BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Februari 18, 2009
Cerpen : Hadiah Teristimewa
Nama Pena : Abg Aloha

SEORANG wanita muda melangkah turun dari sebuah bas yang berhenti di sebuah pekan kecil di Jelebu. Dia menjinjing sebuah beg kecil sambil menampakkan kakinya berjalan menyusuri lorong yang bersambung dengan deretan rumah kedai. Di pekan kecil yang terletak jauh di pedalaman itu tidak ada yang menarik perhatiannya kecuali suasananya yang tenang, udaranya yang nyaman, dikelilingnya pohon-pohon kayu yang subur menghijau. Sengaja dipilihnya daerah yang terpencil itu dengan harapan dapat mengubati jiwanya yang terluka serta melupakan kemelut hidup yang melanda dirinya. Namun dia tidak pasti apakah kedatangannya diterima dengan baik oleh penduduk tempatan atau kehadirannya bagaikan makhluk asing yang tidak disenangi. Namun walau apapun risikonya dia pasrah.

Wanita muda berpakaian seluar Jean dengan baju T tidak berlengan itu masuk ke sebuah kedai makan lalu mengambil tempat duduk. Dia memesan roti canai dan air kopi kegemarannya. Perut yang tadinya kosong kini sudahpun berisi. Dia berasa segar dan bertenaga semula. Timbul persoalan di hatinya, di manakah tempat hendak menginap?.
Dia ingin bertanya sesuatu kepada lelaki India Muslim, tuan punya kedai makanan itu. Tetapi dia membatalkan hasratnya apabila sorang pemuda yang sebaya dengannya masuk lalu duduk di meja yang sama. Dia tidak tahu kenapa pemuda itu memilih tempat itu sedangkan masih banyak meja yang kosong kerana pelanggan dalam kedai itu tidak ramai.

Ternyata kehadiran pemuda itu sama dengan kehadirannya kerana tidak siapa di situ yang pedulikannya kecuali pelayan yang datang bertanyakan menu. Mungkin pemuda itu juga orang luar. Begitu telahan wanita itu. Kalau tidak masakan tidak siapa dalam kedai itu yang menyapanya.

Pemuda itu memesan Roti Canai dengan Air Kopi. Ternyata selera mereka ada persamaannya. Dia memandang sambil tersenyum namun pemuda itu bermuka selamba sahaja. Mungkinkah ada sesuatu yang tidak kena?. Antara mereka memang tidak pernah bertemu tetapi mahal sangatkah untuk membalas senyuman?.

Namun dia hendak juga bertanyakan sesuatu kepada pemuda itu. Di manakah tempat hendak bermalam?. Di manakah tempat yang menarik untuk dilawati?. Dan banyak lagi maklumat daerah itu yang perlu diketahuinya. Namun dia membiarkan dulu pemuda itu menghabiskan makanannya. Tambahan pula dia seperti orang yang lapar menyuap makanan dan meneguk minuman tanpa menghiraukan orang lain. Atau pemuda berbadan gempal, berkulit sawo matang itu memang seorang yang pendiam.

" Nama saya Hawa," kata wanita muda itu memperkenalkan dirinya.
" Saya Adam," balas pemuda itu masih tunduk sambil mengunyah makanan.
" Saya seorang musafir. Boleh tunjukkan di mana letaknya hotel atau chalet yang sesuai untuk saya bermalam?"

Kini barulah pemuda itu mengangkat mukanya memandang tepat ke arah muka wanita di depannya. Ternyata mereka memang tidak pernah saling mengenali. Terbetik rasa simpati di hati Adam.

" Di pekan kecil ini tak ada hotel atau chalet," katanya. "Awak dari mana dan hendak ke mana?"

Wanita itu berasa keberatan untuk berterus terang kerana dia tidak mahu orang lain tahu siapa dirinya. " Rasanya tak perlu saya beritahu awak dari mana asal saya dan apa tujuan saya ke sini. Saya Cuma nak awak tunjukkan tempat yang sesuai untuk bermalam."

Ternyata pemuda bernama Adam itu berasa kurang senang mendengarnya. Dia kembali tunduk menyuap makanannya. Dia seolah ingin mengatakan, aku tidak akan menolong seorang wanita yang tinggi egonya. Melihat sikap dingin lelaki itu maka wanita bernama Hawa itu mula bersikap mesra.
" Maafkan saya kalau kata-kata saya tadi menyinggung.. Saya datang dari jauh. Di sini tidak ada sesiapa yang saya kenal. Saudara mara jauh sekali. Saudara tolong tunjukkan di mana tempat untuk saya bermalam."
" Saya dah kata tadi di sini tak ada hotel atau chalet."
" Tolonglah saudara. Saya perlukan tempat untuk bermalam.".
Pemuda itu termenung sejenak barangkali sedang memikirkan sesuatu. Kemudian dia merenung muka wanita itu seolah ingin mentafsir adakah dia boleh dipercayai?.
" Awak boleh bermalam di Masjid atau Surau. Kalau awak mahu saya boleh tolong hantarkan."
" Sampainya hati awak suruh saya tidur di masjid seorang diri."
" Selain tempat beribadat, masjid juga tempat musafir singgah bermalam."
" Saya tak berani tidur di masjid seorang diri.".
" Pilihan kedua. Awak boleh bermalam di rumah saya. Itupun kalau awak sudi kerana bilik tidur di rumah saya tidak seperti di hotel."
Ternyata wanita itu berasa serba salah untuk menerima atau menolaknya. Namun dia tidak ada pilihan. " Pilihan kedua itu lebih baik dari pilihan pertama. Tapi saya bimbang apa kata isteri awak nanti."
" Saya tak ada isteri dan saya sendirian di rumah itu."
Wanita itu seperti ingin ketawa. " Awak janganlah nak bergurau dengan saya,’ katanya.
" Saya tak bergurau. Saya ikhlas."
" Gila!".
" Kalau begitu awak tidur saja di masjid. Tapi elok awak berhati-hati. . Kabarnya masjid itu selalu didatangi oleh makhluk jin. Pernah seorang musafir yang bermalam di masjid itu, bila tersedar pagi esoknya dia berada dalam bilik air."
" Mungkin dia mengigau lalu berjalan ke bilik air."
" Dia diangkat oleh makhluk Jin lalu dipindahkan ke bilik air."
Wanita itu berasa takut mendengarnya. Dia melihat jam di tangannya hampir pukul 7 malam. Sebentar lagi senja akan menjelma. Dia tidak ada pilihan. " Okeylah, saya terima cadangan awak yang kedua."
" Awak jangan buruk sangka kerana saya ingin menolong secara ikhlas. Kebetulan di rumah saya ada bilik kosong. Awak boleh bermalam di situ."
" Terima kasih. Tapi saya tak mahu menumpang secara percuma. Berapa sewa bilik itu akan saya bayar."
" Awak tak perlu bayar apa-apa kerana awak akan jadi tetamu di rumah saya. Tetapi untuk selama tiga hari sahaja. Selepas itu awak bukan lagi tetamu saya."
" Maknanya saya akan dihalau pada hari yang ke empat?"
" Awak akan dikenakan bayaran pada hari yang ke empat dan seterusnya.Tapi saya yakin awak tak akan selesa tinggal lama di rumah saya. Mungkin awak Cuma tahan semalam saja."
" Bagaimana pula dengan jiran tetangga?. Tidakkah nanti timbul syak wasangka atau mungkin juga fitnah?"
" Rumah saya agak terpencil. Tidak siapa tahu awak ada di rumah saya kecuali kalau awak keluar."
" Awak mahu saya berkurung dalam rumah awak siang dan malam?"
" Kalau begitu awak tidur saja di Masjid. Itu lebih selamat."

Akhirnya mereka mencapai kata sepakat. Wanita itu bersetuju bermalam di rumah Adam, lelaki yang baru saja dikenalinya. Lelaki itu juga sanggup menerima wanita itu sebagai tetamu di rumahnya walaupun dia tahu berbagai risiko yang akan dihadapinya. Dan sebelum mereka keluar dari kedai makan itu, Adam membayar harga makanan termasuk kepunyaan wanita itu.
" Kenderaan saya Cuma sebuah motoisikal buruk. Kalau awak sudi boleh membonceng di belakang atau awak berjalan kaki saja ikut arah saya."
Sekali lagi wanita itu berasa serba salah. Tetapi akhirnya dia terpaksa juga membonceng di belakang motosikal Adam kerana tidak sanggup berjalan kaki. Tambahan pula dia tidak pasti berapa jauhkah rumah lelaki itu.

Bermalam di rumah lelaki yang tidak dikenali memang sesuatu yang menakutkan. Berbagai sangkaan yang buruk melanda fikirannya. Namun apalah yang perlu ditakutkan lagi kerana dia pernah berasa putus asa untuk meneruskan kehidupan. Malah pernah dia berfikir untuk menamatkan riwayat hidupnya dengan menelan berpuluh biji pil tidur.
Dan pada malam itu untuk pertama kali dalam hidupnya, dia bermalam di sebuah rumah yang sederhana besarnya terletak jauh di kawasan pedalaman. Ketika dia membaringkan dirinya di atas katil yang lengkap dengan tilam, bantal dan selimut, kedengaran suara lelaki itu membaca ayat suci al Quran. Dia berasa tenang dan terlena.
Tiba-tiba dia terjaga apabila terdengar pintu bilik tidurnya di ketuk berulang kali. Ketukan pada pintu bilik itu masih kedengaran. Walaupun nada ketukan itu tidak keras namun mengganggu emosinya. Tambahan pula dia berasa letih dan mengantuk. Pada mulanya dia berharap ketukan itu akan berhenti apabila dia tidak memberikan apa-apa reaksi. Namun sangkaannya meleset kerana bunyi ketukan itu terus kedengaran. Dia bingkas bangun lalu duduk di birai katil. Di rumah itu hanya dia dengan Adam sahaja yang jadi penghuninya. Mustahil orang luar berani datang mengetuk pintu bilik tidurnya. Apa tujuan Adam berbuat begitu?.

Tiba-tiba dia berasa takut. Bulu romanya meremang dan seluruh badannya berasa sejuk. Peristiwa hitam yang berlaku ke atas dirinya kembali menjelma dalam ingatannya. Mungkinkah peristiwa yang amat menyakitkan itu akan berulang lagi?. Dia tidak sanggup lagi merasai kepedihan itu. Dia bukan saja telah kehilangan sesuatu yang paling berharga pada dirinya malah kehilangan keyakinan terhadap orang yang selama ini paling dipercayainya. Sungguh tidak disangka orang yang dianggap seperti ayah sendiri sanggup melakukannya. Dia tidak akan memafkan kesalahan ayah saudaranya itu.

Bunyi ketukan pada pintu itu kedengaran lagi. Bunyinya sama seperti yang pernah didengarnya pada malam kejadian itu. Dia masih ingat ketika itu dia masih belum tidur kerana asyik membaca sebuah novel kisah cinta yang begitu menyentuh perasaannya. Dia bercadang untuk menghabiskan bacaannya. Kerana cuaca pada malam itu agak panas dia Cuma mengenakan pakaian yang nipis sahaja. Dan tanpa mengesaki apa-apa, dia terus membuka pintu bilik tidurnya. Dan sebaik saja pintu itu terbuka, Bapa saudaranya menerpa masuk.

Walaupun dia cuba meronta untuk melepaskan diri dari menjadi mangsa lelaki berusia 50-an yang sedang mabuk dan di rasuk Syaitan itu namun tidak berjaya. Apatah lagi bila mulutnya di tekup dengan tapak tangan yang kasar. Dan akhirnya berlaku sesuatu yang amat menyakitinya. Dan peristiwa itu terus menghantui fikirannya. Lamunannya terhenti apabila pintu bilik itu diketuk lagi.

" Kalau awak masih belum tidur tolong buka pintu ini," kedengaran suara Adam dari luar.
Dia terus mendiamkan diri dengan harapan pemuda itu menyangka dia sedang tidur. Tambahan pula dia memang takut hendak membuka pintu itu. Dia dapat agak apa tujuan seorang lelaki masuk ke bilik tidur perempuan kalau tidak ingin melakukan seperti apa yang pernah dilakukan oleh bapa saudaranya?. Tidak. Dia tidak sanggup peristiwa itu berulang lagi.

Kerana itu pada mulanya dia berasa keberatan untuk menerima pelawaan pemuda itu untuk bermalam di ruimahnya. Tetapi kerana tidak ada hotel atau rumah tumpangan maka terpaksa dia menerimanya walau dengan hati yang berat. Tambahan pula dia tidak sanggup menumpang tidur dalam masjid seorang diri kerana takut diganggu makhluk Jin seperti yang diceritakan oleh Adam.

" Saya tahu awak masih belum tidur!," kata pemuda itu lagi. " Tapi kalau tak mahu buka pintu pun tak mengapa. Saya Cuma nak bagi ubat nyamuk sebab di rumah ni nyamuk berkeliaran. Kalau awak perlukan ubat nyamuk saya ada letakkan di balik pintu."
Sejurus kemudian suasana sepi. Setelah yakin pemuda itu tidak ada lagi di situ barulah senang rasa hatinya. Benar seperti kata pemuda itu, dalam rumah itu banyak nyamuk yang kelihatan berterbangan di bawah sinaran lampu kalimantang. Beberapa ekor nyamuk yang kekenyangan hinggap di dinding. Kerana keletihan dia tidur nyenyak sehingga tidak sedar digigit nyamuk.

Dia bangun menghampiri pintu bilik itu lalu memulas tombolnya. Benarlah seperti kata pemuda itu. ada sebungkus ubat nyamuk dan sekotak mencis api. Dia segera mengambilnya dan menutup semula pintu itu. Setelah membakar ubat nyamuk dia ingin tidur semula. Namun entah kenapa matanya tidak mahu terlena. Di luar rumah itu kedengaran bunyi suara katak dan cengkerik memanggil hujan. Sayup-sayup kedengaran bunyi anjing menyalak. Suasana waktu malam di kawasan pedalaman itu agak menyeramkan. Namun dia berasa selamat kerana berada dalam bilik yang boleh dikunci dari dalam.

Rumah itu sederhana besarnya diperbuat dari papan dan beratap zing. Kalau di kota tempat kelahirannya, rumah seperti itu banyak terdapat di kawasan setinggan. Dia memang tidak pernah tinggal di rumah seperti itu kerana sejak dilahirkan tempat kediamannya ialah di sebuah Kondominium mewah milik bapanya yang terletak di tengah kota.

Tiba-tiba dia terbayang wajah ayah dan ibunya. Sejak dilahirkan dia mendapat kasih sayang sepenuhnya dari mereka. Dia amat disayangi oleh ayah dan ibunya. Dia juga mendapat seorang pengasuh bernama Mak Yam yang bersedia pada bila-bila masa menurut arahannya. Dari pengasuh itu dia belajar cara-cara memasak, membasuh kain serta mengemas rumah.

Namun keadaan hidupnya mula berubah apabila ayah dan ibunya meninggal dunia dalam satu nahas di jalan raya apabila kereta mewah yang di pandu oleh bapanya bertembung dengan sebuah bas. Ibunya yang turut berada dalam kereta itu juga meninggal di tempat kejadian. Hidupnya lebih menderita kerana bapa saudara yang sepatutnya jadi pelindung bersifat tamak serta ingin membolot semua harta yang ditinggalkan oleh bapanya. Kalau ayah dan ibunya masih hidup tentu dia tidak sampai ke daerah yang terpencil itu.

Tiba-tiba dia berasa perutnya sakit. Mulanya sekadar rasa memulas tetapi lama kelamaan semakin sakit. Dia memerhatikan di sekitar bilik itu kalau ada minyak angin atau ubat yang boleh disapukan pada perutnya, Namun hampa.

Apabila tidak tertahan lagi menahan kesakitan itu dia nekad untuk keluar dari biliknya bagi mendapatkan pertolongan. Dan orang yang diharapkan dapat menolongnya ialah Adam. Dia berasa yakin pemuda itu masih belum tidur kerana lampu di biliknya masih menyala.

Apabila dia berdiri di muka pintu bilik pemuda itu, timbul pula rasa serba salah di hatinya. Mungkin ketukan itu akan menimbulkan kemarahan. Atau mungkin juga Adam akan mendiamkan diri seperti yang dilakukan sebentar tadi. Namun dia tidak ada pilihan lain lalu diketuknya pintu bilik itu dengan belakang jari tangan. kanan.
Ketika itu Adam baru saja terlena. Sengaja dibiarkannya lampu dalam bilik itu terpasang. Apabila pintu itu diketuk dia pun terjaga. Sebenarnya dalam lenanya tadi dia bermimpi didatangi oleh seorang bidadari yang cantik jelita. Kerana itu pada mulanya dia menyangka masih di alam mimpi. Lalu digosok tapak tangannya dan dicubit pipinya untuk membuktikan dia memang berada di alam nyata.

Kenapa wanita muda itu begitu berani mengetuk pintu biliknya?. Dia bertanya pada dirinya sendiri. Sebaik saja pintu bilik tidur itu dibuka, Adam tergamam bila melihat wanita itu tercegat di muka pintu. Mukanya nampak pucat sambil tapak tangan kanannya menekan bahagian perutnya yang sakit.
" Kenapa?. Awak sakit?" tanya Adam seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
" Mungkin dimasuki angina," jawab wanita itu. " Tolong berikan saya minyak angin atau apa saja ubat yang boleh menahan rasa sakit."
Adam segera membuka laci meja tulisnya lalu diambilnya sebotol minyak angin dan beberapa biji Panadol. Memang sengaja disimpannya ubat-ubatan itu untuk digunakan apabila diperlukan. .

" Telan ubat ini," kata Adam sambil menghulurkannya kepada Hawa. " Saya ke dapur untuk mengambil air suam."

Sebentar kemudian Adam datang semula sambil membawa segelas air suam lalu diberikannya kepada Hawa. Wanita itu mengucapkan terima kasih lalu menelan 2 biji pil panadol untuk menahan kesakitannya. Kemudian diteguknya air suam itu supaya ubat tersebut masuk ke dalam perutnya.
" Terima kasih atas pertolongan saudara," kata wanita muda itu. " Saya nak masuk semula ke bilik. Terima kasih sekali lagi."
" Jangan lupa gosok minyak angin itu pada perut awak.. Atau kalau sudi biar saya yang tolong gosokkan," kata Adam sepereti bergurau.

Gila!. Jerit wanita itu dalam hati. Namun dia tidak marah, malah senang dengan gurauan anak muda itu. Hawa masuk semula ke bilik tidurnya. Sengaja tidak dikuncinya pintu bilik itu kerana kalau terjadi sesuatu pada dirinya tentulah pemuda itu mudah untuk memasukinya dan memberikan pertolongan. Timbul pula pertanyaan dalam hatinya, bagaimana kalau ditakdirkan dia meninggal di rumah pemuda itu?. Dia yang sudah mati tentu tidak jadi masalah tetapi bagaimana pula dengan Adam?. Pastinya pemuda itu akan disoal siasat oleh pihak polis.

Dia sedar dirinya kini sedang dicari oleh bapa saudaranya. Mungkin pihak polis juga sedang mengesannya di seluruh Negara. Mungkin esok keluar berita tentang kehilangnnya dalam surat kabar.

Wanita muda itu masih belum terlena apabila dia mendengar langkahan kaki pemuda itu menuju ke biliknya. Dadanya bergemuruh dan rasa cemas menguasai dirinya. Pintu bilik itu memang tidak dikunci dari dalam dan sebentar lagi pemuda itu pasti akan masuk. Dan selepas itu apa akan terjadi ke atas dirinya?.

Sebelum sempat dia berbuat apa-apa, Adam sudah membuka pintu bilik itu dan melangkah masuk. Dia hampir menjerit ketakutan tapi mujur dapat ditahan perasaan takutnya. Lalu dia melelapkan mata pura-pura tidur dengan harapan pemuda itu menyangka dia sedang terlena. Dia pasrah namun berharap pemuda itu tidak sekejam bapa saudaranya.

Dia dapat merasakan kain cadar di hujung kakinya ditarik dengan perlahan lalu tubuhnya diselimutkan. Sejurus kemudian pemuda itu keluar sambil menutup pintu bilik itu.
posted by Penulisan2u @ 2:14 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
27 Comments:
  • At 18/2/09 4:41 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ??????????????????
    cter nie x abes ker...
    adeh,,aku x pham...

     

  • At 18/2/09 6:42 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    erk....cmtu je...??ape hadiah tristimewa yg dimaksudkan dlm tajuk tu?adakah ubat nyamuk tu sbg adiah tristimewa....=)

    mnta penulis smbung blk ye citer ni...tQ..

    ~akuyghanyataukomen~

     

  • At 18/2/09 11:21 PG, Blogger nadiah_abdllah said…

    tak paham... ???

     

  • At 18/2/09 1:48 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ada sambungan lagi ker?

     

  • At 18/2/09 5:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite nie best ler...aku rasa penulis ni bagus cos dia suruh kita berfikir...

     

  • At 18/2/09 6:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tertarik dengan hadiah teristimewa. walaupun tajuk yang diberikan tidak menepati cerita tetapi gaya persembahanya adalah memuaskan. mungkin ini adalah penulis baru.

     

  • At 18/2/09 8:34 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kesinambungan n jln crite yg menarik..good job..

     

  • At 19/2/09 1:02 PG, Blogger sallynna said…

    aaaa..ntah r..
    ku da speechless ney..
    x taw nk komen pe..
    p ku ske cter ney,cme endingnyer yg
    ku x pham..ade smbungankah??
    .....

     

  • At 19/2/09 1:06 PTG, Blogger atashinci said…

    x fahamnye.....
    ubat nyamuk tu hadiah istimewanye ke????????
    mcm pelik jer.....

     

  • At 19/2/09 2:34 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ape cite ni sambung2 kea

     

  • At 19/2/09 3:15 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ada mkna tersirat kot tajuk tu..
    bkn ubt nyamuk hadiah istimewa
    tp Adam tu lah hadiah istimewa buat Hawa
    pemuda yg ikhlas , tdak mgmbil ksempatan atas Hawa
    x seperti bapa saudara Hawa

    agaknya lahhh....kih3...

    :DS:

     

  • At 19/2/09 3:40 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    entah lah..... pening aku baca...
    ubat nyamuk tu hadiah istimewa?
    erm atau adam?
    atau panadol? ke minyak angin?
    argghhh entah la.. aku da layn je baca dr start..
    last2 hbs cam tu je...

     

  • At 19/2/09 4:01 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    entah apa2..ceta best tp tersangkut...jd buat org baca geram je..tersekat rasa sbb bacaan tergantung...apalah...

     

  • At 19/2/09 6:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    apa ni...tengah baca best2 tiba2 dah abis.ada sambungan ke?????

     

  • At 19/2/09 8:14 PTG, Blogger Iqa said…

    citer neh bersambung agi rr..aq rase loh..huhu
    bes..bes..

     

  • At 19/2/09 9:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    klu wat camnieh baek ltak kat bgian novel...mesti lagy besh...:D

     

  • At 19/2/09 10:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    aku rasa "hadiah teristimewa" yg penulis mksdkn tu "ADAM"
    bayangkn tetiba ada lelaki yg mumcul untk tlong,jaga n lindungi dia
    masa hdup dia t'umbang-ambing
    lelaki yg tak prnh dia kenal
    "ADAM melindungi HAWA nya"

    tp apasal tgntg....hope ada smbg
    cite ni bes

     

  • At 19/2/09 11:13 PTG, Blogger [syarimoney] said…

    cerita ni best. ada mesej yang tersendiri...
    blm pernah lagi mane2 penulis buat cerita seperti ini.
    tp syg... penulis ni buat cerita tergantung.
    kan bagus kalau dipanjangkan dan mempunyai ada kesudahannya....
    pada penulis, harap berusaha lagi dan dapat memberi cerpen yang indah dan seronok di bace.
    saye tunggu kesinambungan untuk cerpen ini kerana cerpen ini mempunyai sesuatu yang tersembunyi... =)

    ~sar~

     

  • At 20/2/09 6:59 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ape hadiah teristimewanyer???ubat nyamuk tu erk??ke myk angin & panadol 2???hhehehhehe...ni konon2 nyer nk adekn smbgn ker ni???
    ape yg trlalu tergantung ni???

     

  • At 20/2/09 8:36 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    first of all,sy mintak maaf terlebih dahulu ngan penulis ni. cerita ni sebenarnya sebijik sama dengan novel terbitan buku prima yg bertajuk Keranamu Sofea. Cuma ditukar nama watak perempuan je kepada nama Hawa. Ayat pulak, sebijik sama macam novel tu. Sy br je baca novel tu. Sy xtahu ape tujuan penulis ni antar cerita ni... Maaf sekali lg ye.. - klate girlz-

     

  • At 20/2/09 3:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Bgus karya ni...jangan peduli siapa yang ckp otey...anggap ini semua pembakar semangat..saya tgu sambungan ke 2..
    salam

     

  • At 20/2/09 5:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    macam salh satu siri di drama tv jew..tajuk dia adam dan hawa x silap la...jalan cite pun nampak same jew...boring la kalau saya dah tau citenya..but tengo komen macam ramai yang belum tau kisah nie..good job...(^_^)

     

  • At 20/2/09 7:37 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    besh cite nie....tp tolong bagi tahu saya, apa hadiah teristimewanya? adakah ia bersambung?

     

  • At 20/2/09 8:21 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mula2 aku bc cite nie..aku dah tergelak..hahahaha..coz cite ni penah aku alami..oppsssssssss

     

  • At 22/2/09 2:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    gambate...good job

     

  • At 24/2/09 3:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tak ada motif langsung la...apa mesegnya ni???
    tajuk tu macam tak ada makna je pun

     

  • At 25/2/09 1:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    BGUS2..CRITE NI BERSAMBUNG KAN..TGUU YG SETRUSNYA K...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group