Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
(PEMERGIAN ALLAHYARHAM ENCIK MOHD GHAZALI ARIFFIN DAN PUAN HARIDHAH HASAN SERTA TIGA ANAK PADA 8 DISEMBER 2007 DALAM KEMALANGAN DI KELANTAN—AL-FATIHAH)
Tanggal 8 Disember, begitu menyesakkan ruang dadaku. Tarikh keramat itu telah membawa dua insan yang banyak menabur bakti untuk anak bangsa pergi selama-lamanya. Aku mengumpul seluruh kekuatan untuk menerima kenyataan yang aku telah kehilangan dua guru yang banyak memberikan dorongan kepadaku. Berpegang kepada ajal maut di tangan Tuhan, aku menerima berita itu dengan redha. Yang pergi tetap akan pergi jua. Sudah lima tahun perkara tersebut berlalu namun aku terasa seolah-olah baru semalam berlaku. Kini, tanggal 8 Disember semakin hampir, hidupku semakin terganggu menghampiri tarikh tersebut. Aku kerap kali bermimpi guruku datang kepadaku. Kedatangannya seolah-olah mengharapkan sesuatu.
Kringgg!!!! Loceng berdering kuat menandakan waktu rehat telah tamat. Semua pelajar beransur-ansur hilang dari perkarangan sekolah menuju ke kelas masing-masing. Aku turut bergegas dari perpustakaan menuju ke kelas. Kebiasaannya pada waktu rehat, aku lebih suka menghabiskan masa rehat ku di perpustakaan dengan mencari buku-buku yang boleh ku jadikan rujukan untuk menelaah pada waktu petang nanti. Sebentar lagi, Puan Haridhah, guru mata pelajaran sastera moden aku akan masuk ke dalam kelas. Lazimnya Puan Haridhah seorang yang menepati masanya. Dari jauh kelibat Puan Haridhah menuju ke kelas kami, berbaju hijau sedondon dengan tudung. Cantik orangnya Puan Haridhah. Setelah salam diberi Puan Haridhah memulakan pengajaran hari ini dengan membincangkan tentang tokoh dalam sastera moden iaitu Abdullah Munsyi. Puan Haridhah mula menyoal, "Siapakah Abdullah Munsyi?". "Abdullah Munsyi adalah pelopor sastera moden", Shariza menjawab pertanyaan Puan Haridhah. Puan Haridhah meneruskan soalan, "Apakah Karya pertama yang dihasilkan oleh Munsyi Abdullah?". Aku lantas mengangkat tangan untuk memberikan jawapan. "Abdullah Munsyi telah menghasilkan karya pertamanya iaitu Hikayat Pelayaran Abdullah". "Munsyi Abdullah dilahirkan di Kampung Pali, Melaka pada tahun 1796. Ayahnya bernama Abdul Kadir. Beliau merupakan anak bongsu daripada lima beradik. Pada umur empat belas tahun , beliau sudah boleh menguasai bahasa Arab, Tamil dan bahasa Melayu. Pada tahun 1840, beliau telah menghasilkan Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah pada tahun 1837. Beliau juga pernah menjadi kerani kepada pegawai British iaitu Raffles. Di samping itu, beliau juga membuat terrjemahan kitab Hindu ke bahasa Melayu". Terang Puan Haridhah dengan panjang lebar. Ketika Puan Haridhah sibuk memberi penerangan kepada kami, Encik Ghazali berjalan melalui kelas kami menuju ke kelas tingkatan enma atas dua. Puan Haridhah sempat menjeling melihat suaminya sambil tersenyum. Melihat telatah Puan Haridhah tadi, seluruh kelas menjadi gamat mengusik Puan Haridhah. Beliau hanya tersenyum sahaja. Puan Haridhah meneruskan pengajarannya dengan menyoal kami, "Kenapa Abdullah digelar "munsyi"?, apakah yang dimaksudkan dengan "munsyi"?. Kami masing-masing diam kerana gagal memberikan jawapan. Akhirnya Puan Haridhah sendiri yang memberikan jawapannya, "Maksud "munsyi" adalah guru, Abdullah digelar munsyi kerana pernah mengajar orang-orang Hindu yang datang ke Tanah Melayu dulu bahasa Melayu". "Selain mengajar, apakah tugas seorang guru?", rakanku Suhaizat menyoal. "Tugas seorang guru terlalu berat untuk mendidik anak-anak bangsa menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara serta memberikan ilmu pengetahuan untuk dijadikan bekalan di masa hadapan. Guru ibarat lilin membakar dirinya untuk menerangi orang lain", terang Puan Haridhah. Ya, guru umpama lilin. Lilin yang cukup terang yang memberikan orang lain menumpang cahayanya. Aku memegang kata-kata itu sehingga sekarang. Kata-kata yang ku jadikan semangat yang telah menjadikan aku seorang pendidik. Kata-kata Puan Haridhah banyak mengajar aku menjadi tabah dalam menghadapi hidupku sebagai seorang pendidik. Aku masih ingat ketika pertama kali aku masuk ke kelas sastera moden yang di ajar oleh Puan Haridhah. Ketika itu aku masuk ke kelasnya dengan fikiran yang kosong mengenai sastera kerana asas aku ketika tingkatan lima adalah sains tulen bukannya sastera. Namun aku memilih sastera ketika berada di tingkatan enam. Aku sebenarnya meminati bidang sastera tetapi terpaksa mengambil aliran sains ketika tingkatan lima kerana mahu mengikut kehendak bapaku. Di dalam kelas Puan Haridhah aku mengalami masalah kerana langsung tidak mempunyai asas sastera. Namun Puan Haridhah dengan sabar mengajar aku dari bawah. Berkat kesabaran Puan Haridhah dan kesungguhan aku, aku berjaya menguasai sastera dengan cepat malah aku sentiasa memperoleh markah yang tinggi ketika ujian dan peperiksaan. Di sini aku cukup mengagumi Puan Haridhah kerana dia berjaya menjadi seorang guru yang melaksanakan tugasnya dengan cukup sempurna. Sekarang aku mengambil teladan yang ditunjukkan oleh Puan Haridhah kepadaku dulu untuk mengajar seorang pelajarku yang mengalami masalah yang sama sepertiku dulu, Fazlina. Aku membantu Fazlina seperti mana pendekatan yang digunakan oleh Puan Haridhah membantuku dulu. Alhamdulillah pendekatan itu turut berkesan kepada Fazlina. Dia juga boleh menguasai mata pelajaran sastera dengan cepat. Selain tugasku mendidik anak bangsa, aku juga mahu memperjuangkan sastera yang selama ini dianggap tidak penting dalam pendidikan. Masih terngiang-ngiang kata pensyarahku, Dr. Misran Rokimin ketika aku menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengatakan bahawa sastera ini akan hilang nilainya sekiranya tidak dijaga dan dipertahankan. Aku begitu sayangkan sastera. Sebenarnya sastera ini cukup indah sekiranya kita mengetahui nilai estetiknya. Bahasa dalam sastera cukup puitis. Aku hairan kenapa sastera dipinggirkan?. Kenapa sastera dianggap tidak penting?. Kecintaanku kepada sastera juga banyak didorong oleh Puan Haridhah. Pengalaman Puan Haridhah ketika menuntut dulu menarik minat aku untuk mendalami bidang sastera. Beliau menceritakan pengalaman ketika dia menuntut di Universiti Sains Malaysia dalam bidang sastera yang begitu menyeronokkan. Pengalaman dia bertemu dengan sasterawan Negara, A. Samad Said, bagaimana dia menghasilkan karya sastera dan giat mengadakan persembahan seperti mendeklamasikan sajak membuatkan aku cukup tertarik dengan bidang sastera. Dia banyak mengajar aku supaya menyayangi sastera kerana sastera adalah khazanah bangsa Melayu yang harus dipertahankan supaya tidak ditelan zaman. Di sebabkan kecintaanku kepada sastera, aku memilih untuk menjadi seorang guru sastera. Aku mahu mendidik pelajarku seperti mana Puan Haridhah mendidik aku. Namun aku mahu pelajarku seimbang antara pendidikan Sains dan Sastera supaya kedua-duanya bergerak seiring demi kejayaan mereka di masa hadapan. Tugas mendidik bukanlah mudah seperti yang dibayangkan. Menjadi pendidik memerlukan kesabaran yang tinggi, kesungguhan dalam menyampaikan ilmu dan istiqamah dalam menerangkan sesuatu. Setelah menjadi pendidik, barulah aku sedar betap susahnya guru-guruku mendidik kami. Betapa susahnya guru-guru hendak menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Aku masih ingat bagaimana guru Sejarahku, Encik Mohamad Ghazali hendak memudahkan kami memahami mata pelajaran Sejarah. "Kamu semua hendaklah menghafal fakta-fakta yang penting mengenai pengeksportan kayu jati dari Siam kepada pihak inggeris. Kamu harus tahu kenapa kayu jati dari Siam menjadi pilihan pihak Inggeris". "Saya juga hendak kamu semua hafal tahun berlakunya pengeksportan kayu jati ini. Kamu hendaklah membandingkan antara pengeksportan kayu jati Siam dengan Myanmar", pinta Encik Ghazali kepada kami. Melihat muka kami terpinga-pinga kerana tidak memahami dengan sepenuhnya, akhirnya Encik Ghazali memberikan penerangan dengan lebih jelas, "Pihak Inggeris mahukan kayu jati Siam kerana lebih berkualiti. Kayunya berkualiti kerana raja Siam sendiri menjadikan kayu jati sebagai bahan dalam membina istananya. Selain itu, kayu jati juga digunakan untuk membuat titi. Di samping itu, kayu jati di Siam mudah di eksport kerana terdapat kemudahan pengangkutan air untuk membawa kayu jati keluar dari kawasan hutan". Walaupun dengan panjang lebar Encik Ghazali memberikan penerangan, kami masiha lagi samar-samar memahami apa yang disampaikan. Melihat muka kami yang masih bingung, Encik Ghazali lantas memberikan kami nota tentang tajuk yang diajarnya tadi. Notanya telah siap diringkaskan dan dipermudahkan untuk memudahkan pemahaman kami. Selepas membaca nota yang diberikan, barulah kami menampakkan respon memahami tajuk tersebut. Betapa susahnya seorang guru untuk memahamkan pelajarnya tentang sesuatu yang diajarnya. Aku semakin memahami kerumitan seorang guru setelah aku sendiri menjadi pendidik. Membuat keputusan untuk memilih bidang perguruan bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai halangan terpaksa aku lalui untuk sampai ke tahap ini. Aku hampir-hampir terpesong dari landasan. Namun mengingatkan semangat dan dorongan yang pernah diberikan oleh Puan Haridhah dulu ketika dia masih ada, aku tabahkan hati meneruskan pengajian aku dalam bidang pendidikan sastera. Pemergian Puan Haridhah dan Encik Ghazali sekerluarga melemahkan semangat aku. Petang 8 Disember 2007 aku memerima satu berita yang merentap segenap sarafku. Rakanku menelefon memaklumkan bahawa Puan Haridhah sekeluarga telah pergi selama-lamanya kerana terlibat dalam kemalangan di Kelantan semasa pulang ke kanpung. Aku terus terduduk mendengar berita tersebut. Seluruh warga pulau legenda ini menangisi pemergian dua insan yang banyak berbakti kepada anak bangsa. Kami meredhai pemergian dua permata berharga itu walaupun kami masih memerlukannya. Pelajaranku turut terganggu kerana insan yang banyak memberikan dorongan kepadaku telah tiada. Cintaku kepada sastera semakin pudar. Aku merasakan sastera menjdi kosong seperti hidup aku yang telah kosong tanpa sokongan dan dorongan. Aku buntu dengan hidupku selepas pemergian Puan Haridhah. Aku sentiasa termenung mencari sesuatu yang boleh kujadikan hala tuju. Tiba-tiba datang satu suara yang berbisik di telingaku dengan kata-kata guru adalah lilin. Aku tersedar dari lamunan dan memikirkan maksud kata-kata tersebut. Akhirnya aku sedar kata-kata tersebut pernah di ungkapkan oleh Puan Haridhah kepada kami dulu. Selepas itu aku nekad untuk terus berusaha bersungguh-sungguh mencapai impian aku untuk menjadi seorang guru sastera. Aku semakin mencintai dan menghargai sastera. Penat lelah aku selama empat tahun menuntut di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila aku berjaya menamatkan pengajianku dengan cemerlang. Semuanya berkat dorongan dan sokongan Puan Haridhah semasa dia masih hidup di samping keluarga yang banyak memberikan semangat untuk terus berjaya. Kini aku adalah Cikgu Norazizana, seorang guru sastera di sebuah sekolah di ibu kota. Aku telah mencapai impian aku selama ini mahu menjadi seorang guru sastera seperti Puan Haridhah. Aku mahu menggantikan seorang guru sastera yang berjaya mendidik anak bangsanya. Aku mahu meneruskan perjuangan Puan Haridhah mendidik pewaris Negara. Jasamu tetap ku kenang sampai akhir hayatku. Terima kasih cikgu kerana menjadikan saya seorang cikgu!!!!!
Sepatutnya lebih banyak cerpen begini dihasilkan...lebih terarah, dan membentuk jati diri. Penggunaan bahasa melayu yang betul.. bukan bahasa melayu 'sintetik' hasil dari chatbox dan sms.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
it's great...:)