Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Membina mahligai bahagia bersama insan yang dicintai adalah impian semua pasangan bercinta.Tapi tidak ada siapa yang akan menyangka bila 'hujan di tengahari ' tiba-tiba hadir menjadi penghalang sebuah cinta suci. Helena gadis manis yang bertubuh genit dan periang.Dia juga seorang pelajar yang pintar dan baru sebulan menamatkan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Mempunyai impiannya untuk membuka perniagaan sendiri.Helena juga mempunyai seorang kekasih yang penyayang dan datang dari keluarga berada dan berkedudukan,Raja Azlan bin Raja Johari.Baru dua tahun mereka bercinta.Helena mengenali Azlan di KLCC sewaktu dia dan kawan baiknya Sofia tidak tahu dimana mereka harus mendapatkan bas untuk pulang ke Shah Alam.Terpaksalah menebalkan muka untuk bertanya.Kebetulan Azlan yang lalu dihadapan mereka ketika itu dan Helena memberanikan diri untuk bertanya.Dengan senang hati Azlan menawarkan diri untuk menghantar mereka ke stesen keretapi,beritahu Azlan naik komuter lebih selamat dan cepat dari menaiki bas.Memberi kepercayaan kepada lelaki yang baru dikenali bukan sikap Helena tapi setelah berbincang dengan Sofia,mereka bersetuju menerima pertolongan dari Azlan.Azlan juga membelikan tiket komuter untuk mereka dan menemani mereka sehingga komuter sampai.Sebagai balasan kebaikkan Azlan mereka bertukar nombor telefon dan dari hari itu Helena dan Azlan menjadi rapat. Setelah sekian lama berkenalan Azlan yang begitu menyayangi Helena telah pun berterus terang dengan ibubapa Helena,Puan Linda dan Encik Adam akan niat hatinya untuk menjadikan Helena isterinya.Encik Adam dan puan Linda membantah niat baik Azlan.Bukan kerana Azlan tidak sesuai untuk Helena tetapi masa dan waktunya yang tidak sesuai.Pada encik Adam anak gadisnya masih terlalu muda untuk berkahwin dan pada usia 21 tahun Azlan belum cukup matang untuk memimpin sebuah rumahtangga dan apa lagi Azlan belum menamatkan pengajiannya di universiti.Ditambah lagi dengan kerisis keluarga yang di hadapi Azlan,encik Adam takut masa depan anak gadisnya akan menjadi sia-sia.Bila mendengar cerita Azlan bahawa dia di paksa bertunang dengan gadis pilihan keluarganya membuatkan puan Linda tidak sedap hati bila merasakan hubungan anaknya dan Azlan tidak akan di restui oleh keluarga Azlan.Umi Azlan juga telah memberi kata dua pada Azlan 'menerima pilihan keluarga atau dibuang keluarga' dan Azlan memilih Helena.Jelaslah keputusan Azlan itu mengundang padah. Bila niat baik Azlan untuk memperisterikan Helena di tolak, mereka mengambil keputusan nekad untuk kahwin lari dan bernikah disempadan.Sementara mereka seronok melayari kehidupan alam perkahwinan ,papa Helena menghantar orang menjejaki mereka.Tiga bulan kemudian orang-orang yang di hantar papa Helena menemui Helena di rumah sewa mereka di Petaling Jaya.Secara paksa,Helena di bawa pulang ke rumah papanya di Shah Alam dan ketika itu Azlan masih di tempat dia bekerja.Hanya nota yang di tinggalkan buat Azlan. Azlan tanpa rasa ragu dan takut segera menemui papa Helena.Mulanya memang papa Helena marah besar kerana perbuatan Azlan dan Helena yang telah memalukan keluarganya tapi dia sedar nasi sudah menjadi bubur.Biarpun demikian encik Adam tetap tidak mahu Azlan menjadi suami Helena.Encik Adam nekad membawa perkara itu kemahkamah.Bila mahkamah memutuskan pernikahan Azlan dan Helena tidak sah dibawah undang-undang Malaysia dan meminta mereka membubarkan perkahwinan itu atas permintaan Encik Adam.Azlan dan Helena kecewa dan di tambah lagi selepas kes itu selesai Helena didapati mengandung dua bulan.Puas Helena memujuk papanya supaya menikahkan dia dan Azlan mengikut undang-undang syariah negara tapi papanya tetap berdegil.Helena di kurung dan Azlan di beri syarat jika ingin kembali hidup bersama Helena.Azlan harus berjaya dalam hidup terlebih dahulu,mempunyai pekerjaan yang baik dan harus mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM20,000.00, sebuah rumah serta sebuah kereta.Jika Azlan mampu memenuhi syarat itu encik Adam akan menyatukan mereka semula.Dengan rasa hampa dan kecewa Azlan terpaksa akur dan dia berjanji pada Helena yang dia akan kembali untuk membawa Helena dan anak mereka bersama semula.Helena juga kecewa dengan syarat papanya namun dia harus kuat demi masa depan anak yang bakal dilahirkan.
Setahun cerita sedih Helena berlalu,Helena menyibukkan diri dengan menyambung pelajarannya di kolej sementara mamanya menjaga anaknya Daniel.Hati Helena masih terlalu rindu pada Azlan yang langsung tidak ada khabar berita tambah lagi bila melihat Daniel hatinya terus terluka.Dimana Azlan saat itu?Apa yang sedang dia lakukan? Ingat lagikah pada dirinya dan Daniel? Sewaktu Daniel dilahirkan juga Azlan tidak ada.Kadang-kadang Helena menangis sendiri bila dia merindui Azlan.Jika di ikut-ikutkan hati mahu gila jadi dirinya.Biarlah semuanya berjalan seiring dengan takdir,mungkin ini hukuman dari dosanya kerana melukakan hati papa dan mamanya.
Enam tahun kemudian………
"Kerja kuat Nampak?" usik Jet pada Helena yang tekun mengira stok barangan yang baru sampai dari China dan Indonesia itu.Helena telah berjaya membuka sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pertukaran barangan kraf dari serata dunia.Barangan yang di perdagangkan mendapat permintaan tinggi dari serata pelusuk dunia.Helena Berjaya membawa hasil kraf Malaysia seperti bakul rotan,tikar Sarawak,alat permainan tradisioanl seperti congkak serta banyak lagi keserata dunia dan membawa banyak jenis barangan kraf dari negara-negara lain untuk di jual di Malaysia.Hasrat hatinya untuk menjadi seorang ahli perniagaan telah berjaya namun impian untuk bersama Azlan semula masih kabur,hanya kesibukkan dapat membuat dia lupa pada Azlan seketika. "Biasalah.Kalau tak siapa nak tolong?" balas Helena sambil tersenyum.Tangannya masih sibuk memegang pen sambil menulis sesuatu di atas invois ditangannya. "Itulah I nak tolong tak mahu.Biar I masuk meminang U" usik Jet lagi.Tapi jauh di sudut hatinya memang itu yang di harapkan,kalau Helena beri lampu hijau akan segera dia menghantar rombongan meminang. "Kesitu pulak abang Jet ni" Helena sedikit terganggu.Dia langsung tidak suka kalau Jet mempersoalkan tentang perkahwinan dengannya kerana dalam hatinya dia masih isteri Azlan biar pun di mana Azlan ketika itu.Cintanya masih utuh buat Azlan.Azlan tidak pernah melafaskan talak padanya.Mengikut hukum agama pernikahannya sah dan kadi yang menikahkan mereka juga seorang yang bertauliah di sempadan,papanya dan undang-udang negara sahaja yang enggan memperakui pernikahan mereka.Apa lagi yang mampu dia buat,dengan alasan untuk menjaga hak dia sebagai seorang isteri dia harus bernikah secara sah mengikut undang-undang negara.Itu yang di beritahu peguam syarie dulu.Waktu itu dia terlalu muda dan mudah di perbodohkan.Mahu tak mahu dia menurut juga. "Gurau je…dah pukul 2 ni,U dah makan? Kalau belum jom I belanja" ajak Jet sambil jam di tangan di lihatnya. "Dah.Pukul 12.30 tadi Lena dah pergi makan.Kalau abang Jet lapar.Abang Jet aje yang pergi makan.Lena ada banyak kerja lagi ni" Helena menolak pelawaan Jet.Bukan sombong tapi dia rasa patut dirinya mengelak dari memberi harapan pada Jet. "O.k lah.Orang tak sudikan.I pergi dulu" Jet rasa hampa bila sudah banyak kali dia gagal untuk makan atau minum semeja dengan Helena.Baru dua bulan dia mengenali Helena tapi dia rasa cukup rapat dengan Helena.Dia mengenali Helena pun dari Haris abang Helena.Jet dan Haris memang kawan baik.Haris pula bekerja satu firma arkitek dengan Jet lagilah mereka rapat.Jatuh cinta dengan Helena membuatkan dirinya tidak keruan,hatinya sentiasa berdebar bila berhadapan dengan Helena dan kadang-kadang dia ingin memeluk Helena sambil menenangkan hati wanita itu yang kesepian tapi sayang Helena buat tidak peduli saja. Penat bekerja Helena pulang awal,kebetulan dia sudah berjanji untuk membawa Daniel keluar.Helena tidak mahu Daniel merasa kekurangan kasih sayangnya,sudahlah tidak berayah dirinya pula sibuk.Kesian anak kecil itu.Setiba di rumah Helena membersihkan diri terlebih dahulu.Dia mandi dan menyalin pakaian,sesudah itu dia menyiapkan Daniel.Ketika Helena dan Daniel hendak keluar dia bertembung dengan Jet dan abangnya Haris yang baru balik dari pejabatnya. "Nak pergi mana?" soal Haris pada Daniel. "Jalan dengan mama.Pak long jaga nany o.k" beritahu Daniel dengan petahnya.Daniel yang memanggil puan Linda nany sebagai ganti panggilan nenek sempat berpesan pada Haris. "O.k tapi nanti balik mesti belikan pak long coklat"Usik Haris bila di lihat Daniel mula menarik pintu kereta mamanya. "Boleh uncle ikut?"Tanya Jet pula bila dilihatnya Daniel sudah mula memasuki perut kereta. "Tak boleh.Dany nak dating dengan mama je.Mana boleh kacau" beritahu Daniel lagi sambil dia menutup pintu kereta mamanya.Semua yang ada disitu ketawa melihat telatah Daniel.Biar pun masih kecil dia cukup bijak,sama macam Helena sewaktu kecil.Naza Citra yang di pandu Helena meluncur keluar dari perkarangan rumah teres dua tingkat itu menuju destinasi pilihan Daniel. Sudah dua jam Helena dan Daniel keluar dan selama itu jugalah Jet berada di rumah Encik Adam.Jet setia menanti kepulangan Helena di situ.Mana tahu kalau Helena sudi meluangkan masa buat dirinya.Penat menunggu akhirnya Jet pulang kerumahnya. **************************************************** "Aris kalau aku tanya kau jangan marah?" soal Jet ketika mereka duduk berbual di ruang kerja Haris di firma arkitek tempat mereka bekerja. "Cakaplah kalau tak menyakitkan hati" balas Haris sambil dia bersedia mendengar apa yang bakal dipersoalkan oleh Jet. "Siapa adik ipar kau sebelum ni? Maksud aku macam mana orangnya?" Jet ingin sangat tahu bagai mana cirri-ciri orang yang di cintai Helena.Dia ingin sagat memikat hati Helena. "Entah.Aku pun tak tau" beritahu Haris ringkas tapi Jet keliru dengan jawapan itu. "Kau biar betul ni Haris.Tak kan Helena tak ada suami.Maksud kau Daniel tak ada ayah?Daniel tu anak…." Sampai begitu jauh Jet berfikir dek kerana jawapan Haris yang kurang jelas. "…. Bukan macam tu.Masa Helena kahwin dulu aku di oversi.Bila aku balik Daniel dah ada.Masa tu umur Daniel setahun lebih rasanya.Papa aku dan adik ipar aku ada kerisis.Itu yang mama aku beritahu" Haris cepat-cepat mengikis prasangka buruk Jet pada Helena. "Dia pergi macam tu aje tinggalkan Helena dan Daniel? Tak bertanggungjawab langsung.Dia orang cerai ke tidak?" Jet ingin tahu lebih lanjut.Sekarang dia tahu Halena bukan perempuan murahan tapi apa statusnya,jand atau masih isteri orang? Kalau janda dia ada peluang tapi kalau tidak dia akan kecewa. "Entah aku tak tau, yang itu kau tanya Helena sendiri" Haris mengulung semula kertas putih yang baru selesai ditelitinya itu.Jet hanya diam membisu.Tidak pasti apa status Helena sebenarnya.Sedikit sebanyak dia tahu kenapa begitu sukar menawan hati Helena. Seminggu yang lalu berita Sofia akan mengakhiri zaman bujangnya mengembirakan Helena.Kad berwarna emas di atas meja soleknya di lihat sekali lagi.Helena macam tak percaya yang hari itu hari perkahwinan sahabat baiknya itu.Helena dan Daniel sudah bersiap-siap untuk kemajlis persandingan Sofia.Jet juga di pelawa Helena untuk menemaninya ke majlis Sofia.Hari itu Jet sedikit lambat,maklumlah itu date pertama dia dan Helena meskipun bukan berdua.Berdandan sakan Jet hari itu,biar nampak tampan di mata Helena. Sampai di majlis Sofia yang meriah diraikan dengan kehadiran orang ramai membuatkan Helena merasa teruja.Ketika itu Sofia baru sahaja bersanding.Helena terus mendapatkan Sofia diatas pelamin.Selesai merenjis air mawar kepada kedua mempelai Helena mengajak Jet dan Daniel menjamu selera.Sofia yang nampak anggun dan gembira dengan kehadiran Helena sempat berpesan agar Helena tunggu di majlis itu sehingga penyanyi jemputannya tiba.Tak sabar juga Helena menanti artis popular mana yang akan menyerikan majlis Sofia hari itu. Ketika Helena menjamu makanan pencuci mulut,DJ majlis Sofia hari itu memutarkan alunan muzik karaoke dari sebuah lagu popular Indonesia masa kini.Helena menoleh kepentas DJ namun penyanyinya masih belum menunjukkan wajah kerana dia membelakangkan Helena yang jauh di tengah kanopi bersama tetamu lain turut menjamu selera. "Lagu ini di tujukan khas buat wanita yang paling saya sayang selama ini…. Helena Adam" mendengar namanya di sebut,Helena ingin tahu siapa lelaki itu?Itukah penyanyi yang di maksudkan sofia tadi.Lelaki itu mula menyanyi mengikut alunan muzik tapi dia masih menyembunyikan wajahnya di sebalik topi yang di pakainya.Jet juga tidak selesa,dia ingin tahu siapa penyibuk itu. "dan bila ku teringat….pada janji mu ku terikat….walau sekejap ku berdiri ku laungkan sepenuh hati…" Bila coros itu dinyanyikan barulah topi yang dipakainya ditanggalkan dan Helena berdiri.Dia mula berjalan mendapatkan lelaki itu,senyuman terukir di bibirnya sementara bebola matanya mula berkaca dan Lelaki itu terus di peluk erat.Sukar untuk mengambarkan perasaannya saat itu.Helena tidak peduli apa yang akan di katakan oleh tetamu yang hadir di situ.Rindunya pada Azlan sekian lama tidak boleh di tahan lagi.Dia menangis semahunya dalam pelukkan Azlan.Daniel yang baru datang juga memeluk mamanya dari belakang.Ketika itu Jet sedar dia sudah tiada peluang lagi kegembiraannya yang hadir tadi juga musnah.Jet cuba kuatkan semangatnya untuk menerima kenyataan itu.Perlahan-lahan Jet bangun dari duduknya dan terus meninggalkan majlis itu tanpa memberitahu Halena terlebih dahulu.Jet tidak mahu majlis indah itu dicemari dengan kelukaan hatinya.Cintanya terputus di permulaan jalan.Jet kecewa dalam kebahagian Helena. Setelah meninggalkan majlis Sofia.Helena membawa Azlan untuk menemui papanya.Azlan menuntut segala janji yang di buat dahulu.Sebagai seorang doktor pakar tulang ,Azlan kini mampu menunaikan segala yang dituntut oleh papa Helena dahulu.Encik Adam akur dengan janjinya,dia akan menikahkan Azlan dan Helena sebulan kemudian kerana dia ingin Helena merasai majlis perkahwina seperti orang lain. Azlan sempat menceritakan hidupnya tanpa Helena,selepas mereka berpisah dulu . Azlan kembali kepada keluarganya dan menyambung kembali pengajiannya yang terhenti kerana 'kahwin lari' dulu.Tamat pengajian dia bertugas di hospital kerajaan dan kebetulan dia menemui Sofia di hospital dahulu kerana menjalani ujian HIV untuk memenuhi syarat dalam borang pernikahannya.Sofia yang mencadangkan supaya dia bertemu Helena di majlis persandingannya.Sebulan yang lepas uminya masih membantah niat hatinya untuk menikahi Helena semula dan dia tiada pilihan lain selain meninggalkan Uminya dan kembali kepada impian dan cinta sucinya.Dia harus bertanggungjawab pada Helena dan Daniel. Terdengar-dengar lagi suara uminya memberi amaran pada Azlan hari itu,ketika dia berkeras untuk menikahi Helena. "Kalau kamu degil.Tetap nakkan budak yang tak tahu asal usul tu Umi haramkan kaki kamu balik ke sini.Kamu bukan anak Umi lagi" begitulah kerasnya amaran Umi pada Azlan.Azlan tidak peduli.Biar hari ini uminya tidak faham.Moga-moga satu masa nanti hati uminya akan lembut dan memaafkan dirinya. *********************************************************** Dua minggu lagi Helena dan Azlan akan bernikah dan ketika itu mereka sibuk membuat persediaan bersama ahli keluarga Helena. Petang itu Azlan sudah sedia menanti Helena di tempat parkir sebuah pasaraya.Ketika kelibat Helena kelihatan keluar menyorong trolley dari pintu utama pasraya Azlan keluar dari keretanya untuk membantu. "Mama,papa dan Daniel mana?" soal Azlan bila kelibat bakal mertua dan anaknya belum kelihatan lagi. " Daniel nak beli aiskrim di McD" beritahu Helena sambil dia mengangkat beg plastic yang berisi barang yang di belinya kedalam bonet kereta Azlan yang sudah di bukanya tadi. "Lama abang tak peluk Sayang.Rasa macam nak peluk sekarang" usik Azlan sambil jarinya pantas memicit hidung Halena. "Gatal" balas Helena sambil tersenyum. "Abang Rindu" beritahu Azlan lagi. "Rindu abang akan terubat sikit masa lagi" jawab Helena sambil tangannya menutup bonet kereta Azlan. "Semua ni macam mimpi" Azlan bersandar di belakang keretanya sambil menunggu anaknya Daniel dan bakal mertuanya keluar dari pintu utama pasaraya itu. "Macam mimpi abang kata? Mimpi tu sekejap bang bila kita terjaga dari tidur semuanya dah hilang.Tapi Lena kehilangan abang lama.Sakit rasanya bang" luah Helena. "Dah tu Lena ingat abang tak sakit? Dah kurus abang ni merana" balas Azlan pula.Helena melihat susuk tubuh Azlan yang memang kurus itu. "Encik Azlan?" tiba-tiba dua orang lelaki berbadan besar menganggu perbualan mereka dan Azlan hanya mengangguk kepalanya. "Kenapa?" soal Azlan ingin tahu dan setahunya dia tidak mengenali kedua-dua lelaki itu. "Ada orang nak jumpa" beritahu lelaki yang seorang lagi. "Siapa?" soal Azlan ingin tahu. "Encik ikut kami.Nanti Encik tahu siapa" lelaki itu enggan untuk memberitahu siapa yang ingin bertemu dengan Azlan. "Saya tak ada masa untuk orang yang tak dikenali" beritahu Azlan tegas.Buat apa dia ikut kedua lelaki itu.Entah apa mahunya.Kalau nak merompak macam mana? "Suka atau tidak encik harus ikut kami" Lelaki itu cuba memegang bahu Azlan namun sempat di tepisnya. "Sayang lariii" Azlan sempat menarik tangan Helena dan mereka berlari bersama untuk menyelamatkan diri.Belum pun jauh mereka berlari sebuah mecedes hitam menghalang laluan mereka dan Helena terjatuh.Encik Adam yang ternampak situasi itu meluru mengejar Helena yang disangkanya telah dilanggar oleh kereta itu sementara Puan Linda terlari-lari anak mengejar Encik Adam sambil dia memimpin tangan Daniel yang juga turut berlari. Ketika itu seorang wanita awal lima puluhan keluar dari tempat duduk belakang mecedes hitam itu. "Azlan?" panggil wanita itu. "Umi!" Azlan terkejut memandang Uminya yang sudah pun tercegat di hadapannya.Azlan membantu Helena untuk bangun.Lututnya tercedera sedikit.Mendengar panggilan Azlan pada wanita itu Helena sedar itu ibunya Azlan.Helena mengukir senyuman dan cuba menghulurkan tangannya untuk berjabat salam tapi sepantas kilat tangannya di tepis wanita itu dan bahunya di tolak.Helena terdorong sedikit kebelakang. " Umiii" tegur Azlan dengan nada yang agak keras.Azlan tidak suka dengan cara Uminya melayan Helena ketika itu. "Kalau ini perempuan yang kamu nak buat isteri Umi tak suka" beritahu Uminya tanpa memandang wajah Helena dan Azlan.Mukanya di palingkan ketempat lain. "Apa kurang dan buruknya anak saya sampai sedap mulut awak menghinanya" Puan Linda yang baru berdiri di situ hilang sabar mendengar kata-kata yang baru keluar dari mulut Umi Azlan. "Orang miskin macam kamu hanya gilakan duit kami.Cakap berapa yang awak mahu?" Umi Azlan memusingkan mukanya kearah Puan Linda dan mata mereka bertemu. "Latiffa?" Puan linda terkejut melihat wajah Umi Azlan.Dia sangat mengenali wanita itu.Wajah itu yang sangat dia rindu. "Kau kenal aku? Kau siapa?" soal Umi Azlan sedikit keliru. "Ini Linda kak" beritahu Puan Linda pada Latiffa ketika itu.Puan Latiffa terkelip-kelip memandang wajah Puan Linda.Terus dia memeluk Puan Linda.Pelukkannya erat bagai tidak mahu melepaskan Puan Linda lagi. "Ini anak kau Lin?" soal Puan Latiffa perlahan sambil memandang Helena.Dia menyentuh bahu Helena pula setelah melepaskan pelukkannya pada Puan Linda.Air mata yang mengalir cuba di sekat dengan jarinya pula.Mereka yang ada di situ tidak faham dengan apa yang sedang berlaku ketika itu. "Maafkan Umi.Umi tak tahu" sepantas kilat Puan Latifa memeluk Helena.Helena yang tidak faham membiarkan saja apa yang sedang berlaku.Rasa kesal terbit dihati Puan Latiffa.Dia terlalu angkuh dan sombong sehingga sanggup menghina orang lain. "Azlan… sebenarnya Linda adalah adik kembar Umi.Kami tidak seiras.Selepas atuk dan nenek kamu bercerai kami terus terpisah.Umi ikut datuk berhijrah ke Australia dan Linda ikut nenek hinggalah hubungan kamu dan Helena menemukan kami" jelas Puan Latiffa bagi merungkai kekusutan ketika itu.Barulah Puan Latiffa faham kenapa hatinya begitu tergerak untuk mencari Azlan dan menemui sendiri Helena.Siapa yang tahu rahsia tuhan. "Umi mintak maaf" pinta Puan Latiffa sekali lagi pada Azlan.Tiada apa yang mampu diucapkan ketika itu.Dia terpaksa akur dengan pilihan Azlan kerana Helena anak saudaranya.Tiada sebab dia hendak menghina Helena lagi dan Daniel adalah cucunya. Kalau dari dulu dia tahu siapa Helena sudah pasti dia akan menyatukan mereka dengan cara yang baik dan beradat tapi waktu itu dia angkuh.Azlan bersungguh-sungguh menyuruh dia meminang Helena tapi dia enggan.Kesian cucunya Daniel yang sekian lama kehilangan ayahnya kerana sikap dirinya itu.Puan Latiffa memeluk Daniel semahunya.Dia rasa berdosa pada anak kecil itu. Helena benar-benar bersyukur bila semua masalah yang dilaluinya kini berakhir bila Puan Latiffa merestui hubungan mereka.Helena dan Azlan akan diraikan dalam dua buah majlis dua minggu lagi.Di rumahnya dan rumah Azlan.Helena tersenyum puas sambil memeluk Daniel yang sudah lena di buai mimpi.Peristiwa petang tadi benar-benar menyelesaikan masalah cinta mereka.
jln citer ok..tp kalo kena ngn penggunaan ayat2 yg sesuai la br best,,x feeling la bl baca. perasaan watak tu pn x dinyatakan secara jelas.ntah la ek,nk komen pn tatau cmne nk komen. lg 1,jarang jumpe kembar x seiras..mlainkan yg lain jantina jela=) tp tu x pe la..yg penting penulis usaha lg ok bt garapan ayat2 yg ada penghayatan sket bila membacanya...gud luck~
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sy org pertama yg komen...hhhrrmmmm...
citer ni x berape best pd sy...ayat ygt digunakan x mnrk,,,,
lps 2 terlalu melompat plot nyer...