Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Balqis melemparkan pandangannya jauh kearah Tasik Taiping. Dirinya di bawa terbang bersama angannya yang jauh menggunung. Dirinya terasa kosong, tiada apa yang mampu menghiburkan hatinya ketika ini. Selalunya sewaktu seperti inilah dia akan menghabiskan masa dengan bersia-siar di sekeliling Tasik Taiping bersama Zamer, tempatnya indah dan teduh. Mampu mendamaikan hatinya. Jauh-jauh dia memikirkan peristiwa yang masih menghantuinya.
"Balqis saya berjanji dengan awak dan diri saya sendri, selagi saya maih hidup, saya tidak akan sia-siakan hidup awak, itu janji saya" ujar Zamer bersungguh-sungguh, matanya menunjukkan kesungguhannya untuk membahagiakan kehidupan wanita yang bertahta di hatinya. Dia yakin dia mampu membahagiakan kekasihnya itu. Balqis hanya memandang kosong, sepatah pun tidak bersuara, hanya mendiamkan diri dan mengalihkan pandangan kearah sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan, dia tidak mampu bertentang mata dengan Zamer. Balqis sedar, dalam hati kecilnya ada rasa sayang kepada lelaki itu, tetapi bagaimana dia mahu memulakan sesuatu yang dia tidak tahu di mana hujungnya nanti, rasa berat untuk dia menerima lamaran Zamer. Seorang lelaki yang datang dari keluarga berada, mempunyai pendidikan yang tinggi mana mungkin setaraf dengan dirinya yang tidak tahu latar belakang keluarga sendiri, datang dari rumah anak yatim tiada kelulusan tinggi hanya hidup sebatang kara, mengharap kan pendapatan sebagai juruwang di sebuah shopping complex.
"Balqis.."khairul menyapa perlahan, dari tadi dia asyik memerhatikan sahabatnya itu, dia tahu ada sesuatu yang sedang di fikirkan sahabatnya itu. Balqis mengalihkan pandanganya kearah Khairul dan tersenyum tawar, ah! Sejak bila pula dia ada di belakang aku. Getus Balqis sendirian. Dan tanpa di pinta khairul melabuhkan punggungnya di tepi Balqis. "erm..lama dah ke sampai?" khairul memulakan perbualan, Balqis sekadar menganguk perlahan. "jauh termenung, ingatkan buah hati yer?" "tak lah, mana ada.." balas Balqis ringkas. Khairul sekadar tersenyum pahit, Dia tahu Balqis memikirkan mengenai Zamer lelaki yang berjaya menawan hati sahabatnya itu, ah! Siapa la dia jika hendak di bandingkan dengan Zamer anak seorang usahawan berjaya, mempunyai pendidikan dan rupa yang baik, mana-mana perempuan bisa jatuh hati padanya. "Balqis, saya tahu, awak fikirkan mengenai Zamer, jangan lah awak fikirkan sangat, kalau sudah jodoh awak dengan Zamer, tiada apa yang mampu menghalang," Khairul cuba berbahasa, dia tidak mahu suasana sepi dan sunyi seperti ini terus menyelubungi keadaan, dia tahu Balqis bukanlah seorang yang pendiam, walaupun dia berada di dalam kesusahan tetapi dia masih mampu menghiburkan hati orang sekelilingnya. Itulah yang istimewanya mengenai Balqis perempuan melayu yang mempunyai sekuntum senyuman yang penuh keikhlasan. Balqis mengangguk perlahan.
******************************
"Mama..Amer ihklas dengan Balqis dia baik Ma.." Zamer bersunguh-sunguh mengharapkan keizinan Mamanya untuk berkahwin dengan Balqis, dia mahu menyunting kekasih hatinya itu sebagai teman hidupnya. Dia tidak sanggup kehilangan Balqis, dia sangat sayangkan Balqis. "kamu jangan jadi bodoh, kamu sendiri tak tahu background family Balqis macamna kamu nak kawen dengan dia" Puan Hasni membangkang tindakan anak bongsunya itu, mana mungkin dia menerima Balqis yang tidak mempunyai latar belakang keluarga yang baik. "semua tu tak penting ma, yang penting Balqis bukan seperti perempuan lain, dia baik ma..Amer yakin dengan pilihan Amer," Zamer membalas, dia tidak mahu kalah. "Ma tak nak perempuan yang tak tahu dari mana datangnya masuk kedalam keluarga kita, keputusan mama muktamad!" Puan Hasni meninggalkan anaknya dalam kehampaan, dia tidak mahu terus bertikam lidah dengan anak nya itu, dia terus menaiki tangga menuju ke bilik membiarkan Zamer sendirian. Zamer tahu mamanya bukanlah seorang perempuan yang boleh di bawa berbincang, segalanya harus di buat berdasarkan keputusan mamanya, abang dan kakaknya sendiri tidak mampu melawan keputusan mamanya, ini kan dia, jika hitam kata mamanya maka hitamlah jadinya. Sebelum ini, segalanya akan Zamer turuti tetapi kali ini, dia tekad dengan segala keputusanya, biarlah di tentang bagaimna pun oleh mamanya. Zamer mancapai telefon bimbitnya di atas meja, niat hatinya mahu menghubingi Balqis Sudah hampir 3 hari dia tidak mengdengar suara perempuan kesayanganya, semuanya gara-gara mamanya yang menghatar dia berkerja out station sengaja mahu membuatkan dia jauh dari Balqis, tetapi jauh bagaimana pun, hatinya makin rindu pada Balqis. Sesaat pun dia tidak pernah melupakan perempuan itu. "Assalamualaikum.." zamer tersenyum mendengar suara Balqis, entah mengapa rindunya makin membuak tatkala mendengar suara Balqis. Benarlah, dia sudah benar-benar angau dengan perempuan yang bernama Balqis "qis..Mer rindu sangat pada awak..saya nak jumpa awak petang nant, kita jumpa tempat biasa okey?" Zamer melahirkan keinginannya untuk bertemu Balqis, dia mahu memberikan sesuatu kepada Balqis. Buah tangan dari Singapura, sewaktu dia out station dia belikan sepasang anting-anting berbentuk hati kepada Balqis. Dia tahu Balqis pasti suka. "Mer...minta maafla..saya ada kerja..lain kali la k..."balqis menolak, dia sendiri benar-benar rindu pada zamer, tetapi dia tahu, dia tidak sepatutnya bertemu dengan seseorang yang hanya mampu memberikan kebahagiaan untuk seketika, dia tidak mahu sengsara lagi, dia tidak sanggup, dia mahu melupakan lelaki itu. "kalau macam tu, bila awak free saya pergi jemput awak je la.. beritahu je bila awak free okey?" Zamer sedikit hampa, tetapi dia tidak mahu terlalu memaksa . "tengok la dulu, okeyla mer, saya ada hal ni.. Assalamualaikum" Balqis membalas acuh tak acuh, zamer makin bingung, kenapa sejak kebelakangan Balqis seperti mahu menjauhkan diri darinya, apa kah dia ada melakukan sesuatu yang menyakitkan hati Balqis? dia sendiri bingung,Balqis apa yang menghantui fikiran awak sebenarnya?!
***************************
Balqis mematikan siaran televisyennya, dia sendri tidak berminat dengan siaran yang di tayangkan, dia tidak mampu untuk menumpukan perhatianya pada siaran tersebut, dia bingkas bangun menuju kedapur untuk membancuh kopi bagi menghilangkan dahaga di tekaknya yang kering. Balqis melabuhkan punggungya, dia masih ingat lagi semalam Puan Hasni ada bertemu denganya, dia sendiri tidak tahu bagaimana Puan Hasni tahu alamat rumahnya, tetapi mujurlah ketika itu zahira tidak pulang lagi dari tempat kerja, jika tidak mahu malu di buatnya. "saya bukan mahu marah awak, saya datang dengan cara baik, saya merayu pada awak, tolonglah lupakan anak saya, awak pun tahu..Zamer mempunyai masa depan yang baik, dia mampu mendapat kebahagiaan dari perempuan yang benar-benar setaraf dengan dia, saya merayu pada awak Balqis..jika awak benar-benar sayangkan Zamer..lepaskan dia, biarlah dia hidup dengan cara yang lebih baik" Puan Hasni separuh merayu, dia memegang tangan Balqis lembut, dia tahu perempuan seperti Balqis mudah dipengaruhi. Dia mahu Balqis tinggalkan anaknya. Balqis tidak layak untuk anaknya. "saya ikhlas pada Zamer mak cik.."pendek luahan Balqis. Hatinya sedikit terkilan dengan tindakan Puan Hasni. "kami sudah ada jodoh yang jauh lebih baik dari awak untuk Zamer, saya harap awak akan tinggalkan Zamer, ini cek, awak boleh tulis berapa ja yang awak nak, dan lepaskan anak saya" Puan hasni meletakkan cek kosong di atas meja di hadapan Balqis dan terus meninggalkan Balqis sendirian. Balqis memandang cek kosong tersebut, dia rasa benar-benar terhina dengan sikap ibu Zamer. Hatinya sedih berbaur duka. Sakit hatinya dengan sikap Puan hasni yang menanggap dirinya perempuan yang mempunya harga diri yang rendah. Dia langsung tidak perlukan belas kasihan daripada perempuan yang hanya tahu memandang rendah pada orang lain.
**********************
Petang itu, langit cerah, hujan yang turun pada pagi tadi membuatkan langit redup dan terasa damai, angin menyapu lembut dan mampu menenangkan hati setiap manusia yang menghayati keindahan ciptaan Yang Maha Esa. Tasik Taiping menambahkan lagi kedinginan susasana. Balqis terasa lebih tenang apabila jauh dari segala kesulitan nya dengan Zamer, dia telah mengambil keputusan untuk melupakan Zamer, sudah beratus-ratus mesej dan panggilan dari lelaki tersebut namun tiada satu pun yang di balasnya. Setiap kali Zamer datang ke rumahnya dia akan minta zahira katakan pada Zamer dia tiada di tumah, walaupun kadang-kadang dia tidak mampu menahan rindunya pada Zamer, tetapi apabila mengenangkan sikap Puan Hasni hatinya benar-benar sakit. Apa dia ingat aku terhegeh-hegeh pada anaknya? Balqis membawa dirinya bersiar-siar, selalunya disinilah dia dan Zamer akan bertemu, dan di sini jugalah tempat pertama dia mula berkenalan dengan lelaki tersebut, dia langsung tidak menduga akan tumbuh bait-bait cinta dari perkenalanya dengan lelaki bernama Zamer , dan dia langsung tidak mengetahui bahawa lelaki itu adalah seorang anak seorang usahawan yang terkenal di Taiping. Perlahan-perlahan dia menghirup udara segar, terasa dingin dan damai. Balqis berjalan di bawah rimbunan pokok di tepi jalan yang redup, sesekali dia mengimbau saat dia dan Zamer bergurau senda dan berbual di bawah redup pokok, lalu dia membawa kakinya melangkah kearah kerusi yang selalu menjadi pilihan hatinya dan juga Zamer .
"Qis, kita rehat kat situ jap, bangku ni strategic sebab dari sini kita dapat lihat tasik dan taman permainan, cantik kan?" Zamer memberi pendapat, Zamer mengangguk perlahan, dia senang dengan sikap Zamer yang gemarkan kanak-kanak. Dia tahu jiwa murni Zamer seorang lelaki yang lembut dan sabar.Sesungguhnya dia sangat menyenangi lelaki bernama Zamer. "Qis..." Balqis seperti mengenali suara lelaki tersebut, dia pantas meoleh, benar tekaannya.Zamer! "sorang jer?"zamer bertanya tanpa sempat untuk Balqis bersuara, Zamer duduk di sebelah Balqis tanpa di pinta, dia tidak menyangka akan bertemu dengan Balqis di sini, dia sengaja berjalan sendirian di sini, hatinya benar-benar rindukan Balqis kerana itulah dia melalui kenangan nya bersama perempuan teersebut. Balqis mendiamkan diri, jantungnya terasa gugup dan lemah, hatinya berbauh resah. "kenapa qis? Dah tak kenal dengan Zamer lagi? Atau dah ada pengganti?" Zamer separuh menyindir, dia masih berasa hati dengan sikap Balqis, langsung dia tidak menyangka cepat benar perempuan yang dia agungkan selama ini akan berubah hati. Di depan matanya sendiri dia lihat Balqis bersama lelaki lain di kerusi ini, berbual mesra. Ah! Balqis kau betul-betul membuat jiwa aku tak keruan! "Apa awak cakap ni?" Balqis terasa hati dengan sikap zamer yang seperti hendak menyindir dirinya. Tidak kah kau Zamer bahawa tiada sekelumit pun ruang di hati ini untuk lelaki lain melainkan kau Zamer! "eh! Apa yang awak nak kecoh pulak? Dah betul kan? Tak sangka Balqis yang saya sayang selama ini, seorang perempuan yang pentingkan diri. " zamer sengaja menyakitkan hati Balqis, dia mahu Balqis merasai betapa menderitanya dia selama ini. Di tinggalkan tanpa alasan, langsung tidak member penjelasan. Sakitnya hati zamer, Tuhan saja yang tahu! Balqis hanya mendiamkan diri, sepatah pun tidak mampu bersuara, hatinya pedih! "kenapa diam? Atau awak nak cari idea untuk tipu saya lagi, mana lelaki yang selalu teman awak kat sini?" zamer bertambah panas melihat Balqis yang mendiamkan diri, hanya tunduk dan melarikan pandangan darinya. Balqis cuba mengingati lelaki manakah yang di maksudkan oleh zamer, Khairul! Ya mungkin sahabat baiknya itu yang di maksudkan zamer. "saya nak balik" Balqis bingkas bangun cuba melarikan diri dari zamer, dia tidak mampu menahan segala toh mahan dari lelaki yang sangat dia sayangi, hatinya benar-benar pedih! Dia tidak mahu zamer melihat dia dalam keadaan yang sedih! Cepat-cepat dia cuba menahan dari air matanya mengalir keluar. Zamer pantas menarik tangan balqis dan memandang tepat kearah mata Balqis. Zamer kelihatan benar-benar menyesal dengan sikap Balqis, matanya menunjuk beribu kekesalan terbungkam di hatinya. "lepaskan saya!" Balqis meronta minta dilepaskan, zamer semakin kuat memegang tangan Balqis. "apa salah saya pada awak?kenapa awak layan saya macam nie Balqis?" ada nada hiba dan sedih di setiap kata yang disampaikan zamer, Balqis benar-benar terseksa melihat zamer, lelaki itu nampak kurus dan tidak bersemangat, di mana zamer yang dia kenal dahulu? Maafkan aku Zamer andai hatimu terseksa kerana aku, sesungguhnya aku tidak mampu melihat kau begini "saya nak balik!" "siapa lelaki yang bersama awak ari tu?!" zamer semakin sakit hati dengan sikap Balqis, pegangannya pada Balqis semakin kuat, membuatkan Balqis berasa sakit, perlahan-lahan air matanya tertumpah dia sudah tidak mampu menahan air matanya, pedihnya hati dia Tuhan saja yang tahu. Zamer menyedari pegangannya yang kuat membuatkan Balqis sakit, dia perlahan-lahan melepaskan Balqis, dia tidak mahu perempuan yang dia sayang berasa sakit walau sedikit pun, biarlah dia berasa sakit, tetapi melihat Balqis sakit, tidak sama sekali! "saya minta maaf..saya tak berniat menyakiti awak, tetapi tolonglah beri penjelasan, kenapa awak layan saya seperti ini." Zamer separuh merayu. Balqis semakin rasa bersalah, dia sudah tidak mampu melihat zamer sedih kerananya. Ya Allah..kau tabahkan lah hati ku! Getus Balqis. "amer...lelaki yang bersama saya hari tu, kekasih saya." Balqis membalas perlahan, dia sendri tidak tahu mengapa dia berkata seperti itu, Cuma yang dia mahukan zamer melupakannya, dia yakin dengan cara itu lelaki tersebut pasti akan melupakannya. Jantung Zamer terasa seperti hendak luruh! Dia selalu membayangkan Balqis akan member penjelasan yang sebaliknya, mengapa Balqis kau begitu jujur mengatakan dia kekasih kau? Siapa aku di hati mu? Siapa aku? "awak dah tahu kan, jadi tak perlulah saya berselindung lagi, dia kekasih saya yang baru, saya dah tak cintakan awak, saya lang sung tak cintakan awak.. faham?" Balqis semakin mendapat kekuatan untuk bersuara, dia tahu zamer pasti akan patah hati dengan kata-katanya, tetapi apa kan daya dia, hanya denga cara itu saja zamer akan melupakannya. Maafkan aku zamer. Dia tidak mahu merampas Zamer dari Puan Hasni. Itu bukanlah sikap dia. "saya minta maaf, saya benar-benar bodoh mempercayai perempuan yang langsung tak tahu menghargai saya, benar kata mama saya, perempuan seperti awak memang tak boleh dipercayai, perempuan yang langsung tak sedar diri !"zamer meninggalkan Balqis sendirian, hatinya pedih dia tidak mahu melihat perempuan yang menghancurkan hatinya tanpa rasa bersalah, Balqis memandang sepi. Haya mampu menangis sendirian di dalam hati. Zamer maafkan aku! "oh ya! Ini untuk awak, anting-anting ni dah lama saya belikan untuk awak, tetapi dah langsung tak berguna pada awak lagi kan?" zamer sempat membaling anting-anting yang dia sayang selama ini didepan Balqis, dan terus pergi tanpa menoleh lagi! Balqis sudah tidak mampu menahan, pipinya terasa panas dek air mata yang tumpah, di hina oleh lelaki yang benar-benar dia sayang, mambuatkan hatinya benar-benar terluka, zamer!
***************************
zamer cuba menutup matanya, tetapi setiap kali dia cuba untuk tidur ingatanya pada Balqis semakin kuat. Dia cuba untuk melupakan Balqis tetapi tidak berdaya, mengapa perempuan itu juga yang selalu bermain di ingatannya, sedangkan hatinya benar-benar hancur dengan sikap Balqis. "Balqis, kau tahu tak, betapa sayangnya aku pada kau?" zamer hanya mampu menangisi di dalam hatinya, dilukai di saat hatinya benar-benar sudah jatuh hati! Manyakitkan..dia sudah membuat keputusan untuk menerima tawaran pengajianya ke Australia, papanya juga bersetuju. Urusan syarikat akan di urukan oleh papa dan abangnya. Dia mahu melupakan segala-galanya, dia mahu jauh dari Taiping, mahu jauh dari Malaysia, mahu jauh dari Balqis..dia mahu tinggalkan kenangannya bersama Balqis di sini. Esok dia akan beritahu papa dan mama mengenai keputusanya untuk melanjutkan pelajaran, dia yakin ini lah keputusan yang terbaik untuk dia dan Balqis. zamer bingkas bangun dari katil, dia tahu dia memang tidak akan terlelap sekalipun dia cuba memaksa matanya untuk beradu, zamer menuju ke bilik air unutk menunaikan solat istikharah dan memohon petunjuk dari Yang Maha Esa.. "Ya Allah, ya Tuhanku, jika benar Balqis adalah jodoh ku kau tetapkan lah hati kami bersama, kau teguhkan lah jiwa kami agar dapat menghadapi dugaaanMu. Jika dia bukan jodohku, kau kuatkan lahsemangat ku untuk melupakan dirinya, sesungguhnya hati ini benar-benar terseksa ya Allah..kau kuatkan lah hati ku, kau teguhkanlah jiwa ku, kau ringankan lah bebanku, dan berikan lah petunjuk kepada hamba Mu ini ya Allah...."zamer meohon doa dan bersujud dalam pekat malam, hatinya lebih tenang. Tenang bersama keabadian sebuah cinta. Selepas menunaikan solat, Zamer menuju kearah meja tulisnya, ada sesuatu yang ingin di coretkan di dalam diarinya.
***********************************
"Mer jaga diri baik-baik yer sayang.." Puan Hasni mengucup dahi anak bongsunya itu, dia benar-benar sedih melihat pemergian anaknya itu. "awak ni pun, dia bukanya nak pergi ke mana, pergi belajar kan, nanti kita pergi la melawat dia dekat sana nanti, janganlah awak risau.." Encik zamril cuba menenangkan hati isterinya itu, dia tahu Zamer adalah anak kesayangan isterinya. "mer, betul ker nie tak nak abang dan kakak hantar Zamer ke airport," sharil abang zamer yang sulung menawarkan diri untuk menemani adik bongsunya itu ke airport. "tak payahlah..pak mat hantarkan, lagi pun zamer kan dah selalu pergi dengan pak mat jer." Zamer menolak, dia mahu pak mat hantarkan , lagi pun sebelum ini, jika dia ke airport untuk urusan kerja pak mat yang hantarkan. Zamer menyalam dan memeluk ahli keluarganya, entah mengapa, berat hatinya meninggalkan ahli keluarganya. Puan hasni memeluk erat zamer, seperti tidak mahu melepaskannya pergi. Perlahan-lahan zamer melepaskan pelukkan mamanya, dia mengucup dahi ibunya sekali lagi. Zamer bingkas memasuki ke dalam kereta. Kereta Mercedes Benz biru gelap gagah membelah angin meninggalkan Taiping dalam kenangan. Hati zamer berbaur resah, berat hatinyu untuk meninggalkan tempat yang penuh dengan kenangan nbersama perempuan yang dia sayang. Makin jauh dari Taiping makin resah hatinya, pada mulanya dia mahu berjumpa dengan Balqis terlebih dahulu, tetapi dia membatalkan niatnya apabila mengenangkan sikap Balqis. "Balqis, walau kemana pun aku pergi, aku harap kau santiasa bahagia.." getus zamer sendirian. "Amer, kenapa macam tak rela jer nak pergi.."pak mat bertanya mematikan lamunan zamer, semenjak dari tadi dia melihat anak muda itu hanya termenung dan mendiamkan diri, selalunya, zamer la yang paling gemar berbual dan bercerita, entah kenapa pak mat berasa susah hati melihat zamer seperti itu. "Eh ye ka? Tak la pak mat, Cuma rasa letih sikit.."zamer membalas ringkas. "Kalau macam tu, zamer rehatla dulu.pak mat nak drive nie, lagi pun jalan sibuk sikit, ada pembaik pulih jalan agaknya." Pak mat sekadar berbahasa. Dia tak mahu menggangu zamer. Tambahan pula, wajah zamer kelihatan pucat dan tidak bermaya. Buat seketika Zamer melelapkan matanya, kepala terasa berat. *******************************************************************
"Assalamualaikum" "walaikumsalam" Balqis membuka pintu rumahnya, wajahnya berubah ketika melihat Puan Hasni di hadapannya, Balqis menjemput Puan Hasni untuk masuk kerumahnya, walaupun dia masih terasa hati dengan sikap puan hasni tempoh hari, tetapi bukan caranya melayan tetamu dengan cara yang kurang sopan. "Dudukla dulu, saya buatkan air" Balqis bingkas ingin menuju kedapur. "Tak perlulah, saya Cuma ingin bertemu dengan awak Balqis" Puan Hasni menarik tangan Balqis duduk di tepinya. Balqis sekadar menurut, Matanya memandang tepat kearah wajah perempuan di depannya. "mak cik nak mintak maaf pada awak Balqis .."ada nada sedih di hujung suara Puan Hasni. "Kenapa mak cik?" Balqis semakin bingung melihat sikap puan hasni. Buang tebiat keapa perempuan nie minta maaf pada aku? "Zamer ...." suara puan hasni seperti tersekat-sekat. Ada sesuatu yang berat untuk di katakan. Air matanya bertakung. "Kenapa dengan zamer mak cik..?" Balqis bertambah bingung, hantinya makin tak keruan. "Dia dah tak ada, dia dah tinggalkan mak cik Balqis ..mak cik bersalah..." Puan hasni semakin sebak, ada titis air mata ynag tumpah pada pipinya, Balqis memeluk erat-erat puan hasni, terhapus sudah rasa marahnya padanya puan hasni, hatinya berbaur sedih, pilu dan simpati. Zamer!!! "Balqis...mak cik minta maaf pada awak..zamer dah tiada, dia kemalangan.."suara puan hasni tersekat-sekat. Ada sendu dan tangisan yang hiba dalam nada puan hasni. "Kemalangan?" Balqis seakan tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut puan hasni, hatinya benar-benar hancur. "Surat ini mak cik jumpak dari dalam diari zamer, hanya dengan cara ini saja yang mak cik mampu lakukan untuk menebus kesalahan mak cik pada kamu dan zamer..maafkan mak cik Balqis .." Balqis mengangguk perlahan, hatinya sebak! Perlahan-lahan dia membuak lipatan kertas putih tersebut. Hatinya menangis lagi.
Balqis... Sekiranya aku bisa mengudurkan masa.. Aku ingin jadi insan pertama yang kau kenal... Mengajar kau erti bahagia.. Memberi senyumah dalam setiap dukamu... Menemani dalam tiap langkahmu... Balqis.. mungkin aku bukan insan yang mampu memiliki hati mu.. tetapi percayalah.. hati ini milikmu... Selagi aku masih hidup.. Selagi jantungku berdegup... Selagi nafas masih ada... Tiada apa pun mampu menghentikan hati ini dari mencintaimu... Balqis... Mugkin aku bukan insan bertuah yang di lahirkan untuk memiliki kamu.. Tetapi aku ingin kau tahu.. Aku mahu menjadi mentari dalam gelapmu.. Menjadi senyuman dalam tawamu.. Memberi kebahagiaan dalam hidupmu.. Mengapai bahagia hanya bersama mu.. Balqis.. Jika ada ketikanya nanti aku sudah tiada,ingatlah ada seseorang yang benar-benar mencintaimu sehingga hujung nyawanya dia tidak pernah lupa untuk mengingati dirimu.. Zamer...
wlaupon citer ni sedih tp sy x rse sedih pon mayb sbb da byk citer mcm ni kot... tp pengarang citer mmg ad bakat... cara cerita ni diceritakan mmg bez... boleh jd novelis..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
waaaaa... sedihla ending mcm ni... knp pendek..?? pjgkn lg best...