Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Woi, kau ni takde hati perut ke? Cukup-cukupah belasah suami aku ni! Dah naik lembik aku tengok suami aku! Wei, kau ni tak reti nak berhenti ke? Dah la tu!"
'Geram betul la aku tengok mamat kering ni. Teruk juga mamat lembik lagi sorang tu kena belasah. Harap badan je sasa. Aku ni pulak, terlepas cakap. Bila masa pula aku berkahwin dengan mamat lembik tu.' Kataku dalam hati. Aku baru sahaja pulang daripada tempatku bekerja. Mana lagi tempat untuk seorang doktor kalau tak hospital. Alhamdulillah. Setelah 7 tahun belajar, aku berjaya juga mendapat gelaran Dr Erina.
Dengan perasaan geram bercampur pula dengan keletihan bekerja sepanjang hari membuatkan aku hilang kawalan. Lagipun, kesian aku tengok mamat lembik tu. Teruk kena belasah dah. Aku ni pemegang 'black belt' dalam karate-do. Sempat juga aku belajar seni memepertahankan diri sepanjang belajar di Russia.
Aku terus menumbuk dan menendang lelaki yang membelasah seorang lelaki lain itu. Penat juga. Badannya nampak sahaja kering tapi kuat juga lelaki tu. Akhirnya, lelaki kering tu mengalah. Dia mula membuka langkah untuk pergi dari situ sambil memberi amaran,
"Wei, Eriq! Hari ni hari kau. Sebab bini kau dah selamatkan kau. Ok, fine. Takpe!. Lepas ni, jaga kau. Kau ni pun satu la. Dah berbini pun sanggup buat Lyn tertunggu-tunggu." Lelaki kering terus sahaja pergi dari situ dengan penuh geram. Lelaki lembik tu memandang aku dengan penuh kemarahan.
"Woi, kau ni sape nak mengaku jadi bini aku pula! Aku tak suruh pun kau tolong aku. Yang kau menyibuk, apa hal?" 'Siapa pula la minah ganas ni. Teruk juga si Lan dia kerjakan. Suka-suka hati je mengaku jadi bini aku. Ish, tak ingin aku!' Hati Eriq berkata penuh teka-teki.
Aku terdiam. Hatiku berdetik, 'Ewah, mamat lembik ni. Dah kira cukup baik aku tolong kau. Bukannya nak reti bersyukur. Marah aku lagi ada la. Bukan aku nak sangat pun mengaku kau tu suami aku. Perasan je.' Aku terus mendiamkan diri. Malas aku nak melayan mamat lembik tak reti bersyukur ni. Baik aku balik rumah, lagi bagus. Letih sangat ni.
Eriq berkata dalam hati, 'Ish, kenapa la aku boleh kena belasah dengan Lan ni. buat malu je.' Eriq sememangnya sedang demam. Dia terpaksa pergi ke hospital dengan sendirinya kerana dia tidak suka menyusahkan sesiapa. Walaupun mempunyai 'black belt' juga dalam karate-do, Eriq tewas hanya dengan satu tumbukan daripada Lan kerana keadaan kesihatannya.
Eriq membuka pintu keretanya. Tiba-tiba, pandangannya menjadi kelam. Eriq berasa sangat pening. Mungkin dia terlalu banyak menggunakan tenaganya membalas tendangan Lan lebih-lebih lagi dalam keadaannya yang tidak sihat. Eriq tersungkur di tepi keretanya.
Buk! Erina, gadis yang telah membantu Eriq mula untuk membuka langkah menuju ke keretanya. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi seakan seseorang jatuh ke lantai. 'Eh, siapa pula yang jatuh ni?' Erina memandang belakang. 'Ya Allah, mamat lembik tu jatuhlah. Apa kena pula dia ni!' Hatiku terus tertanya-tanya. 'Perlu ke aku tolong dia ni lagi? Ish, takkan aku nak biarkan je. Takkan seorang doktor tak boleh membantu orang kot.'
Erina terus memapah Eriq menuju ke keretanya. Tanpa berfikir panjang, sebagai seorang doktor, Erina membawa lelaki itu pulang ke rumahnya. Dia hampir terlupa bahawa dia masih berada di kawasan hospital. Mungkin disebabkan dia terlalu geram dengan sikap lelaki itu, Erina terus keluar dari kawasan hospital.
***
"Erfan! Erfan! Mari sini, dik. Akak ada bawa pesakit ni. Tak larat akak nak papah ni." Erina memanggil adiknya.
"Eh, siapa ni kak? Kenapa dengan dia ni? Meh, adik tolong akak." Erfan membantu kakaknya memapah lelaki itu terus ke biliknya. Erfan merupakan adik kepada Erina. Mereka hanya tinggal dua beradik sejak pemergian nenek yang disayangi dua bulan lepas.
Ibu dan bapa mereka sudah lama meninggal dunia semasa Erfan berumur 2 tahun kerana terlibat dalam sebuah kemalangan. Mereka tiada saudara mara lain. Kini, Erina sahajalah yang menjaga adiknya Erfan. Itulah sahaja adik yang dia sayangi. Sehingga kini, Erina masih tidak mempunyai pasangan hidup kerana dia lebih mengutamakan keperluan Erfan daripada dirinya.
"Kakak, kenapa dengan lelaki tadi tu? Kenapa kakak bawa dia balik rumah? Kenapa akak tak hantar je kat hospital tempat akak bekerja tu?" Bermacam-macam soalan keluar daripada mulut Erfan. Sebenarnya Erfan pelik kerana selama ini, nak berbual pasal lelaki pun, kakaknya tidak mahu. Erfan amat mengenali sikap kakaknya yang amat menyayanginya.
"Maafkan akak ye, dik. Akak jumpa lelaki tu kat car park kat hospital tadi. Akak nampak dia kena belasah dengan sorang mamat kering. Tak terfikir pulak akak nak hantar je kat wad kecemasan hospital tu. Akak bercelaru. Penat sangat kot."
"Kesian, kakakku sorang ni. Adik minta maaf eh. Banyak pulak bertanya. Akak penat eh. Biarlah adik yang jaga lelaki tu. Akak pergilah mandi, rehatkan diri." Erfan membalas.
"Erfan, akak minta maaf ye. Takpe kan kalau dia tumpang bilik Erfan? Malam ni je. Esok akak hantar dia ke hospital. Tolong akak ye dik."
"Em, Erfan tak kisah pun. Lagipun esok hari Sabtu, Erfan takde kuliah. Erfan just nak siapkan tesis je kat rumah. Akak pergilah rehat."
Erina tersenyum. Baiknya adik aku. Tidak sia-sia nenek membela dan mendidik kami. Terima kasih nenek.
"Terima kasih, dik. Akak naik dulu ye. But, before that, adik dah makan ke?"
"Belum lagi. Adik masak nasi goreng tadi. Ayam goreng pun ada. Adik nak makan dengan akak."
"La, tunggu akak ke. Kejap ye. Akak mandi dulu."
Erina melangkahkan kaki menuju ke biliknya. Dia berasa teramat penat tetapi tetap melangkah ke bilik mandi. Dia mahu menyegarkan dirinya dan menemani adiknya makan. Erfan masih lagi sibuk menaip tesisnya. Terdetik di hatinya untuk melihat keadaan lelaki itu. Khuatir jika dia memerlukan apa-apa. Erfan terus ke biliknya. Pintu bilik dibuka.
'Em, tidur lagi ni. Akak kata, dia demam panas. Patutlah lembik je bila kena belasah. Mujurlah akak aku tu ada seni mempertahankan diri.' Ngomel Erfan. Sebaik sahaja Erfan mahu melangkah keluar dari biliknya, terdengar lelaki itu bersuara.
"Siapa tu? Wei, aku kat mana ni? Korang culik aku ke, ha? Aku tau la aku ni anak orang kaya!" Lelaki itu berkata dengan angkuhnya. Erfan berpaling.
"Maaf, encik. Saya Erfan. Kakak saya yang bawa encik ke sini. Encik pengsan kat hospital tadi. Kakak saya doktor, dia tak sampai hati nak biarkan encik pengsan kat situ."
"Bukan ke aku pengsan kat hospital? Kenapa tak hantar je aku kat wad kat situ? Leceh betullah. Suka-suka hati je bawa aku balik rumah korang ni." Lelaki itu membalas. Erfan semakin geram. Dia geram dengan sikap lelaki yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih itu. 'Sabar, Erfan. Sabar. Dia tetamu kau. Kena hormat tetamu.' Erfan membisikkan kata-kata itu ke hatinya.
"Maafkan kami ye, encik. Encik berehatlah dulu. Kakak saya kata, demam encik tu teruk juga. Bawa-bawalah berehat ye. Boleh saya tau, nama encik? Saya Erfan, adik kepada Dr Erina." Erfan menghulurkan tangannya.
"Aku Eriq. Kau, Erfan? Aku laparlah. Ada makanan, tak?" Lelaki itu menyambut huluran tangan Erfan. Masih ada lagi sedikit nilai murni pada lelaki itu. Sememangnya Eriq sangat lapar saat itu. Dia masih belum makan malam. Eriq akan lebih banyak makan jika keadaannya dirinya tidak sihat.
"Ops, lupa pula saya. Ada. Mari, kita ke dapur. Or encik Eriq nak saya hantarkan ke bilik? Encik tak sihat lagi ni." Erfan membalas sambil tersenyum.
"Boleh jugalah. Aku malas la nak turun. Kau hantarkan tau. Cepat sikit." Eriq kembali menjadi dirinya yang sedikit tidak sopan. Eriq memang begitu. Dia keras kepala dan angkuh. Eriq anak kepada seorang hartawan di sebuah daerah.
Erfan terus menuju ke dapur. Erfan terfikir tentang kakaknya. 'Em, kakak belum makan lagi ni. Mesti tertidur ni.' Erfan membawa makanan ke biliknya. Dia mahu memberikan kepada lelaki bernama Eriq itu. Erfan meletakkan makanan di atas meja memandangkan lelaki itu tidur. 'Aik, tidur pula lelaki ni.' Gumam Erfan dalam hati.
Erfan mengetuk pintu bilik kakaknya. "Kak, Erfan ni. Kak, jom makan. Erfan nak makan dengan kakak. Kak…" Pintu terbuka. Erina muncul di muka pintu sambil membetulkan tudungnya.
"Akak minta maaf ye, Erfan. Lambat sikit. Nak kena pakai tudung. Maklumlah, ada guest. Hehe. Jom, kita turun makan. Lelaki tu camne? Dia dah makan ke?"
"Erfan dah letak makanan atas meja kat bilik tu. Pandai-pandailah dia makan." Erfan seakan-akan geram dengan sesuatu.
"Taklah. Erfan geram sikit dengan lelaki tu. Tak sopan betul." Di depan kakaknya, barulah Erfan berani meluahkan isi hatinya. Dia geram dengan sikap lelaki itu. Kalau ada masalah, Erfan memang tidak pernah berselindung daripada kakaknya.
"Em, kakak pun geram juga dengan lelaki tu. Tapi, buat masa sekarang, dia tetamu kita. So, kita kena hormat. Betul tak?" Erina cuba memujuk dirinya walaupun dirinya juga seperti adiknya. Geram dengan kelakuan lelaki itu.
"Em, baiklah kakak. Jomlah kita makan. Lapar dah ni. Hehe. Lelaki tu, nama dia Eriq. Dia yang bagitau tadi." Erina menjawab, "Oh, yeke. Em, nice name but bad attitude. Hehe. Biarlah. Jom, kita makan. Baca doa, dik."
***
Azan Subuh berkumandang. Erina terjaga daripada tidurnya sambil mengesat mata. Terdetik di hatinya, 'Dah Subuh rupanya. Alhamdulillah, mudah bagiku bangun tatkala Subuh. Baik aku bangun sekarang. Kejap lagi mesti Erfan panggil aku.' Erina dan Erfan memang sudah biasa solat berjemaah. Itu lebih afdhal berbanding solat sendirian. Itulah yang sering diajar oleh ustaznya semasa dia masih bersekolah.
Erina lantas menuju ke bilik mandi untuk mempersiapkan dirinya. Beberapa minit berlalu, Erina terdengar pintu biliknya diketuk. Tuk, tuk, tuk. Erina bergegas ke arah pintu dengan bertelekung.
"Erfan, sekejap ye dik. Akak bukakan pintunya." Erina terus sahaja membuka pintu. Dia sangat terkejut kerana yang berada di depannya bukan adiknya tetapi lelaki yang telah diselamatkannya. Erina terkedu.
"Em, Encik Eriq nak apa? Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke? Saya dan adik saya nak solat Subuh ni. Encik join la sekali." Erina memulakan bicara.
Eriq hanya menggaru kepala. Mukanya agak sedikit terkejut kerana melihat Erina bertelekung. Dia sangka dia sedang berhadapan dengan makhluk halus. Eriq kembali berlagak tenang. 'Buat aku terkejut je la minah ni.' Eriq berkata dalam hati.
"Encik…"
"Subuh? Korang bangun awal-awal pagi ni semata-mata nak solat Subuh? Haha. Tidur lagi bagus." Eriq menjawab dengan angkuhnya.
"Astaghfirullah. Tak baik encik cakap camtu. Solat tu kan wajib bagi kita umat Islam. Bukan ke nama encik, Eriq? Encik orang Islam, kan? Dah tu, kalau tidur lagi bagus, apa yang encik buat depan bilik saya ni? Siap ketuk bilik saya lagi." Erina membalas kata-kata angkuh lelaki itu.
"Aku silap bilik la. Aku nak masuk bilik adik kau. Aku pergi dapur tadi. Minum. Haus. Korang tak sediakan air kat bilik. Terpaksalah aku turun sendiri." Eriq masih lagi dengan sikapnya yang kurang sopan itu.
Erina malas hendak melayan lelaki itu. Dia terus menuju ke bilik adiknya. Erina mencari-cari adiknya tetapi tiada. 'Mana pula perginya Erfan ni? Mana pula dia tidur malam tadi?' Erina menjadi semakin risau. Adiknya tiada dalam bilik. Erina terus ke ruang tamu di tingkat bawah. Erina terpana. Dia melihat adiknya sedang tidur di atas sofa.
"Em, dah Subuh ke kakak? Adik minta maaf la. Adik tak sedar." Erfan bangun dan terus menuju ke bilik mandi di dapur. Erina hanya mampu menggelengkan kepala.
Selesai mengerjakan solat, Erina membuka bicara, "Erfan, kenapa adik tidur kat bawah ni. Kenapa tak tidur di bilik?"
Erfan hanya senyum. "Takpe la kakak. Kan kita ada tetamu? Biarlah dia tidur kat bilik adik. Mesti dia kurang selesa kalau Erfan tidur di sebelahnya. Erfan tak kisah pun." Sekejap-sekejap Erfan akan membahasakan dirinya adik atau Erfan. Begitu juga dengan Erina. Dia akan memanggil adiknya Erfan atau adik.
"Baiknya adik akak. Macam ni la adik akak. Alhamdulillah. Takpe, lepas akak dah hantar lelaki tu nanti, adik tidurlah kat bilik adik ye. Maybe hari ni akak balik tengahari. Kita makan kat luar, nak?"
"Ok juga tu. Jomlah kak. Buat sarapan sama-sama. Erfan lapar pulak. Hehe." Erfan tersengih.
"Jom. Erfan tak ajak lelaki tu solat sekali ke?" Erina bertanya.
Erfan menggaru kepala, "Erfan lupa la ada guest kat rumah ni. tak terfikir pulak nak ajak. Selalu kan kita berdua je yang solat bersama. Erfan malas nak layan kerenah lelaki tu sebenarnya. Akak je la layan guest kita tu."
"Em, takpelah. Erfan pergi tengokkan dia kejap. Sementara tu, akak siapkan sarapan ye. Nanti akak hantarkan ke bilik. Akak rasa dia tak sihat lagi tu."
Erfan terus sahaja naik ke biliknya di tingkat atas. Erfan tidak kisah lelaki itu tidur di biliknya kerana bilik tetamu di tingkat bawah tiada katil atau tilam. Erfan membuka pintu biliknya. Dilihatnya lelaki itu tiada di atas katil. Erfan terkejut. Namun, dia lega kerana dia terdengar seseorang sedang mandi.
'Eh, dah sihat ke lelaki tu?' Bisik hati Erfan. Erfan keluar daripada biliknya menuju ke dapur. Dia melihat kakaknya sedang menyapu mentega. Erfan menghampiri kakaknya.
"Kak, dia tengah mandi la. Erfan malas nak tegur. Erfan nak makan dulu la kakak. Jom, kita makan dulu."
"Em, yelah."
Sedang mereka asyik menjamu selera, tetamu lelaki itu muncul dengan hanya memakai tuala. Erina sangat terkejut. Erina berbisik, 'Eh, selambanya dia ni.' Erina terus menuju ke dapur meninggalkan ruang makan. Dia malu melihat keadaan lelaki seperti itu. Erfan memahami situasi kakaknya. Dia menarik tangan lelaki itu menuju ke biliknya.
"Encik Eriq ni kenapa tak pakai baju yang saya dah sediakan atas katil tu? Malulah macam ni. Kakak saya tu pemalu. Dia tak pernahnya nak cakap pasal lelaki. Lagi-lagilah nak tengok lelaki bertuala je macam encik tadi. Harap encik hormat akak saya." Erfan menuturkan kata-kata itu penuh hati-hati. Dia tidak mahu mengguris hati tetamu walaupun dia maklum dengan sikap lelaki itu.
Eriq terdiam. Kemudian, dia berkata, "Ala, takkan tak pernah tengok kot. Dia kan doktor. Takkan la tak biasa. Itupun nak malu ke. Ape la. Entah apa-apa. Ada lagi rupanya perempuan macam tu sekarang? Aku ingatkan dah takde dah. Heh!" Eriq membalas sinis. Erfan malas mahu melayan Eriq. Dia terus keluar dari bilik itu dan terus mendapatkan kakaknya di dapur.
"Kakak, Erfan ni. Dia dah takde. Dah naik ke bilik. Jom, kita sambung makan." Erfan memanggil kakaknya. Erina muncul dari arah dapur. "Maaflah dik. Menyusahkan adik. Jom, kita makan." Sedang mereka makan, sekali lagi lelaki itu muncul. Erina terkejut. Erfan cepat-cepat memulakan bicara. "Encik, mari sarapan dengan kami."
Eriq terus duduk di sebelah Erfan. Tanpan segan silu, dia terus mengambil roti yang telah disediakan. Seperti orang kebuluran gamaknya. Erfan dan Erina hanya memerhati tetamu mereka itu tanpa sepatah kata. Tiba-tiba Eriq bersuara, "Hantar aku balik lepas ni. Aku tak suka la lama-lama kat rumah orang. Rimas." Erina memandang Eriq sambil membalas, "Em, ok. Lepas ni saya hantarkan. Encik nak saya hantar ke rumah or hospital? Dah ok ke? Dah boleh drive ke?"
"Aku dah sihat. Kau hantar aku ke hospital je la. Aku nak ambil kereta aku. Lepas ni tau. Aku nak cepat." Eriq menjawab. Erfan hanya mendiamkan diri. Bukan dia tidak mahu mencelah cuma dia menghormati kakaknya. Erina hanya mengangguk.
***
Erina dan Eriq hanya diam membisu semasa dalam perjalanan ke hospital. Erina malas hendak melayan kerenah lelaki itu.
"Baju adik kau yang aku pakai ni, nanti aku hantarkan. Lagipun, aku dah tau rumah kau." Eriq memulakan bicara.
Erina menjawab, "Tak payahlah susah-susah Encik Eriq. Bagi je kat hospital bila-bila je encik lapang. Tak perlu susah-susah datang rumah kami. Em, kita dah sampai ni. Tu, kereta encik. Saja tunjuk. Takut encik lupa kat mana encik letak. Ni ha, kunci kereta." Eriq memandang Erina dengan pandangan yang tajam lantas mengambil kunci itu.
Belum sempat Eriq keluar daripada kereta, Erina sempat berpesan, "Harapnya encik dapat berubah. Allah tidak pernah melupakan hambaNya. Kita sahaja yang selalu melupakanNya." Erina hanya tersenyum lalu pergi mencari tempat letak kereta yang sesuai.
Eriq terpana. Hatinya berkata, 'Ish, perempuan ni. suka hati je nak berceramah kat aku. Macam la baik sangat. Menyampah betul. Peduli apa aku. Aku bukan kenal pun dia tu.' Eriq membuka pintu keretanya lalu meninggalkan kawasan hospital. Dia mahu pulang ke rumah secepat mungkin.
Telefon bimbitnya berbunyi. Eriq melihat pada skrin telefonnya. Lyn sedang menghubunginya. Eriq lantas menjawab, "Hello, Lyn. Lyn nak ape lagi? Sudah-sudahlah tu ganggu Riq. Riq kan dah cakap, Riq langsung takde hati dengan Lyn lagi. Lyn terima je la Lan. Dia lebih layak untuk Lyn. Riq dah takde rasa apa-apa terhadap Lyn." Eriq diam.
Lyn terkejut dengan kata-kata Eriq. Sememangnya dia menyayangi Eriq. Cuma sejak kebelakangan ini, Lan asyik mengganggunya. Eriq pula semakin menjauhkan diri. Lan masih berusaha untuk mencuri hatinya. Lyn keliru. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan.
"Sampai hati Riq cakap Lyn camtu. Lyn sayangkan Riq. Cuma Lyn keliru sekarang ni. Lan selalu mengajak Lyn berkahwin dengannya. Tapi Lyn masih sayangkan Riq. Tolonglah Lyn." Lyn merayu.
Eriq menghembuskan nafasnya. Terlalu berat untuk dia melepaskan Lyn. Sejak di sekolah menengah lagi Lyn menjadi kekasih hatinya. Tapi, sejak kebelakangan ini, Eriq sendiri pun keliru. Hatinya seolah-olah bukan untuk Lyn. Dia berasa jodohnya bukan Lyn. Dan Lyn lebih sesuai dengan Lan, sahabatnya sendiri.
"Lyn, Riq tau Lan sayangkan Lyn. Dia mampu membahagiakan hidup Lyn. Riq dah takde hati dengan Lyn. Terus terang Riq katakan, Lyn lebih layak dengan Lan. Riq tak sebaik yang Lyn sangka, Lyn. Cuba Lyn faham keadaan Riq."
Lyn terpaksa menerima hakikat hubungannya dengan Eriq sudah sampai ke penghujungnya. "Eriq, kita jumpa sekejap ye. Lyn tau, Lan belasah Riq, kan? Kita jumpa kejap, Riq." Lyn mengajak Eriq keluar bukan untuk berunding tetapi untuk meleraikan segala kekusutan yang dihadapi.
***
"Lyn, Lyn masih berfikir lagi ke? Hujung minggu ni, Lan akan menghantar rombongan meminang. Harap Lyn jangan terkejut dengan apa yang Lan cakapkan ni." Lyn agak sikit terkejut. Sebenarnya dia sudah bersedia menerima Lan sebagai suaminya. Lyn telah berfikir sebaik mungkin. Dia juga telah mendapatkan nasihat daripada ibu dan ayahnya serta sahabat baiknya, Erina.
"Lan, sejujurnya Lyn dah bersedia untuk menjadi pasangan hidup Lan. Cuma Lyn harap, Lan janganlah serang Eriq lagi. Eriq dah takde hati pun dengan Lyn. Lyn pun dah lupakan dia." Lyn hanya mampu tersenyum. Lan berasa sangat gembira. Akhirnya Lyn menjadi miliknya. Sudah lama dia menunggu.
"Terima kasih Lyn. Semoga kita bahagia selamanya. Ok. Lan takkan cederakan Eriq lagi. Lagipun dia kawan Lan cuma Lan hilang kawalan bila dia rapat dengan Lyn. Lama sangat Lan tunggu. Dari sekolah Lan sayangkan Lyn tapi Lyn pilih Eriq. Lan pendam je sampai satu saat Lan dah geram. Eriq tu main-mainkan Lyn tau. Dia dah ada isteri pun tak bagitau Lan."
"What?!" Lyn terkejut. "Bila masa pulak Eriq kahwin? Selama ni, Eriq tipu Lyn? Sampai hati Eriq buat Lyn camni. Lan, kenapa Lan tak bagitau Lyn selama ni?"
Lan tertunduk. "Lan pun baru sahaja tau lepas je Lan belasah dia hari tu. Isteri dia tolong selamatkan dia. Boleh tahan juga isteri dia belasah Lan semula. Hebat minah tu." Lan mengingati semula peristiwa itu.
Lyn hanya diam membisu.
***
Dari jauh, Lyn sudah nampak kelibat Eriq. Dia sedang menuju ke arahnya tanpa senyuman. Murung sahaja. Lyn hanya membiarkan. Dia cuba berlagak tenang sedangkan hatinya geram dengan sikap Eriq. Eriq duduk di hadapan Lyn dan Lan.
"Eriq, kenapa Eriq sembunyikan perkara yang baik? Siapa isteri Eriq? Kenapa tak perkenalkan kepada Lyn dan Lan? Sampai hati Riq buat kami camni. Kami kan kawan Riq." Lyn memulakan bicara. Lan hanya diam membisu. Biarlah Lyn selesaikan segala-galanya malam ini.
"Apa yang Lyn merepek ni? Bila masa pulak Riq kahwin ni? Korang ni pandai betullah buat lawak. Hahaha. Kenapa Lan? Tak puas hati lagi ke lepas belasah aku hari tu?" Eriq memandang tajam ke arah Lan. Lan hanya sabar. Dia sebenarnya tiada niat hendak membelasah Eriq. Tapi selepas melihat Eriq asyik membiarkan Lyn seorang diri, tidak melayan Lyn seadanya seorang kekasih kepada kekasih hatinya, Lan jadi geram apabila Lyn yang amat disayanginya terluka dengan perlakuan sahabatnya sendiri, Eriq.
"Dah la tu, Eriq. Kenapa nak berselindung lagi. Actually, aku nak minta maaf pasal hari tu. Aku geram dengan kau ni. Lupakanlah. Hujung bulan ni, aku dan Lyn akan bernikah. Kami dah berjanji nak hidup bersama. Mungkin ini jodoh kami."
"Oh, dah nak kahwin rupanya. Em, elok sangatlah tu. Lyn. Sejujurnya, Eriq memang dah takde hati dengan Lyn. Eriq rasa lain seminggu dua ni. Aku pun dah maafkan kau, Lan. Lupakanlah. Tahniah. Jangan lupa jemput aku." Eriq ceria kembali. Segala kekusutan telah terlerai. Dia lega.
Lyn mencelah, "Habis tu, mana isteri Riq? Takkan seorang je kot malam ni?"
"Isteri? Come on, my dear friends, aku bujang lagi la. Minah hari tu dia nak cuba selamatkan aku. Tu la dia main sebut je aku ni suami dia. Dia tu doktor kat hospital tu. Teruk juga kau kena belasah ye, Lan. Hehe." Eriq mengusik.
\'Doktor kat hospital tu?\' Hati Lyn terdetik. Dia tersenyum.
***
Dua minggu berlalu, namun, Eriq masih belum memulangkan baju Erfan yang dipinjamnya. Kesibukannya bekerja sebagai jurutera menyebabkan dia terlupa. Erfan dan Erina tidak ambil kisah hal itu. Hingga pada suatu hari, sedang Erina dan Erfan seronok menonton televisyen, seseorang memanggil daripada luar.
"Hello, Erfan. Erfan!" Eriq memanggil nama Erfan berulang kali.
Erfan segera ke pintu hadapan. Dia terkejut melihat seorang lelaki seperti dia pernah mengenali lelaki itu. Erfan segera membuka pintu pagar rumahnya dan cuba mengamati rupa lelaki itu.
"Takpe, aku tak nak masuk. Aku just nak pulangkan baju kau yang aku pinjam hari tu. Aku terlupa. Baru teringat pagi tadi. Sory la brother. Ok la. Got to go. Bye!" Eriq terus masuk ke dalam keretanya dan terus memecut tanpa sempat Erfan berkata apa-apa.
'La, dia ni lelaki yang akak aku selamatkan hari tu rupanya. Encik Eriq. Teruk betul. Langsung tak ucapkan terima kasih sampai sekarang.' Erfan berkata-kata dalam hati. Erfan menutup semula pintu. Dia duduk di sebelah kakaknya.
"Siapa tu dik? Laju je dia pecut kereta." Erina bertanya.
"Lelaki yang akak selamatkan hari tu. Dia baru teringat nak pulangkan baju adik. Dah tu, adik tak sempat nak cakap apa-apa lagi, dia terus je pergi macam tu je. Terima kasih pun tak cakap. Teruk betul. Janganlah adik dapat abang ipar macam tu." Erfan menjawab pertanyaan kakaknya dengan perasaan geram.
Erina hanya tersenyum. "Biarlah dik. Dah memang sikap dia dari kecil macam tu kot. Biasalah, anak orang kaya. Ada ibu bapa. Kita ni dah la yatim piatu. Hidup berdua je. Takpe lah. Yang penting, kita cuba jadi orang baik. Betul tak?" Erina memujuk adiknya.
"Adik, movie ni dah nak habis. Lepas ni, kita lunch kat luar, nak tak? Akak dah lama tak belanja adik makan. Asyik masak kat rumah je. Lepas tu, adik teman akak shopping. Boleh?" Erina mengajak adiknya.
Erfan senyum kembali. Dia seronok bila berada dengan kakaknya. Dia tidak kisah apa yang kawan-kawannya cakapkan. Asalkan dia selalu dekat dengan kakaknya. Erfan mengangguk.
"Tapi kak, adik tak cukup duitlah. Biasiswa adik bulan ni tak masuk lagi."
"La, benda tu pulak difikirkannya. Akak kan ada. Apa guna akak jadi doktor? Akak jadi doktor sebab akak nak tolong adik. Akak takde sesiapa kat dunia ni tau. Adik je yang ada. Akak yang akan jaga keperluan adik sehingga adik dah boleh berdikari." Erina menuturkan kata-kata itu untuk melegakan hati adiknya. Dia tahu adiknya tidak suka menyusahkan dia. Jarang sekali adiknya mahu meminta duit daripadanya.
"Terima kasih, kak." Erfan tersenyum.
***
Erina mengajak Erfan makan di salah sebuah kedai makan di dalam Jusco Seremban 2. Erina memang suka berjalan-jalan di Jusco. Dekat sikit dengan rumahnya. Erina dan adiknya memesan makanan kesukaan mereka. Semasa menjamu selera, Erina seakan-akan melihat seseorang yang amat dikenalinya. Hatinya berkata, 'Eh, bukan ke itu lelaki yang kena belasah tu.'
"Erfan, adik, tengok belakang tu. Bukan ke tu Encik Eriq?" Erfan berpaling. Dia cuba mengamati kelibat itu.
"Aah la kak. Biarlah. Dia bukannya ada kena mengena dengan kita pun. Biarlah dia." Erfan sambung kembali makan.
"Betul juga. Buat apa nak ambil tau pasal dia kan. Apa la akak ni. Hehe. Pesan la lagi. Makan banyak-banyak. Adik tu dah kurus sikit. Tu la. Asyik dengan tesis je. Gym pun dah lama tak pergi, kan?" Erina kembali berbual dengan adiknya.
Erfan menggaru kepala seakan-akan sedang memikirkan sesuatu. "Em, betullah kak. Dah nak dekat sebulan adik tak pergi gym. Patut la lemah je badan ni ha. Jogging pun sekali sekala je." Erfan menjawab pertanyaan kakaknya.
Eriq mencari-cari tempat yang sesuai untuk makan tengahari. Dia seorang diri. Selepas putus kasih dengan Lyn, dia malas hendak berpasangan lagi. Dia lebih suka menyendiri. Tapi dia masih dengan sikap lamanya yang angkuh dan sombong. Tanpa disedarinya, Eriq duduk di belakang meja tempat Erina dan Erfan makan.
Erfan memanggil pelayan yang bertugas lalu memesan makanan kegemarannya. Sementara menunggu, dia mendapat mesej daripada ibunya. 'Riq, mama dan papa tak balik rumah hari tau. Kami on the way ke Kedah ni. jaga diri bebaik.' Eriq membaca mesej tapi malas mahu mambalasnya. Dia terus termenung. Beberapa minit kemudian, pelayan restoran menghantar makanan.
"Sir, this is your meal. Enjoy it, sir." Anak muda itu mempelawa Eriq makan. Semasa pelayan itu berpaling mahu meneruskan tugasnya, tangannya tertolak air minuman yang telah dipesan oleh Eriq lalu terkena kemeja Eriq.
"Apa ni? Buta ke? Tengok apa kau dah buat dengan baju aku ni? Nak kerja pun elok-elok la sikit! Itupun nak aku ajar juga ke?" Eriq melepaskan geramnya. Dia bangun lalu hendak menumbuk anak muda yang bekerja sebagai pelayan itu. Tapi, Erina pantas bertindak. Dia mencengkam tangan Eriq. Mata mereka bertentangan. Erina terkejut. 'Eh, lelaki ni lagi.'
"Encik, dah la tu. Dia tak sengaja la. Kenapa teruk sangat nak marah dia. Lap je la baju tu. Perkara kecil pun nak perbesarkan ke?" Erina geram dengan sikap lelaki bernama Eriq itu. Sikapnya keterlaluan. Terlalu bengis.
"Yang ko ni nak membela pelayan restoran ni kenapa? Adik kau ke? Yang ko ni suka sangat nak menolong orang kenapa ha? Dulu, aku tak minta tolong pun, suka-suka hati je nak menolong. Dr Erina. Kau dengar sini. Kau takde kena mengena dengan hal aku dengan budak hingusan ni! Blah la dari sini!" Eriq membalas dengan kata-kata yang sangat menyakitkan hati Erfan.
"Encik Eriq, encik ni dah melampau. Gentleman la sikit. Akak saya ni kan perempuan, hormat la sikit. Baik encik minta maaf dengan akak saya dan abang pekerja ni. Dia tak sengaja." Erfan mencelah. Tidak sanggup dia mahu melihat kakaknya meleraikan kerumitan itu seorang diri.
Eriq berasa sangat geram. Orang di sekeliling hanya memandang mereka berempat. Eriq mendengus sambil berkata dalam hati, 'Minah ni memang dah melampau. Mana aku pergi, mesti ada dia. Dah tu, asyik nak buat aku marah je. Sakitnya hati aku!' Hati kecilnya marah.
Eriq tiba-tiba menjerit, "Apa yang korang tengok-tengok ha? Korang nak kena belasah dengan aku ke? Jangan nak menyibuk la hal orang lain! Woi, perempuan! Kau dengar sini, kau jangan sesekali nak menyibuk hal aku lagi. Ingat tu!" Eriq memberi amaran sambil membuka langkah untuk pergi dari situ.
Erfan cuba melawan tetapi ditahan oleh kakaknya. "Dahlah tu dik. Biarkan. Akak tak kisah pun. Biarkan dia." Erina memujuk adiknya.
"Dik, akak minta maaf bagi pihak lelaki tadi tu ye. Makanan dia tu, nanti masukkan dalam bil akak ye. Minta maaf sekali lagi ye." Erina berkata kepada pelayan restoran itu dengan senyuman terukir di bibir. Pelayan restoran itu hanya tunduk dan berterima kasih kepada Erina.
***
'Eeee….geram betul aku dengan minah tu. Tau la doktor. Nak berlagak pula. Geramnya aku! Selama ni takde sesiapa pun yang berani melawan aku. Why she? Perempuan pula tu.' Eriq berkata sendirian di bilik tidurnya. Malam ini mama dan papanya tiada. Eriq tinggal seorang diri.
Dia hanya ditemani dua orang suami isteri yang bekerja di rumah itu, Pak Mat dan Mak Mah. Mereka amat menyayangi Eriq seperti anak mereka sendiri namun Eriq tidak begitu. Dia sering meninggikan suaranya ketika bercakap dengan Pak Mat dan Mak Mah. Sikapnya yang angkuh dan sombong itu telah membutakan hatinya.
Eriq seorang jurutera yang bagus. Dia selalu dipuji kerana kecekapannya bekerja. Eriq seorang anak kepada hartawan terkenal. Mama dan bapanya tidak seperti dirinya. Kedua ibu bapanya sering melakukan kerja amal dan tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Mereka menganggap Pak Mat dan Mak Mah seperti keluarga sendiri.
Hanya Eriq yang bersikap sombong. Dia anak tunggal. Mungkin dia terlalu dimanjakan sehingga dewasa. Tetapi Eriq tidak pernah menyusahkan mama dan papanya. Cuma dia sering tidak mengendahkan nasihat kedua ibu bapanya walaupun dia amat menyayangi mama dan papanya.
Eriq masih geram. Dia masih mengingati peristiwa di restoran. 'Macam mana pula aku boleh terpanggil nama dia ye? Lama dah aku tak jumpa minah tu. Boleh pula aku tersebut nama dia. Pelik ni. Aku geram sangat kot.' Hati Eriq penuh dengan persoalan. Lama-kelamaan, dia tertidur.
***
"Seronok ke mama dan papa ke London? Sayangnya, Riq tak dapat ikut sekali. Riq banyak kerja. Dah tu, lepas je mama dan papa ke Kedah, terus je pergi London. Tak sempat jumpa pun." Eriq begitu gembira menyambut kepulangan ibu bapanya dari London.
"Alahai, anak mama ni. Macam budak-budak. Umur tu dah meningkat, nak bermanja lagi. Papa tengok la anak awak tu. Mama dan papa pergi pun sebab urusan kerja. Kalau papa dan mama tak bekerja kuat, camne kami nak sara hidup. Hehe." Datin Effa mengusik anaknya.
Datuk Rafiq mencelah, "Betul tu, Riq. Nak bermanja pula. Hehe. Mama dan papa pergi pun bukannya lama mana pun. Seminggu kat Kedah, seminggu kat London. Riq ni, bila nak kahwin? Lyn dah selamat kahwin dengan Lan. Kamu tu bila lagi?"
"Ala, mama dan papa ni. Riq ni kan lelaki. Lambat pun takpe. Hehe. Takde calon lagi la mama, papa. Carikanlah." Eriq tersenyum nakal.
"Ada-ada je la kamu ni. Mama dan papa ni dah makin tua. Takut tak sempat, Riq." Datin Effa bernada sayu. Seakan-akan ajalnya akan tiba tak lama lagi.
"Ish, mama ni. Ada pula cakap camtu. Tak baiklah mama." Eriq berusaha memujuk mamanya.
Datuk Rafiq sekali lagi mencelah, "Sudahlah tu mamanya. Pak Mat dan Mak Mah apa khabar?"
"Ala, papa ni. Buat apa tanya khabar diorang tu. Biarkan je la. Bukan ada kena mengena dengan kita pun." Eriq menjawab dengan sombongnya.
Datin Effa meninggikan suara, "Eriq! Tak baik cakap camtu. Kalau mama dan papa dah takde kat dunia ni, Pak Mat dan Mak Mah juga yang akan jaga kamu nanti. Kamu jangan bersikap camni. Hormat orang tua, Riq. Kita takkan selamanya senang. Allah Maha Kuasa, Riq."
Eriq terdiam. Dia telah melukakan hati ibunya. "Riq minta maaf, mama, papa."
Akhirnya mereka bertiga terdiam. Hanya alunan muzik yang berkumandang. Eriq meneruskan pemanduannya. Tanpa mereka sedari, di suatu selekoh, terdapat sebuah lori kontena yang tidak dapat dikawal. Pemandu lori itu tidak dapat mengawal stereng lalu merempuh kereta yang dipandu oleh Eriq.
Bang! Eriq masih lagi sedar tetapi keadaannya sangat lemah. Dia cuba mencari mama dan papanya. 'Mama! Papa!' Hatinya menjerit kecil. Akhirnya, dia pengsan.
***
"Ish, teruknya accident tu. Ya Allah, satu keluarga parah ni. Kesiannya. Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali." Erfan sangat terkejut melihat berita di kaca televisyen.
"Mana kakak ni. Lambatnya kakak balik hari ni. Selalunya before maghrib, akak dah sampai rumah. Mesti ada kes ni. Eh, accident tadi tu kat sekitar Seremban. Mesti akak incharge ni." Erfan bercakap seorang diri.
Erina masih belum pulang. Erfan hanya tinggal seorang diri. Dia bangun daripada sofa lalu menuju ka dapur. Dia mahu menyediakan makan malam untuk kakaknya sekali. Erfan sememangnya pandai memasak. Kakaknya selalu mengajarnya masak memandangkan mereka tinggal berdua.
"Erfan, Erfan! Kakak ni. Buka pintu ni, dik." Selang beberapa minit kemudian, Erfan membuka pintu sambil mengesat matanya. "La, adik dah tidur ke. Akak minta maaf ye kejutkan adik. Akak lupa bawa kunci hari ni. Kelam kabut pagi tadi."
Erfan hanya menggeleng kepala. "Takpe, kak. Adik tak kisah. Baru je pukul 11. Erfan terlelap. Lepas masak tadi, Erfan tengok movie. Tertidur. Hehe. Masuklah kak."
"Erfan dah makan ke belum ni? Rajinnya adik masak hari ni." Erina memuji adiknya.
"Takde la kakak. Hari ni adik takde kuliah. Balik awal sikit. Erfan belum makan. Jomlah." Erfan menarik tangan kakaknya ke arah ruang makan. Kemudian, dia menyendukkan nasi untuk kakaknya.
"Kakak ada kes kat hospital tadi, kan? Adik tengok berita. Ada accident. Teruk juga. Mangsa dihantar ke hospital tempat akak bekerja. Mesti akak bertugas, kan? Tu yang balik lambat ek?"
Erina geleng kepala. "Banyaknya soalan adik ni. Macam menyiasat pesalah. Adik, adik. Betullah tu. Akak incharge pasal kejadian tu. Teruk juga. Sampai sekarang mereka bertiga masih belum sedarkan diri. Kawan akak take over tempat akak malam ni sekejap. Esok akak bertugas semula."
"Kalau adik nak tau, salah seorang yang terlibat, lelaki yang akak dah selamatkan dulu. Erfan ingat lagi tak, Encik Eriq?" Erina melihat adiknya seakan-akan sedang berfikir.
"Em, teruk juga keadaan dia dan kedua ibu bapanya. Kami dah kenalpasti mangsa. Memang Eriq dengan ibu bapanya. Akak sedih tengok keadaan mereka, dik. Akak teringat kat mama dan ayah kita. Akak pun pernah terlibat dengan kemalangan macam tu juga. Mama dan ayah kita meninggal dunia time tu juga. Alhamdulillah, akak selamat." Sayu sahaja suara Erina.
Erfan memegang bahu kakaknya. "Kak, yang dah pergi, kita kena redha. Akak juga yang selalu cakap kat saya camtu, kan? Allah lebih sayang mama dan ayah. Semoga mereka bertiga tu selamat, kak. Ok, jom kita makan. Adik lapar ni. Hehe."
Erina mengangguk sambil mengesat air matanya yang mula mengalir.
***
"Mama! Papa! Jangan tinggalkan Eriq! Eriq nak ikut mama dan papa…tolonglah. Mama, papa!" Eriq memanggil mama dan papanya. Eriq seakan meracau. Erina sangat terkejut. Tiba-tiba sahaja Eriq menjerit seperti itu sedangkan sebelum ini bilik itu sunyi sepi. Erina ditugaskan untuk menjaga pesakit bernama Eriq.
Erina segera menerpa ke arah Eriq. Dia sempat menyediakan ubat penenang untuk disuntik kepada pesakit. "Encik, encik. Sabar, encik. Nurse, tolong saya. Pegang tangannya. Saya mahu berikan suntikan." Erina memberi arahan. Kedua-dua jururawat yang berada bersama Erina di dalam bilik itu terus membantu Erina.
Lama-kelamaan, pesakit itu terlena. Dia lemah. Erina lega. Sebenarnya Erina ketakutan. Erina takut untuk memberitahu Eriq bahawa kedua ibu bapanya telah tiada. Sudah dua hari mereka pergi meninggalkan dunia ini. Begitu juga, selepas dua hari, baru Eriq sedarkan diri. Erina menangis sendirian. Keadaan Eriq sama seperti keadaannya pada suatu ketika dahulu.
Erina cuba menahan tangisannya. Dia tidak mahu nampak lemah sebagai seorang doktor. Dia perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi pesakit yang telah dikenalinya itu. Dia tidak takut dengan sikap lelaki itu. Dia cuma takut untuk melihat reaksi pesakit itu setelah diberitahu mengenai ibu bapanya.
Malam itu, hanya Erina seorang tinggal di dalam bilik Eriq. Dia mahu melihat sendiri perkembangan pesakitnya itu. "Erfan, kakak tak balik rumah hari ni ye. Akak perlu melihat perkembangan pesakit akak. Adik jaga diri baik-baik tau. Jangan lupa kunci pintu." Erina menelefon adiknya.
Erfan sedikit risau. "Takpe ke akak sorang-sorang je kat situ? Tinggal dengan lelaki sombong tu pula. Takde apa-apa ke, kak? Akak hati-hati ye."
"Takde apa-apa la dik. Nurse ada kat sini. Jangan risau.InsyaAllah, takde apa-apa. Lagipun, kakinya patah. Tak mungkin dia akan serang akak. Cuma akak risaukan satu perkara je dik." Erina merendahkan suaranya. Dia risau.
"Kenapa ni kak? Bagitaulah adik."
"Akak tak tau camne nak bagitau dia mengenai kedua ibu bapanya, dik. Dia baru je sedarkan diri setelah dua hari parents dia meninggal dunia. Akak takut nak hadapi situasi tu, dik." Erina berterus terang dengan Erfan.
"Kak, sebagai seorang doktor, akak kena tabah. Akak kena kuat kalau nak pesakit akak cepat sihat. Akak mesti kuat. Janji dengan adik, akak takkan takut lagi. Em?" Erfan memberi semangat kepada kakaknya.
"Akak akan cuba. Terima kasih, dik. Akak terpaksa tutup handphone. Ada someone nak melawat pesakit akak tu. Jaga diri ye. Assalamualaikum."
"Em, akak pun. Waalaikum salam." Eriq menekan punat off. 'Ya Allah, berikan kekuatan kepada kakakku. Dia seorang yang mudah terusik hatinya.' Erfan berdoa dalam hati.
***
"Assalamualaikum, makcik, pakcik. Boleh saya bantu? Saya Dr Erina. Saya yang ditugaskan untuk melihat perkembangan Encik Eriq. Boleh saya tau makcik dan pakcik siapa kepada pesakit saya?" Erina menyapa Pak Mat dan Mak Mah.
Pak Mat dan Mak Mah menjawab salam Erina dan memperkenalkan diri. Pak Mat memulakan bicara. "Doktor, kami ni tiada talian persaudaraan dengan Eriq. Tapi kami ni bekerja di rumahnya dan kami telah menganggap Eriq sebagai anak kami sendiri. Boleh kami melihat dia, doktor?"
Erina tersenyum. "Baiklah. Pakcik dan makcik boleh melihat Encik Eriq tapi saya harap sekejap sahaja. Dia perlu rehat yang secukupnya memandangkan dia baru tersedar tadi. Keadaannya masih belum stabil. Dia masih meracau memanggil ibu bapanya. Maafkan saya atas pemergian Datuk Rafiq dan Datin Effa. Kami dah cuba sedaya upaya. Hanya Allah yang berhak ke atas hambaNya."
Mak Mah memegang bahu Erina. Erina sedikit terkejut. "Doktor, kami tak salahkan sesiapa. Kami redha dengan ketentuanNya. Cuma kami akan cuba untuk menjaga Eriq seperti anak kami sendiri." Erina mengangguk. Lalu, Pak Mat dan Mak Mah masuk ke bilik Eriq.
Erina berpaling sambil hatinya berbisik, 'Encik Eriq, kau sungguh bertuah. Even ibu bapa kandungmu tiada, masih ada lagi orang tua yang sayangkan kau.' Erina terus ke biliknya. Dia tidak mahu menganggu kedua orang tua itu.
Tiba-tiba, Eriq tersedar. Mak Mah sangat gembira. Eriq terus memeluk Mak Mah. Dia seperti seorang anak kecil yang sedang ketakutan. "Mak Mah, mana mama? Mana papa? Kenapa Pak Mat dan Mak Mah saja yang datang sini? Apa dah jadi kat mama dan papa?" Eriq merayu menginginkan sebuah jawapan.
Pak Mat dan Mak Mah seolah-olah hilang kata-kata. Pak Mat cuba memujuk Eriq. "Eriq, harap Eriq bersabar ye nak. Papa dan mama Riq dah takde. Mereka telah pergi untuk selamanya, Riq. Riq sabar ye nak."
"Ya Allah! Mama! Papa! Ampunkan Eriq. Kenapa mama dan papa tinggalkan Eriq?!" Eriq seperti hilang kawalan. Pak Mat segera memanggil Erina. Dengan pantas, Erina dan beberapa orang jururawat cuba menenangkan Eriq. Eriq telah diberikan suntikan sekali lagi. Akhirnya, dia terlena.
"Maafkan kami, Dr Erina. Kami telah memberitahu Erq mengenai ibu bapanya. Itu sebabnya dia jadi begitu." Pak Mat menjelaskan situasi yang sebenarnya.
Erina sedikit terkejut tetapi dia cuba tersenyum. "Tak mengapa pakcik. Dia perlu tahu hal yang sebenarnya. Cuma saya belum mempunyai masa yang sesuai untuk memberitahunya memandangkan dia baru sahaja sedar hari ni. Sememangnya Pak Mat dan Mak Mah saja yang layak memberitahu Eriq hal yang sebenarnya."
"Kalau begitu, kami minta diri dulu, doktor. Kalau ada apa-apa, harap doktor dapat menghubungi kami dengan segera. Ini nombor rumah Eriq, tempat kami bekerja." Pak Mat memberi sekeping kad kepada Erina.
"Baiklah. Hati-hati ye pakcik, makcik." Erina kembali menuju ke bilik Eriq ditempatkan. Dia melihat sahaja Eriq. Hatinya seakan-akan tertarik dengan lelaki itu walaupun dia sudah maklum sikap lelaki itu yang telah banyak melukakan hatinya. 'Kenapalah aku ni macam dekat sangat dengan dia ni? Semakin aku pergi jauh darinya, semakin dekat dia datang padaku.' Hati kecil Erina berbicara.
***
Eriq tersedar daripada tidurnya. Peluh membasahi tubuhnya. Nafasnya tercungap-cungap. Erina yang sedang melihatnya dari jauh turut sama terkejut. Erina lantas meluru ke arah pesakitnya itu lalu memeriksa nadinya. Normal. Alhamdulillah. Semakin lama, pesakitnya itu semakin sembuh. Selepas ini, Eriq hanya perlu menjalankan terapi susulan untuk membuatkannya mempunyai keyakinan untuk berjalan semula. Memandangkan kedua-dua kakinya telah patah dalam kemalangan jalan raya itu.
Eriq lantas menepis tangan Erina dengan kasarnya. "Kau nak apa lagi ha? Tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku! Aku tak suka la tengok muka kau. Kenapa kau je yang aku jumpa? Takde doktor lain lagi ke dalam hospital ni?" Eriq meninggikan suaranya.
Erina tidak ambil peduli. Dia hanya bersikap selamba walaupun hatinya terguris dengan sikap pesakitnya itu. Dia hanya berandaian Eriq masih lagi trauma selepas kejadian itu. Erina tetap akan menjalankan tugasnya sebagai doktor yang ditugaskan untuk memantau Eriq sehingga pesakitnya itu sembuh.
"Encik Eriq, saya minta maaflah ye. Bukan saya suka-suka nak jaga encik pun. Saya telah diamanahkan dan ditugaskan untuk memantau keadaan encik sehingga encik sihat seperti sediakala. Saya akan cuba sebaik mungkin. Encik patut bersabar." Erina menjelaskan perkara sebenar kepada pesakitnya itu.
Eriq mendengus. Dia memandang Erina dengan pandangan yang tajam. "Mulai esok, aku tak kira, aku nak doktor lain yang jaga aku. Aku tak nak tengok muka kau lagi kat sini esok! Kau faham tak?!" Eriq memberi amaran kepada Erina.
"Saya tak boleh melanggar etika saya sebagai doktor. Saya tidak akan bertukar dengan sesiapa pun kerana doktor-doktor lain masih lagi dengan tugas mereka. Mereka juga sibuk. Harap encik faham dan encik kena terima yang saya, Dr Erina sebagai doktor encik buat sementara waktu ini." Erina masih tidak mahu mengalah.
Erina membiarkan sahaja pesakit itu merenungnya. Dia tidak gentar. Lagipun tiada apa yang boleh dilakukan oleh pesakitnya itu. Dia kini tidak sempurna dengan keadaan kedua-dua kakinya yang telah patah. Eriq bersuara keras, "Kerana kau, mama dan papa aku meninggal dunia!. Aku tidak akan sesekali memaafkan kau!"
Erina terpana. 'Ya Allah, dugaan apa yang telah Kau berikan padaku. Kini aku telah dituduh bermacam-macam oleh lelaki ini. Apa salah aku padanya, Ya Allah?' Bisik Erina dalam hati. Dia bersabar dengan sikap lelaki itu.
"Encik, encik ingat lagi tak apa pesanan saya untuk encik masa saya hantar encik dulu? Allah tidak pernah melupakan hambaNya. Kita sahaja yang selalu melupakanNya. Encik, encik seharusnya berubah setelah pemergian ibu bapa encik. Mereka mengharapkan doa yang berterusan daripada encik untuk menyinari kubur mereka." Erina cuba memberikan senyuman.
Eriq menarik muka masam. "Aku takde masa nak layan ceramah kau. Baik kau pergi dari sini!" Sebenarnya hati Eriq sedikit tersentuh dengan kata-kata Erina itu. Cuma egonya terlalu tinggi.
Erina berdiri dan terus menuju ke arah pintu sambil berkata, "Encik berehat la ye. Dua jam lagi saya akan datang untuk melihat keadaan encik. Lagi satu, jangan marah-marah nurse saya. Makan je ubat yang diberi kalau nak cepat sembuh."
Eriq hanya diam membisu. Dia pelik. Semakin banyak dia menyakiti Erina, wanita itu seakan tidak kisah. Malah, kesabarannya semakin bertambah. Eriq pelik dengan sikap wanita yang dibencinya itu.
***
"Riq, camne dengan keadaan kau sekarang? Maafkan kami. Kami baru je balik dari honeymoon. Kami baru je dapat berita berkenaan accident tu. Kami ucapkan takziah atas pemergian arwah papa dan mama kau." Lan dan Lyn datang melawat Eriq pada suatu petang.
"Em, betul tu Riq. Maafkan kami. Mujurlah my best friend yang jadi doktor Riq." Lyn menyambung perbualan mereka.
"Best friend Lyn? Maksud Lyn, Dr Erina tu?" Eriq terkejut dengan penjelasan Lyn. Lyn hanya mengangguk. Dia tidak mengetahui apa yang sedang difikirkan oleh Eriq saat itu. Lan juga begitu. Mereka hanya menunggu reaksi Eriq seterusnya.
"Aku benci dengan perempuan tu! Sebab dia, mama dan papa aku mati! Aku benci perempuan tu! Sebab dia juga, hidup aku tak tenteram. Dia selalu menyibuk dalam urusan aku!. Aku benci tengok dia!" Eriq menjerit meluahkan rasa kebenciannya terhadap Erina.
"Riq! Tak baik Riq cakap Erina macam tu. Erina seorang insan yang sangat baik, Riq tau tak? Lyn sayangkan Erina tu macam adik Lyn sendiri." Lyn marah dengan kata-kata Eriq tadi. Dia telah berkawan dengan Erina sejak kecil lagi. Cuma mereka tidak bersekolah di sekolah yang sama. Lyn tidak sanggup mendengar cemuhan Eriq lagi. Dia terus keluar dari situ. Di luar, Lyn bertembung dengan Erina yang sedang menahan tangis.
"Erina…"
***
"Dik, buat sementara waktu ni, akak akan ke luar negeri. Akak terlibat dengan beberapa pembedahan yang rumit di Rusia. Harap adik dapat jaga diri adik baik-baik ye. Jangan terlibat dengan dadah dan pergaulan bebas. Akak percaya dengan adik." Erina berpesan kepada Erfan.
"Kak, kenapa akak tiba-tiba saja kena pergi Rusia ni? Takde ribut, takde angin, akak nak pergi? Erfan rasa ni mesti ada yang tak kena ni. Akak saja buat alasan, kan?" Erfan masih tidak berpuas hati dengan penjelasan kakaknya.
Erina tersenyum. "Betul la dik. Akak ada kerja sikit. Ni ha, ada surat sebagai bukti. Hehe. Takde apa-apa yang pelik. Lagipun, akak dah tak incharge jaga Encik Eriq lagi. Dia sendiri yang pilih doktor lain. Akak terpaksa mengalah. Akak tak kisah. Lepas je akak dah tak ditugaskan jaga dia, akak terus dapat tugas buat satu pembedahan di Rusia bersama pakar-pakar yang lain."
"Kita dah takde saudara mara lagi. Adik terpaksa tinggal seorang kat sini. Akak minta maaf ye dik. Akak pergi tak lama. Maybe sebulan dua. InsyaAllah, akak akan balik sebelum konvokesyen adik." Erina menyambung percakapannya.
Erfan berwajah murung. Dia tidak mahu berjauhan dengan kakaknya. "Kak, Erfan tak kisah. Cuma Erfan akan rindukan akak nanti. Kak, janji dengan Erfan, akak takde rahsiakan apa-apa dari adik."
Erina hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia sedang mengemaskan pakaiannya. Erfan pula masih mencurigai kakaknya. Dia tahu kakaknya masih merahsiakan sesuatu daripadanya. Dia tidak mahu bertanya lagi. Dia harus akur dengan keputusan kakaknya. Biarlah. Suatu hari nanti, dia akan tahu juga.
"Esok, Erfan hantarkan akak ke airport ye. Akak dah habis kemas, ke? Meh la, Erfan tolong." Erfan menghulurkan tangannya menolong kakaknya. 'Ya Allah, lindungilah kakakku ke mana sahaja dia pergi. Sesungguhnya aku amat menyayanginya.' Erfan berdoa di dalam hati.
***
Eriq telah pun pulang ke rumahnya. Namun, dia berasa sangat sunyi. Mama dan papanya telah tiada. Eriq masih lagi menjalankan terapi setiap hari di rumahnya agar dia boleh berjalan semula seperti sediakala. Lama juga Eriq mengambil masa untuk berjalan semula. Selepas sebulan, barulah dia boleh berjalan. Itupun seperti bayi yang baru boleh berjalan lagaknya.
Dan dalam tempoh itu juga, Erfan berubah sedikit demi sedikit. Itu semuanya gara-gara dia terjumpa diari mamanya yang masih tersimpan di bilik tidur utama.
'Diariku,
Aku bersykur kerana aku telah dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel. Kini, dia sudah besar. Anakku telah menjadi seorang lelaki yang sasa, tampan dan cemerlang dalam pekerjaannya. Anakku Eriq seorang jurutera yang sangat cekap. Aku cuma tidak memahami sikapnya yang tidak seperti aku jangka.
Aku tidak pernah mengajarnya bersikap kurang ajar dengan sesiapa malah aku selalu menasihatinya untuk menjadi seorang insan yang baik. Aku hanya mampu berdoa supaya Eriq berubah. Aku amat menyayanginya. Aku berharap aku dapat melihat anakku menjadi insan yang mulia di mata masyarakat.
Aku akui mungkin salahku. Aku terlalu memanjakan Riq. Aku hanya berharap aku dapat melihat Eriq berubah sebelum aku pergi dari dunia ini. Hanya Eriqlah satu-satunya anak aku. Aku tidak boleh melahirkan zuriat lagi setelah melahirkan Eriq. Aku tidak sempurna seperti wanita yang lain. Hanya Eriq yang mampu aku lahirkan.
Eriq, seandainya Eriq tahu apa yang mama rasakan, Eriq, mama harap Eriq akan berubah, nak. Mama sayangkan Eriq untuk selamanya.'
Setelah membaca luahan hati ibunya, Eriq menangis semahu-mahunya dan dia berasa amat bersalah. Eriq akui dia tidak pernah mendengar nasihat mama dan papanya. Eriq menangis saban malam. Eriq terus memohon maaf atas kesilapannya terhadap Pak Mat dan Mak Mah.
Dia bersyukur kerana dia masih mempunyai dua orang tua yang menyayanginya, Pak Mat dan Mak Mah. Eriq berasa sangat tenang setelah dapat menerima Pak Mat dan Mak Mah seperti mama dan papanya sendiri. Kini, dia memanggil Pak Mat dengan gelaran 'abah' dan Mak Mah dengan gelaran 'ibu'.
Dalam sebulan ini, Eriq sering berkunjung ke pusara ibu bapanya. Dia selalu mendoakan kesejahteraan mereka di alam barzakh. Dia sudah berubah. Eriq tidak pernah meninggalkan solat. Dia tidak putus-putus berdoa untuk ibu bapanya yang telah tiada.
***
"Mama! Eriq dapat pergi Jepun! Seronoknya! Eriq memang suka sangat dengan negara tu. Mama, Eriq gembira sangat! Tak sia-sia usaha Riq selama ni. Mama, Eriq akan pergi seminggu dari sekarang." Eriq memeluk tubuh mama dan papanya.
Kenangan itu sering bermain di fikiran Eriq. Dia hanya mampu tersenyum. Dia suka sangat pada ketika itu setelah dia mandapat tawaran untuk belajar di negara matahari terbit itu.
"Pandainya anak mama. Eriq kena ingat, ini semua atas kehendakNya. Eriq kena bersyukur. Mama gembira sangat. Tahniah, nak.." Teringat Eriq akan pesanan tulus daripada seorang ibu kepada anak yang disayanginya. Baru kini Eriq akui dia selalu melupakan Yang Maha Kuasa. Selama ini, dia tidak pernah bersyukur. Dia hanya berfikir bahawa segala kejayaannya selama ini adalah berkat usaha dia sendiri.
'Ya Allah, aku telah jauh pergi dari sisiMu. Terimalah aku kembali ke pangkuanMu. Aku mahu menjadi hambaMu yang dekat denganMu. Yang sentiasa bersyukur dengan segala pemberianMu.' Eriq selalu berdoa begitu setelah dia sedar segala yang berlaku di muka bumi adalah atas kehendak Yang Maha Kuasa.
"Eriq, Riq buat apa, nak? Mari kita makan." Mak Mah yang kini pengganti ibunya mengajak Eriq makan malam.
"Ibu, terima kasih kerana masih menerima Riq even Riq dah banyak sakitkan hati ibu dan abah. Riq harap ibu dan abah dapat maafkan Riq." Sayu hari Eriq memohon kemaafan daripada Mak Mah.
Pak Mat mencelah. "Riq, abah dan ibu tak pernah ambil hati dengan apa yang Eriq dah lakukan. Riq akan sentiasa kami anggap sebagai anak kandung kami, Riq. Jomlah, kita turun makan." Pak Mat memandang isterinya sambil tersenyum.
***
"Apa yang kau nak lagi, ha? Tak puas hati lagi ke kau lepas kau sakitkan hati akak aku? Kau ni memang takde perasaan langsung. Aku benci dengan kau!" Erfan memarahi lelaki yang berada di hadapannya. Dia marah betul dengan Eriq. Gara-gara Eriq, kakaknya, Erina membawa diri ke Rusia dengan alasan ada tugas yang perlu diselesaikan.
Erfan begitu marah dengan Eriq setelah dia membaca diari kakaknya yang tersimpan di bawah tilam. Erfan tertarik untuk masuk ke bilik kakaknya setelah dia menghantar kakaknya ke lapangan terbang beberapa bulan lepas. Dia sedih membaca luahan hati kakaknya.
'Diariku sayang,
Hari ini air mataku tumpah lagi. Aku sedih sangat. Sebagai seorang doktor, sepatutnya aku harus lebih tabah dalam menghadapi apa jua situasi. Tapi hari ni aku lemah. Aku sangat lemah. Aku terluka juga dengan sikap lelaki yang aku sudah mula sayangi.
Walaupun dia sering mengherdikku, aku tak kisah. Aku biarkan saja. Malah aku lebih berani untuk mencabar atau melawannya. Kenapa aku boleh tertarik dan jatuh sayang dengan seorang lelaki yang langsung aku aku tak kenali? Aku hanya menolongnya.
Adakah dia sudah ditakdirkan untuk aku? Semakin aku menidakkan, semakin dekat aku dengannya. Dia tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Jauh lagi bersikap baik dengan diriku. Tapi aku masih sayang dengan lelaki itu.
Tidak kusangka lelaki yang aku belasah gara-gara mahu menyelamatkannya, ialah Lan, suami kepada sahabat baikku, Lyn. Mereka begitu terkejut setelah mengetahui aku ni bukannnya isteri Eriq. Lebih-lebih lagi, Lyn. Dia ketawa setelah mendengar penjelasanku.
Lyn selalu meminta nasihat daripadaku. Lyn sahabat baikku. Lyn dahulunya kekasih kepada lelaki yang aku sayang itu. Mungkin bukan jodoh mereka, Lyn telah ditakdirkan untuk Lan, kawan kepada lelaki itu. Aku cuba menerima hakikat lelaki itu tidak suka pada aku. Dia benci aku. Terus terang dia katakan di depan Lan dan Lyn pada hari ini, dia sangat bencikan aku. Dia persalahkan aku atas kematian ibu bapanya.
Aku sedih dengan pengakuannya. Aku terluka. Aku terpaksa meninggalkan adikku sayang, Erfan dan membawa diri ke Rusia. Aku perlu mengubat hatiku sambil menyelesaikan tugasku sebagai seorang doktor. Esok, aku akan pergi. Semoga adikku Erfan baik-baik sahaja di rumah ini.'
Eriq terkedu setelah membaca diari Erina. Erfan begitu geram. Dia melemparkan diari itu ke muka Eriq. Dia terlalu geram dengan sikap Eriq terhadap kakak yang sangat disayanginya. Muka Eriq berkerut. Hatinya berkata-kata. 'Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Wanita ini sungguh tulus dan suci sayangnya terhadapku. Dia sanggup bersabar dengan sikapku selama ini. Tapi aku?'
"Kenapa? Apa lagi yang kau nak lakukan kat akak aku? Akak aku tu orang baik, tau tak? Dia tak pernah nak menyusahkan sesiapa. Kau tu sedarlah diri sikit. Aku tau kau anak orang kaya. Tapi tak selamanya. Ingat tu!" Erfan melepaskan geramnya. Tahap kesabarannya sudah hilang.
Tiba-tiba Eriq menitiskan air mata. Eriq kehilangan kata-kata. Dia rasa sangat bersalah terhadap Erina. Dia akui dia tidak mempunyai perasaan terhadap wanita itu selama ini. Cuma dia rasa dekat dengan wanita itu setelah dia mengenalinya secara tidak sengaja.
Tanpa disuruh, Eriq keluar dari rumah itu. Dia malu untuk berdepan dengan Erfan. Dia sudah banyak buat kesalahan dengan kedua-dua beradik itu. Dia telah berdosa dengan dua orang anak yatim piatu sedangkan dirinya masih mempunyai orang tua yang menjaganya.
***
"Tahniah, Erfan. Akak bangga sangat dengan kejayaan adik hari ni. Tak sia-sia adik belajar selama 4 tahun, kan?" Erina memeluk adiknya semasa hari konvokesyen Erfan.
Erfan hanya tersengih. Pipinya merah. Mungkin dia malu dengan kelakuan kakaknya memeluknya di hadapan orang ramai. "Terima kasih kakak. Kakaklah yang dah banyak bantu Erfan selama ni. Erfan bangga mempunyai kakak seperti kakak. Hehehe."
"Ada-ada je la adik ni. Tapi tak best lah. Adik tak jadi doktor macam akak." Erina membuat muka sedih. Kemudian dia senyum kembali.
"Ala, kakak ni ada-ada je la. Ok la tu. Akak jadi doktor, adik jadi engineer." Erfan tersenyum menampakkan lesung pipit di pipi kirinya. Erina tersenyum. 'Alhamdulillah. Adik aku dah berjaya. Harap-harap lepas ni, adik akan dapat pekerjaan yang lebih baik daripada aku.' Erina berdoa.
"Kenapa termenung ni, kak?" Dahi Erfan berkerut.
Erina menghembuskan nafas berat. "Akak bersyukur dengan kejayaan adik tapi akak sedih. Mama dan ayah tak dapat meraikan sekali kejayaan adik ni. Macam waktu akak konvo dulu, at least arwah nenek ada lagi." Erina sedikit sedih dengan kata-katanya sendiri. Air matanya mengalir.
"Kak, kenapa ni? Adik ok je. Akak pula yang sedih. Takpe la kak. Akak pun dah cukup. Adik dah seronok sangat. Takpe, lepas ni kita pergi kubur mama dan ayah, nak tak?" Erfan memujuk kakaknya. Dia tidak kisah. Mungkin disebabkan dia seorang lelaki. Hatinya lebih cekal daripada kakaknya.
Erina mengangguk. "Em, boleh juga. Lepas kita minum petang dan solat asar nanti, kita singgah kejap. Jumpa mama dan ayah. Jomlah dik. Kita bergambar, nak?"
***
"Amin. Alhamdulillah. Mesti mama dan ayah gembira sekarang. kita kena terus berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat. Begitu juga dengan arwah nenek yang telah membesarkan kita." Erina mengingatkan adiknya. Erfan mencabut rumput-rumput yang ada di atas pusara ketiga-tiga orang yang disayanginya. Sambil itu, mulutnya tidak berhenti-henti berzikir dan berdoa untuk mereka yang telah tiada. Erina memegang bahu adiknya.
"Dik, jom kita balik. Hari dah lewat ni. Mendung pula tu. Mesti adik penat, kan?" Erina mengajak adiknya beredar dari situ. Erfan bangun dan mengekori kakaknya dari belakang. Tiba-tiba, hujan turun. Erina dan Erfan mempercepatkan langkah. Erina berkalih. Dia terpandang sesusuk tubuh di sebuah pusara.
"Encik, hujan ni. Saya tak nampak encik bawa payung. Sudahlah tu encik. Hujan dah makin lebat ni." Erina memujuk lelaki itu untuk pulang memandangkan hujan semakin lebat. Lelaki itu berpaling. Mereka saling berpandangan. Erina dan lelaki itu sama-sama terkejut.
"Dr Erina?" Lelaki itu bersuara.
"Encik Eriq?" Erina terkejut. Erina membuka langkah. Dia sudah sangat terluka dengan perlakuan lelaki itu selama ini. Belum sempat Erina pergi dari situ, tangannya ditarik oleh lelaki itu.
"Dr Erina, maafkan saya. Saya telah banyak melukai hati doktor. Saya memohon kemaafan daripada doktor. Hidup saya seakan belum lengkap selagi saya belum mendapat kemaafan daripada doktor." Eriq merayu sepenuh hati.
"Dah takde apa-apa yang perlu saya cakapkan, Encik Eriq. Saya tiada kaitan langsung dengan hidup Encik Eriq. Lepaskan saya!" Erina menarik tangannya. Erfan hanya memandang lelaki itu dengan pandangan yang sayu. Erina menarik tangan adiknya lalu beredar dari situ.
***
"Erfan, maafkan saya. Saya dah banyak berdosa dengan Erfan dan kakak Erfan. Saya tak tau kenapa, semenjak saya sembuh, walaupun saya sudah cuba berubah, saya masih rasa berdosa. Tolong maafkan saya, Erfan." Dua minggu sebelum Erfan konvokesyen, Eriq datang kepadanya sambil memohon kemaafan.
Eriq sudah tidak sanggup lagi untuk menanggung beban itu seorang diri. Dia rasa bersalah dengan dua beradik itu. Malah, dia semakin menyayangi Erina. Dia selalu memikrkan Erina. Pada mulanya, Eriq hanya menganggap itu sebagai mainan perasaan dan gangguan syaitan.
Tapi, setelah dia melakukan solat istikharah, memohon petunjuk dariNya, Eriq pasrah. Dia yakin Erina ditakdirkan untuknya. Walaupun dia amat benci dengan perempuan itu pada mulanya, Allah telah membukakan pintu hatinya. Setelah kematian mama dan papanya, Eriq dapat merasai kewujudan seseorang dalam hatinya. Eriq tidak sanggup menanggung bebanan perasaan itu terlalu lama. Lalu, dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Erfan dan Erina.
"Erfan, please. Sedangkan Rasulullah mengampunkan umatnya, inikan lagi kita hanya manusia biasa. Erfan, tolong maafkan saya. Tolong maafkan saya. Saya dah tak sanggup lagi hidup begini." Erfan tidak sanggup melihat keadaan Eriq begitu.
Erfan memegang bahu Eriq. "Encik Eriq, saya maafkan encik. Tapi, saya tak boleh memberi kemaafan bagi pihak kakak saya. Encik perlu memohon kemaafan daripada kakak saya sendiri. Tapi, maaf, kakak saya tiada di sini. Dia masih lagi di Rusia." Eriq menjelaskan keadaan sebenar kepada Eriq.
Eriq hampa. Wanita yang telah menjadi puteri hatinya tiada di situ saat dia memerlukan kemaafan daripadanya. Eriq sedih. Erfan lantas mengajak Eriq masuk ke rumah dan mendengar segala luahan hati lelaki yang telah banyak melukakan hati kakaknya itu.
"Encik Eriq, sabar ye. Kakak saya tu baik orangnya. Encik jangan risau. Cuma kakak saya tu hatinya mudah tersentuh. Dia yang telah menjaga saya selama ni." Erfan mula bercerita mengenai keluarganya.
Eriq mula bersuara kembali. "Erfan, panggil je saya Eriq. Saya lebih selesa memandangkan saya telah banyak berdosa dengan Erfan dan Erina." Erfan hanya tersenyum dan mengangguk.
Sejak hari tu, Erfan semakin rapat dengan Eriq. Dia sudah menganggap Eriq seperti abangnya sendiri memandangkan kakaknya masih di Rusia. Sekurang-kurangnya dia mempunyai teman berbual.
***
Sudah sebulan Erfan bekerja dengan Eriq. Erfan telah merahsiakan hal itu daripada kakaknya. Dia tidak mahu kakaknya kecil hati dengan keputusannya itu. Erina pula seperti biasa. Masih bekerja di hospital sebagai doktor. Cuma sejak peristiwa di tanah perkuburan sebulan yang lepas, Erina banyak mendiamkan diri.
"Kak, hujung minggu ni ada rombongan meminang akan datang ke rumah. Saya minta maaf tak bagitau kakak awal-awal mengenai hal ini." Erfan takut-takut untuk memberitahu kakaknya. Erina haya mendiamkan diri.
"Siapa dik? Tiba-tiba je ni. Akak tak tau apa-apa lagi ni. Kenapa adik terima je? Entah siapa-siapa yang akan datang nanti tu. Dik, akak minta maaf tapi akak refuse. Akak tak mau." Erina berterus-terang dengan kakaknya.
"Kenapa ni kak? Akak dah ada calon, ke? Akak ni suka berahsia la." Erfan merajuk. Dia terus masuk ke biliknya. Tinggal Erina seorang diri di ruang makan.
"Ehem." Ada suara seseorang sedang berdehem di belakang Erina. Erina sedikit terkejut.
"Adik, jangan la main-main dengan akak. Akak tak takut la kalau adik merajuk. Kan adik pandai pujuk diri sendiri." Erina malas mahu melayan kerenah adiknya.
"Bukan adik yang merajuk tapi abangnya yang merajuk. Kakak tak nak pujuk ke?" Suara seorang lelaki yang amat Erina kenali. 'Eriq?!' Hatinya meneka. Erina berpaling.
"Apa yang encik buat kat rumah saya ni? Tak elok la kalau orang nampak. Baik encik keluar sekarang! Saya dah tiada kaitan dengan encik. Memang tak pernah ada kaitan dari awal lagi." Erina meninggikan sedikit suaranya.
"Erina, tak perlu awak berpura-pura kuat lagi. Mengaku je la yang awak sayangkan saya. Kenapa susah sangat? Dan kedatangan saya ke sini, saya nak minta maaf atas kelakuan saya selama ini. Saya telah banyak melukakan hati awak, Erina." Eriq memberi penjelasan.
Erina terdiam. Kemudian dia bersuara, "Siapa kata saya sayang awak? Awak ni dah salah orang ni. Saya tak pernah nak sayangkan orang macam awak la. Tak akan! Saya dah lama maafkan awak. Sekarang, awak boleh keluar." Erina menunjuk ke arah pintu.
"Tak baik tau halau tetamu. Berdosa. Saya ni kan tetamu awak. Siapa kata Erina sayang Eriq? Hehe. Ni." Eriq memegang diari Erina. Dia senyum suka.
"Mana awak dapat diari saya tu? Oh, dah minta maaf tapi still jadi pencuri. Tak malu ke ambil diari orang. Suka-suka hati je baca diari saya. Bagi saya semula." Erina cuba mengambil semula diari kesayangannya itu.
"Saya akan sentiasa menjadi pencuri. Pencuri hati Erina. Erina, dah banyak kali saya jelaskan. Buka pintu hati awak. Maafkan saya." Eriq melutut di hadapan Erina. Erina berundur setapak. Erina tak tahu apa yang dia harus lakukan ketika itu.
Eriq mendongak memandang muka Erina. "Erina, sudi tak awak jadi pasangan sehidup semati Eriq?" Eriq terus melamar Erina. Dia tak mahu berpisah dan berjauhan dengan Erina lagi.
Erina berpaling. "Saya tak mau! Lagipun, Erfan kata, hujung minggu ni ada orang nak meminang saya. Dan saya akan menerima pinangan tu. Dan sekarang Encik Eriq, saya harap awak dapat keluar daripada rumah ini sekarang juga."
"Alhamdulillah. Dah selesai." Erfan keluar dari arah ruang tamu bersama Pak Mat dan Mak Mah.
"Semuanya dah selesai, kak Erinaku sayang. Maafkan adik. Adik yang rancang semua ni. Dah lama adik rancang tapi masa tak sesuai. Kak, maafkan adik. Adik terjumpa diari akak semasa akak pergi Rusia."
Erina sangat terkejut. "Apa ni, dik? Akak kata, akak akan terima pinangan orang yang akan datang hujung minggu ni. Bukan encik Eriq ni."
Erfan ketawa kecil. "Akak terimalah ye. Yang nak datang hujung minggu ni, ialah Eriq dengan Pak Mat dan Mak Mah. So, akak dah kata terima, maknanya…" Erfan memandang Eriq.
"Maknanya Erina terima pinangan Eriq. Syukur. Leganya Eriq." Pak Mat dan Mak Mah senyum suka. Mereka hanya mendiamkan diri. Erina masih terkejut dengan rancangan adiknya itu. Dia terus berlari ke arah biliknya di tingkat atas.
Erfan bersuara. "Maaflah, Pak Mat, Mak Mah. Kakak saya terkejut sikit tu. Eriq, ajaklah Pak Mat dan Mak Mah makan dulu. Saya pujuk kakak kejap." Eriq mengangguk dan tersenyum. Dia terus mengekori kakaknya. Di bilik, Erfan duduk di sebelah Erina.
"Kakak, kenapa ni? Tak baik tau buat tetamu camtu. Dah tu Eriq tu kan bakal jadi suami kakak. Akak kena terima kata hati akak. Erfan minta maaf sangat sebab baca diari akak dan bagi Eriq baca. Erfan dah geram sangat dengan dia suatu hari tu, tu la adik bagi dia baca." Erfan menjelaskan perkara yang sebenar.
Erina memandang adiknya sambil menumbuk lembut lengan Erfan. "Tak baik tau buat kakak macam ni. Akak terkejut sikit. Memang betul. Akak sayangkan dia. Cuma akak belum bersedia. Tapi sampai bila, kan? Terima kasih dik. Adik dah tolong kakak." Erina menggosok kepala adiknya seperti kanak-kanak kecil.
"Akak ni, siapa lagi yang akan tolong akak kalau bukan adik sendiri? Erfan terlalu sayangkan akak. Kalau Eriq kecewakan akak, Erfan takkan teragak-agak serang dia. Hehe." Erfan membalas.
Erina dan Erfan lantas menuju ke ruang makan. Eriq, Pak Mat dan Mak Mah sedang menunggu mereka. Eriq hanya memerhatikan Erina dengan penuh debaran.
"Maafkan saya. InsyaAllah, kalau sudah ditakdirkan saya untuk Eriq, saya terima." Erina memberi kata putus. Eriq tersenyum puas. Pak Mat dan Mak Mah hanya mampu tersenyum dan bersyukur kepada Yang Maha Esa.
Erina dan Erfan saling berpandangan. Erfan bersuara, "Erina dan Eriq, Lyn dan Lan, Erfan???". Mereka tersenyum.
Alhamdulillah….
::Ini cerpen kedua saya, secretive:: ::cerpen ketiga akan menyusul nanti:: ::terima kasih=)::
assalamualaikum... best juga jalan ceritanya... tpi ayat x tersusun dgn cantik sgt dan menyebabkan cerita jadi kaku... harap dpat perbaiki dlm karya yg seterusnya... wassalam...
wow..bestnyeeerr..tahniah!gud job secretive! bak kata afiqah,mmg betulla agak kaku so ayat die cam xflow sgt.. next,maybe sambungan alam perkahwinan Eriq&Erina ke dan pasangan erfan pulak ok? thanks!
cerita mcm agak kebudak budakan cket... sorry eh pnulis... jalan cerita dah best. tp nmpak mcm budak2 cket cara penyampaiannya. harap untuk cerpen akan datang penulis dapat b uat cerita lagi baik dari ini.
huhuh..leh tahan bez...tp..lagi bez klau erina jual mahal sket n t8 time trima lamaran eriq..lyn pon samer..mcm mudah sgt tima lan...pastu...citer dier complte..ader intro..klimaks..ending...tp klimaksnya xcukup suspen..anyway...caiyok!!cuba lagi
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
assalamualaikum...
best juga jalan ceritanya...
tpi ayat x tersusun dgn cantik sgt dan menyebabkan cerita jadi kaku...
harap dpat perbaiki dlm karya yg seterusnya...
wassalam...