Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Tapi pa, ni melibatkan masa depan Dhiya. Dhiya berhak memilih mana yang Dhiya nak," kali ni Dhiya nekad untuk memperjuangkan haknya. Apa nak jadi pun, jadilah! Dia sudah muak mengikut telunjuk bapanya.
Selama ini dia hanya menurut tanpa membantah walaupun hati kecilnya meronta-ronta mohon dilepaskan daripada kongkongan itu. Sejak kecil, hidupnya selalu ditentukan oleh bapanya.
Apabila disuruh memasuki sekolah berasrama penuh, dia akur walaupun dia tidak mahu. Apabila disuruh memilih khusus Pengurusan Perniagaan ketika di universiti, dia menurut walaupun minatnya bukan ke arah itu.
Dia juga tidak dibenarkan mengambil lesen kereta dengan alasan ayahnya tidak mampu membiayai bayaran kelas memandu yang hampir mencecah ribuan Ringgit padahal dia tahu ayahnya sengaja mahu menyekat pergerakannya.
Semua kehendak bapanya dituruti. Walaupun hatinya sengsara tapi dia rela asalkan bapanya berpuas hati. Dia rela mengorbankan perasaannya agar orang yang disayanginya itu bahagia. Tapi apabila melibatkan masa depannya seumur hidup, dia harus bersuara.
"Sebab melibatkan masa depan Dhiyalah, papa tak nak Dhiya tersalah pilih. Zaman sekarang, suka sahaja tak cukup tau. Sekali-sekala kita kena bersikap materialistik," balas si bapa. Sebagai bapa, dia tahu mana yang terbaik untuk anaknya. Dia cuma mahu kehidupan dan masa depan anaknya itu terjamin.
"Papa tak faham. Bukan ini yang Dhiya nak," luah Dhiya. Dia tahu bapanya cuma mahukan yang terbaik buat dirinya tapi adakah bapanya tahu apa yang terbaik untuknya?
Tahukah bapanya yang dia cukup tertekan apabila belajar di sekolah asrama dahulu? Adakah bapanya tahu yang dia cukup sengsara mendalami ilmu yang tidak diminatinya di universiti dahulu? Apakah itu yang dikatakan terbaik buat dirinya?
***
"Kalau kau duduk mengelamun dan termenung macam ni pun, bukannya boleh selesai masalah kau tu," Adalia menggelengkan kepala melihat gelagat teman serumahnya itu. Dah nak masuk sebulan perangai teman serumahnya begitu. Menung sana, menung sini. Kadang-kadang bercakap sendiri macam orang tak betul.
"Aku buntu. Kepala aku ni rasa macam nak pecah bila fikirkan perkara ni," adu si teman. Bilalah masalah aku ni nak selesai? Lama-lama boleh jadi gila dibuatnya! Tak pasal-pasal aku dok Hospital Bahagia.
"Apa yang susahnya? Kau pilihlah ajalah yang mana satu yang kau berkenan. Habis cerita," ujar Adalia. Apalah yang susah sangat nak buat keputusan tu sampai ambil masa berminggu-minggu? Kalau suka, sambar ajalah. Kalau tak suka, tolak ajalah. Bukan susah pun.
"Kalaulah benda ni boleh semudah yang kau cakap tak adalah aku runsing sampai macam ni. Yang jadi masalahnya sekarang hati aku ni. Hati aku ni berbelah-bagi sampai aku tak tahu nak pilih yang mana satu."
"Pasal apa pulak?"
"Entahlah. Agaknya betullah kata orang kan. Bila kita nak, tak dapat. Bila kita tak nak, berduyun-duyun datang."
"Biasalah. Orang tengah laku tapi laku sangat pun payah jugak."
"Itulah. Tapi kalau mak dan ayah aku tak masuk campur, mesti aku tak ada masalah nak buat keputusan. Tapi bila perkara ni melibatkan mak dan ayah aku, tu yang buat aku rasa serba salah."
"Mak dan ayah kau cakap apa?"
"Mak aku tak kisah sangat tapi ayah aku tu. Ayah aku suruh pilih gaji yang tinggi supaya hidup aku terjamin."
"Haa… moleklah tu. Bukan ke kau yang selalu merungut gaji kau selalu tak cukup. Kalau macam tu, kau pilih ajalah gaji yang lebih tinggi. Kau jugak yang senang nanti."
"Kalau setakat gaji tinggi tapi hati tak bahagia buat apa?"
"Betul jugak apa yang kau cakap tu kan?" Adalia mula memikirkan akan kebenaran kata-kata temannya itu.
"Kau rasa aku ni terlalu memilih ke?"
"Taklah. Aku dulu pun macam kau jugak. Tapi tak salah kalau kau memilih pun. Ini kan soal masa depan kau."
"Tapi kalau mak dan ayah aku tak setuju dengan pilihan aku macam mana?"
"Kau kenalah terang pada mak ayah kau sebab apa kau pilih yang itu. Mudah-mudahan dia orang faham."
"Itulah masalahnya. Aku pun dah tak tahu macam mana nak cakap dengan ayah aku tu. Aku ingatkan bila aku tanya pendapat mak dan ayah aku, masalah ni boleh selesai tapi macam lagi teruk adalah. Lagi serabut kepala otak aku ni."
"Dhiya, ni kan hidup kau. Soal masa depan kau. Hanya kau yang berhak menentukan pilihan kau."
"Tapi tak berdosa ke kalau aku tolak permintaan mak ayah aku? Tak ke itu dikira melawan cakap orang tua?"
"Bukan aku suruh kau melawan. Kau cakaplah elok-elok."
"Aku pun tak tahulah. Umur aku ni dah 25 tahun tapi hidup aku masih diatur oleh mak ayah aku. Kadang-kadang aku tension bila fikirkan benda ni. Macam aku tak boleh buat keputusan sendiri," Dhiya mengeluh apabila mengenangkan nasib dirinya.
"Kalau mak dan ayah kau dah masuk campur, aku pun tak boleh nak tolong kau. Macam nilah, kalau kau rasa susah sangat nak buat keputusan, apa kata kau buat Solat Sunat Istikarah. Mintak petunjuk daripada-Nya," nasihat Adalia.
"Solat Sunat Istikarah?" Dhiya terdiam sejenak. "Aku macam pernah dengar nama solat tu tapi aku tak berapa tahulah pasal solat tu," ujar Dhiya malu-malu. Terasa ceteknya ilmu agamanya.
Betapa selama ini dia hampir lupa akan kewujudan-Nya. Bukankah Dia yang sepatutnya dijadikan tempat mengadu dan memohon petunjuk? Ini tidak. Setiap kali ditimpa masalah, dia lebih senang menceritakan dan meminta pendapat kawan-kawannya terutamanya Adalia, teman serumahnya daripada mengadu kepada Dia. Bukankah Dia yang lebih mengetahui tentang segala-galanya?
"Solat Sunat Istikarah ni dikerjakan dua rakaat satu salam dan boleh jugak dilakukan berulang kali seperti 12 rakaat dan enam salam sehingga mencapai isyaratnya. Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Solat Istikharah ni kita buat bila kita nak melakukan sesuatu perkara tapi kita tak pasti samada perbuatan atau tindakan kita tu membawa kebaikan ataupun tidak kepada diri kita. Sebab tu, kita dituntut supaya melakukan Solat Sunat Istikharah. Solat ni boleh dikerjakan pada bila-bila masa yang dibolehkan sembahyang samada pada waktu siang ataupun malam. Tapi para ulama mengatakan lebih baik mengerjakan pada waktu malam dalam keadaan tenang terutama waktu tengah malam sebelum sembahyang witir," terang Adalia panjang lebar.
Jika dilihat dari segi pakaian, Adalia bukanlah wanita yang bertudung labuh ataupun berjubah mahupun berbaju kurung sepanjang masa. Adalia juga seperti wanita lain yang gemar berfesyen namun masih ada batasnya. Siapa sangka wanita yang bijak bergaya seperti Adalia itu juga mempunyai ilmu agama yang tinggi setanding dengan ustaz ataupun ustazah cuma Adalia tidak terlalu mempamerkan ilmunya itu melalui pakaian yang dipakainya.
Adalia juga bukanlah seorang yang memilih kawan. Tak kisahlah orang itu bertudung ataupun tidak, seksi ataupun menutup aurat, pelik ataupun bergaya semua pun dia campur. Baginya, pakaian bukanlah pengukur kepada kebaikan hati seseorang itu. Tak semestinya orang yang kelihatan serabut, selekeh dan tidak terurus itu jahat dan tak semestinya orang yang sentiasa kemas dan cantik bergaya itu baik.
Sebelum berkawan dengan Adalia, Dhiya juga tergolong dalam kategori pelajar yang sosial dan berpakaian seksi. Namun sejak berkawan rapat dengan Adalia, hati Dhiya mula terbuka untuk bertudung meskipun Adalia tidak pernah memaksa malahan Adalia tidak pernah langsung menyentuh perihal itu. Adalia menerima dirinya apa adanya. Oleh sebab itu, Dhiya tidak pernah berasa malu untuk mengakui kekurangannya berkenaan ilmu agama kepada Adalia.
Dhiya tahu Adalia tidak akan memperkecilkannya ataupun mengejeknya sungguhpun dia kurang arif tentang sesuatu perkara yang membabitkan soal agama seperti solat sunat. Sebaliknya Adalia banyak membantunya dan mengajarnya.
"Tapi kan macam mana kita nak tahu yang mana patut kita pilih?" tanya Dhiya lagi. Mungkin soalannya itu kedengaran bodoh namun dia tidak peduli asalkan persoalan di benaknya terjawab. Malu bertanya sesat jalan kan?
"Kau buatlah dulu lepas tu baru kau tahu. Tapi biasanya isyarat tu datang dari gerak hati yang dahulu sekali selepas solat ataupun selepas doa dibaca. Tapi ada orang cakap isyarat tu boleh jugak datang dalam bentuk mimpi. Cara kita tidur pulak kenalah ikut cara Nabi SAW tidur, dengan membaca Ayat Kursi, Surah Al-Ala, Surah Al-Ikhlas, An-Nas. Kalau mimpi tu baik maknanya isyaratnya baik tapi kalau mimpi tu buruk, maknanya kau tak payahlah teruskan niat tu. Tapi ada jugak yang kata isyarat datang masa kita tengah mengerjakan Solat Istikarah tu. Sebab tu kita kena kusyuk dan tertib masa sembahyang," tambah Adalia.
"Tapi aku tak retilah. Kau ajar aku ya?"
"Ala... senang aja. Kalau kau nak, malam ni pun boleh."
"Betul? Terima kasih, Lia. Kau dah banyak tolong aku."
"Perkara kecik ajalah."
***
Malam itu, selepas mengerjakan Solat Sunat Istikarah, Dhiya terus tidur dengan diiringi doa. Mudah-mudahan dia mendapat petunjuk daripada-Nya sebaik-baik sahaja terjaga dari tidur keesokan pagi.
Keesokannya, Dhiya bangun awal dengan hati yang berbunga. Segala beban di kepalanya seakan hilang. Dia sudah mampu tersenyum.
"Hai, happy nampak," Adalia yang menjenguk ke dapur untuk bersarapan hairan melihat Dhiya bernyanyi kecil sambil menyediakan sarapan. Semalam bukan main mendung lagi muka tu. Hari ni bukan main berseri-seri bak sang suria yang memancarkan cahaya. "Kau dah dapat jawapan ke?"
"Yup!"
"So apa keputusan kau?"
"Aku akan pilih kerja yang aku suka."
"Editor di syarikat penerbitan buku tu?"
"Yup! Kejap lagi aku nak telefon syarikat penerbitan tu untuk bagi tahu dia orang yang aku bersedia memulakan tugas Isnin ni," ujar Dhiya penuh bersemangat. Walaupun gaji yang ditawarkan tidak setimpal dengan ijazah yang dimiliki namun dia tahu dia akan gembira bekerja di situ memandangkan di tempat itulah semua mimpinya berlabuh.
"Tapi permintaan ayah kau supaya kau jadi Pembantu Peribadi di syarikat perniagaan kawan ayah kau tu macam mana pulak? Rugi tau kalau kau tolak. Gajinya lumayan tu," Adalia sengaja mahu menduga Dhiya.
"Aku tahu ayah aku suruh aku terima kerja tu sebab kerja tu lebih terjamin tapi aku tak nak kerja semata-mata sebab gaji lumayan. Kalau aku terima kerja tu pun tapi hati aku tak ikhlas, tak berkat jugak kan gaji yang aku dapat setiap bulan? Gaji beribu-ribu tapi hati tak gembira buat apa? Buat sakit jiwa aja. Cukuplah apa yang aku rasa masa belajar di asrama dan di universiti dulu. Aku dah cukup tersiksa."
"Kau buatlah apa yang kau rasa baik untuk diri kau. Sebagai kawan, aku doakan yang terbaik untuk kau," Adalia yakin Dhiya sudah mendapat pilihan yang dikehendakinya berkat petunjuk Yang Maha Esa. Cuma Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
"Thanks, Lia. Eh, kau makan dulu ya. Aku pergi telefon kejap," Dhiya berlalu ke ruang tamu untuk membuat panggilan.
"Dhiya, Dhiya. Nak pilih kerja pun macam orang nak pilih calon suami," Adalia menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat Dhiya sebelum menjamah teh O yang dibancuh oleh temannya itu. Namun baru seteguk, Adalia sudah tersedak. "Air apa kau buat ni, Dhiya? Tawar aja. Kau tak taruk gula ke?!"
Assalamualaikum...pemilihan tajuk agak kurang sesuai dengan jalan cerita. tapi anda dapat berfikir sesuatu yang di luar kepompong. Anda berusaha menjadi kreatif. Saya suka garapan bahasa anda yang kemas dan memudahkan pembacaan. Anda boleh menulis...dan saya rasa anda boleh teruas melangkah lebih jauh jija terus menggilap bakat anda dengan terus menulis!
huhu...minta petunjuk nk plih kerjaya rupe2nya.. dh puas menggumam dlm ati ni bl baca dialog yg ayah dier suruh plih yg gaji tinggi tu.ingatkan ayah dier materialistik nk plih bakal menantu... tp mmg betul.. gaji tinggi tp keje terbeban pn x bahagia gak.. biar la gaji biasa2 je tp setimpal ngn kerja yg kita lakukan tu..
cerita ni mcm tergantung aje... hurm, lagi satu cerita ni mcm cerita agak kebudak budakan sedikit.... harap penulis dapat meningkatkan mutu penulisan di lain cerpen... semoga success selalu ea.
Cuma Dia ... Dia itu merujuk kepada Tuhan yakni Allah. Cuma Dia tahu apa yang terbaik untuk umat-Nya.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
he..he..
suspen jer
ruper2 nyer ni yg wat dier kliru