Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Baru je tiga tapak dia melangkah… "Oi!" panggilan Nabil menghentikan langkah Syazana. Syazana menoleh. Nabil tersengih lebar. Dia terkejut melihat wajah Nabil yang sedang tersengih lebar itu. "Kau tak mati ke?" soal Syazana yang masih kebingungan. Air mata masih lagi mengalir. Nabil berdiri sambil memegang kepalanya yang sakit akibat dihentam berkali-kali oleh Syazana tadi. "Belum sampai ajal lagi la." Dia menghampiri Syazana yang kaku berdiri. Mata gadis itu tidak berkelip memandangnya. "Habis tu… Tadi apa?" "Aku pura-pura mati." Jawab Nabil selamba. "Pura-pura mati? Tapi tadi kau tak bernafas." Syazana terus kebingungan. Nabil terus ketawa. "Aku bersusah payah tahan nafas tau? Berjaya jugak aku nak kenakan kau." Ketawanya bersambung lagi. Syazana betul-betul terkejut mendengar pengakuan sepupunya itu. Selepas beberapa ketika dia menangis dengan kuat. "Eh kau apsal ni?" cuak Nabil melihat reaksi Syazana itu. Semakin kuat gadis itu menangis. Kakinya juga turut dihentak-hentak. Seperti kanak-kanak menangis minta dibelikan gula-gula. Kepala Syazana disentuh."Apsal ni, Syaza? Rilex ar wei. Aku bergurau je. Takkan tu pun kau nak menangis." Pujuknya perlahan. "Sampai hati kau buat aku macam ni!" Bahu Nabil ditumbuk kuat. "Sorry, Syaza. Aku main-main je. Lagipun aku buat macam ni sebab nak buat kau berhenti hentam aku.Kau tu hentam aku sampai dah tak ingat yang aku ni makhluk bernyawa. Habis sakit satu badan aku ni. Gila meroyan ke kau tadi?" Nabil berseloroh. Dia mengusap kepala Syazana. Kemudian dia menggosok bahu yang ditumbuk Syazana. "Padan muka kau. Buat habis air mata aku je. Aku rasa macam nak pengsan je tadi. Ingat ke kau betul-betul mati. Gila takut ar aku tadi." Nasib baik… Kalau kau betul-betul mati Bil, aku tak tau apa bakal terjadi kat aku nanti. Hilang kau satu hal. Dipandang serong lagi. Pastu, jadi banduan remaja pulak tu. Waaaa!!! Tak sanggup! Paling tak sanggup untuk kehilangan kau. Sepupu dan sahabat yang aku paling sayang. Dah macam adik beradik sendiri pun.Huhuhu… "Awal tu memang aku nak mati tapi bila aku dengar je kau cakap kau sayang aku terus aku hidup. Ajaib kan?" Nabil ketawa lagi yang kesekian kali. "Betul ke kau sayang aku,Syaza?"Usiknya lagi. "Ceh!. Jangan perasan ar. Takde sape nak sayangkan orang macam kau ni. Boleh pulak pura-pura mati? Entah apa-apa." Syazana mencebik. Dia berlalu ke katil mencapai telefon bimbitnya yang sedang berdering. "Dayus." Ujarnya seraya butang hijau ditekan. "Korang tak nak turun makan ke? Dah berjanggut kitorang tunggu korang. Makngah dah membebel ni." Tanpa memberi salam Dayus terus menyerang dihujung talian. "Ye ke? Aku ingat kan semua dah makan. Okay okay aku dengan Bil turun sekarang." Talian dimatikan. "Jom turun. Semua orang tengah tunggu kita." Kata Syazana yang sudah menuju ke pintu. "Eh Syaza kejap." Panggilan Nabil membuatkan Syazana menoleh. "Apsal?" "Kejap lagi kau wajib minta maaf kat Mirul tau." "Mirul? Mirul mana pulak ni?" Syazana memeluk tubuh. "Mirul… Boy yang tersalah masuk bilik kau tadi." "Alamak!" Syazana memegang kepala. "Ha apsal pulak ni?" soal Nabil kehairanan. "Aku dah terlupa kisah ngeri tadi. Apsal kau ingatkan aku semula? Aku tak nak turun makan la. Dah terbantut selera. Kau turun sorang je la." Syazana berpusing berjalan menuju ke katil. Punggungnya dihenyak di atas tilam empuk itu. "Wei… Kau tak boleh buat macam ni. Mama nak kau turun makan jugak. Semua orang tengah tunggu kau kat bawah tu. Kau jangan nak buat gila meroyan kau tu lagi ye." Nabil menarik tangan Syazana. "Bangun. Ikut aku turun makan." "Tapi aku malu la,Bil. Dia dah nampak aku macam tu tadi. Aku malu..." Syazana menghentak kaki seperti budak kecik. "Eeeiii… Aku geram betol dengan kau ni." Nabil mulai berang dengan telatah Syazana. "Nak malu apanya? Lagipun kau kenal dengan Mirul kan." "Aku kenal si Mirul tu ke? Bila?" Syazana menyoal dengan dahi berkerut. Mirul? Bila masa pulak aku ada kawan yang bernama Mirul ni? Muka dia pun rasa macam tak pernah tengok sebelum ni? Entah-entah kekasih lama pe? Eh tapi bukan ke aku tak pernah ada balak sebelum ni??? "Oi!" Nabil memetik jari didepan muka Syazana. Gadis itu tersentak. "Aku bercakap dengan kau ni boleh pulak kau buat gaya orang termenung jauh apsal?" "Tak… Aku tengah try ingat ni… Samada aku pernah ada kawan yang bernama Mirul yang kau cakap tu." Jawab Syazana. "Laa… Kau ingat tak lagi zaman kita kecik-kecik dulu. Sebelum aku tinggal kat rumah kau lagi. Amirul member kita yang berpindah ke UK selepas ibu dia meninggal dulu tu." terang Nabil. "Alaa… Mirul yang selalu join aku buli kau masa kecik-kecik dulu tu. Takkan kau tak ingat kot?" sambungnya lagi bila dilihatnya Syazana masih belum mengingati tentang Amirul yang pernah hadir dalam hidup mereka suatu ketika dahulu sebelum dia berpindah ke UK. Dan kini Amirul yang dimaksudkan muncul kembali. Syazana menggigit bibir cuba mengimbas kembali zaman dahulu. Selepas beberapa ketika, dia tersenyum. "Ha.. I got it. Aku dah ingat. Budak yang selalu buli aku dulu. Buli teruk-teruk pulak tu. Aku ingat." "Ha… Lastly kau ingat jugak." Nabil menghela nafas lega. Punya la lama minah ni nak mengingati sejarah silam… "Apsal aku tak perasan tadi?" Syazana pandang Nabil. "Tapi aku malu jugak,Bil." "Eeeeiii!!! Kau ni!" Nabil bersuara kuat. "Sebelum mama bertukar dari princess Fiona yang putih gebu dan jelita menjadi Fiona Shrek yang hijau terang tu, dan aku pulak bertukar menjadi monster yang gila meroyan,baik kau ikut aku turun sekarang!" tegas Nabil. Mata Syazana diterung tajam. Aku dah mula hilang sabar ni,Syaza. Dah la tengah lapar ni. Kang ada jugak yang kena telan. Syazana kecut perut melihat reaksi Nabil itu. "Rilex ar Bil. Okay aku ikut kau turun sekarang." Perlahan Syazana bersuara. Dia pantas berdiri. "Lagi satu! Kang kau wajib minta maaf kat Mirul atas dua sebab." "Apsal pulak?" soal Syazana tidak puas hati. "Sebab pertama… Kau dah tuduh dia perogol. Misteri pulak tuh. Suka suka kau je tuduh orang perogol misteri." "Sape suruh dia masuk bilik aku? Orang yang aku tak kenal pulak tuh. Aku ingat perogol betul tadi." Protes Syazana. "Tapi sekarang kau dah kenal kan? Lagipun salah kau jugak. Apsal kau tak kunci pintu?" bidas Nabil pula. Syazana terus diam. "Yang kedua. Kau perlu minta maaf sebab kerana kau tak pasal-pasal dia dapat penumbuk Hang Tuah aku ni." Nabil menayang penumbukya di depan Syazana. "Eleh. Aku tak suruh pun kau tumbuk dia kan??" Gadis itu mencebik. "Tak kira ar. Kau wajib minta maaf kat Mirul walau macam mana sekali pun. Wajib! Faham?" tekan Nabil di hujung ayat. "Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" soalnya lagi bila Syazana tidak menjawab. "Tengok ar dulu macam mana. Better kita turun makan sekarang before I change my mind."
SAMPAI di meja makan, semua mata memandang Syazana. Tapi pandanagn yang paling tajam mestilah dari Puan Najihah. Encik Nazri dan Encik Zaril hanya tersenyum. Amirul pulak duduk di tempatnya tanpa riaksi. Darius memandang Syazana dengan mulut yang terkumat kamit. Marah ar tu sebab aku korang semua masih belum makan. Entah apa yang kau tengah jampi tu Dayus? Jangan sumpah aku jadi keldai sudah. Syazana berbisik di dalam hati. "Kenapa lambat turun kakak?" soal Puan Najihah. Masih dengan pandangan yang sama. "kamu pun abang. Mama suruh kamu naik panggil kakak. Lepas tu terus tak turun-turun sampai lah sekarang." "Sorry, ma. Si Syaza ni buat hal. Dia…" "Kakak berak tadi, ma. Sakit perut sangat." Pantas Syazana memotong Cakap Nabil. Takkan nak semua orang tau yang aku tak nak turun sebab kes malu kot? Bertambah malu ar aku. Terjegil mata Puan Najihah bila Syazana berkata demikian. Encik Nazri, Encik Zaril dan Amira terus ketawa. Amirul pula hanya tersenyum kecil. Darius dan Nabil pula ketawa kuat. Mereka terus berhenti ketawa bila mata singa betina kebuluran milk Syazana merenung mereka tajam. "Syazana… Kamu tak malu ke cakap macam tu di depan tetamu kita? Apa la kamu ni…" bebel Puan Najihah. Syazana tersengih."Sorry, ma. Kakak terlepas cakap. Sorry ye semua. Sorry jugak sebab kerana Syaza semua orang belum makan lagi. Sorry…" pinta Syazana bersungguh-sungguh. Dia tersenyum manis. Satu-persatu wajah dimeja makan itu dipandangnya. Tapi Wajah Amirul langsung tidak dipandang. Tak berani! Perasaan malu belom hilang lagi ni… "It’s okay. Duduk la." Balas Uncle Zaril lembut. Lelaki itu membalas senyumannya. Syazana mengambil tempat diantara Nabil dan Darius. Tanpa dia sedari, dia duduk bertentangan dengan Amirul. "Syaza, korang buat apa kat dalam bilik tadi? Berdua pulak tu. Pastu lama lagi. Korang buat apa?" bisik Darius perlahan. "Kau jangan nak fikir benda-benda kotor pulak ye. Jangan sampai aku sepak kau laju-laju kat sini ye,Dayus!" Jawab Syazana perlahan berbaur ugutan. "Kau jangan cari penyakit,Dayus. Aku tadi dah separuh mati dikerjakan oleh si Syaza ni. Kau pun nak rasa jugak ke?" Nabil yang turut mendengar perbualan itu menyampuk. "Iye? Dia buat apa kat kau?" usik Darius lagi dengan volume yang rendah. "Dia hentam aku teruk-teruk kat atas tadi dengan bantal panjang. Hampir-hampir aku nak mati tadi. Nasib baik aku tak mati. Kalau tak gelap la masa depan kawan kita ni. Meringkuk dalam penjara…" Nabil bercerita panjang lebar. Dia juga bersuara perlahan agar tidak menarik perhatian seisi meja makan itu. Syazana yang berada di tengah antara dua lelaki itu menahan sabar. Tangannya digenggam di bawah meja. "Ye? Kalau macam tu, aku pun tak berani. Takut betul kat Syaza ni. Dah macam ketua samseng." Darius ketawa perlahan. Disambut pula oleh Nabil. Syazana mengalihkan tangannya diatas meja. Dia mendengus geram.Tangan kanan menggengagam sudu dan tangan kiri pula menggengam garfu. Sabar Syaza. Kawal diri kau. Depan tetamu ni. Tanpa dia sedari, Amirul turut mendengar perbulan mereka sambil tersenyum sendiri. "Eh cakap pasal ketua samseng ni, kampung kita belum ada samseng yang hebat macam Syaza kan, Dayus?" "Seingat aku belom ada samseng sehebat Syaza. Yang ada pun tak hebat macam ni. Apsal?" "Apa kata kau jadi ketua samseng kat kampung kita,Syaza? Lepas tu kau boleh cari konco-konco kau." Nabil dan Dayus terus menyakat gadis disebelah mereka tanpa disedari oleh orang mereka yang berada disitu. "Tak pun, kau jadi ketua kongsi gelap ke…" "Shut up!" jerit Syazana seraya sudu dan garfu dihala ke arah Nabil dan Darius yang berada di kiri dan kanannya. Semua yang berada dimeja makan itu tersentak. "Kakak!" Puan Najihah menjegilkan matanya.
P/S: thanks sbb sudi mmbaca karya sy & sudi tnggalkn komen. thanks ye.
nice story!very nice.Truly i said.Pecah dh perut aku ketawa byk sgt.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sweet ah.
spe hero die?
nabil or amirul?
smbung2
-na'dz