Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Hana, ko ada dengar cerita tak?" tanya Dila. "Mendenya? Gempak abis ke cite ko tu?" soal Hana, Dila membesarkan matanya yang tak berapa nak besar tu pada Hana. "Ada budak baru masuk kelas kita nanti." Dengan bersungguh Dila bercakap. Terus Hana berubah tingkah dari duduk dengan penuh kemalasan kini menjadi penuh teruja. Pantang je minah ni kalau dengar cite ada budak baru masuk. "Laki ke pempuan?" Soal Hana kembali. "Mesti la lelaki. Ensem tu macam muka sapa tu nama dia ala yang berlakon cerita petang-petang tu ala yang jadi anak derhaka tu. Pe ek nama dia?" dengan muka kritikal thinking Dila duk mengingat kembali nama pelakon tu. Hana memerhatikan saja tingkah laku temannya itu. "Hah! Aku dah dapat. Muka dia macam Adi Putra." Kata Dila sambil mehentak-hentak meja dengan gembiranya dapat tau jawapan yang dicari. "Ko ni Dila. Mengong tul la. Buat aku terkejut je tau. Aku sekeh ko kang baru tau. Ingatkan pempuan, leh wat geng kalau satu kepala ngan kita. Laki nak wat pe? Nak lagi kalau yang masuk tu lembut macam mamat ari tu. Nasib dia masuk kelas sebelah, kalau tak berbulu bijik mata aku tengok tau." Panjang lebar Hana berkata-kata. "Pe la ko ni Hana. Anti tul ngan budak laki jenis camtu." "Sapa kata aku anti ngan dorang? Pandai-pandai je ko ek. Aku just takleh tengok je. Bukan anti ok." Kata Hana sambil menekankan perkataan anti tu. "Yelah. Sori la. Jangan la marah. Tak rock la cam gini." "Blah la ko. Malas nak layan ko. G la main jauh-jauh." Hana bergurau dengan Dila. Tiba-tiba muncul Cikgu Zaiton dimuka pintu kelas. Keadaan yang gamat macam zoo tadi terus berubah laku senyap dengan keadaan murid-murid yang kaku seperti berada di dalam muzium patung lilin. Terkejut melihat Cikgu Zaiton yang terkenal dengan kegarangannya mengalahkan singa betina hilang anak. "Hah! Kenapa senyap? Amboi-amboi bukan main lagi ye kamu semua. Cikgu takde buat bising dalam kelas serupa macam pasar borong. Dari jauh lagi cikgu dengar kelas ni paling bising. Dah balik tempat masing-masing." Marah Cikgu Zaiton, guru disiplin Sekolah Menengah Wangsa Maju Seksyen 2. "Sapa ketua kelas? Keluar sekarang." Panggil Cikgu Zaiton sambil mencekak pinggangnya yang tak ramping tu. "Saya cikgu." Adam segera keluar dari tempat persembunyiannya (tempat duduk la tu) menuju kearah Cikgu Zaiton. "Hah, Adam. Pastikan semua senyap dan duduk di tempat masing-masing. Kalau cikgu dengar sekali lagi kamu semua bising. cikgu akan pastikan semua didenda lari tengah padang sebanyak 10 pusingan. Faham?!" dengan muka yang menggerunkan Cikgu Zaiton berkata. "Faham cikgu." Dengan wajah terkulat-kulat Adam menjawab. Cikgu Zaiton memandang sekeliling kelas sebelum keluar dan berpaling untuk keluar dari kelas Tingkatan 5 Fikrah. Kelas yang membuatkan para cikgu tak ingin menjejakkan kaki ke dalamnya, dengan kenakalan pelajar yang boleh bikin cikgu pening kepala. Itu tak termasuk lagi dengan masalah yang selalu diberikan oleh dorang. Dorang akan jadi budak baik bila dengan Cikgu Zaiton dan guru besar je, Cikgu Maimon. Setakat cikgu lain boleh jalan la, cikgu-cikgu yang gerun dengan dorang. Terbalik la pulak.
Tak lama kemudian kelihatan Cikgu Zarina melangkah masuk ke dalam kelas bersama seorang pelajar baru. Sebaik saja sampai dimeja, dia meletakkan buku-bukunya ke atas meja dan terus memperkenalkan pelajar baru. "Assalammualaikum kelas. Ok, tak payah bangun. cikgu nak kenalkan pelajar baru kita hari ni. Ok, semua diam dan dengar dia akan kenalkan diri selanjutnya." Kata Cikgu Zarina seraya memalingkan muka menunjukkan isyarat kepada pelajar baru untuk mengenalkan dirinya. "Assalammualaikum semua. Saya Izham Shahrizal Bin Ikram, saya berasal dari Kelantan, tapi disebabkan bapa saya seorang polis jadi paham-paham la sendiri. Perkara biasa kalau pindah sana sini. Saya merupakan anak tunggal.Hobi masa lapang melukis dan main gitar. Makanan kegemaran apa je janji halal la. Ada apa-apa lagi nak tanya boleh je. Sila la kemukan soalan." Panjang lebar tul mamat ni bercakap. Sampai tak sempat orang lain nak menyampuk. Kat belakang budak-budak laki dah bising duk boo… dia. "Saudara Izham Shahrizal, boleh saya tanya satu soalan pada awak?" Hana bangun dan bertanya pada Izham. "Ye, boleh je." Segera Izham balas pertanyaan Hana. "Awak dah ada makwe ke belum? Berapa nombor telefon awak? Saya wakil untuk kawan saya yang nak berkenalan dengan awak. Dia malu nak tanya sendiri." Dengan pantas Hana menyoal Izham kembali. "Saya masih solo. Nombor telefon saya biarlah rahsia." Balas Izham. Serentak dengan itu kelas menjadi gamat dengan pertanyaan dan jawapan yang dianggap panas. "Ok pelajar. Sudah tu semua, Terima kasih Izham. Awak boleh duduk disebelah Haikal." Kata Cikgu Zarina. Izham bergerak menuju ke tempat duduknya dibaris belakang. Elok je Izham labuhkan punggungnya ke kerusi, terus je dia disapa oleh Haikal yang peramah. Haikal bercakap dan bertanya tanpa henti. Sempat jugak dia memperkenalkan semua pelajar yang ada. Izham hanya tadah telinga dan memandang Haikal dengan muka yang terkulat-kulat je. "Baik semua. Hari ni kamu boleh buat kerja sendiri dan pastikan kamu semua tak bising. Kalau kamu semua terlampau bising, semua didenda berdiri atas kerusi." Kata Cikgu Zarina sambil memandang pelajarnya. Elok je Cikgu Zarina habis bercakap dan menundukkan muka ke meja, pelajar semua terus bising dan buat hal sendiri. Ada yang mengambil kesempatan untuk berkenalan lagi dengan Izham terutama pelajar perempuan yang pantang tengok lelaki macho seprtinya. Mula la tergedik-gedik kat tepi meja macam cacing kepanasan. "Wei Dila, ko tengok ratu gedik Malaya kat belakang tu. Menyampah aku tengok dia." Hana menjuihkan mulutnya ke arah Safira. "Ko ni kan ada je yang tak kena kat mata tu. Aku cucuk bijik mata ko baru tau. Banyak komplen tul la. Dia cantik biar la. Mesti ko jeleskan dia dapat banyak perhatian dari ko." Dila memberikan pendapatnya. "Ko ni sokong sapa sebenarnya?" Hana menyoal Dila. \"Mestilah ko. Tapi part ni aku no komen." Dila memanjangkan leher jenguk ke belakang tengok gelagat pelajar lain kat belakang kelas. Hana duduk dengan santai, kakinya diletakkan di atas meja dan tangannya mengetuk-ngetuk meja membuat irama tarian india.Sungguh tak sopan sekali gaya minah sorang ni. Cikgu di depan segera berdiri melihatkan keadaan yang tak terkawal sekarang ni. Melilau bijik mata dia mencari siapakah gerangan yang buat bising. "Hana, berhenti buat bising. Turunkan kaki awak kebawah, berdiri atas kerusi sekarang. Apa nak jadi dengan awak ni?" marah Cikgu Zarina. Hana hanya memandang cikgunya dengan muka selamba dan berdiri diatas kerusi. "Kali ni siapa je bising, satu kelas berdiri atas kerusi. Dah, balik ke tempat masing-masing. Buat kerja sendiri." Amaran keras oleh Cikgu Zarina. Tapi tak lama kemudian, loceng sekolah berbunyi menandakan kelas telah pun berakhir pada masa ini. "Baik. Terima kasih kelas." Cikgu Zarina segera melangkah keluar kelas. Hana pulak segera turun dari kerusi dengan muka seposen. "Apa pandang-pandang? Macam tak penah nampak aku je kan." Tempelak Hana pada kawan-kawannya, dengan kasar Hana menarik kerusinya dan duduk dengan gaya ketidak sopanannya itu. Kakinya dilunjurkan ke atas meja semula sambil bergendang kembali. Kelas menjadi bertambah gamat lagi apabila pelajar lain turut menyertai perbuatan Hana.
"Woi, diam la. Cikgu Maimon buat rondaan." Adam menjerit pada kawan-kawannya. Secara automatiknya kelas 4 Fikrah terus menjadi senyap. Pelajar semua terus berubah tingkah laku menjadi baik. Derap kaki Cikgu Maimon kedengaran jelas menghampiri kelas mereka. "Assalammualaikum pelajar." Cikgu Maimon menyapa mereka semua. "Wa’laikumsalam cikgu." Jawab mereka. "Bagus pun. Semua senyap, pastikan keadaan kelas kamu senyap selalu macam ni paham." "Baik cikgu." Jawab mereka sekelas. Cikgu Maimon pun berjalan keluar ke kelas lain.
"Assalammualaikum cikgu." Ucap pelajar tingkatan 5 Fikrah serentak. "Wa’laikumsalam. Ok duduk semua." Jawab Cikgu Ainon. "Baik semua. Buka muka surat 56. Baca dan pahamkan dulu." "Baik cikgu." Jawab mereka serentak. "Sebelum tu, siapa yang nak pergi camping di Janda Baik?" soal Cikgu Ainon. "Cikgu, berapa orang boleh pergi?" soal Adam. "Ok, pihak sekolah telah sediakan 3 buah bas untuk pergi ke Janda Baik Cikgu rasa banyak lagi tempat kosong. Tapi kalau ikut tempat, satu kelas dalam 15 orang boleh pergi. So sapa cepat dapatlah tempatnya. Kalau berminat datang depan bagi nama kamu pada cikgu sekarang." Ujar Cikgu Ainon. Selesai Cikgu Ainon berkata, beberapa pelajar bangun dan berkerumun di depan meja guru. "Hana, ko nak pergi tak?" soal Dila pada temannya. "Aku ok je. Ko bagikanlah sekali nama aku kat cikgu. Malaslah aku nak berebut kat depan tu." Balas Hana. "Ok, set." Dila ke depan sepantas mungkin untuk memberi nama. "Ok, tempat dah duduk dah penuh. Kamu semua boleh kembali ke tempat masing-masing." Dengan lantang Cikgu Ainon mengarah mereka balik ke tempat asal. "Dila, sempat tak ko bagi nama kita kat cikgu?" soal Hana setelah Dila kembali ke tempatnya yang terletak bersebelahan dengan Hana. "Tengok kaki la beb." "Hah! Sudah kenapa lak ngan kaki ko? Meh aku tengok." Dengan selamba Hana menarik kain sekolah Dila keatas dan melihat kaki Dila. "Pe ni woi." Dila terjerit kecik. "Dah ko gak suruh aku tengok kaki ko tu. Buruk siot banyak bulu kaki ngan parut." Hana terus ketawa berdekah-dekah sambil menekan-nekan perutnya. "Hana! Amboi-amboi sakan betul awak gelak ye. Hormat sikit cikgu kat depan ni. Apa nak jadi dengan awak ni." Marah Cikgu Ainon. Dila disebelah mengangkatkan ibu jarinya dan dihalakan pada Hana. Hana hanya dapat memandang Dila dengan penuh bengang. "Hana, jumpa cikgu lepas kelas ni. Baik kelas sampai disini saja kelas kita hari ni. Terima kasih semua. Hana, ikut saya sekarang jugak." Kata Cikgu Ainon sambil melangkahkan kakinya menuju ke bilik guru diikuti oleh Hana dibelakangnya.
"Hana, duduk." Pelawa cikgu Ainon. "Terima kasih cikgu." "Hana, pening kepala Mak Usu tau dengan perangai kamu ni. Cubalah kamu ubah diri kamu ni. Datang sekolah dengan pakaian macam ni. Cuba bangun tengok diri kamu dalam cermin tu." Pinta Cikgu Ainon. Hana hanya bangun dan menurut saja kehendak Cikgu Ainon alias Mak Usunya itu. "Mak Usu, Orang tengok ok je." Kata Hana. "Tengok ni betul-betul, rambut pendek mengalahkan jantan. Lengan baju dilipat-lipat, kain kamu sentengkan, stoking tak pakai, kasut lagi lah macam-macam warna talinya tu. Apa nak jadi dengan kamu ni Hana." Bebel Cikgu Ainon pada Hana, anak buah kesayangannya tu. "Orang selesa la macam ni Mak Usu. Ni diri orang, pandai-pandai la orang hidup. Mak Usu jangan bimbang ok." Jawab Hana kembali. "Kamu ni Hana, ada je jawapnya. Malu Mak Usu dengan pengetua tau. Nasib kamu la Hana, kalau kena denda nanti. Jangan nak babitkan Mak Usu paham." Ujar Cikgu Ainon. Hana hanya menganggukkan kepalanya, dalam hati dia tau betapa Mak Usunya takkan biarkan apa-apa terjadi padanya kerana dialah satu-satunya waris yang ada. "Dah, balik kelas kamu Hana. Be good ok." Kata Cikgu Ainon. Hana pun berpaling dan keluar menuju ke kelasnya di tingkat 4.
"Hana, nape Cikgu Ainon panggil ko?" Dila terus menerpa pada Hana dan menyoalnya. "Takde pe la. Biasa la kena leter lagi. Macam aku tak biasa." Jawab Hana. "Hana, boleh tak aku pinjam nota sejarah ko?" kata Izham yang tiba-tiba terpacul didepannya. "Ko nak wat pe ngan nota aku?" soal Hana. "Aku nak pinjam la nak catit balik mana yang aku tertinggal." Kata Izham. "Asal lak mintak kat aku? Mintak la kat buah hati ko kat tepi tingkap tu." Balas Hana sambil jari telunjuk dihala ke arah Safirah. "Aku nak ko punya jugak. Baik ko bagi kalau tak aku berdiri depan ko sampai balik." Ugut Izham. "Nah amik ni. G main jauh-jauh. Sibuk je." Halau Hana. "Thanks." Ujar Izham.
"Hana, thanks. Nah, buku ko." Izham memulangkan buku pada tuannya. "Ok. No hal la." Dengan kasar Hana menarik bukunya dari tangan Izham. "Hana, ko ni cute la." Kata Izham sambil berlalu pergi ke tempatnya. "Pehal lak mamat ni. Sewel ke?" omel Hana sorang-sorang. "Hana, ko ada apa-apa ek ngan Izham? Ko tengok tu ada muka cemberut kat sana duk pandang ko semacam je." Kata Dila. "Banyak la ko. Aku just bagi pinjam nota je kat dia. Tu pun kecoh ke?" "Lek la. Janganlah marah. Tak cute tau." "Banyak la ko punya cute." Marah Hana. Dila hanya tergelak melihatkan temannya itu. Dari sudut belakang berlainan sudut tanpa sesiapa sedari, kelihatan dua pasang mata yang memandang kearah Hana dan Dila. Sepasang mata memandang dengan penuh marah, tak puas hati dan cemburu, manakala sepasang lagi mata memandang dengan penuh perasaan suka.
\"Hana, jadikan ko pergi camping tu nanti? Ko jangan tak jadi lak. Aku dah cakap ngan parents aku. Dorang bagi aku pergi asalkan ko ada sekali la.\" Tanya Dila. \"Mestilah aku pergi. Ko jangan risau la. Mak Usu aku bagi kebenaran. Lagipun ni kan awal tahun. Aku nak enjoy lu la. SPM kan hujung tahun ni. Rilek la.\" Kata Hana. \"Aku setuju.\" Pantas Dila memberi persetujuannya. \"Ko tu tak sapa yang pergi lagi?\" soal Hana. \"Setahu aku la kan. Ratu gedik tu pergi and of course la budak baru tu pergi. Kalau tak mana ada ratu gedik tu nak perginya. Kau paham-paham jelahkan.\" Kata Dila. \"Betul ke? Cam tak caya je. Ai, berbulu la bijik mata aku nanti tengok ratu gedik tu.\" Keluh Hana. \"Lagi yang pergi geng-geng ratu gedik tu la, lagi Haikal, Adam, Syafik dan sewaktu dengannya. Lagi best budak yang ko suka tu pun ada. Imran Hashim bin Latip, aku tau mesti ko suka kan?\" soal Dila. Muka Hana merona kemerahan menahan rasa hati. \"Ko ni pandai je serkap jarang aku. Mana main cintan cintun ni. Ko macam tak tau aku je kan. Aku minah rock beb. Tak main la cintan cintun ni. Boleh jalan la wei.\" Hana menjawab dengan gaya rockersnya. \"Banyak la ko punya rock. Konon tak main cintan cintun tapi kalau budak tu lalu sampai teteleng bijik mata ko aku tengok.\" Bebel Dila sambil membuat gaya. \"Betul la wei. Aku tak suka dia la. Dalam hidup aku mana penah wujud cinta Dah la. Malas nak layan ko. Aku nak pergi toilet la pastu aku nak serong kelas pasni dan seterusnya. Bye.\" Hana segera menyambar beg sekolah dan berlalu pergi dari kelas. \"Selamba badak je minah senget sorang ni. Apa nak jadi la kawan aku sorang ni. Lantak ko la Hana.\" Dila mengomel sendirian.
Sehari lepas camping...
"Baik kelas. Macam mana dengan camping hari tu? Seronok tak?" soal Cikgu Ainon pada pelajarnya. "Seronok cikgu. Tak nak buat lagi ke?" Hana berkata. "Seronok memang seronok tapi jangan lupa kamu semua akan menduduki SPM tahun ni. Cikgu nak semua lulus dengan jayanya ok?" "Baik cikgu." Sahut pelajar tingkatan 5 Fikrah. "Ok. Cikgu nak bagitau pada semua. Hujung bulan depan sekolah kita akan adakan lakonan bagi drama yang ada dalam buku teks kamu semua sempena hari membaca. Kelas kamu terpilih untuk melakonkan cerita Puteri Hang Li Po. Jadi saya nak kamu cadangkan siapa yang sesuai untuk melakonkan watak-watak yang ada dalam drama ni." "Cikgu saya nak bagi cadangan." Dila mengangkat tangan. "Ok. Sape yang awak nak cadangkan tu?" soal Cikgu Ainon. "Hana cikgu." Jawab Dila. "Cikgu, Safira." "Cikgu, saya cadangkan Dila." "Saya cadangkan Izham untuk jadi Hang Tuah cikgu." "Haikal cikgu." "Adam." "Syafik" "Ok, sudah tu semua. Kamu semua ni, nasib cikgu sempat tulis nama yang kamu cadangkan. Ok, sekarang kita cabut undi untuk watak yang ada." Kata Cikgu Ainon. Kemudian undi dicabut dan keputusan diumumkan oleh Cikgu Ainon. "Ok. Keputusan dah dapat. Watak Sultan Mansur dipegang oleh Adam. Hang Tuah pulak Izham. Safira permaisurinya. Dila jadi dayang istana. Puteri Hang Li Po pulak Hana, yang lain boleh lakonkan watak tambahan. Boleh?" kata Cikgu Ainon. "Boleh je cikgu. Kami semua setuju." Kata Adam. Tanpa sesiapa sedari Safira dibelakang muka dah macam cencurut merajuk tak dapat pegang watak Hang Li Po. "Ok, sekarang ni terserah pada kamu semua untuk melakonkan watak ni semua. Kerjasama antara kamu semua amat penting untuk menjayakan watak-watak ni semua." Kata Cikgu Ainon. "Baik cikgu." "Ok korang semua. Esok petang kita berlatih drama ni lagi ok." Kata Adam.
Hari pementasan...
"Dila, malu la nak berlakon depan orang ramai. Aku nak tarik diri boleh tak?" soal Hana. "Ko jangan nak ngada-ngada ek. Meh sini aku mekapkan ko." "Jangan mekap aku tebal-tebal, tak suka la." Kata Hana. "Ala tak payah mekap pun takpe. Bukannya cantik pun ko tu." Perli Safira sambil menjuihkan bibirnya. "Yang ko sakit hati ni kenapa lak? Macam la ko tu cantik sangat." Kata Dila. "Lantak la ngan dia Dila, ko tak yah layan dia tu." Pujuk Hana. "Betul gak cakap ko tu. Meh la aku siapkan ko." Kata Dila. "Ok semua. Dah siap belum? Jap lagi giliran kita lak." Laung Adam. "Dah siap pun. Tengok sikit kat cermin tu. Kan cantik." Puji Dila sambil memusingkan muka Hana menghadap cermin. "Woi cepat la. Dah nak mula. Mana Hang Li Po? Cepat sikit." Jerkah Amri yang bertugas menjaga pelakon drama. Tersentak mereka semua yang masih ada lalu berlari keluar ke depan pentas. Sampai waktu giliran Hana keluar ke pentas. Semua mata memandang dirinya seolah-olah terpukau oleh keayuan Hana yang berpakaian kebaya labuh melihatkan bentuk badannya yang ramping. Mereka macam tak percaya melihat Hana yang terkenal dengan gaya dan perangai rock berubah menjadi seorang gadis yang ayu.
Esoknya....
"Wei, tengok tu gadis ayu dah bertukar jadi minah rock la beb." Ejek budak-budak lelaki yang nakal. Hana hanya memandang sekejap dan meneruskan langkahnya yang menonong ke depan mendapatkan Dila yang duduk menanti Hana. "Sibuk je dorang tu." Hana mengadu pada Dila sebaik saja dia sampai kepada Dila. "Ala ko ignore je dorang tu. Dah la. Jom pergi kantin jap. Aku nak beli roti." Ujar Dila. "Jom la." "Hai tuan puteri. Hamba yang hina masuk mengadap ke depan duli tuan puteri." Kata Ismail yang gemar menyakat dirinya dan merupakan jirannya jugak. "Mail, aku tumbuk ko baru tau." Hana siap mengepal penumbuknya dan dihalakan kepada Ismail. "Rilek la. Aku gurau je la. Apa pun gempak la ko bawak watak tu dan paling penting ko nampak ayu gila. Terpikat aku melihat ko, nasib dihati aku dah terukir nama Hanim." Kata Ismail. "Banyak la ko. Aku sepak gak ko ni." Kata Hana dalam nada kegeraman. "Ok,ok. Sori la beb. Dah lama tak gurau ngan ko la.Sekali sekala nak gak aku bermanja ngan ko yang ayu ni." Gurau Ismail. Bukk!!! Hana dengan selamba menumbuk perut Ismail. Berkerut dahi Ismail terkena penangan Hana yang rock. "Sakit la wei." Ismail mengaduh. "Padan ngan muka ko." Kata Hana dan gelak dengan jahatnya sambil berlalu dari situ. "Apa nak jadi la minah sorang ni. Senak lak rasa perut ni." Omel Ismail sambil memegang perutnya dan melangkah pergi ke kelasnya.
"Assalammualaikum semua. Sedar tak sedar kita dahberada dihujung tahun. Bagi pelajar tingkatan 3 dan 5 ingat-ingat kamu semua tu nak menghadapi PMR dan SPM tahun ni. Apa-apa pun saya nak ucapkan selamat berjaya pada pelajar yang akan menghadapi PMR dan SPM. Bagi pelajar lain pula semalat bercuti dan berjumpa lagi pada tahun hadapan dengan azam yang baru. Terima kasih semua." Ucap Cikgu Maimon. Selesai perhimpunan pelajar semua bergerak menuju ke kelas masing-masing. Ada yang melencong ke tandas. "Hana, takutnya tak lama lagi SPM la. Camner ni? Aku tak study lagi la." Kata Dila. "Ala ko ni macam la tak biasa lak kan. Minggu depan kita start la study sama-sama kat rumah aku." Cadang Hana. "Ok. Set je. Nasib baik aku dapat kawan yang pandai macam ko. Selamat aku." "Pandai la ko. Petang ni keluar jalan-jalan nak?" "Jom je. Ko nak pergi mana? Mak Usu ko bagi ke keluar?" soal Dila. "Ala kita pergi dekat je Jusco Au2." "Ok. Cantiklah tu. Dah dekat ngan rumah aku. Kita jumpa kat sana jelah ek." "Ok. Jumpa pukul 3 kang. Ok aku nak balik dah ni. Nak ikut tak?" tanya Hana. "Nak la. Dah pukul 1.30 pun. Memang dah waktu balik pun. Jomlah."
"Dila. Hari ni last day kita sekolah. Sedihnya." Kata Hana sambil berpura-pura menangis. "Poyo la ko beb. Lek la nanti kita jumpa la time exam nanti. Mengada-ngada je ko ni." Ujar Dila. "Aku saja jelah." Kata Hana. "Hana, nah surat untuk ko." Ujar Izham yang terpacul tiba-tiba depan mata mereka berdua yang tengah hangat bersembang dari tadi. "Sape lak bagi ni?" soal Hana. "Baca jelah." Balas Izham. ‘Hana, aku nak nyanyi satu lagu khas untuk ko. Dengar tau.’ Sebaik saja Hana melipat surat yang berwarna pink itu. Izham mula menyanyi lagu untuk Hana dari Man Bai – Kau ilhamku. Suasana menjadi senyap sebentar kerana semua mendengar nyanyian dari Izham. Setelah selesai Izham menyanyi, semua bertepuk tangan. "Apa macam? Ok tak lagu yang aku tujukan untuk ko? Ko suka tak?" soal Izham. Hana tersenyum dan berdiri. Buk!!! Hana menumbuk ke perut Izham. "Ko ingat aku suka apa ko buat tu?" marah Hana sambil berlalu pergi. Izham hanya memandang Hana berlalu pergi sambil tangannya mengosok-gosok perutnya terasa senak terkena tumbukan minah rock selamba ni. "Nape ngan kawan ko tu Dila? Sakit perut aku tau." Soal Izham yang masih terkejut dengan tindakan spontan Hana. "Ntah la. Aku pun tak tau. Aku rasa dia tak suka la ko buat macam tu. Ko ni pun satu la. Dah la aku nak pergi cari dia." Kata Dila. Dila menghalakan langkah kakinya menuju ke tandas perempuan. Gerak hatinya merasakan temannya ada disana. Betul tekaan Dila kerana sebaik saja kakinya melangkah depan pintu dilihat temannya termenung memandang siling. Mujur la tandas yang mereka jejak ni tak ramai yang suka pergi kerana tempatnya yang agak jauh dan kebelakang. "Hana, ko ok tak?" soalan yang pertama terpacul dari mulutnya. "Aku ok la. Ko tak yah risau la." "Kalau aku tanya ko jangan marah aku tau. Aku nak tau kenapa ko tumbuk Izham tadi?" "Aku saja je. Nak lepas geram." "Ko ingat dia punching bag ke?" soal Dila dalam nada gurauan. "Ye kot." Gelak Hana. "Pandai je ko ek. Hana kalau ko ada masalah cerita la kat aku." "Aku tak nak la bebankan ko dengar masalah aku lak." Kata Hana sambil memandang Dila. "Aku kawan ko kan?" Apa guna aku disamping ko? Ceritalah, aku sanggup dengar." Pujuk Dila. "Ok. Ko dengar je tau." "Yelah." Kata Dila sambil memandang temannya dengan penuh minat. Hana menarik nafas panjang dan memulakan ceritanya. "Kalau aku cakap mesti ko tak percayanya nanti. Aku dulu sama je macam ko. Tak rock macam ni pun. Dulu aku pernah kapel ngan sorang mamat ni. Dia ni jiwang gak la macam Izham. Aku tertarik dengan cara dia layan aku. Tapi yang aku tak sangkanya, dalam baik dia tu ada makna lain sebenarnya. Malam tu, malam jahanam bagi aku. Macam biasa la aku keluar jalan ngan dia, pergi makan malam pastu ronda kat KL. Tak lama lepas tu dia kata dia nak jumpa member dia jap, ada hal katanya. Aku kata takpe la, pergi jelah jumpa member dia jap. Pastu baru hantar aku balik." Hana berhenti dan menarik nafas. Tak lama kemudian dia mula bercerita semula. "Dah sampai rumah member dia tu. Dia masuk jap pergi jumpa kawan dia. Tak lama pastu dia keluar, dia ajak aku masuk. Aku tak pikir apa dah, aku masuk jelah ke dalam rumah. Takut jugak tinggal kat luar. Elok je aku masuk dalam rumah, tiba-tiba kawan dia tutup pintu. Aku dah pelik, tapi aku buat tak tahu jelah. Tapi tak sangka rupa-rupanya....." Hana sudah terhenti cerita dan dia menangis teresak-esak. Dila terkejut melihat temannya menangis kerana dia tak pernah melihat Hana menangis sebegini. Dila mengusap belakang Hana dan menenangkan sahabatnya itu. "Aku kena rogol Dila. Bodohnya aku masa tu." Hana menangis semahunya. Dila terus memeluk Hana, menenangkan hati Hana yang bergelora saat itu. Dila turut merasai penderitaan yang dilalui Hana. Tidak disangka dalam rock Hana tu tersembunyi kisah hitam disebaliknya. "Hana, sabar la. Ko buat repot polis tak?" "Lepas benda tu jadi. Dia hantar aku balik dan suruh aku diamkan benda ni. Tapi Mak Usu aku dapat tahu bila dia tengok aku selalu beremosi. Aku cerita kat Mak Usu aku, Mak Usu aku terus bawak aku pergi buat repot. Tak lama lepas tu, aku dapat berita dari polis dorang semua kena cekup." Hana masih teruskan ceritanya dalam tangis. "Tu sebab aku jadi macam ni. Aku dah tak percaya pada lelaki lagi, jauh sekali cinta dari lelaki macam Izham. Aku benci lelaki." Kata Hana dalam kemarahan. "Hana, sabarlah Hana. Baru sekarang aku tahu nape ko macam ni. Kau jangan risau, aku tetap akan berkawan dengan ko selamanya. Aku sayangkan kau." Kata Dila sambil memeluk kembali temannya. "Thanks Dila. Ko la sahabat terbaik yang aku ada." Secara spontan Hana mengucup pipi Dila. Dila terkejut dengan aksi spontan temannya tapi dibiarkan kerana dia amat menyayangi Hana. "Dah, jom masuk kelas. Ni lap sikit air mata tu. Basuh sekali muka ko." Kata Dila sambil menyapu air mata Hana dan kemudian mencubit pipi gebu Hana. "Sakitlah." Hana mencubit kembali pipi Dila. Akhirnya tercetus tawa mereka.
Hari terakhir sekolah...
"Dila, rindu la aku nanti kat ko. Sedihnya nak berpisah ngan ko. Sedar tak sedar SPM pun dah habis hari ni. Ko jangan lupakan aku tau." "Aku tak lupa ko punya la. Apa-apa cari aku." "Dila ko jangan la nangis. Kang aku pun nangis gak." Kata Hana yang melihatkan temannya tersedu sedan menahan tangis. "Ko ni Hana. Main-main lak, aku tengah sedih ni." Dila mengesat air matanya yang mengalir ke pipi. "Jaga diri ko elok-elok tau." "Ok. Ko pun sama tau Hana jaga diri elok-elok. Kita jumpa lagi nanti." Dila memeluk Hana untuk kali terakhir. "Hana, aku nak cakap dengan ko sikit boleh?" soal Izham. Hana hanya memandang Izham sekilas dan terus melangkah ke depan. Izham menggapai tangan Hana dan ditarik lembut gadis itu menghadap dirinya. Hana menepis tangan Izham dan menghadiahkan tumbukan padu ke perut Izham. Izham mengaduh dan memegang perutnya. "Adoi senak lagi perut aku. Ganas betul minah sorang ni. Tak sempat aku nak cakap apa-apa." Izham berlalu dengan wajah sugul kembali ke kawannya yang lain.
6 tahun kemudian....
Hana memandang ke luar tingkap pejabatnya. Berkat usaha sewaktu belajarnya, kini dia menjawat jawatan sebagai pegawai perhubungan di Syarikat Gergasi Megah. Sudah setahun dia menabur bakti disyarikat ini. Dila sahabatnya kini bekerja sebagai pensyarah di Uitm. Kadang-kadang mereka akan berjumpa bila ada masa. Mak Usunya kini sudah berbadan dua, hasil perkahwinannya dengan cikgu yang mengajar disitu jugak. Hana yang sedang seronok melihat ke luar terkejut apabila handsetnya berdering. Segera dijawab panggilan tu. "Assalammualaikum Hana." "Wa’laikumsalam. Nape tipon aku ni?" soal Hana. "Tak boleh ke?" "Tak boleh. Aku tengah busy ni." Gurau Hana. "Yelah. Takpe la. Ok, bye." Kata Dila seakan merajuk dengan kata-kata temannya itu. "Rilek la. Aku gurau je la. Jangan la amik hati lak." Hana memujuk Dila. "Yelah tu. Ni aku nak tanya ko. Ko nak tak pergi berkelah kat Janda baik?" soal Dila. "Nak je. Bila?" Jawab Hana yang teruja mendengar pelawaan Dila. "Dorang kata minggu depan hari sabtu." "Dorang?" soal Hana yang kepelikan. "Lupa lak. Ni kira reunion ngan budak kelas kita la. Maklum la dah berapa tahun tak jumpa. Nak tak pergi? Kalau ko tak pergi aku taknak pergi la." Kata Dila. "Yelah aku pergi la. Ko amik aku ek nanti. Aku malas la nak drive." "Ok, set je." "Ok, apa-apa aku mesej ko." "Ok. Bye." Dila mengakhiri panggilan.
Seperti yang dijanjikan, mereka kini berada di Janda baik mengimbas semula kenangan sewaktu sekolah. Bezanya cuma mereka sekarang hanya berkelah dan berkumpul semula bersama. Hana dan Dila paling seronok sekali berada di tempat semulajadi begini. Mereka duduk bertenggek di atas batu besar yang terletak ditepi sungai. "Dila, ko tak bawak abang ko ke?" Hana menyoal Dila. "Ala, dia taknak ikut. Busy ngan aktiviti dia time hujung minggu camni." "Apa la. Tak rock betul la abang ko tu." "Banyak la ko punya rock. Aku tengok ko pun dah tak rock macam dulu dah. Sape yang berjaya ubah diri ko ni?" soal Dila balik. Memang berbeza sungguh penampilan Hana sekarang berbanding dulu, rambutnya yang panjang dan lurus mencecah pinggang dibiarkan lepas kebawah dibuai angin. Hana kelihatan sungguh ayu sekali dalam keadaan begini. "Mana ada, aku teringin gak nak bela rambut panjang ngan jadi perempuan melayu terayu dan feminin." Hana tergelak dihujung kata-katanya. Dia pun tak menyedari perubahannya. Mungkin suasana tempat kerja mempengaruhi dirinya untuk berubah dari segi penampilan dan perwatakan. "Hana, ko ingat Izham lagi tak?" soal Dila tiba-tiba. "Kenapa?" soal Hana balik. "Aku dengar dia nak kawin dah." "So, apa kena mengena ngan aku lak?" "Takde apa, saja je cakap. Aku dengar cerita dari budak kelas kita gak, Safira, ratu gedik Malaya tu dah kawin dengan anak Dato." "Ye ke. Macam tak percaya je. Aku ingat dia kawin ngan mamat jiwang tu." "Izham ke?" "Yelah, sapa lagi." "Ko bila pulak nak kenalkan cik abang ko kat aku?" soal Dila tiba-tiba. "Ko ni macam tak paham je kan ngan perangai aku. Tak main la cintan cintun ni. Muak tau aku dengar." Hana membuat aksi macam nak muntah. Dila hanya menggeleng kepala melihat temannya itu. Tiba-tiba terpacul Izham di batu sebelah mereka. Izham segera duduk sambil memegang gitarnya dan memulakan nyanyian dari kumpulan May - Cinta Mu Mekar Di Hati.
Kau umpama bunga yang mekar di hatiku Ku harap kau mekarlah selama-lamanya
Kau umpama bintang menyinari hidupku Ku harap kau terus bersinar
Di ketika kau Perlukan aku Sentiasa aku Ada di sisimu Di ketika Rindu padamu Terasa cinta Semakin dalam
Sayang Kasihku abadi Cintamu mekar Di hati ini
Kau dalam ingatan Di sepanjang hayatku Demi teguhnya cinta Selama-lamanya
Selesai Izham menyanyi mereka semua bertepuk tangan. Hana didepan merasa getaran yang hebat dihatinya, seolah-olah lagu itu ditujukan khas buatnya ditambah dengan suara Izham yang lunak mampu mencairkan hatinya yang keras dan dingin. Seketika kemudian mata mereka bertembung, Izham merenung Hana dengan pandangan yang tajam. Hana segera melarikan anak matanya memandang ke tempat lain. "Dila aku nak pergi tolong dorang kat belakang tu la. Ko nak ikut tak?" Hana membetulkan kedudukan bajunya dan berjalan. Dila hanya menuruti langkah temannya didepan. "Hana, aku nak cakap dengan ko jap." Izham meminta izin dari Hana. "Ko nak apa? Aku nak tolong dorang kat belakang tu." "Aku nak ko." Jawab Izham selamba. "Hah? Ko nak kena tumbuk ngan aku lagi ke?" Hana mengingatkan kembali trajedi itu. "Kalau ko nak tumbuk aku, tumbuk la sesuka hati ko. Aku sanggup janji aku dapat ko dalam hidup aku dan menjadi permaisuri hatiku." Kata Izham sambil menyuakan badannya untuk diboxing oleh Hana. "Apa ko cakap ni. Jangan nak mengarut pulak kat sini boleh tak?" Hana terus memalingkan badannya dan berjalan ke belakang. "Hana, aku tak pernah main-main dengan kata-kata aku. Aku serius ni Hana. Aku nak ko jadi permaisuri hati aku buat selamanya. Sudi tak ko?" Izham cuba melamar Hana. Hana hanya membuat tak tahu dan berjalan dengan menonong ke depan. "Ijam, ko ni ada lak lamar macam tu. Mana ko campak bunga ngan cincin ko tu?" Haikal yang kebetulan lalu disitu mengingatkan temannya. Dia tahu niat temannya itu yang hendak menyunting minah rock yang kini sudah bertukar rupa kepada minah ayu. Izham segera mengingat kembali mana diletakkan bunga dan cincinnya. Baru dia ingat kembali, dalam kereta. Segera dia berlari ke keretanya dan mengambil barang yang dicari. "Hana, sekali lagi aku nak lamar ko betul-betul ni. Nabilah Suhana binti Mohd Razil sudikah ko menjadi permaisuri hatiku?" Lamar Izham sambil menyuakan bunga kepada Hana. "Malas aku nak layan ko ni. Gila agaknya. Kalau ye pun nak melamar aku ikut la adat melayu." Kata Hana sambil berlalu dari situ bersama Dila dalam senyuman yang tersipu-sipu. Tak disangka Izham sanggup menanti dirinya selama ini. Tapi dia berhenti tersenyum tatkala teringatkan dirinya yang telah kotor. Segera dia berpusing dan menarik tangan Izham menuju ke tepi sungai yang jauh sedikit daripada kelompok mereka. "Izham, aku nak cakap ngan ko satu benda yang orang lain tak tahu." "Apa benda ko nak bagitahu aku? Cakaolah. Aku boleh terima apa yang ko nak cakapkan." Ujar Izham seperti tidak sabar untuk mengetahui. "Aku tak tahu nak cakap macam mana ngan ko. Aku hanya nak ko tau kisah silam aku." "Aku tak kisah dengan masa silam ko. Aku boleh terima ko seadanya. Aku cintakan ko dari dulu sampai bila-bila." "Tapi aku nak ko tau jugak yang aku sebenarnya....." belum sempat Hana cakap lebih lanjut Izham sudah meletakkan jari telunjuknya dibibir Hana. "Aku dah tahu kisah silam ko dulu. Maafkan Dila, sahabatmu itu. Dila dah cerita semuanya pada aku. Aku tak kisah dengan kisah silam ko dulu, yang aku tahu, aku hanya mau kau sayangku...." ujar Izham dengan nada romantis. Izham menarik tangan Hana dan mengucup tangannya. "Aku tak sabar nak sunting ko jadi permaisuri hidupku. Jom kita pergi kat dorang." Izham mengajak Hana kembali ke tempat tadi.
2 bulan kemudian....
"Wah, berseri betul muka ko. Cantik betul ko. Tak sangka ko naik pelamin dulu, tak aci betul la." Hana tergelak mendengar kata Dila. " Ada je ko ni Dila. Ala ko tu pun bukannya lama lagi nak jadi bini orang." Elok je Hana abis cakap terdengar paluan kompang yang menandakan pengantin lelaki sampai. Hana dengan spontan bangun mengangkat kain hingga paras lutut dan berlari turun bersama kasut tumit tinggi. Dila dibelakang terkejar-kejar melihat aksi spontan temannya itu. ‘Rock betul la minah sorang ni. Boleh lak dia lari ngan tumit tinggi. Kelam kabut tul la.’ Dila membebel dalam hati. "Woi, minah. Ko ni sabar la. Tak lari pun Izham tu, kan dah comot. Kelam kabut tul, tunggu jap aku tacap ko." Kata Dila yang merupakan mak andam temannya itu. "Thanks. Aku kaget la tadi." Hana tersengih-sengih. "Dah siap. Jom keluar. Elok-elok sikit jalan tu, ko tu pengantin bukan budak-budak lagi." "Baik la mem." Sebaik melangkah keluar, pengantin lelaki yang sedia segak dan tampan dengan berpakaian pengantin lengkap berwarna biru lembut menanti kedatangan permaisuri hati melangkah dengan penuh sopan dan malu kearahnya. Paluan kompang mengamatkan suasana menyambut kedatangan pengantin. Majlis berjalan dengan lancar, kedua mempelai selamat bersanding. "I love you, sayang." Bisik Izham ditelinga Hana, isterinya kini dan selamanya. "I love you too." Jawab Hana kembali dan tersipu-sipu malu. Dia memanjatkan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberikan jodoh yang terbaik untuknya. Tak putus-putus dia berdoa agar jodohnya kekal selamanya bersama Izham.
erm..ok la..tp jln cite cmni cm dh biasa je baca.. huhu..lg 1,bleh pula hana tu naikkan kaki kt atas meja masa duduk. x terselak ke kain skola dier..hehe..aku x pnh jumpe lg minah rock mcm tu..sbb tu pelik sket kot.. papepon, trus kan menghasilkan karya yg lbh baik..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
heheee
macam2 la
saya nak tido lah
sok nak jumpe bos saye
nak call hospital lagi
ape2 pun gud luck