Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Mentari jingga semakin tertunduk malu menyembah bumi memberi ruang pada malam menjenguk alam. Betapa keagungan Tuhan itu terpancar kala matahari terbenam. Vanidah melayan perasaannya sendiri bertemankan desiran angin yang menyapa lembut pipi gebunya beserta sisa-sisa cahaya mentari yang kian hilang. Tatkala itu, sayup-sayup gemaan azan menerjah ruang pendengaran. Sejenak lenyap segala masalah yang semakin bermastautin di sarang pemikirannya. Namun, panggilan kecemasan dari ibu Umaira' tadi membuatkannya terasa ingin pitam. Segera dia beristighfar dan memohon sepotong ketabahan pada Yang Maha Esa. Matanya terasa panas.Barulah dia faham segalanya kini. Kenapa rindunya terhadap Umaira' membuak-buak. Kenapa hatinya nekad menemui gadis itu setelah 5 tahun tak bertemu. Tika itu, hatinya menangis, betapa dia merindui seorang insan bernama sahabat...
---------------
Vanessa mengatur cepat langkahnya menyusuri kepekatan malam di Bandar Birmingham. Lampu-lampu neon yang berkelipan di setiap sudut bangunan bagai menghidupkan lagi bandar kedua terbesar di United Kingdom itu. Walaupun jarum jam sudah melepasi angka tiga, kenderaan masih berpusu-pusu di setiap ceruk jalan menunjukkan kesibukan setiap warga kota moden itu. Vanessa buntu. Neuron akalnya tidak dapat menjalankan fungsinya seperti biasa. Air kuning yang diteguknya di kelab tadi tidak memberi ketenangan seperti yang diharapkan. Vanessa mengeluh perlahan. Suasana suram menyambut kepulangannya ketika dia sampai di apartmen. Apartmen yang disewa bersama temannya, Umaira' terletak betul-betul di tengah-tengah Bandar Birmingham dan mengambil masa 10 minit dari University of Central England, tempat mereka menghirup ilmu. Vanessa mengesat mutiara yang masih bersisa di pipi gebunya. Betapa hatinya luka mengenang peristiwa 2 tahun lalu. Dia sebolehnya cuba berfikiran positif, namun kewarasan akalnya menentang dan menidakkan sikap optimisnya. "Vanessa, bila awak balik?" suara Umaira' melontarkannya ke alam nyata. Vanessa senyap. Matanya yang masih merah menjatuhkan pandangan tajam kepada Umaira'. "Awak tak sihat ker?"ujar Umaira' lagi sambil tangannya meraba-raba dahi Vanessa. Namun, tangannya ditepis kasar. ."Awak penipu Umaira'!! Awak penipu!!Islam agama kejam!agama hipokrit!juz like u!!" jerit Vanessa dengan tangisan yang masih bersisa. "Selama ini..selama kita berkawan, saya tak pernah menidakkan setiap kata-kata awak! Kononnya Islam agama suci!agama mulia, mementingkan keamanan,kedamaian, agama yang..yang segalanya! Saya terima dengan kerelaan walaupun hakikat terbentang didepan mata, Umaira'. Saya berpura-pura buta dengan hakikat itu"sambung Vanessa lagi. "Sabar Vanessa, bawa bertenang, saya faham.." "Faham..? Apa yang awak faham Umaira'? Awak hanya memandang dan kemudian memberi pandangan itu..ini..bukalah matamu!! Jangan perukkan mindamu yang usang itu"ujar Vanessa lantang tanpa memberi Umaira' peluang berkata-kata. Umaira' melepaskan keluhan. Bukan sekali ini mereka bertengkar akan hal ini. Kesukaran gadis ini menerima hakikat menyebabkan Umaira' kadangkala hilang akal dan kesabaran. Umaira' nekad. Kali ini, dia perlu menamatkan perbalahan ini. Vanessa perlu disedarkan. "Vanessa, jangan menuduh sebarangan. Biar saya jelaskan dahulu." Namun sekali lagi, Vanessa memotong percakapannya. "Sedarlah Umaira', ini bukan tuduhan, tapi kenyataan. Siapakah punca menjunamnya pesawat komersial di perut WTC? Siapa dalang pengeboman di Bali? Siapa yang sering terlibat dalam kejadian pengeboman berani mati?Siapa Umaira'?siapa?"ujar bakal siswazah Kedoktoran itu lagi. "Islam tak pernah mengajar umatnya berjihad dengan melibatkan orang yang tak bersalah!!Islam menyeru umatnya supaya bertoleransi sesama insan. Mereka yang terlibat itu hanya bertopengkan Islam, Vanessa!"tegas Umaira' kali ini. "Islam ditindas selama bertahun-tahun, pembunuhan beramai-ramai oleh Ariel Sharon ke atas umat Islam Palestin, masihkan awak ingat? Wanita Islam diperkosa tanpa belas kasihan dan anak-anak kecil yang sepatutnya menjadi pewaris kehidupan dibunuh hidup-hidup. Kemudian, Tanah Suci Palestin dirampas oleh Israel dengan sekelip mata dan dipagar dengan dinding yang menyatakan seolah-olah kami tersangat hina. Palestin semakin mengecil sehingga mereka menjadi pelarian di tanah air sendiri. Perlukah saya mengingatkan awak, Vanessa?dan Iraq, kini dipenuhi dengan askar-askar AS yang kononnya ingin membendung keganasan sehingga mengongkong setiap inci perbuatan mereka sehingga mereka sendiri takut untuk menghirup udara segar hatta di halaman rumah sekalipun. Lupakah awak pada semua itu?"dalam ketenangan, Umaira' berhujah. Kali ini, suaranya tidak keras seperti tadi. Vanessa tertunduk membisu. Betapa matanya dikaburi dengan propaganda Barat. "Saya tahu Vanessa, tragedi 11 September yang telah meragut hidup orang yang awak sayangi. Satu-satunya lelaki yang awak cintai. Tapi hidup perlu diteruskan. Jangan biarkan masa depan awak diselubungi dengan kelukaan dan kesuraman masa silam. Bebaskan diri awak dari belenggu yang awak bina sendiri, Vanessa." Umaira' cuba memberikan Vanessa semangat. Vanessa terus masuk ke biliknya. Dia cuba untuk mengakui kebenaran kata-kata sahabatnya. Namun...entahlah..hatinya berbolak-balik kini. Sejak dari peristiwa itu, hubungan mereka kian suram. Sesuram musim sejuk di Birmingham. Hubungan mereka yang renggang bertambah buruk apabila Vanessa membuat keputusan pulang ke Madrid secara tiba-tiba setelah menerima satu panggilan kecemasan. Bagi Umaira', perpisahan itu menambahkan lagi jurang persahabatan mereka. " Umaira', jangan disalah tafsir akan pemergian saya ini. Saya pergi bukan kerana membenci awak apatah lagi kerana bencikan agama awak, tapi saya pergi kerana takdir menentukan hidup saya bukan di sini. Tapi di sisi adik-adik saya. Saya terpaksa menjadi tempat mereka bergantung setelah ibubapa saya terkorban dalam pengeboman keretapi di Madrid" Ujar Vanessa tanpa dipinta. "Semalaman saya menyoal sendiri, apa salah kami? Dan kenapa kami yang perlu melalui ini semua?Tapi saya cuba anggapnya satu takdir....walaupun saya tak pasti sejauh mana penerimaan saya terhadap hakikat itu.." sambungnya lagi dengan perasaan sebak. Dan musim sejuk pada waktu itu menjadi saksi perpisahan mereka.
----------------------
Suasana di Balai Ketibaan KLIA agak lengang tika itu. Umaira' merenung papan tanda ketibaan pesawat. Senyuman terukir di wajahnya apabila pesawat dari Sepanyol sudah pun tiba. Semalaman dia tidak tidur apabila menerima panggilan dari Vanessa bahawa dia akan datang ke Malaysia. Datang menemuinya setelah sekian lama mereka terpisah. Namun hatinya diruntun pilu kerana pada waktu yang sama juga dia terpaksa berlepas ke Palestin kerana beban tugas sebagai wartawan penyiaran. Singkat benar masa untuk mereka bersua muka setelah 5 tahun terpisah.hatinya mengeluh perlahan. Tidak berkedip mata Umaira' merenung gadis berbaju kurung moden dengan tudung yang melabuhi paras dada. Terasa bagai mimpi, Umaira' mencubit pipinya. Sakit!. Dia tidak bermimpi! Ah..Vanessa..syukur kehadrat-Mu Ya Allah.
-------------------
Vanidah Abdullah mengesat cebisan airmata yang masih menemaninya tika itu. Lama dia berteleku di situ hingga tidak sedar matahari yang tadinya tertunduk malu sudahpun hilang dari pandangan. Pertemuannya dengan Umaira' sungguh bermakna walaupun sebentar cuma. Setelah 5 tahun tidak bertemu mahupun mendengar suara, 5 minit yang mereka lalui terasa begitu lama. "Jaga dirimu baik-baik wahai sahabat..wahai Vanidah!!" pesanan terakhir Umaira' sebelum berlepas bersama-sama krew-krew televisyen swasta negara itu masih berputar-putar di kotak fikirannya. Umaira' serta krew-krewnya dikhuatiri dibunuh setelah diculik oleh pihak yang kononnya berjuang atas nama jihad itu!!. Niat sucinya ingin membela nasib Palestin disalah ertikan dan mereka ditangkap kerana disangka perisik. Walaupun mereka dipercayai dibunuh, hati Vanidah tetap menidakkannya. Hatinya ralat untuk mengakui kematian sahabatnya walaupun dia tahu kematian itu satu kepastian dan ketetapan yang hakiki. Baginya, Umaira' perlu pulang untuk meneruskan jihadnya selama ini. Dahulu, Umaira' berjihad mengubah persepsi Islam dimatanya, dan alhamdulillah, 5 tahun perpisahan mereka cukup mendewasakan Vanidah dengan Islam yang dibencinya dahulu. Pengkajian yang bermula atas dasar mencari kelemahan Islam, berubah apabila dia menjumpai sesuatu dalam Islam tetapi tidak pada agama lain. Sesuatu yang tidak dapat digambarkan. Jihad Umaira' perlu diteruskan, dan oleh sebab itulah, dia yakin sahabatnya masih hidup. Dia akan tetap menunggu kepulangan Umaira' tidak kira berapa lama pun. Dia tidak kisah. Umaira' perlu kembali untuk bersama-samanya memperjuangkan Islam yang mereka sayangi. "Pulanglah sahabat..pulanglah untuk kita sama-sama berjuang atas nama jihad yang sebenar. Aku akan menjadi penunggu yang setia...aku akan tetap menunggumu. Aku berjanji.. Pulanglah..sahabatku, Jihadatul Umaira'.."
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ala...
da penah baca cerpen yg siyes sebijik cm ni...