Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pagi itu aku duduk sendiri sambil memeluk lutut ku di hujung penjuru diluar rumah ku. Bukan aku sengaja nak duduk kat penjuru diluar rumah tapi aku saja nak jauhkan diriku dari pengetahuan family ku. Udara segar pagi itu ku hirup sedalamnya bagi menyegarkan pagi ku yang hari ni agak lemas dan lemah. Mana tidaknya, kejadian semalam masih menjadi igauan dalam tidurku sampai aku tak mampu untuk melelapkan mata. Memang teruk! Rungut ku sendiri. Memalukan! Marah ku pada diri.
*************************************
"Kau ni kenapa? Ada masalah dengan aku ke? Ataupun kau memang dah giler? Kau ingat kau senior aku takut?" marah ku pada lelaki dihadapan aku. Sengaja cari pasal. Kau ingat kau pengawas, kau ade kuasa kau da bagus sangat? Lebihan marahku, ku sembur dalam hati. Kalau ikutkan hati memang dah lama aku sepak mulut dia ni. Dia ingat aku takut la.
"Aku tau kau tak takut sebab kau ni memang berani. Tapi keberanian kau ni dah melampau. Baru form 3 dah kurang ajar. Kau ingat tahun ni kau nak PMR tau. Aku boleh doakan kau apa saja yang aku nak. Kalau aku mintak kau gagal pon boleh," balas Shazmir, selaku ketua pengawas sekolahnya itu. Dia tahu tindakannya itu tidak salah bagi pelajar yang kurang asam macam kes si perempuan ni. Muka je lawa tapi kurang ajar. Sempat jugak dia memuji dalam kutukannya itu.
"Eh kau pun kena ingat yang kau nak SPM. Jadi bukan kau je boleh doakan aku macam tu. Aku pun boleh la," tanpa rasa takut aku balas balik apa yang dia kata kat aku. Aku pun rasa tak salah kalau aku lawan kata-kata dia. Dia bukan mak ayah aku pon.
"Dah la. Ketepi!" aku tolak dia yang sebelum ni menghalang perjalanan aku. Aku tak tahu macam mana tolakan aku boleh sekuat itu, dia jatuh terduduk. Badan dia bukan la besar mana. Tapi macam mana dia boleh jatuh? Perut ku sudah sakit menahan gelak. Dia bangun dengan muka yang merah lalu dia tolak aku. Aku terjatuh. Baju ku dan buku yang ku pegang jatuh ke rumput yang penuh dengan lumpur.
Dia berdiri didepan aku sambil memegang perutnya dan gelak. Aku bengang dengan dia lalu berlari ke bilik air. Apsal semua ni terjadi pada aku? Aku menangis sepuas hati aku. Memang bodoh la aku ni. Aku marah diri aku sendiri. Satu hari aku duduk dalam bilik air, tak masuk kelas. Salah ke kalau aku lalu rumput tu? Dan salah aku ke tanpa sengaja menolak dia?
Sampai rumah je aku kene bebel dengan mak aku. Mak aku ingat aku pergi sekolah main lumpur agaknya. Mana taknye, pergi elok je cantik molek. Bila balik rumah selekehnya dengan baju terkena lumpur, buku-buku aku semuanya kotor. Nanti mula la si minah mulut tercabut ekor tu sindir aku. Siapa lagi kalau bukan Noraini Ahmad tu. Amboi sampai boleh ingat nama penuh dia.
*******************************************
"Apsal dengan buku kau ni?" tegur Aini di suatu pagi yang suram. Saja la tu nak start bual. Dia da tau muka aku yang bengang lagi mencuka ni lagi dia nak tanya kenapa dengan buku aku. Tanya tuan punya badan dulu. Karang aku jawab lu pikir la sendiri, dia jugak yang bengang.
"Tak ada apa la. Yang kau sibuk-sibuk tanya ni kenapa? Da tak ada kerja lain ke?" balas ku dengan nada agak-agak nak marah tapi ku tahan je. Ye la siapa la yang tak marah. Lagi-lagi si mulut becok ni. Asal ade benda lain pada diri aku je mesti dia jadikan aku bahan topik dia and the geng. Bengang…bengang.
"Ala tanya pun tak boleh ke? Semalam kecoh giler pasal kau kena tolak dengan abang Amir kat depan sekolah. Lepas tu kau pergi mana ek?" Aini cuba mengorek rahsia. Dengan muka ku yang toye aku pun pergi je macam tu. Tinggalkan dia dengan muka berkerut dan tak puas hati tu.
Minah ni memang kecoh. Tu la tabiat budak-budak sekolah macam dia. Suka sangat bergosip. Eh aku bukan budak sekolah ke? Cuma penulis citer ni je da abis sekolah. Berbalik pada dia tu tadi, aku malas nak bukak citer. Karang lagi la bertambah kecoh. Yang aku pelik tu kenapa aku jadi bahan gossip sekolah? Nak kata aku popular, tak. Nak kata aku cantik, boleh tahan la. Perasan..
Aku berjalan keliling sekolah tanpa tujuan. Mana la kaki aku nak bawak aku ni. Pandangan mataku ku alihkan ke bawah. Mak kata jalan pandang bawah. Ye la aku ikot je la. Tiba-tiba je satu makhluk yang aku rasa macam kingkong melanggar aku. Aku jatuh terjelopok. Hai, jatuh lagi!
"Eh, sori-sori. Saya nak cepat ni tumpang lalu yek!" Shazmir mohon maaf. Dia benar-benar tak perasan ada orang di hadapannya.
"Senang-senang nak mintak maaf je mana boleh. Oh kau! Tak puas hati ke dah jatuhkan aku hari tu pastu nak jatuhkan aku lagi? Konon tak sengaja," balas ku bila aku tau si gorilla ni kat depan aku. Dia rupanya yang langgar aku. Patut la tulang aku ni da rasa macam nak tercabut je.
"La si kering kurang asam lagi garang ni. Aku ingat kan perempuan hodoh mana tadi," balasnya sambil kutuk aku yang memang cantik ni. Sengaja dia tekankan word hodoh tu kat depan aku. Kureng……
"Hodoh ke tak ke aku tak peduli. Aku tak nak maafkan kau. Huh!" kataku lalu meninggalkan dia. Aku tak tahu la apa yang dia fikirkan.
Tujuh bulan berlalu macam tu je tanpa aku terserempak dengan dia. Korang tak tahu ke sapa. Siapa lagi kalau bukan si gorilla tu, Shazmir. Aku bukan la terfikir kan dia secara sengaja tapi secara tiba-tiba. Last aku jumpa dia masa babak langgar melanggar tu. Aku ni di kategorikan budak bermasalah. Tapi bukan masalah dalam akademik ataupon peraturan sekolah. Cuma aku bermasalah dengan mamat gorilla ni sorang. Aku tak tahu kenapa aku sengaja sakitkan hati dia dengan memijak rumput sekolah. Dia tahu aku selalu buat dia sakit hati sebab tu dia da lama aim aku. Oleh kerana tu aku selalu je gaduh dengan dia. Pulak tu dia paling popular walaupun tak padan dengan badan dia yang macam gorilla tu.
"Abang Amir pindah sekolah ke?" tanya minah kecoh ni. Adoi, tak abis-abis la minah ni. Sibuk je datang kat meja aku. Kecoh je memanjang.
"Eh ade pulak tanya aku. Mana la aku tau. Kau kan minah gossip a.k.a melodi sekolah ni. Kau pergi la terjah mana-mana orang yang rapat dengan dia," balas ku tanpa melihat muka minah kecoh ni. Sibuk je. Tapi dalam hati aku dia tak tahu betapa terkejut beruknya aku bila aku tau dia pindah sekolah. Ceh, sikit pun tak nak bagi tau aku. Mana pulak nak bagi tau, dah aku bermusuh dengan dia. Memang tak de makna dia nak bagi tahu.
"Dah la aku nak baca buku ni. PMR pun da nak dekat ni. Tinggal sebulan je lagi. Kau pergi la baca buku. Eh, lupa pulak kau mana ada baca buku. Kau baca majalah yang ade gossip-gosip je kan. Lupa pulak aku," sindir ku pedas pada Aini. Air mukanya ku lihat berubah. Lalu dia pergi meninggalkan meja aku.
*******************************************
Zaman sekolah sudah lama ku tinggalkan. Hampir 10 tahun lamanya. Si minah kecoh Noraini Ahmad, ceh masih ingat lagi nama dia tu dah jadi wartawan Melodi dan sudah mendirikan rumahtangga dengan salah seorang jurukamera yang bekerja sama tempat dengannya. Aku je masih single but not available. Not available? Sapa yang aku tunggu? Jeng,jeng,jeng….entah aku pon tak tahu.
Aku pulak sekarang masih lagi sambung pengajian aku peringkat master dalam bisnes. Aku terfikir bila aku dah abis pengajian aku, aku nak bukak restaurant fast food kat Malaysia ni. Aku nak jadikan restaurant aku macam restaurant fastfood yang lain macam KFC and McD. Aku nak bagi nama restaurant aku Kluang Sausage Restaurant. Sempena nama tempat lahir aku, Kluang.
Aku duduk di suatu tempat di sebuah restoran terkemuka sambil menunggu si Aini, minah kecoh zaman sekolah. Dari jauh ku perhatikan ada seorang mamat yang agak hensem melihat ke arah ku. Aku menoleh ke belakang dan cuba mengagak yang mamat tu memandang orang lain.
"Kau pandang sapa tu? Oh, da pandai cuci mata ek?" teka Aini yang tiba-tiba dah ada kat depan aku. Ah, masih macam dulu. Suka sibuk. Apa-apa pun dia da jadi bestfren aku lepas aku sindir pedas kat dia dulu.
"Tak ada sapa la. Kau bila pulak terpacak kat depan aku ni? Tak nampak pon kelibat kau tadi," tanya ku kehairanan sambil membetulkan tudung ku yang agak dari tadi sudah ke depan sedikit.
"Aku perhatikan kau dari tadi. Cuma kau tak perasankan aku je," balas Aini yang sudah duduk menghadap aku.
"Hah ada apa nak jumpa aku? Penting sangat ke?" tanya ku tidak sabar nak tau apa yang Aini nak khabarkan. Tentang si gorilla tu ke? Eh aku ni, ke situ pulak. Bicara aku dalam hati.
"Rileks lah dulu. Sebelum tu kau tahu tak napa kau dulu jadi bahan gossip kitorang?" tanya Aini tanpa membalas persoalan aku tadi. Aku menggeleng. Nampak sangat aku ni katak yang asyik sangat duduk bawah tempurung sebab tu kurus sebab dah jadi katak yang tak dapat makan lalat.
"Kau ingat Abang Amir? Ala yang kau panggil gorilla tu,"tanya Aini. Aku mengangguk.
"Dia sebenarnya dulu suka kat kau. Tapi kau tu yang garang sangat. Kau ingat yang kau kena tolak dulu sampai baju kau kotor? Dia sebenarnya tak sengaja nak tolak kau. Dia ingatkan dia tolak kau perlahan tapi tak sangka kau boleh jatuh. Lepas tu dia gelak kat kau tu, pura-pura aja. Sebab nak sakitkan hati kau," jelas Aini panjang. Aku tercengang mendengar ape yang di sampaikan oleh Aini. Betol ke? Ke dia ni tak betul? Ke aku yang tak betul sekarang?
"Lagi satu masa dia terlanggar kau kat belakang blok sekolah tu sebenarnya dia da nampak kau dari jauh dan dia sengaja langgar sebab dia nak tengok kau buat kali terakhir. Then, dia pindah sekolah sebab ikot ayah dia pindah tempat kerja. Dia tak sempat nak bagitau kau. Sebab tu dengan tiba-tiba aku cakap kau kenapa abang Amir pindah sekolah. Aku juz nak bagi tahu kau je. Dan kau nak tahu sesuatu?" tanya Aini tiba-tiba lepas dia cerita panjang lebar.
"Apa dia?"
"Abang Amir tu sebenarnya sepupu aku. Aku bukan sengaja nak jadi minah kecoh tapi abang Amir yang nak tahu sangat pasal kau. Sorry," akhirnya ade jugak kata maaf yang aku dengar dari mulut si Aini ni. Kalau tak da lama aku cubit minah ni. Aku dah kurang garang macam dulu-dulu.
"Assalamualaikum," seorang lelaki menghampiri kami. Aku terkedu. Ni bukan lelaki tadi ke? Lelaki yang pandang kat aku tu. Ada apa dia datang sini? Aku menundukkan pandangan aku ke bawah.
"Waalaikumsalam," jawab Aini sambil tersengih-sengih. Gatal jugak minah ni aku tengok. Weh, kau kan da kahwin. Jerit ku dalam hati.
"Boleh saya duduk sini?" tunjuk lelaki itu pada kerusi mewah yang kosong di sebelah aku.
"Boleh. Sila la duduk," pelawa Aini tanpa bertanya pada aku. Muka ku da memerah tanda malu. Poyo punya Aini.
"Nur Fazrin Aliya bt Saiful.." panggil lelaki itu. eh tu kan nama aku. Macam mana dia boleh tau nama aku? Ish aku ni berangan. Nama ku di panggil untuk kali kedua. Aku mengangkat kepala lalu mataku terpaut ke matanya. Macam aku kenal mata tu.
"Kenapa dah malu sekarang?" tanyanya pada aku. Dahi ku berkerut. Aku tak faham. Kepala aku tiba-tiba pusing dan akhirnya aku rebah. Aku da tak tahu apa berlaku.
**************************************
"Sayang… buat apa tu? Jauh nye termenung. Ingatkan zaman-zaman sekolah ke?" tanya suamiku sambil merangkul pinggang ku. Damai ku rasakan.
"Tak lah. Cuma Rin terfikir sapa yang angkat Rin masa Rin pengsan dulu," luah ku pada Shazmir yang kini sah menjadi suamiku.
"Entah la sayang…sayang rasa siapa?" tanya pada ku semula. Aku pusing dan melihat wajahnya.
"Abang kot," jawabku dengan tak yakin. Aku lihat dia tersenyum-senyum.
"Yela abang tapi abang tak dukung tau. Abang seret sayang…hehe," katanya pada ku. Muka ku berubah.
"Ala abang gurau je la. Memang abang yang dukung sayang. Kalau tak percaya tanya Aini," pujuk suamiku.
"Abang macam mana abang boleh kurus?" tanya ku dengan tiba-tiba. Tangannya beralih ke tangan ku lalu dikucupnya. Hati ku sangat sejuk diperlakukan begitu.
"Tu rahsia tapi satu je abang kurus sebab abang tau dulu sayang panggil abang gorilla. Sebab tu abang tak nak jadi gemuk. Sayang, nak panggil abang gorilla lagi tak?" tanya Shazmir kepada aku. Aku leraikan tangannya dan aku jarakkan diri dia dengan aku lalu mengangguk.
"Tapi gorilla dulu dengan sekarang lain. Gorilla dulu comel tapi sekarang hensem..hehe" kataku sambil tersenyum padanya.
"Senyuman sayang la buat abang terpikat masa pertama kali kita terserempak," dia merangkul ku dengan lebih kemas.
"I love you" bisiknya ke telinga ku.
'I love you too my gorilla' bisik ku dalam hati. Lalu ku membalas pelukannya dalam kedinginan malam.
P/S: Penulisan cerpen saya yang pertama. Sila lah komen dan beri tunjuk ajar.
cita ni boleh tahan,simple n sweet..gaya bahasa dah ok..cuma macam ada seseuatu yang kurang masa ending tu, tetiba ja si heroin pengsan,kemudian dah kahwin. papon,nice try..=) p/s: saya pon baru menulis cerpen yang pertama macam awak(welcome to da club,hehe)..ada masa,jenguklah cerpen saya,'i love you'..(wah,tetiba promote cerpen sendiri,hehe) teruskan usaha berkarya ya!=D
hahahahha... kelakar lak si anakira ni... leh buat promotion eh.... huhuhuhuhu~ cite ni best gak... tp cite ni mcm cerita b4 ni gak... rasanya ada jalan cerita mcm ni. cume berlainan tempat dan situasi. ape2hal pun semoga lepas ni penulis dapat buat cerita yang lebih baik dr cerita ni.
salam... well citer niey mcm dlm novel atas nama cinta... alaf 21.... citer dier tentang seorg wanita yg suker ngan sorang mamat ni...dan call dier as a gorilla 2... pa pon.. all da best.. hrp teruskan lg tuk buat cerpen yg terbaik...
simple and sweet and nice and (tak terkata byk die..) mmg syok abis la citer ni... cuma nape tetiba bole pengsan? takde sbb pon.. ke sbb die terkejut sgt? papepon citer ni mmg best! i give u 4 stars! ****
perenggan pertama ada banyak kesalahan iaitu lutut ku = lututku, familiy ku = keluargaku. penggunaan bahasa SMS dan bahasa pasar yang meluar. namun, saya tertarik dengan jalan cerita yang ingin disampaikan oleh penulis, tetapi bahagian penutup yang kurang berkesan, dan tergantung. jika ada kesinambungannya sila perbahurui gaya penulisan.
apadah gorila . . .haha....tp best laa k.NANA SAYANG ALEP<33
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cita ni boleh tahan,simple n sweet..gaya bahasa dah ok..cuma macam ada seseuatu yang kurang masa ending tu, tetiba ja si heroin pengsan,kemudian dah kahwin.
papon,nice try..=)
p/s: saya pon baru menulis cerpen yang pertama macam awak(welcome to da club,hehe)..ada masa,jenguklah cerpen saya,'i love you'..(wah,tetiba promote cerpen sendiri,hehe)
teruskan usaha berkarya ya!=D