BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Februari 18, 2009
Cerpen : Antara Dua Hati
Nama Pena : Ridhwan Zainudin

Terik mentari begitu terasa menyengat kulit muka. Rifhan menyeka peluh yang mula merenik di dahi dengan sapu tangan kecil miliknya yang berwarna kuning cair bercorak bunga-bunga kecil. Dia memandang sekilas jam di tangan. Tepat pukul satu tiga puluh minit petang. Hatinya mula dilanda bosan. Kelibat bas yang ditungggu-tunggu masih belum tiba.
"Panasnya!" rungut Habibah, kawan baiknya yang sejak tadi mengipas muka dengan buku latihan kecil di tangan.
Rifhan hanya tersenyum. Cuaca hari itu memang berlainan panasnya dari biasa. Angin pula bagai malas hendak bertiup, menambahkan lagi kehangatan.
"Han, kita balik naik teksi jelah. Menyampah aku tunggu bas lama-lama ni," cadang Habibah.
"Sabarlah Bie... kejap lagi adalah bas tu. Awak bukan tak tahu tambang teksi yang mencekik darah. Tak berbaloi," ujar Rifhan.
"Tak berbaloi kau cakap? Aku ni dah bermandi peluh kau tahu? Dah nak lemas pun. Tak kira! Aku nak naik teksi juga. Sekurang-kurangnya ada air-cond. Sejuk sikit hati aku ni. Kalau nak ikut, jom. Kalau tak nak, kau tunggulah bas kesayangan kau tu sampai kau cair duduk kat sini," balas Habibah membuatkan Rifhan menggelengkan kepala.
Langit cerah tidak berawan. Mentari pula semakin galak menyinar. Rifhan mengalihkan pandangannya pada Habibah. Wajah gadis itu sudah kemerah-merahan bagai udang dipanggang. Simpati pula dia melihatnya.
"Ish, mana pula teksi ni? Masa orang tak nak naik, berlumba-lumba kat atas jalan. Masa orang nak naik, satu kelibat pun tak nampak," rungut Habibah lagi.
Rifhan tergelak kecil. Habibah memang kurang sabar orangnya. Menunggu adalah sesuatu yang amat dibencinya. Rifhan tahu, Habibah sebenarnya sedang berang dengan kejadian semasa di sekolah tadi. Ditambah dengan keadaan sekarang yang langsung tidak menyelesakan, entah bila gunung berapi hendak meletup.
"Hah! Tu pun ada teksi. Kejap, aku tahan," ujar Habibah lalu segera melambai-lambaikan tangannya namun teksi yang ditunggu sekadar memandang sekilas, tidak mahu berhenti.
"Sengal punya teksi! Apa dia ingat aku ni tak mampu nak bayar tambang ke?" marah Habibah.
‘Dia dah mula... hmm, teksi tadi pun satu. Masih ada ruang kosong di tempat duduk belakang, mengapa tidak mahu ambil penumpang? Adakah kerana kami berpakaian sekolah menyebabkan pemandu teksi itu takut kerugian?’ desis hati Rifhan.
"Bie, saya nak pergi kedai beli air jap. Nak pesan ke?" tanya Rifhan.
"Boleh juga. Aku ni tengah hangat membahang ni. Kau beli air yang paling sejuk sekali ya," pinta Habibah membuatkan Rifhan tersengih kecil.
Rifhan mula melangkah pantas menuju ke kedai runcit yang terletak di belakang perhentian bas itu. Dia mencari tempat menyimpan minuman sejuk. Segera dia mengambil dua tin air berperisa laici lalu membuat pembayaran. Sejurus melangkah keluar dari kedai, dia ternampak Habibah sedang melambaikan tanganya. Segera Rifhan mengalihkan pandangan ke kanan. Dari jauh, kelibat bas mini sudah kelihatan. Pantas Rifhan mengorak langkah, tidak mahu ketinggalan.
"Cepatlah, kau duduk belakang aku. Biar aku yang berebut," ujar Habibah apabila Rifhan sudah berada di sisinya.
Rifhan mengikut kata-kata kawan baiknya tadi. Dia tahu, Habibah memang pakar dalam hal rebut-merebut ni. Naik bas kena pantas. Jika tidak, alamatnya kena berdirilah sehingga sampai rumah. Mujur ada Habibah yang agak lasak itu.
Sejurus bas mini itu berhenti di perhentian bas tersebut, orang ramai mula berpusu-pusu sambil bertolakan. Dalam hati Rifhan berdetik, mengapa mereka ini tidak tahu beratur? Tahu nak cepat sahaja.
Seketika kemudian, mereka berdua sudah berada di dalam perut bas mini berwarna merah itu namun malang sekali semua tempat duduk sudah penuh menyebabkan mereka terpaksa berdiri.
"Eiii!!! Geramnya! Buat penat aku je rebut-rebut tadi!" gerutu Habibah.
Rifhan hanya memandang kawan baiknya yang tidak berhenti merungut dari tadi.
"Sabarlah Bie..." itu sahaja yang mampu Rifhan ucapkan.

* * * * *

"AKU tak puas hati betul dengan mamat sengal waktu kat sekolah tadi. No manners!" ujar Habibah.
Rifhan mendongak ke langit. Awan mula berambal-ambalan menutup sinar mentari. Rasa teduh sedikit berbanding semasa menunggu bas tadi. Mereka berdua sedang berjalan beriringan menuju ke rumah masing-masing yang terletak sebelah-menyebelah. Masih ada satu kilometer lagi harus mereka tempuhi sebelum sampai ke destinasi.
"Ala, awak pun salah juga. Awak yang langgar dia dulu," ujar Rifhan.
"Memanglah. Tapi, tak payahlah sampai cakap mata aku letak kat lutut," balas Habibah.
"Betul juga tapi awak tu pun sama juga lasernya. Terkulat-kulat muka budak lelaki tu bila awak sembur dia tadi," ujar Rifhan sambil tergelak kecil.
Habibah terkenang semula kejadian yang berlaku semasa mereka di perpustakaan sekolah pagi tadi.
"Buta apa? Mata letak kat lutut agaknya?" perli seorang pelajar lelaki ketika Habibah berlanggar dengannya sewaktu dia keluar dari celah-celah rak buku.
"Apa? Wei, sesedap mulut kau je kata macam tu ya. Mata dia yang letak kat pinggang, kata orang," Habibah membalas.
"Hah?"
"Jomlah Han, sakit mata aku tengok mamat tak sedar diri ni!"
"Wah, bukan main lagi bahasa kau ya. Mulut memang sah tak ada insurans," balas pelajar lelaki bercermin mata itu.
"Aku beli insurans bukan untuk mulut tapi diri aku ni. Kalau badan kau cedera, takkan mulut kau boleh tolong," bidas Habibah membuatkan pelajar lelaki itu terpaku.
"Bie," tegur Rifhan menghenyak lamunan Habibah.
"Apa?’
"Tu..." Rifhan menunjukkan jari telunjuknya ke satu arah.
"Eh? Apa yang mamat sengal tu buat kat pangkin depan rumah aku?" Habibah bertanya, penuh curiga.

* * * * *

"WEI, sengal!" sapa Habibah apabila sampai di hadapan pelajar lelaki yang bertemu dengannya sewaktu di perpustakaan pagi tadi.
"Bie..." tegur Rifhan, kurang senang dengan cara Habibah menegur lelaki itu.
"Kau?" pelajar lelaki itu nyata terkejut.
"Apa yang kau buat kat sini?" tanya Habibah.
"Sepatutnya tu dialog aku. Apa yang kau buat kat sini?"
"For your information, pangkin yang kau duduk sekarang ni hak milik keluarga aku. Belakang kau ni rumah aku. Adakah jawapan aku memuaskan hati?"
Bulat mata pelajar lelaki itu. Rifhan hanya mampu memandang. Tiba-tiba matanya menangkap luka di siku lelaki itu.
"Siku awak berdarah," ujar Rifhan sekaligus menarik minat Habibah dan lelaki itu melihat ke arah yang sama.
Rifhan segera berlalu masuk ke dalam rumah meninggalkan Habibah dan lelaki itu berdua. Habibah yang terpinga ditinggalkan Rifhan tiba-tiba agak kaget. Lelaki yang masih berbaju sekolah itu hanya diam. Beberapa minit kemudian, Rifhan keluar dengan membawa kotak putih bersimbol bulan sabit berwarna merah.
"Sini, saya letakkan ubat," pinta Rifhan.
"Tak apalah, sikit je,"
"Mana boleh. Nanti luka awak melarat,"
"Tak apa, sikit je," tolak pelajar lelaki itu lagi.
"Wei, yang kau degil sangat ni kenapa? Dah cukup baik kawan aku tu nak tolong. Ikutkan aku, baik aku tinggalkan kau je kat sini," sampuk Habibah.
"So, kalau macam tu, apa tunggu lagi, pergilah!" bentak lelaki itu.
"Amboi, amboi, amboi... Han, kau dengar tak dia cakap apa? Dah, tinggalkan je dia kat situ. Lelaki macam ni tak payah tolong. Berlagak!"
"Ta... tapi..." Rifhan bersuara, teragak-agak.
"Dah, jom! Biarkan dia kat sini. Pandailah dia uruskan diri dia sendiri! Tak payah nak susahkan diri kau! Jom!" ujar Habibah lalu menarik Rifhan pergi dari situ.
Sempat Habibah menyambar kotak putih itu lalu diserahkan kepada Rifhan. Dia melangkah masuk ke dalam rumah sementara Rifhan berjalan perlahan menuju ke rumahnya yang terletak di sebelah rumah Habibah.

* * * * *

ANGIN berhembus lembut menghantar sedikit kedinginan pada Anas Zainal. Dia menyentuh sikunya yang luka. Darah sudah berhenti mengalir. Dia berasa kesal. Sepatutnya dia tidak menolak pelawaan gadis berkulit cerah itu tadi. Tidak berniat langsung untuk mengecilkan hati gadis itu.
"Assalammualaikum," sapa Rifhan.
"Waalaikummussalam. Awak rupanya," jawab Anas Zainal.
Dia memandang Rifhan yang masih belum menukar pakaian sekolahnya. Di tangan kanan gadis itu masih memegang kotak pertolongan cemas tadi.
"Awak tak apa-apa?" tanya Rifhan.
"It’s okay. I’m alright..."
"Siku tu..."
"Cedera sikit je. Awak, maaf ya,"
"Maaf untuk apa?"
"Kata-kata saya tadi,"
"Ah, perkara kecil saja. Saya pun nak minta maaf bagi pihak kawan saya. Dia tak berapa sihat tadi. Tu yang cepat marah," terang Rifhan.
Anas Zainal melemparkan senyum. Rifhan terasa dadanya bergetar hebat. Senyuman itu menerbitkan resah dalam hatinya.
"Mana ubat tadi?" Anas Zainal bertanya.
"Hah? Oh, kejap ya," jawab Rifhan, gelisah.
Rifhan membuka kota putih itu. Kapas dan botol berisi cecair kuning dikeluarkan. Perlahan-lahan dia membersihkan luka pada siku lelaki di sebelahnya. Kemudian, kapas yang mengandungi cecair kuning tadi ditekapkan ke tempat luka membuatkan Anas Zainal agak menyeringai, menahan pedih. Selepas itu Rifhan menampal selefon tape agar kapas tadi tidak tertanggal.
"Dah siap," ujar Rifhan.
"Awak, terima kasih ya,"
"Sama-sama. Eh, mulut awak lebam!"
Anas Zainal meraba-raba sekitar mulutnya. Dia mengerdipkan mata sedikit tanda pedih.
"Sekejap, saya ambil ais," ujar Rifhan lalu segera bangun namun langkahnya terhenti apabila tangannya dipegang.
"Tak apa. Saya dah nak balik," beritahu Anas Zainal.
Pegangan tangan Rifhan dilepaskan. Rifhan kembali duduk semula di pangkin itu. Dia memandang wajah lelaki di sebelahnya. Lelaki itu punya kening yang tebal seolah-olah bercantum di hujungnya. Bulu matanya pula panjang. hidungnya tidak terlalu mancung tapi cukup terletak.
"Kenapa pandang saya begitu?"
Rifhan tersentak seraya melarikan pandangan matanya dari wajah lelaki itu. Dia diterpa malu.
"Oh ya, saya Anas Zainal. Boleh panggil saya Anas,"
"Saya Rifhan. Awak, boleh saya tanya sikit?"
"Hmm..."
"Awak bergaduh ya?"
"Rifhan ni ahli nujum ya? Macam mana Rifhan tahu?"
Rifhan terkesima sebentar tatkala mendengar namanya meniti di bibir lelaki itu. Getaran di dalam dada semakin hebat. Apakah yang sedang melanda dirinya ini?
"Ah, tak... saya teka saja. Er... okeylah awak. Saya minta diri dulu," ujar Rifhan lalu bangun.
"Jumpa lagi esok. Thanks again," ucap Anas Zainal sambil memerhatikan langkah gadis itu yang kian jauh menghilang.
Tanpa mereka sedari, Habibah sedang asyik memerhati sejak mula lagi di sebalik jendela dengan perasaan yang berbaur. Marah dan sakit hati!

* * * * *

MALAM tiba jua memaksa siang mengundur diri sementara. Bintang-bintang yang berkerdip terang kelihatan begitu mengasyikan. Rifhan menutup jendela biliknya lalu berjalan ke katil yang dilitupi cadar rona biru bercorak bunga lili itu. Badannya dihenyak ke atas tilam empuk. Dia mengiring ke kanan. Seketika kemudian, dia mengalih badan ke kiri. Matanya tidak mahu pejam. Bayangan wajah Anas Zainal menyapa ruang mindanya. Dia tidak mengerti apa yang dirasakan saat ini. Hatinya bagai tidak sabar menanti hari esok menjelma.
Apakah ini rindu? Rifhan tidak tahu. Jangan, jangan... dia dah jatuh cinta? Ah, mustahil! Mereka baru sahaja kenal siang tadi. Mungkin... cinta pandang pertama? Rifhan tidak menolak kemungkinan itu. Tiba-tiba dirasakan darah merah meluru ke mukanya, hangat. Eii... perasannya...
"Rifhan! Bibah datang ni!" laung umminya dari ruang tamu.
Rifhan bingkas bangun lalu membuka pintu bilik. Dia mengajak Habibah masuk ke biliknya. Habibah yang memang selalu bertandang ke rumah sudah dianggap seperti keluarga. Keluarga masing-masing sudah sedia maklum akan keakraban kedua-dua gadis itu.
"Ada apa Bie datang malam-malam ni?" Rifhan bertanya sejurus mereka berdua duduk bersila di atas katil.
"Hai, sejak bila pula aku tak boleh datang bilik kau ni?" ujar Habibah seperti berjauh hati.
"Ala, merajuk ke? Saya gurau je. Kerja sekolah dah siap?"
"Dah lama settle. Wah, bukan main lagi kau siang tadi ya,"
"Kenapa?"
"Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat tadi kat pangkin depan rumah aku?"
Rifhan tersipu malu. Dia tahu Habibah pasti melihat apa yang dilakukannya siang tadi. Habibah hanya tersengih. Dia sebenarnya sudah dapat mengagak Rifhan pasti akan datang semula pada lelaki itu. Rifhan terlalu baik hati.
"Ala, saya tolong sikit je," ujar Rifhan.
"Kau ni baik sangat. Kalau aku, tak ada maknanya aku nak tolong mamat berlagak tu. Dia lelaki, setakat luka kecil macam tu tak bawa kesan sikit pun," ujar Habibah.
"Awak nak tahu Bie, sebenarnya dia baru lepas bergaduh. Sebab tu dia cedera," Rifhan memberitahu Habibah.
"Wah, tak padan dengan sombong, gangster pula tu. Hai, tak tahulah aku nak cakap apa,"
"Awak ni, tak baik cakap macam tu,"
"Hai, back-up dia nampak. Ada apa-apa ke?" usik Habibah.
"Tolonglah... saya baru je kenal dia. Awak ni..."
"Hah, tengok tu muka dah merah. Malulah tu. Amboi, amboi, amboi..." ujar Habibah sambil mengunjukkan jari kelingkingnya seperti cerita Cit-Cat Azwan Ali itu.
Rifhan hanya tergelak. Entahlah Habibah, perasaan memang sukar ditafsir...

* * * * *

KEESOKANNYA, pagi-pagi lagi mereka berdua dikejutkan dengan kehadiran Anas Zainal yang sedang duduk menunggu di pangkin bawah pokok rambutan yang rendang itu.
"Hai, apa mimpi kau malam tadi sampai terpacul kat depan rumah aku pagi-pagi buta ni?" Habibah menyapa.
"Aku mimpikan kaulah. Jom, pergi sekolah sama," ajak Anas Zainal.
"Eii... tolonglah. Kau ni dah buang tabiat apa? Jom, Han! Tinggalkan mamat sengal ni," ujar Habibah sambil menarik tangan Rifhan melangkah laju meninggalkan lelaki itu.
"Tapi Bie, kita kan memang tunggu bas dekat sini?" ujar Rifhan.
Langkah Habibah terhenti. Iyalah! Macam mana dia boleh lupa tentang itu? Sejak sekolah rendah lagi mereka akan menanti ketibaan bas yang dipandu Pak Samad untuk menghantar mereka ke sekolah.
"Awak naik bas juga ke?" tanya Rifhan apabila melihat Habibah tidak bersuara.
"Yup! Kali pertama ni. Selalunya abang saya yang hantar," jawab Anas Zainal.
‘Amboi, bukan main lagi ber’saya’, ber’awak’ bila dengan Rifhan. Dasar lelaki!’ getus hati Habibah.
"Kenapa nak naik bas? Elok-elok ada orang hantar, nak susahkan diri pula," sindir Habibah.
"Suka hati akulah. Nak naik bas ke, teksi ke, kapal terbang ke. Yang kau sibuk kenapa?" balas Anas Zainal membuatkan telinga Habibah berdesing.
"Ewah, aku tanya baik-baik, kau loyar buruk pula ya,"
"Sudah! Awak berdua ni, tak habis-habis nak bertengkar. Macam anjing dengan kucing. Awak tu bukan budak-budak lagi," marah Rifhan bagi meredakan pertikaman mulut Habibah dan Anas Zainal.
"Dia yang mulakan!" serentak kedua-duanya bersuara.
Rifhan menepuk dahi. Hai, kenapalah pagi-pagi lagi dah buat kecoh? Dua-dua sama, kepala batu. Mulut tak reti bertapis. Bunyi enjin bas kedengaran menarik perhatian ketiga-tiga pelajar itu. Sempat Rifhan memandang Anas Zainal yang sedang menatap wajah Habibah. Tiba-tiba hatinya dicengkam pilu!

* * * * *

WAKTU rehat tiba jua. Rifhan dan Habibah bersama-sama melangkah ke kantin sekolah. Habibah meminta Rifhan membeli air sementara dia membeli mee goreng untuk mereka berdua. Rifhan membawa dua gelas berisi air sirap itu ke meja berhampiran. Kemudian dia disapa Anas Zainal. Lelaki itu duduk di kerusi di hadapannya. Di tangan Anas Zainal terdapat sepinggan nasi goreng dan segelas air sirap.
"May I join you?"
"Ah, duduklah,"
"Apa yang mamat sengal ni buat kat sini?" tanya Habibah mengejutkan Rifhan.
"Han, jom! Duduk tempat lain. Aku tak ada selera nak makan pandang muka mamat ni!"
‘Dah mula dah...’ hati Rifhan berdetik.
"Wei, kau ingat aku ada selera nak tengok muka kau juga? Tolonglah!"
"Bie, tempat lain dah penuh. Apa salahnya duduk kat sini?" ujar Rifhan.
"Huh!" hanya itu yang Habibah luahkan.
Mereka bertiga menikmati makanan masing-masing dengan tenang. Sesekali Rifhan terpandang lirikan mata Anas Zainal pada Habibah. Apa agaknya yang lelaki itu fikirkan?
"Wei, tu air akulah!" marah Habibah.
"Tak ada maknanya! Air kau yang tu!"
"Aku kata tu air aku! Gelas tu depan aku, bukan depan kau!" tegas Habibah.
"Ada tulis nama kau ke kat gelas ni? Tak ada, kan?" ujar Anas Zainal.
Sebenarnya memang Anas Zainal tersilap mengambil gelas. Gelas mereka tidak sengaja diletak bersebelahan. Ala, setakat tertukar, apa salahnya? Bukannya air berlainan. Sama je rasanya. Minah ni yang lebih-lebih.
"Aku tak kira! Tu air aku! Ganti balik!"
"Ambil jelah gelas yang tu. Sama je airnya, kan?"
"Tak sama! Aku tak nak minum air sisa kau!"
"Excuse me! Aku tak sentuh pun lagi air tu. Oh, jangan-jangan kau dah minum air yang aku minum ni tadi? Eii... uwek!" ujar Anas Zainal sambil buat-buat muntah.
"Kurang ajar!"
"Sudah! Cukup! Kenapa awak berdua ni? Dah gila?" bentak Rifhan yang sejak tadi mendiamkan diri.
Suara Rifhan yang melengking kuat menyebabkan semua mata yang ada di situ memandang tepat ke arah mereka. Rifhan yang berdiri segera duduk. Wajahnya ditundukkan. Habibah terkedu. Anas Zainal tergamam. Rifhan bingkas bangun semula lau melangkah pergi dari situ.
Habibah juga segera bangun mengejar Rifhan. Anas Zainal tidak terkecuali. Buat apa dia duduk di situ lagi sedangkan dirinya menjadi perhatian. Dalam hati dia tertanya, bagaimana dengan Rifhan agaknya?

* * * * *

"HAN! Tunggu! Aku minta maaf!" laung Habibah sambil mengejar Rifhan yang melangkah laju.
"Han! Tunggu!"
Akhirnya Rifhan berhenti melangkah. Dia mengesat titis-titis jernih yang mengalir di pipi dengan jemarinya. Entah mengapa dia menangis. Mungkin tidak tahan dengan pertengkaran antara kawan baiknya dengan Anas Zainal.
"Han, aku, minta maaf. Aku tak sengaja. Mamat tu yang suka sakitkan hati aku," ujar Habibah, kesal.
"Kenapa awak berdua asyik nak bergaduh je? Saya tak faham,"
"Entahlah, aku pun tak tahu. Dah, jangan nangis lagi ya. Aku janji aku tak buat lagi. aku takkan gaduh dengan dia lagi," ujar Habibah.
"Janji?"
"Ya, janji!"
"Okey, kalau awak gaduh lagi dengan dia, siaplah awak!"
"Uiii... takutnya, gerunnya..." usik Habibah.
"Bie!"
"Okey, okey..."
"Saya pun minta maaf," sampuk Anas Zainal tiba-tiba.
Habibah menjeling tajam. Rifhan tersenyum kecil. Anas Zainal melangkah perlahan ke arah dua gadis itu.
"Apa kata kita mulakan semula. Aku Anas Zainal. Kau?"
"Habibah," jawab Habibah acuh tak acuh.
"Hah, kan elok macam ni. Tak adalah saya pening kepala dengar suara awak berdua yang macam guruh tu. Asyik bertengkar je. Kahwinkan nanti baru tahu," Rifhan bergurau.
"Kahwin? Dengan mamat sengal ni? Mati hidup balik pun aku tak nak tau?" balas Habibah.
"Ewah, kau ingat aku kempunan sangat nak kahwin dengan kau?" bidas Anas Zainal.
"Apa?"
"Hah! Tengok tu! Mula lagi!" marah Rifhan.
"Sorry..." kedua-duanya bersuara.
Bunyi loceng menandakan waktu rehat telah tamat menghentikan perbualan mereka. Rifhan dan Habibah berjalan masuk ke kelas mereka di Blok B sementara Anas Zainal melangkah ke kelasnya di Blok C.

* * * * *

"HAN, hari ni aku balik lewat sikit. Ada hal. Kau balik dengan Anas ya," beritahu Habibah selepas loceng berbunyi menandakan telah tamat sesi pelajaran dan pembelajaran untuk hari itu.
"Lagi sekali? Masuk ni dah lima hari saya balik berdua dengan dia. Seganlah saya," ujar Rifhan.
"Ala, aku bagi chance dekat kau berdua-duaan dengan dia," usik Habibah.
"Awak ni..." merah muka Rfhan menahan malu.
Rifhan melangkah keluar dari kelasnya yang terletak di tingkat tiga itu. Dia menuruni anak tangga perlahan-lahan. Para pelajar mula berpusu-pusu keluar dari kelas masing-masing, tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah. Seperti biasa, Anas Zainal setia menunggu di pintu pagar sekolah.
"Habibah mana?" Anas Zainal bertanya.
"Dia balik lewat sikit. Dia suruh kita balik dulu,"
"Lah... nampaknya awak kena balik seoranglah hari ni sebab saya ada latihan bola keranjang kejap lagi. ingatkan Habibah ada tadi,"
"Oh, tak apalah. Lagipun saya bukannya tak pernah balik sorang. Jangan risaulah," ujar Rifhan.
"Okey, saya pergi dulu. Hati-hati ya," ucap Anas Zainal sebelum melangkah pergi.
"Hai, balik seorang ni yang malas. Tak apalah..." rungut Rifhan.

* * * * *

"HABIBAH ada makcik?" Rifhan bertanya ketika dia berada di depan pintu pagar rumah Habibah.
"Habibah keluar ke pekan. Dia tak ajak Rifhan sekali ke?"
"Tak ada pula makcik. Adalah hal agaknya tu," jawab Rifhan, memujuk hati.
"Ni Rifhan, makcik nak tanya sikit. Kamu dengan dia bergaduh ke?"
"Ish, tak adalah makcik. Kami baik-baik saja. Kenapa makcik cakap macam tu?"
"Yalah, sejak dua-menjak ni makcik tengok kamu berdua dah jarang balik sekolah bersama. Ni, selalunya Bibah kalau nak keluar pasti diajaknya kamu. Hari ni tak pula," ujar emak Habibah, melahirkan kerisauannya.
"Habibah sekarang sibuk dengan kelab bola tampar makcik. Itu yang dia selalu balik lewat. Katanya nak pertandingan peringkat daerah tak lama lagi," balas Rifhan, berhasrat membuang keraguan dalam hati emak Habibah.
"Pelik pula makcik. Katanya dia sibuk dengan kelab masakan kat sekolah,"
"Iya? Ala, Habibah kan memang aktif. Makcik pun tahu, kan?"
"Dulu tak adalah aktif macam ni. Entah kenapa tahun ni rajin pula dia sertai kelab-kelab tu," ujar emak Habibah lagi.
"Nak kumpul sijil agaknya. Tak apalah makcik, Rifhan masuk dulu. Nanti sampaikan salam saya padanya ya," ucap Rifhan lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
Rifhan menolak pintu gril rumahnya. Tidak dinafikan, Rifhan sudah lama berasa seperti Habibah sedang menjauhkan diri darinya. Mereka juga jarang berbual selepas waktu sekolah. Di kelas juga Rifhan yang lebih banyak bercakap. Kalau tidak memulakan perbualan, Habibah akan senyap tanpa bicara. Tidak seperti dulu, dialah yang rancak berbual.
Sedikit demi sedikit Rifhan rasa tersisih. Semuanya berlaku sejak Habibah berbaik semula dengan Anas Zainal. Adakah Habibah marah kerana dia berkawan dengan lelaki itu? Maklumlah, mereka berdua tidak sebulu. Pantang berjumpa pasti bertengkar. Habibah, saya rasa terpinggir...

* * * * *

SEJAK kebelakangan ini, Rifhan perasan perubahan pada Habibah yang tidak ceria seperti dulu. Habibah seakan mengelakkan diri apabila dia bersama-sama dengan Anas Zainal. Lelaki itu juga jarang berbual dengan Habibah. Dahulu, mereka tidak dingin seperti sekarang. Hidup mereka penuh gelak tawa. Rifhan keliru. Selebihnya dia tidak mengerti. Apakah punca mereka bertiga jadi begini? Dahulu, mereka bertiga sering menghabiskan masa bersama-sama.
Masih Rifhan ingat bagaimana Habibah dan Anas Zainal berebut-rebut untuk membeli anak patung beruang yang diimpikannya di sebuah kedai cenderamata di bandar sempena hari jadinya. Kebetulan, patung beruang itu hanya tinggal satu. Akhirnya mereka sepakat untuk berkongsi duit membelinya.
"Sorang je Rifhan? Habibah mana?" tanya Aini ketika mereka berada dalam perpustakaan kerana guru yang mengajar matapelajaran Matematik mereka tidak hadir.
"Dia ke tandas sekejap. Kenapa?"
"Tak ada apa. Saja je tanya. Eh, kau mesti tahu tentang budak lelaki yang dah luahkan perasaan pada Habibah tu kan?" soal Aini.
Eh? Ada lelaki luahkan perasaan pada Habibah? Bila?
"Apa maksud awak?"
"Ish, takkan awak tak tahu, seminggu lepas si Myra Jarum nampak Habibah dengan seorang student lelaki ni dating kat tepi pantai. Si Myra tu pun intiplah. Suddenly Myra dengar yang student lelaki tu luahkan perasaan cintanya pada Habibah tapi Habibah terus tolak," terang Aini.
Wajah Rifhan berubah. Kenapa dia tidak tahu apa-apa tu tentang itu? Sampai hati Habibah menyimpan rahsia darinya? Selama ini tiada rahsia antara mereka.
"Oh, tentang tu, ada Habibah beritahu saya. Kenapa awak tanya?" dalih Rifhan, cuba untuk mengorek cerita.
"Dengar kata student lelaki tu dari kelas Akaun 1. Ala, kapten bola keranjang yang terkenal dengan panas barannya tu. Betul ke?"
"Siapa ya? Maaflah, saya kurang ambil tahu tentang hal sukan sekolah kita ni," ujar Rifhan.
"Takkan awak tak tahu? Beberapa minggu lepas dia terlibat dalam kes pergaduhan dengan kelab bola keranjang SMK Sri Intan sebab kelab tu main kotor dalam perlawanan bola keranjang peringkat daerah dulu. Ala, yang pakai cermin mata, tinggi-tinggi, rambut belah tengah, cerah kulitnya," ujar Aini lagi cuba membayangkan rupa jejaka yang cuba memikat Habibah.
Rifhan mengerutkan dahi. Cuba melakar wajah pelajar lelaki yang digambarkan oleh Aini namun masih tidak berjaya. Dia yang pendiam memang kurang bergaul dengan pelajar dari kelas lain.
"Gosip apa ni?" sapa Amira atau lebih dikenali sebagai Myra Jarum kerana mulutnya yang bagai internet bergerak itu.
"Hah! Nasib baik kau ada. Ni, aku tengah merisik dari si Rifhan tentang student lelaki yang luahkan perasaan kat Habibah tu. Saja tanya, betul ke dia student Akaun 1? Namanya aku dah lupa," jawab Aini.
"Oh, si Anas Zainal tu?" ujar Myra.
Rifhan tersentak tatkala nama itu meluncur laju dari mulut mulut Myra. Dia terkedu. Apakah Anas Zainal yang disebut Myra tadi, empunya lelaki yang dikenalinya selama ini?
"Hah, tulah namanya. Kenal tak Rifhan? Rifhan?"
"Ah, maaf. Kalau Anas Zainal tu, saya tak adalah kenal sangat. Kenal gitu-gitu saja. Betul ke dia yang luahkan perasaan kat Habibah?"
"Ha’ah! Aku dengar dengan dua pasang telinga aku ni. Takkan kau tak percaya aku, Myra Jarum ni. Semua maklumat aku tepat dan jitu tau!" ujar Myra, bangga dengan gelarannya.
Ligat kepala Rifhan berfikir. Ya, dia tahu Anas Zainal pelajar jurusan akaun. Cuma dia tidak bertanya dari kelas Akaun 1 atau Akaun 2. apa yang digambarkan oleh Aini sebentar tadi, bila difikir semula, memang sesuai dengan diri Anas Zainal. Apa yang menganggu fikiran Rifhan, apakah Anas Zainal yang dikenali terlibat dalam sukan bola keranjang? Eh, sekejap. Tadi Aini ada sebut tentang pergaduhan. Bukankah sewaktu dia berkenalan dengan Anas Zainal, lelaki itu mengaku cedera kerana bergaduh? Oh, Tuhan, apa semua ini?
"Habibah!!! Panjang umur kau. Kita orang baru je sebut tentang cerita kau dengan kapten bola keranjang tu," ujar Aini tatkala Habibah melangkah ke arah mereka.
"Kenapa? Aku tak faham?"
"Betul ke Anas Zainal meluahkan perasaan cinta kat kau tapi kau tolak?" tanya Aini.
Bulat mata Habibah apabila mendengar kata-kata Aini tadi. Segera dia memandang Rifhan yang sudah lama melihat ke arahnya. Habibah diterpa gemuruh yang sangat hebat. Habislah! Apa yang aku nak jawab ni?
"Er, tak adalah, gosip je tu..." hanya itu yang mampu Habibah fikirkan saat itu.

* * * * *

BINTANG-BINTANG agak malap sinarnya. Langit tidak dihiasi bulan malam itu. Mungkin sang dewi malam itu sedang bersembunyi malu-malu di balik awan hitam. Sesekali cengekerik berlagu, mendayu-dayu menyanyi. Rifhan mendongak ke langit, melihat kemilau bintang-bintang yang bertaburan. Habibah yang berada di sebelah hanya membisu, tanpa kata.
"Apa yang cuba awak buat sebenarnya?" soal Rifhan membuka bicara.
"Han nak tahu tentang apa?" soalan Rifhan dijawab dengan pertanyaan oleh Habibah.
"Semuanya..."
"Maaf, aku tak boleh beritahu," ujar Habibah.
"Kenapa? Apa yang menghalang awak dari berterus-terang?"
"Kebenaran itu menyakitkan. Aku tak mahu kau sedih,"
"Apa yang awak lakukan sekarang ni dapat menggembirakan saya? Bie, berterus-teranglah. Saya terima apa saja," jelas Rifhan.
"Tapi aku tak sampai hati," Habibah masih cuba berdalih.
"Saya kawan baik awak, Bie! Apa saya tak berhak tahu kalau ia melibatkan saya?"
Habibah diam. Dia serba-salah. Dirinya ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa. Dia tersepit dengan keadaan. Antara memberitahu Rifhan kebenaran dan kawan baiknya itu menderita atau membuat dalih agar Rifhan gembira?
"Atau, awak tak mahu berkawan dengan saya lagi?"
"Sampai hati kau tuduh aku macam tu. Apa aku ni bukan kawan kau ke? Kau dah lupa yang kita ni dah lama berkawan. Aku tak mungkin akan sakitkan hati kau. Kau tahu, kan?" luah Habibah.
"Jadi kenapa sejak kebelakangan ini awak jauhkan diri dari saya? Saya rasa terpinggir awak tahu tak? Apatah lagi bila saya bersama dengan Anas Zainal, awak terus mengelakkan diri. Apa yang dah jadi sebenarnya? Saya betul-betul keliru!"
"Kau tak faham! Yang sepatutnya keliru adalah aku. Aku tak nak kehilangan kau, Han..."
"Kalau awak tak nak kehilangan saya, beritahu saya kebenaran! Habis cerita! Kenapa susah sangat nak berterus-terang? Lagi satu, betul ke apa yang Aini cakap siang tadi? Betul ke Anas Zainal meluahkan perasaan pada awak?"
"Tolong Han... tolong jangan tanya aku tentang tu,"
"Kenapa? Awak dah jatuh hati pada dia? Awak takut saya tahu?"
"Rifhan!"
"Habibah! Kita dah macam adik-beradik. Dah banyak suka-duka kita lalui bersama. Kenapa tiba-tiba awak buat macam ni? Awak sedar tak awak dah melangkah terlalu jauh?"
"Rifhan..."
"Habibah, betul ke Anas Zainal meluahkan perasaan pada awak? Desak Rifhan lagi.
"Ya! Betul! Dia kata dia cintakan aku! Anas Zainal cintakan aku!"
Rifhan diam. Dia hanya melihat Habibah yang sudah teresak. Habibah... keanapa awak nak tanggung semuanya seorang diri?
"Maafkan aku Han, maafkan aku..." ucap Habibah dalam tangisan.
Rifhan merangkul Habibah dalam pelukannya. Habibah mengahmburkan segala tangisannya yang dipendam selama ini. Inilah kali pertama Rifhan melihat Habibah mengalirkan air mata. Selalunya gadis itu seorang yang tegas dan kuat semangat.
"Awak tak bersalah Bie. Awak langsung tak bersalah," ujar Rifhan, cuba menenangkan hati kawan baiknya itu.
Habibah terus menangis dan menangis. Dia tidak mampu berkata lagi. Kesedihan yang dialaminya ternyata amat mengguris hati. Dia seperti telah mengkhianati kawan baiknya. Itulah yang membuatkan Habibah berduka. Siapa sangka, Anas Zainal menyimpan perasaan padanya dan siapa menduga, dia juga memendam rasa yang sama buat lelaki itu...

* * * * *

PANTAI BAGAN PINANG menerima kunjungan tiga sahabat petang itu. Semuanya kerana Rifhan yang beriya-iya mahu berjumpa. Habibah yang seperti dapat mengagak tujuan Rifhan hanya diam. Anas Zainal memandang kedua-dua gadis yang berada di hadapannya silih berganti.
"Baiklah, saya rasa awak berdua tahu apa tujuan saya minta kita berkumpul, kan?" ujar Rifhan memulakan bicara,
"Cakaplah, apa yang awak nak cakapkan," Anas Zainal bersuara.
"Terlebih dahulu, saya nak tanya, kita bertiga kawan, kan?"
"Apa yang kau cakapkan ni?" tanya Habibah.
"Jawab dulu! Kita bertiga kawan, kan?"
Anas Zainal dan Habibah menganggukkan kepala mereka serentak. Sebuah senyuman terukir di bibir Rifhan. Rifhan memegang tangan Habibah bagai meminta sedikit kekuatan untuk terus bersuara.
"Kalau kita kawan, bermakna tiada rahsia antara kita, kan?"
"Please straight to the point Rifhan. Apa yang awak cuba sampaikan?"
"Anas, awak cintakan Habibah?"
Anas Zainal tergamam! Dari mana Rifhan mengetahuinya? Takkanlah Habibah yang memberitahu gadis itu sedangkan Habibah yang berkeras meminta supaya dia rahsiakan perkara itu dari Rifhan.
"Jawablah, kenapa diam?"
"Han, cukup! Aku nak balik!" ujar Habibah lalu bangun namun pantas dihalang oleh pegangan tangan Rifhan.
"Kalau kita kawan, tolong duduk," hanya itu yang Rifhan ucapkan tanpa memandang wajah Habibah.
Habibah duduk semula ditempatnya tadi. Anas Zainal melirikkan matanya pada Habibah seperti meminta penjelasan namun gadis itu buat tidak endah.
"Anas, jawablah, awak cintakan Habibah?"
"Ya, saya cintakan dia," jawab Anas Zainal beberapa ketika kemudian.
"Hmm... macam mana ni. Saya juga cintakan awak..." ujar Rifhan.
Anas Zainal membuntangkan matanya tatkala mendengar kata-kata Rifhan tadi. Habibah pula menekup mulutnya dengan tangan. Begitu mudah Rifhan menuturkan kata-kata tadi. Anas Zainal terpaku. Rifhan, mencintainya? Jadi, kerana itulah Habibah menolak cintanya?

* * * * *

BAYU laut yang berhembus tidak sedikit pun menghantar kedinginan dalam diri Anas Zainal mahupun Habibah. Masing-masing tergamam dengan pengakuan Rifhan sebentar tadi. Rifhan pula tampak tenang. Namun siapa tahu gelora yang melanda jiwanya saat ini.
"Hahaha... awak berdua ni kelakar betul! Muka serius semacam. Takut pula saya melihatnya," ujar Rifhan, cuba meredakan ketegangan yang ditimbulkannya sebentar tadi.
"Apa ni Rifhan? Saya tak faham," Anas berkata.
"Ya, saya cintakan awak Anas, tapi itu dulu. Sekarang perasaan itu dah tak ada lagi. Saya rasa perasaan saya pada awak dulu tak semestinya cinta. Mungkin sekadar tarikan sahaja," Rifhan membuat penjelasan.
"Dan awak Habibah. Kenapa nak tanggung semuanya seorang diri? Dah lama kita berkawan. Sejak kecil lagi. Apa saya ni tak bermakna ke pada awak?"
"Han, maafkan aku..."
"Tak ada apa yang nak dimaafkan. Awak tak buat salah pun. Cuma, saya terkilan. Awak sanggup lakukan pengorbanan untuk kebahagiaan saya tapi awak tahukah yang saya hanya bahagia bila awak juga bahagia? Apa gunanya andai saya seorang sahaja yang bahagia sedangkan kawan baik saya menderita? Saya tak mahu dikata kejam. Saya bukannya seorang yang pentingkan diri," terang Rifhan.
"Jadi..." Anas Zainal tidak menghabiskan kata.
"Jadi, awak berdua bolehlah bersama. Bie, awak ingat saya tak tahu yang awak sebenarnya dah jatuh hati kat Anas sejak awak berlanggar dengan dia di perpustakaan dulu?" Rifhan menggiat Habibah.
Darah merah terasa menyerbu ke muka Habibah apabila Rifhan mengusiknya begitu. Benarlah Rifhan seorang kawan yang baik. Ternyata gadis itu amat memahami dirinya.
"Hah, Anas! Jaga kawan saya ni baik-baik. Kalau saya nampak awak berdua bergaduh lagi, siaplah! Saya sumbat cili dalam mulut dua-dua biar diam terus!" ujar Rifhan seakan memberi amaran pada Anas Zainal.
"Don’t worry! Saya akan jaga dia sampai dia tak lari lagi," ujar Anas Zainal sambil tergelak besar.
Habibah menampar lembut bahu lelaki yang duduk di hadapannya. Dalam hati, dia diserbu gembira yang amat sangat. Syukurlah, semuanya berakhir dengan lancar.
"Okeylah, saya tinggalkan awak berdua. Saya nak pergi mencari cinta. Jangan nakal-nakal ya," ujar Rifhan lalu bangun melangkah pergi sambil sempat mengenyitkan mata ke arah Habibah.
Langkahnya diatur perlahan. Dalam hati, Rifhan menangis semahunya. Walau berduka, Rifhan gembira kerana dia tidak kehilangan Habibah sebagai kawan baik. Dia tumpang gembira melihat senyuman yang terukir di wajah Habibah. Rifhan tahu perasaan bukan sesuatu yang boleh dipaksa. Apakan daya, cintanya tidak kesampaian. Walau apa pun Rifhan yakin, dia pasti akan bertemu cinta hatinya tidak lama lagi.
"Cik, tuala awak tercicir," tegur seseorang.
Rifhan pantas berpaling. Di hadapannya seorang pemuda segak berkemeja lengan panjang rona biru laut lengkap dengan tali leher berjalur menegak juga rona serupa.
"Oh, terima kasih," ucap Rifhan lalu mengambil tuala bercorak bunga-bunga kecil itu dari tangan pemuda tadi.
"Er... sudi temankan saya makan aiskrim tak? Saya beli dua ni?" pelawa pemuda tadi dengan dua batang aiskrim yang masih dalam bungkusan di tangannya.
Rifhan berfikir seketika kemudian dia tersenyum kecil.
"Boleh juga. Kebetulan, saya memang nak makan benda yang manis. Saya Rifhan. Awak?"
"Saya Rahman. Nice to meet you,"
"Nice to meet you too," balas Rifhan.
Mereka berdua duduk menikmati aiskrim berperisa oren itu di bawah pohon ketapang yang rendang. Dalam hati, ada debaran yang menjengah. Rifhan menikmati aiskrim itu sepuasnya. Jiwanya yang pahit kala itu terasa manis. Semanis aiskrim yang sedang dimakannya...

TAMAT

p/s: cerpen lain yang disiarkan di sini - Cinta Antara Kita; Sonata Rindu; Apa Ertinya Cinta & novel; Begitulah Cinta

Selamat membaca... (*^_^*)
posted by Penulisan2u @ 2:16 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
7 Comments:
  • At 18/2/09 5:44 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best cite nie...gado2 suke tp x mau ngaku ye...n x semestinya laki akan tertarik kpd ppuan yg amik brt pasal dirinya (merujuk kpd rifhan)

    ~akuyghanyataukomeN~

     

  • At 19/2/09 4:35 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x tau ngape,x mampu nk bc smpi hbs..maybe sbb meleret2 kot..sy x brp suke,sori..

     

  • At 19/2/09 10:46 PTG, Blogger [syarimoney] said…

    cerpen ni boleh tahanlah...
    seronok di bace. dan suke pada watak rifhan.
    sanggup berkorban demi sebuah persahabatan...
    bukan sng sekarang ni kite boleh dpat kwn seperti itu..
    teringat kata kwn ketika sekolah dlu.
    bile kite terima dan redha saja apa yang terjadi pd diri kite,
    insyaAllah kite akan dpt balasan yg setimpal.mungkin dpt lebih baik dr yang sebelum ini....
    tahniah pada penulis. seronok bace cerita ni walaupun cerita ni agak panjang. =p


    ~sar~

     

  • At 20/2/09 2:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best cerita nie tp the ending cam kurang sesuatulah... klu boleh penamatnyer nak lebih menarik lagi..samada kawan baik tu kawin ke pendek kate nak lebih lagilah ....dlm cite ni

     

  • At 23/2/09 5:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    terima kasih atas komen-komen yang diberikan. Saya amat hargainya. Untuk pengetahuan semua, cerpen ini ada sambungannya. Insyaallah, saya akan cuba perbaiki kelemahan yang ada... =)

     

  • At 19/3/09 12:03 PG, Blogger Puan Izni said…

    best giler citer ni...chaiyok!!

     

  • At 28/3/09 11:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    dah baca yg kedua baru baca yg first ni. kagum ngan penulis sebab tak ramai kaum adam dpat tulis citer cinta ni. tahniah!!!

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group