Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Bintang-bintang yang bergelantungan di atas langit ibarat hamparan permata yang bersinar indah. Bertambah seri ditemani cahaya rembulan. Unggas dan cengkerik berlagu syahdu membuai hatiku. Wajahku ditampar bayu malam yang sepoi-sepoi bahasa. Perlahan-lahan satu keluhan kecil kulepaskan. Teringat peristiwa yang berlaku siang tadi serta-merta hatiku dipaut gelisah. "Mirul... Mirul cintakan Durar," Ucapan itu berlegar-legar di fikiranku. Aku buntu. Tidakku sangka cintaku bukan bertepuk sebelah tangan. Aku berada di awang-awangan sewaktu Amirul Asyraf menuturkan kata-kata tersebut. Rasa gembira melonjak-lonjak di dalam diri. Ingin sahaja aku mendakap Amirul Asyraf saat itu tetapi akalku menolak, masih tahu batas-batas dan adab. "Mirul, boleh berikan saya masa?" soalku. "Ambillah seberapa lama masa yang Durar inginkan tetapi Mirul harap jawapannya nanti tidak mengecewakan Mirul," jawab Amirul Asyraf. "Durar, apa yang dibuat kat luar tu? Dah lewat malam ni. Masuk..." arah ummiku. Lamunanku terhenti. Aku mengeleng-gelengkan kepalaku. Lantas, aku masuk ke dalam rumah, menutup pintu dan berlalu ke kamar untuk melelapkan mata. Sudah hampir sepuluh minit aku berguling-guling di atas katil. Berkalih ke kanan kemudian ke kiri, namun mataku masih tidak mahu pejam. ‘Inikah yang dikatakan penangan cinta?’ desis hatiku.
* * * * *
BANGUNAN yang bercat biru itu tersergam megah. Tertera papan tanda bertulis ‘ Karisma Global Sdn. Bhd.’ Aku melangkah masuk ke pejabat dengan langkah yang tenang. Penuh berhati-hati langkahku diatur. Pintu lif terbuka dan aku menekan butang bernombor 3. Lif bergerak dan tidak sampai lima minit aku sudah berada di tingkat tiga, pejabatku. Ruang legar pejabat tenang, tanda masih belum ada kakitangan yang datang. Memang menjadi kebiasaan aku datang awal ke pejabat. Sebagai seorang setiausaha, banyak tugas yang perlu kulakukan. Aku berjalan ke mejaku lalu melabuhkan punggung di atas kerusi. Mataku tertancap pada fail berwarna biru di atas meja. Seingatku, semalam tiada fail itu di situ. Mungkin aku tidak perasan sewaktu balik semalam. "Awal kamu sampai Durar?" Aku melompat dari kerusiku. Terkejut aku bukan kepalang mendengar teguran dari seseorang. Tangan kananku diletakkan di dada sambil melepaskan keluhan. Kepalaku didongakkan. Wajahku merona merah apabila kelihatan sesusuk tubuh yang amat aku kenali sedang melopong. "Bos, sudahlah tu. Nanti ada yang masuk lalat dalam mulut bos tu," ujarku. Bagai tersedar dari mimpi, Zaini pantas menutup mulutnya. Tiba-tiba dia tergelak. Aku yang melihatnya bertambah hairan. "Saya tak sangka awak ni penakut juga orangnya," perli Zaini. "Amboi bos, bukan main menyindir saya ya. Nasib baik saya ni tak ada lemah jantung. Kalau tak sapa yang susah. Bos ni pun satu, tak reti nak bagi salam dulu ke?" marahku. Zaini melemparkan senyum kepadaku. Serta-merta ada getaran menerjah di dada. Aku memalingkan mukaku apabila menyedari anak mata Zaini masih tidak lepas dari memandangku. "Sorry. Tak sengaja. Oh ya, fail tu tentang projek bersama Syarikat Khoo Enterprise. Dato’ Khoo akan telefon awak untuk tentukan masa perbincangan nanti," Zaini memberitahuku. Aku menyelak helaian demi helaian fail tersebut sepintas lalu. Selakanku terhenti apabila melihat sebaris nama dalam dokumen tersebut. "Datin Emilya?" ujarku. "Kenapa?" soal Zaini. "Ah, tak ada apa-apa. That’s name sound familiar," jawabku. "Datin Emilya adalah isteri kepada Dato’ Khoo. Dia yang akan jadi project manager kali ni. Ada apa-apa masalah ke?" "Setahu saya, Datin Emilya tak tahu menahu tentang business. Lagipun, bukankah keadaan dia tidak mengizinkan?" "Durar, don’t judge a book by it’s cover. Sungguhpun dia lumpuh, tapi awak terlupa ke yang she have master in business study?" balas Zaini. Aku terkedu. Tidak sangka wanita yang sudah menginjak usia 50-an itu mempunyai azam yang begitu kuat. Timbul rasa kagum terhadapnya. "Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu. Tolong buatkan saya kopi ya?" pinta Zaini. "Baik bos. Er... apa mimpi bos malam tadi sampai datang awal begini?" gurauku. "Mimpikan awaklah Durar!" laung Zaini sambil melangkah ke biliknya. Aku tersenyum mendengar jawapan yang keluar dari mulut Encik Zaini. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Terkocoh-kocoh aku mencapai beg tanganku lalu mengeluarkan telefon bimbit berjenama Nokia 7610 itu. Melihat nama yang tertera di skrin, tanganku menggeletar!
* * * * *
"PLEASE leave me alone! Kau tak faham bahasa ke? Aku kata jangan ganggu aku lagi. Antara kita dah tak ada apa-apa," gerutu Amirul. "But, Mirul, I admit that I wrong. Please give me one more chance. I’ll prove that I love you more than anybody," rayu Shikin. "Stop it Shikin! You never get into my life again. That I guarentee! Now, go! I don’t want to look at your face anymore. Just go!" tengking Amirul. Shikin terjelepok di atas lantai pejabat bekas tunangnya itu. Setitis air matanya tumpah. Fikirannya buntu. Tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk memenangi hati lelaki bernama Amirul Asyraf itu. Tiba-tiba ada dendam berputik dalam jiwanya. Dendam untuk wanita yang merampas Amirul Asyraf dari hidupnya. Rasa benci yang teramat sangat bergelumang dalam dirinya kini. Meluat, dendam dan sakit hati terhadap Durar Ilyana!
* * * * *
AKU menghantar air kopi ke bilik pengurusku. Selepas itu, aku berjalan keluar dan mengambil tempat duduk di mejaku. Aku bermain-main dengan tetikus di atas meja. Mindaku bercelaru. Antara kasih dan cinta atau pengorbanan dan impian. Aku betul-betul keliru sehingga menyebabkan aku terasa seperti ingin lari dari ini semua. Namun, semakin laju aku berlari, semakin hampir dilema ini mengejarku. "Mak dan ayah dah setuju untuk menerima pinangan dari Dato’ Mansur," terang ibuku. "Hah? Durar tak sangka ummi dan abi buat keputusan yang sebegini besar tanpa pengetahuan Durar. Durar ada hak untuk tentukan hidup Durar sendiri ummi," ujarku lembut. "Beginilah. Hujung minggu ni, kamu minta cuti, pulang ke kampung. Di sini nanti kita boleh bercerita panjang lebar. Ummi pun inginkan yang terbaik untuk kamu Durar. Ingat tu. Hujung minggu ni balik ke sini," arah ibuku. Perbualan kami terhenti di situ. Aku merenung telefon bimbitku. Tidak percaya yang aku bakal bergelar tunangan orang. Pemuda yang aku langsung tidak kenali. Apa ini masih zaman dulu-dulukah? Zaman di mana anak-anak dikahwinkan atas dasar kekeluargaan. "Woi, jauh termenung?" sapa Shidah. Aku tersentak dari lamunan. Bibirku dicebikkan tanda tidak suka akan tindakan Shidah tadi. Shidah hanya ketawa kecil. "What’s the problem?" tanya Shidah. "Problem apa?" tanyaku pula cuba berdalih. "Muka kau tu dah macam orang mati laki. Lagipun jarang aku lihat kau termenung melainkan kau tak ada masalah," jawab Shidah. "Kau ni macam ahli nujum pulak. Actually, aku kena balik kampung hujung minggu ni. Mak dan ayah aku nak tetapkan tarikh pertunangan aku," beritahuku tanpa berselindung. Mulut Shida terlongo seperti yang aku jangkakan. Aku sendiri pun masih tidak hilang dari rasa terkejut. "Is this a joke?" "I’m sorry. This is not a joke but reality. Apa pendapat kau Shidah?" aku bertanya. "Firstly, aku nak ucapkan tahniah. Secondly, kau memang dah buang tabiat. Amirul, kau nak campak mana?" "Itulah yang merunsingkan aku sekarang. Aku tak tahu macam mana nak settlekan masalah ni," ujarku. "Pada pendapat akulah, baik kau bincang elok-elok dengan parents kau dulu. Maybe dia orang saja nak gertak kau ke? Manalah tahu. Then, kau bincang dengan Amirul pula. Tapi, kalau betullah kau jadi bertunang, alamatnya, aku makan nasi minyaklah tak lama lagi," jerit Shidah. "Siapa yang nak kahwin?" soal Zaini. Shidah terdiam. Aku membisu seribu bahasa. Tidak sedar bila Zaini muncul. "Siapa yang nak kahwin ni?" ulang Zaini. Aku dan Shidah saling pandang-memandang.
* * * * *
AMIRUL ASYRAF menghempaskan telefon bimbitnya ke atas tilam. Geram kerana panggilannya tidak berjawab. Sejak dari semalam dia cuba menghubungi Durar tetapi ada sahaja yang tidak kena. Talian di luar kawasanlah, tidak dapat dihubungilah. Pening kepalanya memikirkan ke mana kekasih hatinya itu saat ini. Puas dia mencari sehingga ke rumah Durar. Namun, ketiadaan kereta Kancil milik Durar menerangkan segalanya. Durar tiada di rumah. Ingin ke pejabat Durar, di tidak tahu. Memang silapnya tidak mengambil tahu akan perkara itu. Pintu biliknya di ketuk. Terjengul wajah mamanya apabila pintu dikuak. Amirul Asyraf melepaskan keluhan kecil. "Kenapa tak turun makan?" soal Puan Atirah. "Tak ada seleralah mama," ringkas jawapan Amirul Asyraf. "Amirul ada masalah ke dengan Shikin ke?" soal Puan Atirah lagi. Kali ini Amirul Asyraf diam. Dia terlupa yang mamanya belum tahu bahawa dia dan Shikin sudah memutuskan hubungan. Tidak dapat dia gambarkan apakan tindakan mamanya andai mengetahui calon menantu pilihannya telah ditolak. "Ah, tak adalah mama. Mirul dengan Shikin biasa je," jawab Amirul Asyraf. "Habis tu, mama tengok Mirul macam kucing kehilangan anak je. Masalah syarikat ke?" desak Puan Atirah lagi. "May be. Mirul banyak kerja kat pejabat rasanya. Pinjaman untuk projek Taman Mahligai tu belum diluluskan lagi. Fasa pertama dah nak dijalankan," terang Amirul Asyraf. "Stresslah ni... Mirul, kerja tu biar berpada-pada. Kesihatan jangan dilupa. Kamu tu dah nak berkahwin. Pandai-pandailah bahagikan masa antara kerja dengan Shikin. Mama tengok, dah jarang dia datang ke mari," adu Puan Atirah. "Dia pun sibuk agaknya," ringkas jawapan Amirul Asyraf. Kedengaran nama Puan Atirah dilaung dari tingkat bawah. Bergegas Puan Atirah keluar. Dia tahu suaminya sedang menunggu di bawah untuk bersama-sama menghadiri majlis makan malam di rumah Datin Rafidah. Amirul Asyraf menarik gebar menyelimuti tubuhnya. Matanya cuba dilelapkan namun bayangan wajah Durar menari-nari di depan mata. ‘Ah, mana pula perempuan ni pergi?’ getus hati Amirul Asyraf, marah!
* * * * *
POHON tembusu di hadapan rumah teguh berdiri. Kelihatan beberapa ekor merbah berlompat-lompatan di dahannya. Gemersik dedaun diterpa bayu menghasilkan irama yang sungguh mengasyikkan. Perlahan-lahan mataku dipejamkan untuk menghayati keindahan alam ini. Namun, tidak sampai lima minit, ketenanganku terganggu dengan sapaan kakakku. "Jauh termenung?" kakakku, Dhaniyah menyoal. "Kak, apa pendapat akak tentang pertunangan Durar?" Dhaniyah memandang wajah keruh adiknya. Ada kegelisahan terpancar di ruang mata Durar. Dia sendiri terkejut mendengar berita pertunangan adiknya itu dari mulut ibu mereka. Baginya, ibu dan bapa mereka tidak patut tergesa-gesa membuat keputusan. Dia sedar, ibunya risau akan Durar. Maklumlah, hidup di kota metropolitan seorang diri. Dia dan suaminya tinggal di Segamat, Johor. Keluarga mereka pula tinggal di Port Dickson, Negeri Sembilan manakala Durar jauh merantau ke Perak. "Durar, mesti ada sebab mengapa ummi dan abi buat begitu. Janganlah difikirkan sangat. Biasanya, ibu bapa tahu apa yang baik untuk anak-anak mereka," nasihat Dhaniyah. Aku hanya mengangguk lesu. Dhaniyah mengajak adiknya ke dalam rumah untuk menikmati makan tengah hari. Aku menolong ummi menyediakan pinggan dan cawan. Kemudian menanti abi dan abang iparku untuk bersama-sama menikmati makanan. Lauk-pauk yang terhidang di atas meja langsung tidak menarik perhatianku. Selera makanku terbang entah ke mana. Aku hanya mengambil sepotong kecil ayam masak merah dan sedikit sayur campur. Dua tiga suap, aku berhenti. Tekakku terasa perit untuk menerima makanan. Lantas, aku meminta diri. Langkah kakiku pantas menuju ke bilikku. Di dalam bilik, air mataku menitis. Segala kesedihanku hamburkan. Aku sedikit tersentak apabila bahuku disentuh lembut. Wajah kakakku menghiasi ruang mata. Aku menerpa ke arahnya lalu mendakapnya erat. Dhaniyah membalas pelukan adik kesayangannya itu. Maklumlah, mereka hanya dua beradik. Selama ini, mereka sentiasa berkongsi rasa dan masalah. Bak kata orang, cubit peha kanan, peha kiri terasa juga. "Bersabarlah Durar..." hanya itu yang mampu Dhaniyah ucapkan.
* * * * *
"DURAR ke mana dua tiga hari ni?" Amirul Asyraf bertanya ketika mereka sedang menikmati makan malam di Medan Selera Sri Bayu. "Durar balik kampung," jawabku. "Mengapa tak beritahu? Dah tu telefon pula dimatikan. Mirul risau tau tak," agak tinggi nada suara Amirul Asyraf. "Maaflah. Durar ada hal keluarga. Sebenarnya....," Aku tidak dapat meneruskan kata. Amirul menyedut air sirap limaunya. Namun, matanya seperti menunggu aku untuk berkata ayat yang seterusnya. "Sebenarnya, Durar akan bertunang tiga bulan lagi," lirih suaraku. Tersedak Amirul tatkala mendengar sebaris ayat yang keluar dari mulut kekasihnya itu. Cepat dia mengambil tisu yang disediakan di atas meja lalu mengelap mulutnya. "Nonsense! Apa yang Durar merepek ni?" ujar Amirul Asyraf. Aku mendiamkan diri. Kemudian menarik nafas panjang. Bagaimana untuk aku menerangkan segalanya? "I need a good explanation about this," ujar Amirul Asyraf lagi. "Baiklah. Ummi dan abi dah tetapkan tarikh pertunangan Durar bulan hadapan dengan kenalan baik mereka. Durar..." "Kenapa tak tolak?" soalan Amirul mematikan kata-kataku. "Durar belum beri jawapan yang pasti. Sebab itu Durar ingat nak bincang dengan Mirul dulu," terangku. "Tolak sahaja pinangan tu. Mirul boleh berdepan dengan keluarga Durar jika perlu. Durar, Mirul tak dapat terima kalau Durar jadi milik orang lain," ucap Amirul Asyraf. Tanganku digapai lalu digenggam erat. Terharu aku dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Amirul Asyraf. "Moga kita dapat melayari bahtera cinta ini bersama walaupun ada badai menimpa" doa hatiku.
* * * * *
"LAMANYA kau bercuti Durar. Kau sakit ke?" Zulika, akauntan syarikat menyoalku. "Ah, tak adalah. Masalah keluarga sikit. Shidah mana?" tanyaku apabila tidak melihat kelibat Shidah dari pagi tadi. "Dia ke Kulim. Ada persidangan kat sana. Esok baru balik. Dah dua hari dia pergi," beritahu Zulika. "Hah, kau nak tahu. Bos kita tu macam cacing kepanasan bila kau tak ada. Kejap ke hulu, kejap ke hilir. Ada ke patut, satu hari tu Kak Salmah kena marah dengan dia," "Kak Salmah cleanner tu?" ujarku, meminta kepastian. "Ada ke dia kata Kak Salmah ambil fail kewangan syarikat walhal fail tu ada pada aku. Dia serahkan pada aku untuk dibuat semakan sekali lagi. Terkulat-kulat muka Kak Salmah kena marah," begitu teruja Zulika bercerita. Siap dengan tangan dan mimik muka sekali. Aku pula yang excited mendengar. "Habis tu?" "Apalagi, aku pun ambil tindakan untuk menenteramkan keadaan. Aku jelaskan kat Encik Zaini yang fail tu ada pada aku. Pucat muka dia. Terus dia minta maaf kat Kak Salmah. Kak Salmah pula dah berair mata dia. Tunggu nak berjujuran jatuh je," Aku menggelengkan kepalaku. Tak sangka Zaini begitu orangnya. "Tapi, nak salahkan dia tak boleh juga. Mungkin dia tertekan dengan kerja yang berlambak-lambak. Yalah, orang kanan dia membawa diri, kelam-kabutlah jadinya. Aku rasa, baik kau kahwin je dengan Encik Zaini tu. Habis cerita. Dia pun bujang lagi. Handsome pula tu," komen Zulika. Eh..eh... tak pasal-pasal aku yang kena tempiasnya. Kahwin dengan Zaini? Tolonglah. Tak dapat aku bayangkan. Setiausaha ada hubungan dengan bos? Ei... geli. "Woi, kau dengar tak apa aku cakap ni?" "Ah, dengar. Terima kasih atas cadangan tak bernas kau tu. Banyak lagi benda aku boleh fikir. Sudah, lebih baik kau buat kerja kau. Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan Encik Zaini kalau dia nampak kau duduk goyang kaki kat sini," ujarku. Zulika berlalu ke mejanya. Aku meneruskan kerjaku yang tertangguh tadi. Namun, tidak sampai beberapa minit, aku disapa. "Boleh saya tahu, siapa Durar Ilyana?" tanya seorang wanita yang memakai blaus berwana merah itu. "Saya Durar. Ada apa?" "Oh, inilah dia perempuan Melayu terakhir tu ya. Tak adalah lawa sangat. Muka macam perempuan biasa je. Apalah yang si Mirul tu nampak kat kau?" ujar perempuan yang berdiri disebelah wanita berbaju merah tadi. Aku tersentak. Serta-merta wajahku merona merah. Malu dan marah. "Boleh saya tahu puan ni siapa?" "Saya Puan Atirah, mama Amirul. Yang ni tunangnya Shikin Izairah," perempuan itu memperkenalkan diri. "Oh, makcik. Jemputlah duduk," aku mempelawa mereka duduk di kerusi di hadapanku. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi tanganku disambut acuh tak acuh. Hatiku diterpa gelisah. Lebih-lebih lagi melihat panahan mata Shikin yang seolah-olah hendak menelanku. "Ada apa hajat datang ke sini?" soalku ramah. "Aku nak kau putuskan hubungan dengan Amirul. Dia tunang aku!" Shikin mencelah. "Ops, maaf. Saya tak tahu pun yang dia dah bertunang," ujarku jujur. "Tak payahlah kau nak berpura-pura kat sini. Aku tahu kau yang menghasut Mirul supaya putuskan pertunangan kamikan? Kau mengaku jelah kau nakkan harta dia. Dasar perempuan miskin," Berderau darahku mendengar kata-kata yang meluncur laju dari bibir Shikin. Aku memandang ke arah Puan Atirah. Dia hanya tersenyum sinis. Oh tuhan, bala apakah ini? "Cik Shikin. Saya rasa ada sedikit salah faham di sini. Amirul tak pernah beritahu saya yang dia dah bertunang bahkan selama kami menjalin hubungan tidak timbul langsung isu itu. Tiba-tiba hari ini awak mengaku yang awak tunang dia. Saya tak faham," balasku. "Tak payah awak susah-susah nak faham. Saya ni mama Amirul. Saya yang mengatur hidup anak saya. Memang Amirul dah bertunang dengan Shikin tapi putus disebabkan awak Cik Durar. Saya harap awak faham bahawa tak elok menghancurkan perhubungan orang lain," sindir Puan Atirah. Aku tergamam. Tanganku menggigil. Tidak kusangka selama ini aku adalah seorang perampas. Mustahil Amirul tidak menceritakan hal yang sebegini besar padaku. "Hoi, dengar sini baik-baik! Aku nak kau tinggalkan Amirul. Dia hak aku. Aku tak akan benarkan dia jatuh ke tangan orang lain. So, better you leave him as soon as possible. Jika tak, nahas kau aku kerjakan," Shikin memberi amaran. Aku tersengih. Shikin kurenung dengan perasaan berbaur. Geli hati dan kasihan. Nampak sangat dia terdesak nak berlaki. "Kalau saya kata saya akan tetapkan teruskan hubungan dengan Amirul?"aku berlagak berani. "Kurang ajar!" Shikin melayangkan penamparnya ke pipiku tetapi sempat dihalang oleh tangan Zaini. "This is my office. Better both of you get out from here before I call the security!" tengking Zaini sambil melepaskan pegangan tangannya pada Shikin. Dengan wajah yang merona merah, Puan Atirah dan Shikin bergegas keluar. Aku memandang wajah Zaini. Manik-manik putih mula berjujuran jatuh. Mujur Zaini datang tepat pada waktunya. Terima kasih!
* * * * *
DHANIYAH memandang wajah uminya. Terpancar riak gelisah di situ. Dia sendiri tidak tahu hendak lakukan apa lagi. Dirinya ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa. Dari satu sudut, dia bersimpati terhadap adiknya, tetapi jika dinilai dari sudut ibunya, dia bersyukur. Bersyukur kerana adiknya akan mendapat teman hidup tidak lama lagi. Dia tahu, adiknya telah lama menderita kerana cinta sehingga menutup pintu hatinya rapat. Mungkin melalui tindakan ini merupakan kunci untuk membuka pintu itu kembali. "Apa pendapat kamu Yah?" tiba-tiba umi mengeluarkan soalan cepumas itu. "Entahlah ummi. Yah sendiri tak tahu nak cakap apa. Terpulanglah pada umi. Jika baik buat ummi, baiklah juga buat Yah," ujar Dhaniyah. "Abi mana ummi?" Dhaniyah bertanya pula. "Katanya nak ke dusun tadi. Putik rambutan gading yang ditanam dulu tu dah keluar. Hmm... tak lama lagi merasalah kita buahnya," jelas ummi. Keadaan menjadi sepi semula. Masing-masing membuai rasa. Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi enjin kereta memasuki halaman. Kereta Waja berwarna kelabu itu berhenti betul-betul di perdu pohon ketapang yang rendang. "Siapa tu ummi?" Dhaniyah bertanya. "Tak tahulah. Orang nak bertanya jalan kot," Pintu kereta ditolak. Keluar seorang pemuda berkemeja biru lengan panjang ditemani dengan seorang perempuan yang agak berumur memakai baju kurung juga rona serupa dari perut kereta. "Eh? Macam kenal. Kalau tak salah dia ni..." getus Dhaniyah di dalam hati. "Hah, bakal adik ipar kamu rupanya," ujar ummi. "Apa?" melopong mulut Dhaniyah. "Kenapa dengan kamu ni?" ujar ummi, hairan. "Ah, tak ada apa-apa. Marilah ummi kita ke sana," ajak Dhaniyah. ‘Hai, Durar. Kalau inilah calon suami kau, akak setuju sangat,’ detik hati Dhaniyah.
* * * * *
"MIRUL, tolong I! Sakit sangat ni," rintih Shikin. "Shikin, calm down. Where are you now?" "I... I...ada kat rumah ni. Cepatlah datang!" talian terus terputus. Amirul Asyraf bergegas mencapai kunci kereta lalu berlari keluar dari banglo dua tingkat itu. Dia tidak hirau akan beberapa pasang mata yang memandang. Dalam fikirannya sekarang adalah Shikin. Entah apa yang terjadi pada dirinya. Tidak sampai setengah jam, dia sudah berada di hadapan apartmen milik Shikin. Pintu ditolak. Kelibat Shikin tiada di ruang tamu. Dia menuju ke ruang dapur, juga tiada. Akhirnya kakinya melangkah ke dalam bilik. Keadaan bilik yang gelap menyebabkan dia meraba-raba suis lampu. Pantas tangannya memetik suis. Serta-merta bilik yang tadi gelap menjadi terang-benderang. Serentak dengan itu, kedengaran pintu bilik ditutup. Terpana Amirul Asyraf melihat Shikin yang hanya berbaju tidur jarang. Darah terasa menyerbu ke muka. "Apa semua ni Shikin?" "Mirul, dah lama I tunggu saat ni. Takkanlah you tak pernah terlintas nak sentuh I," ujar Shikin sambil melangkah ke arah Amirul Asyraf dengan lenggok menggoda. Terasa hangat nafas Amirul Asyraf bersatu dengan nafasnya. Dia mengelus pipi Amirul Asyraf lalu menolak lelaki itu ke atas katil. Amirul Asyraf kaku. Dia seperti dipukau melihat keadaan Shikin itu. Beberapa kali dia menelan liur. Satu persatu butang baju Amirul Asyraf dibuka oleh jemari halus Shikin. Kerelaan Amirul Asyraf menyebabkan Shikin semakin teruja. Namun belum sempat dia melakukan agenda seterusnya, pintu biliknya dirempuh. Wajah Amirul Asyraf berubah pucat. Pantas dia menolak tubuh Shikin yang berada di atasnya. "Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami dapat aduan ada pasangan bersedudukkan di sini. Maaf, awak berdua terpaksa kami tahan," ujar seorang pemuda yang memakai songkok berwarna hitam itu. "Oh tuhan!" hanya itu yang Amirul Asyraf mampu ucapkan dan Shikin bersorak gembira di dlam hati kerana rancangannya telah berjaya.
* * * * *
TANGANKU menggigil. Lidahku kelu. Aku duduk terjelepok di atas lantai. Suratkhabar di hadapanku kurenung tajam. Tidak percaya apa yang aku baca tadi. Aku rasa aku mesti bermimpi saat ini. Aku mencubit lenganku, terasa sakit. Sah! Aku di alam realiti. "Durar, kau tak apa-apa?" soal Shidah. Dia juga terkejut membaca berita dalam suratkhabar itu tadi. Rasa benci timbul melihat wajah tidak bersalah Amirul. Tidak sangka sepupunya itu boleh bersikap keji begitu. Tambah simpati dia melihat Durar yang pucat wajahnya. Pasti hatinya dirobek rakus. Aku tunduk membisu. Ada kesedihan yang maha berat di dalam dada. Air mata yang sekian lama kutahan tumpah juga. Terasa bahuku dipeluk erat. Aku hanya menangis dan terus menangis. "Shidah..." "Encik Zaini, Durar..." "Saya tak tahu apa yang terjadi. Tapi, awak bawalah dia belehat di bilik tetamu. Tak elok biarkan dia di sini. Apa pula kata mereka nanti. Cepat, sebelum waktu rehat habis," ujar Zaini. Shidah mengangguk lalu memapahku ke bilik tetamu. Dia kemudian menghulurkan aku tisu dan sebotol air mineral water. Aku teguk air di dalam botol itu rakus. Terasa lega tekakku yang berasa perit sebentar tadi. "Shidah, terima kasih," ucapku lirih. "Dahlah tu, rehatlah dulu. Aku rasa baik kau gi toilet kemaskan apa yang patut. Hodoh tau tak," gurau Shidah. Aku melemparkan senyuman tawar. Tiba-tiba ingatanku menerawang mengingati ummi dan abi. Mujur mereka tidak tahu apa yang terjadi tapi... kakak?
* * * * *
MATA Dhaniyah bulat memandang tajuk akhbar pagi itu. Rasa tidak percaya begitu menyesak dada. Bertubi-tubi pelbagai persoalan menendang mindanya. Bagaimana keadaan adiknya itu? Tanpa berlengah, dia menghidupkan enjin kereta Wiranya lalu bergerak menuju ke destinasi. Hatinya ingin cepat berjumpa adiknya itu. Namun, malang tidak berbau. Entah dari mana muncul sebuah kereta dihadapannya. Dia tidak sempat memperlahankan keretanya yang sememangnya agak laju itu. "Ya Allah!" itulah ucapan terakhir yang meniti di bibirnya saat itu.
* * * * *
SHIDAH memandang wajah ketuanya itu dengan perasaan serba-salah. Nak cerita ke tak nak? Aku takut Durar marah, tapi... ah, cerita jelah. "Betul Encik Zaini nak tahu?" Shidah meminta kepastian. Zaini menganggukkan kepalanya berkali-kali. Shidah pun membuka lembaran kisah hidup kawan baiknya itu. Semuanya diceritakan tanpa berselindung. Termasuklah kisah kemalangan kakak Durar yang diterima sebentar tadi. Encik Zaini khusyuk mendengar. Langsung tidak mencelah. "Begitulah kisahnya Encik Zaini," "Hmm... dia di mana sekarang Shidah?" tanya Zaini. "Ada di hospital," jawab Shidah. Suasana hening seketika. Shidah dapat menangkap riak wajah duka ketuanya yang ada iras-iras pelakon Zul Yahya itu. "Encik Zaini, kalau saya tanya sesuatu boleh?" ujar Shidah memecah kesunyian. "Apa dia?" "Encik ada hati pada Durar, kan?" Wajah Zaini berubah. Dia menghela nafas panjang. Sudah tiba agaknya masa untuk dia berterus-terang. "Ya, saya memang mencintainya. Kata orang cinta pandang pertama," luah Zaini jujur. "Kenapa tak beritahu?" "Saya masih mengumpul keyakinan untuk meluahkannya. Lagipun, saya takut ditolak," "Belum cuba belum tahu Encik Zaini. Love is composed of a single soul inhabiting two bodies. Where there is love there is life. If you judge someone, you have not time to love her," Shidah berkata penuh makna. "Tak sangka awak ni bijak berkata-kata," puji Zaini. "Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Saya rasa baik encik pergi ke hospital. Tentu Durar perlukan seseorang untuk menyokongnya. Pergilah, mungkin ini peluang yang Encik Zaini nantikan..." ucap Shidah.
* * * * *
AKU berlari pantas mencari Wad Kenari di Hospital Besar Port Dickson itu. Terasa semangatnya terbang melayang apabila mendapat panggilan dari umi. Sudahlah tadi dia dikejutkan dengan berita penangkapan Amirul dan Shikin. Kini, sekali lagi dia diuji dengan berita kemalangan kakak kesayangannya. Kebodohanku terserlah apabila merayau-rayau tanpa arah tujuan. Mengapalah aku tidak bertanya pada jururawat di kaunter pertanyaan tadi? Sudah hampir sepuluh minit masaku dibazirkan. Selepas mendapat maklumat yang dicari, aku kembali berlari. Pintu bilik kutolak. Jelas kelihatan kelibat kakak yang sedang berbual-bual dengan umi. Dhaniyah menghadiahkan senyuman kepadaku. Aku berlari mendakap kakak. Nampaknya, hari ini air mataku begitu murah. "Durar, kenapa sedih sangat ni? Kakak tak apa-apa. Cedera ringan sahaja. Kakak belum nak mati lagi," gurau Dhaniyah. Aku masih terus menangis. Sesungguhnya aku amat bersyukur kakakku selamat. Mujur tidak ada terjadi apa-apa. "Sudahlah tu Durar. Kakak kamu cuma luka sikit sahaja," pujuk umi. Aku meleraikan pelukan. Kakak meyapu air mataku dengan jarinya. Aku tergelak hiba. Pintu bilik diketuk. Terjengul wajah Encik Zaini. Aku memperkenalkannya kepada ahli keluargaku. Dia bersalam dengan umi dan abi serta suami kakak. Kemudian dia memandangku. "Er... macam mana bos tahu saya ada kat sini?" soalku. "Dari Shidah," jawabnya. "Zaini kenal ke anak makcik ni?" ujar umi. "Apa umi ni? Kan dia bos Durar," terangku. "Tak lama lagi mana boleh panggil bos," ujar abang iparku tiba-tiba. "Kenapa pula?" aku bertanya. "Sebab....," kata-kata abang iparku mati di situ apabila kakak mencelah. "Abang, biar Yah yang beritahu," ujar kakaku. "Sebab... dialah bakal suami kamu," selamba Dhaniyah menutur kata. "Hah?" mulutku ternganga luas.
* * * * *
WAJAH dihadapanku kupandang jelek. Ada benci yang bermukim di hati. Sama sekali aku tidak menyangka yang cinta suciku akan dikhianati. Amirul Asyraf! Nama itu sudah terlalu banyak mencoret luka di hati. "Mirul... Mirul minta maaf," tutur Amirul. "Untuk apa? Sepatutnya Durar yang minta maaf sebab tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai kekasih dengan sempurna," sindirku. "Berilah peluang kepada Mirul sekali lagi," lirih nada suaranya. "Tidak Mirul. Sekali Durar disakiti, Durar tak akan biarkannya terjadi lagi. Durar juga punya impian dan harapan. Lagipun, Durar tak sanggup bermadu. Jagalah Shikin dengan baik. Durar tahu dia mampu membahagiakan Mirul," ucapku. "Durar..." "Cukuplah. Durar fikir, kita patut tamatkan segala-galanya hari ini. Pergilah, Durar izinkan. Mulai saat ini, Mirul sudah tiada di dalam hati Durar lagi. Kecapilah bahagia, Durar akan sentiasa mendoakan Mirul gembira selalu. Maafkan segala salah dan silap Durar sepanjang tempoh perkenalan kita," ujarku lalu melangkah pergi meninggalkan Amirul dengan hati yang sebal.
* * * * *
RINTIK-RINTIK hujan mula beransur reda. Serentak dengan itu muncul pelangi mengindahkan suasana. Bukan satu tetapi dua. Aku menarik nafas menyedut udara. Sesungguhnya aku amat suka dengan bau rumput selepas hujan. Segar dan nyaman. Bahuku diraih tiba-tiba. Aku hanya membiarkan. Kepalaku dilentokkan di bahunya. "Cantik, kan pelangi tu?" Zaini bertanya kepadaku. "Hmm.." aku membalas. "Abang, terima kasih kerana memberi kebahagiaan kepada Durar," ujarku. "Sepatutnya abang yang perlu mengucapkan terima kasih kerana kesudian Durar untuk menerima abang dalam hidup Durar. Percayalah, abang berjanji akan menjaga Durar dan Wafri dengan penuh kasih sayang. Kita akan melayari bahtera ini bersama-sama dengan cinta dan kasih yang Durar curahkan," panjang lebar bicara Zaini. "Abang, Durar sayangkan abang sepenuh hati," ucapku. Kedengaran jeritan anak kecil dari dalam buaian. Aku bergegas mengambil Fareez Wafri, anak sulung kami yang baru berusia lima bulan. Aku mendokongnya menuju ke jendela untuk melihat pelangi nan indah itu. Zaini merangkul kami ke dalam pelukannya. Terasa kebahagiaan menyelubungi hidupku. Moga sonata cinta ini akan terus subur dan harum mewangi!
juz nk tnyer....pe kne mngene tjok cerpen nie ngan kseluruhan cerpen??
n de 1 part yg writer x jelaskn lg.. 'dia tahu adiknya sudah lama menderita kerana cinta sehingga menutup pinta hatinya rapat' - dhaniyah so durar 2 mderita bb pe??nk kte psl si amirul 2..tyme 2 x tbongkar lg an yg amirul 2 da btunang..
anyway..keep it up writer.. wat arr lg cite yg best2.. :)
Tentang tajuk tu, saya pakai letak je sebab tak terfikir tajuk yang sesuai. Huhuhu... Mungkin saya nak pembaca sendiri berfikir apa ertinya cinta dalam karya ini. Tentang kata2 Dhaniyah, saya akan perbetulkannya. Kurang perasan kerana menyiapkan cerpen ini agak tergesa-gesa.
Walau apa pun, terima kasih atas komen yang diberikan. Saya akan cuba perbaiki kelemahan yang ada. Kalau ada masa, intai-intai cerpen saya yang lain iaitu "Cinta Antara Kita" dan "Sonata Rindu" Tak lupa novel saya bertajuk "Begitulah Cinta" Harap dapat beri komen anda ya... =)
hurmjm...... xleh nak kata ape tentang cerita ni.... walaupun nampak mcm best. tp jalan cerita dia lebih kurang sajalah mcm cerpen2 yang lain... untuk penulis, mungkin u boleh hasilkan karya yang seronok dr yang sekarang ini... semoga success selalu... =)
sy pnh ad kisah dgn llki bnama amiruk asyraf. huhuhu...kisah pn lebih kurang sama..bc cerpen awak tba2 terigt kt dia..huhuhuh.....cite yang best.teruskan..
Harap sudi singgah dan selamat membaca serta semoga terhibur... =)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.