Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Mungkin aku gila. Tapi betul kata orang cinta itu buta. Aku pun tidak tahu bila semuanya bermula… CINTA,SAYANG. Pertemuan singkat di kedai kain Kak Sya telah mempertemukan aku dan ‘Dia’. Sekali pandang macam Hitrik Roshan. Moga kasih yang dibaja ini bertambah mekar. Lisa menutup diari ungunya dengan senyuman yang cukup mekar. Dia kini dilamun perasaan yang sebelum ini tidak pernah menjengah di pintu hatinya. "Cik Lisa Qaisara, awak ni ada masalah ke" "Mana ada." "Dah tu senyum sorang-sorang , nampak macam Cik Mon jer rupanya" "Kurang asam kau Hurin" Ada ke patut dia kata muka aku macam Cik Mon. Ni Lisa Qaisara Mahmud la, Pretty Zinta Malaysia. Perasan. Monolong Lisa sedirian dalam hati. Cik Mon merupakan gelaran kepada seorang wanita yang kurang siuman yang sering merayau – rayau sekitar pekan berhampiran kolej mereka. Wanita yang mungkin dalam lewat usia 40an itu sering mengukir senyuman kepada setiap orang yang memandangnya. * * * Setelah tamat kuliah hari ini, Lisa tergesa-gesa pulang ke kolej. Panggilan telefon dari ayah yang memintanya pulang segera ke kampung begitu meresahkan hatinya. Yang terbayang kini adalah wajah nenek yang sedang uzur. Mudah-mudahan tiada apa-apa yang berlaku ,bisik hati kecil Lisa. * * * "Lisa tak nak, ayah!" "Huh! Kau ni memang degil Lisa" "Ayah, Azlan tu mat rempit !" " Kau tu kalau tak nak macam-macam alasan kau bagi" Di saat ini Lisa rasakan seperti mahu meraung sekuat hati yang dia teramat bencikan Azlan. Apa agaknya yang dihasut oleh Tok Ngah sampai ayah sanggup menelefonnya untuk pulang segera ke kampung semata-mata untuk hal ini. Lisa masih teringat nasihat ayahnya dahulu yang melarangnya bercinta ketika masih belajar. Tapi sekarang sebaliknya pula. " Bukan ayah suruh kau kahwin sekarang. Tunang dulu saja" " Tapi Lisa tak nak ayah!." "Engkau jangan jadi anak derhaka Lisa !" " Astagfirullah ! Bang Aji bawa mengucap. Jangan sampai keluar perkataan tak baik." Sampuk ibu Lisa tiba-tiba. Ibu Lisa yang sejak tadi hanya menjadi pemerhati ternyata terkejut mendengar perkataan yang baru sahaja di katakan oleh Haji Mahmud. Ternyata suaminya kini memang sudah melampau. Namun apakan daya Hajjah Aminah dia kini terpaksa mengambil dasar berkecuali. Seorang anak dan seorang lagi suami. Suasana tegang di ruang tamu rumah bagaikan turut dirasai oleh seluruh keluarga Lisa. Adik-adiknya sejak awal tadi telah di suruh oleh Haji Mahmud untuk masuk ke bilik. Namun Lisa pasti adiknya yang dua orang itu mesti sedang memasang telinga mendengar pertelagahan ini. " Aku tak kira Lisa, kau mesti dengar cakap aku. Minggu depan ayah nak kau pulang." "Keluarga Tok Ngah nak datang" sambung ayahnya lagi Ya Allah dugaan apakah ini. Rintihan hati kecil Lisa bagaikan di fahami ibunya. Lisa dapat melihat air jernih yang mengalir dipipi ibunya tatkala berlalu di hadapan ibunya untuk masuk ke bilik. " Nek, Lisa ni anak derhaka ke?" " Jahat ke Lisa ni,Nek?" " Tak boleh ker Lisa pilih cara hidup sendiri?" Persoalan demi persoalan diutarakan Lisa sambil berbaring di sebelah neneknya. Sudah menjadi kebiasaan Lisa apabila pulang ke kampung dia tidur bersama neneknya. Nenek yang lumpuh separuh badan akibat serangan strok tersenyum mendengar soalan Lisa. Lisa dapat merasakan tangan lembut nenek yang mengusap lembut kepalanya. Tindakan neneknya membuatkan hati Lisa sayu. Dia terus menangis sambil memeluk neneknya. * * * " Kau ni kenapa Lisa? Ada masalah ka?" "Ha, betul tu Bithoh. Aku tengok dia ni macam mati laki ja" " Hang ni tak baik la Hurin, ada ka kata macam tu pulak" Lisa terus membisu. " Kalau ada masalah jangan simpan dalam hati Lisa. Takut bengkaknya bernanah pulak." Lembut tutur Bithoh cuba menyulam rasa hati sahabatnya itu. "Cerita la Lisa. Kita orang ni roommate kau. Masalah kau masalah kami jugak." Hurin cuba memujuk Lisa. Lisa akhirnya membuka kisah yang menjadikankan dirinya betul- betul dalam dilema kepada kedu-dua sahabat karibnya. Perihal ayah yang memaksa, Azlan yang di benci, Tok Ngah yang menghasut dan tidak lupa juga Abdul Rahman yang sangat di cintainya. Terlopong kedua-dua sahabatnya mendengar kisah Lisa. "Ada lagi kahwin paksa sekarang erk" Hurin mencelah Bithoh tersenyum mendengar bicara Hurin "Entah lah Hurin, Bithoh. Buntu aku." " Kalau aku Lisa, aku bantah habis-habis. Sapa yang nak kahwin?" "Tak rela aku." Hurin ternyata tidak menyukai perkahwinan yang diatur keluarga. " Abdul Rahman hensem ke Lisa?" " Mesti lah Hurin, macam Hitrik Roshan tau." " Elok la tu, sorang Pretty Zinta,sorang lagi Hitrik. Tak gitu Bithoh" Kata- kata Hurin membuatkan Lisa tersenyum sejenak. Terimbas kembali perkenalan antara dia dengan Abdul Rahman. " You’re Lisa, right?" " Yes. How you know me?" " Syaza yang beritahu saya." La pandai cakap bahasa Melayu rupanya mamat ni. Nasib broken English aku tak keluar banyak tadi. Monolog hati Lisa. Lisa tidak menyangka rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan selama ini. Kekerapan dia berkunjung ke kedai kain Kak Sya untuk mengusha Hitrik Roshannya itu rupa-rupanya akhirnya berbaloi juga. Kak Sya yang menjadi orang tengah banyak membantu kisah cinta mereka. " Lisa! Hang berangan ka?" Sergahan Bithoh betul-betul mengejutkan Lisa dari mimpi indahnya tadi. "Lemah semangat aku." " Lisa kalau aku cakap sesuatu hang jangan marah erk." " Apa Bithoh?" " Aku tak rasa ada ibubapa yang nak anaknya susah. Tak gitu Hurin?" " Yer le tu. Tapi bab kahwin paksa aku tetap tak setuju." " Aku tak fikir ayah hang sanggup nak pertaruh masa depan hang dengan orang yang tak ada masa depan." Lembut bicara Bithoh "Bithoh, Azlan tu Mat Rempit la" Balas Hurin membidas kata-kata Bithoh. Lisa hanya mendiamkan diri mendengar tutur kata Bithoh. Biarlah apa juga yang dikatakan Bithoh namun Lisa pasti Abdul Rahman adalah yang terbaik buatnya. Perwatakan yang menarik, bicara yang manis dan pendidikan yang baik semuanya pakej yang lengkap untuk seorang lelaki, dimiliki oleh Abdul Rahman. Berbanding Azlan yang hanya tahu merempit saja dan pakaiannya yang serabai cukup menyesakkan pandangan mata. * * * " Mak Lisa tak nak tunang dengan Azlan" " Lisa, dah ada calon sendiri ka?" Sepetang bersama emaknya di atas pangkin di bawah pokok rambutan itu Lisa meluahkan segalanya. " Nanti mak cuba pujuk ayah. Tapi mak tak janji Lisa." Kedatangan Tok Ngah disambut Lisa dengan hambar sekali. Sepatah ditanya sepatah yang dijawab. " Lisa setuju ke?" "Setuju apa Tok Ngah?" " Pasal Si Azlan." "Lisa…." "Dia setuju Pak Ngah." "Ayah!" Terbangun Lisa mendengar kenyataan yang di buat oleh ayahnya yang tiba-tiba terjongol di muka pintu ruang tamu. " Lisa, kalau kau tak nak ikut pilihan ayah dan nak juga pada budak Pakistan jual kain tu kau bukan anak aku lagi." " Ya Allah Mahmud. Apa yang kau merepek ni?" " Merepek apa Pak Ngah? Budak ni yang tak kenal dek untung." "Ayah, dia engineer bukan penjual kain!" "Percaya sangat pada budak Pakistan tu sampai cakap kita pun dia dah tak nak dengar Pak Ngah." " Sudah la bang, biar dia buat keputusan sendiri." "Engkau Minah jangan masuk campur. Membela saja. Lagi besar kepala budak ni." Lisa dapat melihat ketegangan yang maha hebat dalam setiap wajah di hadapannya. Wajah ayah yang menyinga, emak yang tertunduk memandang lantai dan Tok Ngah yang ternyata tidak suka akan pertelagahan ini. Aku tidak kisah apa pun nak jadi, jadilah. Cinta aku harus dipertahankan.tekad Lisa dalam hati. * * * Tekad Lisa telah mengatasi kewarasan akalnya. Dia telah mengambil keputusan nekad demi cintanya kepada Abdul Rahman. Segala tentang Azlan telah di ketahuinya dalam pertengkaran dengan ayahnya semalam, namun tetap tidak dapat mengubah pendirian dirinya. Sungguh Lisa tidak menyangka Azlan kini bergelar usahawan muda yang berjaya. Mempunyai kolam ikan air tawar dan ladang ternakan sendiri. Malahan Azlan juga merupakan orang yang bertanggungjawab membawa kesedaran kepada golongan belia di kampung mereka .
Menaiki keretapi ke Kuala Lumpur dari Tanjung Malim dirasakan cukup lama. Dia telah mengkhabarkan kepulangannya kepada Abdul Rahman dan juga telah meminta Abdul Rahman menunggunya di KL Central. Segala kisah antara dia dan ayah telah di ceritakan kepada kekasihnya itu melalui telefon semalam. Walaupun tidak menyetujui keputusan Lisa, Abdul Rahman tetap berjanji menunggu di tempat yang dijanjikan. * * * Sudah dua jam menunggu, namun kelibat kekasihnya itu masih belum kelihatan. Lisa gelisah sendiri. Sakitkah dia? Terlupakah dia? Perbagai persoalan mula berlegar dalam fikiran Lisa. Menilik jam di tangan yang mula berganjak ke angka tiga Lisa telah membuat keputusan untuk pergi sendiri ke kediaman Abdul Rahman . * * * Ya Allah inikah balasanMu kepada anak yang degil sepertiku?.Lisa terasa seperti mahu rebah di situ juga. Penat yang dirasa mula dirasakan cukup sia-sia ditambah bebanan berita yang baru di perolehnya. Surat didalam tangan digengam kuat. Usman rakan serumah Abdul Rahman telah menyampaikan surat yang diberi oleh Abdul Rahman kepadanya. To my truly love Lisa Qaisara; Sewaktu kamu mendapat surat ini mungkin saya tidak lagi berada di bumi Malaysia. Maafkan saya Lisa. Saya tidak mahu kamu bergelar anak derhaka. Kamu terima sahaja Azlan. Mungkin dia yang terbaik buat kamu. Cinta kita biarlah hanya sejarah. One thing I want to tell u ini lah perkara yang terbaik pernah berlaku dalam hidup saya. Bercinta dengan kamu. Ibubapa adalah insane yang paling penting untuk kita taat selepas Allah. Itu ajaran Islam. Semoga kamu berbahagia dengan hidup yang bakal mendatang. Salam sayang ABDUL RAHMAN AHMED
Saat selesai membaca surat itu bayangan wajah ayah dan emak terus berlayar di mata Lisa. Terasa bagaikan baru menerima pembalasan atas dosa yang dibuat. "Lisa." Tersentak Lisa mendengar namanya dipanggil. Dia menoleh dan kelihatan Kak Sya di situ. * * * Sampai di rumah Kak Sya, Lisa ternyata terkejut melihat mak dan ayahnya yang sedangnya menanti. Kak Sya anak saudara emaknya merupakan anak kepada kakak emak Lisa. Rupa-rupanya Kak Sya telah dimaklumkan oleh ibu Lisa tentang pemergian Lisa ke Kuala Lumpur. Kak Sya yang mengetahui kisahnya dan Abdul Rahman tentunya pasti dapat mengagak tempat yang dituju oleh Lisa. " Mak ,ayah maafkan Lisa." Lisa memohon ampun sambil melutut dihadapan kedua-dua orng tuanya. " Dah la Lisa, ayah pun minta maaf." Bicara Haji Mahmud seraya membangunkan Lisa. Emak Lisa tersentum bahagia melihat gelagat kedua beranak itu. "Mak dan ayah datang dengan siapa." Dalam sendu Lisa menyoal. " Lisa!" "Azlan!." Azlan terenyum memandang Lisa. Lisa tertunduk malu. .Sikap keanak-anakkan dia pasti diketahui oleh Azlan juga.. Ya Allah jika dia jodohku bukalah pintu hati ini untuk menerima dia seadanya. Bisik hati kecil Lisa seraya membalas senyuman Azlan. Lisa telah bertekad didalam diri untu menjadi anak yang taat. Siapa juga pilihan ayahnya akan diterima dengan hati yang terbuka.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
not bad...