Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari ini merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki di universiti tempatan ini. Aku melangkah masuk ke ruang mendaftar dengan rasa yang sungguh gembira dan girang. Pada hari ini, semua ahli keluargaku telah ikut menghantar aku di tempat baru ini. Setelah setahun aku bertungkus lumus belajar, akhirnya berbaloi juga pulangan yang aku dapat. Mendapat purata nilai gred sebanyak 4.00 bukanlah perkara mudah kerana di pusat matrikulasi saingannya begitu ramai. Alhamdulillah dan syukur kuucapkan ke hadrat Illahi kerana memperkenankan doaku sebelum ini.
Namun begitu, hatiku turut digamit pilu yang amat sangat kerana terpaksa berpisah dengan jejaka yang telah pun bertakhta di hati ini sejak setahun yang lalu. Iskandar telah mendapat tempat di universiti luar negara kerana dia sememangnya aktif bersukan dan cemerlang akademik. Aku turut bersyukur dan menerima semua ini dengan hati yang terbuka. Walaupun pada mulanya hatiku berat untuk melepaskan Iskandar pergi, namun setelah berfikir sedalam-dalamnya, aku rela. Iskandar juga berjanji untuk setia dengan cinta kami dan berharap agar aku menunggunya pulang lagi 4 tahun. Sungguh aku benar-benar menyayanginya dan menanti dirinya dengan sabar.
Setelah habis mendaftar dan mengemas barang di bilikku, tibalah masa untuk ahli keluargaku pulang. Ibu bapaku menasihatiku agar belajar bersungguh-sungguh dan jangan terlalu memikirkan Iskandar. Aku akur dan berjanji akan berusaha hingga cemerlang. Aku turut berazam untuk aktif dalam semua bidang seperti kekasih hatiku. Memandangkan waktu orientasi semakin hampir, aku tidak dapat berbicara panjang dengan keluargaku. Aku menghantar mereka pulang dengan ekor mataku.
Kini, minggu orientasi pun bermula. Aku dan rakan yang lain diberi taklimat mengenai kawasan universiti dan diperkenal dengan fellow-fellow asrama. Sekarang tiba saat-saat yang sering digeruni oleh pelajar-pelajar baru seperti kami iaitu slot bermesra dengan senior. Seperti yang kita ketahui, kebanyakan pelajar akan disuruh untuk berbuat macam-macam perkara seperti merangkak di bawah meja, minum air stoking, membasuh pakaian mereka dan lain-lain lagi. Namun begitu, aku tidak berasa takut sangat kerana kini negara sudah semakin moden dan aktiviti ragging ini sudah berkurangan.
Seperti yang aku fikirkan, sememangnya senior-senior di sini baik-baik belaka. Tetapi, ada seorang senior lelaki di sini yang seperti tidak berpuas hati denganku kerana dia asyik menyuruh aku berbuat itu dan ini tanpa henti. Rakan-rakanku juga menyedari hal tersebut. Namun begitu, aku tetap mengikut arahannya memandangkan aku masih baru di sini. Pada pendengaran aku, jejaka itu seorang yang amat popular di universiti tersebut kerana dia merupakan salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar di situ dan kakak di situ mengatakan bahawa dia memang gemar mendera pelajar baru di situ. Aku akur dengan nasib badan. Kalaulah Iskandar ada di sini, sudah pasti akanku adu kepadanya kerana Iskandar memang seorang insan yang sentiasa melindungiku dalam apa jua keadaan. Tapi apalah daya, dia tiada di sisi. Mungkin dia juga sedang berorientasi seperti aku.
Seminggu selepas itu, aku sudah memulakan pengajianku, namun seniorku yang bernama Efzan itu masih setia membuliku. Aku memang runsing, namun aku tidak boleh berbuat apa-apa. Lagi pula dia sama course dengan aku di bahagian kejuruteraan ini dan dewan kuliahnya hanya bersebelahan dengan dewanku. "Hai apalah nasib badan," rungutku dalam hati. Tiba-tiba, "Rissa, tolong pegangkan buku aku ni kejap, beratla aku malas nak pegang."kata Efzan kepadaku. "Dia dah mula dah," kataku lagi, namun hanya di dalam hati, tidak berani ku lawan kata-kata senior ku itu kerana badannya yang sasa itu sudah cukup menggerunkan aku. "Rissa, jom ikut aku pergi kafe, aku laparla,’ arah Efzan lagi. Mahu tidak mahu, aku pun membontoti dia dengan langkah yang lambat sekali. "Woi, cepatla sikit, jalan macam kura-kura! Lembap betul! Kau tahu tak aku tengah panas ni?"jerkah Efzan tiba-tiba membuatkan aku kecut perut lalu menurutinya dengan cepat. "Hai, macam mana la orang boleh undi kau jadi pemimpin, tak ada sifat ketokohan langsung," marah aku dalam hati.
Selepas tiba di kafe itu, Efzan mengarah aku lagi. "Rissa, pergi orderkan untuk aku milo ais dan nasi goreng! Jangan pedas-pedas sangat dan air tu biar kaw-kaw! Kalau salah pesan, mati kau aku kerjakan nanti!"arah lelaki tersebut dengan lantangnya. Aku pun mengikut sahaja arahannya dan kembali ke meja makan yang bersebelahan dengan meja Efzan. Tidak mahu aku duduk semeja dengan lelaki gila tersebut dan aku juga berharap agar ada rakan-rakanku yang akan berada di situ ketika itu. Tiba-tiba, "Hei mak cik! Yang kau duduk kat situ buat apa? Kau tu bawah arahan aku, aku nak kau duduk dekat depan aku sekarang!" kata Efzan. "Tak sedar diri betul mamat ni, dia yang lagi tua dari aku, panggil aku mak cik pulak! Kau tu pak cik gila kuasa yang asyik buli aku je."marah aku pula di dalam hati. Meluat betul aku tengok muka dia. Namun begitu, arahannya tetap aku patuhi. Kalau ikutkan hati aku, nak sahaja aku memarahinya kembali. Efzan tersenyum-senyum melihat aku mengikut sahaja arahannya tanpa membantah sedikit pun.
Semasa menikmati hidangan yang kupesan untuknya tadi, tiba-tiba sahaja Efzan memarahiku. Katanya nasi goreng yang ku pesan tadi pedas sangat dan dia menyuruh aku menghabiskannya dan membayar semua harga makanan tersebut, padahal nasi tersebut sudah dimakan lebih dari separuh olehnya. Panas sungguh hatiku rasanya. Sabar saja la dengan abang senior yang tua dua tahun dariku ini. Kemudian aku terpaksa mengiringinya pulang sambil membawa barang-barangnya.
Kini aku terlalu merindui Iskandar, mungkin kerana terlalu tertekan dengan Efzan yang seorang itu. Kalaulah Iskandar ada, sudah pasti dia akan menjagaku seperti mana yang pernah dilakukan olehnya suatu ketika dahulu. Sudah lama tidak kubalas kiriman e-mel dari buah hatiku itu kerana kesibukan menguruskan pelajaranku di samping terpaksa melayan gangguan daripada Efzan yang amat menyakitkan hati. Setiap hari ada sahaja perkara yang hendak dia lakukan untuk menyakitkan hati perempuanku ini. Kadang-kadang aku terasa hampir ingin menangis. Aku pun menceritakan semua perkara yang berlaku kepadaku kepada Iskandar dan dia membalasnya dengan menyuruh aku bersabar. Dia juga mengatakan behawa sekiranya dia berada di tanah air, sudah pasti lelaki tersebut pengsan dibelasahnya. Begitulah dalamnya kasih Iskandar terhadapku. Namun kini aku tidak punya banyak masa untuknya kerana masaku banyak habis bersama Efzan kerana lelaki tersebut tidak pernah senang melihat aku duduk berehat dan menenangkan fikiran.
Hari ini masuklah bulan kelima aku di universiti ini. Namun Efzan masih tidak puas menggangguku. Tetapi yang peliknya, hanya aku seorang yang dideranya. Kawan-kawanku juga hairan dengan keadaan ini. Mereka turut mengusikku yang Efzan sebenarnya menyimpan perasaan terhadapku tetapi dia tidak mahu aku mengetahuinya. Namun aku tidak mahu ambil pusing hal tersebut kerana pada hematku jika seseorang itu menyukai kita pasti dia akan berusaha mengambil hati kita. Dan bukannya menyakitkan hati kita seperti yang dilakukan oleh Efzan itu. Kalau benar pun, aku tidak teringin memilikinya. Ish, takutlah aku dengan lelaki macam tu. Boleh gila aku!
Hari ini selepas tamat kuliah aku menunggu di luar dewan. Tiba-tiba aku ternampak Efzan berjalan seperti mahu menghampiriku. Dalam hatiku sudah memikirkan bahawa waktu azabku sudah hampir tiba. Sudah pasti dia mahu menyuruhku berbuat itu dan ini. Namun begitu, setelah dia menghampiriku, dia hanya berdiri di sisiku dan memandangku sayu. Aku terkedu dan pelik melihat telatahnya. "Kenapa dengan mamat ni? Mimpi ke tiba-tiba baik dengan aku ni?"fikirku dalam hati. Tiba-tiba dia bersuara dengan lemah sekali, "Rissa, tolong aku hari ni boleh tak? Aku betul-betul tak larat ni, kepala aku pening la.. Please Rissa,"kata Efzan dengan suara yang lemah sekali. Aku terkejut mendengarnya. "Apa hal pulak mamat ni, sakit ke?"bisikku dalam hati, simpati pula aku apabila melihat wajahnya yang pucat itu. Namun aku malas mahu mengambil tahu mengenai apa yang dirasainya. Padaku, inilah saat untuk membalas dendam terhadap apa yang pernah dilakukan terhadapku dahulu. "Kau kenapa? Aku sibuk la hari ni.. Sorry.."kataku dan mahu terus mengangkat kaki dari situ. Tiba-tiba, "Rissa…"suara itu begitu perlahan namun masih mampu kudengar. Aku pun menoleh dan terkejut apabila melihat Efzan sudah terjelepok di belakangku. Aku terkejut. Efzan pengsan.
"Efzan! Efzan! Kau jangan la buat lawak pulak, aku tak sukala.. Efzan! Cepatla sedar.."panggilku. Namun tiada respon langsung dari Efzan. Dengan bantuan beberapa orang teman, kami memasukkan Efzan ke dalam keretaku dan aku terus membawanya ke hospital. Di dalam kereta, aku memanggil-manggil Efzan sekali lagi, namun tetap tidak bersahut. "Kenapa dengan mamat ni… Bangunla cepat, buat aku takut je.." Setibanya di hospital, Efzan terus dibawa ke bilik rawatan kecemasan. Setelah hampir setengah jam menunggu di luar, akhirnya doktor keluar dari bilik tersebut. "Dia sudah sedar, tapi buat sementara waktu pihak kami akan memasukkan dia di wad dahulu kerana keadaannya masih lemah."kata doktor muda itu. "Doktor, apa masalah kawan saya itu?"tanyaku pula ingin tahu. "Dia tak apa-apa sebenarnya, Cuma tekanan darahnya menurun mendadak dan dia terlalu letih. Badannya tidak mendapat rehat yang cukup,"terang doktor itu lagi kepadaku. Selepas mengucapkan terima kasih kepada doktor itu, aku terus menelefon ibu bapa Efzan. Malangnya, ibu bapa Efzan kini berada di luar negara atas urusan perniagaan. Maksudnya aku lah yang kena jaga Efzan sepanjang dia berada di hospital. "Aduhai, kenapa kau selalu menyusahkan hidup aku Efzan…"rungutku lagi dalam hati.
Selepas itu, aku pun bergegas masuk ke wad tempat Efzan ditempatkan. Aku melihat Efzan terbaring lemah namun masih mampu mengukir senyum buatku. Aku agak terkejut kerana tidak pernah senyum seikhlas itu dihadiahkan untukku sejak kami mengenali antara satu sama lain. Aku tidak membalas senyumannya, sekadar berwajah serius. Sebenarnya aku bengang kerana aku terpaksa menjaganya di hospital sedangkan dia tidak pernah menjaga hatiku selama ini. Tapi, tidak mengapalah, pasti sesuatu pekerjaan yang kita lakukan dengan ikhlas akan diberi balasan baik oleh Allah. Itu yang kusimpan di hati dan akan berusaha menjaga Efzan semampu yang boleh. Aku duduk di sebelah katil Efzan. "Rissa, terima kasih sebab hantar aku ke hospital dan maafkan kerana menyusahkan kau. Em, kau baliklah dulu, nanti aku telefon mama aku suruh dia teman aku."kata Efzan kepadaku. "Encik Zharif Efzan, aku dah call mama and papa kau, diorang takde dekat Malaysia sekarang. Takpe, aku bukan ada kerja apa-apa pun. Kau nak makan apa-apa tak? Biar aku belikan ok."kataku lagi. "Em, tak payahla, aku tak lapar pun."jawabnya pula.
Efzan dimasukkan ke dalam wad selama 3 hari, dan selama itulah aku bersama dengannya dan bertungkus-lumus menjaganya. Dia juga sudah semakin baik dan mesra denganku. Aku sahaja yang masih jual mahal dengannya kerana pada fikiranku apabila dia kembali sihat dia akan membuliku kembali. Jadi aku malas nak berbaik sangat dengan dia. Nanti dia akan menyakitkan hatiku kembali. Pada hari terakhir, aku membantu mengemaskan segala barang-barangnya. Dia hanya memerhatikan sahaja. Namun lama-kelamaan, aku perasan yang dia langsung tidak memandang ke arah lain. Lama dia merenungku, namun ku buat endah tak endah sahaja. Selepas itu, terus aku mengajaknya pulang. "Efzan, aku dah siap kemas dah ni, jomlah balik, tengah hari ni aku ada kelas. Aku hantar kau kat depan rumah jela eh.."Aku memberitahunya dan terus bergegas pergi dari situ.
Aku teringat hal yang berlaku pada malam semalam. "Rissa, aku.. aku.."tergagap-gagap Efan menuturkan kata. "Kau ni apahal, macam baru nak belajar cakap je..haha"aku mengetawakan Efzan. "Rissa, aku nak mintak maaf dari kau. Aku dah banyak buat salah pada kau. Aku nak beritahu kau yang aku amat menyayangi kau dan amat memerlukan kau dalam hidupku..Sudikah kau…" "Apa yang kau merepek malam-malam ni? Aku nak beritahu kau yang aku tak sukakan kau, aku tak perlukan kau langsung dan aku dah ada kekasih hati.."kataku memotong ayatnya sambil memberi senyuman sinis padanya.
Kejadian pada malam semalam tidak mahu aku ingati lagi kerana aku yakin dia hanya mahu berterima kasih padaku dan mungkin terhutang budi sahaja. Pagi itu Efzan mengekoriku menuju ke kereta ku. Aku memandu dan membawanya pulang ke rumahnya. Di dalam kereta kami berdua hanya membisu seribu bahasa. Walaupun tidak selesa dengan keadaan itu, namun aku biarkan sahaja.
Setibanya di rumah Efzan, aku langsung tidak memandang wajahnya. ‘Rissa, terima kasih banyak-banyak. Maafkan aku kerana menyusahkan kau. Kalau kau tak mahu menerima cintaku, tidak mengapa, tapi tolong jadi kawan aku lagi. Jangan benci pada aku.. tu je aku minta pada kau."kata Efzan kepadaku, namun aku hanya membatukan diri. Selepas dia menutup pintu kereta, aku terus memecut laju keretaku.
Beberapa hari selepas itu, aku nampak Efzan berdiri bersebelahan pintu keluar dewan kuliahku. Aku hanya berpura-pura tidak nampak dirinya dan terus berjalan. Tiba-tiba, Efzan menarik tanganku. Aku memandangnya tajam. "Kau ni kenapa? Tak puas lagi ke menyusahkan aku? Nak buli aku balik ke?"marahku padanya. "Rissa, abang minta maaf sebab abang banyak menyusahkan Rissa dan menyakitkan hati Rissa selama ini. Maafkan abang ye.."kata Efzan padaku dengan lembut sekali. Marahku terus luntur apabila mendengar tutur katanya. "Abang?? Mimpi agaknya mamat ni.."kataku di dalam hati. "Rissa, mulai hari ini panggil Efzan abang ya.. Abang minta maaf sangat-sangat.. Rissa, jom pergi makan, abang belanja..Jomla.."pujuk Efzan lagi. Hatiku cair. Akhirnya aku menerima pelawaan Efzan. kami makan-makan dan berbual pelbagai perkara pada petang itu.
Semenjak hari itu, kami semakin rapat dan Efzan juga tidak lagi membuliku malah seringkali melindungiku jika ada pelajar lelaki yang menggangguku. Perangainya itu hampir sama dengan Iskandar. Namun kurasakan Iskandar sudah semakin jauh dari hatiku. Kini aku lebih banyak menghabiskan masa bersama Efzan. Mengulangkaji bersama, makan bersama, tengok wayang bersama dan pelbagai aktiviti kami lakukan bersama.
Suatu hari, kata-kata Efzan benar-benar menggugat perasaanku pada Iskandar. "Rissa, sudikah Rissa menjadi penyeri dalam hidup abang? Sudikah Rissa menjadi kekasih abang dan jika jodoh kita dipanjangkan abang akan mengambil Rissa menjadi isteri abang. Sudikah Rissa sayang? Tolong jangan tolak abang, Rissa."luah Efzan dengan berhati-hati. "Abang, ikhlas dan jujur Rissa cakap abang dah lama bertakhta dalam hati Rissa. Tapi.." "Tapi apa Rissa? Tolong Rissa, apa lagi yang menghalang kasih suci ini?"soalnya kembali. "Abang, Rissa dah ada kekasih sejak Rissa belum belajar di university ni lagi. Macam mana Rissa nak beritahu dia?"jawabku pula. "Rissa, tolongla beritahu dia hal yang sebenarnya. Katakan yang Rissa sudah punyai insan lain yang dicintai. Pohonlah maaf darinya. Tolongla Rissa, takkan Rissa sanggup korbankan cinta kita demi simpati pada lelaki yang sudah tidak Rissa sayangi lagi?"rayu Efzan lagi. Akhirnya aku mengangguk setuju. Efzan terus mengucup jemariku dan berbisik "Saya sayangkan awak selamanya, Rissa…"
Pada malam tersebut, aku pun menerangkan segala-galanya kepada Iskandar. Iskandar akur dengan keputusanku untuk berpisah dengannya. Namun dia tetap mengatakan bahawa cintanya tak pernah pudar untukku dan jika aku mahu kembali padanya nanti, dia akan menerima diriku kembali. Begitulah tulusnya hati Iskandar yang ku kenal. Dia hanya mahukan kebahagiaan diriku tanpa memikirkan kesengsaraan dirinya. Aku rasa begitu bersalah padanya, namun apa yang boleh kulakukan kerana hatiku milik Efzan.
Empat tahun selepas itu, aku, Nur Adreaanna Marissa pun dilamar oleh Muhammad Zhariff Efzan. Aku cukup bersyukur kerana dapat melayari bahtera bersama lelaki yang amat istimewa dalam hatiku. Iskandar yang sudah beberapa hari pulang ke tanah air turut kujemput menghadiri majlis perkahwinan aku ini. Namun sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. "Rissa…Zha..Zha..Zhariff inikah suami Rissa?"kata Iskandar dengan tergagap-gagap. Belum pun sempat aku menjawab, suamiku mencelah, "Is..kau dah balik?" Aku pula yang keliru, efzan dan Iskandar saling mengenali? "Ya Is, Zhariff ni suami Rissa yang Rissa pernah cakap dulu."jawabku kepada Iskandar. "Jadi Rissa dengan Is…"sambung suamiku pula. "Ya Zhariff, aku memang kenal dengan Rissa. Sebenarnya Rissa adalah kekasih aku dulu dan dia tinggalkan aku kerana mencintai kau. Jagalah dia sebaik mungkin kerana dia memang milik kau walau aku mencintai dia separuh mati pun."kata Iskandar dan terus berlalu dari situ. Efzan terkedu dan memandangku. Lalu aku mengangguk tanda mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Iskandar. "Tapi abang jangan risau sebab Rissa kenal Is, dia merelakan segala-galanya yang berlaku bang. Dan, Rissa hanya cintakan abang seorang.."bisikku pada Efzan. "Terima kasih sayang.. Abang juga cintakan Rissa, lebih dari diri abang sendiri,"bisik Efzan lalu mencium keningku. Aku bahagia.
em...xadil..mn le rmpas kekasih org mcm tu je..p bes..mnyentuh pasaan..hee
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sian iskandar...biar sy je la yg amek is tu...agaga
leh plak tiada skelumit rs sakit ati ditinggalkan..siap leh pi kenduri kawen rissa lg..huhu..
n rissa tu pn,sng2 je leh bg org buli dier cmtu je..kalo aku, senior ke TNC ke yg buli cmtu,aku lawan blk..hehe...emo2..
~AYHTK~