Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sofea tergesa-gesa mengemaskan katilnya. Cadar dilipat kemas. Dia mencapai failnya dan laju kakinya melangkah menuruni anak tangga. Matilah, dia terlewat hari ini. Kasihan Airil. Tutorial account Airil ada padanya. Sudahlah tutorial itu perlu dihantar hari ini juga pada waktu kelas. Alahai, macam mana dia boleh terlajak tidur pun dia tidak pasti. Sedangkan kedua-dua handsetnya sudah di set alarm. Bukan handsetnya sahaja, juga handset roomatenya. Namun masih tidak berjaya mengejutkan dia dari lena yang dibuai mimpi indah. Sofea menatap jam ditangan. 8.30 am. Confrim memang sudah tiada bas. Apalagi, terpaksalah dia menapak. Perjalanan menuju ke kelas yang mengambil masa lima minit tentunya akan memakan masa yang lama kalau dia Cuma berjalan kaki. Apatah lagi kelasnya di bawah bukit sana berhampiran dengan pintu masuk. Mahu sahaja dia meng i-jet tapi macam tiada kereta yang lalu menuju ke sana. I-jet, sebenarnya hitch a ride tapi entah kenapa dia terbiasa menggunakan perkataan i-jet. Biarpun beberapa kali ditegur oleh lecturer bahasa inggerisnya. Ah, alah bisa tegal biasa. Pinnnnnnn……..Hampir luruh jantung Sofea mendengar hon yang entah dari siapa itu. Sakitnya hati mendengar jeritan hon itu. Sudahlah dia sudah terlambat. Dia menoleh. Sebuah My V merah seolah-olah menunggu dia masuk. Dia membuka pintu kereta lalu duduk di sebelah Airil. Dia menghadiahkan sebuah senyuman buat Airil. "Thanks, Airil. Mujur ada kau. Kalau nda ada tu yang bermandi peluh di kelas nanti. Ei..nda mau la." Airil ketawa mendengar kata-kata Sofea. Biarpun bukan Sabahan tetapi Sofea petah bercakap Sabah, Hilang terus semenanjungnya, Bah, boleh jadi orang Sabah sudah. "Lama aku tunggu kau tadi. But I have no credit to make a call.’ "Alahai…sorry sayang. Hehe.’’ Sofea memohon maaf tapi masih sempat bergurau. Airil hanya mengangkat keningnya mendengar perkataan sayang yang keluar dari ulas bibir Sofea. Sofea ketawa melihat gelagat Airil. Lepas dan agak kuat. "Thanks ya, Ril Kasihan kau." Rasa bersalah tiba-tiba menyelinap dalam diri Sofea. Salahnya, namun tentu Airil juga akan dimarah kerana lambat. "Well, kan aku dah janji dengan kau, Pia. Lagipun ni kelas Mr Azlan. Nanti pacah rahsia kita…kasihan kau." Airil ketawa sendiri apabila melihat Sofea sudah menarik muka. Jelas sekali dia tidak suka dengan Mr Azlan.
Pukul 8.40am. Bermakna mereka telah terlewat selama 40 minit. Sofea mengetuk dan mereka sama-sama masuk ke dalam kelas. Pembelajaran terberhenti. Semua mata memandang kea rah mereka. Tidak ketinggalan, renungan tajam dari Mr Azlan. "Airil, why you are late ?" Pensyarah muda berbaju biru lembut itu bertanya. Tegas suaranya. "Sorry, sir. Im…." Belumpun sempat Airil menghabiskan ayatnya Sofea terus menyampuk. "Sorry Sir. Im overslept and Airil wait for me." Membulat mata Mr Azalan mendengar kata-kata yang keluar dari ulas bibir Sofea. "Alasan…." Keadaan kelas terus sunyi. Masing-masing takut untuk bersuara bimbang kemarahan Mr Azlan beralih kepada mereka pula. "Last chance for you guys. Have a seat now." Kata-kata yang merupakan arahan itu dipatuhi oleh Sofea dan Airil. Serentak mereka duduk di kerus yang masih belum berpenghuni. Bersebelahan.
"Ril this is for you.’ Sofea menghulurkan sekeping coklat. Airil menyambutnya dengan senyuman. "Thanks. Apa mimpi ?" Tanya AIril kepada Sofea. "Tanda maaf. Kasihan kau kena marah sebab aku. Mr Azlan tu….eiii sakitnya hatiku. Bikin bacat jak perangainya tu." Sofea tidak dapat menahan geramnya lagi. Dia tidak begitu senang dengan perangai pensyarah muda itu. "Don’t worry….Kau tidak sendiri. Kau kan ada aku. Tentu dia nda berani mengusik kau lagi." Airil memujuk. Cuba menenangkan Sofea. Sofea mengangguk lalu tersenyum. Manis. Benar kata Airil selagi ada Airil disampingnya Mr Azlan tidak akan mengganggunya lagi. Sebelum ini, sebelum ada Airil rimas rasanya. Penat menolak, pensayarah muda itu seolah-olah tidak mahu faham. Alasannya mudah, dia belum berpunya dan peluang untuk lecturer muda itu untuk terus mencuba terbuka luas. Sejak hubungannya dengan Airil, Mr Azlan seolah-olah sudah faham. Namun kasihan juga pada Airil kerana kadang-kadang Airil dimarah dan diperli. Langsung tidak professional. Dia yang melakukan kesilapan Airil yang menerima habuannya. Alasannya ? Tiada alasan. Sengaja mahu membalas dendam barangkali.
"Eiiiih….nda ku faham." Airil termenung mendengar rungutan Sofea. Sudah 2 kali dia menerangkan kepada Sofea namun Sofea langsung tidak menunjukkan tanda yang dia faham dengan penerangan Airil. "Ril….sorry. Aku betul-betul nda faham." Wajah Sofea dirundung sedih. Kenapalah dia bengap sangat. Kasihan Airil. Penat menerangkan kepadanya tetapi langsung tidak difahaminya. Airil cuma diam. Kasihan pula dia melihat wajah sedih Sofea. Dia masih berfikir macam mana cara yang paling mudah untuk difahami Sofea. Akhirnya dia mencapai sebatang pen dan melakar sesuatu di sekeping kertas. Sofea tersenyum melihat lakaran Airil. Dia sudah faham. Tidak perlu lagi Airil memberi penerangan kepadanya. Dia mencapai kertas yang dilakar Airil lalu menerangkannya kepada Airil. Airil mengangguk. Tersenyum puas kerana Berjaya membuatkan Sofea faham. Kagum dia dengan sikap Sofea, walaupun agak lemah dalam pelajaran namun gadis itu tidak mudah berputus asa. Keputusan examnya cemerlang. Setiap semester mendapat Anugerah Dekan. Dia tahu bukan mudah untuk Sofea mendapatkannya kerana dia sendiri melihat bagaimana Sofea belajar. Beberapa kali diberi penerangan masih belum faham. Namun itu bukan alasan untuk dia gagal. "La….senang jak pun rupanya." Sofea ketawa. Senang hatinya apabila sudah memahami. Mudahlah baginya untuk mengingatinya. Nanti giliran dia pula mengingatkan dan menerangkan kepada Airil kerana Airil cepat lupa. Tetapi lelaki itu cepat faham. Sofea hanya perlu menyebut kata kunci atau memberi sedikit klu. Airil akan tersenyum dan mengangguk lalu menyambung penerangan Sofea. "Tau tak pe. Tapi nak exam nanti, terpaksalah kau refresh aku balik, ya." "Ok bos. Ditanggung beres." Mereka berdua ketawa gembira tanpa menyedari ada mata yang memandang penuh cemburu.
"Replacement class, cuti nanti ?" Sofea mengerutkan dahinya membaca notis di whiteboard tulisan tangan Mr Azlan. Agak kemas tulisannya. Mr Azlan yang terdengar rungutan Sofea mengangkat wajahnya memandang kea rah Sofea. "Any problems ?’ tanyanya. "Er…hm…" "Nanti kita adjust." Airil berbisik kepada Sofea. Sofea memandang Airil seolah-olah tidak setuju dengan cadangan Airil. "If you think your plan is more important than my class. Its up to you." "Erm…no sir. It’s okay," perlahan Sofea berkata. Namun jelas raut kecewa di wajahnya. Sinis senyuman dari Mr Azlan.
"Bencinya!" Airil menoleh kea rah Sofea yang berada disebelahnya. Dia lalu memasang lagu kegemaran Sofea. Sofea tersenyum mendengar lagu kegemarannya. Dia memandang kea rah Airil. "Thanks." Sepatah perkataan terkeluar dari ulas bibirnya. Sofea menyanyi mengikut rentak lagu. Langsung tidak dipedulikan Airil yang sedang memandu. Dia asyik dengan lagunya. Tenggelam dalam nyanyiannya sendiri walaupun agak sumbang.namun itulah caranya untuk membuang perasaan benci atau geram. "Jadi sekarang macammana?" Sofea bertanya. "Kau okey sudah ka ?" Airil bertanya kembali. Sofea hanya mengangguk. "Bha, Ahad kita jalan." Airil membuat keputusan. "Kereta ? Dorang Kak Luna macam mana ?" "Dont worry sayang. I will discussed with my sister. Nda pun kita naik bas jak la." Airil mengusik. "Bas ? Bah….boleh. yang penting kita sampai di Poring ya. Okey ?" Airil ketawa. Wah….semangat betul Sofea mahu ke Poring.
"Pia…sorry. Akak tak dapat ikut you all pergi Poring. Ada meeting besok." "Oh….Kalau Ahad macam mana ?" "Ahad ? Ahad boleh lah." "Bha, kami pun memang jalan Ahad nanti. Tiba-tiba jak Mr Azlan buat replacement class ni." "Bah….kalau gitu boleh lah akak ikut." "Ya….akak dengan abang Halim kan ?" Luna mengangguk. Mengiyakan kata-kata Sofea. "Jam 6 ya, kita jalan." Sofea mengingatkan. Girang hatinya dapat pergi ke Poring. Mungkin ini adalah tempat terakhir lawatannya semasa dia di Sabah. Boleh dikatakan semua tempat dia sudah pergi kecuali Poring. Entah kenapa, dia seolah-olah tidak berminat ke situ. Padahal Poring la salah satu attraction yang agak dekat dengan Kota Kinabalu. Mungkin dia terlalu asyik mahu berjalan ke tempat yang jauh sehingga melupakan tempat yang dekat. Dia tersenyum sendiri.
Sofea, Luna, dan Liyana sudah siap menunggu di bus stand. Masing-masing kelihatan gembira dan tidak sabar untuk memulakan perjalanan pada hari ini. Keceriaan terbayang di wajah masing-masing. Sementara menunggu Airil, sempat mereka bergambar kenangan bersama-sama. Setengah jam menunggu, namun orang yang ditunggu tidak muncul-muncul. Berkali-kali Sofea menelefon namun sayangnya panggilannya langsung tidak berjawap. "Mujurlah kunci kereta denga Airil. Kalau nda, kena tinggal sudah dia tu." Kata-kata Sofea disambut dengan ketawa yang lain. Luna pula sibuk menghubungi Halim. Hampa. Halim juga tidak menjawab telefon. Tiada pilihan, Luna terpaksa menelefon Zakuan dan memintanya mengejutkan Airil Mujur sahaja dia tahu nombor telefon Zakuan dan Zakuan tidak berat hati untuk membantunya. Setengah jam kemudia Airil muncul dengan my v nya. Di sebelahnya Halim bertshirt hitam putih. Mata mereka merah menandakan kedua-duanya tidak cukup tidur. "Sorry." Mata Sofea sudah membulat memandang kea rah Airil menandakan dia marah. Geram. Sudah tahu mahu berjalan jauh, masih lagi tidur lewat. Apa sahaja yang dibuatnya di bilik. Sofea masuk ke dalam kereta diikuti Luna dan Liyana. "Nah…." Airil menghulurkan sekeping coklat buat Sofea. Sofea tersenyum. Hilang marahnya melihat coklat di tangan Airil. "Wah….pandai Airil mengampu ya." Luna mengusik. Liyana dan Halim sudah tersenyum-senyum melihat mereka berdua. Siapa yang tidak kenal Airil dan Sofea. Pasangan yang paling famous di ipta mereka. Apakan tidak, selalu sahaja mereka dilihat bersama-sama. Makan, minum, belajar semuanya dilakukan bersama-sama. Mujur sahaja tidak tidur bersama. "Tidak la kak. Pia ni bukannya pandai marah lama-lama pun. Sekejap jak tu. Dapat coklat terus cair." "Amboi, Airil. Mengutuk Nampak. Kau pun sama ya. Dibagi coklat, cair juga." Sofea bersuara. Mana boleh. Suka-suka hati Airil sahaja membongkarkan rahsianya. "Aku nda cair. Sudah orang bagi, jadi apalagi. Ambil saja la. Kan kak Luna." Sengaja Airil tidak mahu kalah. "Iyalah tu sangat. Bohong lagi. Nda mau la aku cakap dengan kau lagi." Airil ketawa kuat mendengar rajukan Sofea. "Kak……ada coklat lagi ka ? Abis sudah saya punya coklat ni. Adui…macam mana ni. Merajuk pula ni budak." Luna, Liyana dan Halim sudah ketawa. Sofea menarik muka. Geram dia dengan Airil,
Mereka berhenti di satu kawasan. Sofea tidak pasti apa nama tempat itu. Tapi yang pastinya dari tempat mereka berhenti jelas kelihatan gunung kinabalu tersergam gagah. Indah dan mengasyikkan. Lama Sofea merenung kea rah gunung itu. Mungkin ini kali terakhir dia melihat di depan matanya gunung kinabalu. Entah bila dia akan berkunjung ke Sabah lagi tidaklah diketahui. "Berangan…." Airil menepuk bahu Sofea. Dia menunjukkan gambar Sofea yang di candidnya. Lucu wajahnya tika itu. Sofea tertawa melihat wajahnya sendiri. "Mari aku gambar kau berlatar belakang gunung kinabalu tu. Mau ?" "Mau…." Sofea berdiri membelakangkan gunung kinabalu. Manis senyuman terukir di bibirnya. Ceria wajahnya tika itu. "Airil….aku pun mau." Tiba-tiba sahaja Liyana menjerit. Dia yang sedari tadi mengacau pasangan Luna dan Halim kini mengacau pula Sofea dan Airil. Kasihan, dia tiada teman. Sendiri sahaja sedang Sofea dan Luna berpasangan. Tetapi dia tidak kisah. Orangnya pula yang jenis peramah dan ceria. Jadi tiada masalah untuk meyesuaikan diri. Liyana meletakkan tangannya di bahu Sofea. Dia melihat ke satu arah. Sofea pula memadang Liyana dengan kening terangkat. Airil senyum melihat posisi mereka. Dia lalu menagkap gambar mereka berdua. Cantik. Memang dua-dua pandai bergaya. "Ril, sama-sama kita gambar." Halim menepuk bahu Airil. "Orait. Aku kira 1, 2 ,3 kita lompat dan kita suruh orang ambil gambar time kita lompat." Mereka mengangguk setuju mendengar arahan Airil. Airil memanggil seorang pemuda yang berada di situ dan meminta bantuannya untuk menangkap gambar mereka. "1,2,3….." Semua melompat dan gambar diambil. "Wow….cantik…." Sofea terjerit melihat gambar yang ditangkap. "Siapa yang paling cantik ?" Tanya Airil. Sengaja mahu mengusik Sofea. "Pia la….hahahahah." Airil tertawa kuat mendengar kata-kata Sofea.
Beberapa jam kemudian mereka tiba di Poring. Memandangkan hari itu adalah hari minggu, agak ramai pengunjung yang berkunjung ke situ. "So, kita nak mandi kat mana ?" Liyana bertanya. "Kita nak pergi Air Terjun Langanan ni." Sofea menjawab. "Really ?" Sofea mengangguk. "Ala….korang tak bagitahu." "Kenapa Liya ?" Sofea bertanya. "Tengok selipar Liya ?" Liyana menunjukkan kearah seliparnya. Sofea tersenyum melihat selipar yang dipakai Liyana. Halim, Airil dan Luna sudah tersenyum-senyum terdengar perbualan antara Liyana dan Sofea. "Kenapa Liya pakai heels ? Liya ni….Adui….so macam mana ni ?" Sofea bertanya. "Bha, dalam kereta tu macam ada kasut. Liya pakailah." Airil member cadangan. "Airil ?" "Aku pakai selipar jak." "Betul bah ?" Liyana rasa serba salah untuk menerima cadangan Airil. Kasihan pula dia dengan Airil yang terpaksa memakai selipar. "Iya bah….okey juga tu. Jangan la kau risau. Airil bah ini." Liyana ketawa mendengar kata-kata Airil.
Perjalanan menuju ke Air Terjun Langganan agak memakan masa. Mereka terpaksa meredah dua buah anak sungai. Keadaan agak bahaya kalau hujan kerana air sungai akan naik dan menyebabkan mereka tidak dapat merentasi sungai itu. Airil berjalan di paling hadapan mengetuai kawan-kawannya, diikuti Sofea, Liyana, Luna dan Halim. "Pia, kau okey ?" Sofea mengangguk. Dia tidak banyak bercakap. Keletihan mendaki menghalang dia untuk bercakap banyak. Berhati-hati dia melangkah bimbang tersungkur. Liyana agak jauh dibelakang bersama Halim dan Luna. "Ril…..di tanganmu. Ada pacat." Pantas Airil melihat kea rah tangannya. Dia menjentik pacat itu.Mujur sahaja pacat itu belum menghisap darah jadi pacat itu terus sahaja terpelanting. Sofea ketawa melihat aksi Airil. "Ril….kau cakap kau biasa juga masuk hutan. Tapi, kau macam takut jak dengan pacat." Sofea ketawa lagi. "Aku bukan takut. Tapi aku nda suka." Sofea ketawa lagi mendengar jawapan Airil. Bukan takut tapi nda suka. Siapa juga suka dengan pacat. Hahahaha. Sofea ketawa lagi. "Pia….jangan terlampau ketawa. Kita ni di hutan." Airil mengingatkan. "Ops…." Sofea menutup mulutnya dengan tangan. Dia tersengih memandang kea rah Airil. Kini giliran Airil pula tersenyum-senyum melihat ke arahnya. "Kau penat ?" Airil bertanya. Sofea geleng. Dia masih boleh berjalan. Dia sudah tidak sabar untuk sampai ke Air Terjun Langanan. Tidak sabar mahu melihat keindahan air terjun itu. Airil Cuma menggeleng kepalanya melihat sikap Sofea. Tidak mahu mengalah. Baguslah. "Pia, kau okey ?" Airil bertanya lagi selepas setengah jam perjalanan mereka. Sofea tersenyum dan mengangguk. Mereka meneruskan perjalanan. Agak jauh mereka meninggalkan Halim, Liyana dan Luna di belakang. "Ril….minta air." Sofea meminta air setelah hamper satu jam mereka berjalan. Airil menghulurkan sebotol air kepada Sofea. "Kenapa tiada bunyi air terjun pun. Jauh lagi ka ?" Sofea bertanya. Hairan juga, sepanjang perjalanan mereka dia langsung tidak melihat sungai. Cuma dua buah sungai yang telah mereka rentasi. Cuma itu. "Jauh lagi bha ni sayang. Kau penat sudah ka ? Bah, kalau kau penat kita rest dulu." "Ndak. Aku okey. Jalan kita." Sofea menjawab. Padahal dia sudah bermandi peluh. Wajahnya juga sudah kemerahan. "Mari begmu. Aku pegang." Sofea tidak lagi menolak. Dia menghulurkan beg sandangnya kepada Airil. Airil mengambil beg Sofea dan menggalasnya. Alahai macam kasihan pula dia dengan Airil. Dua beg terpaksa digalas Airil. Nyata Airil memang gentleman. Dia senyum sendiri dengan fikiran nakalnya.
"Pia kau dengar ka ?" Airil bertanya. Sofea tersenyum dan mengangguk. "Nda jauh sudah kan." Sofea berkata. Hatinya melonjak girang. Kesabarannya sudah menipis. Lima belas minit kemudian, air terjun Langganan di depan mata mereka. Indah. Memang indah. Terlalu indah. Tidak dapat digambarkan denggan kata-kata. Tinggi dan lebar. Di tegah-tengahnya pula seolah-olah terbelah dua. Cantik. Sofea tersenyum puas. Dirinya terasa segar kembali. Airil sudah pun masuk ke dalam air. Menggigil dia kesejukan. Sofea tidak melepaskan peluang menangkap gambar Airil yang keseronokan. "Pia, mari mandi." Sofea menggeleng. "Mari, bha…," "Nantilah tunggu dorang Kak Luna dulu." Sofea menjawab.
Setengah jam kemudian Luna, Liyana dan Halim sampai. Masing-masing masih lagi kepenatan. Tapi riak kegembiraan dan keceriaan jelas terpancar di wajah masing-masing. Halim tidak melepaskan peluang. Terus sahaja dia terjun ke dalam sungai. Tapi sekejap sahaja dia naik kembali. Kesejukan rupanya. Gelagatnya membuatkan mereka tertawa. "Pia…duduk di sana. Airil gambar." Airil menunjuk kea rah air terjun. "Bha okey." Sofea setuju dengan cadangan Airil. Mandi di bawah terjunan air terjun. Entah bagaimanalah rasanya. "Tapi…sakit nda ?" Dia bertanya sebelum melangkah kea rah tempat yang ditunjukkan Airil. "Tidak bah…pergilah. Mari, sama-sama kita." Airil menarik tangan Sofea. Sofea yang terkejut dengan tindakan Airil terus memandang kea rah Airil. "Opss…sorry." Airil terus melepaskan tangan Sofea. Terlupa. Sofea tidak suka diperlakukan begitu. Berhati-hati Sofea melangkah mengikut langkahan Airil di depannya. Sofea berdiri di atas sebuah batu. Agak lama. Berfikir macam mana mahu meneruskan langkah. Airil yang menyedari Sofea tertinggal di belakang kembali melangkah menghampiri Sofea. Dia menghulurkan tangannya. Agak lama barulah Sofea menyambut itupun apabila sudah tidak tahu di mana dia harus memijak dan bertahan. Erat tangan Airil memengang pergelangan tangan Sofea. Risau Sofea jatuh. Sofea memilih batu yang boleh didudukinya. Bestnya. Hilang semua masalah apabila air terjun menimpa dirinya. Segar. Gambarnya bersama Airil di tangkap Halim. Sofea memejamkan matanya. Syoknya…. Airil mencubit pipi Sofea membuatkan Sofea terkejut. "Airillllllllllllllllll……………..jahat." Airil ketawa melihat Sofea yang mula marah. Dia tahu marah Sofea tidak lama. "Sorry, sayang. Pia terlampau cute bha tadi. Hahahaha." Cepat-cepat Airil meninggalkan Sofea di situ. Takut Sofea mencubitnya kembali. Sofea yang kegeraman menyimbah air kea rah Airil. "Sejukkkkk…" "Padan muka……..wekkkkkkkkk……" Kemesraan jelas terlihat diantara mereka.
Liyana dan Luna sibuk bergambar. Macam-macam aksi dilakukan mereka. Halim pula sibuk mengacau dengan menyimbah air kea rah Liyana dan Luna. Luna duduk di atas batu sambil kakinya berlunjur ke dalam sungai. Ala-ala puteri zaman dahulu gayanya. Liyana berdiri di atas sebuah batu yang agak jauh untuk menangkap gambar Luna. "Jauhnya tu Liya…." Halim menegur. "Dekat sikit bah….." Liyana tersengih mendengar teguran Halim. Dia melangkah sedikit ke hadapan. Batu yang agak licin menyebabkan dia tergelincir lalu jatuh. Halim yang melihat keadaan itu terus mendapatkan Liyana. Luna yang terkejut dengan keadaan itu terus bangun dan menghampiri Liyana. "Liya…..kau okey ka ?" Wajah Liyana berkerut menahan sakit. "Alahai.....sorry Liya." Airil dan Sofea yang melihat Halim, Liyana dan Luna berkumpul menghampiri mereka. "Hey, kenapa ni ?" Airil bertanya. "Liya jatuh…" Luna menjawab. Airil membelek-belek kaki Liyana. Kaki Liyana kelihatan bengkak. "Kau boleh berjalan ka ni ?" "Nda tau." "Cuba." Liyana cuba menggerakkan kakinya. "Ouch….sakit. Macam nda dapat bha." "Pia tolong ambilkan minyak." Sofea mengangguk lalu pergi mengambil minyak di dalam beg Airil. Mujur sahaja Airil jenis yang suka membawa minyak. Airil cuba mengurut kaki Liyana. Kemahiran mengurut yang ada padanya nyata tidak sia-sia. Boleh juga digunakan pada waktu genting begini. Payah juga kalau Liyana tidak boleh berjalan. Macam mana mahu turun. Sudahlah jauh. "Macam mana sekarang ?" Airil bertanya. Liyana cuba menggerak-gerakkan kakinya, Dia mengangguk perlahan. "Bolehlah. Nda kan mau minta kamu dukung aku." Sempat Liyana berlucu menyebabkan mereka tertawa.
"Liya….kalau kau sakit. Kasitau jak ya. Jangan kau laju-laju. Pelan-pelan jak kita jalan." Liyana mengangguk mendengarkan kata-kata Airil. Kini perhatian Airil lebih kepada Liyana. Beg sandang Liyana digalas oleh Sofea. Mujurlah begnya tidak terlampau berat. Mereka berjalan berhati-hati meninggalkan air terjun Langganan. Kegembiraan berukar musibah. Apa boleh buat. Tapi itu adalah kenangan yang paling manis buat Sofea. "Pia…sorry ya…." Liyana memohon maaf kepada Sofea. Kasihan pula dia melihat Sofea terpaksa menggalas begnya. Sofea tersenyum. "Okey bha. Nda juga berat begmu ni." Di sebabkan kaki Liyana yang sakit, perjalanan mereka turun ke bawah mengambil masa yang agak lama. Luna dan Sofea bergilir-gilir menggalas beg Liyana.
Sampai sahaja di kolam air panas, Halim dan Airil berendam di kolam air panas. Sofea, Luna dan Liyana hanya merendam kaki masing-masing ke dalam kolam. "Liya…..pacat." Liyana terjerit mendengar kata-kata Airil. Dia kegelian. "Ril…..tolongggggggggg………" Airil lalu membuaung pacat di kaki Liyana. Sofea hanya melihat peristiwa yang berlaku di hadapannya. Tadi ada juga pacat di kakinya tetapi dia membuangnya sendiri. Entah kenapa, jauh di sudut hati ada sedikit cemburu melihat keperihatinan Airil terhadap Liyana. Benci seolah-olah mahu berputik di hatinya. Cepat-cepat dia membuang perasaan itu. Kenapa dia harus membenci Liyana. Airil Cuma membantu. Lagipun dia dan Airil bukan betul-betul bercinta. Cinta mereka cinta palsu. Dan mereka Berjaya. Berjaya melakonkan watak masing-masing sehingga semua orang menyangkakan mereka pasangan kekasih.
Dalam perjalanan pulang, mereka singgah di Kundasang. Sayuran, buah-buahan juga bunga-bungaan di sini segar. "Liya kau mau turun ?" Airil bertanya Liyana. Sofea di sebelah Liyana hanya diam. Dia langsung tidak ditanya Airil adakah mahu rurun atau tidak. Sakitnya hati. Rasa seolah-olah dipinggirkan. Halim dan Luna sudah sama-sama berjalan ke arah gerai mencari makanan yang mereka mahukan. "Nda la. Macam mana mau turun. Kakiku masih belum okey betul" Liyana menjawab. "Kalau kau mahu turun aku boleh tolong." Seperti di Poring tadi, Airil masih lagi menghulurkan pertolongan membuatkan Sofea semakin geram. "Nda la. Pia kau nda mau turun ka ?" Liyana bertanya pula kepada Sofea di sebelahnya. "Airil…kau mau turun ?" Sofea bertanya Airil. "Kalau aku turun, kau nda boleh turun, Pia." "Kenapa ?" "Kalau kita berdua turun, siapa yang mahu jaga Liya." Argggggggggh…lagi-lagi Liya. Liya, Liya, Liya. Bencinya. "Nda lah aku turun. Di sini jak lah aku jaga Liya." Perlahan Sofea menjawab. Cuba menjaga nada suaranya agar tidak ketara perasaan tidak senangnya kepada Liyana. Ariil diam mendengar jawapan Sofea, Dia seolah-olah baru tersedar Sofea sedang memendam rasa. Tanpa sepatah kata, dia turun dari kereta menuju ke arah gerai-gerai yang ada di situ.
Sofea asyik membelek novel I atas sebauh rak di Eatons. Langsung tidak menghiraukan orang sekeliling. Asyik melangkah dari satu rak ke satu rak yang lain, mencari novel yang sesuai untuk dibeli. Dia terlanggar seorang. "Opsss…Sorry." Pantas sahaja perkataan maaf keluar dari ulas bibirnya. Salah sendiri. Siapa suruh semangat memilih sampai terlanggar orang. Lelaki yang dilanggarnya menoleh kea rah Sofea. Lelaki itu tersenyum. Memang hensem tapi Sofea langsung tidak tertarik. Malah berasa menyesal kerana terlampau ralit dia terlanggar lelaki itu. Argh…. "It’s okey. Kamu sendiri jak ? Mana Airil ?" Sofea tersenyum. Kelat. "Err…Airil…di toilet." Lelaki itu Cuma mengangguk mendengar kata-kata Sofea. Dia masih lagi di hadapan Sofea namun Sofea hanya membisu. Agak lama. "Sorry sir. I have to go now." Sofea melangkah laju. Meninggalkan lelaki itu sendiri di situ. Biar dikatakan biadab. Apa boleh buat. Nanti makin melarat jadinya. Ei…nda la dia mau begitu. Sofea membeli sekeping tiket wayang. Dia tidak tahu ke mana harus kakinya melangkah dan mengambil keputusan untuk menonton wayang. Tak kisah walaupun sendiri. Dia menonton cerita komedi. Dia mahu ketawa sepuas-puasnya. Biar hilang sakit di hati. Biar lerai segala masalah. Biar terbang segala tensionnya. Hari ini dia mahu enjoy. Hampir seminggu dia tidak dapat concentrate pada pelajarannya. Bodoh, hanya kerana Airil dia jadi sampai begitu. Dia mahu pulang ke asrama dengan Sofea yang dulu. Girang dan bersemangat belajar. Ya….dia perlu kembalikan semua semangatnya. Takkan hanya peristiwa di Poring dia terus hilang semangat. Movie yang di tonton memang seronok. Enjoy dia menontonnya. Sepanjang perjalanan cerita itu dia asyik ketawa. Ketawa, ketawa dan terus ketawa. Dia benar-benar mahu membuang segala sakit hati, tension dan masalahnya. Malas dia berterusan begitu. Sofea keluar dari panggung wayang dengan wajah yang ceria. Tidak seperti sebelum ini wajahnya macam tidak berperasaan. Langsung tiada secalit senyuman pun pada wajahnya. Kalau sebelum ini rajin dia senyum, tapi tidak hari ini. Tapi selepas sahaja membuang kisah dukanya di dalam panggung, dia sudah boleh tersenyum kembali. "Hai, Sofea." Membulat mata Sofea mendengar suara yang amat dikenalinya. "Tak baik bohong tau. Takkanlah lama Airil di tandas." Sofea cuba tersenyum. Tapi nyata senyumannya hambar. Jelas sekali dia memang tidak pandai menipu atau lelaki itu yang lebih cekap darinya. Mengekori kemana sahaja dia pergi. Dia menjadi rimas dengan lelaki itu. "Tak bagus perempuan keluar sendiri. Biar saya hantar awak." "Tapi sir…." "You are my student. Saya risau kalau awak pulang sendiri. Macam-macam boleh berlaku." Sofea tiada pilihan. Benar. Memang bahaya berjalan sendiri. Tapi macam mana juga, dia perlukan masa untuk bersendiri. Sebelum dia dapat menerima Airil kembali seperti waktu dulu-dulu. Sofea mengikut langkah kaki Mr Azlan. Mereka berjalan beriringan. Namun Sofea hanya mendiamkan diri. Risau juga dia kalau mereka dilihat oleh pelajar-pelajar Mr Azlan. Mahu kecoh satu kampus nanti. Matilah. Mr Azlan membukakan pintu kereta kepada Sofea. Memang gentleman. Tapi Sofea merasa semakin meluat dengan gelagat pensyarah muda itu. Hairan dia macam manalah orang yang perangainya seperti Mr Azlan tu boleh menjadi seorang pensyarah. Sudahlah tak professional, tak matang lagi. Baginyalah. Bagi orang lain dia tidak tahu. "Kita makan dulu di , ya. Bolehkan ?" mengangguk tidak menolak pun tidak.Ikut sahajalah. Mr Azlan memarkir keretanya di perkarangan Nexus Karambunai. Sofea langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Padahal dalam hatinya rasa sedikit bangga kerana berpeluang juga merasai dinner di Nuxus Karambunai. Five star hotel seyh. Manalah dia mampu. "Awak ada masalah ke ?" Mr Azlan membuka soalan setelah beberapa minit masing-masing mendiamkan diri di meja makan. Sofea Cuma diam. Makanan di hadapannya di makan penuh berhati-hati. "Sofea, saya bukan nak sibuk fasal awak. Tapi semua tutorial yang saya bagi minggu lepas awak tak dapat buat. Bukan macam sebelum ni. Saya tak nak awak fail. Kalau ada masalah tolong professional. Jangan campur adukkan masalah peribadi dengan pelajaran awak. Kalau awak tak boleh buat saya boleh tolong." Professional ? Tolonglah. Mahu termuntah Sofea mendengar ayat yang keluar dari bibir lecturer muda itu. Kalau ada masalah tolong professional. Jangan campur adukkan masalah peribadi dengan pelajaran awak. Mahu sahaja dia ketawa berdekah-dekah di depan Mr Azlan mendengar ayat itu. Namun niat itu hanya tersimpan nun jauh di sudut hati. Nanti apa kata dia pula. "Thanks sir. Saya akan okey lepas ni. Percayalah." Perlahan Sofea berkata. "Baguslah kalau macam tu. Jangan asyik bercinta sahaja sampai lupa dunia." Merah padam wajah Sofea mendengar nasihat yang berbisa dari Mr Azlan itu. Selepas makan, Sofea dihantar Mr Azlan balik ke asramanya.
"Kau marah aku ka sayang ?" Airil bertanya kepada Sofea setelah mereka selesai belajar bersama-sama. Sofea diam. Langsung tidak menjawab pertanyaan Airil. "Pia….aku rindu Pia yang dulu. Yang ceria. Yang mudah tertawa. Bukan Pia yang begini. Pia yang masam cemberut. Nda cantik sudah mukamu, sayang." Airil cuba menarik perhatian Sofea. Sia-sia, Sofea masih begitu. Tiada reaksi. Lama mereka berdiam diri di situ. Airil seolah-olah tidak tahu bagaimana mahu memujuk Sofea. Bukan tidak di beri coklat. Namun hanya ucapan terima kasih yang diterima. Tiada lagi senyuman manis menghias wajah Sofea. Rindu dia dengan senyuman menawan gadis itu. Sofea memang pandai menyembunyikan masalah antara mereka. Di depan kawan-kawan yang lain dia masih lagi dilayan seperti dulu. Sampai tiada orang pun yang dapat menghidu kedinginan hubungan mereka. Cuma Mr Azlan sahaja yang perasan Airil dan Sofea seperti mempunyai masalah. Itupun setelah dia terserempak dengan Sofea bersendirian Bandar Kota Kinabalu.Tutorial yang diberikan langsung tidak dapat dibuat dengan baik oleh Sofea menyebabkan lecturer muda itu semakin menyedari perubahan Sofea. Airil meninggalkan Sofea. Tanpa sepatah kata menyebabkan Sofea terkedu diperlakukan begitu. Dia semakin sedih dengan sikap Airil. Terasa Airil seperti sudah membencinya. Tanpa sedar, mutiara jernih jatuh di pipinya. Dia menangis. Agak lama dia menangis di aitu. Mujur sahaja tidak ada orang di kawasan itu. "Menangislah Pia. Buang kesedihanmu jauh-jauh." Airil menghulurkan sehelai sapu tangan buat Sofea. Sofea terkejut mendengar kata-kata Airil. Malunya bukan kepalang. Langsung tidak disedarinya gelagatnya diperhatikan Airil dari jauh. "Maafkan aku. Aku tidak berniat untuk sakitkan hatimu. Mungkin salah aku terlampau caring dengan orang lain daripada kau sendiri. Maafkan aku, ya." Airil memohon maaf. Sofea diam. Dia cuba tersenyum. Namun senyumannya hambar. Dia seolah-olah begitu sukar untuk memberi maaf kepada Airil. "Pia…ini untuk kau." Airil menghulurkan sejambak mawar buat Sofea. Sofea memandang kea rah mawar itu lama. Sudah kembang kelompak bunganya. Cantik. "Hari tu aku beli, time kita di Kundasang tu. Tapi takut tengok kau yang macam marah jak dengan aku. Aku simpankan untukmu. Sekarang aku kena bagi kau sebelum dia mati." Sofea senyum lagi. "Maafkan aku ya, Airil." Perlahan Sofea mengucap maaf. Airil tesenyum senang mendengarkan kata-kata Sofea. "Okey bha sayang. Maknanya kau sayang jugalah dengan aku kan ?" Airil mengusik. Merah wajah Sofea mendengar usikan daripada Airil.
Banyak kenangan manis antara Sofea dan Airil. Semuanya tidak mungkin dapat dilupakan. Dia tidak tahu dengan perasaannya sendiri. Ada sayang buat Airil. Tapi tidak dapat dijelaskan sayang yang bagaimana. Sayang sebagai seorang teman atau kekasih. Entahlah. Dia keliru sendiri. Ikatan janjinya dengan Airil pada waktu mula-mula mereka membina hubungan seolah-olah memakan diri. Tinggal seminggu mereka akan menghadapi final exam. Masing-masing sibuk mentelaah. Begitu juga dengan Airil dan Sofea. Tetapi tidak seperti dulu yang belajar bersama-sama. Mereka mentelaah sendiri-sendiri. Itu pinta Sofea. Airil terpaksa menerima. Dia tidak mahu memaksa. Faham benar dia dengan sikap Sofea. Walaupun dia benar-benar rindu pada gadis itu. Dia sedar, sejak kebelakangan ini Sofea seolah-olah menjauhkan diri daripadanya.Bukan tidak mahu mengejar, tapi keinginan itu ditolak ke tepi. Dia tidak akan mengganggu perasaan Sofea. Biarlah. Biarlah dia melepaskan rindu kepada Sofea dari jauh sahaja. Sofea kelihatan semakin kurus dan agak cengkung. Dia tahu Sofea terlampau kuat belajar sehingga badannya mengalami perubahan. Dia tidak ada pilihan. Mahu menasihati tapi dia tahu itu hanyalah kerja yang sia-sia. Jadi, dia hanya memantau Sofea dari jauh. Selepas final exam, Sofea tiba-tiba sahaja menelefon Airil minta dihantarkan ke airport. Airil bersetuju kerana dia amat merindui gadis itu dan dia tahu itu adalah kali terakhir dia dapat menatap wajah Sofea sebelum Sofea berangkat meninggalkan Sabah dan mungkin tidak akan kembali lagi. Perjuangan mereka telah tamat. Andai ada jodoh, mereka akan berjumpa lagi semasa graduation day di UiTM Shah Alam. Sepanjang perjalanan menuju ke airport, Sofea banyak bercerita itu dan ini. Mengimbas semua kenangan manis dan lucu sepanjang hubungan mereka. Ceria. Itu mungkin pandangan orang lain pada Sofea bukan pandangan Airil. Airil sedar dan nampak Sofea hanya berlakon. Sofea sebenarnya sedih. Bukan gembira. Sedih dengan perpisahan yang bakal berlaku antara mereka. "Airil….." Airil memandang wajah Sofea. "Pia…..Hm…." jelas kelihatan mata Sofea basah. Dia seolah menahan tangis. Sofea menarik nafasnya panjang. "Terima kasih, Ril. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi jadi kekasih Pia walaupun hanya untuk di sini. Lepas ni, kita nda kan ada apa-apa hubungan lagi kan. Kenangan dengan Ril, adalah kenangan yang paling manis dalam hidup Pia. Pia….Pia sayang Ril. Tapi….Pia ingat janji kita. Kasih kita Cuma sampai di sini. Tidak boleh lebih kerana itu janji kita. Lagipun tentu Ril tidak mahu mungkir janji kan. Terima kasih kerana banyak bantu Pia." Tiba-tiba sahaja wajah Mr Azlan muncul di mindanya. Entah kenapa benci dia dengan lelaki itu. Kerana lelaki itu yang sering mengganggu hidupnya, dia mengambil keputusan untuk meminta bantuan Airil. Bantuannya mudah. Airil hanya perlu menjadi kekasihnya sepanjang dia disini. Tamat belajar maknanya tamatlah hubungan mereka. Dan Airil bersetuju dengan permintaan itu. Airil Cuma diam mendengar kata-kata Sofea. Dia juga menyesal. Menyesal menerima cinta kontrak yang di offer oleh Sofea. Cinta mereka hanya di sini. Menyesal dia tidak membuat counter offer. Memberi tawaran baru untuk Sofea. "I love you, Pia. Tapi….kisah kita Cuma sampai di sini." Airil memegang tangan Sofea. Erat. Dan Sofea langsung tidak membantah. Mungkin faham, selepas ini tiada lagi kisah manis antara mereka. Biarlah perpisahan yang berlaku dengan cara yang paling baik. Sofea cuba untuk senyum. Hambar. Nyata dia tidak dapat memberi senyuman yang paling manis buat Airil untuk kali terakhir. "Hanya sampai di sini kisah kita." Perlahan ayat itu keluar dari ulas bibir Sofea. Sofea melangkah keluar dari kereta ditemani pandangan Airil. Airil tidak mampu untuk keluar dari kereta kerana matanya juga sudah basah.
GLOSSARY BACAT - GERAM NDA/NDAK – TIDAK
P/S : Saya bukan Sabahan. Jadi tidak berapa fasih berbahasa Sabah. Tapi saya amat suka dengan loghatnya dan cuba untuk dimasukkan ke dalam cerpen saya. Mungkin pada yang belum pernah mendengar bahasa Sabah, ayatnya boleh dikatakan agak terbalik. Tapi bila digunakan untuk perbualan, ada nadanya yang tersendiri.
ei, buring betul cite kau ini.. ayt sabahan t'balik? bukn kau ka yg t'balik? lain kali inda pyah la kau gna loghat sbh k.. paning aku m'bc.. byk betol ayt kau slh.. haha..ap2pn, ok je ar crpen kau ini.. -aku urang sabah-
opss......macam suma sabahan marah uda...sorry k.....iya mungkin pengalaman sa belum cukup untuk sa fluence betul cakap sabah....anyway thanks for all da coments....
ok je ni...best cte ye..well done ----ak pun pnh duk sbh,,4thn dh---
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ayt sabahan tdk terbaliklah its just u dont know how to do it... but good try..... chayoo...chayoo.... good luck next time...yer!