Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Rumah kecil ku riuh rendah dengan suara anak-anak yang baru pulang dari persekolahan. Tangkas mereka berlari-lari ke sana-sini di ruang yang sempit ini. Sesekali menolak dan menarik sesama mereka. Buat aku tersenyum dalam kepahitan hidup ini. Kepahitan yang tidak pernah mereka hiraukan lantaran hati suci yang belum mengerti soal hidup. "Hari ini lauk apa bu?" "Lauk fucuk.." Anak sulungku menundukkan wajahnya. Barangkali hampa dengan jawapanku. Beg yang di galasnya tadi sudah diletakkan di tepi pintu.Saban hari jawapannya juga sama. Fucuk…fucuk. Warna putih kekuningan fucuk itu bagai sudah sebati dengan wajah-wajah anak-anakku. Tetapi kan bagus makan fucuk. Kata jururawat yang mengajar ibu soal khasiat makanan..fucuk mengandungi banyak protein kerana di perbuat dari kacang soya. Jadi kita sedang makan makananan yang seimbang dan berkhasiat ,nak. Mengapa harus murung? Ibu sudah mencampurkan ikan bilis dan sebiji kentang yang ibu potong kecil-kecil. Rasanya makin enak bila kita makan bersama-sama dengan adik-adikmu yang kelaparan itu. Rebut-merebut potongan kentang dan ikan bilis menjadikan kita riuh kegembiraan. Bukankah itu tanda kita bahagia nak? " Bu..esok Ita ada ujian bulanan" "Oh ..iya? Selepas makan..cepat baca buku ya.." Anakku mengangguk. Nasi yang panas itu di senduk perlahan. Hanya sesenduk. Tidak lebih.Tidak kurang. Yang lain adalah untuk adik-adiknya yang belum tahu sukatan. Sudah acapkali aku ingatkan…makan jangan sampai kenyang. Nanti jadi malas. Makanya itu sudah sebati pada dirinya. Sesenduk buat alas perut tengahari dan sesenduk buat penyenyak tidur malam hari. Pernah ku cuba tambah nasinya,namun dia menolak. Takut jadi malas baca buku ! Bagaimana mahu masuk sekolah berasrama.. katanya.Aku tersenyum tawar. Nasi itu kusimpan untuknya malam hari. Dia mengambil kuah fucuk. Di tuangkan rata-rata di atas nasinya yang masih menebar wap panas. Potongan kentang tidak disentuhnya. Cuma sedikit fucuk,ikan bilis dan hirisan bawang. Pernah aku cuba memberinya kentang namun dia menolak. Itu untuk adik kecilnya Jaja . Kasih sayangnya sebagai seorang kakak tercurah hanya dengan sepotong kentang! Murni hatinya terserlah di sebalik tunduk wajahnya. Dulu matanya bersinar terang. Bila Intan yang tinggal berhampiran rumah kami pulang dari asrama penuh. Intan tua setahun dari umurnya. Intan pulang bercuti dengan membawa cerita gembira..tentang makan minum di asrama yang serba teratur. Makannya di meja panjang. Ada dulang plastik yang banyak petak. Nasinya panas dan harum. Lauk pelbagai jenis mengikut hari. Hari Jumaat paling enak..lauk ayam masak merah! Mata anakku membulat. Bibirnya tersenyum. Jiwa nya membesar. Aku yang mendengar cuma tersenyum. Belajarlah rajin-rajin nak. UPSR nanti hadapi dengan sungguh-sungguh. Dapatkan jawapan yang betul kesemuanya. Biar 100 % semua markahmu. Maka tiada alasan bagi mereka yang duduk di kerusi empuk itu untuk menolakmu dari memasukki asrama penuh. Kamu jugakan jaguh olahraga. Tubuh kurusmu selalu meluru ke garisan penamat. Engkau kerahkan segala kemarahan dan semangat mahu mu di lorong-lorong padang itu. Dan engkau sangat gembira jika dapat membawa pulang hamper berbanding piala kecil itu. Engkau sering ketawa gembira melihat adik-adikmu berebut biskut kering atau kekacang di dalamnya! Itulah hadiah yang terbesar buat mu kan nak ? Jika engkau berjaya memasukki asrama penuh di tahun hadapan. Ibu doakan agar matamu terus bersinar. Biar senyummu puas. Iya,ibu cuma boleh doakan. Agar perutmu kenyang dan tidurmu nanti lena. Tilamnya empuk juga ya..ada katil sendiri kan. Tidaklah seperti di sini..tilamnya di kongsi berempat. Bertolak-tolak atau saling mendakap adik-adikmu. Selesai makan, anakku langsung membuka beg sekolahnya. Beg lusuh yang sudah 6 tahun di galasnya. Koyak-koyak di kiri kanan sudah kujahit dan ku balut. Mana yang mampu aku hiaskan,aku hias. Seperti menghias sendu hatinya melihat beg-beg baru bergantungan di tepi-tepi jalan.Lirik matanya tidak terlupakan. Beg itu adalah kenangan manisnya semasa di sekolah tadika. Dapat nombor satu..dapat hadiah beg sekolah,kasut,alat tulis dan bekas air. Waktu itu wajahnya bagai matahari pagi. Cerah..secerah harapannya menakluki alam persekolahan. Dia berceloteh riang..di dakapnya beg itu erat-erat. Namun sekarang aku masih mengharap sinar itu tidak menyuram dengan kusamnya warna beg itu. Anakku pandai berjimat cermat. Alat tulisnya jarang berganti. Dia jarang menconteng selain menulis apa yang perlu. Sayang pensel katanya. Walaupun membuat matematik..dia mencongak sahaja apa yang perlu ,setelah mendapat jawapan,baru ditulis. Ah! Anakku..ibu tahu kamu takut penselmu pendek bukan? Tapi hasilnya..engkau jagoan matematik di sekolahmu! "Bu..kenapa ayah selalu membeli fucuk?" "ayah suka makan fucuk.." Jawabku mudah. Matanya menari-nari di halaman buku sains Tahun 6 di hadapannya. Angin petang meniup lembut...menyelak rambutnya yang semakin panjang itu. Itulah kipas angin semulajadi katanya. Tanpa bateri tanpa elektrik! Dan ruang depan pintu itu selalu menjadi rebutan kami untuk duduk-duduk melepas lelah. Pasti aku akan rindukan bayanganmu nak. Anakku juga senang berbaring di situ sambil belajar. Aku bersandar di tepi pintu. Sekadar menemani dia. Untuk membantu..aku sudah lupa. Lagipun bahasanya Inggeris. Tidak banyak yang dapatku bantu. Akupun sudah ingat-ingat lupa segalanya. Kalau anakku tidak tahu..aku suruh dia tulis di sekeping kertas,lalu esok bertemu guru sainsnya untuk mencari maknanya sampai faham. Itulah bantuan yang termampu aku hulurkan. Ingatkan dia esok pagi..agar jangan lupa mencari guru. Ucapkan terimakasih pada gurumu yang banyak membantu.Ibumu tidak mampu nak! "Bu..esok suruh ayah jangan beli fucuk lagi ya" Aku mendongak. Lamunanku terhenti. Kata-kata itu tidak mampu kujawab. Mati.Buntu. Tidak mungkin aku mampu berkata sebegitu anakku. Aku tidak pernah memberontak. Tidak pernah meminta selain fucuk. Fucuk yang dibeli ayahmu. Fucuk lah yang ibu masak. Ibu tidak mahu melawan. Melawan arus hidup yang belum engkau mengertikan sedikitpun. Arus yang deras….arus yang dalam. Menyesakkan sesekali. Lalu ku asak hati-hati anak-anakku dengan penerimaan bahawa fucuk adalah makanan paling enak dan paling berkhasiat di dunia. Beruntung kita masih mampu makan nasi berlauk fucuk. Mahu ke Gaza anakku? Ada fucuk di sana? "Belajarlah rajin-rajin nak..kalau tidak mahu makan fucuk lagi" Mata anakku membulat jernih. Lalu tersenyum. Dia berangan sebentar. Tentang meja panjang dan lauk ayam masak merah. Sekilas dia memalingkan mukanya ke buku sains tadi..menulis entah apa. Yang pasti aku tahu dia mengerti..fucuk adalah jambatan kami untuk sampai ke seberang. Moga esok engkau tidak lupakan kami di sini bila duduk makan di meja panjang.
Notakaki: Terimakasih kepada yang sudi membaca cerpen ini. Terimakasih juga kepada yang sudi memberi sedikit komen membina.
fucuk tu sejenis sayur yang sesuai dibuat sup. ala, yang campur dengan su-hun tu... betul tak, kak maria? walau apa pun, tak jemu sy baca cerpen ni... =)
sedihnye cerita ni..... pndai lah buat cerita yang lain dari yang lain.... betul tu. kalau nak berjaya kena berusaha. x semestinya ibu bapa kita x pndai, maka anak x boleh nak pndai. pndai ibu dia didik anak dia. nice story...
tahniah penulis... mendalam sgguh cite awk ni... mengajar erti kesabaran, kasih syg, pengorbanan & usaha utk berjaya... fucuk ni kategori syur... ada yg pggl tauhu kering, ikt ssbuah tmpt gak or dialek... slalunya d msk dgn su un n ltk ubi kentang ckit... ada yg msk biasa je, mcm kuah sup... ada yg bt msk lemak... mmg sedap... peveret sy tu... :D
fucuk? mati2 aku ingat fucuk tuh bunyi sengau untuk 'pucuk'..hahaha... tp cukup menyentuh hati la cerpen nih,sangat terkesan di hati...tahniah buat penulis.
fucuk mula2 aku ingt ka mucuk or bucuk.hahaha..xtaulah lak fucuk2 sejenis sayuran..sbb bahasa die aku xpernah dgrkan.menda2 mmg aku mkn..ari2 pun best sbb makanan kesukaan aku.tambah2 wat sup sayur..letak daging,ayam ka lg best..yamm.yamm..~
aku sbnrnya bkn nak komen sal fucuk ni..nak komen sal cite yg di maksdkan ni byk memberi mksd yg mendlm ttg kesushan yg di hadapi d luar sana.kdg2 kita kena bersyukur dgn apa yg kita ada.nak berbanding dgn negara luar lbh sush dr kita.smpaikan mkn rumput kering ja..sob.sob.apa2 pun TahniAHHZZ..buat penulis.God lUCK:)>-
fucuk nie mmang sdap..dh lma aq xmkn fcuk...p ksian ank2 die kna mkn fcuk ary2,crta nie mmang mnyedh kn ...xmampu nk bli ayam..ayat writer nie antap ar....pe2 pn keep it up
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
fucuk???
mende ape tuh,,
ermmmm