Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ramadan menjelang kembali. Bagi umat Islam, inilah waktu puncak untuk mereka meningkatkan amalan ibadah mereka. Seperti hari-hari puasa yang lepas, aku dikejut manja oleh ibuku untuk sahur. Lenaanku terjaga apabila digerakkan sahaja badanku. Sememangnya aku memang senang untuk terjaga dari tidur. Menjamu selera pada waktu subuh tidaklah seenak waktu tengahhari, namun inilah salah satu daripada dugaan bagi mereka yang melakukan ibadah puasa. Hari demi hari, mentari pagi telah menonjolkan dirinya menunjukkan bahawa hari sudah berganti hari. Namun hari ini merupakan hari terkhir bagi bulan Ramadan. Segala persiapan telah dilaksanakan. Harapanku hari raya tahun ini dapat disambut meriah dan dapat meraikannya mengikut perancangan yang sudahpun disusun rapi awal tahun lalu. Senja melabuhkan tirainya, terdengar sayu takbir bergema memecah kesunyian kemerahan langit malam. Alhadulillah segalanya berjalan lancar. Sudah menjadi lumrah setiap golongan hawa, mereka diberi cuti berganti. Aku diberi nikmat 7 hari cuti berpuasa, namun nikmat itu hanya sementara kerana aku terpaksa menghadapi 7 hari yang mendatang dengan lebih menyeksakan. Kenapa? Dugaan aku akan lebih mencabar kerana hanya aku yang berpuasa pada hari ganti itu. Bagi kaum hawa, tahulah mereka betapa siksanya berpuasa di hari biasa. Namun itulah kewajipan kita sebagai umat Islam. Al-Quran ada menyebut "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa seperti mana yang diwajibkan keatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". Ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa hanya orang yang beriman yang mampu menghadapi ibadah puasa. Terdengarnya azan maghrib, maka terlerailah simpulan ikatan yang membelenggu syaitan dari awal Ramadan. "Kini aku kembali!!...",Sememangnya menyambut kedatangan Syawal amat ditunggu-tunggu, namun aku kini tidak sendirian lagi kerana ditemani syaitan yang sering menghasutku melakukan perkara yang merugikan. Di pagi Syawal yang mulia ini, seperti biasa aku dan keluarga berkumpul untuk melaksanakan sesuatu yang mulia iaitu bermaaf-maafan. Tidak terkata sebaknya hatiku meluahkan perasaan salah dan terlalu sukar untuk aku melafazkan perkataan ‘Maaf’ kepada kedua orang tuaku kerana menahan sebak yang bergelora dalam hatiku. Mataku mula berkaca, tetapi aku menahannya daripada keluar membasahi pipiku. Aku tidak mahu mereka melihat tangisan air mataku ini. Hari raya pertama, seperti biasa aku dan keluarga akan beraya di Pontian, Johor. Kampung halamanku. Di sana, kami akan bersama-sama mengunjungi rumah sanak saudara. Pelbagai kerenah manusia yang bergelar saudara aku lihat. Perut tidak mampu untuk menahat lebihan kuantiti. Jadi aku hanya memandang segala jenis jamuan yang terhidang dengan berkata hatiku "Sedap nye…". Setelah pulang ke kampung, hari raya sudah hampir meninggalkan bahangnya. Hari persekolahan telah kembali seperti biasa. Naik sekolah hanya cerita tentang raya sahaja yang terdengar di cuping telingaku. Namun ada satu cerita yang aku dengar daripada jiranku, sempat aku kongsikan kepada teman sekolahku. Bukan kisah raya, tetapi seorang sahabat yang tidak dapat merasai kepuasan beraya kerana terpaksa terlantar di rumah sakit. Sememangnya An dari kecil hidupnya terpaksa menanggung penderitaan sakit jantung berlubang. Dalam sebulan, kerap kali aku melihat keluarga An pergi keluar. Waktu kecil aku, sememangnya kusangka mereka pergi jalan-jalan. Ibuku memberitahu aku pada waktu itu bahawa An pergi hospital. Aku bertanya kembali "kenapa", namun ibuku hanya melemparkan senyumnya kepadaku tanpa sepatah kata. Hari berganti hari, kini An sudah meningkat besar, namun badanya tidak sebesar mana. Kurus. Namun sepanjang hidupku aku bersama denganya. Dimarah, dipuji, susah dan senang aku tetap bersama dengannya. Dialah yang mengajar aku naik basikal dan motor. Dia bukan jenis orang yang kedekut. Pemurah dan ramah orangnya. Pergi kesekolah bersama-sama. Di tempat menuntut ilmuku, An juga senang didekati kawan-kawan dan cikgu. Senang cerita, terkenal jugalah An di sekolah. Kelas sememangnya riuh membicarakan soal kemeriahan hari raya mereka. Namun aku menceritakan kisah An kepada kawanku. " An masuk hospital raya ke 2 haritu.."."Kenapa"."Sakit jantung dia datang balik"..Lalu salah seorang kawanku yang lain bersuara " Lah…de sakit jantung ke? Aku tengok de sihat jek…" Sememangnya itulah ungkapan yang sering aku dengar apabila aku menceritakan hal yang sama kepada orang lain termasuk cikgu. An masuk hospital pada hari raya ke 2. Hari raya pertama dia sempat meraikan tetapi tidak seperti hari raya sebelumnya. Setelah selesai SPM, An bekerja sambilan di salah sebuah kilang kaca. Dia bekerja di bahagian pemotongan kaca… Kesan daripada pekerjaannya itu, sakit jantungnya yang sudah lama sembuh kembali semula. Tempiasnya,dapat dilihat pada hari raya pertama apabila An tidak larat untuk berjalan dan nafasnya mencungap-cungap. Siapa yang pernah mengalaminya tahu bagaimana penderitaan itu. Aku juga pernah mengalaminya, tetapi aku tidak memaklumkannya kepada orang tuaku. Apabila disedari ayahnya bahawa keadaan semakin parah, An terus dibawa ke hospital. Kisah yang lebih mendalam mengenai cara An masuk hospital hanya keluarga An sahaja yang tahu. Hari yang mendatang terus aku lalui. Pada hari raya ke sepuluh, aku pergi beraya di rumah cikgu kesayanganku. An juga kenal siapa cikgu kesayanganku ini. Namun aku tak dapat pergi bersama An kerana An masih lagi berada di hospital. Pengalamanku beraya di rumah cikguku ingin ku kongsi bersama apabila An pulang kelak. Selang dua hari daripada itu, pada pukul 6.10 petang 12 syawal bersamaan 24 Oktober 2007, aku mendengar suara bercampur tangisan datang dari arah rumah jiranku. "Kak….kak….kak…..An dah tak ada……." Kata jiranku itu kepada ibuku. Tersentap jiwaku, meremang bulu romaku, naik darahku, sejuk hujung jari kakiku, sedih dan sayu muncul secara tiba-tiba…Tiada kata-kata yang mampu aku lontarkan. Perkataan An sudah tiada itu membuatkan aku mengimbas masa laluku bersama dia yang kini bergelar arwah…Impianku untuk menceritakan pengalamanku beraya di rumah guru kesayanganku hanya mampu ku simpan sepi. Di kampung, hanya dialah sahabatku satu-satunya. Namun kini dia telah pergi selamanya. Meninggalkan aku sendiri.Kini perasaan rindu semakin menebal. Apabila aku melalui dan melihat pusara sahabatku hatiku berkata " Adakah engkau bahagia? Adakah engkau melihat bahawa aku sedang kesunyian". Sebelum dia meninggalkan umurnya, jika tidak silap ingatanku , lebih kurang satu tahun yang lepas, dia ada memberitahuku bahawa " An jumpa arwah papa, de senyum kat An…An tak tahu kenapa, entah-entah de nak ajak An sekali kot"….. Sahabat, kini kau telah pergi untuk selamanya………
--->Walaupun penyampaian cerita mcm x menark…tpi ini pengalaman sebenar sya..Nama sebenar arwah biar sya sja yg thu. Klo nk iktkn mmng pnjng cerita nie…tp mlas nk taip plak…. Apapun mrilah sma2 kita sedekahkn alfatihah kepada sahabat baikku ini. Jika ada sebarang kesalahan maafkan saya. Sya bkannya seorng yg berjiwa sastera, jd apa jenis perkataan main belasah msuk jer... Assalamualaikum
Tahniah! Anda menggunakan Bahasa Melayu dengan betul> Saya menghargainya.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
harap arwah tenang di sana...