Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Nurul hanya sekadar menggeleng apabila terlihat berpuluh-puluh surat cinta di bawah mejanya sebaik sahaja tamat waktu rehat. Memang begitulah setiap hari mesti ada yang bagi surat cinta dibawah mejanya untuk putera idaman mereka siapa lagi kalau bukan ahli rasmi pasukan bola sepak sekolahnya itu.
Kadang-kala dia pun hairan dengan pelajar perempuan sekolahnya itu yang sejak dari dulu lagi mengilai sesiapa sahaja yang dapat menganggotai barisan ahli rasmi Kelab Bola Sepak. Kalaulah mereka tahu perangai sebenar putera idaman mereka itu, mungkin ada yang perlu fikir dua tiga kali untuk menghantar surat lagi. Baginya dalam pasukan itu hanya Rezza dan Fiq sahaja yang boleh diharap. Yang lain hancur! Lebih-lebih lagi Nazrul dan Hayrul yang selalu mengacau hidupnya.
Selepas sahaja waktu persekolahan, Nurul akan ke bilik yang menjadi tempat perjumpaan Kelab Bola Sepak untuk memeriksa jadual latihan dan kadang-kala dia akan mengemas bilik itu bila ia semakin menyerupai tongkang pecah walaupun seumur hidupnya dia tidak pernah melihat tongkang pecah.
Berpuluh-puluh surat cinta untuk jejaka-jejaka yang menarik perhatian dikeluarkan dari beg plastik yang memang sentiasa di bawa setiap hari memandangkan surat cinta yang diterimanya semakin hari semakin banyak. Entah ubat apa yang mereka semua guna sehinggakan banyak pelajar-pelajar perempuan sanggup bersengkang mata, menulis ayat-ayat cinta yang berjela-jela panjangnya.
Dia pernah membaca surat cinta yang ditulis salah seorang peminat Fiq. Itupun Fiq yang mengajaknya membaca surat cinta yang diterimanya, kalau tidak memang dia tidak berpeluang hendak membacanya. Yelah, surat orang. Walaupun surat cinta, dia patut jaga privacy mereka semua. Tidak bermaksud dia pengurus, dia boleh baca semua surat cinta mereka dan buat sesuka hati.
Lagipun dia sebagai perempuan mestilah memahami perasaan perempuan lain yang pasti tidak mahu surat mereka di baca oleh orang lain selain orang yang ditujukan. Tapi pada masa itu memandangkan Fiq melihat dia kebosanan, Fiq telah mengajaknya membaca surat cinta.
"Sebenarnya, membaca surat cinta dah menjadi salah satu rutin harian aku," kata Fiq kepada Nurul beberapa hari yang lepas. Memang pun. Setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad ada sahaja surat cinta buat Fiq, dan Nurul selalu melihat Fiq membacanya selepas sesi latihan tamat berbanding ahli-ahli lain yang suka membawa pulang ke rumah. Entah mereka baca atau tidak dia pun tidak tahu.
Oh ya, surat cinta untuk Nazrul langsung tidak kelihatan beberapa minggu ini. Entahlah. Dia juga tidak tahu kenapa Nurmaya tidak memberinya lagi selepas perasmian The Café. Dengar cerita mereka berdua sudah menyelesaikan masalah yang timbul dan Nurmaya masih bersama dengan teman lelakinya yang sekarang belajar di UiTM. Nurul tidak tahu apa masalah di antara mereka berdua. Dan dia juga malas hendak bertanya dengan orang seperti Nazrul itu.
Bercakap tentang Nazrul, dia masih lagi seperti dulu. Asyik tidur tidak mengira waktu. Nurul hanya menjeling tajam memandang Nazrul yang tertidur berbantalkan lengan di tempatnya biasa yang selalu dia tidur. Hubungannya dengan Nazrul kini agak dingin. Dan dia sendiri tidak tahu kenapa. Apa yang pasti, bila dia ada, Nazrul akan tidur dan bila dia tiada, Nazrul akan berjaga dan kadang-kala buat bising. Entahlah. Malas dia hendak bertanya kepada Nazrul sebab apa hubungan mereka menjadi dingin. Apabila berjumpa masing-masing tidak bercakap. Tapi yang anehnya, ada masa-masa tertentu Nazrul akan berbual dengannya. Mungkin masa itu mood Nazrul elok. Entahlah. Hanya Nazrul saja yang faham dengan perangainya itu.
"Hey Nurul," sapa Najmi yang ceria seperti biasa. "Kau dapat surat cinta lagi? Ada tak untuk aku?" pantas Najmi duduk di sebelahnya.
"Tunggulah. Aku tengah susun. Kalau ada aku letaklah dalam loker kau. Macam kau tak tahu pulak," ujar Nurul sambil mengetuk tangan Najmi dengan pembaris panjangnya apabila Najmi hendak mengambil salah satu dari surat yang sedang disusunnya itu. Pembaris itu memang sengaja dia bawa ke mana-mana sebab senang dia hendak membuat serangan balas tanpa menyentuh kulit mereka. Haram. Nanti tidak pasal-pasal dia kena ambil air sembahyang lagi.
"Garangnya minah ni," Najmi mengosok tangannya yang di ketuk dengan pembaris oleh Nurul. Sebentar kemudian bilik tersebut kecoh dengan kehadiran Farizat, Rezza dan Fiq. Zaki dan Ridzuan juga melangkah masuk tidak lama selepas itu. Pintu bilik sengaja di buka luas-luas memandangkan terdapat Nurul yang berjantina perempuan di dalamnya. Menurut Cikgu Majid, untuk mengelakkan berlakunya fitnah yang boleh menjejaskan reputasi pasukan Bola Sepak sekolah, adalah lebih baik kalau pintu bilik itu dibuka seluas-luasnya supaya semua orang boleh nampak apa yang berlaku di dalam itu.
"Hah… surat untuk Fiq lebih banyak dari semalam la," ujar Zaki yang melihat Nurul menyusun satu demi satu surat yang diterimanya mengikut nama-nama yang ditujukan dan seperti biasa Fiq banyak menerima surat cinta. Tempat kedua adalah Rezza dan ketiga antara Najmi ataupun Farizat.
"Fiq, kau guna ubat apa hah?" tanya Ridzuan yang hanya sekadar menggeleng melihat bilangan surat cinta untuk Fiq. Fiq hanya sekadar tersenyum mengangkat bahunya. Memang dia sendiri tidak tahu apakah kelebihannya sampai mereka semua tergila-gilakannya. Tapi menyukai seseorang adalah hak peribadi mereka. Dia tidak boleh menghalangnya.
"Ubat nyamuk!" jawab Najmi pula sempat ingin mencuri salah satu dari surat yang bertimbun itu. Sempat juga Nurul mengetuk tangan Najmi dengan pembaris lagi.
"Janganlah kacau! Hisy, tak sabar-sabar la budak ni!" marah Nurul menghadiah jelingan yang tajam.
"Alah comelnya dia jeling," sakat Najmi yang terkenal dengan gelaran Hyperactive dikalangan kawan-kawannya.
"Najmi," ujar Rezza sepatah memandang tajam seolah-olah sedang memberi amaran kepada Najmi supaya jangan menganggu Nurul. Rezza memang macam itu, apabila Nurul dibuli oleh sikap Najmi yang sememangnya gila dengan perempuan, Rezza akan memberi isyarat mata sebagai amaran. Serta merta Najmi berhenti menyakat Nurul.
"Okey, surat terakhir adalah untuk…," Nurul mengambil surat terakhir dan menterbalikkan sampulnya untuk melihat tulisan di belakangnya. "Hayrul?!!!" dia menjerit terkejut menyebabkan semua mata memandangnya kecuali Nazrul yang masih berdengkur lagi.
Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Kemudian masing-masing tertumpu pada nama Hayrul di sampul surat tersebut. Memang benar. Nama Hayrul tercatit pada sampul surat itu. "Takkanlah," Najmi seakan tidak percaya.
"Biar betul," ujar Ridzuan yang tidak percaya juga.
"Memang nama Hayrul," ujar Farizat pula.
"Surat beracun," ujar Zaki turut terkejut dengan kehadiran surat tersebut.
Masing-masing berpandangan. Kalau Hayrul tahu pasal kehadiran surat ini pasti Hayrul akan pengsan dan demam untuk beberapa hari dan keadaan ini boleh menjejaskan sesi latihan mereka setiap petang.
"Yes!" Nurul bersorak gembira. Akhirnya dia boleh keluar dari belenggu Hayrul yang selalu minta surat cinta daripadanya. "Akhirnya, aku dah bebas. Baiklah aku akan bagi surat cinta ni pada Hayrul dan lepas tu dia takkan ganggu hidup aku."
"Tak boleh!" serentak mereka berkata.
"Kenapa pula tak boleh? Bukan ke Hayrul nak surat cinta selama ni?" Nurul pelik apabila mereka semua tidak bersetuju.
"Pendek kata, tak boleh. Nanti tak pasal-pasal dia akan pengsan," ujar Zaki yang tidak bersetuju. Yang lain hanya mengangguk selain Rezza dan Fiq yang duduk di sebelah Nazrul yang sedang tidur lagi.
"Aku tak perduli. Yang penting, lepas ni dia tak kacau hidup aku dengan meminta surat cinta lagi," ujar Nurul pula.
"Tapi tak ke kejam?" Fiq berkata.
"Kenapa kejam pula? Bagi surat cinta pun kejam ke?"
"Ini hal orang lelaki. Pendek kata, jangan sampai Hayrul tahu dia dapat surat cinta."
"Tapi kenapa?"
"Sebab dia akan pengsan sebaik sahaja membacanya," ujar Rezza yang turut tidak bersetuju. "Atau mungkin dia akan kena serangan jantung."
"Serangan jantung? Ada ke dalam dunia ni orang kena serangan jantung sebaik sahaja membaca surat cinta? Tak masuk akal langsung. Aku tak kira aku nak juga…"
"Hai semua," sapa Hayrul tiba-tiba muncul di hadapan pintu. Dia pelik apabila masing-masing kaget memandangnya. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Dia segera melihat pakaiannya. Rasanya dia tidak pakai baju terbalik dan kalau dia pakai baju terbalik, awal-awal pagi lagi dia sudah kena ketawa oleh kawan-kawannya yang lain.
"Kenapa korang pandang aku macam tu?" tanya Hayrul.
"Dia dah datang," ujar Fiq perlahan.
"Hayrul…," baru sahaja dia hendak bercakap Zaki sudah memeluknya dari belakang lalu menutup mulutnya dari dengan tangannya bagi mengelakan dia bercakap. Surat Hayrul di tangannya di rampas oleh Farizat dan cepat-cepat di masukkan ke dalam poket seluarnya.
"Kenapa?" tanya Hayrul pelik apabila mereka semua menutup mulut Nurul dari bercakap sesuatu.
"Err… tiada apa-apa," pantas Najmi memainkan peranan menafikan sesuatu yang curiga namun Hayrul dapat mengesan sesuatu yang pelik dan mungkin melibatkan dirinya sedang berlaku tadi. Dia kemudiannya terpandang surat yang sudah di susun oleh Nurul di atas meja mesyuarat.
"Ada surat untuk aku?!" pantas dia bertanya seakan tidak sabar.
"Tak. Tak de. Tak de langsung," ujar Najmi cuba menafikannya. Nurul cuba melepaskan dirinya dari Zaki tapi ternyata tenaga lelaki itu lebih kuat daripadanya.
"Tipu!" Hayrul tidak mempercayai mereka yang ternyata cuba merahsiakan sesuatu daripadanya dan mungkin ianya berkenaan surat cinta yang ditujukan kepadanya. "Aku tahu mesti aku terima surat cinta tu! Kalau tak, kenapa korang tutup mulut Nurul."
Nurul hanya mengangguk.
"Mana adalah. Kitorang saja nak buat kau suspend je, kan Nurul?" Najmi tersenyum memandang Nurul dengan mengenyit matanya. Meminta Nurul bekerjasama dengan mereka. Nurul kemudiannya menggeleng.
"Aku nak korang lepaskan Nurul. Aku nak dengar dari mulut Nurul sendiri," Hayrul mula memberontak.
"Kalau kau cakap pasal surat cinta ni aku akan bagi tahu siapa yang selamatkan kau tempoh hari," ujar Zaki berbisik di telinganya. Serta merta Nurul terdiam. Zaki bercakap tentang kemalangan tempoh hari tukah? Zaki tahu siapa yang selamatkan dia? Ataupun Zaki sengaja hendak memaksa dia merahsiakan tentang surat cinta itu. Tapi macam mana Zaki tahu dia sedang mencari seseorang yang menyelamatkannya dari kemalangan tempoh hari?
Pelbagai persoalan muncul di fikirannya. Dan dengan perlahan-lahan Zaki melepaskan. Nurul masih lagi terkejut.
"Nurul, beritahu aku, kau ada terima surat cinta untuk aku tak?" tanya Hayrul memandang tajam wajah Nurul yang kelihatan terkejut.
"Err… tak de," pantas Nurul menjawab sambil memandang tepat wajah Hayrul. "Memang tiada. Tadi tu sebab aku nak bagi tahu kat kau apa yang mereka mengumpat pasal kau. Mereka kata kau ada bantal busuk sehingga sekarang, betul ke?" tanya Nurul berlakon secara spontan. Dia juga tidak tahu dari mana dia dapat idea bantal busuk itu.
Tidak lama kemudian, Hayrul sedikit berubah wajah. Mukanya nampak merah seperti menahan malu. Nurul memandang pelik.
"Betul ke?" tanya Nurul ingin mendapat kepastian.
"Err… aku ada hal," tanpa menjawab soalan dari Nurul, Hayrul segera berlalu dari bilik tersebut meninggalkan mereka yang terpinga-pinga dengan kejadian sebentar tadi. Masing-masing kemudiannya berpandangan sebelum mereka pecah tawa.
Nazrul masih lagi tidur.
"Zaki!" sapa Nurul menyebabkan mereka semua berhenti ketawa. "Apa yang kau cakap tadi? Kau tahu pasal kemalangan tu?"
"Kemalangan apa?" tanya Najmi ingin tahu. "Oh ya, apa yang menyebabkan kau ubah fikiran tak nak bagi tahu Hayrul pasal surat tu?" Najmi yang hampir kecut apabila Hayrul yang seperti mahu membunuhnya tadi turut terkejut apabila Nurul memihak pada mereka dengan tidak memberitahu Hayrul mengenai surat cinta itu. "Kemalangan apa?" tanya Zaki pula seolah-olah tidak tahu menahu dengan soalan Nurul tadi. Nurul mendengus marah dan kemudian dia berlalu bangun dari duduknya.
"Aku nak ambil air sembahyang semula! Jangan risaulah aku takkan beritahu Hayrul pasal surat tu," ujar Nurul sebelum berlalu dari situ.
Zaki dan yang lain menarik nafas panjang.
"Kau bagi tahu apa kat Nurul tadi?" tanya Najmi yang ingin tahu. Dia pasti ada sesuatu yang dia tidak tahu selama ini. Belum sempat Zaki berkata, dia menyedari Nazrul yang sudah sedar itu membuka mata merenung ke arahnya. Suasana sunyi seketika apabila Nazrul sudah terjaga. Masing-masing tidak mampu bersuara.
Dia kemudiannya bangun dari kerusinya dan berlalu membuka lokernya. Sehelai baju t-shirt dan seluar pendek yang selalu di bawanya untuk sesi latihan dia ambil keluar. Pintu loker di tutup kembali. Suasana masih lagi sunyi. Kakinya bergerak melangkah keluar namun terhenti di hadapan pintu.
"Jangan ulang perkara yang sama lagi," ujarnya sebelum meninggalkan bilik itu dengan seribu tanda tanya.
Zaki tahu tentang kemalangan tu? Adakah mereka semua tu tahu tentang kemalangan itu tapi sengaja tak mahu beritahu aku? Tapi kenapa? Takkanlah orang yang hampir melanggar aku tu adalah salah seorang dari mereka? Salah seorang dari mereka melanggar aku dan salah seorang dari mereka menyelamatkan aku? Jadi, mereka tak boleh nak mendedahkan siapa yang selamatkan aku sebab mungkin aku akan tahu siapa yang langgar aku?
Kedengaran keluhan berat dari Nurul yang pening memikirkan perkara yang mungkin terjadi. Banyak teori yang difikirnya tapi satu pun dia tidak pasti kesahihannya. Kalau mereka semua tahu pasal kemalangan itu ini bermakna memang ada satu rahsia besar yang disimpan oleh mereka.
"Kak Nurul," sapa satu suara memeranjatkannya tiba-tiba menyapanya. Nasib baiklah jantungnya kuat macam superman kalau tidak mungkin dia sudah terkena serangan jantung. Nurmaya tersenyum memandangnya.
"Hey," sapa Nurul menghampiri Nurmaya yang sedang mengadap carta Prince Charming. Sudah lama juga dia tidak dengar tentang carta Prince Charming. Sejak dia mengoyak carta tersebut dan membuatkan hidupnya sedikit kucar-kacir.
"Kamu pun minat dengan carta Prince Charming?" tanya Nurul yang hanya melihat tiada sesiapa pun yang dinobatkan sebagai Prince Charming seperti yang dibisingkan oleh Sofea selama ini.
"Tak sebenarnya tapi selepas apa yang berlaku mungkin saya akan tumpukan perhatian pada carta ni," dia berkata sambil memandang carta tersebut.
"Apa yang dah berlaku?"
Nurmaya hanya tersenyum memandangnya. Dia faham pandangan itu, mesti ada rahsia yang tidak mahu Nurmaya ceritakan kepadanya. Yelah, mereka berdua bukannya sudah kenal lama dan memang patut pun Nurmaya hanya berdiam diri.
"Kita lupakan kisah lama dan mulakan hidup yang baru. Sekarang saya sudah jumpa Prince Charming saya walaupun saya berharap dia dapat jadi Prince Charming tu."
"Dia? Maksud kamu Nazrul?"
"Kak Nurul percaya tak carta ni?"
Pantas Nurul menggeleng.
"Bagi saya, ini bukan sebarang carta. Ini bukannya carta permainan seperti carta muzik-muzik di televisyen. Bagi saya, ini carta yang mengajar kita siapa yang layak jadi Prince Charming dihati kita. Actually, bukanlah Prince Charming yang kita cari dalam hidup ni tapi adalah lelaki yang boleh membuatkan hidup kita jadi sempurna dan bukannya lelaki yang sempurna," ujar Nurmaya. Nurul dapat rasa dia seperti bercakap dengan perempuan yang berumur lingkungan 30-an. Gaya dan apa yang diperkatakan oleh Nurmaya seperti seorang yang matang berbanding dengan usianya yang hanya belasan tahun.
"Sebenarnya kita tak sedar yang orang yang sesuai dengan kita berada di sisi kita setiap masa. Dan bila dia sudah pergi jauh dari kita, barulah kita merasai kehilangannya. Kak Nurul pernah rasa macam tu?" tanya Nurmaya.
Nurul hanya menggeleng.
"Suatu hari nanti Kak Nurul akan rasa macam tu dan pada masa tu Kak Nurul akan faham apa maksud saya. Jumpa lagi."
Nurul hanya melihat kelibat Nurmaya pergi meninggalnya. Dia sedikit ataupun langsung tidak faham dengan apa yang Nurmaya katakan tadi.
"Kenapa aku dikelilingi dengan kawan-kawan yang banyak rahsia?" tanyanya pada dirinya sendiri. Kemudian dia hanya menggeleng.
mcm mana nak buka blog kak ratu ye??????? dah lama nak buka tapi tak tahu camna nak buka !!!!!!!! sape2 yg thu blog kak ratu tolonglah kasi thu ye.... please !!! nak sangat thu ending cite PRINCE CHARMING....... I wait for your answer........
NAZRUL DAISUKI!!!!! fuuuuhhh !!~ sy dpt bayang mcm mane Nazrul bgnun dari tido pastu smua orng terdiam , mesti sngtx10000 COOOL!!!!! KYAAAA!!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam
kip it up
~freze~