Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Saya jadi resah dan gelisah. Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi tapi panggilan dari Ariana langsung saya tak terima. Usahkan call, message pun tiada. Sudah hampir enam jam saya menunggu. Ariana kata Ariana akan hubungi saya sebaik saja Ariana tiba di rumah. Ariana lupa ke? Atau Ariana sengaja tak mahu hubungi saya?
Saya mendail nombor telefon Ariana. Selepas lima kali deringan barulah Ariana angkat phone. Kedengaran suara Ariana memberikan salam. Saya menjawab salam itu. Soalan pertama yang saya tanyakan adalah Ariana di mana.
"Saya kat office lagi ni, wak. Baru nak balik." Jawab Ariana. Saya terkejut bukan kepalang. Berkali-kali saya mengesat mata melihat jam di dinding. Benarkah sekarang pukul 2.30 pagi? Dan Ariana masih di pejabat?
"Ariana sayang ... Sekarang ni pukul berapa?" Perli saya. Nak kena Ariana ni ... Lewat betul balik kerja. Takkan Ariana tak tahu bahaya pulang lewat sebegini?
"2.30 pagi, Encik Muhammad Nizam. Why?" Wah, speaking London lagi. Why konon ... Gigit baru tau.
"Why? Because you must wait for me. I'll be there in half an hour. I'll send you home." Sebelum mendengar Ariana membebel, saya terus memutuskan talian. Ariana ni tak boleh diberi muka. Mengada-ngada betul balik lewat macam ni. Kutuk hati saya. Tapi saya tahu saya gembira sebenarnya. Ini memberi saya peluang untuk bertemu dengan insan tersayang.
Tepat setengah jam kemudian saya tiba di luar pejabat Ariana. Ariana sedang menunggu di dalam kereta. Punyalah panjang muncung. Saya jual kat Disney baru tau. Kalah Donald Duck. Saya mengajak Ariana keluar makan sebelum menghantar Ariana pulang.
"Nak makan apa? Dah lewat dah ni. Ada kedai buka lagi ke?" Tanya Ariana. Aik, takkanlah Ariana yang duduk di sekitar KL tak tahu? Sebut je. McD, KFC, Pizza, macam-macam ada. Saya galak mengusik Ariana. Akhirnya Ariana senyum dan setuju untuk singgah di mana-mana restoran mamak.
Saya membawa Ariana ke sebuah restoran mamak yang mempunyai banyak pengunjung yang rata-ratanya remaja. Nampaknya ada juga lelaki bujang yang sedang minum dengan rakan-rakan mereka. Di sinilah saya kerap menghabiskan masa sebelum berkahwin dan selepas bercerai dengan Ariana. Malah pelayan-pelayan di sini juga sudah mula mengenali saya.
Saya memesan air nescafe untuk saya dan air teh ais untuk Ariana. Ariana memesan roti sardin manakala saya memesan dua keping roti naan. Ariana menjengilkan mata ketika saya memesan dua keping roti. Saya hanya sengih. Lapar tau. Ni semua sebab tunggu Ariana call.
"Penat?" Tanya saya. Ariana menganggukkan kepala.
"Sebab penatlah Ariana kena makan. Kalau tak, esok pagi mesti Ariana lagi penat." Tutur saya. Ariana senyum lalu menganggukkan kepala. Tidak lama kemudian, hidangan yang dipesan tiba. Saya memandang roti sardin Ariana dengan penuh selera. Fuh, sedapnya. Berasap-asap lagi. Saya memandang ke arah bahagian roti naan dibuat. Lama lagi ke nak siap? Kebulur ni ...
"Nak?" Ariana mempelawa. Nampak sangat ke saya tengah lapar? Malunya ... Saya menolak. "Makanlah. Saya rasa tak habis saya makan ni." Ariana mempelawa lagi lalu meletakkan sudu dan garfu menghadap saya. Saya telan air liur. Lapar gila ni ...
"Saya makan sikit ya?" Ucap saya malu-malu. Ariana sudah senyum-senyum. Mesti Ariana tahu saya tengah lapar ni ... Buat malu je.
Tak banyak peristiwa yang berlaku pada saya sejak saya bertemu dengan Ariana pagi itu. Saya meneruskan hidup. Bekerja dan terus bekerja. Kalau ada apa-apa yang menarik pun hanyalah Nurain yang kembali menghubungi saya setelah saya berterus-terang tentang perasaan saya terhadapnya. Tak sangka Nurain masih sudi menghubungi saya. Saya sangkakan dia pasti membenci saya.
Nurain kembali dengan perasaan yang langsung tidak berubah. Malah dia tetap memanggil saya Abang dan membahasakan dirinya sebagai Ain. Dia tidak pernah lupa mengatakan yang dia sayangkan saya. Saya cuba untuk menerangkan kepadanya sekali lagi tapi cepat-cepat Nurain memotong kata-kata saya. Katanya, dia yakin satu hari saya akan memahami perasaannya dan akan menerimanya sepenuh hati.
Bukan itu saja. Nurain tidak henti mengajak saya keluar bersamanya seperti dulu. Apabila saya menolak, Nurain merajuk. Tapi saya tak pernah memujuk. Saya tak mahu mesra dengannya. Saya tak mahu terus memberi harapan pada Nurain. Biarlah saya kejam. Satu hari nanti Nurain akan sedar yang saya sungguh-sungguh tidak dapat menerimanya.
Satu hari, Ariana mengajak saya keluar. Saya rasa macam mimpi apabila Ariana ajak saya keluar. Siap saya tanya Ariana demam ke, tiba-tiba ajak saya keluar. Puas saya usik Ariana sampai Ariana nak merajuk. Bukan apa. Saya betul-betul tak percaya. Selama ini punyalah susah nak ajak Ariana keluar. Tiba-tiba saja Ariana ajak saya keluar. Adakah sesuatu sudah berlaku? Hmm ... Kena siasat ni. Saya kena buat macam Expose Mistik. Hehe.
Huh. Penat. Bukan penat apa. Penat menunggu Ariana memilih barang. Pilih barang macam nak pilih suami. Bukan main lama. Belek yang ini, yang itu. Lepas tu ambil balik yang dah dibelek tadi. Belek lagi, tilik dalam-dalam barulah beli. Itu pun kalau beli. Kalau tak, pergi tempat lain dulu. Belek benda lain dulu. Lepas tu patah balik, belek benda yang sama. Saya menggelengkan kepala.
"Lepas ni tak nak temankan Ariana lagi la." Saya bersuara. Ariana kelihatan pelik lalu bertanya mengapa. Saya menjawab. "Lama betul nak pilih barang. Beli satu barang, setengah jam." Saya merungut. Ariana ketawa. Hari itu agak penat jugalah saya menemankan Ariana. Banyak pula tu barang yang Ariana beli. Tapi ok la sebab Ariana belanja makan di The Dome.
"Semalam Nurain ada jumpa dengan saya." Kalau ada satu perkataan yang saya tak ingin keluar dari bibir Ariana, ia adalah nama Nurain. Saya benar-benar tak sangka Nurain akan bertemu dengan Ariana. Tapi untuk apa? Memujuk Ariana untuk menerima dirinya? Kerana terlalu terkejut, saya tersedak.
"Awak nak explain apa-apa pada saya?" Tanya Ariana. Explain apa-apa pada Ariana? Apa yang mahu dijelaskan? Tentang saya dan Nurain? Tiada apa-apa. Kami Cuma kawan. Well, actually. She falls for me but I still love and I can't forget you. Can we get back together? Mahu saja saya katakan begitu pada Ariana tapi bibir saya seakan tidak mahu terbuka.
"Apa dia nak?" Giliran saya pula, tanpa memerdulikan soalan Ariana tadi. I've nothing to explain to you. Tiba-tiba saya rasa tiada mood. Benci rasanya mendengar nama Nurain disebut antara kita. Saya tak mahu Nurain mencetuskan apa-apa sengketa antara kita. Dah terlalu banyak halangan antara kita. Saya tak mahu Nurain menjadi sebab untuk apa-apa.
"Dia nak awak terima dia." Lancar Ariana memberitahu. Saya dah agak dah. Memang itu yang Nurain minta dari Ariana. Apa dia ingat saya akan dengar cakap Ariana dalam hal macam ni? Silap besarlah.
"Saya dah beritahu dia yang saya tak pernah ada apa-apa perasaan pada dia." Jawab saya setelah agak lama. Ariana menganggukkan kepala, seakan memahami atau mempercayai. Saya jadi ragu-ragu. Ada apa-apa yang perlu saya katakan lagi ke?
"Dia suruh saya cakap pada awak. Dia nak awak terima dia." Saya pandang Ariana. Sekilas ada perasaan kecewa terhadap Ariana. Mudahnya Ariana suruh saya terima Nurain. Ariana tak ada perasaan langsung ke terhadap saya? Tapi cepat-cepat saya mengabaikan perasaan saya itu.
"Kalau dia datang jumpa Ariana lagi, Ariana beritahu pada dia yang Ariana dah cakap pada saya. Dan jawapannya adalah saya tetap tak terima dia." Mintalah siapa pun untuk pujuk saya untuk menerima Nurain, takkan sekali pun saya katakan ya. Selama ini, hati saya tak pernah menyebut nama Nurain.
"Kenapa?" Tiba-tiba Ariana bertanya. Saya sedikit tersentak mendengar pertanyaan Ariana. Kenapa? Kenapa apa? "Kenapa awak tak terima dia?"Saya mengerutkan dahi. Kenapa saya tak terima dia? Puas saya berfikir. Akhirnya jawapan itu muncul di ruangan minda saya. Pasti Nurain tidak sanggup memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Ariana.
"Ain tak beritahu Ariana?"
"Ariana tanyalah pada Ain sendiri. Biar dia sendiri yang habiskan cerita yang dia beritahu Ariana tu. Saya tak nak cakap lagi pasal benda ni." Semakin lama saya bercakap tentang Nurain, semakin panas hati saya rasakan. Ariana mengikut.
Saya tak tahu macam mana nak explain tentang Nurain pada Ariana. Saya tak tahu apa pandangan Ariana terhadap saya. Demi ALLAH, saya takut sangat Ariana akan salah faham pada saya. Saya harap sangat Ariana tak fikir yang saya ni suka mempermainkan perempuan. Tapi saya tak tahu kenapa setiap kali saya bersama mana-mana wanita, wanita itu pasti akan terluka. Izzah, Diya, Nurain ... dan Ariana.
Sejak itu, hati saya rasa tak tenteram. Saya rasa tak sedap hati setiap kali saya teringatkan Ariana. Saya jadi serba salah. But I don't know how to make it up with you. Saya tak mengelak dari Ariana tapi saya tidak kerap menelefon Ariana seperti dahulu. Itu mengelak ke namanya? Tapi setiap kali saya call Ariana, saya pasti beritahu keadaan saya yang sibuk. Dan Ariana memahami.
Saya rasa kita berdua semakin serasi dan boleh bertolak ansur. Walaupun mungkin hanya sebesar zarah, wujud kepercayaan antara kita. Yang tidak ada mungkin keberanian untuk menyatakan perasaan sayang. Saya nak sangat beritahu Ariana yang saya sayangkan Ariana setiap kali sebelum kita memutuskan panggilan. Tapi tak pernah saya mampu katakan. Lidah saya tiba-tiba kelu.
Saya tak punya keberanian yang sama ketika memberitahu Nurain yang saya tak pernah ada perasaan terhadapnya. Bercakap tentang Nurain, Nurain semakin kerap menghubungi saya. Tidak pernah berhenti walaupun sekali. Saya melayan Nurain tidak ubah seperti kawan. Namun ada kalanya apabila saya rasa malas, saya hanya membiarkan semua panggilannya.
Tapi Nurain tidak pernah mengalah. Itu adalah salah satu sikapnya yang pernah saya kagumi. Nurain pernah memberitahu yang dia akan cuba untuk memiliki apa jua yang diingininya. Saya tak pernah sangka hati saya adalah salah satu perkara yang diimpikannya. Pernah juga Nurain memberitahu yang dia adalah seseorang yang amat sukar untuk jatuh cinta. Jadi, dia mahu cintanya sempurna dengan memiliki orang yang dicintainya.
Hari itu Nurain mengajak saya keluar menemaninya. Saya menolak dengan lembut. Tapi macam yang saya cakap, Nurain akan berusaha untuk memastikan keinginannya dipenuhi. Setelah hampir dua hari memujuk, baru saya menemaninya. Itu pun kerana saya rasa kasihan dan saya rasa saya terlalu kejam terhadap Nurain.
Tapi berlaku pula peristiwa yang saya langsung tidak sangka. Nurain mengajak saya makan di Chillie's. Saya hanya mengikut. Selesai saja makan, Nurain membuka bicara. Topik? Cintanya terhadap saya. Saya hanya mendiamkan diri.
"Ain ikhlas pada Abang. Ain janji Ain akan jaga Abang macam Ain jaga diri Ain. Ain sayangkan Abang. Abang faham, kan?" Nurain menyentuh tangan kiri saya yang berada di atas meja. Dengan perlahan saya menarik semula tangan saya. Nurain nampak kecewa dengan tindakan saya. Saya hanya senyum.
"Saya faham. Macam tu la perasaan saya terhadap Ariana. Ain faham, kan?" Tanya saya, sengaja memulangkah paku buah keras. Nurain terdiam lalu menundukkan wajah. Dengan perlahan Nurain bertanya mengapa.
"Ain baik sangat dengan saya. Sayang saya tak pandai menghargai kasih seseorang. Saya sayangkan Ariana. Saya tak dapat nak terima kehadiran orang lain."
"Ariana terima Abang ke? Ada dia cakap akan kembali dengan Abang? Dia isteri orang, Abang. Dia dah ada orang lain. Belum tentu dia akan terima Abang semula. Mungkin dia dah bahagia dengan suami dia." Nurain menerangkan dengan nada yang agak tinggi. Saya tahu dia mula hilang sabar.
"Saya tahu dia isteri orang. Tapi saya akan tunggu dia." Saya juga mula hilang sabar. Kenapa saya perlu ulang perkara yang sama berulang kali?
"Abang tengoklah orang yang Abang nak tunggu sangat tu. Tengah bahagia dengan suami dia." Dengus Nurain tiba-tiba. Saya mengerutkan kening sebagai tanda sebagai tidak faham. Apa maksudnya Ariana bahagia dengan Zikri? Mana dia tahu Ariana bahagia atau tidak? Sedangkan pertemuan Ariana dan Nurain hanyalah untuk berbincang tentang saya. Atau ... Ariana berkongsi cerita rumah tangganya dengan Nurain? Mana mungkin ... Ariana bukan jenis yang suka bercerita tentang sesuatu yang dianggap peribadi. Nurain menjuihkan bibir menghala ke suatu sudut.
Saya lihat Ariana sedang memandang ke arah saya dan Nurain. Dan Ariana sedang bersama Zikri. Saya merenung Ariana. Ariana keluar dengan Zikri? Saya lihat pakaian Ariana. Nampak cantik. Zikri juga kelihatan segak seperti biasa. Perasaan cemburu mula menjalar dalam hati saya. Dahi saya berkerut. Hati saya terasa panas melihat Ariana dan Zikri berbual. Melihat Ariana senyum pada Zikri membuatkan hati saya terbakar.
Ariana dah maafkan Zikri, ya? Saya ingatkan Ariana takkan maafkan dia. Tiba-tiba saya rasa kecewa. Barulah saya tersedar. Kalau Ariana boleh memaafkan saya, takkan Ariana tak boleh maafkan Zikri? Hati saya cuba untuk menolak sangkaan itu tapi saya tak berdaya. Melihat Ariana dan Zikri berdua, hati saya terasa sakit. Semua memori saya dan Ariana di Langkawi terus hilang bagai bintang yang ditenggelami kegelapan. Saya bangun, meletakkan dua not seratus ringgit lalu bergegas meninggalkan restoran itu.
Sepanjang perjalanan, saya cuba menahan esak tangis. Sungguh. Saya kecewa tak terkata melihat Ariana dan Zikri. Cemburu rasanya melihat pasangan lain yang asyik memerhatikan Ariana dan Zikri seperti the perfect couple in the world, cukup badan bagai pinang dibelah dua. Semakin saya cuba untuk melawan, semakin kuat perasaan kecewa saya. Akhirnya dua titis air mata mengalir di pipi saya.
Saya cuba memadamkan kekecewaan saya tapi hampa. Ke mana saja saya berpaling, saya terbayangkan Ariana dan Zikri berduaan, nampak sungguh bahagia. Tiba-tiba saya rasakan kehadiran saya tidak pernah diperlukan. Cuma saya yang menganggap yang Ariana memerlukan saya.Saya cuba menafikan fikiran itu. Tak sanggup rasanya jika itulah kebenarannya
Saya cuba untuk menganggap tiada apa yang berlaku. Saya call Ariana seperti biasa dan kita langsung tak bercakap tentang insiden yang berlaku. Tapi saya terasa ada perubahan pada Ariana. Saya rasa Ariaana gembira. Maksud saya, Ariana terlalu gembira. Kalau selama ni saya yang selalu usik Ariana, sekarang dunia dah terbalik. Tak sempat saya nak usik, Ariana dah usik dulu. Dahsyat pulak tu sekali usik. Sampai saya naik geram dipermainkan. Lepas tu mulalah Ariana ketawa terkekek-kekek. Geram betul.
Lagi satu, Ariana ajak saya keluar. Saya rasa tak percaya sampai la saya tiba di tempat yang dijanjikan dan melihat Ariana di depan mata saya. Barulah saya percaya yang Ariana mengajak saya keluar dan saya sedang bersama Ariana. Ariana ajak saya ke Genting Highlands. Memang seronok. Paling best bila dapat takutkan Ariana di rumah hantu di First World. Ariana menjerit kuat sehingga sakit dada saya Ariana tumbuk. Haha. Kelakar betul tengok muka Ariana yang pucat dari pintu masuk sehinggalah pintu keluar.
Kita bermain sebanyak permainan di Outdoor Theme Park. Saya paling suka ketika kita bermain bumper car dan bermain di rumah salji buatan, Snow World. Waktu kita bermain bumper car, ada seorang lelaki berkali-kali melanggar Ariana. Saya jadi jealous. Dengan penuh keazaman, saya melanggar kereta lelaki itu sekuat hati sehingga dia menjadi terkejut. Saya menjeling padanya sebagai amaran supaya dia tidak mengganggu Ariana. Huh. Puas hati saya. Suke hati je nak kacau Ariana. Apa? Ingat saya ni tunggul nak biarkan?
Dan yang paling saya tak sangka, satu hari Ariana bertanyakan sesuatu yang ingin saya luahkan selama ini. Ariana dengan tenangnya bertanya adakah saya sayangkan Ariana. Saya jadi speechless, tergamam. Rasa tak percaya soalan itu keluar dari bibir Ariana.
"Awak sayangkan saya?" Soalan Ariana cukup ringkas tapi padat dengan pelbagai perasaan. Saya tak pasti nada Ariana. Tapi Ariana cukup tenang. Seakan selama ini Ariana mencari jawapan kepada soalan itu. Saya menarik nafas dalam. Dada saya bergetar.
"Saya sayangkan Ariana. Saya mahu bersama Ariana tapi bukan macam dulu. Saya nak hidup dengan Ariana." Kemudian lama kita membisu. Saya tak tahu apa yang saya perlu cakap. Saya jadi takut. Dada saya berdegup laju. Apa agaknya yang akan Ariana katakan pada saya? Ariana sayangkan saya juga ke? Atau selama ini saya bertepuk sebelah tangan? Mungkin selama ini kemesraan Ariana hanyalah sebagai tanda Ariana memaafkan saya tetapi tidak bermaksud Ariana sayangkan saya?
"Ariana sayangkan saya?" Saya memberanikan diri untuk bertanya setelah seketika mendiamkan diri. Saya terdengar desah nafas Ariana di hujung talian. Lama Ariana membisu. Kenapa agaknya ya? Ariana sedang memikirkan cara terbaik asalkan tidak melukakan hati saya? Atau Ariana sedang bertanya pada diri Ariana sendiri apa perasaan Ariana sebenarnya? Saya rasa jantung saya langsung tak berdegup. Macam saya tak bernafas.
"Saya nak awak tahu yang saya terima Zikri atas permintaan Mama dan Papa. Bukan saya yang merelakan. Saya sayang awak. Sayang sangat." Perlahan suara Ariana tapi cukup jelas dan terang pada pendengaran saya. Saya tersenyum. Entah pada siapa saya tersenyum pun saya tak tahu. Saya rasa hati saya bergetar. Indahnya perasaan ni. Saya cuba mengawal senyum tapi saya tak dapat. Senyuman saya semakin melebar. Kemudian saya tertawa. Dan ada air mata yang bergenang! Penantian saya selama ini sudah tiba ke penghujungnya!
Tidak lama kemudian tawa Ariana turut kedengaran. Saya ketawa dan senyum tanpa henti. Saya rasa beban yang saya pikul selama ni dah hilang. Lenyap macam tu je. Saya rasa bebas dan ... Gembira? Bangga? Semuanya ada. Selama ini saya tak bertepuk sebelah tangan. Ariana sayangkan saya seperti saya sayangkan Ariana. Kita ada perasaan yang sama. Mimpi ke saya ni? Saya cubit pipi saya. Tak ada rasa apa-apa. Tak sakit. Saya mimpi ke? Tak! Saya rasa happy sangat sampai tak dapat rasakan apa-apa perasaan lain dalam dunia ni.
Tapi saya tak sangka itulah ‘kata-kata terakhir' dari Ariana. Sejak hari itu, saya tak dapat hubungi Ariana lagi. Semua message yang saya hantar tidak pernah berbalas. Ariana mematikan handphone. Separuh mati saya dibuatnya. Apabila sepanjang hari Ariana tidak mengaktifkan handphone, saya jadi resah. Kenapa dan kenapa? Hanya itu yang bermain dalam fikiran saya. Tak cukup dengan itu, saya call office Ariana. Ariana tiada di pejabat.
Malam itu saya ke rumah Ariana. Gelap. Kereta Ariana tiada di garaj. Kereta Zikri juga tiada. Ariana keluar dengan Zikri ke? Tapi kenapa perlu bawa dua-dua kereta? Saya jadi tak sedap hati. Saya terus memandu ke tempat Ariana bekerja. Manalah tau Ariana masih belum pulang walaupun jam sudah menunjukkan angka 11. Tiada kereta Ariana. Kecewa. Saya pulang ke rumah.
Malam itu saya bermimpikan Ariana. Kita berada di UTMKL. Saya lihat diri saya sendiri sedang berbual dengan gembira bersama seorang pelajar perempuan. Di belakang saya, Ariana sedang berjalan mengekori langkah kami ke mana saja. Dalam mimpi tu, Ariana berpakaian serba putih, dengan selendang berwarna putih. Bersih. Suci. Indah. Tapi tak sepatah pun Ariana sebut. Ariana senyum je.
Keesokan harinya, sama saja. Ariana tidak dapat dihubungi. Kali ini saya ke pejabat Ariana. Jawapan yang sama diberikan. Ariana tiada di pejabat. Yang peliknya, tiada seorang pun yang tahu ke mana Ariana pergi dan pukul berapa dia akan pulang ke pejabat. Rumah Ariana sama seperti hari semalam. Deserted.
Saya bermimpikan Ariana lagi. Kita di rumah kita dulu. Saya lihat saya berada di bilik tidur kedua. Ariana ada di sisi saya, menemani tidur saya. Seperti deja vu, saya tersedar yang Ariana berpakaian putih. Sama seperti malam semalam. Ariana masih dengan selendang putih yang menutupi sebahagian rambut Ariana. Saya terus terjaga dari mimpi. Peluh memercik di dahi saya. Jantung saya berdegup laju, seakan baru berlari pantas. Ariana berbaju putih ... Dua malam berturut-turut ... Apa ertinya?
Saya rasa tak tenang. Ariana entah di mana. Dan mimpi itu ... kata Ibu, bermakna ada bahaya pada orang yang kita mimpikan. Ariana dalam keadaan berbahaya? Apa yang terjadi pada Ariana? Ariana di mana? Saya ketap bibir saya yang mula bergetar. Itu tak benar, kan? Tak ada apa-apa yang berlaku pada Ariana, kan? Tapi ... di mana Ariana?
Hujung minggu itu, bersama Ibu, saya ke rumah Mama dan Papa. Di situlah saya dapat semua jawapan pada soalan saya. Ariana berada di India. Ariana berada di sisi Zikri yang diminta untuk berkursus. Tiga tahun, kata Mama. Saya hanya menundukkan wajah sepanjang berada di rumah Mama dan Papa. Malu rasanya berhadapan dengan mereka selepas apa yang berlaku. Tapi mereka nampaknya sudi memaafkan saya. Terutamanya Mama. Mama dan Papa nampak seakan bersedih. Saya tak tahu kenapa.
Selama hampir setahun saya menjalani hidup dengan penuh persoalan. Kenapa Ariana tak beritahu saya yang Ariana akan pergi? Kenapa Ariana pergi dengan Zikri? Kenapa Ariana kata yang Ariana sayangkan saya? Tapi saya memilih untuk mengabaikan semua persoalan itu. Saya harus berpegang teguh pada satu perkara. Kalau Ariana adalah jodoh saya yang ditetapkan ALLAH yang Maha Kuasa, seribu tahun sekali pun kita terpisah, satu hari nanti kita pasti akan bersua kembali. Saya mohon doa ALLAH akan kuatkan hati saya untuk menunggu Ariana sehingga detik itu tiba.
Dan saya tak pernah terfikir datangnya satu saat di mana penantian saya akan berakhir. Benarlah kata orang. Jodoh pertemuan, ajal ... semuanya di tangan ALLAH. Tak ada apa pun yang mampu menghalang takdir Illahi. Petang yang redup itu, saya menerima satu panggilan dari seseorang yang saya tak pernah terfikir. Zikri.
"Ada perkara yang aku rasa kau perlu tahu." Kata Zikri. Saya rasa macam tak ada perasaan dalam hati saya. Sejak Ariana pergi, macam seluruh hidup saya dibawa pergi. Tak ada satu pun yang tinggal. Saya tak mampu ketawa macam dulu. Setiap kali saya cuba ketawa, senyuman Ariana melintas di fikiran saya. Dan segala kegembiraan saya akan pudar.
"Apa dia?" Tanya saya lemah. Apa yang perlu saya tahu? Yang Zikri sudah menang? Yang dia sudah memiliki Ariana? Tapi ayat pertama dari Zikri cukup mengejutkan saya. Satu demi satu bait kata Zikri saya dengar.
"Apa kau cakap ni? Kau tau tak apa kau cakap ni?"
P.S. Chapter seterusnya adalah chapter terakhir novel ini. harap dapat tunggu sambungannya. thx!
Hah meninggal.... Janganlah sad ending... Penatlah baca dari first sampai dah nak habis pun asyik sedih memanjang.. Bagilah happy sikit2... At least rasa happy jugak dpt tengok ADRIANA ngan NIZAM happily ever after....
best2..tp jgn wat sad ending key?? 1st thinking..ak rse,si zikri tu da lps an ariana,, n die srah an ariana kat nizam..huhuhuh
2nd thinking lak..ak rse ariana 2 mti owt..huhuhuhu..kalau heroin mati dgn rasminya cter ni pun abis..
3rd thinking..ak rse ariani da lme bercerai ngan zikri n maybe die pg bwk diri owt...hurmmmm..cm x logik jer 3rd thinking ak ni..huhuhuhu n wat..smbg cot..x sbar nak tau ending diew..
lmbat gler nk tggu last eps citer ni.. huhuhu.. ari2 aku buka blog ni smata2 nk tau ending citer ni.. penulis cptla upload yerk!!! jgn smpai next month bru da smbgnnya.. buhsannyer menunggu.. T.T
dh dkt sbulann ni... mne next n3... x sbr nk thu ending dia...
huhuhu cptlah.....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
gud...
hope the next n3 won't be the next month...