BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Februari 18, 2009
Cerpen : Kenangan Seindah Nama
Nama Pena : Putri Lily

"Hai!" Bisik seseorang dekat dengan telinganya.

Serentak dengan itu ada satu tangan yang bagai sengaja melekat di atas meja betul-betul hampir dengan tangan Suhana. Suhana terkejut dan menoleh. Perlakuan tadi mengingatkannya pada satu kejadian lama dahulu. Tetapi segera dia mengikis memori itu sebaik sahaja mengenali suara yang menegurnya tadi. Lelaki itu menarik kerusi dan duduk di sebelah Suhana.

"Eh! Macammana tahu Su ada di sini?" Bisik Suhana dengan mesra. Matanya bercahaya memandang Imaan, tunangnya.

"Tahulah.. kalau dah call atau masej tak berjawap tu, kemana lagi Su pergi kalau tak ke library ni. Entah apa yang ada di sini pun tak tahulah" Jawap Imaan seakan merajuk.

"Ada apa pula.. Ada bukulah di sini." Gurau Suhana sambil membelek telefon bimbitnya yang sengaja ditukarkan silent mood. Ternyata ada satu missed call dan satu massage received. Tetapi sebenarnya dia ingin melarikan matanya dari renungan Imaan. Takut jika Imaan dapat membaca fikirannya yang sebenar. Ada kenangan di perpustakaan ini yang kerap mengganggu fikirannya semenjak kebelakangan ini.

"Sorry Man. Su tak perasan Man call tadi," Suhana kembali memandang tunangnya, "Ada apa cari Su sampai di sini?" Sambungnya.

"Saja je.. Kebetulan singgah makan kat kawasan ni. Tapi Man kejap je. Lepas ni nak balik office." Imaan menerangkan. Matanya melirik jam di tangan.

"Hmm.. sempat nak spot check kita eh.." Gurau Suhana lagi. Imaan tersenyum manja.

"Tak bolehlah tak nampak Su dalam sehari. Suka tengok wajah Su malu-malu macam tu.." Imaan membalas usikan sambil mengenyitkan mata.

Suhana terpana. Entah kenapa semenjak mengenali Imaan sehinggalah sudah menjadi tunangannya, apa sahaja kata-kata dan gaya Imaan akan mengimbaskan kembali kenangan Suhana kepada seseorang. Tempat di mana bermulanya perkenalan mereka juga sama.

* * *

Sebaik sahaja Suhana selesai menghubungi seseorang, dia menandakan sesuatu di sebelah senarai nama-nama dalam buku catatannya. Sibuk sekali dia dalam seminggu dua ini. Menelefon kawan-kawan lamanya untuk memastikan alamat mereka yang bertetapan. Supaya mudah penghantaran kad-kad jemputannya kelak.

Matanya melirik pada nama-nama seterusnya dan terpaku memandang pada satu nama. Jejarinya membelai lima huruf yang membentuk satu nama terindah. Terindah dalam kenangannya..

Lapan tahun lalu...

Suasana yang tadinya tenang menjadi sedikit riuh sebaik sahaja pintu lif terbuka. Beberapa pelajar lelaki keluar dari dalam lif tersebut. Entah apa yang digelakkan semasa di dalam lif tadi sehingga berlanjutan. Menyedari mereka diperhatikan, segera gelak ketawa mereka reda.

Suhana yang duduk tidak berapa jauh dari lif tersebut juga menoleh. Konsentrasinya terganggu seketika. Sedetik kemudian dia mengalihkan pandangan semula. Cuba beri tumpuan pada buku yang sedang dibaca. Bukan kerana apa. Tidak mahu berbalas pandang dengan salah seorang dari pelajar lelaki tadi yang kebetulan memandang sama kearahnya. Takut jika pandangannya disalah erti. Sesetengah remaja zaman sekarang tidak suka ditenung-tenung.

Tetapi Suhana silap. Bukan itu maksud pandangan pelajar tadi. Dia yang pada awalnya turut menghabiskan sisa tawa bersama teman-temannya, tiba-tiba terkelu sebaik sahaja bertemu pandang dengan gadis itu. Ada sesuatu yang menarik tentang gadis itu pada pandangannya. Lebih teruja lagi apabila dilihatnya gadis itu menundukkan wajah. Malu barangkali.

Melintas di hadapan meja gadis itu, sengaja dia menyinggahkan tangannya melekat sekejap di meja itu betul-betul hampir dengan tangan si gadis. Cuba menarik perhatian. Suhana terkejut tetapi dapat mengawal perasaan. Pura-pura tidak menyedari.

Suhana mengeluh lega apabila tiada apa-apa terjadi. Mereka duduk lat dua meja dari meja Suhana. Ketika Suhana melirik, sengaja atau tidak pelajar yang memandangnya tadi duduk menghadap kearahnya, juga sedang memandangnya lagi sambil tersenyum.

Suhana tidak menghiraukan. Dia melirik jam tangan. Minat untuk sambung membaca sudah tidak ada. Dia mengemas buku-buku atas meja, mencapai beg dan bergerak menuju ke rak buku untuk menyimpan kembali buku yang diambil. Ketika sudah berada dalam lif entah kenapa teringin pula menoleh sekali lagi ke arah pelajar tadi sebelum pintu lif tertutup. Pelajar itu melambaikan tangan sebagai tanda selamat jalan. Suhana meninggalkan perpustakaan dengan hati yang kurang selesa.

Kebosanan setelah tamat sekolah menengah membuat Suhana kerap menghabiskan masa di perpustakaan. Dia memang kutu buku walaupun dia tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran. Sementara ini dia hanya bekerja separuh masa sebagai salesgirl.

Semenjak bertembung dengan sekumpulan pelajar lelaki hari itu, Suhana acapkali terserempak dengan mereka. Acapkali juga dia perasan pelajar yang seorang itu mencuri pandang ke arahnya. Sahaja Suhana buat tidak kisah. Satu hari..

Suhana sedang meneliti beberapa tajuk buku rujukan di tepi rak. Dia mencapai satu buku yang agak tebal. Sambil membelek buku itu helaian demi helaian, dia bergerak perlahan menuju ke meja kosong yang berhampiran. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang.

"Ops!"

Gedebuk! Buku tebal itu terlepas dari pegangan dan menimpa kaki seseorang. Bunyinya menarik perhatian beberapa pembaca lain.

"Maaf dik.." Suhana tidak jadi meneruskan bisikannya. Tercengang dia memandang wajah orang yang berkerut menahan kesakitan di hadapannya. Pelajar tempohari rupanya.

"Tak mengapa.." Bisik pelajar itu sambil membongkok mengurut seketika kakinya sebelum mengutip buku tadi. Diserahkannya pada Suhana yang sedang termangu.

Suhana menyambut buku itu sambil mengangguk sedikit kepalanya tanda terima kasih. Tidak ada suara yang terkeluar. Apabila berdekatan begitu, Suhana mengagak pelajar itu mungkin di tahun akhir sekolah menengah. Wajahnya masih keanakan. Tetapi tubuhnya tinggi dan tegap. Tidak bersesuaian dengan usianya.

Tanpa diduga mereka sama-sama mahu menuju ke arah meja yang sama. Ketika itu baru Suhana perasan pelajar itu datang sendirian tanpa kawan-kawannya yang lain. Memandangkan pelajar itu masih berjalan terhencot-hencot kerana kelalaiannya, Suhana merelakan mereka berkongsi meja. Lagi pula meja lain semuanya sudah dipenuhi.

Namun menyesal pula berkongsi meja. Dia betul-betul tidak dapat menghayati pembacaannya. Suhana sedar dirinya jadi tatapan pelajar di hadapannya. Entah apa yang tidak kena pada dirinya, dia pun tidak tahu. Apabila dia menoleh pelajar itu, mata pelajar itu buru-buru beraleh pada buku yang sedang dibaca pula.

"Dik, akak tahu akak berhutang. Kaki adik sakit kerana kecuaian akak. Apa kata akak belanja adik minum, kira hutang akak terbayar." Akhirnya Suhana memberanikan diri berbisik begitu. Itu lebih baik padanya dari dirinya dipandang terus seperti orang bersalah.

Pelajar tadi terkejut mendengar cadangan Suhana. Wajahnya ikhlas mempamerkan perasaan serba salah.

"Eh! Saya tak menuntut hutang. Tapi.. kalau sudi nak belanja apa salahnya. Rezeki jangan ditolak, kan?" Balas pelajar itu sambil tersenyum.

Dalam keterpaksaan Suhana menunaikan cadangan bodohnya. Mereka keluar dari situ dan menuju ke kantin perpustakaan. Memilih tempat yang sesuai dan memesan minuman. Apabila waktu hendak buat pembayaran, pelajar tadi terlebih dahulu menghulurkan wangnya. Dia berkeras mahu membayar dan memaksa Suhana menyimpan kembali wangnya.

"Akak yang berhutang kan!?" Marah Suhana.

"Nama saya, Imrah Zainal. Panggil saya, Im saja." Imrah menghulurkan tangan dengan selamba. Tanpa menghiraukan kemarahan gadis itu. Sebenarnya dia tidak gemar gadis itu ber’kakak’ ber’adik’ dengannya.

Suhana teragak-agak untuk menyambut salam itu. Dia masih terpana dengan sikap selamba anak muda itu. Walaupun Imrah lebih muda daripadanya, tetapi cara dan gayanya seperti orang yang sudah matang. Terlalu gentleman.

Sedar bahawa mungkin gadis itu malu untuk bersentuhan, Imrah menarik kembali tangannya.

"Nama saudari?" Tanya Imrah ramah.

"Suhana.." Ringkas sahaja Suhana menjawap.

"Panggil Su saja bolehkan? Lebih ringkas dan mesra," sengaja Imrah menegaskan lagi gelaran yang perlu mereka gunakan untuk membahasakan diri. Kemudian dia menyambung kata, "Janganlah merasa bersalah lagi hanya kerana kecuaian tadi. Im tak berfikir Su berhutang."

"Habis tu kenapa tenung-tenung saya masa di atas tadi?"

Imrah tertawa kecil. Dia mempelawa Suhana minum dahulu sebelum menjawap.

"Entah.. Cuma Im suka tengok Su malu-malu." Jawapnya jujur.

Suhana semakin tidak keruan. Jawapan Imrah betul-betul membuat wajahnya semakin memerah.

Di situlah bermulanya perkenalan mereka. Sedar tidak sedar persahabatan mereka kian akrab. Imrah mempunyai cita-cita yang tinggi. Dia berharap dapat mengikuti jejak abangnya yang sedang belajar di University of Maryland. Suhana banyak memberi tunjuk ajar jika ada perkara-perkara yang bersangkutan dengan mata pelajaran yang tidak difahami Imrah.

Suhana tidak pernah berkira. Padanya, Imrah sudah dianggap macam adik. Tetapi sukar benar Imrah mahu menerima kenyataan itu. Dia tidak suka umur menjadi ukuran dalam perhubungan mereka. Tetapi Suhana tidak pernah mahu memahaminya.

"Kenapa mesti ada batas umur dalam perhubungan kita?" Soal Imrah pada satu hari.

"Mana ada. Kalau usia jadi batasan tentu kita tak jadi kawan sampai hari ni." Balas Suhana.

"So, jangan jadikan perbezaan usia kita sebagai dalang untuk perhubungan yang lain selain hubungan adik kakak." Dengan tenang Imrah menerangkan.

Suhana tersenyum. "Dah hakikatnya Im tiga tahun lebih muda. Nak buat macammana?"

"Tapi Su dah kunci hubungan kita hanya setakat itu saja. Sedangkan Im.." Imrah tidak mampu meneruskan.

Renungan Suhana begitu tajam. Penuh dengan kehairanan. Imrah membalas renungan itu. Dia tahu Suhana perlukan kata-kata lanjut darinya. Renungan itulah yang membuat Imrah berani untuk berterus terang.

"Im sayangkan Su. Im cintakan Su.."

Renungan yang kehairanan bertukar menjadi renungan kemarahan. Namun Imrah semakin berani melawan renungan Suhana. Dan tiba-tiba Suhana semakin lelah untuk terus berbalas renungan. Dia mengeluh.

"Kita sama-sama masih muda, Im. Perjalanan kita masih jauh. Im sendiri perlu memikirkan pelajaran. Bukan cinta.." Ujar Suhana.

"Kerana itu Im mahu kita berkawan dulu. Tapi Su seakan mengunci awal-awal perhubungan kita setakat kakak adik dengan berlandaskan usia. Su yang buat Im terpaksa berterus terang sekarang."

"Tapi Su belum mahu fikirkan tentang itu. Ini cinta monyet namanya, Im. Im belum cukup dewasa untuk menilaikan cinta sebenar atau cinta monyet."

Imrah tersinggung dengan kata-kata Suhana, tetapi dia masih cuba bertenang.

"Apakah kerana Im lebih muda? Andai Im tiga tahun lebih dewasa dari Su, adakah jawapan Su sebaliknya?"

"Itu bukan alasannya. Soalnya Su belum mahu ada kaitan dengan apa-apa perasaan pun."

"Atau mungkin Im akan kembali bertanya soalan yang sama dalam masa lapan atau sepuluh tahun lagi?" Imrah masih belum berputus asa.

"Stop it! Please Im. Jangan paksa Su untuk fikirkan jawapan tentang itu. Sekarang atau kemudian tiada bezanya. Satu hari nanti Im dapat bezakan cinta sebenar Im dengan rasa cinta Im yang sekarang. Kalau Im masih nak kaitkan soal perasaan dalam hubungan kita, kita berkawan setakat ini saja." Tanpa sedar Suhana meletakkan jurang penyudahan.

Imrah memikirkan permintaan Suhana. Sanggupkah dia kehilangan Suhana hanya kerana mengawal rasa sayangnya yang semakin ketara pada gadis itu? Lalu sanggupkah pula dia berterusan berhadapan dengan gadis itu tanpa memikirkan soal perasaan? Bagaimana dapat dia bereaksi seperti biasa sekiranya Suhana tetap ber‘kakak’ ber‘adik’ dengannya?

Belum sempat Imrah memberi kata putus, Suhana sudah memberi jawapannya sendiri dengan menyepikan diri. Tidak lagi mahu bertemu, berbincang dan berkawan seperti biasa. Suhana sudah jarang ke perpustakaan seperti biasa. Akhirnya Imrah sedar keputusan sudah diambil tanpa perlu berbincang lagi.

Begitulah akhinya sebuah perkenalan. Namun tiada siapa yang tahu di hati masing-masing tidak pernah melupakan. Saat terakhir Suhana menerima berita Imrah berjaya melanjutkan pelajarannya ke tempat yang menjadi impiannya. Suhana turut bahagia mendengarnya. Namun kata-kata terakhir Imrah membuat dirinya dalam keadan serba salah.

"Im akan pastikan satu hari nanti Su akan menjadi ahli keluarga Im juga."

* * *
Perasaan Suhana semakin jadi tidak menentu sebaik sahaja terdengar beberapa para saksi mengatakan ‘sah’ setelah selesai pengantin lelaki berakad nikah. Debaran kian kencang dirasakan ketika menanti kedatangan suaminya untuk membatalkan air sembahyang.

Sempat kenangan perkenalan mereka datang menjenguk di kotak fikiran. Imaan adalah lelaki yang pandai berjenaka. Kadang-kadang Suhana tidak dapat membezakan bila masanya Imaan berjenaka dan bila masanya Imaan bercerita serius. Yang pasti semua kata-kata Imaan begitu tenang dan bersahaja.

Imaan menceritakan, dia datang ke perpustakaan untuk mencari seseorang yang hadir dalam mimpinya. Orang itu ialah Suhana. Entah betul atau tidak, Suhana hanya mengiakan. Alasan lelaki untuk berkenalan sememangnya berbagai-bagai. Tetapi yang pastinya Suhana menyambut perkenalan itu dengan senang hati. Kerana sikap Imaan memang menyenangkan. Namun Imaan juga mengingatkan Suhana pada seseorang yang hampir dilupai.

Suhana terkejut apabila jejarinya dicapai oleh seseorang. Dia terkaku dan membiarkan sahaja suaminya menyarungkan cincin ke jari manisnya. Ah! Kenangan tidak mudah dihapuskan. Kini kenyataan di hadapannya. Imaan sudah menjadi suaminya.

Ketika majlis hampir usai, Imaan menarik tangan Suhana untuk bertemu dengan seseorang yang terlewat tiba. Pada mulanya Suhana tidak mengenali pasangan tersebut.

"Selamat pengantin baru, kak Su. Selamat menjadi ahli keluarga Im."

Suhana terpana. Lapan tahun berlalu sudah merubahkan segala-galanya. Merubahkan setatus mereka, merubahkan perhubungan mereka, merubahkan keperibadiannya, merubahkan dia menjadi lelaki yang benar-benar matang.

Tidak pernah Suhana menduga Imaan adalah abang Imrah yang dikatakan sedang belajar di University of Maryland. Dia juga tidak perasan ketika Tuan Kadi menyebut, "Aku nikahkan dikau, Imaan Bin Zainal dengan.." Mereka berbin kan nama yang sama.

Imaan menyentuh tangan isterinya untuk menyedarkan Suhana pada kenyataan. Suhana memandang sekilas wajah suaminya dan kemudian berbalik kepada Imrah.

"Apa yang kak Su kata dulu tu, betul sekali. Dalam masa lapan tahun, kita sudah melangkah begitu jauh. Baru Im sedar selama ini Im hanya menyenangi kak Su dan di kejauhan itu Im dapat bezakan cinta sebenar," Imrah menarik gadis di sebelahnya untuk rapat ke sisi sambil berkata, "Ini Sunita, gadis yang Im kenal semasa di universiti, cinta Im yang sebenar."

Suhana menangis ketika menyambut salam Sunita. Dia terharu Imrah tidak pernah berdendam dengannya walaupun dahulu Suhana pernah memperlekehkan perasaan Imrah. Airmatanya tidak tertahan mendengar kata-kata Imrah seterusnya.

"Tapi sayang Im pada kak Su benar-benar ikhlas. Bukan macam sayang-sayang monyet. Tak tahu kenapa susah benar Im nak lepaskan kak Su. Sebab tu Im janji pada diri Im, kak Su tetap akan jadi keluarga Im walaupun bukan dengan Im. Kebetulan abang Man masih single.." Imrah mengenyitkan mata kanannya pada Imaan.

Dalam sedih Suhana masih mampu ketawa mengiringi tawa yang lainnya. Lebih-lebih lagi apabila melihat senyum bahagia dari suaminya. Malu diusik adik sendiri. Tanpa perlu disoal lagi, Suhana mampu meneka strategi mereka.

Satu yang sering menjadi persoalan. Cinta tidak boleh dipaksa, namun kenangan tetap menjelma. Kenangan seindah nama. Apakah maknanya? Suhana tidak mahu membiarkan dirinya dengan persoalan baru itu. Dia bahagia dengan suami dan keluarganya.

T a m a t

p/s Terima kasih kerana membaca cerpen saya yg ke 5. Harap maaf jika karangan yg kurang sempurna. Moga teman pembaca semua terhibur. Selamat membaca.. :)

~Putri Lily~
posted by Penulisan2u @ 2:19 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
16 Comments:
  • At 18/2/09 5:25 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    gud story...=)

    ~aKuYghanYaTauKomeN~

     

  • At 18/2/09 10:29 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    different story..good idea..
    well, good job writer!
    -i'm not perfect-

     

  • At 18/2/09 11:12 PG, Blogger nadiah_abdllah said…

    erm, dah agak diorang adik beradik.
    btw, nice story.. :D

     

  • At 18/2/09 2:45 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best gak story nie..berbeza dgn yg i pnh baca sblm nie..nyway...good job.

    >hamba Allah<

     

  • At 18/2/09 5:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ada ek kutu buku...
    1st time dgr ni, sblom ni org guna ulat buku kan....

     

  • At 18/2/09 8:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best story..

     

  • At 19/2/09 12:18 PG, Blogger LeaQistina said…

    salam putri lily,

    walaupun lea hampir dapat menekan hubungan yg wujud antara imrah dan imaan apabila membaca sumpah nekad imrah.. namun cerita ini tetap menyentuh perasaan lea..

    erm.. putri lily, sengaja guna kutu buku or tu perkataan baru? hehe.. apa pun.. semoga terus berjaya..

    ikhlas;
    ~LeaQistina

     

  • At 19/2/09 10:04 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wah...citer cinta monyet bdk sk.bez gak.HEHEH..As a student terharu dgr..but STUDY FIRST......

     

  • At 19/2/09 10:20 PTG, Blogger [syarimoney] said…

    wah cerita yang best dan mnyentuh perasan...
    cerita ni agak bersahaja dan mendatar saja.
    sesuai dibaca oleh semua orang.
    walaupun jalan ceritanya lebih kurang sama mcm cerpen2 yang lain, tp cara pengolahan dari penulis membuatkan ia cerita yang berlainan.
    tahniah kepada penulis...
    harap dapat membaca cerpen yang baru dari penulis.... semoga success selalu ea =)

    ~sar~

     

  • At 20/2/09 11:15 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wah.... law wat drama mesti best,kan? kan? kan? i like...

     

  • At 20/2/09 9:31 PTG, Blogger AnaNurFiras said…

    best giler...
    good writing

     

  • At 21/2/09 2:50 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam to all..
    terima kasih kerana membaca dan komen2nya.. tiada yg lebih memuaskan hati saya selain dpt memberi kepuasan pada teman pembaca semua... Alhamdulillah..

    ttg kutu buku tu.. hmm.. entah eh tiba2 terlintas kutu dari ulat di fikiran ni.. hehe

    ~Putri Lily~

     

  • At 21/2/09 9:32 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cte nie mmg best...ala xpe slh skit2 tp len kali hati2 k.....gud luck.

     

  • At 22/2/09 11:39 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salammm....
    hiiii....
    sori but sy rse besa jerk rr...
    ntah rrr...
    myb sy xpndi nilai kot...
    w'eve pon nice storiiii...
    gud jobb nn gud luck.........
    keep up ur workkk...
    daaaaaaaaa..
    -putri-

     

  • At 12/3/09 10:07 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    baguss sgt idea ni....
    fresh n baru.. takda main copy...
    keep up the good work..
    hehe

     

  • At 11/8/09 6:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bes;

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group