Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku memandang Ija yang tersenyum-senyum membalas sms yang baru masuk. Almaklumlah sms dari buah hati la katakan..laksa yang depan mata dia buat tak tahu saja sedangkan yang aku punya sudah licin.
"Ija, makan la dulu. Jap lagi kau sambung la bersms tu", ujurku cuak dengan keletah Ija. Petang-petang macam ni nanti sesak pula nak balik rumah. Buang masa ja tunggu dan lihat dia bersms.
"Ya la. Kau ni apahal bad mood sangat? Selalu ok ja. Buah hati buat hal ek", senyuman memekar di bibir Ija. Aku cuba untuk tidak mengambil pusing apa yang dikatakan Ija sedangkan hatiku pada ketika itu berkocak. Setelah menghabiskan laksanya, aku dan Ija melangkah ke kereta. Niat untuk keluar berjoging tepi tasik terpaksa dilupakan apabila Ija beria-ia mengajakku untuk mencuba laksa kedah di kedai yang baru dibuka berhampiran tasik tersebut.
"Kau macam tak ok ja. Ada masalah dengan Farzli ke?", tanya Ija ketika kami beriringan ke kereta.
"Aku tak tahu la nak kata apa. Aku rasa dia dah tak suka aku", perlahan sekali aku meluahkan kata.
"Kenapa kau kata macam tu? Aku tengok korang macam tak ada masalah ja kalau kita berjumpa", memang Ija dan teman lelakinya, Amir akan ada bersama setiap kali aku dengan Farzli berjumpa, double date. Maklumlah Farzli dengan Amir adalah teman serumah macam aku dengan Ija juga. Sebetulnya aku mengenali Farzli pon melalui Ija dengan Amir. Siapa sangka aku yang sering mememani Ija setiap kali kaluar dengan Amir, tersangkut pula Farzli yang sering menemani Amir. Kononnya aku ada kawan juga la kalau diaorang asyik berbual berdua. Nasib baik aku tak bertepuk sebelah tangan. Tapi sekarang hubungan kami sudah semakin hambar.
"Itu yang kau nampak..dia jarang mesej aku. Dia tak pernah kata dia sayang aku. Kadang-kadang aku rasa dia memang langsung tak suka aku", luahku. Aku meluahkan masalahku pada Ija. Ija pantas menarik tanganku ke sebuah banggu berhampiran tasik.
"Sejak bila lagi dia macam tu? Kenapa kau tak pernah cerita semua ni pada aku?", tanya Ija bagaikan tidak puas hati. "Dah lama dah. Cuma aku malas nak cerita ada kau. Mula-mula aku ingat mungkin cara dia memang macam tu tapi lama-lama aku rasa kami ni semakin jauh pula. Aku tak kisah Ija, kalau dia dah tak nak aku sebab dia dah da girl lain tapi jangan buat aku macam tunggul. Sepanjang kami berhubungn ni aku tak pernah rasa kami ni couple. Aku tak marah kalau dia berterus-terang ja dengan aku. Aku tahu la orang macam dia tu ramai yang nak tapi jangan la seksa perasaan aku macam ni. Aku macam bercinta dengan bayang-banyang", satu keluhan aku lepaskan. Rasa bagaikan lega kerana akhirnya apa yang terbeban dihatiku terluah juga. Air mata yang bertakung di kelopak mata aku sapu dengan hujung lengan baju T-shirt yang aku pakai.
"Sabar ya..", Ija mengusap bahuku. "Tak sangka pula aku nak jadi macam ni. Aku tengok kau di tempat kerja ok ja..", ujurnya lagi, seakan menyesal kerana dia sebagai kawan tidak dapat mengesan keresahan yang melanda diri aku.
"Ish, tak pa la. Aku ok ja. Lega sikit bila dah luahkan semua ni pada kau. Lagipon masa kerja kena kerja, mana boleh nak layan perasaan pula. Nak ikut perasaan ja, sampai bila pon kerja kita ni tak siap", aku tersenyum kepada Ija. Aku menarik tangan Ija meneruskan niat kami untuk pulang
"Kau ni bagus la Nisa", ujur Ija disebelahku dan aku hanya tersengih bagai kerang busuk. Malam itu, selesai menunaikan solat Isyak aku terus berteleku di meja study. Walaupun tak ada mood nak buat kerja tapi aku tak suka menangguh kerja yang boleh disiapkan. Ija pula sejak tadi tak balik-balik. Katanya pergi beli roti canai dekat kedai mamak depan taman ni, tapi sampai sekarang tak balik lagi. Dia beli roti ke, dia tolong tebar roti sekali ni..huhu.. Di gerai mamak lain pula cerita. Rupa-rupanya nak beli roti canai adalah alasan semata-mata, kerana Ija keluar untuk berbincang dengan Amir tentang masalah Nisa dengan Farzli. Siapa sangka Nisa yang sebelum ini ceria rupanya menyimpan masalah. Sedang menunggu roti canai yang dipesannya siap, Ija berbincang dengan Amir.
" Farzli ada girl lain ke?", Tanya Ija setelah dia menceritakan apa masalah yang melanda Nisa. Bukan niatnya untuk memalukan Nisa tapi kalau boleh dia ingin cuba untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu sahabatnya itu. Tak sanggup dia melihat sahabatnya yang berpura-pura ceria itu.
"Ish, tak kan kot. Farzli biasa ja. Amir tak nampak pon dia mesej dengan siapa-siapa. Di pejabat pon dia asyik dengan kerja dia ja", Amir seakan membela Farzli.
"Kalau betul dia busy tak kan la nak hantar mesej tanya khabar pon tak sempat. Nisa tu dah perpatah arang dah. Dia sanggup nak undur diri kalau betul Farzli ada girl lain. Ija tak faham la dengan diaorang ni. Seorang pendiam, seorang lagi pula pemendam perasaan. Kalau benda ni tak diluahkan sampai bila-bila masalah diaorang ni tak akan selesai", ujur Ija panjang lebar.
"Kita jangan masuk campur dengan urusan diaorang la. Nanti kalau lagi teruk jadinya, kita juga yang dipersalahkan", Amir memberi pandangan.
"Tak boleh macam tu. Kita kena buat sesuatu. Nisa tu sayang sangat pada Farzli. Walaupun dia tak cakap tapi Ija tahu. Nisa ni hati dia lembut. Dia tak suka menyusahkan orang. Amir tolong la tanya Farzli. Kalau betul dia sayang Nisa, dia kena buat sesuatu", ujur Ija. Dia sedaya upaya akan membantu sahabatnya itu.
"Ya la. Nanti Amir tanya Farzli", lemah sekali jawapan Amir. Ikutkan hati malas nak masuk campur urusan orang ni tapi kalau buah hatinya yang meminta tolong tak sampai hati pula nak menolak. Amir memberi salam sambil menolak daun pintu biliknya. Farzli yang kusyuk melayan laptop menjawab perlahan salam temannya itu.
"Lamanya kau keluar, seronok jumpa Ija?", soal Farzli. Laptopnya ditutup dan dia mencapai pula fail tebal di atas mejanya.
"Biasa ja. Sembang sikit-sikit. Itupun bukan pasal kami tapi pasal kau", lemah sahaja jawapan Amir. Farzli yang baru buka fail tebalnya kembali menutup fail. Raut wajah sahabatnya itu ditatap. "Korang ngumpat aku ke?", soal Farzli.
"Aku nak tanya ni, kau jangan marah pula. Kau serius ke dengan Nisa?Maksud aku korang ni couple lagi ke?", "Ya la. Kenapa pula kau tanya aku macam tu?",
"Ija ada crita pada aku tadi..", Amir menceritakan apa yang diceritakan oleh Ija. Ia juga memberitahu Nisa sekarang ragu-ragu tentang perasaan Farzli terhadapnya.
"Kau betul ke sayang dia? Kalau betul kau ada orang lain kau cerita la elok-elok dengan dia. Kesian pula aku pada dia bila Ija cerita pada aku tadi", sambung Amir. Kedengan Farzli mengeluh.
" Aku memang sayang Nisa. Aku bertuah sebab jumpa dia. Dia sangat memahami aku Mir. Bagi aku cukup la ada dia sorang, aku tak akan cari lain. Aku tak nak selalu mesej dia, aku takut aku mengganggu dia. Aku tak nak sebab aku dia tak boleh nak concentrate dengan kerjaya dan kehidupan dia. Aku ingat dia faham kenapa aku buat macam tu", luah Farzli.
"Bagus la tu. Dia tak nak mesej kau takut mengganggu kau. Kau pula tak nak mesej dia takut mengganggu dia. Aduh…korang ni. Aku nak tanya, kau pernah ke cakap pada Nisa, dia penting dalam hidup kau dan kau sayang dia?",
"Memangla tak, tapi aku ingat faham perasaan aku pada dia. Tak perlulah aku ucap semua benda tu. Aku pun tahu malu juga Mir..", lemah nada Farzli. Kala itu hanya wajah Nisa sahaja yang bermain di fikirannya. Siapa sangka sikap diam dirinya membuatkan Nisa berkecil hati.
"Itu masalahnya..Kalau kau tak cakap, Nisa tak tahu Li. Kau kena luahkan. Mana boleh kau harap dia faham ja. Perempuan tak macam kita, diaorang kalau suka diaorang luahkan. Pernah Nisa kata dia sayang kau?", tanya Amir. Farzli mengangguk.
"See..habis kau kata apa bila dia kata macam tu?", "Aku diam ja", "Kau tak boleh macam tu Li. Aku rasa lepas ni elok kau luahkan saja apa yang ada dalam hati kau pada Nisa sebelum kau kehilangan dia", Amir seakan-akan mengugut Farzli. "Kau jangan nak takutkan aku Mir, risau aku ni", "Ha, tahu pun. Pandai-pandai la kau handle ok. Aku nak nasihat dah", ujur Amir sambil berlalu. Saja membiarkan Farzli seorang diri mengatur strategi bagaimana untuk memujuk hati kekasihnya yang sedang terkilan. ========================================================== Aku bersandar malas di kerusi empuk dalam pejabatku. Hatiku sedikit lega setelah proposal yang cuba aku usulkan sejak bulan lepas akhirnya diterima. Alhamdulillah. Namun, satu keluhan berat aku lepaskan. Hatiku sekali lagi diusik rindu..pada dia. Aku capai handphone di atas meja. Lantas aku menekan butang menu untuk ke album galeri. Folder gambar aku buka. Dalam beberapa saat sahaja terdampar foto Farzli di screen handphone. Ini sahaja yang mampu aku lakukan setiap kali aku terkenangkan dia. Tubir mataku sekali lagi berair. Apa yang dia lakukan sekarang ya? Air mataku mengalir. Tiba-tiba pintu bilikku dibuka. Terjengul muka Ija. Aku lantas menyapu pipiku yang basah dan melemparkan senyuman yang sedaya upaya dimaniskan kepada Ija. "Jom balik. Kalau lambat nanti jalan jam pula", ujurnya. Sedikit pon dia tidak menegur keadaanku. Samada dia tidak perasan aku menangis atau dia buat-buat tidak perasan. "Jom", sahutku pantas sambil mencapai beg sandang dan beberapa buah fail untuk dibawa pulang. ========================================================== Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam tetapi aku masih segar memeriksa kertas kerja yang perlu dihantar esok. Pintu bilikku diketuk dan tanpa menunggu jawapan daripadaku, Ija memonong sahaja masuk lalu berdiri disebelah meja studyku sambil tersenyum-senyum. Apa kes ni???
"Nah, ada orang bagi", ujurnya sambil menghulurkan satu bungkusan yang dibalut kemas sebesar kotak jam tangan. "Siapa?", aku kehairanan.
"Entah, secret admire kot. Mana aku tahu. Kau buka ja la baru tahu", Ija tersengih lagi. Ish, minah sorang ni aku dapat hadiah dia pula yang terlebih seronok.
"Ok la, aku dah mengantuk ni. Masuk tidur dulu ya. Nite", Ija berlalu meninggalkanku yang masih lagi membeku memerhati bungkusan kemas itu.
Sebaik sahaja Ija menghilangkan diri di sebalik pintu, aku dengan penuh berdebar mumbuka bungkusan tersebut. Terdapat sebuah kotak muzik berbentuk hati didalamnya. Comel…aku tersenyum sendiri. Siapa Bagi ni?",
Aku membuka kotak muzik itu. Nada muzik romantic kedengaran. Terdapat sekeping kad kecil didalamnya. Ketika aku mencapai kad tersebut, aku terpandang sebentuk cincin bertatahkan batu permata yang cantik. Aku tergaman. Apa semua ni? Hatiku semakin berkocak. Lantas aku membuka kad tersebut.
To my only princess, I love you.
Aku semakin berdebar..tiba-tiba handphoneku berbunyi. Aku bergegas mencapainya yang terdampar di atas katil. Tanpa memandang siapa yang membuat panggilan aku terus mengangkatnya.
"Assalammualaikum",si pemanggil memberi salam. Aku terkedu, dia kah itu? Tidak semena-mena air mataku menitis. Hati yang selama ni dilanda panasnya rindu bagaikan sejuk dicurah salji sebaik sahaja mendengar suara si pemanggil.
"Nisa, awak ok ke?", si pemanggil terus bersoal. Hairan kerana salamnya tidak disambut.
"Saya ok", Nisa cuba mengawal suaranya yang kedengaran serak.
"Awak menangis ya…please jangan menangis. Saya minta maaf kerana saya dah susahkan awak", suara Farzli romantik sekali memujuk kekasih hatinya.
"Awak tak salah apa-apa pon..", perlahan sahaja suara Nisa dalam menahan tangisnya. Dia betul-betul rindu akan lelaki itu.
"Saya rindu awak Nisa..saya minta maaf kerana saya sudah lama tidak hubungi awak. Saya cuma tak mahu awak rasa terkongkong dengan kehadiran saya", ujur Farzli lagi.
"Tak apa..saya salah faham pada awak. Saya yang patut minta maaf pada awak",
"Sayang, please jangan nangis lagi. Saya tak pandai nak pujuk ni..", Farzli cuba memenangkan perasaan Nisa. Air mata Nisa semakin laju mengalir sebaik sahaja panggilan sayang keluar dari bicara Farzli. Sekian lama dia ingin mendengar ucapan sayang begitu dari kekasihnya, baru hari ini dia berpeluang mendengarnya.
"Dah dapat hadiah yang saya kirimkan pada Ija? Saya tak pandai cari hadiah saya harap awak suka", ujur Fazli lagi.
"Saya suka..tapi kenapa bagi cincin tu. Mahal. Awak bagi kotak muzik pon dah cukup", ujur Nisa. Kali ini dia lebih mampu mengawal tangisnya.
"Kan saya kata, saya tak pandai nak pilih hadiah. Nak minta pendapat Amir malu pula", kerdengar ketawa manja Farzli di hujung talian. Buat seketika mereka kehilangan kata-kata.
"Nisa..", seru Farzli. "Ya". "Minggu depan awak minta cuti ya, balik kampong", "Nak buat apa? Saya baru ja balik miggu lepas", Nisa kehairanan, "Balik la. Kalau tak macam mana saya nak hantar rombongan meminang..awak balik ya", Farzli seakan merayu. Nisa terkedu dan air matanya menitis lagi. Air mata kegembiraan.
"InsyaALLAH, saya balik", itu sahaja yang mampu diujurya. Aduh, tiba-tiba saja muka ni bagaikan disimbah dengan minyak panas, malu..
"Saya nak cepat-cepat kahwin dengan awak, kalau boleh tahun ni juga. Saya dah tak sanggup nak tahan rindu pada awak", jujur sekali ucapan Farzli. Buat perama kalinya dia meluahkan kata betapa gadis yang bernama Nisa itu sangat-sangat disayanginya.
"Awak tak kisah kan?". Soalnya lagi. "Terpulang pada awak. Apa yang baik saya ikut ja", Ya Allah, dalam sekelip mata sahaja mereka sudah merancang untuk hidup bersama di masa hadapan.
"Dah lewat ni, awak tidur la. Maaf saya menggangu awak", "Tak apa, saya dah biasa tidur lewat", "Oh..ok la. Night, assalamualaikum", "Waalaikumsalam", "Nisa", "Ya", "Saya sayang awak", talian terus diputuskan. Nisa sekali lagi terkedu. Namun buat pertama kalinya, Nisa tidur dengan senyuman, berbekalkan mimpi-mimpi yang indah..Ahmad Farzli, saya sayang awak juga..=)
Best2....Nak pakwe camtu....Baik dan ikhlas.. what else to hope...Asalkan dia iklas sayang kita, everything akan ok...Bila nak dapat orang camtu.......huhuhu
wei....nak sign....nak sign...nak jugak...nak jugak....huhuhu....sedey wei bce citer ni.....banyak tol idea awak pg2 bute ek...respect woooo.....sampai basah carpet member saye....huhuhuhu...sobsobsosob....
sukenyer... walau da agak ending die tp tetap senyum ..puas.. hmm..tp nk kte cam citer sy ke x pun xtau..boy tu diam je smpi la ni..isk3. hope sweet ending gak utk sye..nak nak ending kisah sy cmni gak..amin..huhu..pasan btul!!!
bez la story ni...karekter dia sma ngan my bf...huhuhuh kn bgs klu dia lamar sy nnti cm 2 jg....so sweet hihihihihihi
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wahhh...best nya..
klu aku dlm cerpen nh ..bhagia hdup