh...you nak cerai dengan I, and then you nak kahwin dengan Sarah? BEGITU!!!!" jerit Suri. Bergema di kamar tidur mereka itu. "I belum gila lagilah, Suri. You fikirlah sikit. I pertahankan perkahwinan kita selama ni, sebab I sayangkan you Suri. I terlalu cintakan you. Tapi kalau begini lah jadinya, I rasa kita tak patut teruskan perkahwinan ni lagi dah." lembut Iskandar berkata tetapi dalam nadanya masih ada ketegasan. "Okay, kalau itu yang you nak, esok juga kita pergi mahkamah. I nak minta cerai. I pun dah tak sanggup tinggal dengan lelaki playboy macam you ni." jerit Suri sekali lagi. Iskandar menggeleng. "You cakap I playboy? You jangan lupa Suri, siapa curang siapa sekarang." Iskandar memulangkan paku buah keras. Bukan dia tidak tahu Suri selalu pulang lewat kerana berjumpa dengan bekas kekasihnya dahulu sebelum dia berkenalan dengan Iskandar. Suri terduduk. Iskandar sudah tahukah akan skandalnya kini? Iskandar mengambil bantal dan selimut. Dibaringkan diri ke atas sofa. Diselimutkan diri. Suri memandang Iskandar dengan perasaan tidak percaya. Sarah yang berada di ruang tamu, terdengar pergaduhan mereka. Air mata Sarah menitis satu persatu. Iskandar hanya menganggapnya tidak lebih dari seorang adik ipar. Memang selama ini, itu status mereka. Dia akur. Sarah berjalan masuk ke dalam bilik.
------------------------------
SARAH berjalan seorang diri di Taman Tasik Shah Alam. Mengambil angin segar seorang diri. Sarah berdiri lama memandang ke arah tasik yang terbentang luas. Melepaskan keluhan perlahan. Entah bila masa, Iskandar berdiri di sebelah Sarah. "Abang dah buat keputusan." kata Iskandar tiba-tiba. Sarah kaget dan memandang ke sebelah. Tersenyum sahaja Iskandar memandang langit yang cerah. "Abang akan ceraikan Kak Suri." ringkas Iskandar berkata. "Kenapa Abang nak buat macam tu? Kesian Kak Suri." Sarah benar-benar tidak setuju akan tindakan Iskandar. "Abang dah tak tahan dengan perangai dia." Ujar Iskandar lagi. "Alasan yang tak munasabah." Bentak Sarah. Tidak suka dengan alasan itu. "Sebab Abang dah cintakan Sarah." kata-kata Iskandar membuatkan Sarah terkejut besar. "Abang tak boleh cintakan Sarah. Kita berada dalam hubungan terlarang." tingkah Sarah. "Tapi, Sarah...Abang akan ceraikan dia." ujar Iskandar bersungguh-sungguh. "Sarah tetap tidak boleh bersama Abang." Sarah berkira-kira hendak berlalu pergi. Tapi lengannya ditarik oleh Iskandar. "Katakanlah yang Sarah tidak cintakan Abang. Pandang muka Abang." Tukas Iskandar. "SARAH...TAK...CINTAKAN....ABANG...." tegas Sarah dalam nada yang terketar-ketar. Dia melepaskan diri dari cengkaman Iskandar dan berlalu pergi. "Tapi Abang akan sentiasa dan selalu cintakan Sarah." Laung Iskandar dari kejauhan. Sarah menekup telinganya. Tidak mahu mendengar ayat yang seterusnya keluar dari mulut lelaki itu.
"IBU…Suri nak dia keluar dari rumah ni, hari ini jugak." Jerit Suri. Sarah yang terdengar jeritan itu, berlari masuk ke dalam rumah. Terkejut melihat keadaan Suri bagaikan orang yang terkena histeria. "Kenapa ni, Bu?" tanya Sarah lembut. Memegang bahu Ibu. Segera pegangan itu ditepis kasar. "Kau ni dasar anak tak kenang budi. Kenapa dengan laki kakak kau jugak yang kau nak? Dah tak ada lelaki lain yang boleh kau buat laki?" Ibu bertanya kasar. Tidak pernah Sarah mendengar Ibu berkata sekasar itu. Sarah terkejut. Airmatanya bertakung di tubir mata. "Apa yang Ibu cakapkan ni? Sarah tak faham." Ujar Sarah lembut. Mutiara putih menuruni pipinya perlahan-lahan. "Kau tak faham, atau buat-buat tak faham." Lantang Ibu bersuara. PANG! Satu tamparan melekat di pipi Sarah. Penampar yang sudah lama Suri simpan sejak dia tahu akan hubungan Sarah dan Iskandar. Terduduk Sarah di atas lantai. Tidak disangkanya ‘hadiah’ yang akan diterima daripada Suri. Sarah memegang pipi yang terasa pedih. "Kau keluar dari rumah aku sekarang. Dasar perempuan jalang!!!" jerit Suri lagi. Sarah sudah tidak sanggup mendengar kata-kata hinaan seterusnya dari mulut Suri. Dia bangun dan berdiri tercegat dihadapan Suri dan Ibu. "Terima kasih Sarah ucapkan buat Kak Suri kerana selama ni, Kak Suri sabar dengan karenah Sarah. Sarah tahu pelajaran Sarah semuanya ditanggung oleh Kak Suri. Makan minum Sarah dan Ibu dikampung, semuanya atas tanggungan Kak Suri. Tapi tak pernah terlintas di fikiran Sarah untuk merampas Abang Is dari Kak Suri. Sarah tahu siapa Sarah. Siapa Abang Is. Hubungan kami tak memungkinkan kami mencintai diantara satu sama lain. Terima kasih Ibu. Kerana dengan didikan dan jagaan Ibu selama ini tak mungkin dapat Sarah balas walaupun seumur hidup Sarah bekerja kuat untuk membalasnya. Sarah tahu Sarah anak derhaka Ibu. Sebab Sarah banyak melawan cakap Ibu. Tapi tak bermakna Sarah tak sayangkan Ibu. Sarah sanggup gantikan nyawa Sarah untuk Ibu. Sarah sanggup, Ibu. Sarah sanggup. Dan, Sarah bukan perempuan jalang, Kak Suri." Sarah berpaling dan berjalan menuju ke arah dapur. Tetapi kemudian dia berhenti. Iskandar yang baru sahaja pulang ke rumah, terdengar perbualan mereka bertiga. Dia tercegat di luar rumah. Mendengar setiap butir bicara yang keluar dari mulut Sarah. "Ya. Memang Sarah akui, Sarah cintakan Abang Is. Dah lama Sarah cintakan dia. Sejak pertama kali, Kak Suri bawak Abang Is balik ke rumah. Jumpa Ibu dan arwah Abah. Sarah pun tak tahu kenapa Sarah boleh jatuh cinta pada dia. Sarah paksa perasaan ini untuk pergi jauh dari Sarah. Sarah tak mahu ada perasaan pada abang ipar Sarah sendiri. Tapi buat pertama kalinya dalam hidup Sarah, Sarah telah jumpa cinta sejati Sarah. Dan cinta sejati ini adalah dari hubungan yang terhalang. Pada masa itu, Sarah dapat rasakan Abang Is adalah lelaki yang sangat baik. Sangat baik. Mungkin terlalu baik buat Kak Suri. Tapi Sarah tak pernah sekalipun terlintas di fikiran nak merampas Abang Is dari Kak Suri. Jangan Kak Suri kata Sarah perempuan jalang. Sarah sedar siapa diri Sarah, Kak. Sebab itulah Sarah rela berundur dari hubungan ini. Sarah dah tak sanggup duduk sebumbung dengan Kak Suri dan Abang Is lagi. Selama ini pun, Sarah cuba elakkan diri daripada Abang Is. Tapi entah kenapa, semakin lama Sarah elak, semakin cinta Sarah pada Abang Is. Perasaan ini datang dengan rela. Sarah pernah terfikir kenapa Sarah tidak dipertemukan dengan Abang Is dulu sebelum Kak Suri? Tapi Sarah fikir semula, mungkin cinta ada diantara kami tetapi tidak jodoh. Sarah akur, Kak Suri. Kak Suri lebih beruntung kerana memiliki sekeping hati milik Abang Is. Tapi Kak Suri terlalu bodoh sehingga sanggup mempersiakannya. Sarah akan pergi dari rumah ini." Jelas Sarah panjang lebar. Airmatanya seakan tidak mahu lagi berhenti. Suri menekup mulut. Tidak menyangka perkara sebegitu yang akan diluahkan adiknya. Iskandar yang berada di luar rumah tersenyum kecil. Lega dengan penjelasan Sarah. Entah kenapa belum pernah dia rasa selega itu. "Ibu, maafkan Sarah atas sikap Sarah selama ini. Halalkan makan minum Sarah. Halalkan setiap susu yang keluar dari tubuh Ibu untuk Sarah." Ucap Sarah. Dia tunduk menyalami tangan Ibu. Ibu menepis tangan mulus itu dengan kasar. Airmatanya semakin laju. Dia beralih pula pada Suri. "Kak Suri, terima kasih atas segala pengorbanan yang telah Kak Suri lakukan untuk Sarah selama ini. Jasa Kak Suri akan sentiasa dikenang. Halalkan makan minum Sarah selama Sarah disini dan juga selama Sarah berada dibawah jagaan Kak Suri." Sarah tunduk menyalami tangan Suri. Suri menolak Sarah dengan kasar sehingga gadis itu jatuh terduduk di atas lantai. Langsung tidak memandang wajah Sarah yang sudah dibasahi air mata. Sarah bangun dan terus berlalu ke biliknya. Dia mengemas pakaian. Sarah menjinjing beg pakaian keluar dari rumah itu. Dilihat sekilas ke arah rumah tersebut. "Aku berjanji tidak akan sekali-kali memijakkan kaki ke rumah ini lagi. Abang Is, maafkan Sarah. Aku terlalu menyintaimu. Mungkin aku tidak lah sempurna, tetapi hatiku memiliki mu sepanjang umurku. Mungkin aku tak bisa memiliki, dirimu seumur hidupku." Sarah bergumam sendirian. Dia memejamkan mata. Akan disimpan kenangan itu di dalam hati. Kemudian, Sarah berpaling. Dia berpaling dan tidak akan sekali-kali menyesal dengan tindakannya itu.
P/S : Sorry, ini cerpen pertama. Sorry kalau ada yang tak puas hati. Next time I’ll try to do it better. Cerpen ni ada sambungannya lagi. Kalau ada cerita yang tergantung tu bermakna dalam sambungan cerpen yang seterusnya. Apa-apa pun, leave a comment k….Ini cerpen yang pertama.
sye mmg x de idea nk wat cerpen yg bagus.... hehe saje mencuba..... tp korg blh visit blog sye.... http://ecahyourbestfriend4eva.blogspot.com.... dlm tue ade 2 e-novel... harap kalian baca n komen k.....
pengolahan yg baik...wlaupon sebijik dgn jln cerita cerekarama di tv3..lakonan diana rafar dgn intan azura kn? apepon,,tahniah...
~pembaca setia~
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
mcm satu cerita yg ditayangkan di tv3 :]]]