BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Februari 13, 2009
Cerpen : Jadid Raudhah
Nama Pena : Kronika

Jadid Raudhah Files Room
Kes 1 : Epison Malang Keluarga Bakri

"Jadid!!!!!"
"Ooo Jadid...!"
Suara yang datang dari dapur itu membingitkan suasana seisi rumah. Rumah dua tingkat yang tersergam indah di tengah-tengah kawasan perumahan elit di Bandar Baru Sungai Buloh 2 itu baru mendapat tuan baru beberapa hari lalu setelah keluarga Encik Bakri berpindah dari rumah lamanya yang terletak di Ampang Jaya kerana tugas sebagai seorang pengurus bank.
Seorang gadis berusia 16 tahun melangkah keluar dari bilik dan menuju ke arah suara yang memanggilnya. Dengan berpakaian baju T dan seluar pendek paras lutut dia berlari-lari anak sambil mengelak beberapa bungkah permainan kecil milik adiknya di ruang tamu. Setibanya di dapur dia memberhentikan langkahnya setelah orang yang dicarinya telah ditemui sedang mencuci pinggan yang kelihatan memenuhi singki.
"Ada apa mak?" Tanya gadis itu yang kelihatan seperti terganggu dengan panggilan ibunya. Keningnya sedikit berkerut.
Ibunya yang sedang khusyuk mencuci pinggan mangkuk berpaling dengan tangannya masih meneruskan kerja.
"Mak cuma nak kau tengok-tengokkan adik kau tu je. Dia tengah main kat ruang tamu kan?"
"Bermain di ruang tamu?" Jadid mengerutkan dahi sambil melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan yang terletak disebelahnya.
"Kan adik kau ada di ruang tamu. Kenapa? Dah tak de ke?" Giliran ibunya pula mengerutkan dahi. Kali ini mereka sama-sama mengerutkan dahi dan memandang antara satu sama lain.
"Aiman!!!!" serentak jeritan anak beranak itu. Mereka bergegas ke ruang tamu bersama. Memang betul... Seorang ahli keluarga mereka iaitu anak bongsu Puan Raudhah didapati tiada di tempat dia bermain.
"Mak! Kenapa biarkan adik main seorang kat sini!!!" Jadid memarahi ibunya yang sedang mengusap-usap pipi dengan dua tapak tangannya.
""Mak ingat kau ada kat sini. Tu yang tak berapa nak tengok sangat tu!! Kau pun satu... dah tahu adik kau ada kat ruang tamu ni kenapa kau masuk bilik pulak?!" Jelas Puan Raudhah sambil menyelak bahagian bawah kain alas meja sebuah meja kecil berhampirannya takut-takut anak bongsunya yang bernama Aiman itu tertidur di bawah meja. Sementara itu Jadid membuka bilik stor yang ada di bawah tangga. Juga tiada ....
"Habislah kalau ayah tahu...!" Jadid mengomel sambil melangkah laju menuju ke pintu utama rumah mereka yang terbuka sedikit dan memakai selipar ayahnya yang berada jauh dari pintu. Jadid hairan kenapa selipar ayahnya itu berada jauh dari pintu dan dalam keadaan yang tidak tersusun.
"Ayah kau kejap lagi balik. Apa kita nak jawab kat dia?" Sambung Puan Raudhah yang juga megikut jejak Jadid. Encik Bakri yang bertugas di sebuah bank di Bandar Baru Sungai Buloh akan habis bertugas tepat pukul 5.00 petang. Jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang.
Jadid menuju ke pintu pagar yang tertutup dan berkunci. Tetapi di sebelah kiri pintu pagar itu ada sebuah pintu kecil yang sediakala diselak tapi mangganya tidak dikunci. Tinggi selak itu 4 kaki daripada lantai.
"Tak mungkin adik aku yang baru 2 tahun tu boleh keluar dan menolak semula selak pintu ni. Tinggi dia baru 2 kaki lebih sikit je. Mesti dia ada di dalam rumah ni lagi. Lagipun sekeliling ni tak ada pun benda yang boleh dia panjat untuk membuka dan menutup selak pintu ni. Kat luar pintu pagar pun takde juga." Jadid berfikir sejenak sambil memegang selak pintu yang tertutup itu.
"Jumpa tak kat luar tu?" Jerit Puan Raudhah dari tingkap bilik utama di tingkat atas.
"Tak...! Ada kat atas ke?" Jadid membalas.
"Biar betul Jadid... Mana adik kau ...!" Puan Raudhah semakin risau. Air matanya hampir terpacul dari kelopak matanya. Wajah suaminya mula terbayang di ruang mata. Bukan dia takut dimarahi oleh Encik Bakri. Tetapi dia memikirkan sedihnya perasaan suaminya itu setelah mendapat tahu anak kesayangannya itu hilang. Encik Bakri memang sayang pada Aiman. Walaupun dia penat bekerja setiap hari, tetapi dia tidak lupa membawa Aiman ke taman permainan berhampiran hampir setiap hari. Dia juga pasti akan membelikan hadiah berupa snek atau permainan setiap kali pulang dari kerja. Tapi hari ini satu peristiwa yang tidak dijangka telah berlaku.
Manakala Jadid yang yakin adiknya masih ada di dalam rumah terhenti di pintu masuk utama rumahnya. Dia memandang selipar yang dipakainya. Bila masa pula selipar jenama ‘Asadi’ ayahnya bertukar menjadi jenama ‘Asabi’? Warna sama. Ton warna birunya juga sama. Sekali pandang memang tiada kecurigaan. Bila diteliti betul-betul, barulah dia perasan yang itu bukan selipar milik ayahnya. "Patutlah aku rasa longgar semacam je. Saiz 8! Ayah pakai saiz 6 1/2! Ada orang pecah masuk rumah aku dan culik adik aku!!" Jadid terbeliak sambil berlari masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan ibunya.
Di ruang tamu, Jadid sekali lagi terhenti.
"Biar aku periksa dulu keadaan ruang tamu ni."
Jadid memerhatikan sekeliling. Ada banyak bungkah mainan ‘Lego’ di atas permaidani berukuran 8’ x 4’ di hadapan TV 49 inci. Purata setiap satunya bersaiz kotak mancis dan ada pelbagai warna.
" ‘Lego’ set ni hadiah dari ayah. Baru semalam dia belikan untuk Aiman. Rasanya belum ada yang hilang kalau aku kumpul dan kira balik semua bongkah mainan ni." Lalu Jadid pun mengumpul semua bongkah mainan adiknya yang berterabur di atas permaidani. Ada beberapa biji yang telah bercantum. Mungkin telah dicantum oleh adiknya. Beberapa bongkah juga didapati pecah. Jadid segera mendapatkan kotak set ‘Lego’ di atas meja bagi mencari penerangan mengenai barang mainan itu.
Dibelek-beleknya kotak itu sehingga Jadid terjumpa sehelai kertas didalam kotak itu.
"Ha, ini dia... Bilangan bongkah dengan pecahan warnanya sekali!" Bisik hati Jadid.
Jadid pun mula mengasingkan bongkah mengikut warna dan mengira bagi dibandingkan dengan jumlah yang terdapat dalam kertas penerangan yang dijumpainya di dalam kotak set ‘lego’.
"Merah 25 biji...Betul..."
"Kuning 25 biji... Betul..."
"Biru 20 biji... Betul..."
"Hitam 20 biji... Betul..."
"hijau...17?!"
"Dan ungu...23?!
Yang tertulis di kertas penerangan itu hijau 20 biji dan ungu 25 biji. Maknanya ada tiga bongkah hijau dan dua bongkah ungu yang hilang. Jadid cuba mencari baki bongkah di sekitar ruang tamu, dapur dan ruang hadapan tetapi tidak dijumpainya. Dan dia juga yakin yang mainan adiknya itu hanya dimainkan di tempat itu iaitu di ruang tamu dan baru dua kali Aiman bermain dengannya. Kemungkinan bilangan bongkah masih cukup adalah tinggi. Tetapi kini ada 3 bongkah yang sudah hilang.
"Hm, Mungkin 5 bongkah itu masih ada di tangan Aiman. Kalau dia terlepas di tengah jalan, sekurang-kurangnya dapatlah sedikit petunjuk kemana dia dilarikan. Lagi bagus kalau dia jatuhkan satu persatu dalam jarak yang agak jauh."
"Aku naik ke tingkat atas lebih kurang pukul 3.15 petang tadi. Mak aku panggil aku lebih kurang setengah jam kemudian iaitu 3.30 petang. Aiman diculik antara pukul 3.15 dan 3.30 petang. Sepanjang aku berada di atas tiada kereta mahupun motosikal yang berhenti atau bergerak perlahan di depan rumah." Fikir Jadid lagi.Tingkap bilik Jadid terletak menghadap jalan raya. Jadi dia boleh lihat suasana di luar dengan jelas. Lagipun tingkap biliknya terbuka semasa dia berada di bilik tadi. Kelibat manusia pun tidak kelihatan berhenti di hadapan rumahnya sepanjang dia berada di bilik. "Tak mungkin aku terlepas pandang kereta dan motosikal dari tingkap bilik. Kalau kelibat pejalan kaki kemungkinan aku terlepas pandang. Kalau penculik itu tidak berkenderaan, pastinya dia tidak jauh dari sini." Sedang Jadid meramal kejadian yang menimpa adik kesayangannya itu, satu lagi petunjuk dijumpainya. Tombol pintu rumahnya terdapat kesan getah pelapik dinding dan pelapik dinding itu sendiri kelihatan rosak teruk akibat hentakan tombol pintu. Secara tak sengaja Jadid tersenyum apabila dia terjumpa satu kesan coretan kecil sepanjang 10 cm dengan dua hujung coretan itu mempunyai ketebalan yang berbeza pada daun pintu di ketinggian 5 kaki dari lantai rumahnya.
"Aku tau fizikal penculik tu! Kalau betul sangkaan aku pasti ada lagi kesan yang si bodoh tu tinggalkan!" Jadid bercakap seorang diri dengan yakin lalu melangkah keluar rumahnya dan menuju ke pintu kecil sebelah kiri pintu pagar rumahnya. Pintu kecil di pintu pagar besi rumah Jadid itu setinggi 175cm dan selebar 70cm. Jadid memerhati bingkai atas pintu kecil yang baru dicatnya bersama Encik Bakri petang semalam. Terdapat kesan pada cat yang belum kering di bingkai atas dan tepi kiri pintu kecil itu.
"Hm, ada kesan... Tapi kat atas ni bukan kesan rambut. Ini kesan... kain yang agak tebal."
Jadid juga terfikir apa rasionalnya terdapat kesan geseran di kiri bingkai pintu sepanjang lebih kurang 20 cm dan bukannya di sebelah kanan. Kawasan geseran itu mengubah warna cat putih yang baru disapu menjadi gelap. Selak pintu berada di sebelah kiri dari dalam.
Jadid menerpa keluar melalui pintu kecil dan menoleh ke kiri dan ke kanan jalan raya di depan rumahnya itu.
"Bongkah mainan itu pastinya tak jauh kalau mereka tutup mulut Aiman. Aiman pasti akan sesak nafas. Rasanya lebih mudah lari ke kiri kerana sebelah kanan ada simpang empat. Mudah di lihat orang. Dan jalan sepanjang 150 meter ini adalah jalan mati!" Bisik Jadid.
"Ha! Itupun dia!" Jadid terlihat sesuatu yang dicarinya dua puluh meter dari rumahnya. Ya, dua bongkah mainan berwarna ungu yang bercantum. Jadid mengutip bongkah mainan itu dan berharap tidak jauh dari situ ada lagi bongkah mainan yang dijatuhkan oleh adiknya tidak jauh dari situ. tiga puluh meter dia berlari sambil memandang ke bawah akhirnya dia terjumpa dua lagi bongkah berwarna hijau tercantum di tepi jalan.
"Ok! Sekarang sudah sah yang penculik itu tidak menaiki kenderaan." Jadid membuat kesimpulan.
"Kalau begitu, aku hubungi polis dululah." Sambil Jadid mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor kecemasan. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah rumahnya semula. Sementara itu Puan Raudhah kelihatan keluar dari pintu kecil untuk mencari Jadid.
"Jumpa tak adik kau, Jadid?!" Tanya Puan Raudhah dengan nafas yang tersekat-sekat.
"Kat dapur tadi mak buat ape?" Tanya Jadid setelah Puan Raudhah menghampirinya.
"Mak tengah mengisar rempah untuk lauk petang ni lah! Eh, Kenapa kau tanya pulak. Orang tanya dia, dia tanya benda lain pulak." Puan Raudhah berang sedikit dengan pertanyaan Jadid.
"Lama tak mak kisar rempah tu?" Tanya Jadid lagi.
"Lama jugak... Eh! Kau ni kenapa? Kau langsung tak risau pasal adik kau ke?!" semakin berang Puan Raudhah dibuatnya.
"Hello...Nurul Jadidah Mohd Bakri di sini. Saya nak melaporkan kes penculikan di No.1, Jalan BBSB2/2, mangsa adalah adik lelaki saya Nurul Aiman bin Mohd Bakri berumur 2 tahun lima bulan... Suspek seorang lelaki berbadan tegap tinggi melebihi 175cm, memakai topi dan baju berwarna gelap, berselipar saiz 6 1/2 jenama ‘Asadi’ warna biru dan kemungkinan seorang kidal. Seluarnya ada kesan basah. Dia tidak berkenderaan dan menuju ke arah Bandar Baru Sungai Buloh 1 melalui belukar di sebelah barat perumahan Elit Bandar Baru Sungai Buloh 2. Mungki ada sesorang telah mengambil dia di tepi belukar itu menggunakan kereta." Jadid tidak menghiraukan kemarahan maknya kerana baginya maklumat yang perlu disampaikan kepada pihak polis adalah lebih penting ketika itu.
Puan Raudhah tidak terkejut dengan tindakan anaknya itu, tetapi dia hairan dengan maklumat yang disampaikan oleh Jadid kepada pihak polis. Dari mana dia dapat semua maklumat tentang kejadian dan suspek dalam jangkamasa yang begitu singkat?
"Jadid, apa yang kau merepekkan ni? Kau tahukan apa akibatnya kalau memberi maklumat palsu kepada pihak polis." Marah Puan Raudhah kepada Jadid yang menekan butang tamat panggilan di telefon bimbit Sonyericsson K800i miliknya.
"Alah mak ni. Mentang-mentang mak polis nak cakap pasal undang-undang pulak dengan saya. Saya tahulah semua tu." Balas Jadid sambil mereka berjalan pulang ke rumah dengan tergesa-gesa.
"Habis tu yang kau merepek suspek seorang lelaki berbadan tegaplah...Lari menuju ke Bandar Baru Sungai Buloh 1 lah... Seluar penjenayah basahlah... dari mana kau dapat info ni? Kan tadi kau cakap kau ada kat bilik kau di tingkat atas..kau ni..." Puan Raudhah masih tidak mempercayai tindakan anaknya itu.
"Ok! Sebelum pihak polis tiba, saya terangkan macamana saya dapat semua maklumat tu." Pintas Jadid yang sudah tidak sabar mendengar ibunya berleter.
"Penculik itu sudah memerhatikan kita sebelum pukul 3.15 lagi. Apabila saya dan mak tiada di ruang tamu, dia masuk menggunakan pintu kecil pada pintu pagar rumah kita. Dia membuka selipar dengan tergesa-gesa sehingga seliparnya terpelanting kebelakang sebelum masuk ke dalam rumah. Mungkn dia tak mahu meninggalkan kesan tapak seliparnya lalu membuka pintu menggunakan tangan kirinya dan menghempaskan pintu ke dinding dengan kuat. Mak boleh lihat kesannya pada pintu dan dinding tu." Jelas Jadid sambil menuding jari pada tombol pintu yang terletak di sebelah kanan daun pintu dan penahan getah di dinding sambil Puan Raudhah memeriksa keadaannya.
"Betul juga... Kalau dia buka guna tangan kanan dia tak boleh hempas pintu ni ke arah kiri. Mesti gunakan tangan kiri. Dari kesan kerosakan ni, pastinya hanya seseorang yang bertubuh sasa yang boleh menghasilkan momentum yang cukup untuk merosakkan penahan getah ni. Tapi, kenapa mak tak dengar bunyi hentakan pintu ni tadi?" Puan Raudhah memegang dagunya tanda berfikir.
"La... Kan mak dah cakap yang mak tengah mengisar rempah kat dapur tadi. Bunyi mesin pengisar dah cukup untuk menghalang pendengaran mak dari bunyi yang jauh. Penculik tu pun berani menghempas pintu dengan kuat kerana terdengar bunyi mesin pengisar mak tu samar-samar dari luar. Lagipun tindakannya menghempas pintu ke dinding itu akan mempercepat pergerakkannya untuk menuju ke arah Aiman. Semasa dia menuju ke arah Aiman, dia terpijak permainan Aiman sehingga ada beberapa bongkah ‘Lego’ Aiman pecah akibat berat badannya. Bongkah mainan ni diperbuat dari plastik yang kuat. Hanya orang yang mempunyai berat badan yang sesuai boleh memecahkan bongkah ni." Jelas Jadid lagi sambil memberi bongkah mainan yang pecah kepada ibunya. Puan Raudhah memandang Jadid dengan penuh hairan dan khusyuk mendengar penerangan dari anaknya itu.
"Lepas tu dia merangkul Aiman dan menggendong Aiman menggunakan tangan kanannya kerana tangan kirinya digunakan untuk bersedia menutup mulut Aiman kalau dia mula menjerit atau menangis." Sambung Jadid.
"Macamana kau tahu dia akan menggunakan tangan kiri untuk menutup mulut Aiman?" Tanya Puan Raudhah.
"Kita buat andaian saja kerana tadi dia sudah membuka pintu dengan tangan kiri. Kan lebih senang kalau buka pintu gunakan tangan kanan kalau tombolnya berada di sebelah kanan. Lagipun biasanya seorang ‘letfhanded’ akan menggunakan tangan kirinya untuk melakukan kerja-kerja penting seperti menutup mulut mulut mangsa culik. Apabila dia keluar melalui pintu, bongkah mainan yang dipegang oleh Aiman tergores pada pintu pada kedudukan yang tinggi. Tengok ni." Jadid menunjukkan kesan goresan itu.
"Mungkin Aiman tergores mainannya ni semasa ayah kau dukung dia. Kan ayah kau juga tinggi orangnya." Puan Raudhah musykil dengan penerangan Jadid.
"Alah mak ni.. Lego ni kan Ayah baru beli petang semalam dan baru dibuka pagi tadi pasal semalam masa ayah sampai Aiman kan tidur. Dengan kata lain set ‘Lego’ ni belum pernah dibawa keluar lagi. Lepas tu penculik tersarung selipar ayah. Mungkin dia dah perasan tapi dia dalam keadaan tergopoh gapah kerana perlu menutup pintu dengan rapat."
"Patutlah kau tahu saiz selipar dia. Dia dah tersarung selipar ayah kau... Lepas tu macamana kau tahu tinggi dia lebih 175cm dan tidak menaiki kenderaan?" Puan Raudhah semakin berminat dengan siasatan anaknya itu.
"Lepas tu dia keluar melalui pintu kecil ni. Oleh kerana dia bertubuh lebar dan tinggi dia menghadapai sedikit kesukaran untuk keluar kerana mendukung Aiman di tangan kanannya sehinggakan topi di kepalanya tersangkut pada bingkai atas pintu setinggi 175 cm ni dan belakang badannya tersentuh bingkai tepi sebelah kiri kerana Aiman ada di tangan kanannya. Ini bermakna orang tu mestilah lebih tinggi dari pintu ni! Cuba mak tengok kesan di atas ni... Ianya bukan kesan rambut atau topi keledar. Tapi kesan corak kain tebal seperti topi. Warnanya materialnya pula gelap. Mungkin warna hitam atau biru pekat. Bingkai tepi ni juga ada kesan geseran dengan benda berwarna gelap juga. Nasib baik cat minyak ni belum kering sepenuhnya." Puan Raudhah semakin hairan dengan kebolehan anaknya menganalisis kejadian ini. Dia sudah tidak sabar menunggu apa lagi yang ingin disampaikan oleh anaknya itu.
"Saya begitu yakin yang orang ni tak berkenderaan kerana saya menjumpai bongkah mainan Aiman ni 20 dan 50 meter di sebelah kiri rumah kita. Tak mungkin dia meletakkan kenderaan sejauh 50 meter dari rumah kita. Itu satu jarak yang begitu jauh dan bahaya sebelum dia selamat masuk ke dalam kereta. Jika bermotosikal pula pastinya dia tidak akan menanggalkan topi keledarnya semasa masuk ke dalam rumah dan kebanyakan penjenayah yang menaiki motosikal pasti akan melindungi wajah mereka dari dikenalpasti sesiapa terutama polis. Takkan dia nak melarikan Aiman menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar. Jika meruju kepada bongkah mainan yang saya jumpa, Arah yang dia pergi tu juga adalah jalan mati sebelum dia terpaksa meredah parit kecil selebar lebih kurang lima meter dan menuju ke arah belukar selebar beberapa belas meter sebelum tembus ke Bandar Baru Sungai Buloh 1. Pastinya seluarnya basah kerana melintasi parit itu kerana dia tak mungkin mengambil risiko berpatah balik. Lagipun dari rumah kita ni pun kita boleh melihat dengan jelas jalan raya di seberang belukar yang lebarnya tidak sampai 20 meter tu. Apalagi kalau penculik itu tiba di parit yang berair jernih itu. Pasti dia akan menuju ke jalan raya di seberang belukar tu."Begitu panjang lebar penjelasan Jadid. Puan Raudhah ternganga mendengar penjelasan yang difikirkannya logik itu.
"Kenapa kau agak yakin yang adik kau tu ada membawa mainannya dan mungkin menjatuhkannya di sekitar tempat ni?" Tanya Puan Raudhah.
Jadid tersenyum sambil menjawab, "Saya dah kira bongkah ‘Lego’ Aiman dan ianya tak sama dengan jumlah sepatutnya seperti yang tertulis di kertas penerangan dalam kotak set ‘Lego’ Aiman. Sekiranya mulut Aiman ditutup bagi mengelakkan jeritan atau tangisan Aiman didengar oleh orang lain, pastinya Aiman akan meronta-ronta atau sesak nafas dan kemungkinan mainan Aiman jatuh adalah amat tinggi." Jelas Jadid.
"Hm.. Macamana kau tahu dihujung sana ada parit dan belukar beserta dengan saiznya sekali? Kan kita baru saja pindah ke sini..Masa kau jogging petang ke?"
"Mestilah. Mak tu je yang tak nak jongging walaupun banyak kali saya ajak masa mak cuti." Balas Jadid sambil melabuhkan punggungnya ke tembok batu di luar rumahnya.
"Mak mana ada masa nak jogging. Kau kan tahu mak balik tak kira masa. Kalau ada kes penting mak terpaksa balik ke balai polis walaupun mak dah sampai ke rumah. Rekod-rekod jenayah di Sungai Buloh ni pun emak tak sempat nak teliti. Mungkin ni satu sindiket yang sedang aktif ketika ini. Esok mak kenalah buka fail jenayah di kawasan ni. Mintak-mintak maklumat yang kau beri tadi dapat membantu pihak polis ketika ini." Puan Raudhah tersenyum sambil menepuk bahu anaknya. Kerisauannya berkurangan sedikit. Dia adalah seorang pegawai polis berpangkat Inspektor di Balai Polis Kampung Baru Sungai Buloh. Kebetulan dia juga dipindahkan ke Sungai buloh dari Balai Polis Ampang Jaya.
"Oklah... Kita masuk ke dalam dulu sementara menunggu polis datang ke rumah kita." Sambung Puan Raudhah lagi. Jadid pun bangun dari duduknya dan menuju ke dalam rumah. Puan Raudhah merenung Jadid dengan perasaan hairan. Tindakan Jadid hari ini sungguh mengejutkannya.
Jadid pula begitu yakin dengan maklumat yang diberikan kepada pihak polis tadi dapat mengembalikan adiknya semula.
Puan Raudhah dan Jadid tidak senang duduk ketika ini. Mereka hanya menanti kedatangan anggota polis bagi mengambil keterangan tentang kejadian yang menimpa keluarga mereka disamping menunggu keputusan samada pihak berkuasa sudah berjaya mengesan penculik itu atau belum.
"Mak, apa kata kita beritahu Ayah sekarang..." Sambil Jadid bersedia untuk mendail nombor telefon pejabat ayahnya.
Puan Raudhah serba salah kerana takut Encik Bakri terkejut mendengar anak kesayangannya diculik. Tetapi rasaya elok jika dia tahu kerana lama kelamaan dia akan tahu juga.
"Baiklah, telefon dia sekarang... suruh dia balik cepat. Mak nak ke balai sekarang." Puan Raudhah bangun dari sofa yang didudukinya lalu menuju ke biliknya di tingkat atas.
Jadid hanya memerhatikan ibunya dan terus menghubungi ayahnya. Nampaknya ibunya sendiri akan mengetuai gerakan mencari Aiman.
"Aiman...Aiman... Kat mana kau sekarang...." Bisik hati Jadid selepas menelefon ayahnya. Terngiang-ngiang di telinga suara Encik Bakri memarahinya dan Puan Raudhah dalam telefon tadi. Pastinya dia akan lebih marah bila bersemuka nanti.
Kelihatan Puan Raudhah turun dari tangga menuju ke ruang tamu sambil berpakaian mata-mata gelap dan bertudung. Walaupun sudah menjangkau usia 42 tahun, Puan Raudhah masih keliahatan segak dan anggun serta bergaya.
"Apa kata ayah kau?" Tanya Puan Raudhah sambil mengambil kunci kereta yang tergantung di dinding bersebelahan tangga.
"Hm... Mak pun boleh agak reaksi dia..." Jawab Jadid bersahaja.
"Mesti dia marah kan...?" Sambung Puan Raudhah.
"Sape yang tak marah kalau dah jadi macam ni. Cuai sangat..." Jadid menaikkan kening.
"Eh, macam salahkan mak je...." Puan Raudhah menjeling Jadid sambil menuju ke pintu.
"Tak lah mak... kita pun tak sangka akan jadi macam ni. Kalau dah kena kat batang hidung sendiri, barulah rasa betapa pentingnya pengawasan berterusan terhadap kanak-kanak ni.Yang penting sekarang Aiman dalam keadaan selamat walau di mana dia berada. Mak berusahalah cari dia ye mak..." Jadid mengikuti ibunya ke pintu pagar rumah mereka.
"Jadid, siapa paling akhir tutup pintu kecil ni sebelum Aiman diculik?" Tanya Puan Raudhah sebelum keluar menuju kereta Toyota Altisnya yang berada di luar halaman rumah.
"Rasanya ayah kot pagi tadi. Kita mana ada keluar sepanjang hari ni...Dah tiga hari cuti sekolah ni saya tak pernah keluar rumah kecuali kalau nak jogging waktu petang." Balas Jadid.
"Sape lagi kalau bukan ayah kau kalau macam tu. Kereta dia pun dia letak kat luar kan pagi tadi. Maknanya dia mesti keluar melalui pintu kecil ni. Hm!! Nak marah orang konon... Tak tau dia sendiri yang cuai. Takpe... Kalau dia marah mak, tahu lah mak nak jawab ape..." Puan Raudhah mengomel. Jadid tersenyum mendengar leteran ibunya.
"Mak! Kalau polis datang nanti saya nak cakap apa?" Jerit Jadid yang berada di pintu pagar sebelum Puan Raudhah masuk kedalam kereta.
"Apa diorang tanya kau jawab je lah." Balas Puan Raudhah sambil melabuhkan punggungnya ke atas tempat duduk keretanya.
"Jangan lupa call saya tau kalau mak perlu bantuan!!" Laungan terakhir Jadid sebelum ibunya meluncurkan Toyota Altisnya.
Suara Jadid yang samar-samar kedengaran membuatkan dahi Puan Raudhah berkerut. Bantuan? Apa yang dia boleh bantu? Budak berumur 16 tahun tu nak bantu seorang inspektor selesaikan kes? Namun Puan Raudhah mengukir senyuman tanda yakin dengan kata-kata anaknya itu. Keretanya laju meluncur melepasi kawasan perumahan tempat keluarganya tinggal. Dia menghubungi Inspektor Sani iaitu pegawai yang bertugas ketika ini bagi memberitahu yang dia terpaksa terlibat dalam kes ini.
Mata Puan Raudhah liar memerhatikan sekeliling sepanjang perjalanan ke balai polis Kampung Baru Sungai Buloh. Sebuah kereta peronda berselisih dengannya. Nampaknya seperti sedang menuju ke satu tempat dengan tergesa-gesa. Mungkin ada suspek yang dapat dikesan ketika ini. Lantas dia memutar stering keretanya serta merta dan mengekori kereta peronda tadi.
"Dia menuju ke Bandar Baru Sungai Buloh satu! Betul apa yang dikatakan Jadid. Sungai Buloh ada terbahagi kepada banyak bahagian. Bandar baru Sungai Buloh 1, 2, Kampung Paya Jaras, Bukit Rahman Putra, Kampung Melayu Sungai Buloh, Kampung Baru Sungai Buloh...ah! Yang lain aku tak ingat. Nampaknya tekaan kau tentang arah penculik tu lari mungkin betul. Buat masa ni mak bagi kau 10 markah!"Puan Raudhah terbayang wajah anaknya di rumah.
Kereta peronda yang dinaiki oleh dua anggota polis itu berhenti di depan sebuah kedai roti di dalam kawasan Bandar Baru Sungai Buloh 1.
Puan Raudhah berhenti jauh dari kereta peronda itu kira-kira 30 meter bagi memastikan lokasi sasaran sebenar anggota polis berkenaan. Kedua-dua anggota polis itu belum lagi keluar dari kereta peronda.
"Nampaknya mereka masih dalam siasatan dan kedai roti itu bukanlah lokasi sasaran mereka. Jadi bolehlah aku mendekati mereka." Puan Raudhah menekan pedal minyak kereta bertransmisi auto itu dan meletakkannya betul-betul di belakang kereta peronda. Dia mengenakan cermin mata hitamnya yang disangkut di cermin pandang belakang dan membuka pintu untuk keluar mendapatkan dua anggota polis di dalam kereta peronda jenis Wira 1.8l itu.
Puan Raudhah mengetuk cermin pintu hadapan pemandu. Seorang polis berpangkat koperal terkejut cermin pintunya diketuk oleh seseorang.
"Puan..! Puan buat apa kat sini? Kan Puan bercuti hari ni?" Koperal Idris kelam kabut membuka cermin tingkap. Sementara seorang lagi rakan setugasnya iaitu Koperal Ismail sedang memerhati keadaan sekeliling.
"Memang saya bercuti hari ni. Tapi saya terpaksa keluar juga hari ni." Jelas Puan Raudhah.
"Kenapa? Pasal kes culik budak 2 tahun sejam tadi ke?" Tanya Koperal Idris.
"Anak sayalah yang kena culik tu.." Jawab Puan Raudhah selamba tapi dengan riak muka yang sedih.
"Apa?Kesian Puan.. Baru pindah ke sini anak dah kena culik. Puan ada musuh ke sebelum ni?" Tanya Koperal Ismail yang terkejut dengan kata-kata Puan Raudhah sebentar tadi.
"Semua penjenayah adalah musuh saya. Saya pun tak pasti... Tapi saya dengar sebelum ni kat sungai Buloh ni pun ada kes culik bayi juga kan?" Puan Raudhah membuka pintu belakang kereta dan masuk ke dalam kereta supaya tidak di syak orang ramai.
"Ya Puan... ada empat kes semuanya dan yang terbaru sebelum kes hari ni berlaku hari khamis minggu lepas. Modus operandi semua kes hampir sama, curi masuk ke dalam rumah, dan mengambil bayi tanpa mengambil barang lain yang berharga. Tapi kami belum dapat pastikan ciri-ciri fizikal penjenayah mahupun kenderaan yang digunakannya. Baru hari ni ada laporan tentang ciri-ciri fizikal penjenayah. Kami yakin orang yang melakukan semua penculikan itu adalah orang yang sama."Jelas Koperal Idris.
"Apa yang memudahkan siasatan kami hari ini ialah pemanggil tadi memberikan gambaran yang hampir lengkap tentang penjenayah. Sampaikan dia boleh tahu yang penjenayah itu seorang kidal, seluarnya ada kesan basah. Bergayalah dia tu..."Sampuk Koperal Ismail.
"ehm ehm... Tu anak sulung saya lah tu.." Suara Puan Raudhah perlahan dengan bangganya.
"Wah... Mak borek anak rintik lah ni.. macamana dia boleh tahu semua tu Puan? Atau puan yang dapat informasi tu dan dia Cuma tolong hubungi polis je?Ceritalah sikit..." Tanya Koperal Ismail lagi sambil Koperal Idris seperti tak sabar mendengar jawapan Puan Raudhah.
Puan Raudhah terdiam sambil memandang kedua-dua anak buahnya itu. Lama juga dia terdiam dan kedua-dua koperal itu turut memandang tepat ke arah mata Ketua mereka sambil menahan nafas.
"Ah! Saya yang bagi dia info tu... dia call polis je.." Akhirnya Puan Raudhah bersuara sambil tersengih diikuti dengan hembusan nafas panjang kedua koperal itu. Bikin suspend lah puan ni....
"Baiklah... Apa progress siasatan korang?" Puan Raudhah kembali serius.
"Semua jalan keluar dari kawasan Sungai buloh sudah disekat. Anggota kita banyak melakukan rondaan di kawasan-kawasan yang disyaki terutama di Bandar Baru Sungai Buloh 1 di sini. Kami berdua kemari kerana ada anggota kami berpakaian awam ternampak suspek berciri seperti yang anak puan berikan kepada pihak polis. Tapi tiada kanak-kanak bersamanya. Mungkin sudah berpindah tangan. Suspek mula dilihat ketika keluar dari pasaraya Econsave dan mula diekori. Dia berada di dalam cybercafe depan tu. Beberapa anggota kita sudah masuk ke dalam memerhatikan tindak tanduknya." Jelas Koperal Idris. Puan Raudhah kelihatan sedih mendengar yang Aiman tiada bersama suspek.
Tiba-tiba wireles radio berbunyi, "Bola 1, Bola 1 dari Bola 5 over! Sssst."
"Bola 5 Dari Bola 1, Panggilan terima." Jawab Koperal Ismail. Sambil Puan Raudhah and Koperal Idris sedia mendengar laporan seterusnya.
"Suspek berada 10 meter dari kami. Tinggi lampai lebih kurang 180 cm, Memakai baju tebal bertutup kepala warna biru gelap. Belakang bajunya ada kesan cat sepanjang lebih kurang 20 cm. Tidak memakai tutup kepala kerana memakai topi berwarna hitam berlambang Adidas di depan. Topinya juga ada kesan seperti kotor dibahagian sebelah kiri. Seluar warna gelap tiada kesan basah di bawah paras lutut. Tetapi tidak memakai selipar jenama Asadi. Dia memakai kasut jenama murah. Tiada tanda-tanda dia seorang kidal kerana orang kidal pun menggerakkan mouse gunakan tangan kanan."
"Berita faham,over. Macamana Puan Inspektor?" tanya Koperal Idris.
"Macamana nak pastikan dia guna tangan kiri atau kanan? Aku rasa itu tak penting sekarang. Itu boleh diketahui di balai polis nanti." Bisik hati Puan Raudhah.
Puan Raudhah memejamkan mata sambil menundukkan kepalanya. Inilah gayanya setiap kali membuat keputusan. Semasa berkhidmat di Balai Polis Ampang Jaya dia digelar ‘sleeping beauty’ oleh rakan-rakan sekerja di sana.
Lebih kurang 20 saat dia ‘bertafakur’.... Dan dia membuat keputusan...
"Tahan suspek tu dan jangan padamkan komputer yang dia sedang gunakan. Arahkan anggota kita mencari selipar dan seluar asalnya di luar dan di dalam Pasaraya Econsave!!!"
Arahan dikeluarkan oleh Ketua Inspektor Raudhah. Mereka bertiga pun bergegas ke balai polis Kampung Baru Sungai Buloh untuk menanti suspek yang dibawa ke sana juga.

BALAI POLIS KAMPUNG BARU SG. BULOH


Sebuah kereta peronda memasuki halaman Balai Polis Kampung Baru Sungai Buloh. Dua anggota polis membawa keluar seorang lelaki berusia lingkungan 30 an yang kelihatan meronta-ronta seperti tidak puas hati dengan penahanannya.
Beberapa orang anggota polis bertugas termasuk Puan Raudhah, Chief Inspektor Sani, Koperal Idris dan Ismail sedang menunggu di dalam. Inspektor Sani adalah Inspektor bertugas ketika itu.
"Duduk!!" Arah Inspektor Sani kepada suspek setibanya dia di ruang tamu Balai Polis.
Suspek yang bergari itu duduk di atas sebuah kerusi yang tersedia khas untuknya.
Puan Raudhah mengamati suspek itu. Benar, ada kesan cat yang kecil pada topi dan kesan goresan cat sepanjang 20 cm belakang bajunya. Tingginya lebih kurang 180 cm. Tapi seluarnya tiada kesan basah dan dia memakai kasut bukan selipar suaminya.
"Siapa nama kamu?" Inspektor Sani memecah kesunyian.
"Rahmad." Jawab suspek ringkas.
"Kamu tahu kenapa kamu di tahan?" Tanya Inspektor Sani lagi kepada suspek itu. Sementara itu Puan Raudhah pergi ke kaunter mendapatkan sehelai borang dan pen.
"Tu yang heran tu Encik. Tiba-tiba saya kena tahan. Apa ni..?!" Lelaki itu meluahkan perasaan tak puas hatinya.
"Kau disyaki membawa lari kanak-kanak lelaki berumur dua tahun lima bulan di Bandar Baru Sungai Buloh 2 antara pukul 3.15 dan 3.30 petang tadi. Cerita sikit di mana dan apa yang kau buat dari tengahari tadi." Lagi dari Inspektor Sani.
"Saya kerja kat Johor dan ambil cuti seminggu atas masalah peribadi. Jadi seminggu ni memang saya tak kerja lah.Tengahari tadi saya ada kat rumah saya di Bukit Rahman Putra mengecat bingkai tingkap dan pintu rumah sampai pukul 3.30 petang. Saya pergi beli barang di pasaraya Econsave, tapi barang yang saya cari tu tak ada."
"Apa barang yang kau nak beli tu?" Potong Puan Raudhah.
"Hadiah untuk kawan saya yang kerja di Johor bersama saya. Minggu depan Harijadi dia. Barang kat pasaraya macamtu kan murah sikit harganya. Tapi tak ada yang saya berkenan. Jadi saya fikir cari kat tempat lain saja.
Sebelum saya ke kedai lain, saya chating sekejap kat cybercafe. Tiba-tiba kena tangkap lak. Ape ni?!" Lelaki itu memberi penjelasan.
Puan Raudhah mencelah. "Sebelum tu kau kena isi borang ni dulu. Nah pen... Tolong buka gari." Arah Puan raudhah kepada anggota yang berdekatan dengan suspek.
Selesai gari di buka, lelaki itu menyambut pen dari tangan Puan Raudhah.
Tangan kanan!!!
Dia menyambut pen menggunakan tangan kanan!
Tetapi apa yang diharapkan oleh Puan Raudhah menjadi kenyataan apabila dia mengalihkan pen itu ke tangan kirinya dan mula menulis menggunakan tangan kiri!
Tak sempat lagi menulis, lelaki itu mengerutkan dahi selepas membaca tajuk borang itu.
"Report Form?!"
"Siapa yang sepatutnya tulis report form ni. Tak kan saya yang ditahan nak kena buat report?! Apa punya polis la.." Lelaki itu marah setelah mendapati dia seperti dimain-mainkan dan dia tak tahu itu adalah salah satu proses siasatan terhadapnya.
"Oh! Ye ke?! Maaf ya.. Tak payah isi apa-apa lah..." Borang dan pen di tangan lelaki itu diambil kembali oleh Puan Raudhah yang tersengih seperti kerang busuk dan pastinya dia sudah memberikan tambahan markah kepada Jadid.
Sebahagian anggota polis di situ juga ada yang hairan dengan tindakan Inspektor baru itu. Kenapa agaknya dia buat macam tu?
"Ada sesiapa yang boleh membuktikan kau ada di rumah sejak tengahari tadi?" Tanya Inspektor Saini lagi.
"Saya tinggal sendiri di rumah sewa. Jiran saya semua pergi kerja." Jawab lelaki itu.
"Seluar dan kasut kau nampak baru... Kau baru beli di Pasaraya kan?" Tanya Puan Raudhah pula.
"Ah?!... Ya... Memang saya beli di pasaraya tadi kerana Selipar saya putus dan seluar saya terkena percikan air semasa berjalan di tepi jalan di tepi perhentian bas. Kan sekarang musim hujan. Banyak lopak air kat tepi jalan. Habis seluar saya kena lumpur! Kurang ajar betul kereta tadi. Selipar saya putus tak lama selepas tu. Kalau nak saya tunjuk tempak saya kena percikan air tu saya boleh bawak. Jom lah.."
"Mana kau simpan seluar kau tu? Takkan kau buang kot?" Puan Raudhah bertanya lagi.
"Dah teruk dan Puan.... Saya tinggalkan di bilik persalinan dalam pasaraya. Tak caya pergi cari. Selipar saya buang kat tong sampah luar Pasaraya. Saya masuk pasaraya tanpa memakai selipar dan pakai seluar yang penuh dengan lumpur. Tapi sebelum masuk saya dah bersihkan sikit lumpur tu di tandas awam dekat-dekat situ." Begitu yakin kata-kata lelaki itu.
Seorang anggota polis datang mendekati perbincangan itu.
"Inspektor! Anggota kita dah jumpa sehelai seluar di bilik persalinan dalam pasaraya. Ni dia...Selipar jenama Asadi kami tak jumpa." Anggota itu menyerahkan seluar jeans gelap dengan kesan lumpur paras lutut yang telah dibersihkan sedikit.
"Selipar jenama Asadi? Ha ha ha!! Saya tak pernah pakai selipar jenama tu. Saya pakai selipar warna kuning yang tak ada jenama!" lelaki itu seperti gembira selipar yang di cari pihak polis tidak di jumpai.
"Hei, kau jangan ingat kami tak sanggup nak cari selipar kau tu di tempat pelupusan sampah kat jinjang tu." Ugut Puan Raudhah.
"Koperal Ismail! Saya nak awak cari lori sampah yang mengangkut sampah di kawasan berkenaan sebentar tadi dan cari dua jenis selipar. Jenama Asadi warna biru saiz 6 ½ dan selipar putus tak berjenama warna kuning." Arah Inspektor Sani. Lelaki itu terdiam.
"Kenapa topi dan baju kau ada kesan seperti cat?" Tanya inspektor Sani.
"Oh! Ini...Ermmm yang ni....Kesan cat rumah saya. Kan saya cakap tadi saya tengah cat rumah dari tengahari tadi. Kalau tak percaya pergilah tengok... pergilah...Ha ha ha.. Sedap-sedap je nak tahan orang. Lagipun masa polis tahan saya, budak yang hilang tu tak ada bersama saya... Saya boleh saman balik kalau saya nak!" Lelaki itu seperti baru mencari alasan. Mungkin kebetulan warna kesan cat di baju dan topinya sama warna dengan warna bingkai tingkap dan pintu rumahnya. Kini dia menjadi begitu berani mempertahankan dirinya.
Bukti yang ditunjukkan oleh lelaki itu boleh diterima pakai. Setakat saiz badan dan penggunaan tangan kirinya belum cukup untuk mendakwanya. Seluarnya juga telah dijumpai dan dan memang kesan percikan dari lopak air yang berlumpur. Seliparnya pula mungkin telah dibawa oleh lori sampah. Sukar untuk mencarinya semula. Kesan pada topi dan bajunya pula mungkin sama dengan bingkai tingkap dan pintu yang dia baru cat. Semua anggota polis yang ada di situ terdiam seketika sedangkan lelaki itu kelihatan ceria sekali saat itu.
Sebuah kereta Mitsubishi Lancer Evo 9 memasuki halaman balai polis. Rupa-rupanya Jadid bersama Encik Bakri yang baru balik dari tempat kerjanya. Jadid mengajak ayahnya terus ke Balai Polis untuk mengikuti perkembangan kes yang melibatkan anaknya itu.
Encik Bakri dan Jadid bergegas ke dalam balai polis.
"Oo..! Kau yang menculik anak aku ye..Kurang ajar...!!" Encik Bakri yang tak dapat menahan perasaan terus menyerang suspek lalu ditenangkan oleh beberapa anggota polis termasuk isterinya, Puan Raudhah. Jadid hanya berdiri di belakang kumpulan yang sedang berbincang itu.
"Ni sapa pulak ni? Kang ada lagi yang kena saman dengan aku ni.!" Lelaki itu menjeling ke arah orang yang ingin menyerangnya.
"Sabar bang, dia Cuma suspek. Belum terbukti lagi yang dia penculik anak kita.." Puan Raudhah menenangkan suaminya.
"Ingatkan dia ni penculik tu. Nasib baik aku tak cepuk kepala dia! Kalau dah comform, bagi tau aku, biar aku cepuk kepala dia!" Encik Bakri betul-betul tertekan dengan kehilangan anaknya.
Jadid memandang suspek... Hampir semua kesimpulan yang dibuatnya tepat. Cuma seluar dan selipar. Nampaknya seluar dah jumpa. Apa yang menyebabkan dia tak boleh di dakwa lagi? Lalu Jadid mendapatkan ibunya dan bertanya tentang perjalanan kes ini. Puan Raudhah menerangkan kembali semua proses siasatan kepada Jadid. Anggota polis yang berada di situ hairan melihat Puan Raudhah memberi tahu semua proses siasatan kepada Jadid. Patutnya tak payah terlalu lengkap... Anak gadisnya itu kan masih bersekolah lagi. Bagi kesimpulan je dah lah...
"Ooo Macam tu..." Jadid menganggukkan kepala.
"Tak pergi periksa ke samada parit kat hujung jalan tu berlumpur ke tidak?" Tanya Jadid kepada ibunya.
"Kau kata kau pernah pergi ke parit tu..." Ujar Puan Raudhah.
"Memanglah... tapi saya belum pernah terjun dalam parit tu. Mana saya tau parit tu berlumpur ke tidak..." Balas Jadid.
"Ok laaah... koperal! Arahkan anggota kita periksa parit di hujung jalan berhampiran rumah saya, sekarang!" Arah Inspektor Raudhah.
"Baik!" Jawapan pantas dari koperal Idris. Kebanyakan anggota polis di situ berasa lucu melihat gelagat anak beranak itu.
"Itu belum boleh buktikan lagi yang saya terbabit. Mungkin orang lain yang seberang parit tu." Tegas lelaki itu.
"Betul juga tu...Nampaknya kita terpaksa lepaskan dia kalau kita tak cukup bukti." Jelas Inspektor Sani.
Wajah suram menyelubungi Puan Raudhah dan Encik Bakri yang dari tadi memandang ke arah suspek.Anggota lain turut merasa sedih dan sayu melihat Inspektor Raudhah dan suaminya dalam keadaan demikian.
"Sabarlah Puan, Encik... Kami akan berusaha sedaya mungkin untuk mengembalikan anak kalian berdua." Pujuk Inspektor Sani sambil menepuk-nepuk belakang Encik Bakri.
Seorang demi seorang anggota meninggalkan perbincangan itu kerana suspek didapati hampir tidak boleh didakwa. Senyuman terus terukir di bibir suspek yang kini hampir di bebaskan.
Jadid tidak henti-henti berfikir. Apalagi cara yang harus dibuat bagi memastikan yang suspek ini adalah orang yang benar-benar harus bertanggungjawab. Nampaknya tinggal satu jalan saja...! Jadid berharap ianya dapat memecah kebuntuan siasatan pada hari itu. Dia memandang ke satu sudut pada pakaian suspek. "Kalau benar kurang satu.., kemungkinan besar ada dalam tu... dia takkan perasan!!" Bisik hati Jadid yang mula berdebar untuk memulakan langkah terakhirnya itu.
"Inspektor..!" Satu suara gadis memecah kebuntuan. Anggota polis yang tadinya beredar berpaling ke arah suara itu.
"Dah cuba periksa dalam penutup kepala yang dia tak pakai tu?" Jadid menujukan soalan pada Inspektor Sani.
"Ada apa dalam tu, dik?" Tanya inspektor Sani.
"Ye lah... mana tahu ada benda yang tak sepatutnya duduk dalam tu. Kalau tak ada, tak pe lah..." Jawab Jadid.
"Apa lagi yang korang nak periksa ni! Nak periksa apa dalam penutup kepala ni? Tak payah korang yang periksa. Biar aku sendiri yang tunjuk kat korang. Ha tengok lah!!" Suspek menerbalikkan sarung penutup kepala yang melekat pada bajunya tebalnya itu.

KLETAK!!!

Sebutir bongkah ‘lego’ berwarna hijau jatuh ke lantai....

Semua yang ada di situ terkejut dengan satu lagi penemuan siasatan yang mungkin tidak mampu dibahas oleh suspek yang pastinya paling terkejut di antara semua yang ada di situ.
"Mak tengok tu! Tu lah satu lagi bongkah ‘Lego’ Aiman yang kita cari. Rupanya bongkah tu secara tak sengaja jatuh dari tangan Aiman ke penutup kepala orang tu. Mula-mula mungkin tak masuk sepenuhnya, tapi bila dia berlari atau berjalan cepat, bongkah tu boleh masuk jauh ke dalam lagi." Jerit Jadid sambil menggoncangkan bahu ibunya.
"Bila masa kau kira bongkah ‘Lego’ tu?!" Encik Bakri juga turut hairan.
Inspektor Sani mengutip bongkah mainan yang jatuh ke lantai itu dan memandang ke arah suspek sambil tersenyum sinis.
Ketika itu juga seorang anggota polis datang memberi laporan tentang siasatan di tempat-tempat yang telah diarahkan. Inspektor Sani meneliti dengan tenang laporan di dalam sekeping kertas itu.
"Lori sampah yang mengangkut sampah sekitar Bandar baru Sungai Buloh 1 pukul 4.00 petang tadi didapati tiada terdapat selipar murah berwarna kuning yang putus talinya. Selipar jenama Asadi bersaiz 6 ½ berwarna biru yang dicari telah dijumpai di dalam lori sampah berkenaan. Parit di hujung jalan berdekatan dengan rumah Inspektor Raudhah memang berlumpur dan terdapat kesan orang menyeberangi parit itu... Hm.. Nampaknya semua hasil siasatan dapat menimbulkan keraguan atas semua keterangan yang kau beri tadi. Dan satu lagi...."
"Kau terlalu yakin... sehingga kau sendiri yang menunjukkan kami bukti yang paling kukuh ini. Ada apa-apa yang kau nak cakap tentang barang ni?" Ujar Inspektor Sani yang masih memegang bongkah mainan milik Aiman.
Suspek mula lemah dan diam terpaku. Tak sangka keyakinannya boleh dibebaskan dari kes itu tiba-tiba hancur luluh gara-gara sebiji bongkah ‘Lego’.
"Baik lah, Tak ada apa nak cakap kan? Bawa dia ke dalam lokap!! Soal siasat tentang dalang di sebalik penculikan ini akan kita adakan esok." Arah Inspektor Sani kepada anak buahnya yang ada di situ. Akhirnya lelaki itu akur dan disumbat ke dalam lokap.
"sabarlah mak...sekurang-kurangnya polis boleh menjejak Aiman dengan tertangkapnya orang tadi." Jadid menenangkan ibunya yang berada di tempat duduk depan kereta Mitsubishi Lancer kepunyaan Encik Bakri. Dia faham perasaan seorang ibu dalam situasi sebegini.
"Tu lah... Korang berdua ni cuai sangat... Aiman seorang pun kau orang tak boleh nak jaga." Encik Bakri yang dari tadi memandu tiba-tiba bersuara.
"O oo..." Jadid merasakan akan terjadi perang mulut dalam kereta.
Puan Raudhah terdiam dari tangisannya. Dia memandang ke arah suaminya dengan pandangan serius.
"Ooo... Pandai salahkan orang ye?! Yang dia tu tak kunci pintu kecik kat pagar rumah tu tak cuai namanya...! Ha.. Nak salahkan orang je.."
"Bila masa saya tak kunci pintu ni...?! Pandai je awak!"
"Eh tak mengaku pulak dia..."
"Macamana saya nak mengaku kalau saya tak buat!"
"Bla...bla...bla..!"
"Bla...bla...bla..!"
"Bla...Bla.."
"Bla..."

Jadid menguatkan semangatnya untuk tersenyum melihat perang mulut yang terjadi dalam kesedihan itu. Dia masih yakin yang Aiman pasti akan pulang kepangkuan mereka satu hari nanti...!

Sementara itu di balai polis Kampung Baru Sungai Buloh....

"Woit! Busuk la woi! Bau sampah!" Suara Koperal Idris memenuhi ruang balai polis.
"Aku dah mandi lah....!!" Balas Koperal Ismail.


(TAMAT)
posted by Penulisan2u @ 3:13 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
13 Comments:
  • At 13/2/09 6:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ???????????

     

  • At 13/2/09 8:56 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ha?????
    cmne ngn Aiman tuh????

     

  • At 14/2/09 1:07 PG, Blogger [syarimoney] said…

    cerita apelah ni???
    rasa mcm mengarut pun ada gak???
    tapi percubaan yang bagus
    mcm cerita conan pun ada gak ni
    hehehehehheeh

    semoga karya lepas ni lagi baik dr yang sblm nye... moga berjaya =)

     

  • At 14/2/09 8:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    yeah betol!!..
    nih mesti peminat Conan Ichigawa..
    Aku pong minat gak..

     

  • At 14/2/09 9:29 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ape nie...
    cite t'gantung....

     

  • At 14/2/09 11:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ntah aper2 r..nsib baik aku xbce..hehehe..

     

  • At 15/2/09 1:02 PG, Blogger Unknown said…

    ape ni!! kn men ag aku bce..buat pnat je..mmg la cm besh je bce bhgian ats 2..tp tbe2 abs tnpa d ketahui aiman 2 cmne..ni mst kes x de idea dh ni..xpe la pnulis..atlis ada gk usaha nk mnulis..cume nextime..jgn buat cite t'gntung..hehehehe

     

  • At 15/2/09 5:14 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    buat sambungan ye :)

     

  • At 15/2/09 6:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer aper nie???
    xkan setakat 2 jer??
    da la wt suspen tp ntah ape2..
    ape yg penulis nk ceritakan nie???

     

  • At 20/2/09 5:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite ni akan bersambung. tapi sebelum tu ade kes2 lain lagi. alah... bace je lah...patutnya aku letak kat bahagian bersiri. silap da.....

     

  • At 21/2/09 1:21 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bagi yg rasa pelik baca kisah ni, tunggulah kisah2 seterusnya, nanti korang akan faham style penulisan si penulis nih....

     

  • At 22/2/09 9:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waaa best nyer citer ney...adventure...tak boring sgt asyik2 baca citer jiwang2 jer...
    well, knapa citer ney mcm ada unsur cam detective conan ek??? mesti penulis ney suka bc komik conan...
    and let me guest, jadidah tu mesti conan odagawa/sinichi kudo...pastu mom dia pn. raudah the 'sleeping beauty' tu mesti kaguro maouri....hehheheheheh
    ~to writer cepat sikit upload citer2 tuh, tak sabar nak bc kes2 misteri tu terungkai... ganbatte ne!

     

  • At 24/2/09 7:54 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kalau tak sabo nak ikuti kes2 selanjutnya, lawatlah bilik fail jadid raudhah di http://casebreaker.blogspot.com

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group