BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Februari 09, 2009
Cerpen : Hari Ke 80, tiada noktah
Nama Pena : ielazarila

Dalam keindahan cahaya yang menerangi hidup Sakinah, terpalit bayang-bayang kegelapan. Tanpa disedari dan dipinta kegelapan itu terus menyelubungi hidupnya. Sakinah kini terlantar kaku di atas katil besi bertilam putih. Hidupnya ditemani mesin hayat yang menjadi alat penyambung nyawanya. Dalam kegelapan itu dia hanya mampu berhalusinasi.

Sakinah tidak tahu sampai bila dia akan terus begitu. Matanya terpejam rapat. Hanya getaran nafas sahaja yang kedengaran. Kadang-kadang kuat dan kadang-kadang perlahan. Tubuhnya yang cekung itu ibarat mayat tak bernyawa. Hanya rasa simpati manusia sahaja yang seringkali kedengaran.

Sudah lama Sakinah di situ. Bermain dengan halusinasinya. Teman-teman yang sering mengunjunginya dahulu kian berkurangan. Ibunya sahaja yang setia menemaninya. Doktor dan jururawat sudah letih keluar masuk menatap sekujur jasad yang kaku berselimut putih itu. Namun, mereka tetap berharap suatu hari nanti insan murni itu akan sedar dari lenanya juga.

Pembedahan untuk membuang darah beku dikepalanya juga telah dilakukan. Namun tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Tiada tanda yang menunjukkan dia akan sedar dari tidur panjangnya. Ibunya masih disisinya. Mesin penyambung nyawa itu masih seperti hari–hari sebelumnya. Ada pergerakan perlahan yang terpapar menandakan dirinya kini sedang tenang menyelusuri dunia komanya. Entahkan bila agaknya mesin itu akan meninggalkannya. Entahkan bila juga wayar yang menerobos jauh ke keronkong melalui lubang hidungnya akan dicabut. Hanya masa yang akan menentukan.

Doktor yang merawat Sakinah menemui jalan buntu. Segala usaha yang dilakukan tidak membuahkan hasil. Dia tetap kaku di situ. Setia dengan dunia gelapnya. Disebalik lenanya ada banyak peristiwa yang melayakkannya digelar insan murni.

Hanya seorang teman yang menjadi saksi kemurnian hati insan bernama Sakinah ini. Sakinah seorang gadis belasan tahun berhijrah ke Bandar Bahgia untuk mencari kerja. Tujuannya hanya satu untuk membantu ibunya yang perlu menanggung lima orang adiknya yang masih bersekolah. Di Bandar Bahgia itulah Sakinah menjadi seorang Promoter disalah sebuah pasar raya terkemuka di situ. Panas yang disangkakan sampai ke petang rupanya hujan ditengahhari. Di Bandar Bahgia itulah bermulanya detik hitam yang menyelubungi hidupnya kini.

Tinggal di rumah kedai yang bercampur penghuni lelaki dan perempuan sememanya satu kesukaran bagi Sakinah. Namun itu sahaja tempat yang boleh dijadikan tempat perlindungan. Segalanya bermula di sinj. Perkenalan dengan teman sebiliknya yang juga rakan sekerjanya membawa Sakinah ke dunia kegelapan.

Kehidupan di dunia kegelapan itulah membawa Sakinah ke bahtera halusinasi. Terus lena menyoroti setiap sudut dunia gelapnya. Tiada siapa mampu menolongnya. Hanya takdir yang akan menentukan segalanya.

Ibunya masih setia disisinya. Saban waktu memanjat doa agar dia sedar. Namun tanda–tanda bahawa Sakinah akan kembali pulih tidak jua kelihatan. Sakinah tetap koma. Hanya menanti nyawa terpisah dari jasadnya. Jururawat yang seringkali mengunjungi Sakinah hanya sekadar menggelengkan kepala. Gelengan yang sukar ditafsirkan antara simpati dan putus asa.

Sudah 60 hari dia di situ. Dalam lenanya dia melihat temannya. Temannya yang bernama Salini. Salini adalah seorang gadis liar yang dambakan kasih sayang. Penuh dendam. Penuh kebencian. Semuanya angkara lelaki.

Salini menjadi mangsa dera bapa tirinya. Dihalau dari rumah kerana dituduh menggoda bapa tirinya. Malah dia pernah cuba diperkosa bapa tirinya. Namun nasibnya baik. Jirannya sempat menyelamatkan dia dari menjadi mangsa nafsu buas lelaki durjana itu. Lantaran itu membuaklah api dendam penuh kebencian dalam dirinya.

Di Bandar Bahgia yang tak pernah bahagia itulah tempat mereka mencari rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup. Salini seringkali meluahkan masalahnya kepada Sakinah. Salini yang dikenali Sakinah adalah racun berbisa yang penuh dengan api dendam. Hidupnya kini adalah untuk membalas dendam pada lelaki.

Saban malam selepas pulang kerja Salini seringkali keluar. Bertukar-tukar pasangan. Hanya yang diimpikan adalah pembalasan sebuah dendam. Sekeping hati lelaki yang ikhlas mencintai dirinya dibalas dengan racun dendam. Salini hanya mahu mempermainkan lelaki-lelaki tersebut. Puas rasa hatinya.

Sebagai teman sudah puas Sakinah menasihati Salini. Namun tak pernah dihiraukan. Akhirnya Sakinah hanya menjadi pemerhati sahaja. Pemerhati terhadap segala kejahilan. Apa yang menyedihkan Sakinah semua lelaki yang menjadi mangsa Salini adalah lelaki yang layak bergelar lelaki. Penuh tanggungjawab dan kesetiaan. Antara calon pemimpin rumahtangga yang hampir pupus di muka bumi ini.

Mata Sakinah terus tertutup. Nafasnya masih turun naik perlahan. Ibunya tetap setia disisi. Mengesat badannya yang kaku penuh pengharapan. Harapan agar Sakinah sedar dari lenanya yang panjang. Doktor yang merawat Sakinah hanya datang dan pergi begitu sahaja. Tiada khabar gembira yang diutarakan. Tanda bahawa Sakinah akan terus koma.

Sakinah masih terus melayari dunia halusinasi. Sejarah silamnya ligat berputar . Salini akhirnya terjerat dengan dendamnya sendiri. Keseronokannya mempermainkan lelaki akhirnya mengundang padah. Perkenalan Salini dengan lelaki bernama Udin telah memakan dirinya sendiri. Malah menambahkan lagi dendamnya terhadap lelaki.

Udin lelaki yang bertopengkan syaitan. Seringkali Salini disepak terajang oleh Udin. Bukannya sekadar fantasi tetapi itulah realiti yang berlaku di depan mata Sakinah. Selagi wang tidak diberikan kepadanya selagi itulah Salini diseksa. Keluar air mata darah sekalipun Udin takkan mempedulikan Salini. Wang adalah keutamaannya.

Sakinah tidak dapat berbuat apa-apa. Dia takut ! Gadis kampung yang tak pernah tahu tentang hak pembelaan wanita. Dia hanya mampu melihat. Menjadi saksi sebuah kekejaman.

Dalam lenanya, Sakinah berasa gundah gulana. Kesal kerana tidak dapat bertindak meleraikan satu komplot kekejaman. Namun hatinya tenang kerana dapat memberi peluang kepada Salini untuk menebus dosa-dosanya. Komanya ini membawa rahmat kepada insan lain yang lebih memerlukannya. Memerlukan sebuah keampunan.

Adakalanya air mata mengalir dipipi Sakinah. Tanda positif namun matanya tetap terpejam rapat. Otaknya ligat memutarkan sejarah dirinya bersama Salini. Salini semakin sukar dijinakkan. Sakinah simpati namun dia kesal kerana tidak mampu membawa Salini ke jalan kebenaran. Hidup Salini makin terpesong. Sudah tidak kenal halal dan haram. Udin adalah manusia durjana. Pemaksa ke atas noda hitam. Saban malam hidup Salini diselimuti noda hitam itu. Dendam Salini tidak pernah padam. Pernah salini memberitahu Sakinah dia akan menghapuskan riwayat lelaki durjana itu.

Sakinah hanya tertunduk membisu. Sakinah tidak tahu apa yang harus dilakukan. Hanya nasihat sahaja yang mampu diberikan. Namun semuanya itu hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tiada satu pun yang berguna.

Kesudahannya, Sakinah juga yang putus asa. Dia tidak mampu menanggung semua ini. Dia tak tahu! Malah tak pernah diberitahu! Apa hak Sakinah? Apa hak Salini? Dia hanya gadis kampung yang tak tahu apa-apa. Masih dibelenggu kejahilan dalam zaman teknologi ini.

Jauh disudut hati Sakinah dia bersyukur kerana hidupnya tidak diganggu. Selagi dia tidak mengganggu Salini dan Udin, selagi itulah dia terselamat. Namun hakikatnya dia takut. Takut dirinya yang menjadi mangsa. Mangsa seterusnya lelaki durjana.

Kini genap 80 hari dia menyelusuri dunia komanya yang penuh bayangan hitam hidupnya. Hidup yang kini menanti masa untuk menemui noktah sebuah kehidupan.

Dalam alam gelap pekat itu, dia melihat wajah Salini yang penuh api permusuhan. Wajah yang dilihatnya sebelum dia menjadi penghuni bilik yang penuh kegelapan ini.

Sepulangan dari kerja dia melihat Udin dibilik sewa mereka. Malam itu penuh sunyi. Penghuni lain sibuk di dunia keji mereka yang penuh noda. Melakukan sesuatu yang dihalalkan oleh diri mereka. Namun hakikatnya haram disisi agama.

Udin yang tanpa berpakaian terus menarik Sakinah masuk. Sakinah menjerit dan meronta. Namun tiada siapa yang peduli. Tiba-tiba salini muncul dengan dendam yang jelas terpancar dari sinar matanya. Salini keluar dari bilik mandi dengan pisau ditangannya. Salini meluru ke arah Udin dan cuba menikamnya namun Udin Berjaya menepisnya. Pisau ditangan Salini terpelanting.

Pantas Udin mengambil pisau itu dan mahu ditusuknya ke badan Salini. Namun tusukan itu terkena ke kepala Sakinah. Darah merah mengalir pekat dari sekujur tubuh insan berhati mulia itu. Pisau itu terperosok hampir menembusi tengkorok kepalanya. Di situlah berakhirnya cahaya kehidupan Sakinah. Kini hidupnya diliputi kegelapan.

Sakinah berjaya menyelamatkan Salini dari menjadi mangsa kekejaman. Namun untuk hari yang ke 80 ini dia tidak pasti berbaloikah pengorbanannya?

Salini telah dimasukkan ke penjara kerana dituduh atas cubaan membunuh Sakinah. Salini akhirnya pergi dulu darinya. Salini membunuh diri di dalam tembok batu berjerigi besi itu. Satu lagi dosa paling besar yang dilakukan Salini. Seorang mangsa keadaan dan insan yang diselimuti kejahilan. Lelaki durjana itu pula terus bebas meneruskan kehidupan jahil mereka. Lelaki yang pernah menjadi mangsa Salini juga telah berubah menjadi lelaki durjana. Tujuan yang sama mahu menuntut pembalasan dari sebuah dendam yang tiada noktahnya.

Sakratul maut kian menghampirinya. Ibunya tetap disisinya. Begitulah kasihnya seorang ibu. Sakinah tidak dapat melawan takdir. Kini dia hanya menunggu untuk dijemput Malaikat Maut. Dijemput untuk ke alam yang mana dosa-dosanya akan dihitung. Alam yang akan dihuni manusia-manusia jahil itu juga. Mereka yang tidak pernah terdetik keinsafan dihati. Alam itu kian menghampiri Sakinah. Dia redha jika hari yang ke 80 ini akan menjadi penamat riwayatnya. Meninggalkan kehidupan gelapnya di wad yang berdindingkan batu pejal dan keras itu.
posted by Penulisan2u @ 3:20 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:
  • At 9/2/09 2:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tragisnya... citer btul ke skadar rekaan je?

     

  • At 9/2/09 4:20 PTG, Blogger [syarimoney] said…

    begini sajakah kesudahan cerita ni?????
    hurmmmm so sad =(

     

  • At 10/2/09 12:03 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tq 4 the comments.20% jer citer benar yg lain hanya imaginasi bdsrkan realiti dunia skrg.pengakhiran dibuat begitu krn itulah hakikat sbnr khdpn.mnusia masih leka dosa2 yg tiada noktahnya.harap dpt berikan sokongan tuk sy trs berkarya.ielazarila

     

  • At 10/2/09 7:52 PTG, Blogger noorhayaty85 said…

    cite ni byk pgjrn..wlopun agak mendatar mmg sdh..knp org yg bersalah tidak di hukum..di manakah keadilan di dunai? ape2 pun tahniah penulis..he3...

     

  • At 10/2/09 10:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    great story..!

     

  • At 12/2/09 3:25 PTG, Blogger LeaQistina said…

    cerita yang hebat dan penuh dengan pengajaran.. semoga kita dpt sesuatu drpd cerita ini..

    ~LeaQistina

     

  • At 15/2/09 5:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    dahsyat........kehidupan kejam yang memakan diri sendiri.

     

  • At 20/2/09 11:26 PTG, Blogger Asrul aka YaGaMi LaiTo said…

    assalamualaikum...

    satu jalan cerita yang baik kerana memaikan perasaan dan emosi pembaca. pada masa yang sama membuatkan pembaca ternanti-nanti akan kesudahan ceritanya. walau bagaimanapun, cerpen yang baik dan lebih berkesan perlulah mempunya dialogi perbualan antara watak. jikalau ada, tandakan ia dengan penggunan pembuka dan penutup kata (")penulis hanya menjadi hasil penulisan ini pasif dan terhad. saya suka cerita ini. terima kasih

     

  • At 15/5/12 3:25 PG, Anonymous Nurul Akma said…

    cte y bgus..byk moral value y boley kte amik kat dlm cte niy..Thniah kpd pnulis cerpen niy,,truskn usaha anda...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group