Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Kita mesti selamatkan Zubaidah..!! 'Benda' tu nakkan nyawanya..!!", ujar Omar dengan nafas mencungap. Wan Saodah memberhentikan larian. Diperhatikan wajah suaminya dari atas ke bawah. Pada mulanya dia beranggapan bahawa Zubaidah telah memerangkap suaminya. Namun kini timbul satu persoalan yang bersarang di dalam benaknya. "Pergi dari sini..!! Cepat Odah..!! Bawa suami kau bersama..!!", kata-kata dari Zubaidah sebelum mereka meloloskan diri dari rumah itu seakan menghantui fikirannya. "Zubaidah cuba selamatkan Omar..?! Setelah apa yang aku lakukan terhadapnya sebelum ini, dia masih berlembut denganku..?! Ya Tuhan.. Apa yang aku dah lakukan selama ini..?! Aku mengkhianati sahabatku sendiri..!! Ampuni aku Ya Tuhan..", bisik hatinya. Dia mula menangis teresak-esak. Airmata yang keluar dari celahan kelopak matanya bercampur dengan titisan hujan yang menujah ke wajahnya. Omar meraup muka. Menunggu jawapan dari isterinya yang lencun dibasahi hujan. Angin yang menderu membawa percikan-percikan menampar tubuhnya. Dentuman kilat yang memancar ke serata arah sekejap-sekejap menerangi kawasan itu. Seketika kemudian, Omar menghampiri isterinya. Dipeluknya bahu Wan Saodah dengan erat. Wan Saodah mendongak memandang ke arah suaminya. "Zubaidah bang..!! Macam mana dengan dia..?! Odah nak tolong dia.. Odah nak minta maaf dengan dia..!!", ujarnya sayu.
Dalam keributan suasana itu, kelihatan Omar dan Wan Saodah berjalan ke arah rumah agam milik Luqman dan Zubaidah. Wan Saodah memapah suaminya yang terhincut-hincut kesakitan. "Berhenti..!!", ujar suaminya tiba-tiba. "Kenapa bang..?!", soal Wan Saodah. Dia memandang pada mata Omar yang merenung ke arah sesuatu. Nun di sebalik rimbunan semak yang menghurungi sebatang pokok ara, sekujur tubuh yang hitam dan tinggi sedang berdiri memerhatikan gerak-geri mereka. Sesekali cahaya kilat yang sabung menyabung menampakkan dengan lebih jelas wajah lembaga tersebut. Wan Saodah menekup mulut. Makhluk yang dilihatnya di rumah Zubaidah sebentar tadi kini begitu hampir dengan mereka berdua. Omar bingkas mendepangkan tangan melindungi isterinya. "Apa yang kau mahu dari kami hah..?! Pergi dari sini..!! Perempuan ini tak ada kaitan dengan semua ini..!!", jerit Omar pada lembaga itu yang tersengih memperlihatkan siungnya. "Siapa kata..?! Isteri kau inilah yang menjadi punca segala bencana.. Perempuan ini berhati busuk..!! Sanggup menikam sahabatnya dari belakang..", balas lembaga tersebut. Ia memerhatikan Wan Saodah dengan pandangan yang ngeri. "Aku tak boleh mengapa-apakan kalian berdua.. Tapi aku mahu mengingatkan..!! Jangan cuba menyakiti Zubaidah serta bayinya..!! Aku telah berjanji untuk menjaga kedua-dua mereka.. Jika ada diantara kalian dan keturunan kalian yang mahu merosakkan keluarga ini, aku takkan teragak-agak lagi untuk mengeluarkan isi tembolok kalian dengan rakus..!!", lembaga itu bersuara lagi dan kemudiannya melenyapkan diri dari pandangan.
Beberapa bulan selepas itu..
"Zulfar.. jangan main dekat pokok tu..!! Mari sini dekat ibu..", Zubaidah melaung memanggil anaknya. Tersenyum bibirnya melihat keletah anak kecil itu bermain-main berhampiran sebuah pokok besar di hadapan rumahnya. Terdengar suara seseorang memberi salam. Zubaidah pantas menyambutnya. Luqman yang baru sahaja pulang dari berkerja seharian terus sahaja mendapatkan Zulfar. Anak kecil itu dilambung-lambung olehnya ke udara. Terkekeh-kekeh Zulfar ketawa apabila diperlakukan sebegitu. Zubaidah yang memerhati hanya tersenyum. Suaminya begitu gemar bermain bersama Zulfar. "Luqman.. Ida buatkan air ya..?!", ujar Zubaidah. "Tak payahlah Ida.. Saya ingat nak bawa Ida dengan anak kita ni keluar makan di pekan..!! Kita pergi makan sedap-sedap..!!", sanggah Luqman yang masih leka mengacah Zulfar yang menjerit kegirangan. Zubaidah tersentak. Dia masih lagi belum memberitahu tentang hal yang sebenarnya pada Luqman. Anak itu adalah anak Omar. Bukan dari benih suaminya. "Aku patut merahsiakan semua ini dari pengetahuannya.. Tapi sampai bila..?! Jin itu pasti akan datang menuntut janjinya suatu hari nanti..!! Perlukah aku menyimpan rahsia ini hingga tiba waktu itu..?! Bagaimana pula dengan Omar..?! Adakah Odah sudah tahu akan kebenaran tentang anak ini..?!", bisik Zubaidah di dalam hati.
Wan Saodah termenung di muka pintu. Menunggu suaminya pulang dari ladang kepunyaan bapanya. Sesekali pandangannya dilontarkan ke arah kolam yang dibina oleh Omar. Beberapa ekor itik sedang berenang-renang di permukaannya. Bosan sungguh hatinya kerana terperap seharian di rumah. Perlahan-lahan Wan Saodah mengusap perutnya yang semakin membesar. Dia kini sedang mengandungkan anak dari benih suaminya. "Buat apa tu..?!", ujar Omar menyergah. Terperanjat Wan Saodah seraya menarik wajah mencuka. Omar tersenyum sambil mengeluarkan satu bungkusan yang sengaja disorokkan di belakang badan. "Janganlah merajuk..!! Ini ada hadiah dari emak saya.. Buah kedondong..!! Awak tentu suka..", pujuk Omar sambil menyerahkan bungkusan itu ke tangan isterinya yang kembali mengukir senyum. "Bukan Odah yang suka.. anak abang dalam perut ni yang asyik mengidam..!!", ujar Wan Saodah pula. Omar tiba-tiba terdiam. Mulutnya seperti mahu mengeluarkan kata-kata tetapi bagai terhalang oleh sesuatu. Wan Saodah pantas menyedari perubahan suaminya itu. "Odah tahu bang.. Odah tahu abang nak cakap apa..!! Abang tak usahlah risau.. Odah terima takdir yang melanda kita..!! Anak abang, anak Odah juga.. Zubaidah tu sahabat Odah.. Odah sudahpun menyesal dengan apa yang Odah pernah lakukan terhadap abang dan Zubaidah..!! Lupakanlah perkara tu bang..", ujarnya membuatkan Omar melepaskan nafas kelegaan. Memang benar apa kata isterinya itu. Sekuntum senyuman terukir pada raut wajah Omar yang semakin mengasihi isterinya itu.
Beberapa tahun selepas kejadian di rumah agam itu, hubungan antara Wan Saodah dan Zubaidah pulih seperti sediakala. Wan Saodah sudahpun memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Qairy. Manakala Zubaidah pula sudah memiliki dua cahayamata dan kini sedang mengandungkan anak bongsunya. Anak keduanya diberi nama Kefri. Kehidupan Zubaidah sekeluarga begitu gembira sekali. Apatah lagi suaminya telahpun mengambil-alih perniagaan bapanya. Suaminya kini bergelar seorang pengarah di salah sebuah firma perniagaan yang terkemuka di rantau ini. Namun di dalam kegembiraan itu, ada sekelumit rasa bimbang yang meracik jiwanya. Janjinya pada jin yang pernah dipelihara oleh arwah datuknya masih belum tertunai. Tetapi dia tidak pernah menyesali akan segala-gala yang telah terjadi. Mustahil baginya untuk memutar kembali masa yang telah berlalu. Dia tahu nyawanya sudah berada di penghujung jalan. Cuma dia tidak tahu bila ia akan berlaku. Apa yang penting sekarang ialah anak yang bakal dilahirkannya ini. "Ibu..!! Zul nak dapat adik baru ya bu..?!", ujar anak sulungnya yang baru sahaja turun dari kereta dipandu Luqman. Zubaidah tersenyum sambil menganggukkan kepala. Diusap rambut Zulfar dengan perasaan kasih yang tidak berbelah bahagi. "Ida.. Ida nak apa-apa..?! Kalau perlukan sesuatu, saya akan carikan untuk Ida sekarang..!!", soal Luqman. "Tak apalah Luqman.. Ida tak mahu apa-apapun.. Ida cuma mahu lihat keluarga kita bahagia saja..", balasnya bersahaja.
Malam itu mereka sekeluarga keluar bersama-sama menjamu selera di sebuah restoran di pekan. Suasana di situ begitu meriah sekali. "Kefri..!! Jangan kacau ibu..!! Mari sini duduk dengan abah..!!", jerkah Luqman pada anak keduanya yang begitu seronok memanjat riba isterinya. Berkerut wajah Zubaidah menahan kesakitan. Entah mengapa perutnya terasa memulas-mulas. Pengalaman melahirkan dua orang anak sebelum ini seakan memberitahu yang sakitnya kali ini bukan sakit yang biasa. "Kenapa Ida..?!", soal suaminya setelah menyedari tingkah isterinya yang berlainan dari kebiasaan. "Ida rasa macam nak bersalinlah..", ujarnya menahan sakit yang semakin menyucuk ke pangkal rahim. Luqman bingkas bangun dari duduk. Belum sempat dia menghampiri, Zubaidah tiba-tiba menjerit dengan kuat. Semua pelanggan-pelanggan yang sedang menjamu selera di situ segera mengalihkan perhatian pada Zubaidah yang masih mengerang. Luqman semakin gelabah. Zulfar yang menangis melihat keadaan ibunya itu menambahkan lagi rasa takut dalam dirinya. Dengan bantuan beberapa pelanggan wanita, Zubaidah dipapah masuk ke dalam kereta yang diletakkan berhampiran. Pantas dia menghidupkan enjin kereta dan memandu dengan laju ke arah hospital. Di dalam kereta, Zubaidah terjerit-jerit memanggil nama Luqman. Darah yang keluar dari celahan kakinya membasahi lantai kereta. Kefri yang duduk bersebelahan dengan ibunya itu pula hanya memandang tidak berkedip. Tidak pernah dilihatnya keadaan seperti itu pada ibunya yang melolong.
"Cepatlah bang..!! Lama sangat betulkan kereta..", marah Wan Saodah pada suaminya. Terkial-kial Omar menutup hud di bahagian hadapan keretanya. "Mana ada betulkan kereta.. Saya isi air bateri saja..!! Nanti rosak tengah jalan, kita juga yang susah..!!", bebel Omar. "Dah siap ke belum tu..?!", tanya Wan Saodah. Omar tidak menjawab. Dia mengelap tangannya yang sedikit berminyak. "Qairy mana..?! Awak suruh saya cepat tapi awak pula yang lambat..!!", soal Omar menyedari anak sulung mereka tiada di sisi isterinya seperti selalu. "Odah minta tolong pada emak.. suruh dia jaga sekejap..!!", balas isterinya. Kemudian mereka berdua pun masuk ke dalam kereta dan terus memecut meninggalkan rumah menghala ke hospital swasta di pekan. Sepanjang perjalanan, Wan Saodah tak habis-habis berleter. Omar pula hanya menggeleng kepala.
"Zubaidah..", satu suara menyapa pendengaran Zubaidah yang terbaring keletihan. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah suara itu. "Kau..", suaranya lemah. Dihadapannya kini, sesusuk tubuh hitam berdiri sambil merenung tepat ke arahnya. "Sudah sampai masanya untuk aku menuntut janjimu.. Janji yang pernah kau buat pada aku dahulu..!! Aku datang untuk menyudahkan segala-galanya..", ujar jin tersebut. Zubaidah memejamkan mata. "Aku tahu hari ini akan menjelang tiba..!! Cuma aku minta pada kau, janganlah mengganggu anak-anakku serta suamiku.. Dan lagi satu, jangan mengapa-apakan keluarga Wan Saodah..!!", pinta Zubaidah dengan mata yang tertutup rapat. "Aku tidak boleh memberikan jaminan..!! Kau cuma membuat satu perjanjian denganku dan cuma itu sahaja yang aku boleh beri.. Nyawa anak kau sudah kukembalikan.. Hanya tinggal nyawa kau yang masih belum kutuntut..!! Bersedialah Zubaidah.. Waktu untuk kau sudah tiba..!!", jin itu bersuara lagi seraya mendekati tubuh Zubaidah yang lemah di atas katil. Ia mengacungkan tangannya ke perut wanita itu sambil menyeringai garang. Angin menderu secara tiba-tiba. Zubaidah mengerekot dengan matanya terbuntang memandang pada siling bilik.
Luqman bersiul-siul keriangan. Isteri kesayangannya baru sahaja melahirkan anak mereka yang bongsu. Di tangannya tergenggam kemas satu beg plastik berisi roti berinti kelapa kegemaran Zubaidah. "Lambat pula lif ni..!! Penat aku tunggu..", getus Luqman dalam hati. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, dia terus masuk dan menekan punat untuk naik ke tingkat tiga di mana bilik isterinya berada. Di dalam lif, Luqman memerah otak memikirkan nama untuk anak mereka. "Hmm.. Zulfar, Kefri.. Apa lagi ya..?! Saidh..!! Sedap juga nama tu..", bisiknya keseorangan. Pintu lif terbuka kembali. Luqman segera keluar dan melangkah menghampiri bilik Zubaidah. Alangkah terkejutnya dia bila sepasang mata miliknya menyaksikan sekujur tubuh milik Zubaidah terkaku di pembaringan dengan mata terbelalak serta lidah yang terjelir keluar. Bungkusan di tangannya dilepaskan jatuh ke lantai serentak dengan lariannya mendapatkan isterinya. Dipeluknya tubuh Zubaidah dengan airmata yang mula mengalir. "Nurse..!! Doktor..!! Tolonnggg..!! Tolonnggg..!!!", jeritannya bergema. Luqman meraung sekuat hati.
wah..makin menarik cite ni..tak sabar nak tau apa yang arwah Zubaidah tu nak buat dengan famili Wan Saodah..Takkan dia masih berdendam dengan sahabat baiknya tu..cepat2 sambung yer...
Untuk pengetahuan, saya telahpun menghantar episod ke 7 pada pemilik blog ini..!! Justeru itu saya tidak pasti sebab-sebab kelewatan siarannya di sini..
Salam dari penulis
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wah..makin menarik cite ni..tak sabar nak tau apa yang arwah Zubaidah tu nak buat dengan famili Wan Saodah..Takkan dia masih berdendam dengan sahabat baiknya tu..cepat2 sambung yer...