BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Februari 13, 2009
Cerpen : Jangan Digugur Slogan Itu
Nama Pena : BornZai888

Matahari petang masih menggigit kulit. Bahang di muka mencecah cuping telinga. Hiruk pikuk Jalan Tun Perak tidak pernah kenal terik taufan.

Langkah Khaleq kosong. Sekosong minda yang sudah terdahulu sampai di Pangsapuri Merak Kayangan sejam lalu. Jubah hitam diharung bersama-sama beg, sarat dengan afidavit-afidavit setebal ensiklopedia. Khaleq tidak hirau sendat padat Putra LRT. Khaleq hanya mahu pulang.

"Awal Leq?"
"Emm…letih sikit..." keluh Khaleq. Tubuh lebih suku abad dilempar ke sofa. Mata terpejam separuh memandang Atan, rakan serumah sejak mula Khaleq tetapkan hati untuk terus beramal di Kuala Lumpur.

Atan yang memaku Khaleq di sini. Ikutkan hati, sudah bertahun Khaleq ingin pulang ke Simpang Rengam. Jauh daripada polusi politik pejabat dan hipokrasi. Lagipun belum ada peguam Melayu berkhidmat di sana. Khaleq anak Kampung Chokro pertama jurusan undang-undang. Murni hasrat sekiranya bakti Khaleq disalur kepada warga kampung. Namun Atan selalu membakar semangat Khaleq tentang ilmu dan getir pengalaman. ‘Yakin dahulu ilmu di dada, agar dibuang ke laut menjadi pulau, dibuang ke darat menjadi gunung!’.

Khaleq akur. Bidang kerjaya ini sememangnya menuntut kecekalan hati setinggi langit. Empat tahun masih terlalu hijau. Khaleq adalah kebelasan ribu yang didaftarai sebagai peguamcara dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya, bayangkan sahaja sekerdil mana Khaleq berdiri. Namun dalam tempoh sesingkat ini, Khaleq sudah bagai diuji badai semegah Tsunami.

"Jauh sangat dah tu, Leq.....Masalah negara?" sergah Atan. "Nah! Buat buka mata kau tu sikit!".
"Eh, susah-susah kau ni, Tan." bingkas Khaleq menyambut secawan kopi ginseng tongkat ali kegemaran Khaleq. Aroma segar melancar pembuluh darah. " Kau tak ada tuisyen hari ni?" sambung Khaleq.
"Tak. Esok...boleh aku siapkan menanda karangan-karangan hari ni. Cuba tengok atas meja aku ni...menimbun!"
"Rajin betul kau ye, Tan.."
"Ini bukan soal rajin malas Leq..."

Khaleq tahu, itu semuanya soal tanggungjawab. Khaleq kagum semangat Atan. Tan Boon Seng, nama ‘cina’ nya. Seorang guru berbangsa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina tetapi mengajar Bahasa Melayu. Ironi bukan? Mendidik hampir keseluruhan muridnya yang berbahasa Cina mentafsir dan menguasai satu bahasa bukan bahasa ibunda mereka.

Tolak ke tepi dahulu soal warga Malaysia selepas kemerdekaan. Hakikatnya memang sukar. Khaleq selalu terfikir, sedangkan sebilangan Melayu kini gagal memanfaatkan bahasa sendiri, apatah lagi sebilangan daripada mereka. Khaleq sedar peri penting mengangkat daulat bahasa ini. Tetapi mengapa perlu risau mendaulatkannya di tanahair sendiri? Artikel 152 Perlembagaan Negara sudah menjamin kukuh martabatnya sebagai bahasa kebangsaan.

Namun sekiranya Khaleq memerhati kedaulatan dari mata hati, ternyata kedaulatan itu bukan sebenar hakiki.

"Encik Khaleq, I believe that this is not a proper forum for you to address such issue!"
"Mengapa tidak? Saya hanya ingin mengutarakan pendapat saya. Kita seharusnya memastikan bahasa Melayu terus dijadikan bahasa rasmi di Mahkamah! Itu sahaja!".
"We have been using Bahasa in court since 1990, Encik Khaleq, so it is indeed a non issue!"
"Oh really? Kalau begitu mengapa masih ramai peguam kita masih tidak hormatkan Bahasa Melayu di Mahkamah? And with all due respect, adakah slogan ‘Gunakan Bahasa Kebangsaaan’ di setiap Mahkamah hanya tinggal slogan?!"

"That might be a sensitive issue to some of us! Please don’t go overboard Encik Khaleq…mind your etiquette!!"

Khaleq kembali panas telinga. Terimbau ketegangan tempoh hari mendidihkan darah muda. Khaleq tidak menyangka penyudahnya secela rupa. Apa sumbang benar bahasa Khaleq memajukan pendapat. Khaleq celaru buntu. Jauh di sudut hati Khaleq terdetik juga rasa kesal.

Bimbang Khaleq kiranya celupar selantang ini akan menjejaskan periuk nasi.

Bahang lewat petang tidak seperit tadi. Angin di Tasik Perdana ini sangat mendamaikan. Laluan joging dipenuhi manusia yang sedar penting kesihatan. Peluh Khaleq terembes banyak. Lebihan kolestrol terbakar diharap mampu mengimbangi Indeks Jisim Badan yang agak tersasar.

"Leq, sudah la tu…". Atan memperlahankan larian sedikit, melayan monyok muka Khaleq. "…‘release tension’ sikit masa berjoging ni…ok?"
"Risau la, Tan…"
"Apa nak dirisaukan…apa yang kau cakapkan tu memang kenyataan. Aku rasa mereka yang patut risau, takut-takut kalau kau bawa perkara ini lebih jauh.."
"Aku mentimun, Tan…"

"Itu yang silap, Leq… kau tu sebenarnya durian. Hasrat kau mendaulatkan perlembagaan!"

Secara logikal, memang benar emosi Atan. Namun secara praktikal, Khaleq masih ragu. Mereka sangat ramai. Terlalu ramai. Khaleq sedar perjuangan di tengah-tengah kederasan arus profesional ini memerlukan hati yang sangat kering. Mengutip kembali serpihan jiwa bangsa selepas dirempuh penjajah beratus tahun bukan suatu taska mudah. Penyata Razak 1956 menjadi saksi. Nasib Laporan Rahman Talib diperjudi. Perjuangan mengangkat bahasa Melayu ini terus menuntut keringat tokoh-tokoh besar. Kasihan perit jerih mereka seakan lemas menongkah arus dunia dagang korporat.

Khaleq juga sudah lali dengan sindiran. Pujian bersulam celaan. Rakan sejawat Khaleq sendiri tersenyum sumbang. Digelar ‘Mat Bunga-bunga’, Khaleq tidak goyang. Khaleq tegar.

"Eh Leq, aku dengar kau hebat bertegang leher di Mahkamah hari tu. Tapi sebenarnya, buat apa kau lawan orang tua tu? Kau layan saja la.."
"Dia nak jalankan perbicaraan sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris. Katanya dia tidak fasih berbahasa Melayu dan ini akan memperjudiskan hak anak guam dia!"
"Habis tu, kenapa kau tak ikutkan saja? Kau kan UK ‘graduate’,Leq? Lagipun dia tu peguam ‘senior’, berpengaruh dalam Majlis…suaranya lantang! Ramai orang gelakkan kau nanti!"
"Kenapa aku perlu takut? Aku bukan setakat menjaga kepentingan anak guam aku malah aku juga mempertahankan bahasa Melayu kita. Bukan dia tak boleh berbahasa Melayu, dia tu Melayu!!"
" Malas melayan Mat Bunga ni! ‘No offence’, tapi ingat sikit Leq, kita baru dalam profesion ni. Kita harus pentingkan kualiti kerja bukan merepek meraban dengan isu remeh kau ni!"
"Terjejaskah kualiti kerja kalau menggunakan bahasa Melayu??"

Khaleq tidak faham. Dicongak kiri kanan tiada jawapan. Bukan Khaleq menjual ectasy sehingga dicemuh sehina abdi. Khaleq cuma membawa kembali lingua franca yang pernah memasyhurkan negara ini. Bahasa ini bukan bahasa asing. Sejagat juga tahu menghargainya. Tertubuh fakulti-fakulti Bahasa Melayu di merata universiti dunia. Sayang, asing bahasa ini di jiwa bangsa sendiri.

Khaleq gagahkan juga kaki ke pelbagai aktiviti Majlis, khususnya anjuran jawatankuasa yang bertanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu. Bagus usaha diolah. Khaleq memuji kudrat jawatankuasanya yang bergerak walau asing di bumi sendiri. Namun ibarat ekor kecil di badan gajah, terlalu kerdil usaha mereka berbanding kebanyakan yang menongkah.


"Saya sudah kemukakan tajuk-tajuk debat kita kepada pihak atasan. Syukur, rata-rata mereka bersetuju dengan kebanyakan tajuk yang dicadangkan cuma… satu tajuk "Gunakan Bahasa Kebangsaan – hanya tinggal slogan" ni perlu diubah atau digugurkan, sekiranya perlu.."
"Tuan Pengerusi, saya rasa tajuk ini yang lebih patut diberikan perhatian..ianya lebih relevan..!"
"Encik Khaleq, saya faham…tapi Majlis berpendapat bahawa tajuk ini bakal mengundang sedikit kontroversi…agak sensitif kata mereka!"
"Saya kurang pasti siapa yang terasa pedasnya Tuan Pengerusi…tapi sampai bila kita harus sensitif membabi buta? Maaf..."
"Kebanyakan peguam dan hakim seangkatan saya mempunyai latar belakang pendidikan Inggeris, Encik Khaleq..awak kena faham.."
"Saya sangat hormat terhadap tinggi ilmu dan pengalaman mereka Tuan Pengerusi… tetapi kita semua seharusnya lebih hormatkan Perlembagaan…jangan jadikan ianya satu alasan…!"
"Saya akan cuba yakinkan mereka lagi.."


Lagi insiden Khaleq mencetus suasana. Bukan kehendak zahir tetapi desakan naluri. Sayang Khaleq seorang yang menanggung. Kiri kanan Khaleq hanya menunduk canggung. Khaleq tidak salahkan mereka di dalam sistem serapuh ini. Cuma bertanyakan ke mana perginya jati diri.

Sejak dari itu, mesyuarat jawatankuasa hanya dihadiri Khaleq dan urus setia. Terasa benar Khaleq seperti jelatang!

Kemuncak dugaan Khaleq sewaktu sesi meluluskan minit mesyuarat agung Majlis. Rentetan cadangan Khaleq tahun lepas agar buku laporan tahunan disediakan di dalam dwi-bahasa tidak diendahkan langsung. Lantas Khaleq bangun sekali lagi mengulangutara. Semajlis mentertawa. Sumbang suara menyuruh Khaleq duduk dan bermimpi.

Tergamam. Khaleq terus mengecil dan terpencil. Terus menyepi dan menyendiri.

Tidak sedar sayup suara bilal bersahutan. Sejadah terus dihampar disusul solat tiga rakaat. Ya Rabbi, berikanlah kekuatan untuk mengharung hari-hari mendatang ini. Khaleq mohon dimakbulkan doa, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan.


"Makan, Leq.." dongak Atan mempelawa. Selanya dirapi sedikit.
"Wah! Special?…ayam kurma! Mana dapat ni?"
"Makcik sebelah kasi…aku bedal sajalah!"
"Pemurah betul dia tu, Tan.…pagi nasi lemak… petang cekodok pisang… malam ayam kurma! Untung siapa yang bermertuakan dia! "
"Eh..makan sajalah..!"

Suapan demi suapan. Tangan bersilang menceduktambah kuah dan nasi. Senyap bagai malaikat lalu. Tahu-tahu hanya bunyi tegukan air berselang sendawa.

Soal makan Atan memang tidak cerewet. Lebih-lebih lagi masakan Melayu. Sejak meninggalkan Ipoh, Atan seakan-akan tawar hati untuk menjamah makanan Cina. Khaleq sering mempelawa Atan ke gerai-gerai masakan Cina tetapi ditolak. Katanya dia suka makanan pedas-pedas.

Alah! Khaleq sudah masak dengan alasan klise Atan. Setiap kali Atan terbau sayur pakchoy goreng, riak muka Atan pasti berubah muncung. Disalahkan batu pula bila kaki tersadung!


Atan tidak banyak bercerita hal peribadi keluarga. Khaleq mengoreknya sendiri. Dicantum satu persatu, akhirnya mengerti. Lebih baik hibernasi di rumah daripada balik kampung dileteri Mama.

"Lu kalau bapak lu masih hidup, mesti lu sudah kena cincang, Ah Tan!!"
"Mama, apa salah gua? Gua nak jadi cikgu la Mama…tak mau jadi kontraktor!"
"Tapi lu jadi cikgu bahasa Melayu! Gua malu dengan orang laa.."
"Apa mau malu Mama... gua minat mengajar bahasa Melayu. Lagipun, gua tak lupa Mandarin. Gua masih tahu baca dan tulis Mandarin..apa Mama mau lagi??"
"Bagi dia orang ajar dia punya bahasa sendiri. Lu ajar subjek lain!!"

Argh! Atan berdegil. Atan tidak dapat menerima perspekstif Mama. Dialog yang berulang setiap kali Atan menjejak kaki ke Kampung Tersusun. Saban tahun. Akhirnya Atan tekad memancing ke merata lubuk dan sungai bila cuti sekolah tiba. Susur denai Atan ke rumahnya mungkin sudah hilang dalam tinggi tebal lalang.

Namun sekeras kerak nasi, Atan masih terlalu sayangkan Mama. Berkeringat Atan meredah Kementerian memohon untuk mengajar bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina. Harapan Atan agar Mama tidak lagi terlalu sentimen dengan keputusan ini. Harapan Atan agar luka Mama tidak terlalu dalam.

Sekurang-kurangnya Atan membantu mengajar anak-anak bangsanya sendiri menguasai bahasa kebangsaan negara mereka. Sekurang-kurangnya agar mereka tahu subjek predikat pantun seloka.

Namun bagi Atan sendiri, cenderung kepada bahasa nusantara ini terlalu tulus. Atan tidak tahu dari mana datang minatnya ini. Mungkin daripada pembacaan buku-buku sejarah dan biblografi tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan. Sekaligus mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa penyatu idea-idea pelbagai bangsa. Atan selalu beranggapan bahawa bahasa inilah sebenarnya nadi membentuk tanahair.

Atau mungkin juga daripada pembacaan novel-novel sasterawan negara yang indah langgam Melayunya. Bahasa ini terlalu halus dan ikhlas. Tidak bermuka-muka. Tidak juga membuta tuli membetah kata. Mungkin bahasa ini yang membentuk peribadi Melayu sendiri. Lemah lembut tapi tegas. Diplomasi bukan emosi.

Atan sedar tidak ramai bangsanya yang menghargai bahasa Melayu ini. Mungkin sebilangan mereka menganggap mempelajari bahasa Melayu ini hanya bersifat akademik semata-mata. Lulus cemerlang nescaya terjamin tempat di institusi pengajian tinggi. Atau terjamin kuota untuk menerima biasiswa. Atau sedikit pemahaman agar tidak kekok dalam majlis keramaian rasmi.


Atan tidak salahkan mereka sahaja mahupun sentimen yang memonopoli bangsanya. Mungkin agak kesal dengan pemunya bahasa ini sendiri yang terheret sama keliru antara jati diri dan kepesatan teknologi.

"Banyak lagi ke?" kening Atan terangkat, sedang Khaleq khusyuk menelaah kes-kes rujukan menyokong hujahan. Tebal. Sesekali berkerut dahi. Sesekali digaru kepala. Acapkali menghela kuap panjang.
"Emm…boleh tahan la… nak hantar kepada Setiausaha Hakim lusa…baru buat rangka!"
"Kerja ‘last minute’ lah tu..!"
"Eh tolong sikit…aku dah buat ‘research’ lama. Cuma nak menterjemahkan ke bahasa Melayu tu makan masa!"
"Kenapa?"
"Kebanyakan rujukan kes di dalam Malayan Law Journal, Current Law Journal dan All Malaysian Report menggunakan bahasa Inggeris. Ada terjemahan di bahagian fakta tapi aku tak faham apa yang diterjemahkan! Kadang-kadang terus lari pengertian..!"
"Tak ada badan yang memantau?"
Khaleq mencebik. Bahu terangkat sedikit.
"Padanlah ramai peguam kurang fasih berbahasa Melayu dalam Mahkamah…!"
"Itu salah satu sebab…selebihnya faktor manusia!!"


Khaleq sering dibelenggu masalah hampir setiap kali dia berhujah. Kosa kata yang terhad akibat bahan rujukan utama menganaktiri bahasa ibunda. Para penterjemah terlalu patuh dengan prinsip akademik mereka. Segala penterjemahan rujukan undang-undang harus berkiblatkan kepada lenggok dan gaya bahasa asal. Langsung hilang jati bahasa. Nahu entah ke mana, terjemahan ke laut perginya!

Atan pula berhadapan dilema berbeza. Bukan soal penterjemahan tetapi soal ketetapan dalam percaturan tatabahasa. Sekejap sukatan pelajarannya begini, kemudian begini pula. Tanda koma harus diletakkan begini, selepas itu begitu pula, kemudian begini kembali. Hasilnya anak murid sendiri mempersoalkan kesahihan dan kredibiliti guru. Kadangkala kesibukan menangani masalah remeh sebegini menenggelamkan seluruh usaha pengembangan sastera kebangsaan kita.

Namun sebagai pendidik, sekurang-kurangnya Atan mengikut kerana minatnya. Yang lain mengikut, tidak pasti apa sebabnya.

"Jom pekena teh tarik?"
"Dah habis tanda karangan?"
"Sekejap je. Bosan lah asyik terperuk di rumah…!"


Berderum enjin Campro merentasi angin malam. Ikutkan Atan, dia lebih senang dengan motor kapchai. Namun hujan renyai-renyai. Gerai-gerai di Wangsa Mahligai ini terus penuh dengan warga kota kesibukan di siang hari. Hanya waktu malam mereka mengenali diri sendiri.

"Teh tarik dua..!!"

Khaleq membelek-belek menu. Tersenyum sinis.
Air Bottle? Macis? Roti Cheese Nan? Syrup Limau?
Atan menggeleng. Berikan sedikit ehsan kepada bahasa ini.

"Leq, kalau dibukukan kesalahan-kesalahan ejaan dan tatabahasa ni, boleh setebal Kamus Dewan ..!"
"Mereka ni bukan pakar bahasa, Tan. Mereka tak kisah salah betul ejaan…. Kita yang tahu pun tak mampu buat apa-apa…".

Khaleq terus meneguk teh tarik tinggal separuh gelas. Atan masih mengkritik satu persatu cela bahasa pada menu. Rasa terpanggil untuk menegur tuan kedai masih ada. Namun dibiarkan jinak sedikit, memikirkan maruah tuan kedai di hadapan pelanggan yang pasti akan mentertawakannya. Khaleq terlalu fobia.


"Jom!" Khaleq mengangkat punggung perlahan, meninggalkan menu yang sudah bertanda-tanda. Atan tersenyum.

Khaleq tidak mampu untuk mengiyakan perkara seremeh ini. Khaleq juga tidak mampu mengangkatjuang bahasa Melayu ini ke meja dagang korporat, seorang diri. Ini sahaja sekelumit usaha kepada semesta daulat bahasa.

Sekali lagi deruman enjin Campro menggunting sejuk malam.

"Berapa harga nilai bangsa, Tan?"
"Sekupang ke, dua kupang ke, tiga kupang..?"
Atan berseloroh.
Khaleq tersindir. Bahasaku Jiwa Bangsaku.

Atan tidak tahu Khaleq sebenarnya telah dipanggil ke Lembaga Tatatertib esok. Bicara sumbang laku Khaleq di dalam Mahkamah tempoh hari. Ada yang tidak senang sehingga mulut Khaleq dikunci. Ada yang mahu semangat Khaleq terus mati. Khaleq tidak gentar walau seinci!

Jangan digugur slogan itu .
posted by Penulisan2u @ 2:06 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
7 Comments:
  • At 13/2/09 6:24 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    takkan bahasa melayu hilang di dunia=)

    ~aKu~

     

  • At 13/2/09 11:26 PTG, Blogger Unknown said…

    tahniah..
    karya yang begitu menarik...mungkin penulis patut cuba untuk siarkannya di akhbar ...
    teruskan berkarya!!!

    bahasa jiwa bangsa!!

     

  • At 13/2/09 11:31 PTG, Blogger Unknown said…

    tahniah..
    karya yang begitu menarik...mungkin penulis patut cuba untuk siarkannya di akhbar ...
    teruskan berkarya!!!

    bahasa jiwa bangsa!!

     

  • At 13/2/09 11:32 PTG, Blogger Unknown said…

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

     

  • At 14/2/09 3:17 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    karya yang cukup baik. bahasa terjaga dan mesej yang jelas. lebih bagus sekiranya para pembaca dapat mengambil inisiatif, mengambil pengajaran dan aplikasikan dalam hidup seharian. gunakan bahasa kebangsaan dengan betul, bukan bahasa sampah yang dicampur-aduk. tahniah penulis!

     

  • At 14/2/09 6:33 PTG, Blogger [syarimoney] said…

    walaupun i x minat cerita sebegini...
    tp sebenarnya cerita inilah mmg sebetulnye........
    memperjuangkan hak bahasa kite yang telah kelam dan tenggelam dek arus dunia.....


    tahniah pd pnulis yang berani menulis cerita sebegini....


    ~sar~

     

  • At 6/3/09 4:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    iye ke?...myb la..btw..gud job...nex story plz...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group