Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ezham meneliti fail yang sedia ada di atas mejanya sejak pagi tadi. Tugasnya sebagai pengurus besar di syarikat kepunyaan keluarganya itu menjadi satu tanggungjawab yang perlu digalas sejak abang sulungnya menarik diri dari menyertai perniagaan keluarga itu. Fail yang berisi maklumat mengenai bakal setiausaha di pejabatnya dibelek perlahan. "Hajar Munira Bt Ismail", bibirnya menyebut laju nama yang tertera. Fail diletakkan perlahan di tempat tadi dan Ezham bersandar malas ke kerusi coklat gelap yang menjadi penemannya sejak dua tahun lalu. Matanya memandang tepat ke sudut meja yang meletakkan frame gambar ahli keluarganya. Papa, mama, abang long, dirinya, dan seorang adik perempuan didalam gambar itu dipandang kosong. Kemudian matanya terarah pada satu lagi frame gambar lalu diambilnya pantas. Wanita dalam gambar tersebut seakan tersenyum manis memandangnya. Ezham akui betapa dia merindui senyuman wanita yang terpahat dihatinya sejak lima tahun lalu. "Suria..", ujarnya perlahan. Saat manis dirinya bersama Suria adalah satu kenangan yang tidak pernah dilupakan.
----------------------------------
"abang.. Suria bahagia sangat menjadi isteri abang. Suria nak abang pun bahagia dengan Suria", ucap Suria sambil melentok manja ke bahu Ezham. Ezham pantas mencium dahi isterinya itu. "Abang akan sentiasa bahagia dengan sayang. Sayang dah jadi sebahagian dari hidup abang. Bukan hanya sekarang tapi dari dulu lagi", balasnya lembut. Jemari Suria di genggam erat. Betapa dia mencintai isterinya itu, hanya Allah yang maha mengetahui segalanya. "abang jangan tinggalkan Suria tau", pantas Ezham memandang isterinya yang sedia menanti jawapan yang terbit dari bibirnya. "Sayang, sayang kan matahari abang, sayang penyeri hidup abang, sayang penyubur hati abang.. demi Allah abang akan berada di sisi sayang selagi abang masih bernyawa". Lantas dipeluk Suria lembut. Perkahwinannya dengan Suria ibarat pelengkap seluruh hidupnya. Suria yang dicintainya dari dulu telah sah menjadi teman hidupnya kini dan dia berjanji tidak akan mempersiakan Suria.
--------------------------------------
Ketukan dipintu mengejutkan Ezham dari lamunan yang panjang. Dia menarik nafas panjang, mencari ketenangan yang dalam. "Masuk.." ujarnya nyaring. "Selamat pagi, Tuan", Ezham mendengar namanya disebut "tuan" dibahagian hadapan. Pantas dia memandang kearah suara itu. Ezham terkesima melihat wajah wanita dihadapannya. "Suria?" ujarnya lembut. Wanita tadi hanya menggeleng perlahan. "Tidak Tuan. Saya Munira, setiausaha baru di sini. Saya datang untuk melapor diri pagi ini", lembut tutur wanita tadi memberitahu. Ezham masih menatap wajah bujur sireh Munira, sekali pun matanya tidak berkelip. Munira yang sudah tidak senang dengan keadaan itu mula membuka mulut sekali lagi. "Tuan, ada apa-apa yang perlu saya tahu sebelum memulakan kerja?". Ezham tersentak pantas mengalihkan pandangannya kepada fail-fail yang bertaburan di atas mejanya. Kemudian keningnya dikerutkan memandang semula Munira yang masih tercegat menanti jawapan dari pengurusnya. "Apa yang perlu kamu tahu? Maksud kamu?", soalnya kembali. Munira terkaku memandang pengurusnya. "Alamak, aku salah cakap ke ni?", getus Munira dalam hati. "Eer.. maksud saya, mungkin tuan nak bagi sedikit penerangan kepada saya sebelum memulakan tugas". Munira tersenyum dengan penerangan yang diberikan kepada pengurus yang masih memandangnya itu. Ezham mengangguk, mungkin tersedar dengan kesalahan yang dilakukannya sendiri. "Baiklah. Sila duduk. Saya akan bagi sedikit briefing pada kamu". Ezham terus mencapai fail yang tertera maklumat Munira. Mulutnya juga meneruskan setiap perkataan yang ingin diberitahu namun matanya tidak sedikit pun memandang wanita dihadapannya itu. "Ok, kalau takde apa-apa lagi, kamu boleh keluar sekarang. Pastikan kamu dapat lakukan kerja dengan baik". Munira mengangguk. "Oh ya, lagi satu. Jangan panggil saya tuan. Panggil saya encik saja, Encik Ezham". Munira mengangguk laju, sekali lagi. Dia mengucapkan terima kasih kepada majikannya sebelum melangkah keluar.
************************
Pintu bilik Encik Ezham ditutupnya perlahan lantas berlalu duduk dimeja yag tersedia betul-betul di tepi pintu yang baru ditutupnya tadi. Munira pelik dengan perangai majikannya itu. "Mungkin dia memang macam tu kot..", getus hati kecil Munira, cuba menenangkan perasaan sendiri. "Hai Munira..", Munira tersentak. Dia mendongak lalu tersenyum manis menampakkan dua ulas lesung pipit di pipinya yang bersih. "Macammana jumpa bos? Ok tak dia?", soal Kak Sofia seraya duduk di tepi Munira. "Erm, ok. Tapi pelik sikit lah..", belum sempat Munira meneruskan kata-kata, Kak Sofia mencelah pantas. "Bos kita tu baik orangnya Munira. Tapi, mungkin dia terkejut tengok Munira tadi. Akak pun terkejut juga tengok Munira masa mula-mula akak tengok gambar, apatah lagi En. Ezham". Munira mengerutkan dahinya menandakan kurang faham tentang apa yang dikatakan oleh Kak Sofia. "Kejap ye. Akak nak ambil sesuatu nak tunjuk kat Munira", pantas Kak Sofia berlari anak ke mejanya. Munira melihat Kak Sofia seakan mencari sesuatu didalam laci mejanya dan kembali ke arah Munira. "Nah, tengok ni..", ujarnya menghulurkan sekeping gambar. Munira mencapai gambar tersebut. Anak matanya sedikit dibulatkan apabila melihat gambar ditangannya. "Eh, saya.. takkan lah saya..", Munira kelu menatap gambar yang seakan mirip wajahnya. Hanya tahi lalat di pipi kanan wanita itu membezakan sedikit raut wajah mereka. "Siapa ni Kak Sofia?". Soalnya pantas. "Ha, ni yang akak nak cerita biar Munira tahu kenapa perangai En. Ezham pelik bila tengok Munira.
*************************
"Terima kasih datang Kak Sofia. Banyak akak tolong masa kenduri saya ni", Ezham tersenyum memandang Sofia yang berada di hadapannya. Sofia memang sudah lama dianggap seperti kakak kandungnya sendiri, sejak Sofia mula bekerja di syarikatnya lagi. "Takpe Ezham. Akak gembira tengok Ezham gembira. Akak akan tolong mana yang termampu. Ezham jaga Suria baik-baik. Jangan lukakan hati dia pulak". Ujar Sofia mengingatkan Ezham, selaku majikannya di tempat kerja dan juga dianggap adik kandungnya sendiri. Hubungan Sofia dengan keluarga Ezham sememangnya rapat. Masakan tidak, Sofia merupakan anak sulung kepada teman baik bapa Ezham dan sama-sama menuntut di university satu tika dahulu, "Ezham akan cuba jadi suami yang berguna kak. Ezham sayangkan Suria, ezham takkan persiakan dia". Sofia tersenyum mendengar pengakuan itu. Dia percayakan Ezham. Jika tidak, dia tidak akan kenalkan Suria, sepupunya sendiri kepada Ezham. "Ok, akak balik dulu. Mana Suria?", soal Sofia. "Ada kat dalam dengan mummy kot. Jom la masuk jumpa mereka dulu". Pelawa Ezham. "eh, takpe la. Kirim salam kat semua ye. Akak dah lambat dah benanya. Nanti lewat sampai rumah". Ujar Sofia. Pantas Ezham mencium tangan Sofia dan menghantar Sofia menuju ke kereta. Deruan kereta MyVi Sofia menghilang dalam kegelapan malam.
***********************
Munira berdiri kaku menghadap awan kelabu petang itu. Cerita yang diberitahu oleh Kak Sofia benar-benar membuatkan hatinya kurang enak. Pelbagai perasaan menyelubungi jiwanya saat itu. "Suria..", tanpa sedar nama itu disebut perlahan. Kata-kata Kak Sofia siang tadi masih bermain-main disegenap mindanya. "En. Ezham terlalu sayangkan Suria, terlalu ikhlas mencintai Suria. Tapi, kita tak tahu apa yang bakal berlaku dalam hidup kita. Suria meninggalkan Ezham pada malam bulan madu mereka. Suria menghembuskan nafas terakhir tanpa disedari Ezham. Ezham Cuma sedar yang Suria dah takde lagi". Munira menarik nafas panjang, tidak dapat diungkap dengan kata-kata tentang apa yang telah berlaku pada majikannya itu. Kata-kata Kak Sofia semakin jelas dalam mindanya. "En. Ezham memang tak dapat terima kenyataan dengan pemergian Suria. Mereka dah kenal dalam 6 tahun dan bercinta 5 tahun. Doctor cuma sahkan punca kematian disebabkan sesak nafas. En. Ezham seakan menyalahkan diri dia sebab tak dapat buat apa-apa masa Suria perlukan dia". Munira memejamkan matanya. Resah mula terbit disudut hati yang semakin bergelora. "Ya Allah, dugaan apa yang Kau berikan. Adakah aku bersalah muncul di saat seperti ini?", Munira memejamkan matanya lebih rapat. Dia juga tidak senang duduk apabila mengetahui hakikat yang wajahnya seiras dengan bekas isteri majikannya sendiri. Munira seakan bersalah kerana kuatir menyebabkan perasaan majikannya dilanda kesedihan apabila melihat wajahnya itu. Kata-kata Kak Sofia berlegar di telinganya lagi, "tapi, Munira jangan risau. Akak ada, akak akan bantu Munira sesuaikan diri. Munira jangan tunjuk pada En. Ezham yang Munira dah tahu. Munira buat macam biasa saja ye". Munira menarik nafas sedalam-dalamnya. Hatinya agak runsing untuk kembali ke pejabat keesokan hari. Namun, teringatkan Kak Sofia sudah memadai untuk membuatkan jiwanya tenang sedikit.
*************************
"Ni fail yang En mintak tadi..", Munira meletakkan fail merah yang dipegangnya berhadapan dengan Ezham. Ezham yang masih kaku di kerusinya hanya mengangguk, langsung tidak di toleh ke arah setiausaha barunya itu. Kadang kala Ezham terfikir betapa kejamnya seorang majikan seperti dia dengan perangai sedemikian namun, hatinya tidak kuat untuk menatap wajah dihadapannya itu. Hatinya bagai tersiat melihat mata dan senyuman setiausahanya itu. Munira.. tidak disangka akan ada seorang wanita yang muncul dihadapannya seiras wajah Suria, wanita yang berjaya menambah hatinya sehingga saat itu. Bukan Ezham tidak rindu untuk menatap wajah Suria. Namun, rasa sedih akan terus menyelubungi dirinya jika wajah itu dipandang lama. Hatinya tidak tenteram melihat raut wajah wanita bernama Munira. Bukan ingin membenci tetapi kenangan pahit tidak dapat disisihkan dari ingatan sehingga ke hari itu. "En, pada jam dua nanti, En ada meeting dengan Chairman dari Berjaya Co. Sdn. Bhd. di bilik meeting Angsana", suara lunak wanita itu mengejutkan Ezham dari lamunan yang panjang. Anak matanya terarah kepada Munira. Mata mereka bertentang. "Ok..", Ezham membalas ringkas lalu dicapai fail yang sudah pun berada dihadapannya. "Kamu boleh keluar sekarang," sambungnya lagi. Munira mengangguk lantas beredar meninggalkan En Ezham di dalam pejabatnya yang agak suram. Hati Munira tidak senang, seakan dialah yang bersalah dalam hal tersebut sedangkan dia sendiri tidak tahu menahu tentang kenangan silam En. Ezham. Namun, hatinya resah, bagai pesalah yang menanti hukuman yang bakal tiba.
++++++++++++++++++++++++++
Tanpa sedar, sudah hampir setengah tahun Munira telah menjadi pekerja di syarikat En. Ezham. Namun, majikannya masih lagi berpewatakan seperti mula-mula Munira menjejakkan kaki ke syarikat itu. Namun, jauh di sudut hatinya, dia tidak menyalahkan En. Ezham seratus peratus kerana dia tahu sejarah hitam yang pernah terbit dalam diari majikannya itu. "Munira, masuk..", bergegas Munira bangun dari tempat duduknya menuju ke bilik En Ezham. Lamunannya tadi terputus mendengar suara lunak En. Ezham menerusi telefon di atas mejanya. Puas difikir, mungkinkah dia melakukan kesilapan pada hari itu lantas En. Ezham memanggilnya masuk ke pejabat. MUnira melangkah laju, dan berdiri kaku di hadapan majikannya itu. "Ya, En Ezham", ujarnya menyembunyikan gugup dijiwa. En. Ezham memandang tepat ke wajah ayu dengan sedikit calit gincu di bibir dan pemerah pipi yang memaniskan wajah bujur sireh Munira. "Munira..", nama Munira di sebut laju, ingin sekali dia meminta maaf kepada pekerjanya yang setia itu walau tidak sedikitpun dia mempedulikan wanita tersebut. "ada perkara yang perlu saya bincangkan dengan kamu. Tapi bukan sekarang, saya nak ajak kamu berbincang time lunch nanti. Kamu boleh keluar makan dengan saya?", Munira memandang wajah majikannya sekilas, seakan tidak percaya dengan perlawaan tadi. "En Ezham nak lunch dengan saya?", soalnya lagi. Ezham mengangguk perlahan. "Yup, saya nak ajak kamu keluar lunch. Nanti kita pergi sama. Kalau kamu malu, anggap saja pelawaan ni dari seorang kawan kepada seorang kawan, boleh?", wajah Munira dipandang lagi, hatinya seakan tersenyum melihat kemanisan wajah wanita yang sedikit kemerahan, mungkin menahan malu yang menebal di hati. Ezham tersentak apabila mendengar suara Munira menerpa di segenap gegendang telinganya, "Baiklah En. Ezham. Saya tunggu Encik time lunch nanti. Kalau takde apa-apa lagi, boleh saya keluar sekarang?", Ezham mengangguk pantas. Anak mata Ezham menghantar gerak Munira ke pintu lalu pintu tertutup rapat. Dia menarik nafas panjang, mengharapkan akan berlaku perubahan yang besar terhadap hubungannya dengan Munira. Bukan hubungan intim yang diharapkan, Cuma sekadar hubungan yang lebih mesra antara majikan dan pekerja, tidak seperti sebelum ini yang sekadar bercakap dan melihat jika perlu sahaja.
***********************
"So, macammana kerja di syarikat tu, ada apa-apa masalah?, Ezham cuba memulakan perbualan sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebuah restoran berhampiran pejabatnya. Munira tersenyum, "Alhamdulillah, saya selesa bekerja di sini. Takde apa yang ingin saya rungutkan, Encik", jawab Munira lembut, penuh sopan. Ezham tersenyum manis, menampakkan kekemasan gigi serta lesung pipit yang agak dalam di pipi kirinya. Munira memandang majikannya agak lama, melihat kemesraan yang buat pertama kali dirasainya sejak bergelar pekerja di syarikat tersebut. "Saya suka tengok En. Ezham tersenyum macam ni", ujar Munira tersengeh, masih memandang Ezham. Ezham lantas mendongak, Munira terdiam, seakan tidak percaya dia meluahkan ayat tadi. "Saya mintak maaf Encik kalau saya terlepas cakap", katanya agak perlahan namun gelak Ezham membuatkan Munira tersentak. "Kamu ni, saya tengok macam takut ngan saya je, saya ni nampak macam hantu ke?, ujar Ezham berseloroh. "atau macam harimau yang tunggu masa nak baham awak?", tambahnya lagi. Munira menutup mulut menahan gelak, seakan tidak percaya En. Ezham yang sentiasa berperwatakan garang sebelum ini mampu membuatkan dirinya geli hati. "Dari saya baham awak, baik saya baham makanan depan mata ni.. awak macam taknak makan je, baik saya habiskan", tangan Ezham pantas menyuapkan nasi goreng kampung special ke mulut. Munira tersenyum lantas menikmati hidangan yang telah terhidang di depan mata. "Munira..", Munira mendongak sebaik namanya disebut oleh Ezham. Hatinya mula bergoncang kuat, meronta menahan debar. "Saya nak mintak maaf dengan awak, Munira", perlahan nada suara Ezham. Kemudian dia menarik nafas dalam-dalam, mencari kekuatan untuk meneruskan apa yang perlu diluahkan. "Saya tahu awak makan hati bekerja dengan saya..", Munira terkejut lantas menggeleng menidakkan kenyataan majikannya. Ezham tersenyum, "mungkin awak boleh katakan tidak tapi saya tahu, awak kecil hati dengan perwatakan saya yang tak pernah nak berbaik dengan setiausaha sendiri kan?". Munira terdiam, Ya!! Pastinya dia akan makan hati dengan sikap Encik Ezham jika dia tidak mengetahui kebenaran dan hakikat kisah silam majikannya itu. Namun, dia sudah mengetahui segalanya dan bagi Munira, majikannya itu berhak berkelakuan begitu dan Munira faham dengan keadaan tersebut. "Munira, kenapa awak diam?". Munira tersentak. "Encik, saya mintak maaf. Sebenarnya, saya sikit pun tak berkecil hati dengan sikap Encik. Saya faham Encik, saya mengerti", ujarnya ringkas membuatkan dahi Ezham berkerut. "Mengerti? Maksud awak?", soalnya ringkas. Munira menahan debaran yang bersarang di dada saat itu. Dia yakin, dengan memberitahu segalanya kepada Encik Ezham, segalanya akan terlerai dengan sendirinya. Dia memahami Ezham dan Ezham akan dapat memahami situasi itu. "Saya dah tahu apa yang pernah berlaku pada encik", Ezham kaget, seakan tidak percaya apa yang didengarnya. Tiba-tiba bayangan Kak Sofia melintas didepan mata, Ezham mengeluh berat, sudah mengagak siapa yang memberitahu Munira. Munira seakan dapat membaca isi hati majikannya sebaik Ezham tertunduk dan menggelengkan kepala. "Encik jangan salahkan Kak Sofia. Saya yang menyuruhnya cerita keadaan sebenar. Kalau saya masih tak tahu apa yang telah berlaku, mungkin saya tidak akan terus bekerja di sini tapi saya tahu semuanya dan saya faham mengapa encik kurang mesra dengan saya. Saya tak pernah salahkan encik dalam hal ni", Ezham mendongak, mencari keikhlasan pertuturan tadi dari mata redup Munira. Hatinya lapang melihat mata Munira berkaca, menampakkan kesungguhan dengan setiap tuturnya. "Terima kasih Munira sebab faham keadaan saya. Saya akan cuba lenyapkan jurang yang ada. Saya perlukan bantuan dari awak". Munira mengangguk kemudian tersenyum mesra. Hatinya lapang setelah rahsia antara mereka terlerai tengahari itu. "Sudah lah En.Ezham. sejuk dah nasi kita ni. En. Ezham kena belanja saya sekali lagi nanti", seloroh Munira membuatkan Ezham tersenyum lega. "Yela tu awak. Nanti awak lak kena belanja saya tau. Dah, makan habiskan. Mari masuk office". Mereka tersenyum lagi.
*************************
Kring...kring... nyaring telefon bimbit Munira berbunyi malam itu. "Hello, Assalamualaikum... Mun tak siap lagi la", ujarnya manja. "Ok, 10 minit Mun siap, Bie datang k?". Telefon diletakkan. Munira tersenyum manis di hadapan cermin melihat dirinya mengenakan blaus hitam ala muslimah dengan tudung dari rona warna yang serupa, namun agak lembut. "Bie...", bibirnya lembut menyebut panggilan mesranya kepada Ezham... Ya, Ezham yang dahulunya hanya sekadar majikan yang agak garang namun sekarang telah menjadi salah seorang insan penting dalam kehidupannya. Dua tahun berlagu kasih dan menyemai rindu bersama Ezham, membuktikan betapa lelaki itu ikhlas mencintainya, bukan kerana kisah silam tetapi masa akan datang yang lebih bahagia. Tidak disangka Ezham yang dahulunya kurang mesra telah menjadi kekasih hati nan satu. Munira bersyukur dengan kehadiran Ezham yang sedikit sebanyak merubah penampilan dan gaya hidupnya. Mun... salah satu perubahan yang ada sebaik sahaja menjadi kekasih hati Ezham. Ingatan terhadap peristiwa itu masih terpahat di hati tatkala mereka terpaksa menghadiri mesyuarat selama 2 hari 1 malam di Pulau Pangkor. Saat itu, dia sudah pun lima bulan menjadi pasangan kekasih kepada lelaki bernama Ezham. Ketika itu mereka keluar makan malam di tepi pantai dengan cahaya rembulan yang indah dan bersinar. "Saya nak beritahu Munira sesuatu", bicara Ezham sambil memandang tepat ke mata Munira. Munira tertunduk malu dengan pandangan tersebut. "Beritahu apa?", soalnya perlahan. "Munira ibarat bulan tu, terang... cantik... bercahaya... sesuai betul tau,", Munira mendongak melihat keindahan bulan di dada langit yang terang. "Ye ke?", ajunya manja. Ezham mengangguk. "Betul sayang... sebab awak cantik macam bulan tu, saya nak panggil awak Mun (Moon), boleh?". Munira tergelak. "Eh, muka macam bulan, nama pun kena macam bulan jugak ke?", ujar Munira berseloroh. "Emmm... mestilah. Nama cantik, wajah cantik... Mun suka tak?". Munira pantas mengangguk. "Suka... tapi Mun pun nak panggil awak ngan panggilan lain la. Mun nak panggil awak Bie boleh?". Ezham tergelak. "B? Nape tak C ke , D ke...".ejek Ezham. "Awak ni main-main la. Bie tu singkatan bagi Hubby la...", Munira menarik muka masam. "OK2, sorry sayang. Bie tau dah. Saja nak kena kan Mun Bie ni tadi"...... Lamunan Munira tersentak apabila terdengar bunyi hon kereta di halaman rumahnya. Cepat-cepat dia berlari turun, seakan tahu buah hatinya sedang menunggu di bawah. Munira tersenyum melihat Ezham yang setia menanti di dalam kereta lantas dia berjalan pantas dan masuk ke perut kereta. Mereka berpandangan dan saling menukar senyuman.
******************************
"Cantik Mun Bie malam ni...", Munira tersenyum malu dengan pujian itu. Hatinya berbunga indah sebaik sahaja duduk di satu sudut istimewa di restoran lima bintang itu. Cahaya lilin dan suasana malam cukup romantis di rasakan tika itu. "Em, kenapa Bie ajak Mun keluar ni? Macam ada yang special je". Duga Munira. Ezham hanya tersenyum menyambut persoalan yang keluar dari bibir halus wanita di hadapannya. Wajah Munira ditenung penuh asyik, sedikit pun matanya tidak terarah ke tempat lain walaupun ada kala bunyi suara orang bercakap dari sudut yang bertentangan. Munira... wanita yang berjaya menawan hatinya tatkala dia kehilangan cinta pertama. Ezham bersyukur kepada Allah swt kerana masih membuka pintu hatinya untuk meneruskan kehidupan tanpa Suria di sisi. Kehadiran Munira banyak memberi erti kehidupan kepada Ezham. Hatinya berbunga mekar kerana dia dapat memiliki kedua-duanya, Matahari dan Rembulan walaupun tidak pada masa yang sama. Bagi Ezham, kedua-duanya telah membuatkan dirinya gembira dan merubah segala gundah yang bersarang di hati. Biarpun Matahari kesayangannya telah pergi meninggalkannya, dia masih ada Rembulan yang sentiasa menemani. Jika dulu Mataharinya menyinari hidup tapi sekarang Rembulannya mewarnai jiwa... "Matahari dan Rembulan... kedua-duanya penting dalam hidupku...", getusnya di dalam hati. "Bie...", Ezham tersedar dari khayal yang panjang. Dia tersenyum memandang Rembulan di depannya.. "Mun, Bie nak akhiri hubungan kita dengan sebuah perkahwinan...", ujarnya sambil mengeluarkan sebentuk cincin permata dari saku poket. Munira tergamam, tanpa sedar air mata gembira gugur dari kelopak. "Mun cintakan Bie...", ujarnya. Ezham mengangguk. "Bie teramat mencintai sayang...". –TAMAT-
assalamualaikum, jalan cerita saya tidak sentuh kerana menarik, cuma saya ingin menyentuh pemerengganan cerpen perlu ada. ruang perenggan yang terhad dan sempit akan menyebabkan pembaca boring membaca cerpen anda. baiki pemerenganan penulis ya.
saya memuji penggunaan kosa kata dan kesinambungan ayat dan cerita yang boleh dikatakan sempurna dan sesuai dicontohi oleh mereka yang baru berjinak-jinak menulis cerpen. penulisan cerpen dan novel memerlukan seseorang menulis dengan menggunakan bahasa yang betul. semua orang boleh menulis cerpen dan novel dengan pelbagai bentuk dan cerita dan masing-masing mempunyai kreativiti tersendiri. tetapi cerpen yang baik adalah cerpen yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat dan penggunaan kosa kata yang betul. bagus. teruskan usaha
thanks for those who have been comment.. i will improve my writing. pliz support all d members here... thank u very much guys....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hehe..best2..matahari utk suria dan bulan utk moon ye...=)
~AYHTK~