BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Januari 19, 2009
Novel : Hyperzia 5
Nama Pena : Kronika

Keesokan paginya sekolah dibuka seperti biasa. Semua pelajar dari seluruh daerah Sungai Buloh memulakan sesi persekolahan. Begitu juga dengan Sekolah Menengah Sains Malaysia Raya. Cuma keadaan sekolah berbeza sedikit akibat dilanda ribut kelmarin walaupun kerja baikpulih diadakan besar-besaran semalam. Ada lagi yang berbeza pada hari itu di kelas 4 Hikmah. Pelajar kelas itu sekali lagi mendapat teman baru setelah beberapa minggu lepas Noor menambah bilangan pelajar kelas itu kepada 33 orang. Kini akan menjadi 34. Berbanding kelas tingkatan 4 lain yang sudah mencecah 40 orang. Atas sebab itu kelas 4 Hikmah menjadi sasaran kalau ada pelajar baru.
Raz masuk lambat ke kelas kerana perlu berurusan di pejabat sekolah bersama kedua 'ibu bapa' nya yang juga anggota Kumpulan Red Level. Lelaki yang menyamar sebagai bapa Raz bernama Razak dikenali sebagai Chong di kalangan anggota Red Level. Manakala wanita yang menyamar sebagai ibu Raz bernama Nora dan dikenali sebagai Sang Putih merujuk kepada kulit wanita itu yang putih melepak.Kedua-dua mereka juga adalah keturunan Aramus yang memiliki Kawalan Tenaga Sejagat. Memang nampak serasi antara mereka bertiga. Macam anak beranak.
"Pergi dulu mak...Abah..." Raz besalaman dengan ibu bapanya di hadapan Ustazah Nor Baiyah dan Pengetua, Datuk Abdul Fatah sebelum menuju ke kelas 4 Hikmah.
"Belajar baik-baik! Jangan malas macam kat sekolah lama kau dulu! Ha.. Ustazah.., Pengetua, kalau dia nakal dalam kelas, tak buat kerja rumah denda je dia ni. Jangan bagi muka. Saya dah serah dia pada sekolah ni, jadi buatlah yang terbaik untuk dia." Puan Nora memberi nasihat kepada \'anak\'nya. Lakonannya memang ada kelas!
"Baiklah Puan, Kami akan sedaya upaya membimbing anak puan dan semua pelajar-pelajar di sekolah ini. Puan jangan risau." Jawab Pengetua lantas memaling muka ke arah Ustazah Nor Baiyah meminta sokongan dan dibalas dengan anggukan.
"Cis... Lebih-lebih pulak makcik ni. Ambik kesempatan kenakan aku pulak. Nanti kau.." Bisik Raz dalam hatinya.
"Baiklah Cikgu, kami balik dulu." Encik Razak bersalam dengan pengetua dan mereka berdua \'suami isteri\' beredar menuju ke luar sekolah.
"Mari Raz kita kelas baru awak.." Ustazah Nor Baiyah memulakan langkah.Raz hanya tersenyum.
Pelajar kelas 4 Hikmah tak sabar menunggu kedatangan pelajar baru. Pagi-pagi lagi Sophia sudah kecoh satu kelas. Terutama pelajar lelaki yang langsung tidak tahu mengenai kedatangan pelajar baru hari itu.
"Sophia, agak-agak dia lagi hensem dari aku tak? Kan aku yang paling hensem dalam kelas ni.." Tanya Nadri yang bolehlah dikatakan antara yang terkacak di situ.
"Eleh...Setakat kau ni aku rasa bawah tapak kaki dia je..." Jawab Sophia sambil memperagakan wajah sombongnya.
"Betul ke..? atau kau ikut selera mulut kau je." sambung Nadri.
"Aku nak tanya Noorlah. Betul ke tidak apa yang kau cakap. Mana tau Noor cakap aku lagi hensem ke.." Nadri menuju ke meja Noor yang dahulunya duduk di sebelah Sophia kini dipindahkan ke bahagian tengah kelas atas arahan Ustazah Nor Baiyah. Dia memang seorang yang agak \'poyo\' sedikit. Mentang-mentang kacak lah tu.
Tiba di meja Noor, Nadri menongkat dagu di depan Noor dengan gaya manja. " Hai sayang.. Aku dengar ada budak baru hari ni. Nak tanye ni... Sape lagi tampan antara aku dan dia?"
Noor senyum mendengar soalan itu. Sophia yang berada tidak jauh dari meja Noor mengikuti siaran langsung itu. Apa agaknya jawapan Noor?
"Mmmm... sebelum kau tanya aku ni... kau ada tanya sape lagi?" Noor belum mahu menjawab.
"Sophia." Balas Nadri ringkas.
"Apa Sophia jawab?"
"Dia kata aku kat bawah tapak kaki budak tu..."
"Nak dengar jawapan aku pulak ke?"
"Nak la.."
"Aku rasa kau kat bawah tapak kasut dia.."
Nadri terdiam. Matanya memanah tepat ke arah mata Noor yang bersahaja memandangnya.
"Sampai hati kau Noor. Aku ingat kau nak cakap setanding ke...aku lagi hensem ke.. Rupanya pendapat kau lebih teruk dari Sophia. Kau bersungguh ke ni?" Nadri kecewa.
"Ya lah! Kenapa?" Noor mendongakkan sedikit tanda pendiriannya yang tak berubah.
Nadri berlalu sugul... Sophia mengerut dagu....
"Setahu aku Noor tak dapat tengok muka si Raz semalam. Macam mana dia boleh cakap macam tu kat budak \'poyo\' tu? Dia bergurau kot..." Bisik Sophia. Risau benar Sophia dengan penangan Noor. Padahal belum terjadi apa apa antara mereka. Bagaimana kalau Noor dan Raz bercinta nanti. Lagi angau Sophia dibuatnya.
Suasana kelas yang bingit tiba-tiba sunyi seketika apabila Ustazah Nor Baiyah muncul tiba-tiba di pintu kelas.
"Bangun!!" Ima memberi arahan kepada kelas. Semua pelajar berdiri ditempat masing-masing. Tiba-tiba muncul pula jejaka yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar kelas 4 Hikmah.
Melangkah dengan penuh keyakinan ke dalam kelas, Raz menghadiahkan senyuman kepada semua bakal rakan barunya.
Suasana hening berterusan. Tiada ucapan selamat seperti biasa kedengaran. Semua pelajar hairan dan memandang ke arah ketua kelas mereka. Rupa-rupanya Ima sedang melopong memandang Raz seperti yang dilakukannya semalam. Setengah pelajar tergelak melihat telatah Ima. Noor pun memandang ke arah Raz tapi dengan pandangan yang biasa. Sophia memerhatikan Noor dengan renungan tajam manakala Zaitun menggeleng-geleng kepala dengan telatah tiga rakannya itu.
"Tak nak ucap selamat ke kelas?!" Ustazah Nor Baiyah yang dari tadi menunggu sudah tidak sabar nak duduk.
"Eh!" Ima tersentak dari lopongannya...
"Terima kasih Cikgu..!"
Semua pelajar tergelak termasuk Raz dan Ustazah Nor Baiyah dek gelagat Ima yang baru kembali ke dunia fana.
"Macam tak bagi masuk je..." Ustazah Nor Baiyah kembali serius.
"Maaf Ustazah..." Ima tersipu-sipu malu.
" Assalamualaikum Ustazah..!" Ulang Ima.
Barulah seluruh kelas menyambut laungan Ima....
"Baiklah kelas... Hari ini kamu ada teman baru. Dulu dia bersekolah di Sekolah Menengah Sains Selangor di Cheras. Oleh kerana ibu bapanya berpindah ke Bandar ni, dia terpaksa bertukar sekolah kemari. Lagipun keputusan PMRnya sangat bagus. Kerana itu pihak sekolah bersetuju mengambil dia menjadi warga SMSMR. Baiklah Razdi, kenalkan diri pada semua." Ustazah Nor Baiyah memberi penerangan pada kelasnya tentang sedikit latar belakang Raz sebelum kembali ke tempat duduknya.
"Assalamuailaikum semua! Nama saya..."
"Razdi bin Abdul Razak!!!" Kata-kata Raz disambut oleh beberapa orang pelajar perempuan termasuk Sophia dan Ima.
"Wah, cepatnya korang dapat info... Siapa yang bagitau ni...?" Ustazah Nor Baiyah sedikit terperanjat dengan telatah anak didiknya.
"Sophia Ustazah...!" Jawab beberapa orang pelajar kelas lagi.
Sophia tertunduk malu.
"Sophia, apa lagi awak tahu tentang Razdi?" Tanya Ustazahnya sambil mengemas buku-bukunya.
"Tu je Ustazah. Tak de lagi." Jawab Sophia dengan nada agak perlahan sambil memandang sekeliling sambil mendapat sorakan dari rakan kelasnya.
"Ingat ada lagi yang awak tahu. Setakat nama penuh dia Ustazah pun tahu... Baiklah Razdi, sambung.." Ustazah Nor Baiyah berseloroh sambil kelasnya menyambut dengan sedikit gelak ketawa.
"Ehm! Nama saya Razdi bin Abdul Razak. Tinggal di Kenanga Avenue. Anak tunggal. Kegemaran saya melukis dan bermain muzik." Ucapan perkenalan yang ringkas dari Razdi.
"Alat muzik apa awak main?" Nadri bersuara.
"Gitar, bass, keyboard, drum, seksafon dan violin.."
"Wah....!!!" Kelas sekali lagi bersorak.
Noor yang dari tadi diam membulatkan biji matanya tanda terkejut dengan kebolehan Raz yang dinyatakan.
"Awak suka lukis apa?" Sophia pula bertanya.
"Saya suka lukis potret." Jawab Raz.
"Potret apa?" Tanya seorang dari mereka.
"Potret gadis yang saya suka.." Balas Raz selamba.
Jawapan itu mendapat sambutan hangat dari pelajar perempuan, tapi pelajar lelaki kelihatan tidak senang dengan jawapan itu.
"Mat bunga lah lu...!" Seorang pelajar lelaki bersuara dari belakang kelas.
Pelajar lelaki ketawa terbahak-bahak.
Raz tidak mengambil hati. Malah dia hanya tersengih dan menyambung kata-katanya, " Jadi lepas ni tengoklah potret siapa saya lukis ok?!"
Sophia mula membayangkan yang Raz sedang melukis potretnya di tepi pantai yang indah dan tenang disaksikan oleh Noor, Ima dan Zaitun yang cemburu dengannya.
Noor hanya tersenyum dengan gelagat Raz yang sedang berdiri di depan kelas itu. Suasana kelas yang begitu ceria pada hari itu. Terutama pelajar-pelajar perempuan dan Sophia khususnya. Mulai hari itu dia telah memasang azam untuk memikat hati pelajar baru yang bernama Raz itu. dan dia ingin memastikan yang satu hari nanti Raz akan melukis potret wajahnya yang comel-comel garang itu.
Lain pula halnya dengan Noor. Noor hanya memandang Raz dengan wajah yang tidak bereaksi. Dia sendiri tidak tahu apa perasaannya dengan pelajar baru itu. "Kenapa aku asyik pandang dia?" itulah soalan yang selalu bermain di kepala Noor.
Sebelum ni memang ramai pelajar sekolah itu cuba menambat hatinya semenjak dia berpindah ke situ. Tapi dia tolak dengan baik. Dia selalu berbisik dalam hati yang belum tiba masanya dia cintakan seseorang. Dia perlu tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran dan perjuangannya sebagai keturunan Aramus. Mungkinkah sekarang dia patut melanggar visi hidupnya itu? "Tengok keaadanlah!" Bisik hati kecilnya seakan-akan dia rela keadaan mengubah pendirian yang dia pegang teguh sebelum ini.
Keesokan paginya di kelas 4 Hikmah sebelum loceng berbunyi, mata pelajar-pelajar tertumpu kepada seseorang. Bukannya Raz, tapi seorang gadis berambut lurus paras bawah bahu dan berbulu mata lentik. Bukannya seumur hidup mereka tak pernah nampak gadis yang berambut lurus, tapi sebelum ini gadis itu mempunyai fesyen rambut yang sangat berbeza dan bulu mata yang taklah selentik sekarang ini. dulu dia berambut afro! Siapa lagi kalau bukan Sophia! Penampilannya begitu berbeza. Wajahnya turut berubah dek penangan rambutnya yang baru melalui proses \'rebonding\' malam tadi.
Raz yang baru melintas masuk melalui pintu depan kelas hairan dengan semua rakan barunya yang menumpukan perhatian pada sasaran yang sama. Raz memandang ke arah yang sama. Lalu dia tersenyum, "Boleh tahan jugak dia ni kalau rambut lurus. Sedangkan berambut afro pun dia dah cukup lawa. Apalagi sekarang ni..." Bisik hati Raz. Matanya melirik ke arah Noor selepas itu. "Hm.. Tapi hati aku cakap, lagi ok yang tu..." Bisiknya lagi sambil memulakan langkah ke tempat duduknya di belakang kelas.
Sewaktu lewat di sebelah meja Sophia, Raz merapatkan mulutnya lebih kurang setengah kaki ke telinga Sophia sambil berkata,"Aku ingat Jessica Alba masa muda tadi." Sophia senyum simpul. "Terima kasih..." Jawab dia lembut.
"Raz, Rambut dan bulu mata ni memang khas untuk tatapan kau, sayang.." Sophia hilang kawalan perasaannya.
Semasa melintasi Noor pula Raz hanya melirikkan matanya. Dia masih lagi berpegang pada janjinya kepada Tuan Jaque iaitu memerangkap salah seorang dari Dashing Doll dan bukan dengan orang lain terutamanya anak ketuanya itu. Walau bagaimanapun, Noor sedar perbuatan Raz itu. Jadi dia serba sedikit boleh membuat kesimpulan apa perasaan Raz padanya.
Ima dan Zaitun juga perasan dengan tindak tanduk Raz. Mereka saling berpandangan dan serentak menaikkan bahu masing-masing sebagai ganti kepada ayat \'entahlah!\'.
Apa yang dihadapi Raz kini memang sulit bagi dia. Tugas yang diberikan oleh ketuanya kini menjadi sangat mudah jika dilihat dari situasi yang berlaku sekarang ni. Raz sedar yang perubahan pada diri Sophia adalah disebabkan dirinya. Sophia ingin memikat hati Raz. Dia sanggup mengubah penampilannya menjadi lebih menarik dalam masa yang singkat. Ini bermakna bila-bila masa Raz boleh memiliki Sophia jika mahu. Malah jika terbayang wajah Tuan Jaque, Ingin rasanya dia meluahkan cinta palsunya detik ini juga. Tapi bila dia terpandang Noor, anak Tuan Jaque, dia akan menangguhkan rancangannya. Raz tak mahu Noor tahu dia menjalinkan hubungan dengan Sophia walaupun dia tahu itu takkan terjadi kerana Noor adalah kawan rapat Sophia. Kawan rapat akan berkongsi apa jua cerita mereka. Dia tak mahu Noor terlepas darinya juga!
Itu yang membuat dia serba salah ketika ini.
Sophia sering ke mejanya untuk berborak. Sophia dah tak kisah apa kata kawannya kerana dia memang suka pada Raz. Noor juga tahu akan hal itu walaupun ada sedikit cemburu bila melihat Raz begitu mesra dengan Sophia. Tugasan yang Tuan Jaque beri semakin dimakan waktu dek perasaan Raz yang memendam rasa cinta pada Noor.
Raz tidak sedar sekiranya dia mencurahkan rasa hatinya pada Noor pasti dia akan diterima kerana Noor sebenarnya sudah bersedia dengan semua itu!
Seminggu telah berlalu, Raz masih dalam keadaan bingung. Semakin lama dia di sekolah itu, semakin terpikat dia dengan kelembutan dan kecantikan insan yang bernama Noor Aziah. Sasaran utamanya si Sophia semakin hilang dari ingatannya. Begitu juga dengan tujuan utamanya dia berada di situ. Bayang Tuan Jaque hanya samar-samar di matanya tak seperti pada awal dia menjejakkan kaki ke sekolah itu.
Saban hari Sophia cuba mencuri hatinya dan Raz ikutkan sahaja apa mahu Sophia tanpa ada perubahan perasaan. Sehinggakan mereka sering dilihat bersama kemana sahaja di kawasan sekolah. Raz masih belum boleh menyentuh dan bertanya hal yang super peribadi kepada Sophia apalagi mengenai Kawalan Tenaga Sejagat dan ilmu tempurnya. Dia tak yakin yang Sophia akan bersikap lebih terbuka dalam hal itu dalam masa yang singkat.
Sophia pula tahu yang Raz belum terpikat sepenuhnya pada dia dan dia perlu menggandakan usaha.
Raz pula hanya dapat mencuri pandang ke arah Noor kalau ada kesempatan dan masa itulah \'Migrain\'nya datang menyerang. Noor pula hanya memendam rasa. Dia sangka selama ini Raz akan mendekatinya satu hari nanti tetapi jangkaanya silap kerana setiap masa Raz hanya bersama Sophia, Sophia, Sophia.... Hinggakan Ima dan Zaitun jarang dilihat bersama Sophia. Apalagi bersama Noor, pesaing yang paling digeruni oleh Sophia.
Dua minggu Raz di Sekolah Menengah Sains Malaysia Raya.... Masih lagi begitu. Perjalanan tugasannya perlu dibentangkan di depan Tuan Jaque pada hari Ahad ini. Sedangkan dia masih tiada bahan untuk diperkatakan nanti. Ini boleh menyebabkan Tuan Jaque marah!
Waktu rehat persekolahan pada hari jumaat itu Raz cuba mengelak dari bertemu Sophia seperti hari-hari sebelumnya. Dia membawa sehelai kertas lukisan yang digulung dan sebatang pensel 4B dan menuju ke Blok E, blok paling belakang di kawasan sekolahnya. Disana Tidak ramai pelajar pada waktu rehat. Sepertinya Raz sedang menyiapkan sebuah potret. Dia duduk bersandar pada dinding di satu sudut di bahagian belakang Blok E. Perlahan-lahan dibukanya gulungan kertas lukisan itu. Terpampang potret seseorang yang tidak dapat dipastikan pemilik wajahnya kerana hanya mata dan sebahagian muka sahaja yang baru disiapkan.
Raz memaksa pensel 4Bnya menari-nari di atas kertas itu. Memang benar Raz ada bakat dalam melukis potret. Apa yang menarik dia hanya perlu membayangkan wajah orang yang hendak dipotret tanpa bantuan gambar. Dia melukis dengan penuh khusyuk. Mungkin dia cuba tumpukan perhatian pada imaginasinya. Tiba-tiba...
"Hai Raz! Kat sini rupanya awak. Saya ikut belakang awak dari tadi. Rupanya awak ke sini." Sophia muncul di sebelahnya tanpa disedari.
Raz terperanjat dan kelam kabut menggulung kembali kertas lukisan yang sedang dilukisnya. "Eh! Sophia... Tak... Sebenarnya saya..." Raz tiada ide apa yang nak dikatakan.
"Eh! Awak tengah lukis ape tu? Boleh Tengok?" Sophia terpandang kertas lukisan di tangan Raz. Raz segera mengalihkan lukisannya ke sisi yang bertentangan dengan posisi Sophia.
"No..No..No.. Kalau ye pun tunggulah siap dulu..." Raz mengelengkan kepalanya.
"Awak mesti lukis potret kan...? Potret siapa ye agaknye... Siapalah yang bertuah tu..." Sophia mengusik manja.
"Kan saya pernah cakap yang saya suka melukis potret orang yang saya suka.. Siap nanti taulah siapa yang bertuah tu!" Raz menjawab dengan nada yang lembut.
Sophia mula tertanya-tanya adakah dirinya orang bertuah yang Raz katakan itu.
"Boleh saya tahu sedikit ciri-ciri dia?" Minta Sophia pada Raz sambil merapatkan lagi kedudukan dirinya pada Raz.
"Boleh... Dia seorang perempuan yang pandai menarik perhatian saya.. Tu je klu dia..Tak payahlah banyak sangat.." Ujar Raz sambil menyentuh batang hidung mancung Sophia dengan pangkal pensel 4Bnya.
"Saya pandai tarik perhatian awak tak?" Tanya Sophia lagi sambil menepis pensel 4B Raz dengan tangannya.
"Mungkin... Tak mustahil kalau potret ni wajah awak..." Jawab Raz selamba.
Sophia tersenyum Lebar dan bangkit dari duduknya.
"Baiklah... Saya tak nak kacau awak... Awak teruskan lukisan awak. Siap nanti awak tunjuk kat saya ye? Bye!" Sophia berlalu sambil melambaikan tangannya. Dia kelihatan begitu teruja dan gembira hinggakan sanggup mengorbankan waktu untuk tidal bersama Raz.
Raz serba salah dengan kata-katanya. Dia terpaksa berkata begitu kerana demi menjaga hati Sophia yang sepatutnya menjadi sasaran cinta palsunya. Begitu Sophia berlalu, Raz menyambung kembali lukisannya tadi dengan emosi yang tak tentu arah. Noor, Sophia dan Tuan Jaque bersilih ganti muncul di ruang matanya. Kenapa dia berada di situasi begini sekarang?! Apa takdirnya selepas ini?
"Aku kena cari alasan yang kuat kenapa aku belum mendapat maklumat dari Dashing Doll! Matilah aku! Ape aku nak cakap nih!" Racau Raz di depan Chong dan Sang Putih alias ibu bapa palsunya di sebuah rumah di Kenanga Avenue.
"Habis tu apa kau buat dua minggu kat sekolah tu?" Chong bertanya pada Raz. Sebenarnya setiap hari Chong dan Sang putih bertanya perkembangan Raz. Dan setiap kali juga Raz menjawab \'dalam proses\'.
"Kau diamlah! Bukan korang yang kena tanya! Aku! Tau tak! Aku!!" Raz menjerit marah.
"Wei budak!! Kau ingat kau je yang kena! Kita berdua yang jadi mak bapak kau ni pun akan kena sekali tau. Tak tau nak nasihatkan anak!" Sang Putih membalas kata-kata Raz.
"Dah la tu maknye..." Chong menenangkan Raz dan Sang Putih.
"Macam ni lah...Aku bagi kau ide apa kau nak cakap nanti. Kesian pulak aku tengok kau nanti kena hukum dengan Tuan Jaque. Dasar budak sekolah...Akal pendek!" Chong memberi cadangan pada Raz.
"Kurang ajar kau kata aku Akal Pendek!!" Raz marah benar dengan ejekan Chong pada akhir kata-katanya sebentar tadi. Raz mencengkam leher Chong. Sepantas kilat leher Chong diselaputi cecair kelabu yang datang dari tangan Raz dan membeku dengan cepat. Itulah cecair Titanium yang merupakan asas kepada Kawalan Tenaga Sejagat Raz yang mana Tuan Jaque juga memiliki Asas yang sama. Sang Putih hanya melihat saja kejadian itu.
Pepejal Titanium itu semakin menyepit leher Chong. Tetapi Chong kelihatan tenang sambil berkata, "Pikir balik.. Kau nak dengar Ide aku ke atau nak bunuh aku? Tak guna kau bunuh aku kalau kau kena bunuh dengan Tuan Jaque nanti."
Perasaan Raz kembali tenang setelah dia berfikir semula lalu dilepaskan kembali Chong dari cengkaman Titaniumnya. Pepejal Titanium yang menyelaputi leher Chong kembali mencair dan masuk kembali ke badan Raz melalui tangannya.
"Baiklah... Apa cadangan kau.." Raz mula bertanya.
"Kau cakap dengan Tuan Jaque, Budak tiga orang tu jual mahal. Dia tak suka pada kau walaupun muka kau ni sebijik macam Hans Isaac punya sepupu. Tu pun susah ke?!" Chong memberi idenya.
"Tapi aku dah katakan pada dia yang budak bertiga tu layan aku dengan baik dan aku yakin aku boleh perangkap salah seorang dari mereka." Ujar Raz sambil berpaling dan menghadap keluar tingkap.
"Tu lah kau... Yakin sangat hari tu. Kalau nak kipas Tuan Jaque pun, jangan cakap lebih-lebih sangat." Sang Putih yang dari tadi hanya memerhati mula bersuara.
"Alah! Kau cakaplah yang perkara ni ambil masa. Ini kan urusan hati. Bukan senang nak memerangkap perasaan seseorang. Kau minta dia sedikit masa lagi." Chong memberikan lagi idenya.
Raz mengerutkan dahi dan beberapa ketika kemudian dia tersenyum sinis.
"Bagus jugak cadangan kau tu. Logik jugak.Terima Kasih... Lain kali jangan buat aku marah. Aku nak keluar sekejap." Raz melangkah keluar rumah dengan perasaan sedikit lega.
Chong dan Sang Putih membiarkan Raz berlalu.
"Kenapa kau tak tolong aku tadi?" Chong bertanya pada Sang Putih.
"Buat apa aku nak tolong kau...Aku tahu kau larat nak kalahkan dia." balas Sang Putih.
"Dasar orang muda... Panas baran.. Benda senang pun tak leh nak pikir..." Sambung Chong lagi.
"Sekurang-kurangnya dia cakap terima kasih kat kau. Ok lah tu." Sambung Sang Putih pula.
Mereka berdua tersenyum.
posted by Penulisan2u @ 11:07 AM  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
1 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group