BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Oktober 17, 2008
Cerpen : Cinta Marikh-Malaya 2015
D' Ezairy
mohd_azreen_ezairy@yahoo.com

Isyarat daripada pusat baru sahaja diterima. Pesawat SpaceShipMalaya baru sahaja melepasi garisan orbit bumi. Aku lihat Raman dan Sheila begitu asyik di depan mesin komputernya. Mataku masih tertumpu ke arah satu skrin besar di hadapanku. Kuamati dalam-dalam sambil melihat keajaiban Maha Pencipta. Betapa besarnya keagungan dan kekuasaannya sehinggakan aku lupa akan semua itu selama ini.
"Man, sini kejap," aku cuba untuk menghilangkan tumpuan sahabatku itu. Kami telah berkenal semenjak di bangku sekolah lagi.
"Apa hal ngan kau ni? Aku tengah sibuk nie."
"Kejap je la bro...kau ni kan kalau dah buat kerja tak boleh berhenti langsung...sini lah cepat,"
Suatu cahaya yang agak luar biasa begitu menyilaukan mataku dan Raman. Aku cuba untuk melawan kilauan cahaya tersebut. Keperhatikan ianya seperti ketulan-ketulan objek. Ia bergerak secara beriringan. Bebola api itu seakan-akan bergerak menghampiri pesawatku ini. Pergerakannya seperti disokong oleh suatu daya yang begitu kuat.
Sheila kini juga telah berada di sisiku. Bagiku dialah segala-galanya dalam hidupku. Semenjak kematian kedua-dua orang tuaku, hidupku menjadi tidak menentu. Sheila sentiasa memberiku semangat untuk terus menempuh hidup ini.
Penggera keselamatan berbunyi dengan kuat. Genggaman erat tangan Sheila semakin kuat memaut tubuhku. Langkahku terhenti. Aku segera menuju ke ruang kecemasan. Pautan Sheila kulepaskan. Dua butang merah kutekan berulang kali dengan harapan bahawa pesawat ini akan segera dihentikan. Objek itu semakin menghampiri pesawatku. Tiba-tiba, sekelilingku menjadi gelap. Aku semakin hilang panduan. Semua butang yang ada di situ kutekan. Suasana menjadi kelam kabut. Taburan bintang-bintang di angkasa sahaja yang dapat kulihat.
BOOOM....!!!
Seluruh pesawatku bergegar disertai dengan percikan cahaya yang terpancar benar-benar di hadapan mataku. Skrin besar di hadapanku itu masih tetap berfungsi. Seketika kemudian, kabin pesawatku perlahan-lahan kembali terang. Kuperhatikan objek-objek tadi seakan menjauh dari pesawatku ini. Memang sah, sebanyak sekurang-kurangnya sepuluh objek bebola api sebesar ukuran padang bola sepak hampir-hampir sahaja melanggar peawatku ini.
Aku kembali duduk di bangku automatikku. Radar yang berada di hadapanku menunujukkan pesawat rekaanku ini semakin jauh meninggalkan orbit bumi. Reka bentuk pesawat ini seringkali kuangan-agankan semenjak di bangku sekolah dahulu. Kini, aku telah berjaya merealisasikan impian tersebut. Memandang indahnya cakerawala ciptaan-Nya ini membuatku terpana seketika. Butiran dan deretan bintang bebas bertaburan menghiasi malam angkasa.
"Selamat pagi semua, hari ini saya nak memperkenalkan kamu semua kepada seorang pelajar baru di kelas ini..."
Peristiwa itu berlaku kira-kira dua belas tahun yang lalu. Cikgu Faridah masuk ke kelas 5 Sains 2 bersama seorang pelajar perempuan. Pelajar tersebut hanya menundukkan mukanya sahaja. Lagaknya macam perempuan kat dalam filem Wanita Melayu Terakhir.
"Assalamualaikum, sape nama kau?" selamba je aku tanya budak perempuan tu. Buat gaya-gaya brutal la kononnya..
"Waalaikum salam, nama saya Saidatul Sheila Binti Abdullah. Kenapa, nak kenal ke?"
Waaaaa!!!!! Dia nak kenal dengan aku!!! Petang itu jugak aku bawak Sheila pergi ke rumah aku. Sheila kata dia lemah dalam add math. Aku pulak memang expert dalam subjek ni, selalu dapat highest kat sekolah. Petang itu aku curahkan segala ilmu yang ada kat dalam dada ini kepada Sheila. Semua formula ciptaanku sendiri pun kuberikan kepada Sheila. Bak kata orang melayu, sambil kita menyelam jangan lupa minum air, so aku pun ambil kesempatan tu untuk kenal lebih rapat lagi dengan si Sheila nih. Menurutnya dia takde keluarga kat sini. Dia tinggal sorang-sorang jer. Ish, pelik gila budak perempuan nih. Nak tanya banyak-banyak, nanti dia kata aku nie busy body la pulak. Jadi, aku diam jer lah.
Suatu hari masa aku tengah lepak kat bilik aku, handset aku tiba-tiba berdering. Sheila ajak aku keluar lunch. Walaupun baru dua bulan kitorang kenal, tapi macam dah couple. Pergi dan balik sekolah sama-sama. Aku ni pulak cuma ada basikal tua atuk aku masa zaman muda-muda dia dulu. Tapi bolehlah jugak aku bonceng si Sheila pergi dan balik sekolah. Alangkah indahnya saat itu. Aku benar-benar sedang dilamun cinta. Tapi aku tengok Sheila ni selamba je. Macam takde apa-apa perasaan kat aku pun. Apapun, aku mesti berfikiran positif. Entah-entah budak Sheila ni pun syok kat aku, Cuma dia jer tak nak tunjuk kat aku.
Petang tu aku bawa Sheila makan kat KFC. Nak makan kat tempat lain, mana la aku ada duit banyak. Duit ni pun aku minta daripada nenek aku masa nak keluar rumah tadi. Sheila nampak ceria sangat petang tu. Buat first time aku nampak dia happy macam tu. Satu yang aku suka sangat kat Sheila ni ialah dia ni tak suka bersolek macam budak-budak perempuan lain. Dia ni kira aku boleh kata simple la. Tapi petang tu dia punya bersolek lain macam. Siapa pun yang tengok mesti cairlah punya. Tapi aku buat-buat tak perasan jer kat dia. Tak nak dia perasan. Petang tu pun Sheila asyik senyum kat aku. Entah-entah budak ni dah suka kat aku tak, aku mula berangan-angan mat jenin.
Bila mamat kat KFC tu tanya aku nak order apa, aku pun tanyalah kat Sheila. Yang peliknya dia langsung tak nak order apa-apa. So, aku buat selamba je order dua set ayam goreng dengan air pepsi sekali. Masa aku sedang makan, aku tengok Sheila langsung tak jamah makanan kat depan dia. Muka dia pun tak pasal-pasal berubah. Dengan muka tempe dia pun keluarkan sesuatu daripada beg tangannya. Aku nampak seakan-akan sepotong roti.
"Sorry la Yus, I takde seleralah petang nie. You makan ye.’"
"La, takde selera apanya. Tadi punya seronok sakan, sekarang tak de selera pulak."
Sheila hanya tertunduk lesu. Aku pulak buat-buat muka tak puas hati. Aku tengok Sheila memang benar-benar rasa bersalah. Lagi lama dia buat muka macam tu, lagi la comel mukanya. Aku pun buat-buatlah jadi lelaki yang understanding. Sebagai jejaka yang macho, aku mesti menunjukkan kehebatanku di depan wanita. Aku tak patut biarkan Sheila terus bersedih.
"Awak ni...emm...kenapa...ada masalah ke?" entah kenapa tak pasal-pasal aku boleh jadi gagap, kat depan awek pulak. Kau tak boleh takut, you must be confident. Jangan malukan kaum lelaki, aku cuba membunuh rasa gelabahku. Inilah first time dalam hidup aku terpaksa memujuk hati seorang perempuan. Orang kata hati perempuan ni susah untuk ditewaskan.
Sheila masih diam membisu. Roti yang dikeluarkannya dari beg tangannya tadi hampir separuh telah dimakan. Dia seakan bersedia untuk menjawab soalanku tadi. Matanya direnung tajam ke arah dua biji mataku. Aku pun membalas dengan panahan yang sama. Kau nak main mata dengan aku ye Sheila, aku semakin tak faham dengan apa yang cuba dilakukan oleh Sheila.
"Sebenarnya ada sesuatu yang I nak bagitahu kat you hari ni, sebab tu I ajak you keluar," dia memulakan bicara. Aku hanya memandang wajahnya. Terpancar riak keikhlasan. Beribu persoalan bermain di kotak kepalaku ini. Eleh Sheila, cakaplah yang kau dah jatuh hati kat aku, aku cuba meneka. Atau kau nak aku yang cakap dulu kat kau. Kalau kau nak aku bagitahu kau dulu, aku pun tak kisahlah. Aku pun tahu kau tu memang menanti ungkapan keramat itu dari aku. Baiklah aku akan berterus sekarang.
"Oooh, tak per. Saya faham. Anyway, thanks sebab awak turut faham perasaan saya. Saya pun tahu dah lama awak nak berterus kat saya kan? Cuma....emm..." dengan nada yang agak serius, kutarik nafas dalam-dalam sebelum aku teruskan kata-kataku lagi.
"Saya pun sebenarnya dah lama simpan perasaan ini. Cuma, saya takut wak, saya bimbang awak tak dapat nak terima saya. Ya lah, awak pun tahu kan saya ni siapa. Dah lah miskin, anak yatim pulak tu," masa tu aku try buat muka sedih, saja nak mintak simpati daripada Sheila.
"Yusri..."
"Tak per, sayang. Untuk awak, saya sanggup lakukan apa sahaja. Gunung tinggi mana sekalipun sanggup saya daki, lurah dalam sanggup saya redah, lautan api yang luas pun akan saya renang...demi untuk awak, saya akan lakukan segalanya,"
"Yus...saya tak habis cakap lagi,"
Sheila terus mematahkan kata-kata pujanggaku. Entah dari mana aku dapat kata-kata itu pun aku tak tahu. Tiba-tiba jer aku boleh panggil dia sayang.
"Apa yang you cakap ni, saya langsung tak faham,"
Jantungku berdegup dengan kuat sekali. Pertama kali aku tengok Sheila begitu serius.
"Awak tak kenal saya lagi Yus. Saya bukan manusia normal,"
Eh, apa yang cuba minah ni cakap. Dia ni cacat ke? Aku tengok si Sheila ni cukup je fizikal. Takde pun yang kurang. Belum pun sempat aku teruskan kata-kata, dia terus menyambung kata-katanya.
"Ibu dan ayah saya takde kat sini Yus, saya tak der family," Sheila terus sahaja menangis. Aku menjadi serba salah.
Dalam keadaan teresak-esak, dia menyambung, "Saya tak kisah kalau apa yang akan saya bagitahu ni awak nak percaya atau tidak. Yang penting saya perlu berterus-terang. Saya tak nak awak salah faham nanti.,"
Aku terus dibelenggu dengan jutaan persoalan. Rasa macam tak mampu nak menanggung semuanya kat kepala ni.
"Saya sebenarnya......"
Jeritan Raman menyedarkanku daripada lamunan. Bagiku, saat tersebut tak patut untuk kulupakan. Di situlah bermulanya episod suka dukaku bersama Sheila. Namun kini aku, Sheila dan Raman mempunyai satu misi yang harus diselesaikan. Radar di hadapanku kembali kuperhatikan. Semua berlancar lancar seperti perancangan asal. Bacaan penunjuk suhu juga menunjukkan bacaan yang normal. Suatu alat bacaan di hujung sudut menunjukkan bahawa pesawatku telah 45.8 juta kilometer meninggalkan permukaan bumi. Aku cuba menoleh ke belakang melalui cermin tingkap sebesar satu kepala orang itu. Kelihatan bumi tempat ku berpijak begitu megah berada di tengah-tengah alam cakerawala ini.
Aku menyelak kembali buku Life of Astronomy, karangan seorang penulis Amerika Syarikat. Aku cuba untuk mencari lokasi yang paling sesuai untuk kudaratkan pesawat SpaceShipMalaya ini. Raman masih berada di depan skrin komputernya. Dia akan bertanggungjawab bagi memastikan seluruh perjalanan berjalan dengan lancar.
Tinggal kira-kira 40 juta kilometer pesawatku ini akan melakukan pendaratan di planet Marikh. Radar di hadapanku sekali lagi menunjukkan tanda amaran. Semua dimestikan berjaga-jaga. Ada 2 gelombang isyarat yang tidak dapat dibaca oleh alat pengesan radar. Aku mula mengesyaki sesuatu buruk akan berlaku. Di tempat seperti ini, tiada sesiapa pun yang boleh mengatakan bahawa kawasan tersebut adalah milik mereka. Namun, aku pernah terbaca suatu artikel tentang wujudnya suatu peperangan angkasa yang akan berlaku pada masa akan datang. Adakah peperangan ini akan berlaku ke atasku?
Aku mengarahkan Sheila supaya menuju ke pit kecemasan manakala Raman kuarahkan supaya terus mengawal pesawat ini. Apa-apa kemungkinan sahaja boleh berlaku. Segala persiapan perlu dilakukan seberapa segera yang mungkin. Isyarat kecemasan kembali berbunyi. Pastinya, musuh kian hampir dengan pesawat ini.
"Yus, mereka hanya 10 kilometer daripada kita. Lancarkan peluru M17!" Raman memberikan arahan. Aku terus memerhatikan skrin besar di hadapanku. Dua cahaya kecil seakan-akan sedang menuju ke arahku. Satu daripada butang biru kutekan. Sepantas kilat, satu peluru yang kureka khas dilepaskan daripada pesawat membelah kegelapan angkasa.
"Yeahh, menemui sasaran!" jerit Raman. Aku hanya tersenyum bangga. Satu letusan besar menghiasi kegelapan angkasaraya. Ternyata satu pesawat musuh telah berjaya kuhapuskan. Satu pesawat yang tinggal masih berada di posisi yang sama. Tidak menuju ke arah pesawatku. Aku masih menunggu serangan seterusnya daripada mereka.
"Yus, kau tengok betul-betul radar kat depan kau tu, aku rasa macam ada yang tak kena. Aku dapat mengesan sekurang-kurangnya lima lagi pesawat asing. Kita tak dapat mengenalpasti kod keselamatan mereka!" Raman menjerit lagi.
Aku masih meneliti radar yang berada di hadapanku. Setiap satu minit satu pesawat asing berjaya dikesan oleh alat radarku. Aku mengarahkan Sheila dan Raman mengukuhkan lagi pertahanan terhadap musuh. Kini, puluhan pesawat musuh bila-bila masa sahaja boleh menyerang pesawatku dan menghalang misiku ini.
"Sheila, Raman...sedia!" jeritku ke arah mereka berdua.
Mungkin inilah lanun-lanun angkasa yang pernah dikatakan oleh ayahku dulu. Dahulunya mungkin ianya hanya mitos-mitos dongeng. Tapi kini aku berdepan dengan suatu alam yang realiti. Sejarah baru pasti akan tercatat dalam kamus peradaban manusia sejagat. Aku takkan merosakkan perjalanan dunia sejarah yang disusun selama ini.
Satu peluru asing berjaya dilepaskan oleh pihak musuh. "Man, elak serangan!"jeritku lagi ke arah Raman. Sepantas itu juga pesawatku bergegar, seakan terbalik 180 darjah. Sheila yang masih berada di pit kecemasan menjerit ketakutan. Ternyata Raman begitu tangkas dalam tindakannya. Dia berjaya kali ini. Baru sahaja aku menarik nafas lega, satu lagi peluru asing daripada musuh dilepaskan ke arah pesawatku. Ah, bukannya satu. Tapi, dua...tiga..tak mungkin!!!
Puluhan peluru berpandu jenis M909 dan M101 dilepaskan. Semuanya menuju ke arah pesawat SpaceShipMalaya milikku. Raman masih berada di tempatnya. Dia begitu tangkas sekali mengelak peluru-peluru tersebut. Pertahanan pesawatku semakin lemah. Aku tahu, SpaceShipMalaya akan tumpas sekiranya keadaan terus dibiarkan begini sahaja.
"Kita tak boleh terus bertahan...Serang!!!" laungku kepada Sheila dan Raman.
Bergema seluruh isi pesawat tersebut. Sheila di pit kecemasan mula melancarkan peluru berpandu ciptaan kami berdua. Sekurang-kurangnya pihak musuh tahu bahawa serangan mereka tidak semudah yang disangka. Mereka mula menggandakan serangan. Mujur aku telah merekacipta pesawat ini dengan reka bentuk yang khas. Gear keselamatan kutarik. Sepantas itu juga SpaceShipMalaya berubah bentuk menjadi seperti satu piring terbang, Aku, Sheila dan Raman kini berada di dalam satu ruang keselamatan yang hanya mampu memuatkan kami bertiga sahaja. Dengan saiz pesawat seperti ini, pastinya peluru-peluru musuh sukar untuk menemui sasarannya.
Pedal meter kelajuan kutekan lebih kuat. Pesawat SpaceShipMalaya meluncur lebih deras membelah kepekatan angkasa. 5 minit lagi pesawat ini akan melakukan pendarataan pada kedudukan 18° U 133° B di kawasan tanah tinggi Tharsis. Pesawatku semakin menghampiri jurang yang tajam di sebelah Olympus Mons. Aku tahu aku sedang menuju ke kawasan pergunungan paling tinggi di dalam sisten suria. Menurut Sheila, dia dibesarkan di kawasan tersebut. Semenjak kecil, dia tidak mendapat belaian kasih sayang daripada kedua-dua orang tuanya. Mungkin kerana itulah dia begitu tabah menempuh rona hidupnya.
Aku semakin hampir dengan planet Mars. Daripada cermin tepi, dapat kuperhatikan celahan-celahan genting yang selari selebar kira-kira 150 meter dan sedalam hampir 25 meter. Terdapat juga kawah-kawah besar di sebelah celahan tersebut. Menurut Sheila, celahan-celahan tersebut merupakan rekahan-rekahan dalaman dan kawasan tanpa corak di situ adalah hasil daripada gelombang-gelombang seismik. Sheila begitu arif sekali dengan keadaan di situ. Melalui radar, aku tahu bahawa aku sedang melalui bulan phobos yang ada di Marikh.
Ketibaanku di Marikh disambut dengan sambutan yang agak luar biasa. Aku dikelilingi oleh penduduk-penduduk Marikh. Sheila kelihatan begitu gembira sekali.
"Hei Zisrena, kau kembali kerana mahu membalas dendam bukan!!!" kedengaran satu suara lelaki menjerit ke arah aku dan Sheila. Aku menjadi bingung. Aku lihat wajah Sheila terus berubah. Dia terus menarik tanganku sambil berlari membawaku ke tempat yang langsung tidak kutahu. Aku hanya menurutinya sahaja. Semakin lama, langkahan Sheila semakin pantas. Seorang lelaki bertubuh tegap lengkap berpakaian perang sedang mengekoriku dan Sheila dari belakang. Dia semakin menghampiriku. Lama-kelamaan langkahan Sheila senakin longlai dan akhirnya dia terjatuh. Aku terus menghempap tubuhnya yang telah dibasahi keringat.
"Kau mahu lari ke mana?" angkuh sekali lelaki tersebut.
"Yang kau nak kejar aku ni apsal pulak?" aku cuba untuk melawan.
"Aku tahu kau memang mahu merampas wilayah ini daripadaku bukan? Sebab itu kau bawa budak asing ini! Mengaku sahaja Zisnera!"
Zisnera? Sudah beberapa kali lelaki tersebut memanggil Sheila dengan nama tersebut. Pasti ada sesuatu yang dirahsiakan daripadaku selama ini. Aku cuba mengangkat tubuh lesu Sheila.
"Cepat, tunaikan janji kau sekarang, Zisnera!" lelaki tersebut bersuara lagi.
Sepantas itu juga, Sheila kulihat mengeluarkan sejenis objek berupa sepucuk pistol. Aku cuba menahannya. Namun, pantas dia menepis tanganku. Sheila kelihatan berani sekali. Satu das tembakan dilepaskan tepat mengenai dada lelaki tersebut.
"Itu sahaja kemampuan kau! Ternyata sia-sialah perjalanan jauh kau selama ini!" lelaki tersebut terus mara menghampiri Sheila. Semua tembakan ke arahnya langsung tidak berhasil. Sheila semakin mengundur ke belakang.
Lima hari aku dan Sheila dikurung di suatu tempat yang cukup asing bagiku. Raman telah hilang semasa aku dan Sheila dikejar lelaki itu. Sheila tidak seceria dulu lagi. Aku tahu ada sesuatu yang aku tidak tahu tentang dirinya.
"Yus, malam ni saya nak berterus-terang dengan awak," Sheila memulakan bicara. "Awak sayang saya?"
Tergamam bila aku dengar ayat itu keluar daripada mulutnya. Apahal dengan dia ni, buang tabiat ke? "Kenapa awak tanya macam tu kat saya?"
"Saja nak try kejujuran dan kesetiaan awak," Kepalanya diletakkan di atas pahaku. Manja sungguh Sheila malam tu. Aku tak tahu macama mana nak jawab soalan Sheila.
"Awak, jawablah soalan saya," sengaja Sheila buat-buat suara manja kat aku.
"Emm...ya...sayang...biarlah bulan dan bintang menjadi saksi cinta kita," pehh, malam itu aku luahkanlah segala yang terbuku kat dalam hati aku selama ni.
"Ada satu lagi yang saya nak awak tahu,"
"Apa dia?"
"Awak tahu siapa Zisnera yang lelaki hari tu cakap?"
Aku hanya menggelengkan kepala. Rasa dah malas sangat nak serabutkan lagi kepalaku ni.
"Zisnera yang dia maksudkan itu ialah saya Yus......ya....saya."
"Dulu, ayah saya merupakan pemerintah di sini. Sayangnya, ayah saya tak ada waris lelaki. Sayalah anak tunggalnya. Semasa hujung hayatnya, Fotyz telah mengambil alih kerajaan daripada ayah. Ayah masa tu dah sakit teruk," Sheila memulakan bicara.
"Oleh kerana sifat tamak, Fotyz telah merampas kesemua harta keluarga saya, Yus..." kata-katanya terhenti di situ.
"So, yang kejar kita hari tu ialah Fotyz?"
"Bukan, itu ialah anak sulungnya, Ferhad. Fotyz mati dibunuh selepas hanya tiga tahun memerintah. Sehingga kini mereka menuduh saya sekeluarga yang membunuhnya."
"Habis tu, macamana awak boleh sampai ke planet bumi?" aku semakin tak sabar mendengar cerita daripada Sheila.
"Sebelum ayah menghembuskan nafas terakhirnya, ayah sempat menurunkan segala kuasa dan ilmunya kepada saya. Saya dihantar oleh ayah keluar dari sini. Sampai kini saya masih tak tahu nasib ayah saya Yus,"
"Jadi, ayah awak masih hidup?"
Belum pun sempat soalanku dijawab oleh Sheila. Jeriji besi kurungan kami seperti dibuka. Sheila lantas bangun dari pangkuanku.
"Wah, bukan main mesra lagi kau sekarang. Keluar sekarang. Ikut aku!" seorang lelaki bertopeng lengkap berpakaian seperti seorang pahlawan purba membawa aku dan Sheila pergi. Kami dibawa melalui lorong yang gelap. Di kanan dan kirinya penuh dengan barangan purba. Mereka membawaku ke suatu bilik yang agak luas. Terdapat seorang seperti raja di zaman kesultanan Melatu Melaka sedang berada di atas singgahsananya. Matanya tajam dituju ke arahku.
"Ikat tangan mereka!" arahnya kepada lelaki tadi. Tangan dan kakiku diikat pada dua batang besi. Satu kawah sebesar dua kolam mandi sedang menanti untuk menjamah tetamunya. Aku tidak mampu berbuat apa-apa.
Suasana tiba-tiba menjadi sepi. Tidak semena-semena angin bertiup dengan begitu kencang sekali. Kesemua perkakas yang digantung di dinding jatuh ke lantai. Raja tadi masih kelihatan tenang. Bilik ini telah dipenuhi oleh manusia-manusia yang tidak kutahu asal-usulnya. Semuanya memegang senjata di tangan masing-masing. Debu pasir terus memenuhi ruang bilik tersebut. Keadaan semakin tidak terkawal. Ada kedengaran suara mereka yang mula menjerit ketakutan di luar sana.
Aku lihat Sheila sudah tidak ada di situ. Tiba-tiba satu cahaya semacam laser merah tepat menuju ke arah mataku. Aku cuba mengelaknya. Namun aku terlalu lambat. Pancarannya terus menujah kedua-dua biji mataku. Aku seperti hilang kawalan. Aku cuba untuk menggerakkan tangan dan kakiku. Sepantas itu juga ikatan di kaki dan tanganku terbuka. Raja tadi yang kelihatannya begitu tenang sudah bangkit daripada singgahsananya.
"Apa kau fikir kau akan dapat kembali kekuasaan kau Zisnera!!!" jeritnya. Aku semakin bingung. Kulangkah setapak lagi maju ke depan.
"Aku hanya mahukan kemakmuran yang bertunjangkan keadilan berpaksi di sini!" kedengaran suara Sheila menjerit.
"Kau lupa akan janji kau dahulu!" tambah Sheila. Dia kini telah lengkap berpakaian seperti pahlawan zaman silam. Sambil menjeling ke arahku dia mara lagi ke hadapan. Pedang di tangannya diangkat. Berlakulah pertempuran hebat antara dua pahlawan Marikh. Sheila kulihat begitu tangkas dalam setiap langkahannya. Raja tersebut kelihatan goyah dalam menangkis segala serangan daripada Sheila.
Dalam keadaan kelam kabut. Sheila mencampakkan tombak sakti bapanya kepadaku. Tombak itu kusambut kemas dan kini aku bertanggungjawab untuk menghapuskan raja yang zalim ini. Aku semakin yakin. Segala kudrat yang ada kugunakan untuk menentangnya. Tombak tersebut kulempar sekuat-kuatnya ke arah raja tersebut, tepat mengena kepalanya. Dia jatuh longlai di sisi seorang pemuda. Ya, dialah Ferhad.
Belum sempat kubuka langkah lagi, tombak sakti tersebut dilempar oleh Ferhad ke arahku...Ahh
Darah memancut-mancut keluar dari dadaku. Aku cuba untuk bertahan. Sheila menyambutku di tanah. Deras jantungku pantas berdegup.
"Yus, jangan tinggalkan saya. Maafkan saya Yus," Aku hanya terdaya melemparkan secebis senyuman untuknya. Air matanya menitis tepat ke mataku.
"Saya bersalah terhadap awak Yus. Saya tak patut buat awak macam ni..."
"Tak per sayang...ayah awak dah ceritakan segalanya kepada saya. Inilah namanya pengorbanan. Bukti cinta kita. Maafkan saya kerana tak dapatkan tunaikan impian awak selama ni. Saya gagal untuk merampas kuasa daripada mereka. Saya gagal..."
"Sayang, kalau sayang jadi bulan...saya akan menjadi bintangnya," sambungku dalam nafas tersekat-sekat.
"Kalau awak bumi...saya akan jadi penyeri di sini," sambung Sheila.
"Sayang, kalau sayang ombak...saya akan menjadi pantai...kita tak akan dipisahkan selama-lamanya."
"Betul tu, kalau awak nakhoda, saya pula akan menjadi anak kapalnya." Titis air matanya terus berjujuran ke mukaku.
"Tapi kalau saya pergi...."
"Kalau awak pergi, saya tetap akan tunggu awak di sini... jangan cakap macam tu Yus!!!" Sheila terus memeluk erat tubuhku.

Pemergian Yusri di Marikh menandakan tamatnya penguasaan waris keluarga Zisnera. Dia pergi bersama pengorbanan yang sukar ditafsirkan. Ternyata, sumpahan Fotyz ke atas tanah Marikh terus mencengkam planet itu. Zisnera gagal membawa seorang manusia daripada bumi untuk menamatkan sumpahan tersebut. Adakah sumpahan itu akan terus menguasai kerajaan Marikh? Mampukah Zisnera membawa satu lagi perwira daripada planet bumi untuk menamatkan sumpahan itu?

ANGKASAWAN PERTAMA NEGARA KE MARIKH GAGAL DIKESAN
DR. TENGKU HAIRIE YUSRI 1986-2015
SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT
posted by BLOGGER @ 10:21 PG   5 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Cerpen : Harum subur di hati
pena biru

Sebaik sahaja sampai di depan pagar rumah sewa kekasih hatinya, gadis itu sudah siap sedia menantinya dimuka pintu sambil tersenyum manis. Acap kali dia datang menjemput gadis itu, tidak pernah lekang senyuman itu dibibir. Bukan sahaja ketika datang menjemput di rumah, tetapi setiap kali bertemu pasti gadis itu tidak akan bosan tersenyum buat tatapan dirinya. Tidak pernah sesaat pun senyuman itu hilang dari bibirnya ketika mereka bersama.
Kerana senyuman manis itu dia bertambah-tambah sayang akan puteri pujaannya. Bak kata orang semakin hari, semakin sayang. Setiap kali memandang gadis itu, jiwanya terasa tenang. Sehari tidak melihat senyuman itu terasa seperti setahun lamanya tidak bertemu. Andai tidak dapat dia melihat senyuman, mendengar suaranya pun sudah cukup memuaskan hati.
"Hai baby, miss me huh?!"
"Yeah, really miss you sayang."
Sebuah ciuman hangat menyapa ke pipi. Setiap kali mereka bertemu, setiap kali itu juga ciuman mesra akan bertandang menyapa pipi. Sudah menjadi perkara biasa bagi mereka sejak 4 tahun lalu. Sejak zaman sekolah sehinggalah ke universiti, itulah rutin mereka setiap kali bertemu. Masing-masing tidak kisah bertindak begitu walau depan sesiapa sahaja. Bagi mereka itu perkara biasa. Namun bagi sesetangah orang, itu sudah melampaui batas-batas pergaulan.
"Let's go baby. Nanti lewat."
"Okey."
Helmet disarungkan ke kepala LJ, puteri idamannya. Kemudian gadis itu membonceng motorsikal. Seterusnya mereka memulakan perjalanan ke destinasi tujuan. Tidak sampai dua minit, motorsikal itu sudah keluar dari kawasan perumahan. Sebagai penunggang profesional yang tidak diiktiraf, Double I sememangnya menunggang dengan laju. Sebut sahaja Double I semua orang tahu, siapakah gerangannya pemuda itu.
Setiap kali malam minggu muncul, Double I dan kawan-kawannya akan menghabiskan masa dengan berlumba. Setiap kali itu juga LJ akan menemaninya. LJ pasti akan datang untuk memberi sokongan kepada dia. Kehadirannya di litar haram itu membuatkan Double I semakin bersemangat.
Adakalanya LJ akan turut serta. Dia akan membonceng bersama Double I. Tidak hairan akan keselamatannya asalkan dia boleh bersama Double I. Bagi LJ nyawanya adalah Double I. Dia tidak boleh melepaskan nyawanya begitu sahaja.
"Sayang, Baby ikut eh?"
"Bahayalah, Baby!"
Double I agak was-was untuk membawa LJ membonceng ketika dia berlumba. Dia tidak mahu kesilapannya nanti menyebabkan dia menyusahkan LJ. Apatah lagi keluarga LJ tidak pernah tahu akan semua hal ini. Kalaulah sesuatu berlaku, apa harus dia jawab kepada mereka? Namun demi melihat LJ tersenyum, dia membawa LJ bersama. Dan hasilnya, dia menang bergaya. Adanya LJ, sesukar mana pun keadaan pasti Double I akan dapat melepasinya.
"I'm your LUCK, sayang!"
LJ mengeyitkan matanya selepas mereka memenangi perlumbaan itu. Double I tersenyum. Sememangnya LJ membawa tuah buat dirinya. Sejak mereka berkenalan sehinggalah saat ini, dia berjaya melakukan apa sahaja. Dia cemerlang dalam semua bidang yang dia ceburi. LJ akan memberi galakkan kepadanya. Dia tidak pernah gentar untuk melalui apa sahaja cabaran.
"I'm so lucky."
Kelas LJ sudah tamat. Dia tenang menanti Double I di kafeteria. Seketika tadi dia minum bersama teman-teman sekelasnya. Sekarang mereka sudah sudah pergi meninggalkan dia kerana memberi peluang untuk dia menghabiskan masa bersama kekasihnya, Double I. Mereka agak kekok apabila bersama pasangan ini. Pernah beberapa kali mereka makan bersama, tetapi mereka tidak selesa dengan kemesraan LJ dan Double I. Mereka seolah-olah menganggu merpati dua sejoli menikmati kebahagiaan.
Lantas mereka lebih suka melihat kebahagian pasangan ini dari jauh. Mereka gembira apabila teman mereka gembira. Mungkin ada kalanya mereka tidak senang dengan semua ini tetapi mereka yakin LJ tahu apa yang sedang dia lakukan. Mereka sering mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Sejak hari pertama mereka di kolej, sudah mereka ketahui hubungan pasangan ini.
"Sorry, Baby. I'm late. Ada quiz tadi."
"It's okey."
LJ tersenyum lalu menghulurkan minuman untuk Double I. Awal-awal lagi dia sudah membelikan minuman buat lelaki kesayangannya. Dia tahu apa kesukaan lelaki itu. Begitu juga sebaliknya. Double I meneguk minuman itu. Dia juga haus sebenarnya. Mujurlah LJ sudah sediakan air minumannya. Selepas menghabiskan minuman, mereka terus beredar meninggalkan kafeteria. Double I akan menghantar LJ pulang ke rumah sewa.
Sebelum menghantar LJ pulang ke rumah sewa, mereka singgah di sebuah restoran untuk menikmati makan tengah hari. Mereka jarang makan di kafeteria kerana suasananya agak bising malah makannya juga kurang menyelerakan mereka. Jadi mereka lebih suka makan di restoran di luar kampus. Mahal pun mereka tidak kisah asalkan mereka selesa dan makanannya sedap. Bagi mereka suasana dan kualiti lebih penting daripada wang ringgit.
"Weekends ni Baby balik rumah tau. Ada hal sikit."
"Okey. Jangan lupa call I. I will miss you, Baby!"
LJ tersenyum sahaja. Dia tahu betapa lelaki ini menyayanginya. Malah dia tahu betapa lelaki ini akan merinduinya apabila mereka berjauhan. Seperti mana Double I menyayangi dan akan merinduinya, dia pula lebih dari itu. Dia lebih merindui Double I sehingga setiap detik wajah lelaki itu akan bermain di matanya. Inilah cinta yang sangat indah pada matanya. Dia tidak pernah rasa bahagia seperti ini. Dia berharap kasih sayang dan cinta ini akan terus mekar mewangi.
Sejak LJ pulang ke rumahnya, langsung gadis itu tidak menghubunginya. Double I resah. Dia cuba menghubungi LJ namun gadis itu tidak menjawab. Berkali-kali dia cuba menghubungi LJ namun gagal. Double I tidak berputus asa. Dia terus cuba menghubungi gadis yang sedang dirindunya. Cubaannya tetap tidak membuahkan hasil. Paling menyakitkan hati LJ sengaja mematikan telefon bimbitnya. Sebagai lelaki, dia mula berprasangka buruk.
Waktu sekarang sudah 12 tengah malam. Double I tidak senang duduk. Dia menunggang motosikalnya dengan laju untuk mencari ketenangan. Dia mahu membuang semua prasangka buruknya terhadap LJ. Namun ketenangan yang dicari tiada malah gagal membuang semua prasangka itu juga. Saat dia sedang merenung langit di lebuh raya, rakannya mengajak dia minum di sebuah tempat baru. Lantas dia bersetuju dan terus pergi ke sana kerana teman-teman yang lain sudah pun berada di sana.
Sepanjang perjalanan ke sana, dia tenangkan diri. Dia cuba menyakinkan dirinya bahawa LJ sengaja mahu menguji. Mungkin juga LJ sedang bergelut dengan masalah keluarga atau apa sahaja yang menyebabkan dia tidak mahu menjawab panggilan Double I. Pelbagai sebab boleh menjadi alasan LJ apabila mereka bertemu nanti. Lambat laun dia akan tahu juga mengapa LJ tidak menjawab panggilannya. Dia hanya perlu bersabar.
Sebaik sahaja tiba di tempat yang dijanjikan, dia terus memakirkan motosikalnya berhampiran motosikal teman-teman. Dari jauh dia sudah melihat kelibat mereka yang sedang rancak berbual. Double I melangkah menuju ke tempat teman-temannya. Saat dia sedang menghampiri mereka, dia menangkap satu suara yang sangat dikenalinya.
"I miss you so much honey!
"Me too."
Dia berpaling mencari-cari pemilik suara itu. Mata mereka bertentangan. Pengangan tangannya dan lelaki di sisi terus terurai. Dia telan liur. Wajahnya yang tadi ceria terus berubah. Dia cuak. Tidak berani bersuara. Dia tunduk memandang bumi. Gerunnya dia melihat wajah Double I. Langsung tiada senyuman pada wajah itu.
"What are you doing here?" soal Double I.
"Ba....Baby..."
LJ gugup. Dia tidak boleh menjawab degan lancar. Dia sangat takut melihat wajah Double I. Selama dia kenal lelaki itu, inilah kali pertama dia melihat wajah Double sebengis ini. Rasa seperti mahu menangis. Lantas dia terus diam. Andai dia tersalah cakap pasti padah yang menimpa. Dia tiada pengalaman mengawal kemarahan Double I.
"Dia datang dengan aku. It's our date. Mind your own business."
"Just shut up. Aku bukan tanya kau."
Tanpa berfikir panjang penumbuk sasa Double I menyapa muka lelaki yang bersuara bagi pihak LJ. Kemarahannya tidak boleh dibendung lagi. Seharian dia berfikir apa sedang berlaku pada LJ, malam ini dia mendapat jawapan yang sangat menyakitkan. Dia tidak dapat menerima kenyataan ini. Kesabarannya sudah hilang. Dia bertindak ganas buat kali pertama dalam hidupnya.
"Sayang...kenapa..."
"Diam. Patutlah kau tak call aku and tak jawab call aku rupanya kau keluar menyundal dengan jantan ni. Eh, LJ kau memang sial kau tahu tak?! Kau dengar sini baik-baik, sekali lagi kau keluar dengan jantan ni, nahas kau."
Buat pertama Double I beraku kau dengan kekasih hatinya. Hatinya membara. Dia tidak mampu mengawal perasaannya. Walaupun marah dia masih memberi peluang buat gadis ini kerana dia terlalu sayangkan LJ. Gadis inilah yang berjaya mencuri hatinya. Lagipun mereka sudah lama menyemai benih cinta ini sehingga membuahkan hasil.
"Sayang..."
"Hey, kau siapa nak bagi amaran kat dia?! Kau bukan laki dia."
Sekali lagi Double I terasa dicabar. Lelaki ini sengaja menyimbah minyak tanah pada api yang sedang marak. Bertambah maraklah api ini membakar. Lantas buat kali keduanya penumbuk sasa Double I menyapa muka lelaki itu. Pukulan kedua membawa mereka ke gelanggang pergaduhan tanpa mempedulikan sesiapa di sekeliling. LJ tergamam.
"Stop it."
Sukarnya mahu meleraikan pergaduhan antara dua lelaki ini. Mujurlah teman-teman Double I datang menghulurkan bantuan. Mereka berjaya meleraikan pergaduhan itu. Namun lelaki itu teruk dibelasah Double I. LJ meluru ke arah lelaki yang sudah tersungkur ke bumi. Double I kecewa dalam marahnya. LJ tidak mempedulikannya. Nafasnya turun naik.
"Apa sayang buat ni? Nak bunuh orang? Apa salah dia, sayang belasah dia sampai macam ni?"
LJ menghampirinya dan mula marah-marah. Double I memekakkan telinga. Dia menyapu luka di bibirnya. Wajahnya masih bengis dan merah membawa. Masih menahan marah serta sakit. Namun tak siapa tahu akan kesakitan yang dialaminya.
"Hey, perempuan jalang! Lagi kau nak tanya ke? Kau dah menyundal dengan jantan ni, lagi kau tanya soalan bodoh ni!"
Double I menengking LJ menyebabkan LJ tergamam. Tiba-tiba hatinya sakit. Double I sanggup memanggilnya perempuan jalang? Inikah Double I yang dia kenali? Mukanya terasa membahang. LJ marah dan malu apabila dipanggil perempuan jalang. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dia cuba bertenang. Tetapi dia tidak boleh menerima semua ini. Perkataan perempuan jalang itu membuatkan dia hilang ketenangan dan kesabaran.
"How dare you! You don't know ape kisah we all, jangan pandai-pandai tuduh I jalang. Listen, from now on, between you and me, over. Faham?! Game over."
LJ berlalu pergi. Double I meludah kasar dan dia terus meninggalkan tempat itu selepas melihat LJ menghilang bersama lelaki yang telah dibelasahnya. Dia terus menunggang motorsikalnya dan pergi ke suatu tempat untuk menenangkan fikirannya. Siapa tahu di sana, dia menangis. Sekeras-keras hati lelakinya, dia menangis jua kerana seorang perempuan yang bernama LJ.
Sudah seminggu berlalu, namun Double I masih belum muncul di kampus. Dia tiada mood untuk belajar. Saban hari dia menghabiskan masa di rumah sewa ataupun sekitar tasik berhampiran. Apabila bersendirian dia berasa agak tenang. Namun ingatannya masih pada LJ. Masih pada gadis yang telah memutuskan hubungan cinta mereka. Marah tetapi masih merindui gadis itu. Namun dia tidak bertindak sebaliknya mendiamkan diri.
"Assalamualaikum?"
Double I berpaling. Matanya tertarik pada sepasang mata yang berada di depannya. Seraut wajah di hadapannya sangat tenang dan membuat hati lelakinya tertawan. Siapakah gadis ini? Apakah dia seorang bidadari yang turun dari syurga untuk menjadi pengubat luka dihati Double I? Suaranya lembut menyapa telinga. Senyumannya manis melintas mata. Double I bagaikan hilang dalam keindahan wajah dan pekerti gadis ini buat seketika.
"Saudara..."
"Erk...waalaikumsalam. Ma...maafkan saya."
Gadis itu sekadar tersenyum. Mungkin lucu dengan reaksi yang telah diberikan. Tanpa disedari, Double I terus menikmati kemanisan senyuman itu. Sudah seminggu dia tidak melihat senyuman semanis ini. Dia terlalu rindukan senyuman semanis ini. Walaupun senyuman ini bukan milik LJ, namun senyuman ini mengingatkan dia pada LJ. Walaupun senyuman ini bukanlah senyuman yang diagung-agungkan olehnya, namun senyuman ini buat dia tenang.
"Beberapa hari ni saya selalu nampak saudara kat sini. Selama itu juga saya perhatikan, saudara tak pernah tersenyum. Adakah saudara memang tak suka senyum? Senyum tu kan sedekah, senyuman itu juga penawar duka."
Pandai gadis ini berbicara. Walaupun ini kali pertama mereka bertemu, tetapi keramahan gadis ini dirasakan seperti mereka telah lama berkenalan. Dia tidak kekok berbicara walaupun pada pertemuan pertama. Sedangkan Double I masih tertanya-tanya siapakah gadis ini? Terasa seperti sedang bermimpi di siang hari. Tapi dia tahu dia tidak bermimpi. Apakah ini seorang gadis atau jelmaan semata-mata?
"Saya okey je. Saudari ni..."
Walaupun Double I masih ragu-ragu, namun dia tetap memberi respon terhadap gadis itu. Namun dia gugup. Mungkin kerana kecantikan gadis ini dia jadi begitu. Malah senyuman manis gadis ini tidak lekang dari bibirnya menyebabkan Double I leka menikmatinya.
"Ainul Mardhiah binti Abdullah Sirajuddin. Panggil je Ainul."
Gadis itu terus tersenyum. Memang padanlah nama Ainul Mardhiah dengan pemiliknya bisik hati Double I. Kecantikkannya seperti seorang bidadari. Mungkin kerana namanya adalah Ainul Mardhiah, Penghulu Segala Bidadari. Double I terus terpesona dengan gadis ini. Seperti mana dia terpesona melihat seorang gadis sunti berseragam sekolah beberapa tahun dahulu, begitu juga dia terpesona dengan gadis yang baru ditemuinya.
"Iqbal Iskandar. Double I."
Dahi Ainul Mardhiah berkerut. Malah huluran tangan Double I juga tidak disambut. Agak lama mereka menyepi. Mungkin sedang mencari-cari ayat yang sesuai untuk dituturkan agar tidak menyakitkan hati sesiapa. Beberapa saat kemudian Ainul Mardhiah kembali membuka mulut dan memulakan bicara yang terhenti buat seketika.
"Maafkan saya, Encik Iqbal. Saya bukan muhrim awak, jadi saya tak dapat nak menyambut tangan awak. Saya harap awak faham akan maksud saya ni."
Double I tersenyum sumbing. Dia termalu sendiri. Dia lupa batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Hari ini dia kembali disedarkan oleh seorang Ainul Mardhiah. Gadis bertudung biru lembut ini kembali mengingatkan dia tentang perkara-perkara yang dia sengaja lupakan kerana keseronokkan dunia. Tidak seperti LJ, gadis ini mungkin mempunyai pelajaran agama yang tinggi. Malah wajahnya juga jelas menunjukkan kesucian dirinya.
"Maafkan saya. Sepatutnya saya lebih tahu."
"It's okey. Got to go. See you soon encik Iqbal, InsyaAllah."
Ainul Mardhiah terus berlalu. Double I sekadar melihat Ainul Mardhiah melangkah meninggalkan dia. Masih belum puas dia menatap wajah Ainul Mardhiah, namun gadis itu terlebih dahulu pergi. Dalam hatinya, Double I berdoa agar dia dapat lagi bertemu lagi. Jika benar itu bukan jelmaan, pasti dia akan bertemu dengan insan yang bernama Ainul Mardhiah ini.
"Kita akan berjumpa lagi, Ainul Mardhiah."
"Tak sudah-sudah dengan Ainul Mardhiah tu."
Suara adik perempuan tunggalnya menyapa telinga. Barulah Iqbal Iskandar sedar dari lamunannya. Tanpa disedari, dia telah kembali mengenangkan kisah lalunya. Dia telah hilang dari dunia nyatakan untuk suatu tempoh masa yang agak lama. Dia meraup wajahnya.
Mujurlah adiknya datang dan menyedarkan dirinya. Sudah hampir dua bulan kisah itu sampai ke penamatnya, namun memorinya masih belum padam. Dia masih lagi menyimpan memori itu di dalam ingatannya. Ainul Mardhiah masih setia dimindanya. Sering berlegar-legar diingatannya. Langsung tidak pernah meninggalkan dia walaupun sesaat.
"Dahlah abang long. Sedarlah. Jodoh abang long dengan dia cuma setakat tu je."
Iqbal Iskandar sekadar mengeluh. Bukan sekali dua dia cuba lenyapkan nama Ainul Mardhiah dan kenangan mereka bersama. Namun gagal. Ainul Mardhiah dan kenangan mereka terlalu sukar untuk dihapuskan. Nama Ainul Mardhiah tidak pernah lekang dari bibir dan ingatannya. Semakin hendak dilupakan, semakin kuat ingatan padanya.
"Abang long sayang sangat dengan dia."
"Kak lang tahu. Tapi dia bukannya sesiapa pun dengan abang long. Cuma seorang bakal tunang. Lupakan dia. Buang dia dari hati abang long tu. Gantikan dengan orang lain."
Iqbal Iskandar geleng kepala. Dia tidak mampu untuk melupakan gadis yang bernama Ainul Mardhiah itu. Gadis itu telah mengajar dia erti cinta sebenar. Malah gadis itu juga yang memberi dia sebuah cinta yang suci dan sejati. Dia tidak boleh membuang nama Ainul Mardhiah. Biarpun gadis ini telah pergi meninggalkan dia, namun kenangan bersama gadis ini akan terus harum subur di hati.
"Dia terlalu istimewa untuk abang."
"Ah, dia memang istimewa sebab abang long tak pernah lupakan dia! Tapi adik abang long ni yang malang. Asyik sangat mengenang cerita lama, abang long abaikan kak lang. Thanks God, ada orang yang datang selamatkan kak lang, kalau tidak entah apa jadi dengan kak lang."
Adik perempuan tunggalnya sudah mula marah-marah. Namun dia hanya diam. Iqbal Iskandar tahu dia yang bersalah. Dia membiarkan adiknya pulang dengan teksi. Kalaulah dia yang pergi menjemput adiknya dari kolej pada malam itu pasti kejadian buruk itu tidak akan berlaku. Dia secara tidak sengaja telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai abang.
"Maafkan abang long."
Hanya ungkapan maaf yang mampu dia lafazkan. Dia mengaku itu salahnya. Namun, buat masa ini hanya Ainul Mardhiah yang berada di mindanya. Setiap masanya dihabiskan dengan mengenangkan memori bersama gadis yang amat dia cintai itu. Dia gagal menjadi abang yang baik kerana terlalu asyik menjadi kekasih yang sejati.
Sudah hampir 3 bulan Iqbal Iskandar tidak hadir ke pejabat. Hari ini, dia yang menyandang jawapan tertinggi menggantikan arwah bapanya kembali muncul di pejabat. Wajahnya tidak seceria dulu. Dia masih berwajah muram selepas kehilangan Ainul Mardhiah. Kehadiran dia ke pejabat hari ini bukanlah untuk bekerja tetapi kerana dia tidak sampai hati menolak kemahuan ibunya.
Biarlah dia datang ke pejabat. Mungkin dia tidak mampu melaksanakan tugasnya, namun dia boleh membuatkan ibunya tersenyum. Biarlah dia berada seharian di pejabat demi ibunya. Lagipun, syarikat ini telah di amanahkan oleh arwah bapanya. Dia tidak boleh membiarkan hasil titik peluh bapanya musnah begitu sahaja. Bukan setahun dua bapanya membanting tulang untuk syarikat ini. Memakan masa hampir puluhan tahun untuk meneguhkan syarikat ini.
Iqbal Iskandar bersandar pada kerusinya. Dia memejam mata mencari mood untuk melaksanakan tugasannya. Namun dia tidak mampu. Apabila membuka mata, dia terlihat gambarnya bersama Ainul Mardhiah di atas meja. Dia mencapai gambar yang dibingkaikan itu dan menatapnya. Gambar ini di ambil ketika majlis makan malam yang di anjurkan oleh fakulti Ainul.
Pada majlis ini, mereka telah memakai pakaian sedondon. Kerana persalinan sedondon ini, mereka telah mendapat jolokan ‘pengantin baru'. Kedua-dua mereka tersenyum manis. Masing-masing berdoa agar suatu hari nanti semua ini menjadi kenyataan. Ketika menghadiri majlis ini, mereka sedang hangat bercinta.
"Ainul sangat cantik malam ni."
Mata Iqbal Iskandar tidak lari dari memandang wajah Ainul Mardhiah. Dia benar-benar terpegun melihat keayuan gadis pujaannya pada malam ini. Mujurlah gadis ini hadir saat dia sedang berduka. Kerana sapaan kali pertama itu, mereka kini menjadi pasangan kekasih. Gadis ini juga telah berjasa dengan mengubah Double I menjadi Iqbal Iskandar. Sejak perkenalan itu sedikit demi sedikit dia mengubah Iqbal Iskandar dan dia berjaya.
"Iqbal pun sangat kacak malam ni. Kalaulah Iqbal pakai baju yang Ainul bagi tu mesti lagi kacak."
Iqbal Iskandar tersenyum bangga. Setiap kali Ainul Mardhiah memujinya, dia terasa seperti berada di awangan. Tiada yang lebih membanggakan selain daripada mendapat pujian daripada kekasih hati. Selain daripada pujian, Ainul Mardhiah juga pernah memberikan dia beberapa hadiah yang sangat bermakna buat dirinya.
Hadiah yang paling dia sayang ialah senaskah Quran dan sepasang baju melayu putih bersih yang dijahit sendiri oleh Ainul Mardhiah. Hadiah itu sungguh bermakna. Baju melayu itu dipakai setiap kali dia hadir ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Manakala Quran itu dia baca setiap malam selepas menunaikan solat Isyak
"Iqbal sayang Ainul sangat-sangat."
"Ainul pun."
Iqbal Iskandar memeluk erat gambar itu. Dia menangis. Seketika kemudian dia meletakkan gambar itu kembali ke tempat asalnya. Dia bersandar kembali ke kerusi dan memejam mata. Dia masih terkenangkan Ainul Mardhiah walaupun dia berada di pejabat. Sukarnya melupakan gadis ini.
Tatkala si ibu sedang sibuk memasak di dapur, Iqbal Iskandar sekadar menjadi pemerhati. Dia tidak mahu menganggu ibunya yang sedang sibuk dengan tugasan itu. Biarlah ibunya dibantu oleh pembantu rumah yang telah digajikan. Mereka lebih tahu hal masak memasak berbanding dirinya yang hanya tahu makan.
"Ma, kenapa masak banyak-banyak ni?"
"Ada tetamu. Kak lang nak bawa orang yang tolong dia malam tu."
Patutlah makanan malam ini istimewa benar. Ada tetamu rupanya. Apatah lagi tetamu itu adalah penyelamat adiknya. Memang patutlah ibunya beria-ia memasak makanan yang istimewa. Dia meninggalkan dapur. Tertanya-tanya siapakah penyelamat adiknya itu? Dia tidak ingat samada lelaki atau perempuan. Siapa pun dia, malam ini Iqbal Iskandar akan mengucapkan terima kasih kepadanya.
Sementara ibu memasak di dapur, Iqbal Iskandar menghabiskan masanya di tepi kolam ikan di halaman rumah. Itulah rutinnya jika berada di rumah. Dia akan menghabiskan masa di tepi kolam ataupun di dalam kamarnya. Dia tidak akan ke mana- mana lagi kerana lebih selasa berada di situ. Berjam-jam lamanya dia boleh menghabiskan masa bersendirian di situ. Lagipun kolam ini seolah-olah tasik tempat dia dan Ainul Mardhiah berkenalan.
Ketika jam menunjukkan 6 petang, Iqbal Iskandar kembali ke dalam. Sebelum itu dia sempat lagi membelek motorsikalnya. Sudah lama dia tidak sentuh motorsikal ini. Dua adik lelakinya sahaja yang menggunakannya itu pun jika mendapat kebenaran dari dia. Entah mengapa dia terasa rindu pula dengan motorsikal ini. Sedikit kenangan bersama motorsikal ini bermain di mata. Namun cepat-cepat dia memadamkan kenangan itu.
Selepas puas membelek motorsikalnya, dia masuk ke dalam rumah. Kelihatan ibunya sudah selesai memasak dan sedang mengemas meja makan. Dia terus melangkah ke kamar. Menurut ibunya, tetamu akan sampai sekitar jam 8 malam. Sebagai tuan rumah semestinya dia akan menggu kedatangan tetamunya. Iqbal Iskandar terus melangkah ke kamar di tingkat atas untuk membersihkan diri.
"Iqbal, jangan tak turun pulak."
"Iqbal turun nanti, Ma."
Jam di dinding sudah menunjukkan tepat 8 malam. Namun tetamu mereka masih belum kunjung tiba. Mereka tenang menanti. Sambil menanti kehadiran tetamu itu mereka menonton televisyen. Dua adik lelaki Iqbal Iskandar juga turut sama. Mereka sekeluarga setia menanti kehadiran penyelamat Izzra, satu-satunya anak perempuan keluarga ini.
"Mana diorang ni, Ma?"
Ibunya sekadar angkat bahu. Dia sendiri tidak tahu. Izzra tidak pula memberitahu bahawa mereka akan lewat. Mungkin mereka dalam perjalanan ke mari. Kata Izzra, tetamu mereka ini seorang doktor, mungkin juga dia ada perkara penting untuk di selesaikan sebelum hadir ke jamuan makan malam ini.
"Kejap lagi sampailah agaknya."
"Iqbal naik atas sekejap, Telefon tertinggal kat bilik."
Iqbal melangkah kembali ke kamarnya. Telefon bimbitnya harus ada bersama dia. Dia khuatir ada seseorang menghubunginya nanti. Tambahan pula dia sedang menanti panggilan dari teman lamanya. Lagipun tetamu masih belum sampai, masih sempat untuk dia membuat perkara lain.
Ketika Iqbal masih di kamar, sebuah kereta masuk ke halaman rumahnya. Dan dua gadis keluar dari kereta itu. Lantas kedua-duanya melangkah masuk ke dalam rumah selepas memberi salam dan mendapat pelawaan untuk masuk.
"Kak Lily, ni mama Izzra."
"Maaf, mak cik. Lewat sikit sampai. Ada hal tadi."
"Tak apa. Silalah jangan malu-malu."
Izzra memperkenalkan ibunya kepada Lily, penyelamatnya. Kemudian Izzra membawa gadis itu ke ruang tamu untuk memperkenalkan Lily Jasmeen kepada abang dan adiknya. Lily Jasmeen yang berbaju kurung merah jambu itu sekadar tersenyum dan mengikut rentak Izzra. Sebagai tetamu, dia harus mengikut rentak tuan rumah.
"Ini abang angah, Ikhmal Iskandar and yang ni adik yang bongsu, Izhar Iskandar. Erm, mana abang long?"
Izzra tercari-cari abang sulongnya, Iqbal Iskandar. Ke mana pula perginya dia? Tidak perasan pula kelibat lelaki itu di sekitar sini. Sepatutnya dia ada bersama di sini. Izzra memandang ibunya mencari jawapan. Yang pasti lelaki itu ada di rumah kerana keretanya ada di luar.
"Abang long kat sini"
"Huh, ada pun! Kak Lily, ni abang Izzra yang sulong. Iqbal Iskandar. Abang long, ini Lily Jasmeen."
Lily Jasmeen memandang lelaki yang sedang menuju ke arahnya. Matanya tertancap pada wajah itu. Manakala langkah Iqbal Iskandar terhenti sejenak. Masing-masing berubah wajah. Namun mereka menyembunyikan perasaan itu. Iqbal Iskandar melangkah ke ruang tamu dengan tenang. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Sedangkan kedua-dua mereka berdebar.
"Nice to meet you. Terima kasih kerana selamatkan adik saya."
Lily Jasmeen angguk sahaja. Dia kelu sebenarnya. Entah mengapa dia jadi begini. Lidahnya seolah-olah terkunci. Bibirnya juga. Selepas melihat wajah lelaki ini dia jadi tidak keruan. Seperti mahu sahaja dia berlari keluar dari rumah ini. Tetapi dia tetamu di sini jadi dia berpura-pura tenang dan cuba untuk mengatasi debaran kencang ini.
Selepas berbicara sepatah dua kata, mereka terus menuju ke meja makan. Semua makanan istimewa yang dimasak petang ini sudah pun tersedia di meja makan. Pembantu rumah mereka sudah menghidangkan semuanya. Mereka hanya perlu menarik kerusi kemudian duduk dan terus menikmati makan malam itu dengan aman damai
Selesai makan malam, mereka berbual di ruang tamu. Banyak topik di bincangkan. Namun Lily Jasmeen terus berdebar-debar. Dia resah di tempatnya. Lelaki itu sering menjeling dirinya. Dia takut. Dia mungkin tahu apa sedang bermain di minda lelaki itu. Dia cuba untuk berlagak biasa. Mujurlah tiada yang perasan akan situasi ini.
Saat Izzra sibuk bercerita akan perihal keluarga ini, Iqbal Iskandar asyik merenung Lily Jameen membuatkan dia resah dan tidak senang duduk. Mata itu semakin galak memerhati Lily Jasmeen. Sudah lama wajah gadis ini hilang dari pandangannya. Tidak sangka pula hari ini di rumannya, dia kembali melihat wajah ini selepas beberapa tahun wajah ini menghilang dari pandangan matanya.
"Cik Lily Jasmeen binti Lokman Jafry, kan?"
Jam di tangan sudah menunjukkan tepat 10.30 malam. Lily Jasmeen memohon untuk mengundur diri dahulu. Sudah malam. Tambahan pula dia akan bekerja pada keesokkan paginya, jadi dia tidak patut berada di rumah ini lagi. Masih banyak perkara yang harus dia lakukan di rumahnya.
Selepas meninggalkan rumah agam itu, dia berasa tenang. Namun, entah mengapa dia masih berdebar-debar. Sepasang mata itu seolah-olah masih merenung dia dengan tajam. Dia memandu tenang menuju ke rumahnya. Dalam perjalanan itu dia memasang lagu untuk menghilangkan segala resah di jiwa. Lagu itu di pasang sekuat-kuatnya agar dia boleh melupakan apa yang telah berlaku padanya di rumah Izzra sejak jam 8 malam tadi.
Di daunnya ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke hujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesatkan darah
Jalan ku hampa dan ku sentuh dia
Terasa hangat di dalam hati
Ku pegang erat dan ku halangi waktu
Tak urung jua, ku lihatnya pergi
Tak pernah ku ragu dan selalu ku ingat
Jelingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut, mencari makna
Tumbuhkan rasa yang sesatkan darah
Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua ku terima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu
LJ diam membisu. Teman-teman di sisi asyik memandang dia. Lagu yang sedang didendangkan oleh Double I itu adalah ditujukan khas buat LJ. Selepas hampir dua bulan dia dan Double berpisah, inilah kali pertama dia melihat Double I. Dan kali pertama juga dia melihat lelaki itu menyanyi sepenuh perasaan sehingga dia sendiri tersentuh.
Sebaik sahaja Double I menyebut, ‘kau datang dan pergi oh begitu saja, semua ku terima apa adanya' air mata LJ melimpah keluar. Dia tidak mampu lagi untuk berada di situ. Tambahan pula sepanjang menyanyi di atas pentas itu, mata Double I tidak lepas memandang dia. LJ rasa bersalah sangat lantas membuat keputusan untuk berlalu, tetapi teman-temannya tidak membenarkan dia buat begitu.
"Duduklah."
"Tapi aku..."
"Kau sendiri cari pasal, terimalah seadanya."
LJ membatu di tempat duduknya. Dia tunduk. Tidak sanggup memandang lelaki yang sedang menyanyi di pentas itu. Dia menahan air matanya daripada tumpah lagi. Semuanya berpunca dari dia, apa guna dia menangis? Dia sendiri yang memutuskan hubungan mereka. Bak kata orang, nasi sudah menjadi bubur, tiada gunanya menyesal.
Ketika LJ sedang tertunduk, tiba-tiba terdengar suara itu semakin hampir dengannya. Dia angkat mukanya. Double I sedang berdiri berhampiran tempat duduknya dan tidak lekang pandangan itu terhadap dirinya. Dia masih menyanyi ‘tak urung jua ku lihatnya pergi'. Kemudian Double I kembali ke pentas untuk menamatkan persembahannya.
Tok...tok..tok...cermin tingkap keretanya diketuk. Lily Jasmen tersedar. Dia sudah berada di depan rumah sewanya tetapi masih di dalam kereta. Dia tidak sedar bahawa dia sudah sampai. Dia mengeluh. Mujurlah lamunannya membawa dia ke rumah sewa. Bagaimana agaknya jika lamunannya tadi menyebabkan sesuatu yang buruk berlaku?
Lily Jasmeen geleng kepala. Dia mengambil begnya dan terus keluar dari keretanya. Dia tersengih memandang temannya yang sedang berdiri di situ. Mungkin sudah lama dia sampai tapi dia masih melayan perasaannya sehingga tidak sedar temannya sudah keluar untuk memanggil dia.
"Berangan ke? Dah dekat 15 minit kau sampai tapi tak masuk dalam."
"Sorry. Aku tak sedar dah sampai tadi."
Mereka melangkah masuk bersama-sama. Lily Jasmeen tidak banyak cakap. Dia terus melangkah ke kamarnya di tingkat atas. Dia tiada mood untuk berbicara dengan sesiapa sekarang. Dia masih keliru dengan pertemuan tadi. Dia berbaring di atas katilnya dan kemudian memejamkan mata. Setitis mutiara jernih mengalir keluar. Sudah lama mutiara itu hilang dari matanya, kini ianya kembali. Lily Jasmeen tidak mahu menahan perasaannya lagi. Biarlah mutiara hangat ini berjuraian jatuh ke bumi.
"Hey, perempuan jalang! Lagi kau nak tanya ke? Kau dah menyundal dengan jantan ni, lagi kau tanya soalan bodoh ni."
"How dare you! You don't know ape kisah we all, jangan pandai-pandai tuduh I jalang. Listen, from now on, between you and me, over. Faham?! Game over."
Suara-suara silam bermain-main di telinga. Berebut-rebut suara itu memperdengarkan ayat-ayat yang menyakitkan hati. Lily Jasmeen pejam mata rapat. Dia tutup telinga. Dia menangis tersedu sedan. Bunyi esakkannya mula kedengaran. Teman-temannya mula risau. Apabila mereka mahu membuka pintu bilik Lily Jasmeen, pintu itu telah dikunci dari dalam.
"Lily, kau nangis ke? Kau kenapa?"
"Nope. I'm okey."
Izzra mengetuk pintu bilik abang sulongnya. Terdengar suara abangnya menyuruh dia masuk. Pintu dibuka perlahan-lahan dan dia terus melangkah masuk kemudian menutup kembali pintu bilik itu. Dia tertanya-tanya sesuatu sejak tadi. Selepas lama berfikir, dia nekad untuk bertanya kepada abangnya sahaja. Itu lebih baik daripada dia tertanya-tanya sendiri.
"Abang long tak tidur lagi?"
Iqbal Iskandar geleng kepala. Dia menutup buku yang sedang dibacanya. Adik perempuan tunggal kesayangannya direnung. Hairan mungkin melihat adiknya begini. Sudah beberapa hari adik ini asyik meninggikan suara kepadanya. Malam ini adiknya kembali seperti dahulu. Dia masuk dengan meminta kebenaran dahulu.
"Kak lang tak tidur lagi kenapa?"
"Tak boleh tidur. Nak tanya abang long sesuatu. About kak Lily yang datang tadi tu. Macam mana abang long tahu nama bapak dia? Kak lang tak bagitau pun."
Iqbal Iskandar tersenyum sahaja. Hatinya mula berkata-kata. Tentulah abang long tahu, dik. Itulah orang yang abang long puja sebelum Ainul Mardhiah muncul. Bukan sahaja nama bapak, malah segala-galanya tentang Lily abang tahu. Iqbal Iskandar mempelawa adiknya duduk. Mungkin mahu berbicara dengan lebih lanjut lagi.
"Kak lang tahu dia belajar mana dulu? Kak lang ingat abang long belajar mana?"
Izzra sudah dapat jawapan bagi soalannya. Kini dia tidak ragu-ragu lagi. Dia tersenyum kemudian terus meninggalkan Iqbal Iskandar sendiri. Lelaki itu geleng kepala. Hanya kerana nama bapa Lily, Izzra sanggup datang bertanya. Adik ini terlalu banyak berfikir. Memang layak untuk dia menjadi peguam. Asalkan ada keraguan dia akan bertanya.
"Thanks, abang long."
Pintu bilik ditutup kembali. Iqbal Iskandar kembali membuka buku yang dibacanya tadi. Namun dia gagal memberi perhatian terhadap buku itu. Setelah melihat Lily tadi, dia seolah-olah melihat Ainul Mardhiah. Perkara yang sama berlaku kepadanya dahulu. Apabila melihat Ainul Mardhiah dia seolah-olah ternampak LJ. Senyuman itu seolah-olah dimilik oleh mereka berdua.
"Ainul, I miss you so much. You too, LJ."
Walaupun sudah lewat malam, Iqbal Iskandar masih mahu keluar. Katanya mahu mengambil angin malam dengan menunggang motosikalnya. Tiada siapa dapat menghalang kemahuannya. Jika itu kemahuannya biarlah dia pergi. Asalkan dia selamat pulang itu sudah cukup. Lagipun dia sudah cukup dewasa untuk menjaga dirinya sendiri.
Sudah lama Iqbal Iskandar tidak menunggang motosikal ini. Namun dia masih boleh menunggang dengan baik. Dia menuju ke tempat di mana dia pernah menghabiskan masa dengan kawan-kawannya dahulu. Sudah lama dia tidak pergi ke sana. Namun dia tahu, teman-temannya yang dulu masih lagi menghabiskan masa di sana.
Seperti yang dia sangka, teman-temannya masih menjadikan tempat ini sebagai tempat mereka berkumpul. Kedatangannya malam ini disambut riang. Mereka agak terkejut dengan kehadiran raja litar suatu masa dulu. Terlalu lama lelaki ini tidak muncul, entah apa mimpi dia malam ini?
"Double I, is that you? Long time no see."
"Kalau bukan aku, who else?"
Mereka gembira melihat Double I malam ini. Pernah mereka mendengar dari teman-teman lain tentang Double I yang sedang bermuram kerana kehilangan kekasih hatinya, namun malam ini mereka melihat Double tertawa riang sahaja. Mungkin dia sudah boleh menerima dengan redha. Atau mungkin dia hanya berpura-pura?
"So Double I atau Iqbal?"
"Apa saja yang korang suka."
Lama tidak bertemu, mereka menggunakan masa ini untuk berbual panjang. Pelbagai kisah mereka perdengarkan. Namun ada nama-nama tertentu tidak disebut demi menjaga hati dan perasaan Double I. Mereka tidak mahu kerana tersalah cakap, Double I akan pergi lagi.
"LJ tak dapat datang. Dia kerja malam ni."
Seorang gadis datang menghampiri mereka. Semua mata memandang dia menyebabkan dia cuak. Lantas dia terpandangkan Double I. Barulah dia tahu kenapa semua mata tertumpu kepadanya. Apa yang harus dia buat untuk membetulkan kesalahannya? Haruskah dia meminta maaf atau membiarkan sahaja situasi ini berlalu?
"Sorry"
"It's okey. Last week dia pergi rumah aku."
Kali ini semua mata beralih kepada Double I pula. Apakah benar apa yang Double I katakan ini? Masakan LJ akan pergi ke sana! Untuk apa? Tak mungkin mereka sudah berbaik. Sudah terlalu lama mereka tidak bertegur sapa, apatah lagi hendak berselisih di jalanan. Selama mereka bertemu LJ tidak pernah pula gadis itu memberitahu apa-apa. Mungkinkah mereka sengaja merahsiakan hal ini?
"Untuk apa?"
"Dinner. Adik aku bawa dia sebab dia dah selamatkan adik aku. Erm, tak sangka dia masih aktif! Boyfriend dia tak marah ke dia lepak dengan korang?"
Malam minggu ini sengaja Lily Jasmeen tidak pulang ke kediaman keluarganya. Sengaja dia mahu menghabiskan masanya di rumah sewa. Tambahan pula teman-teman serumah yang lain tiada, bolehlah dia bersendirian di rumah ini. Dia perlukan ketenangan. Sudah seharian dia menghabiskan masa di rumah. Dia telah mengemas rumah, memasak dan menyiapkan tugasannya. Pendek kata rumah ini sangat kemas dan tugasannya sudah selesai seratus peratus.
Malam ini dia berada di dalam bilik dan mengeluarkan beberapa buah album gambar. Sudah lama dia tidak membelek album ini. Dia rindu untuk menatap gambar-gambar ini. Album gambar ini buat dia tersenyum, adakalanya buat dia menangis. Namun setiap kali dia tidak tenang, pasti dia akan menatap gambar-gambar di dalamnya.
Sekeping gambar yang diambil ketika hari lahirnya ke 18 di tatap. Bahagianya mereka pada waktu itu. Tersenyum riang dan girang gembira. Wajahnya di dalam gambar sangat gembira. Tidak seperti sekarang. Dia tak boleh tersenyum dengan ikhlas. Sudah terlalu lama dia berpura-pura. Dia sudah tidak tahu untuk senyum secara neutral.
"Sayang, Baby masih sayangkan sayang!"
Lily Jasmeen memeluk album gambar itu seerat-eratnya. Dia menangis lagi. Air mata berlumba-lumba untuk membasahi pipinya. Tiada siapa tahu betapa jiwanya tersiksa selama ini. Sedangkan mereka berbahagia, dia pula hidup dengan rasa kecewa dan bersalah. Namun tak siapa tahu apa yang dia simpan di dalam hatinya.
"Kalaulah aku sabar malam tu...Kalaulah aku tak ego...Kalaulah aku tak hipokrit..."
Lily Jasmeen menangis tersedu-sedan. Walalupun sudah terlalu lama kisah mereka berlalu, dia masih belum boleh melupakan lelaki itu. Walaupun dia tahu lelaki itu bahagia dengan kekasih baru, namun dia masih mengharap. Apatah lagi selepas melihat lelaki yang sangat dia sayang berada di depan mata, seolah-olah memberi kekuatan untuk dia mengambil kembali cinta, kasih dan sayangnya.
Apakah dia mampu untuk memilik kembali cinta, kasih dan sayang lelaki itu sedangkan dia sendiri yang membuang semuanya? Apakah dia mampu menandingi seorang Ainul Mardhiah yang selama ini tidak pernah dia tahu siapakah gerangan gadis itu? Adakah dia boleh kembali menjadi buah hati pengarang jantung lelaki yang bernama Iqbal Iskandar itu?
Dia cemburu setiap kali mendengar teman sekelas bercerita tentang kisah cinta islamic itu. Sungguhkah Ainul Mardhiah itu seorang yang alim? Setakat mana alimnya gadis itu? Dia pernah cuba mencari-cari Ainul Mardhiah, namun tiada rezekinya. Setiap kali dia hampir melihat gadis itu, pasti akan ada sesuatu berlaku untuk menghalangkan daripada melihat gadis itu. Sehingga sekarang dia masih belum dapat bersua muka dengan Ainul Mardhiah.
Hampir setiap hari dia mendengar mereka bercerita tentang Ainul Mardhiah. Dan setiap kali itu juga, dia akan panas hati lantas dia akan menghilangkan diri untuk mencari ketenangan. Adakalanya teman-teman serumah sengaja bercerita tentang hal itu untuk menyakitkan hatinya. Pada mereka, dia yang salah kerana curang. Manakala pada dia, Double I yang salah kerana menuduh dia tanpa usul periksa. Sebenarnya siapakah yang salah?
"Hey perempuan jalang..."
Lily Jasmeen menangis. Dia menutup telinga. Suara Double I terus menganggu pendengarannya. Dia masih tidak boleh terima apabila dirinya dituduh perempuan jalang. Sedangkan dia bukanlah gadis murahan seperti itu. Apa yang berlaku malam itu ada ceritanya tersendiri. Tapi dia terlebih dahulu dituduh semurah itu sebelum sempat dia membuat penjelasan.
Saat ini hanya seorang sahaja yang boleh menenangkan dia. Zara. Sahabat baiknya sejak dia mula kenal dengan Double I sehingga sekarang. Dia terus mendail nombor telefon Zara. Seketika kemudian panggilan telefonnya berjawab. Lily Jasmeen menangis terisak-isak di corong telefong.
Zara yang berada bersama teman lelakinya mula resah. Namun apa dia boleh buat dia sedang berada bersama teman lelakinya dan rakan-rakan yang lain untuk menyaksikan perlumbaan. Tidak pernah LJ menangis di telefon sampai begini.
"LJ, kenapa ni?"
LJ tidak menjawab sebaliknya dia menangis terus-terusan. Zara mengundurkan diri dari kelompok itu. Dia mencari tempat yang lebih sunyi untuk berbicara dengan LJ. Apakah masalah besar yang sedang melanda sahabatnya ini? Adakah bersangkut paut dengan hati dan perasaan atau perkara lain?
"LJ, cakaplah. Kenapa ni?"
Sudah puas Zara bertanya. Namun LJ tidak menjawab sepatah pun. Dia hanya menangis. Lantas Zara bercakap apa sahaja yang boleh menenangkan LJ. Dia tahu LJ dengar. Biarlah LJ menangis jika itu boleh membuatkan dia tenang. Dan Zara terus berbicara sehinggalah LJ mengucapkan terima kasih dan mengundurkan diri.
"Siapa? Kanapa?"
"LJ. Dia nangis without cakap apa-apa."
Zara menyimpan kembali telefon bimbitnya. Namun fikirannya tak lepas mencari jawapan kepada tangisan LJ. Jika tadi dia asyik berbual dan bergurau senda dengan teman-temannya kini dia lebih senang berdiam diri. Teman lelakinya faham. Lagipun LJ kawannya juga. Mereka belajar bersama dulu. Melalui dia juga Zara dan LJ berkenalan dan kemudian mereka terus menjadi sahabat baik.
"Nak pergi rumah LJ?"
"Takpe lah Aery. Esok je I jumpa dia kat hospital."
Langit kelihatan cerah disinari bintang-bintang. Lily Jasmeen merenung langit dari jendela biliknya. Sudah lama dia tidak merenung langit. Dia cuba lupakan tentang bintang dan langit malam kerana tidak mahu mengingati kisah di sebalik bintang dan langit itu. Namun selepas kembali bertentang mata dengan lelaki itu dia mula rindu akan bintang dan langit malam.
Adakah bintang yang cantik dan telah menawan hatinya dulu masih di atas sana. Dia tercari-cari bintang itu, sepasang bintang sebenarnya. Namun bintang-bintang itu tidak kelihatan. Yang ada hanyalah bintang-bintang yang bersendirian seperti dirinya sekarang.
"Bintang, terlalu mahalkah impianku sehingga tidak sekelumit pun dapat ku petik keindahannya?"
Lily Jasmeen memeluk tubuh. Matanya dipejam rapat. Dia menarik nafas dalam-dalam. Mencari keyakinan diri dan berharap apabila dia membuka mata nanti, bintang yang dicari-carinya akan muncul. Dia sangat rindukan sepasang bintang yang sering menemani dia suatu masa dulu. Bintang kembalilah berkerlipan di atas sana demi gadis ini.
"Sayang, nampak tak bintang tu? Cantik kan?"
"Sangat cantik. Macam Baby."
LJ mencubit lembut lengan Double I. Lelaki itu tertawa kecil. Kemudian mereka sama-sama merenung langit sambil berpelukan. Di tepi lebuh raya ini, mereka menyaksikan bintang mereka. Selama mereka bersama, bintang itu juga sentiasa bersama. Setiap kali tidak dapat bertemu, mereka akan merenung bintang itu untuk melepaskan rindu masing-masing.
"Sayang, bersaksikan bintang tu Baby janji kita akan bersama sampai bila-bila."
"Bersaksikan bintang tu juga, I janji takkan sia-siakan Baby."
LJ tersenyum lantas mencium pipi kekasihnya seraya itu mengeratkan pelukan mereka. Dia bahagia saat itu. Selepas puas merenung langit, mereka kemudiannya menghabiskan masa bersama di atas motorsikal. Mereka mengelilingi bandaraya ini. Menjelang pagi barulah mereka berdua muncul di rumah sewa, dan kemudian masing-masing terkejar-kejar ke kolej.
"Lily stop it. Kau dah takde kerja lain ke sekarang ni? Kau ingat tengok bintang tu perut kau kenyang? Jom makan. Jangan nak mengada-ngada."
Lily Jasmeen menutup jendela dan mengikut teman serumahnya ke ruang makan. Saban hari dia asyik kembali ke zaman pengajiannya. Teman-teman serumahnya sudah muak melihat dia begitu. Mereka berempat tinggal bersama sejak di kolej lagi. Sudah acap kali mereka melihat Lily Jasmeen begitu. Tapi sudah bertahun-tahun merek tidak melihat Lily Jasmeen begini. Mungkin tabiat lamanya kembali.
Pada malam yang sama. Iqbal Iskandar teringin mendongak kepalanya ke langit yang masih cerah disinari cahaya dari gugusan bintang di atas sana. Lama dia mendongak ke langit sebelum kembali merenung kolam di depannya. Dia mengeluh. Entah mengapa hari ini dia terasa jiwanya yang tidak tenang bertambah-tambah tegang.
Apabila dia memejamkan mata, bintang dan tasik silih berganti. Semuanya berterbangan menerjah minda. Bermula detik itu, suara-suara yang biasa di dengarinya mula mengetuk gegendang telinga. Dia membiarkan semua itu menganggunya. Dia masih mahu mengenangkan kisah itu walaupun ada yang pahit dan manis. Dia mula mendengar suara Ainul Mardhiah.
"Senyuman itu kan sedekah."
Suara LJ juga datang menyapa telinganya. Berselang seli dengan suara Ainul Mardhiah. Malah gelak tawa mereka juga silih kendengaran. Iqbal Iskandar masih membiarkan dirinya diganggu oleh-suara-suara itu. Dia suka mendegar kedua-duanya. Tawa mereka mempunyai irama yang sama, lengok suara mereka seakan-akan sama.
"Sayang, bersaksikan bintang tu Baby janji kita akan bersama sampai bila-bila."
"Abang long?!"
Iqbal Iskandar tersentak. Dia membuka mata. Kelihatan adik lelakinya berada di sisi. Dia sekadar tersenyum. Ikhmal Iskandar duduk di sisinya. Biasanya mereka jarang berbual berdua-duan. Mereka tidak gemar berbual berdua-duan sahaja. Tiba-tiba malam ini adik keduanya itu datang untuk bersamanya. Mungkin ada perkara penting yang hendak di bualkan.
"Ada apa?"
"Tak boleh ke nak borak dengan abang long?"
Soalan yang ditanya oleh Iqbal Iskandar, dijawab dengan soalan. Iqbal Iskandar sekadar tertawa. Dia sedar soalanya tadi seolah-olah disoalkan kepada seorang lelaki asing. Sejak dia kehilangan Ainul Mardhiah dia memang begini. Dia tidak boleh mengawal dirinya. Adakalanya dia akan marah tidak tentu pasal. Tetapi beberapa hari kebelakangan ini dia sudah jarang bersikap begitu.
"Maaf."
Hanya ungkapan maaf yang boleh di lafazkan buat adiknya ini. Bukan niatnya untuk berkasar begini. Tetapi dia terlalu banyak berfikir sehingga dia lupa akan semuanya. Adakala dengan ibunya juga dia boleh meninggikan suara. Tetapi ibu itu faham akan masalah anaknya kini.
"Takpe. Abang Ngah tak kisah pun. So ape pendapat abang long dengan penyelamat kak lang tu? Mama suka betul dengan dia. Abang pun suka juga. Cantik, baik and friendly."
Iqbal Iskandar tersenyum. Seperti sangkaannya. Semua orang akan suka apabila melihat Lily Jasmeen. Dia cantik. Dia baik. Dia juga peramah. Kalaulah dia tidak terserempak dengan LJ bersama lelaki itu! Kalaulah dia tidak melafazkan kata-kata yang kasar pada malam itu! Kalaulah dia tidak ego dan hipokrit! Tentu malam itu Lily Jasmeen datang sebagai tetamu istimewanya.
"Yes she is."
"Kak Lily tak kenal abang long ke? You all sama universiti kan? Abang long kenal kak Lily, mesti dia pernah admirer akak kan?"
Lily Jasmeen tertawa. Izzra tidak habis-habis menyoal dia dengan soalan ini. Namun dia sekadar geleng kepala tanda tidak kenal. Dia pernah terfikir untuk memberitahu bahawa dia mengenali lelaki itu. Tetapi kerana ‘perempuan jalang' yang keluar dari bibir lelaki itu buat dia mengaku bahawa dia tidak mengenali lelaki itu.
"Kak Lily tahu tak, mama suka sangat dengan kak Lily."
"So?"
"Kak Lily tak berkenan ke dengan abang long?"
Kali ini Lily Jasmeen tertawa kuat. Hatinya mula berkata-kata. Kak Lily berkenan dengan dia sejak sekolah lagi, dik. Tapi sekarang dia dah ada pilihan hatinya sendiri. Lagipun kami dah musnahkan semuanya. Dia tak sudi untuk bersama akak lagi dan akak pun tak sanggup nak bersama orang yang memanggil akak perempuan jalang tanpa usul periksa. Tawa Lily Jasmeen masih bersisa.
"Mera naam, Joker?!" soal Izzra.
"Nope."
"Habis tu kenapa Kak Lily gelak sampai macam tu?"
Sudah berkali-kali Izzra cuba mengumpan Lily Jasmeen dan Iqbal Iskandar untuk bercerita dengan lebih lanjut. Tetapi gagal. Kedua-dua mereka tidak mahu mengulas lanjut. Dia hanya mahu tahu, adakah abangnya meminati Lily Jasmeen? Jika benar dia mahu menyatukan mereka. Dia tidak mahu abangnya terus-terusan mengenang Ainul Mardhiah yang sudah kembali ke Rahmatullah. Dia tidak sanggup melihat abangnya tersiksa.
Malam ini dia mengambil keputusan untuk mencari sahabat baik abangnya yang sudah lama dia tidak ketemui. Manalah tahu dia akan mendapat jawapan dari sana. Mudah sahaja dia mahu mengumpan sahabat abangnya itu. Lelaki itu akan bekerjasama dengannya kerana lelaki itu berhutang sesuatu dengan dia. Kalau sudah berhutang mestilah membayarnya tidak kisahlah dengan bentuk apa sekali pun. Dia mahu hutangnya dibayar dengan cara ini.
Dari jauh kelihatan beberapa buah motorsikal berkuasa tinggi. Izzra yakin di situ dia akan bertemu Aery. Pemberi informasinya tidak pernah silap selama ini. Izzra melangkah menuju ke restoran itu. Tepat sekali. Aery ada di sana bersama teman wanita dan beberapa teman lain. Izzra membuka langkah dengan lebih cepat untuk sampai ke sana.
"Hai sayang. You tak ajak I pun datang sini. Sampai hati you. Janji dengan I bukan main manis lagi. Tapi you bawa orang lain."
Izzra sengaja mencuit hidung Aery menyebabkan teman wanita Aery berubah wajah. Aery menepis tangan Izzra. Dia sendiri kecut perut apabila Izzra tiba-tiba datang dan bereaksi begini. Teman wanitanya di sisi sudah memasamkan muka. Wanita mana tidak geram jika ada wanita lain menegur teman lelakinya sebegini mesra?
"Heh, Izzra kenapa ni? Buang tabiat ke?"
"Tahu takut. Sorry kak. Just kidding."
Izzra tertawa melihat Aery begitu. Bertambah lucu apabila melihat teman wanita Aery seperti mahu menyerang dia. Walaupun dia terasa lucu, namun dia takut juga dibelasah oleh perempuan itu. Jadi dia tidak mahu bermain lama-lama. Risau tidak sempat membuat penjelasan dia terlebih dahulu dibelasah. Awek mat motor tentu seganas pakwenya.
"Apa Izzra buat sini? Datang dengan siapa ni? Bahaya lah dik. Abang long tahu nanti susah. Baik Izzra balik sekarang."
"Kalau abang Aery tak bagitau masakan dia nak tahu."
Selepas beberapa ketika Izzra dan Aery memilih tempat lain untuk berbicara. Zara, teman wanitanya juga tidak kisah selepas tahu Izzra itu adalah adik perempuan tunggal Double I. Jadi dia boleh bertolak ansur dengan mereka. Ketika Izzra datang tadi, dia sudah mula naik angin. Mahu sahaja dia menampar Izzra. Mujurlah gadis itu cepat bertindak.
"So, ada apa sampai ke sini cari abang?"
"Abang kenal Lily Jasmeen?"
Tujuan Izzra datang bertemu dia adalah kerana Lily Jasmeen atau lebih mereka kenali dengan nama LJ. Aery tertanya-tanya apakah sebab musabab soalan ini dikemukakan kepadanya? Apakah yang sedang berlaku pada masa ini sehingga Izzra datang mencari dia untuk tahu siapa Lily Jasmeen? Mengapa tidak Double I sahaja yang dia tanya?
"Kenapa dengan LJ?"
"LJ tu siapa?"
Perjalanan hidup Lily Jasmeen berjalan seperti biasa. Adakalanya dia tenang dengan kehidupan ini adakalanya sedikit kucar kacir apabila dia terkenangkan seseorang. Kehidupannya menjadi kelam kabut apabila Izzra sering datang dan bercerita tentang abangnya. Adakalanya dia bercerita tentang Ainul Mardhiah juga. Saat itu Lily Jasmeen akan cuba mengubah topik perbualan mereka.
Namun hari ini ada lagi kekecohan kecil. Ibu dan bapanya menyuruh dia pulang kerana ada orang datang merisik dia. Hendak ditolak, sudah berkali-kali dia mengelak. Kali ini dia tiada alasan lagi. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia pulang. Dia redha dengan apa sahaja yang akan berlaku. Jika boleh dia akan cuba menolak dengan cara baik. Dia belum bersedia untuk semua itu.
"Mummy, kakak belum ready lagi."
"Sampai bila baru kakak nak ready? Hari ni, kalau diorang berkenan, mummy dengan daddy setuju je. Kakak dah banyak kali menolak. Mummy risau kakak tak kawin sampai tua."
Lily Jasmeen gigit bibir. Kali ini dia tidak terselamat, mungkin. Dia terpaksa menuruti segala kemahuan orang tuanya. Lagipun sudah lama dia asyik mengikut kepala sendiri. Dia sering membuat keputusan sendiri tetapi tidak kali ini. Keputusan di tangan orang tuanya. Mahu atau tidak mereka akan tetap dengan keputusan mereka itu.
"Tapi mummy..."
"Tak ada tapi-tapi lagi. Kakak tu dah 26 tahun tau. Nak tunggu bila? 36 baru nak kawin?!"
Apa sahaja rayuannya ditolak. Dia sudah tiada idea lagi melainkan menunggu tetamu itu datang dan dia akan fikirkan bagaimana hendak membuat mereka tidak jadi meminang dia. Biarlah mereka sekadar merisik. Lily Jasmeen memanjat tangga lalu menuju ke kamarnya. Dia mahu menukar pakaian. Sebentar lagi tetamu akan datang. Takkan dia mahu memakai t-shirt dan seluar ini pula.
"Kakak, pakai baju yang mummy bagi semalam."
"Yes, madam!"
Sebaik sahaja masuk ke bilik, dia mengeluarkan baju yang dimaksudkan oleh ibunya. Cantik baju ini. Sesuai untuk dia. Dia suka tetapi dia takut apabila memakai baju ini dirinya terus disunting. Dia hanya mampu berdoa sekarang. Apa sahaja yang akan berlaku, biarlah sesuatu yang tidak memalukan. Dia tidak sanggup mahu memalukan keluarganya apatah lagi memalukan diri sendiri. Jadi dia tidak mahu bertindak sesuka hati.
"Lily Jasmeen, mungkin jodoh kau dah sampai."
Sambil menukar pakaian, dia berbicara sendiri. Selepas memastikan pakaian itu selesa pada tubuhnya, dia mula mengemas wajahnya. Dia nekad mahu kelihatan cantik pada mata tetamunya. Kemudian terpulanglah sama ada mereka suka atau tidak. Dia sudah malas berfikir lagi. Kini dia bertawakkal sahaja.
"Kakak, hurry up. Diorang dah sampai. Remember, kakak kena bawakan air nanti."
"I know lah."
Sudah lama dia tercegat di dapur. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia mengintai melihat siapakah yang datang merisik dirinya yang tidak seberapa ini? Tetapi adik-adik lelakinya berada di situ. Kalau mereka perasan akan tindakannya ini, pasti mereka akan mula menyakat. Lebih baik dia diam-diam di ceruk dapur sehinggalah dia di suruh membawa air ke sana.
Bukan dia yang membancuh minuman itu. Semua dilakukan oleh pembantu rumah. Kalaulah dia yang menyediakan minuman, lain jadinya. Sementara menunggu semuanya selesai dia duduk di kerusi sambil membalas sms daripada Izzra. Ketika dia menukar baju tadi Izzra mula menghantar sms kepadanya. Dan mereka berbalas-balas sms sehingga sekarang. Tiada apa yang penting. Sekadar perbualan biasa seperti selalu.
"Kakak, sms je tau. Mummy suruh bawakan air ke depan."
Lily Jasmeen mencebik. Dia meletakkan telefon bimbitnya di atas meja kemudian membantu pembantu rumah meletakkan cawan ke dalam dulang. Adik lelakinya masih berada di situ untuk membantu. Masakan dia boleh membawa semua ini sekaligus. Adik lelaki yang seorang ini akan membantu dia membawa kuih muih untuk dihidangkan kepada tetamu. Terima kasih Allah kerana kurniakan seorang adik lelaki yang sangat baik.
Dia melangkah dengan berhati-hati. Inilah kali pertama dia menatang dulang yang mempunyai cawan yang berisi air minuman. Perlahan-lahan dia menyusun langkah ke ruang tamu. Adiknya mendahului di depan. Dia berdebar-debar, khuatir tersalah langkah cawan-cawan berisi air ini akan melompat keluar dari dulang.
"Inilah anak dara tunggal kami. Lily Jasmeen."
Dia masih tunduk malu. Tidak berani mahu menatap tetamu itu. Tetapi ibunya sudah pun memperkenalkan dia kepada tetamu itu. Dia mengangkat muka dan tersenyum. Tetapi senyuman dia mati apabila melihat Izzra sedang tersengih di sisi abangnya. Apakah gurauan ini? Benarkah apa yang nampak sekarang ini? Atau khayalan semata-mata? Perasaannya mula tidak keruan jadinya. Dia jadi gelabah dan mula hilang punca.
"Kakak, takkan tengok je?"
Lily Jasmeen menghampiri Datin Insyirah dan menyalami wanita itu dengan penuh rasa hormat. Kemudian dia beralih kepada Izzra yang masih tersengih kepadanya. Kemudian dia sekadar tersenyum kelat memandang Iqbal Iskandar yang tenang di sebelah adiknya. Tidak sangka tetamu mereka hari ini adalah Iqbal Iskandar sekeluarga.
"Ini kawan mummy and daddy masa sama-sama belajar di oversea dulu. Kakak mesti dah kenal kan dengan semua."
Tiada apa yang boleh dia katakan lagi selain daripada angguk dengan penuh sopan sambil tersenyum. Dia tenang di sisi ibunya. Namun dia gugup bila Iqbal Iskandar mula berbicara dengannya. Sudah lama dia tidak berbual dengan lelaki ini. Dia takut untuk menjawab setiap soalan yang ditanyakan. Tapi apakan daya, dia tidak boleh membisu sahaja.
"Sihat?"
Kata putus telah diambil. Dia dan Iqbal Iskandar akan bertunang dalam masa sebulan ini. Kedua-dua keluarga sudah bersetuju. Bantahan dari Lily Jasmeen ditolak mentah-mentah. Akhirnya dia bersetuju apabila Iqbal Iskandar sendiri sudah bersetuju. Apa lagi yang boleh dia buat jika Iqbal Iskandar sendiri sudah bersetuju? Tiada jalan lain selain bersetuju juga.
Sebaik sahaja berita gembira bercampur sedih ini sampai ke telinga Zara, gadis itu tertawa memanjang. Setiap kali berselisih dengan Lily Jasmeen di wad, pasti dia akan tersenyum simpul kemudian tertawa kecil. Sahabatnya itu sekadar menjeling tajam apabila melihat dia dalam keadaan begitu. Bukan niatnya untuk mentertawakan Lily Jasmeen, tetapi dia berasa geli hati.
Ketika waktu rehat, Zara mengambil angin di taman berhampiran. Dia masih mengenangkan nasib Lily Jasmeen. Dia bersyukur apabila mendengar berita ini kerana dia tahu sahabatnya itu masih menyayangi Iqbal Iskandar. Yang membuatkan dia was-was adalah perselisihan faham mereka pada malam yang menyebabkan mereka berpisah itu. Bolehkah mereka menanganinya?
"Tak habis lagi ke kau gelakkan aku?"
"Mana ada aku gelak sekarang ni."
Lily Jasmeen datang dan duduk bersama Zara. Di situlah mereka menghabiskan masa ketika waktu rehat. Mereka hanya menjamah makanan ringan untuk hidangan tengah hari. Selepas waktu bekerja barulah mereka akan menjamah nasi atau makanan berat lain. Sejak memulakan tugasan sebagai doktor jadual makan mereka turut berubah kerana tanggungjawab.
"Macam mana kalau we all gaduh besar bila dah kawin?"
"Elakkan. Jadikan apa yang dah berlaku tu sebagai pengajaran. Yang penting jangan ego and jangan hipokrit. Lupakan apa yang pernah dia cakap, itu pun penting juga. Kalau kau asyik ingat kisah dulu-dulu yang tak best tu, surelah korang gaduh."
Lily Jasmeen mengeluh. Bolehkah dia melupakan apa yang pernah lelaki itu pernah ungkapkan padanya? Kata-kata itu sangat menyakitkan sehingga dia berani memutuskan hubungan cinta mereka pada waktu itu juga. Kerana ungkapan berbisa itu Lily Jasmeen malu berdepan dengan kawan-kawan lelakinya yang berada di tempat itu malam itu.
"Bukan mudah nak lupakan."
"Bukan senang nak pulihkan hubungan kalau kata-kata berbisa susah nak dilupakan."
Segala persiapan sudah pun selesai. Malam ini majlis pertunangan Lily Jasmeen dan Iqbal Iskandar akan berlangsung. Orang yang paling gembira sekali adalah Izzra. Dia yang mahukan hubungan ini berlanjutan sehingga ke jinjang pelamin. Hanya dia yang tahu akan kisah Lily Jasmeen dan Iqbal Iskandar. Setelah dia tahu, dia mula merancangkan sesuatu dengan Aery.
Iqbal Iskandar tenang di kediamannya. Dia sendiri tidak sangka dia bersetuju sahaja dengan pertunangan ini. Pada malam dia bakal ditunangkan dengan Lily Jasmeen kekasih lamanya, gambar Ainul Mardhiah masih dalam pegangan. Walaupun bakal ditunangkan dengan Lily Jasmeen, namun Ainul Mardhiah takkan dia lupakan.
Dia tidak pasti samada dia boleh melayan Lily Jasmeen dengan baik atau tidak. Dia yakin dirinya sudah tiada perasaan terhadap gadis itu, apatah lagi bayangan kecurangannya sering meniti di pandangan matanya. Dia menerima semua ini pun kerana ibunya. Jika bukan kerana pujuk rayu wanita itu pasti dia akan menolak sahaja. Adakalanya bayangan wajah Lily Jasmeen datang menyapa namun dia anggap sebagai kenangan sahaja tidak pernah terfikir bahawa hatinya masih pada gadis itu.
"Walau siapa pun Iqbal selepas ni, Iqbal tetap sayangkan Ainul dan takkan pernah lupakan Ainul. Ini janji Iqbal." Ujar Iqbal sambil memeluk gambar itu.
Semuanya sudah bersedia untuk bertandang ke kediaman Lily Jasmeen. Iqbal Iskandar tidak akan turut serta untuk majlis pertunangan ini. Lagipun bukan dia yang akan menyarungkan cincin ke jari Lily Jasmeen. Ibunya akan melakukan semua itu. Lagipun memang adat ketika bertunang pengantin lelaki tidak perlu hadir dalam majlis itu.
"Betul tak nak ikut?"
"Yes. Jangan lupa capture bakal kakak ipar kak lang tu untuk abang long."
Walaupun hatinya masih ragu-ragu dengan keputusan ini, namun dia masih boleh bergurau. Dia tidak mahu adiknya melihat keraguan pada wajahnya. Dia mahu adiknya terus tersenyum seperti sekarang. Adik itu terlalu gembira apabila dia setuju menerima Lily Jasmeen sebagai suri hatinya. Tidak tergamak mahu merampas senyuman itu sekali lagi. Sudah lama dia tidak melihat keluarganya segembira ini. Semuanya kerana dia. Dia yang merampas kegembiraan itu maka dia juga wajib memulangkannya.
"Yes, kapten!"
Selepas selesai beberapa adat istiadat dalam majlis pertunangan, maka secara rasminya Lily Jasmeen menjadi tunang Double I. Dia memberi senyuman manis untuk lensa kamera yang berebut-rebut mahu mengambil gambar wajahnya. Pada raut wajahnya senyuman itu sangat manis, namun dalam hatinya tiada siapa yang tahu apa sedang berlaku!
Saat Datin Insyirah menyarungkan sebentuk cincin di jari manisnya, dia seperti mahu menangis. Dia tidak pasti adakah tangisan itu menujukkan dia gembira atau sebaliknya. Yang pasti air matanya hampir mengalir keluar tapi dia tahan agar tidak tumpah. Dia tidak mahu air mata ini tumpah di depan mata wanita ini. Dia tidak mahu bakal ibu mertuanya ini berfikir yang bukan-bukan.
"Bila kita bertunang nanti, I yang akan sarungkan cincin kat Baby."
Double I menyarungkan cincin perak ke jari manis LJ. Kemudian dia mengucup jari jemari itu. LJ sekadar tersenyum. Dia seperti sudah benar-benar bertunang dengan lelaki itu padahal mereka sekarang berada di sebuah restoran makanan segera. Malah cincin yang digunakan itu hanyalah sebentuk cincin perak yang hanya beberapa ringgit harganya malah dibeli di pasar malam sahaja.
"Boleh pulak macam tu? Biar jelah mama sayang yang sarungkan."
"Bukan mama yang nak bertunang dengan Baby. Boleh ke tak boleh, I tetap nak sarungkan cincin tu. If pintu tutup I panjat ikut tingkap. Asalkan I dapat sarungkan cincin ke jari manis gadis pujaan I yang cantik dan manis ni. "
LJ tertawa kecil. Mesti lucu jika Double I benar-benar bertindak sedemikian. Alangkah bahagianya LJ ketika menantikan saat itu. Sering termimpi-mimpi akan pertunangannya dengan Double I. Dan semua itu sudah berlaku sekarang. Tetapi bukan Double I yang menyarungkan cincin itu sebaliknya Datin Insyirah yang menyarungkan cincin itu je jari manisnya. Malah Double I tidak pun datang bersama. Ucapan itu hanyalah memori silam. Walaupun menjadi pertunangan mereka menjadi kenyataan namun, itu bukanlah pertunangan yang mereka impikan.
"Tahniah, LJ."
"Thanks."
Air matanya bergenang dan menangis di depan Zara. Mujurlah hanya mereka berdua berada di situ. Zara sudah dapat mengagak semua ini akan terjadi. Sejak tadi dia perasan sahabatnya ini sebak. Dia menyapu air mata gadis itu dan memeluknya. Sedaya upaya dia cuba memujuk Lily Jasmeen supaya berhenti menangis. Sebentar dia lagi harus turun dan menghantar tetamu pulang. Tidak manis pula jika berkurung di dalam bilik ketika tetamu mahu pulang.
"LJ, janganlah macam ni. Biarkan semua ni berlalu. Jangan fikir yang dah lepas, fikir masa akan datang. Kau bukan hidup di zaman silam, sebaliknya kau akan hidup di masa depan."
"Tapi aku takut."
Zara terus memujuk tanpa putus asa sehinggalah Lily Jasmeen kembali tenang. Selepas memastikan air matanya kering, Zara membawa Lily Jasmeen ke ruang tamu kediamannya. Ketika itu tetamu sedang menikmati hidangan mereka. Lily Jasmeen sekadar tersenyum sebelum mengambil tempat di sebelah bakal ibu mertuanya.
"Makan sama Lily."
Datin Insyirah menghulurkan hidangan malam itu buat dirinya. Mahu tidak mahu dia terpaksa juga menjamah makanan itu demi menjaga hati semua. Tapi amat sukar untuk menelan makanan ini. Hanya separuh sahaja dapat dia habiskan. Yang separuh itu pun dia memaksa diri untuk menelannya. Dia lapar tetapi dia tiada selera untuk makan sekarang.
"Kalau tak habis takpe Lily, mama tak kisah pun."
Terkedu Lily Jasmeen apabila ditegur bakal ibu mertuanya. Tanpa dia sedar wanita itu dapat membaca air mukanya. Apatah lagi apabila wanita itu membahaskan dirinya sebagai ‘mama' makin menjadi-jadi darah gemuruhnya. Tatklala itu dia rasakan tekaknya kering. Makanan yang berada di dalam mulut terasa sukar untuk ditelan.
Pada ketika dia sedang gelabah Izzra dan Zara tertawa kecil melihat dirinya. Mereka berdua berbisik-bisik sambil tersenyum sinis. Dia gigit bibir. Wajahnya berona merah. Dia sekadar tersenyum memandang Datin Insyirah yang sedang menghulurkan dia segelas minuman. Dengan perasaan huru hara Lily Jasmeen menyambut minuman itu dan mengucapkan terima kasih sebelum meneguk minuman itu.
"Huru hara rupanya menantu mama ni."
Semua tertawa dengan gurauan selamba Datin Insyirah. Lily Jasmeen tersengih sahaja. Dia mengerling Zara dan Izzra. Kedua-dua mereka sedang galak mentertawakan dia. Seronoknya mereka malam ini. Biarlah mereka bergembira, lain hari dia akan membalas perbuatan mereka malam ini. Suka sangat mentertawakan orang, ketawalah puas-puas sebelum diketawakan nanti. Mungkin bukan esok bukan juga lusa, namun dia nekad akan balas perbuatan kedua-dua gadis sunti itu.
Walaupun sudah menjadi tunangan Lily Jasmeen, namun tidak sekalipun dia menghubungi gadis itu, apatah lagi untuk mengajak gadis itu bertemu. Iqbal Iskandar tidak mengambil berat akan semua itu. Dia lebih gemar menghabiskan masa dengan kerja dan lamunannya. Dia tidak pedulikan Lily Jasmeen begitu juga sebaliknya.
Mereka berdua lebih gemar membuat hal sendiri. Apa yang mereka lakukan hanya mereka yang tahu. Mereka sudah bertunang dan semua orang gembira. Itu sudah cukup buat mereka. Tentang hal mereka, kemudian sahaja mereka selesaikan. Andai mereka menemui jalan penyelesaiannya, mereka akan menyelesaikan dengan cara tersendiri.
"Takkan kau bertunang dengan LJ sebab permintaan famili je? Betul ke kau dah takde perasaan kat dia ni Double I?"
"Selepas bertunang dengan dia, mama dengan adik aku dah boleh senyum macam dulu."
Itu sahaja jawapan yang dia berikan. Aery angguk faham. Dia tidak mahu masuk campur lagi. Tiada guna dia memberi nasihat andai kata hati sahabatnya ini sudah tiada ruang buat LJ. Hanya dengan kuasa Allah mereka berdua boleh kembali menjadi pasangan yang serasi. Hanya pada Allah dia memohon agar kedua-dua temannya itu boleh mengharungi alam rumah tangga dengan tenang.
Kalau mampu, Aery akan membantu. Lagipun peluangnya untuk membantu agak cerah kerana teman wanitanya adalah sahabat baik LJ. Melalui jalan pintas ini, mereka tahu apa yang boleh mereka rancangkan untuk menyatukan sahabat mereka seperti suatu masa dahulu. Walaupun sudah bertahun-tahun lamanya pasangan ini berpisah, namun mereka sedar pasti masih ada rasa kasih dan sayang antara mereka berdua.
Bukan mudah untuk melupakan seseorang yang amat disayangi, apatah lagi mereka berdua sudah berkenalan sejak tingkatan 1 dan mula bermain cinta seawal usia 15 atau 16 tahun. Hubungan cinta itu kekal sehingga umur mereka mencecah 21 tahun. Hanya kerana satu malam yang dipenuhi tanda tanya, mereka telah memutuskan ikatan cinta dan kasih sayang mereka.
"Aku nak tanya kau ni. Agak penting la jugak. Suka hati kaulah nak jawab ke tak! Kau tak kisah ke berkorban untuk diorang?"
Aery terus menyoal soalan-soalan yang dia inginkan jawapannya. Dia sengaja menyoal soalan yang tiada kaitan dengan LJ demi menjaga hati Double I. Mungkin selepas Double I leka menjawab soalan-soalan ini, dia boleh bertanyakan soalan berkisar perihal LJ. Dia ada motif disebalik menyoal semua soalan itu. Amat penting baginya mendapat segala informasi.
"Apa salahnya aku berkorban untuk diorang? Aku dah kehilangan senyuman Ainul, biarlah aku tengok senyuman diorang pula."
"Senyuman LJ?"
Sekali lagi malam minggu hadir membawa kisah baru. Zara mengajak Lily Jasmeen minum bersama dia dan teman-teman yang lain. Mulanya Lily Jasmeen tidak mahu turut serta tetapi selepas dipujuk oleh Zara dan Aery, akhirnya dia bersetuju. Lagipun sudah lama dia tidak menghabiskan masa bersama teman-teman lamanya.
Sejak menjadi tunangan Iqbal Iskandar, dia tidak pernah keluar malam lagi. Dia lebih suka berada di rumah. Moodnya untuk membuang masa di luar terbantut. Dia sudah rasa kebebasan yag dia miliki telah dipenjarakan. Jika dulu, dia acapkali menghabiskan masa bersama Zara di restoran ataupun di kafe-kafe sekitar kawasan berhampiran.
"Kau kat mana tadi? Lama sangat baru sampai."
Belum pun sempat keluar dari kereta, Zara sudah datang dan mula menyoal dia. Lily Jasmeen tiak terus menjawab sebaliknya dia keluar dari kereta dan menutup pintu serta menguncinya. Dia kemudian tersenyum dan menjawab soalan Zara.
"Aku isi minyak dulu. Kau pun tahu kereta aku tu makan minyak bukan main laju."
Zara membawa dia ke tempat mereka sedang berkumpul. Di sana dia terlihat ada sebuah motorsikal yang dia kenali. Dia membaca nombor plat motorsikal itu. Benar dia kenal dengan motorsikal itu. Dia tercari-cari pemilik motorsikal itu. Namun tidak kelihatan. Perasaan resah mula menyelubungi dirinya. Namun dia simpan sendiri.
"Hai sayang! Long time no see!"
Tanpa dijangka, lelaki itu sudah berada di depannya. Namun dia tidak melayan lelaki itu sebaliknya melangkah mengikut Zara menuju destinasi mereka. Tiba-tiba terasa tangannya ditarik kasar. Dia berpaling. Lelaki itu sedang memegang tangannya. LJ cuba melepaskan pegangan tangannya. Tapi cengkaman dari lelaki itu terlalu kuat.
"Lepaslah."
"Takkan pegang tangan pun tak boleh? Dulu ke hulu ke hilir dengan motor boleh pulak peluk-peluk. Dah jadi doktor, takkan dah berubah?"
Situasi ini buat LJ diselubungi ketakutan. Sudah lama dia larikan diri dari lelaki ini, tidak diduga malam ini dia akan terserempak dengan lelaki yang telah menyebabkan dia hilang segala-galanya. Lelaki itu telah meragut segala kebahagiaannya. Zara sekadar melihat dia dan lelaki itu bergelut. Kemudian sahabatnya itu membuat panggilan telefon.
Sejurus kemudian Aery datang bersama kawan-kawannya yang lain. LJ mula tenang. Dia tahu dia akan selamat dengan adanya mereka. Lelaki ini berseorangan, pasti dia tidak akan berani mengapa-apakan LJ. Sebaik sahaja Aery datang, LJ terasa cengakaman di tangannya semakin kuat.
"Apahal kau?"
"Ini hal aku dengan dia. Korang jangan masuk campur."
Seraya itu beberapa lelaki berbadan tegap menghampiri mereka dan berdiri di belakang Pojie. Siapa Pojie? Lelaki yang sedang mencengkam tangan LJ sekuat hati. Kali ini LJ yakin sesuatu akan berlaku sebelum dia selamat. Apakah pergaduhan bakal berlaku? Oh, tidak! Pojie akan bertindak tanpa berfikir panjang. Asalkan dia mampu, dia akan lakukan.
"Sakitlah Jie."
Sekali lagi LJ cuba melepaskan tangannya. Namun semakin dia mencuba, cengkaman itu semakin kuat mencengkam tangannya. Pergelangan tangannya mula kebas. Dia sudah tidak mampu nak melawan lagi. Darahnya tidak dapat mengalir dengan lancar. Hatinya merintih kesakitan. Hatinya merayu-rayu dan memohon agar tangannya dilepaskan.
Ini kali pertama tangannya digenggam sekuat ini. Tetapi suatu masa dulu mukanya pernah ditampar oleh lelaki yang sama. Malah bukan itu sahaja yang diterimanya. Tubuhnya juga pernah disakiti tanpa belas kasihan. Dia tidak mahu semua ini berlaku lagi. Kesan tamparan itu masih terasa sehingga sekarang. Pedih dan perit.
"Sakit? Aku memang suka kau sakit."
"Kau ni apahal Pojie? Tiba-tiba buat kacau? Tak puas hati kat mana lagi? Tak cukup lagi apa kau dah buat kat LJ dulu? Hentikanlah."
LJ gigit bibir. Sakit sangat. Tapi dia tahu bukan semudah itu Pojie akan lepaskan dia. Lelaki itu berdendam pada LJ sejak malam Double I membelasahnya. Kerana LJ dia dibelasah seteruk itu. Dan dia lepaskan kemarahannya pada LJ tanpa peduli LJ adalah sahabatnya dulu. Hubungan akrab mereka sebagai kawan sedikit demi sedikit terus lenyap selepas peristiwa malam itu.
Pojie pernah memukul LJ sehinga hidung LJ berdarah. Pojie juga hampir memperkosa dia. Selepas berjaya melarikan diri, dia sering bersembunyi setiap kali ternampak Pojie. Sehinggalah suatu masa, Pojie telah meninggalkan Malaysia barulah LJ tenang kembali. Dia tidak perlu hidup dalam ketakutan lagi. Tetapi malam ini lelaki itu muncul lagi. Kerana banyak perkara yang LJ fikirkan, dia terlupa akan Pojie. Biasanya dia akan berhati-hati malah akan sentiasa mencari maklumat tentang lelaki durjana itu. Malam ini nasibnya malang.
"Selagi aku tak dapat apa aku nak, LJ aku takkan lepaskan."
"Tak cukup lagi ke apa yang Jie dah buat dulu? Leave me Jie, please."
Kelibat beberapa polis kelihatan dari jauh. Serentak itu tangan LJ dilepaskan. Pengaliran darah kembali lancar. Mujurlah lelaki itu telah melepaskan tangannya. Kesakitannya hilang. Pojie mengundur bersama kawan-kawannya. Mungkin polis-polis itu berjaya menakutkan Pojie sehingga dia mengundurkan diri selepas terlihat mereka.
"I'll be back, honey!"
Pojie terus menghilang bersama kawan-kawannya. LJ benar-benar selamat sekarang. Saat-saat menakutkan sudah berlalu. Mulai esok dia perlu berhati-hati kembali. Malam ini Aery dan Zara mesti menghantar dia pulang. Dia tidak berani untuk pulang sendiri lagi. Kejutan Pojie tadi benar-benar menjadi. Dia pasti Pojie akan kembali. Bila masanya, hanya Pojie yang tahu.
"Ingatkan semua dah selesai."
"Never ending, Zara. Selagi dia masih terasa sakit kena belasah dengan Double I selagi tu aku kena bertanggungjawab sepenuhnya."
Zara mengeluh. Apakah yang sedang bermain di minda Pojie sehingga dia sanggup bertindak begitu? Apa salah LJ sehingga dia terpaksa menerima balasan atas perbuatan orang lain? Tidak adil bagi LJ. Mungkin dia penyebabnya, tetapi bukan dia yang melakukan itu semua. Perkara itu berlaku tanpa diduga. Kerana malam itu, LJ dan Double I juga terluka. Malah luka mereka lebih parah berbanding luka yang Pojie alami. Luka Pojie sudah sembuh, tetapi luka LJ dan Double I masih berparut di hati mereka.
"Kita kena buat sesuatu. Kau dalam bahaya LJ. Kau nyaris diperkosa dia dulu, jangan sampai kau diperkosa dia pula sekarang ni."
LJ resah. Itulah yang dia takutkan. Selama ini dia bersembunyi kerana tidak mahu menjadi mangsa kerakusan jantan seperti Pojie. Walaupun dia tahu siapa Pojie, namun dia tetap menyambut salam persahabatan dari lelaki itu sehinggalah malam itu, semuanya musnah. Pojie sanggup memperlakukan sahabatnya yang dia jaga sebaik-baiknya seperti perempuan-perempuan muarahan yang dia kenali.
LJ menyesal kerana menerima Pojie sebagai sahabatnya. Kerana Pojie, cintanya tidak kesampaian. Kerana Pojie, dia bertindak di luar dugaannya. Kerana Pojie, dia sanggup menipu teman lelaki yang memberi sepenuh kepercayaan kepadanya. Kemudian dia sendiri yang kecewa dan terluka serta ketakutan akan perbuatan yang dia tidak sempat fikirkan apa kesudahannya. Mungkin ini balasan kerana meragut kepercayaan orang terhadap dirinya.
"Aku tak tahu apa nak buat."
"Double I. Pojie nak Double I sebenarnya."
Hari demi hari berlalu. Pojie masih belum datang menganggu hidupnya. Mungkin lelaki itu sudah pergi jauh dari sini. LJ bersendirian di rumah sewanya. Dia berasa lega kerana tidak diganggu oleh lelaki itu. Selesai membersihkan diri dan menukar baju, LJ turun ke ruang tamu untuk menonton. Dia bebas menonton rancangan TV kesukaannya kerana teman-teman serumah yang lain tiada.
Leka menonton TV, dia tidak sedar ada beberapa buah motorsikal sedang berhenti di depan rumah sewanya. Langsung dia tidak menghiraukan bunyi deruman enjin motorsikal itu. Dia terlalu memberi perhatian terhadap rancangan dokumentari ini.
"Boleh join sama?"
LJ tersentak. Dia berpaling memandang pintu. Pojie sedang tersengih di situ. LJ ketakutan. Belum pun sempat dia bertindak, Pojie terlebih dahulu menghampirinya. Pada siapa harus dia minta bantuan? Dia bersendirian di rumah ini. Tiada siapa pun dapat menghulurkan bantuan. Hanya pada Allah dia memohon agar dirinya tidak diapa-apakan.
"Jie, jangan."
"Takut?! Dengar cakap aku. Jangan melawan atau kat sini juga aku main kau."
Badan LJ menggigil saat Pojie menarik dia keluar dari rumah. Dia sangat takut. Tidak berani untuk melawan kerana ugutan Pojie. Setiap arahan Pojie dia akur. Daripada dalam rumah dia angguk dan setuju dengan suruhan Pojie. Walaupun dia akur, mindanya ligat berkerja. Mencari-cari idea untuk melarikan diri dengan selamat. Tidak dikejar dan tidak mencederakan diri sendiri.
Daripada rumah sehinggalah mereka tiba di atas lebuh raya yang biasa digunakan oleh mereka untuk berlumba. Nampaknya LJ tidak boleh lari lagi. Yang ada di sana adalah kawan-kawan Pojie. Tiada kelibat Aery mahupun Zara apatah lagi teman-teman yang lain. LJ sedar kebarangkalian dia untuk selamat hanya beberapa peratus melainkan ada keajaiban yang berlaku.
"Kalau dia datang, kau selamat! Kalau dia tak datang, rezeki we all lah."
LJ menangis. Dia takut melihat Pojie dan kawan-kawannya. Wajah lelaki-lelaki itu sangat bengis. Apakah dia akan menjadi lauk mereka malam ini? Tangisan LJ semakin menjadi-jadi. Dia tidak mahu menjadi mangsa kepada lelaki-lelaki itu sepertimana dia melihat mereka memperkosa seorang gadis di depan matanya suatu masa dulu. Dia tidak sanggup untuk melihat semua itu, tapi dia terpaksa berada di situ. Dia mendengar gadis itu merayu-rayu dan meraung kesakitan. Apakah malam ini gilirannya berada di tempat gadis malang itu?
"Ya Allah, selamatkanlah hamba-MU."
Setengah jam sudah berlalu.Namun tiada apa-apa yang berlaku. Pojie asyik melihat jam di tangan. Siapakah ‘dia' yang dimaksudkan oleh Pojie? Ah, ke mana pula Aery dan Zara pada waktu-waktu beginti? Bukankah mereka biasanya akan melalui kawasan ini? Mengapa malam ini tiada siapa pun melalui kawasan ini? Apakah peluangnya untuk selamat?
Matanya yang ditutup rapat dibuka selepas mendengar deruman beberapa buah motosikal. Lima buah motosikal semuanya. Kelima-lima jentera itu berhenti betul-betul di depannya. LJ lega melihat Aery dan Zara datang. Tetapi bersama mereka berdua, Double I juga. Termasuk 3 teman yang lain.
"Aku dah sampai. Lepaskan dia."
"Tak semudah tu. Kau kena datang dan berlumba dengan aku sebelum aku lepaskan dia. Itupun kalau kau menang!"
Pojie tertawa. Barulah LJ faham sekarang. Dia dijadikan umpan untuk mengajak Double I kembali berlumba. Apakah permainan yang Pojie sedangkan aturkan ini? LJ risaukan keselamatan Double I. Pojie tentu ada muslihat ketika berlumba nanti. Kalaulah Pojie yang menang, samada Double I telah ditumpaskan atau LJ sendiri akan tercemar. Jika semua itu berlaku, majlis perkahwinan mereka bulan depan pasti tidak akan berlangsung.
"Aku dah sedia."
Beberapa das tembakan bagaikan masih kedegaran. Lily Jasmeen menutup telinga. Walaupun sudah seminggu semua itu berlalu, namun sukar untuk dia lupakan. Apabila malam melabuhkan tirai, Lily Jasmeen mulai resah. Malam ini, melalui balkoni kediaman keluarganya dia merenung langit. Dia mencari ketenangannya dengan mencari-cari bintang yang paling terang sinarannya. Di samping itu dia mencari-cari bintangnya bersama Double I.
Sepasang bintang itu tidak ditemui walaupun sudah kerapkali dia mencari. Tidak pernah muncul walaupun buat seketika. Keluhan berat dilepaskan. Dia kembali ke kamar dan membuka dairinya. Dia mnulis sesuatu di dalamnya. Sebaik saja selesai menulis, dairi itu ditutup dan disimpan kembali. Telefon bimbit disisi pula berbunyi.
"Hello."
"Sihat ke?"
Suara itu amat dia kenali. Lily Jasmeen melihat kembali nama siapa yang keluar di skrin telefonya. ‘Rumah Izzra' tertera di skrin. Jadi benarlah suara itu Iqbal Iskandar. Buat pertama kalinya lelaki itu menghubunginya. Selepas kejadian malam itu, dia masih juga seperti sebelumnya. Cuma malam ini, entah apa mimpinya sehingga dia menghubungi Lily Jasmeen.
"Alhamdulillah."
"Ok. Bye."
Hanya soalan itu sahaja yang ditanyakan. Kemudian talian terputus. LJ meletakkan kembali telefon bimbitnya di tempat asal. Dia kemudian berlalu ke katil dan berbaring. Matanya dipejam dan dia terus terlena bersama soalan-soalan yang ditanya pada diri sendiri.
Lenanya juga ditemani peristiwa yang menakutkan dan sedikit perasaan gembira mungkin. Saat dia enak dibuai mimpi indah, mimpi buruk datang menyapa. Detik itu juga, mula kedengaran bunyi-bunyi yang tidak enak untuk didengari seperti bunti siren polis juga das-das tembakan. Semua itu mencemarkan mimpi indahnya yang jarang sekali dia dapat lihat dan dengar dalam tidurnya.
"Lepaskan aku lah."
Double I datang dan memukul Pojie dengan helmetnya, kemudian dia menarik LJ dan melarikan diri dari situ. Tidak sampai seminit, dua buah kereta polis muncul di situ. Kemudian bunyi tembakan kedengaran di gegendang telinga. LJ berpaling. Dia melihat Pojie sedang memegang pistol dan melepaskan tembakan ke arah polis. Dari situ juga dia melihat Zara sedang memeluk Aery di sebalik motosikal mereka. Zara ketakutan. Seperti juga dirinya seketika tadi. Mungkin Zara lebih ketakutan kerana melibatkan pistol dan tembakan tanpa tujuan.
Mata LJ terus tertumpu di sana. Zara dan Aery tidak sempat melarikan diri kerana Pojie mula melepaskan tembakan ke arah mereka. Mujurlah peluru itu tersasar ke arah lain. Walaupun Zara dan Aery selamat dari tembakan itu, tetapi mereka tidak sempat melarikan diri dari situ. Mereka mungkin perlu disoal siasat nanti.
"Baby, hurry up."
Double I menarik LJ. Mereka berdua berjaya melarikan diri. Sebaik sahaja motosikal yang ditunggang mereka keluar dari lebuhraya itu, Double I memperlahankan tunggangannya. LJ memeluk erat lelaki itu. Terasa air hangat mengalir dan terkena tubuh Double I membuatkan dia sedikit simpati terhadap gadis di belakangnya.
Beberapa das tembakan terus kedengaran. LJ berpaling lagi ketika berada di atas motosikal. Dari situ dia dapat melihat Zara sedang menutup telinganya.dari situ juga dia melihat ada seseorang terbaring di atas jalan. Tubuh LJ menggigil ketakutan. Lantas pelukannya pada tubuh Double I makin erat.
"Baby, i'm with you."
LJ bersama Zara sedang menikmati makan tengah hari bersama di restoran McDonalds. Hari ini mereka menghabiskan hari cuti mereka bersama. Zara yang mencadangkan mereka keluar bersama. Lagipun LJ perlu membeli barang keperluan perkahwinannya. Zara dengan rela hati menawarkan diri untuk menemani sahabatnya ini.
Kalau ikutkan hati LJ mahu sahaja dia biarkan ibunya yang menguruskan setiap barang keperluan itu. Tetapi, ibu itu telah banyak bersusah payah menyediakan segala-galanya. Hanya barang hantaran berbentuk pakaian sahaja yang masih belum lengkap. Hari ini LJ akan memberli sepasang baju melayu bersama sepasang kasut buat bakal suaminya.
"Dah lama berjalan tapi kau ni tak tahu apa yang kau nak. Pelik la aku."
"Aku tak tahu saiz dia la."
Sambil mengelap tangannya yang baru dicuci, LJ bersuara. Zara tertawa kecil. Hanya kerana saiz, LJ tidak memilih apa-apa sedangkan mereka sudah berada di sini selama dua jam. Mengapa tidak bertanya kepada tuan empunya diri? Bukankah itu lebih mudah? Jika malu bertanya, bagaimana dia akan mendapat jawapannya? Zara geleng kepala.
"Sengal betul. Call and tanya je."
"Aku tak tahu apa nombor telefon dia. Call rumah seganlah."
Walaupun sudah agak lama bertunang, namun LJ masih belum tahu apa nombor telefon bimbit bakal suaminya. Selama ini lelaki itu menguhubunginya melalui telefon rumah atau pun telefon pejabat. Tetapi hanya nombor telefon rumah ada dalam simpanannya. Kalau dia bertanya kepada Izzra sudah tentu bakal adik iparnya itu akan menyuruh dia sendiri yang bertanya kepada Iqbal Iskandar.
"Segan dok bagan. Tak faham la kau ni. Biar aku tanya Aery la."
"Tak payah. Kau ni buat malu aku je. Nanti aku tanya sendiri la."
Zara mencebik. Bila agaknya LJ mahu bertanya kepada bakal suaminya? Sedangkan telefon ke rumah tidak mahu, telefon bimbit pula tiada nombornya. LJ bukannya tidak kenal bakal suaminya malah suatu masa dulu mereka adalah pasangan paling serasi. Apakah salah jika mereka kembali menjadi seperti dahulu? Mengapa tidak ditutup buku lama dan buku baru pula di buka?
"Bila kau nak tanya? Seminggu je lagi. Call sekarang."
Zara bertindak untuk LJ. Dia mendail nombor telefon Double I pada telefon LJ. Mahu tidak mahu LJ terpaksa juga menerima bantuan Zara. Tidak sampai setengah minit terdengar suara lelaki itu di talian. LJ mula gelabah. Dia gugup apabila mendengar suara lelaki itu.
"Nak tanya saiz kasut and baju. Oh...ok thanks. Bye. Sorry ganggu."
Talian terus terputus. Double I geleng kepala sambil tersengih. Telefon bimbit diletakkan ke meja. Dia mengeluarkan dompetnya lantas gambar dia bersama LJ ditatap. Gambar itu sentiasa di dalam dompetnya walaupun ketika Ainul Mardhiah menjadi kekasihnya. Setelah dia dan LJ berpisah, nama gadis itu sebenarnya harum subur di hatinya.
"Now i know. Still loving you, Baby! But, hard to say i'm sorry."
Lama gambar itu ditatap. Dia tidak pernah terfikir untuk membuangnya walaupun adakalnya apabila terkenangkan kesalahan LJ pada dirinya, dia berasa sangat benci. Dalam kebenciannya itu masih tersimpan rasa kasih dan sayang. Pernah sekali dia cuba membuang gambar itu, ternyata jiwanya tidak tenteram sehinggalah dia menyimpan kembali gambar itu ke dalam dompetnya.
Gambar ini sudah terlalu lama dalam simpanannya. Gambar ini gambar pertama dia dan LJ. Mereka masih di alam persekolahan. Jelas sekali wajah keanak-anakkan mereka dalam gambar itu. Di sebelah gambar itu, terdapat pula gambar mereka ketika hari lahir LJ yang ke 19. Jelas kelihatan dia sedang mencium pipi LJ. Mereka bahagia.
Double I menyimpan kembali dompetnya. Dalam hatinya hanya ada dua nama yang terus subur. Lily Jasmeen dan Ainul Mardhiah. Dia gagal membuang nama itu walaupun setelah sekian lama hubungan mereka putus. Adakalanya Ainul Mardhiah merajuk panjang kerana nama Lily Jasmeen. Agak sukar untuk dia melupakan cinta pertamanya. Dia tidak boleh memadamkan nama Lily Jasmeen di dasar hatinya. Itulah hakikat yang sebenarnya.
Benci. Memang dia membenci Lily Jasmeen namun semakin dia membenci gadis itu dia sebenarnya semakin merinduinya. Adakalnya dia marah apabila melihat Lily Jasmeen. Adakalanya dia tenang melihat wajah itu. Apatah lagi jika senyuman manis gadis itu mula terukir dibibirnya. Sekaligus melenyapkan rindunya pada Ainul Mardhiah buat seketika. Pada satu masa dia menyayangi dan menyintai dua gadis serentak.
Dia bersandar pada kerusi. Dia memejamkan mata. Dia berdebar-debar apabila teringatkan akan tarikh pernikahannya dengan Lily Jasmeen. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Tetapi hubungannya dengan Lily Jasmeen masih dingin. Masing-masing tidak tahu untuk memulihkan hubungan hambar ini.
"Mengelamun panjang, Encik Iqbal!"
"Erk..."
"Maaf saya menganggu. Tapi dari tadi sy ketuk takde jawapan, so saya masuklah. Saya cuma nak bagitau, tadi Datin Insyirah telefon, dia mintak encik pergi cuba baju pengantin petang ni. "
Double I angguk. Nyaris dia lupa janjinya untuk pergi mencuba baju pengantin. Sudah berkali-kali dia tangguhkan. Pada pengetahuan dia, LJ sudah pun mencubanya pada minggu lalu. Sedangkan dia sengaja bekerja di hari minggu. Kononnya mahu menyiapkan tugasan yang bakal ditinggalkan untuk cuti nanti. Walhal, tiada apa-apa yang penting untuk dia siapkan. Malah cuti yang bakal dia ambil hanya seminggu. Tiada kesan terhadap kerjanya.
"Ok. Thanks."
Selepas mengemas mejanya, dia terus meninggalkan pejabat lalu menuju ke busana pengantin yang telah ditetapkan. Hari ini dia tidak boleh berlengah lagi. Walau hatinya masih ragu-ragu dengan keputusan untuk mengahwini LJ, majlis itu tetap akan berlangsung jua. Dia mesti melancarkan majlis ini demi maruah kedua-dua buah keluarga.
"Zara masuklah."
"Belum sampai seru aku nak masuk butik baju pengantin ni."
LJ menarik Zara masuk bersamanya. Dia lupa akan janjinya untuk mencuba baju untuk majlis pernikahannya. Mujurlah ibunya mengingatkan dia. Minggu lepas dia sudah datang ke sini tetapi kerana mengejar masa dia hanya sempat mencuba tiga pasang baju untuk majlis perkahwinannya. Hari ini dia harus mencuba baju ini supaya dia tidak perlu datang lagi ke sini. Majlis perkahwinannya semakin hampir, dia tidak boleh berlengah lagi.
"Cik Lily, thanks God cik dah datang. Kalau cik tak datang, kami kena pergi ke rumah."
"Sorry. Saya terlupa."
Tiga pasang baju berwarna putih krim di hulurkan kepada LJ. Kemudian mereka masuk ke sebuah bilik persalinan di suatu sudut di dalam butik itu. Zara turut sama. Dia menemani LJ mencuba pakaian. Mungkin dia boleh menjadi rujukan untuk LJ. Mungkin baju ini tidak sesuai dan ada baju lain yang lebih menarik, Zara boleh memberikan pendapatnya.
"Baju ni nak pakai bila? Masa nikah?"
LJ angguk sambil tangannya sibuk membetulkan pakaian yang baru di sarungkan ke tubuhnya. Zara menjadi pemerhati. Tidak pernah dia melihat LJ memakai pakaian seperti ini. Dia agak tertarik melihat sahabatnya memakai baju ini. LJ nampak lebih manis dari biasa. Zara tersenyum sendiri. Mungkin sedang membayangkan dia yang sedang memakainya.
"Ok?"
"Manalah aku tahu. Tanyalah pakar. Dia dah cakap kan siap pakai keluar tunjuk dengan dia."
LJ mencebik. Dia melangkah menuju pintu dan membuka pintu. Zara ikut sama. Dia tidak sabar mahu mendengar komen daripada pereka baju ini. Pada pandangannya, baju ini sangat sesuai dengan LJ. Tetapi masih ada dua pasang baju yang harus di cuba.
"Qasyah, am I pretty or ..."
Ayat LJ mati di situ. Senyumannya juga. Matanya terpandang akan seseorang yang sedang memerhati dia. Serta merta wajahnya berona merah. Dia tunduk memandang lantai. Zara sekadar melemparkan senyuman kepada lelaki yang telah membuat LJ malu. Di sisi lelaki itu, Aery sedang mengenyit mata untuk dirinya.
"You are damn pretty." Bisik Double I.
"Apa kau cakap?"
Double I geleng kepala. Aery mengerut dahi. Dia menghampiri Zara yang sedang berdiri di muka pintu bilik. Sudah beberapa hari dia tidak bertemu dengan kekasihnya. Tidak sangka pula mereka bertemu di sini. Memang jodoh mereka kuat. Kali ini mereka bertemu tanpa berjanji di busana pengantin, mungkin giliran mereka selepas LJ dan Double I.
"Tak nak cuba?"
"Bukan honey nak kahwin buat ape nak cuba."
Mereka memulakan perbualan sedangkan LJ masih lagi tunduk memandang lantai. Dia tidak pasti ke mana arah tujunya. Dia malu bila dirinya di renung begitu. Dia mahu mengangkat wajahnya tetapi dia takut lelaki itu masih merenung dia.
"Cik Lily, you look so pretty but you have to try another two. And Datin Insyirah sediakan sepasang baju untuk pengapit cik. Dia pengapit cik ke?"
LJ angguk sahaja. Dia masih belum mencari pengapit. Hanya Zara sahaja yang dia nampak sekarang. Tanpa persetujuan gadis itu, dia membuat keputusan. Pasti Zara tidak bersetuju. Awal-awal lagi dia sudah menarik diri dari menjadi pengapit. Tetapi hari ini Zara harus terima. LJ mahu Zara bersamanya. Atas nama sahabat, Zara mesti menjadi pengapitnya.
Awal pagi lagi Lily Jasmeen sudah bangun. Usai solat subuh dia berteleku di atas sejadah. Dia membaca Quran dan sekaligus berdoa panjang. Hampir sejam dia menghabiskan masa untuk semua itu. Biasanya tidak sampai 15 minit dia sudah melipat sejadahnya. Pagi ini dia tidak tenang. Dia ingin menghabiskan masa lebih lama dengan-Nya.
Sejak semalam dia berdebar-debar. Tidurnya tidak nyenyak. Hari penting dalam dihidupnya bakal tiba. Lebih kurang 12 jam lagi dia akan dinikahkan oleh bapanya sendiri. Menanti saat itu seolah-olah dia bakal menghadapi peperiksaan penting pada zaman belajarnya. Tetapi debaran ini lebih hebat dari itu. Sehingga dia tidak mampu berfikir perkara lain selain pernikahannya.
"Ya Allah berikanlah aku ketenangan!"
Lily Jasmeen membuka telekung dan melipatnya sebelum menyimpan ke tempat asalnya. Dia membuka jendela. Membuang pandangan jauh ke luar jendela. Suasana pagi ini cerah. Udaranya segar. Lily Jasmeen memejam mata menikmati angin pagi ini. Ah, nyaman sekali! Mata Lily Jasmeen kembali dibuka selepas mendengar jeritan halus anak kecil di halaman rumahnya.
"I've told you not play with this."
"Sorry!"
Lily Jasmeen tersenyum sendiri melihat gelagat dua beranak itu. Dia kagum dengan sepupunya yang seorang ini. Usianya baru 21 tahun tetapi sudah boleh menguruskan rumah tangga walaupun masih belajar. Malah boleh mengawal anak kecil berusia tiga tahun ini. Sedangkan dia masih lagi tidak pasti akan masa depannya. Dia masih tidak tahu menguruskan hati dan perasaannya.
"Say hi to Along Lily, sayang!"
Anak kecil itu mendongak memandang Lily Jasmeen yang sedang berpeluk tubuh di balkoni. Dia melemparkan senyumannya pada ibu dan anak itu. Anak kecil itu melambai-lambai tangan kepadanya dan dia membalas lambaian itu.
"Hi Along Lily, morning!"
"Hi to you too. Nice morning huh?!"
Si kecil angguk sambil tertawa kecil. Kemudian kedua-dua mereka menghilang dari padangan mata Lily Jasmeen. Dia kembali bersendirian. Masih berpeluk tubuh menikmati udara pagi. Pagi ini halaman rumahnya lain dari selalu. Beberapa kanopi telah dipasang untuk majlis perkahwinannnya. Dia memejam mata meneroka ruang minda yang menyimpan kenangan lama.
"Nanti kita kahwin, I nak majlis kita unik and lebih meriah dari biasa."
"Bila kita nak kahwin?"
"One day. Jusy wait and see, Baby!"
Bahunya dipeluk. Lily Jasmeen membuka mata. Bapanya sedang berdiri disisi. Dia sekadar mengukir senyuman. Tirai kenangan lalu kembali tertutup. Kehadiran lelaki itu menghambat kenangan itu keluar dari mindanya buat seketika.
"Kenapa termenung? Macam tak happy je!"
"Taklah. I'm okey."
Tuan Lokman Jafry merenung anak sulung merangkap anak perempuan tunggal. Sejak beberapa hari ini dia perasan akan sesuatu tentang anak ini. Seolah-olah anaknya sedang menghadapi masalah besar. Apakah hal ini berkaitan dengan perkahwinan ini? Adakah perkahwinan ini terlalu cepat buat anaknya? Atau pilihan mereka kurang tepat? Tetapi mereka semua tahu akan hubungan kedua-dua bakal pengantin sebelum ini.
"Jangan tipu daddy. Kakak ada masa lagi untuk tarik diri kalau kakak rasa tak boleh teruskan. Daddy akan uruskannya."
"Betul?"
Jarum jam sudah pun menunjukkan tepat 8 malam. Lily Jasmeen masih lagi belum menyiapkan diri. Dia baru sahaja selesai mandi. Kurang sejam lagi, majlis pernikahannya akan berlangsung namun dia seolah-olah tidak kisah akan semua itu. Dia masih lagi bertindak sambil lewa. Satu persatu dia laksanakan. Tidak disuruh, maka dia akan leka melayan novelnya.
"Kakak cepatlah. Dari tadi mummy tengok kakak asyik baca novel tu. Kakak nak bernikah degan novel tu ke? Siaplah cepat."
Persalinan putih bersihnya dikeluarkan dari almari. Baju kurung moden itu akan disarungkan ke tubuhnya. Perlahan-lahan dia mengelurkan baju itu dari plastiknya. Dia kemudian menyarungkan baju itu dengan berhati-hati ke tubuhnya. Selepas baju itu tersarung di tubuhnya dia berpusing-pusing di depan cermin untuk memastikan baju itu dalam keadaan yang baik.
"Aku rasa kau ni macam ada agenda lain! Kau jangan buat hal LJ. Ingat, bintang kau makin cerah sekarang. Malam ni kau jangan nak terus padamkan bintang kau tu." Bisik Zara.
Lily Jasmeen sekadar diam. Dia tidak bereaksi apa-apa. Dia sekadar menyiapkan dirinya. Semuanya dia buat sendiri. Dia memastikan pakaiannya terletak elok pada tubuh. Memastikan rambutnya kemas di sisir. Kemudian wajahnya disapukan bedak. Kemudian dia mula menyolek wajahnya. Masih lagi bertindak sendiri. Zara pula sekadar menjadi pemerhati.
"LJ, tell me! Apa agenda kau ni?"
"Nothinglah. Tolong aku pakaikan tudung ni."
Zara menghampiri Lily Jasmeen. Dia membantu sahabatnya memakai tudung. Walaupun dia jarang memakai tudung, tetapi dia masih tahu bagaimana mahu memakai tudung serta memakaikan tudung untuk seseorang. Mungkin lebih kemas daripada orang yang memakai tudung. Ramai orang kata sentuhan tangan Zara agak ajaib.
"Kau pakai cantik-cantik ni jangan buat hal. Aku risau betullah dengan kau ni. Jangan sampai pisang berbuah dua kali."
"Takde lah. Aku tak buat hal."
Tidak sampai 5 minit semuanya selesai. Rambut Lily Jasmeen sudah pun disembunyikan di sebalik tudung berwarna putih. Wajahnya nampak lain. Dia nampak lebih ayu dari biasa. Wajah dia tampak suci. Zara memandang dia tanpa kerdipan di mata. Dia tidak sangka ini hasilnya. Wajah Lily Jasmeen berubah menjadi wajah seseorang yang bukan dirinya.
"Muka kau macam orang lain."
"Kau ni kenapa?! Muka aku macam muka aku la. Kenapa pulak nak jadi muka orang lain!"
Lily Jasmeen tidak senang hati. Dia menatap wajahnya dalam cermin. Sama sahaja. Sedangkan Zara masih lagi merenung dia. Sahabatnya itu seolah-olah sedang berfikir sesuatu buat dia resah. Apakah wajahnya tidak secantik wajahnya yang sebenarnya?
"Ye lah. Someone yang aku pernah tengok, but totally not you, LJ."
Usai solat Isyak, rombongan pengantin lelaki tiba di muka pintu. Mereka disambut dengan senyuman mesra dari tuan rumah. Meriah sekali suasana sekarang. Semua mata tertumpu kepada jejaka kacak yang memakai baju melayu putih. Segak sekali lelaki ini. semua orang tahu, inilah pengantin lelaki merangkap bakal suami Lily Jasmeen.
Selepas beberapa perkara selesai, majlis akad nikah akan berlangsung. Tuan Lokman Jafry sudah bersedia untuk melangsungkan pernikahan anak perempuan tunggalnya. Malam ini dia sendiri akan menikahkan anaknya. Inilah satu-satunya anak perempuan dia, jadi dia tidak mahu melepaskan peluang ini. Dia lebih berpuas hati menikahkan anaknya sendiri. Lagipun lebih afdhal jika ayahanda pengantin perempuan yang menikahkan anaknya sendiri.
"Lily Jasmeen binti Lokman Jafry, adakah kamu bersetuju untuk menjadi isteri kepada Iqbal Iskandar bin Dato' Iskandar?"
Apabila soalan itu meniti di bibir bapanya. Lily Jasmeen terdiam sejenak. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dia memandang Zara. Gadis itu kelihatan resah merenungnya. Kemudian dia kembali merenung mata bapanya yang sedang menanti jawapan. Teragak-agak dia mahu bersuara. Namun dia perlu menjawab soalan itu juga. Kerana itu masa depannya. Malah masa keluarganya juga. Jawapan itu amat penting. Lily Jasmeen angguk sambil tersenyum.
"Ya, saya setuju."
Lantas borang pernikahan dihulurkan kepadannya bersama pen. Lily Jasmeen membaca borang itu sekali lalu. Kemudian dia menurunkan tandatangan di atas kertas itu. Kemudian dia menghulur kembali borang yang sudah siap ditandatangan. Tuan Lokman Jafry kembali ke ruang tamu dengan senyuman. Satu kerjanya sudah selesai. Masih ada tugasan lain menantinya di sana. Malah tugasan itu yang paling penting dalam majlis ini.
Kini Tuan Lokman Jafry akan meneruskan tugasnya untuk menikahkan anak menantunya. Dia berhadapan dengan bakal menantunya. Sekejap lagi akad nikah akan berlangsung. Iqbal Iskandar mula berdebar-debar. Gilirannya sudah tiba. Daripada senyuman bakal bapa mertuanya, dia tahu Lily Jasmeen sudah bersetuju untuk menjadi isterinya. Gilirannya untuk menjadi tumpuan ramai semakin hampir.
"Iqbal Iskandar bin Iskandar, ayahanda nikahkan engkau dengan anakanda ayahanda Lily Jasmeen binti Lokman Jafry dengan mas kahwinnya RM4161.20 beserta satu set barang kemas, tunai."
Lafaz akad berkumandang di telinga Iqbal Iskandar menyedarkan dia akan dirinya bakal menjadi suami kepada wanita yang pernah menjadi teman wanitanya suatu ketika dahulu. Semakin berdebar-debar apabila tangannya digenggam erat oleh jurunikah merangkap bakal bapa mertuanya. Dia mencari kekuatan untuk bersuara.
"Anakanda terima nikahnya dengan Lily Jasmeen binti Lokman Jafry dengan mas kahwinnya RM4161.20 beserta satu set barang kemas, tunai."
Dengan sekali lafaz yang lancar serta pengesahan daripada saksi, maka selesailah upacara ijab dan kabul dan Iqbal Iskandar telah sah menjadi suami Lily Jasmeen. Tuan Lokman Jafry berasa lega kerana semuanya selesai. Kini anaknya sudah sah menjadi isteri lelaki ini. Doa dibacakan dan diaminkan tanda selesai acara akad nikah. Kemudian berlangsung pula acara penyerahan tanggungjawab daripada ibu bapa Lily Jasmeen kepada suaminya, Iqbal Iskandar.
Lily Jasmeen keluar dari bilik menuju ke ruang tamu yang dijadikan tempat upacara akad nikah berlangsung. Iqbal Iskandar berpaling memandang isterinya yang baru dinikahi beberapa minit tadi. Dia terpegun melihat gadis itu. Benarkah ini Lily Jasmeen? Atau dia masih lagi berangan menikahi Ainul Mardhiah? Dia merenung Lily Jasmeen lama. Mengapa berubah benar wajah ini apabila bertudung? Dia masih tidak percaya dengan matanya.
"Dengan ini ayahanda menyerahkan tanggungjawab menjaga dan mendidik anakanda ayahanda yakni isteri anakanda, Lily Jasmeen kepada anakanda. Ayahanda berharap anakanda dapat memimpin isteri anakanda ke jalan yang benar. Janganlah disakiti isteri anakanda dan anakanda Lily Jasmeen pula hendaklah mengikut segala arahan suami selagi berada di atas landasan agama dan jangan sesekali mengingkarinya kerana syurga anakanda di sebagai isteri adalah di bawah kaki suami."
Iqbal Iskandar dan Lily Jasmeen mendegar dengan teliti. Kedua mereka sekadar angguk mendengar setiap bait dari bibir bapa Lily Jasmeen. Kedua-duanya menerima sekali nasihat dan pesanan itu. Wajah Lily Jasmeen kelihatan sedikit suram apabila dia memandang wajah bapanya. Terasa sebak di dada mendengar suara bapanya hari ini.
Setelah penyerahan tanggungjawab selesai, Iqbal Iskandar menyerahkan mas kawin mereka kepada isterinya Lily Jasmeen. Sebuah album gambar yang digunakan untuk meletakkan wang dihulurkan kepada di isteri. Lily Jasmeen menyambutnya. Saat itu lensa kamera berebut-rebut mahu merakamnya.
Kemudian Iqbal Iskandar menyerahkan satu set barang kemas kepada isterinya. Seutas rantai leher bersama gelang tangan serta sebentuk cincin emas bertatahkan berlian menjadi tumpuan semua. Selain itu, Iqbal Iskadar turut menghadiahkan seutas gelang tangan platinum yang ditempah khas untuk Lily Jasmeen. Hampir tersedu Lily Jasmeen apabila Iqbal Iskandar memakaikan gelang itu ke tangannya. Air matanya mula bergenang.
"Nanti bila kita kahwin, I akan hadiah gelang yang ada nama Baby."
Iqbal Iskandar tidak memungkiri janjinya. Gelang ini sudah menjadi milik Lily Jasmeen sekarang. Usai Iqbal Iskandar memakaikan gelang itu ke tangannya, Lily Jasmeen menyalami suaminya buat kali pertama mengucup tangan itu dengan mesra setelah sekian lama meninggalkannya. Setitis air matanya tumpah di situ. Lensa kamera masih lagi merakamkan saat-saat indah ini. Iqbal Iskandar pula secara spontan mengucup dahi isterinya.
Berakhirlah majlis pernikahan Lily Jasmeen dan Iqbal Iskandar pada malam ini. Ketika jam menunjukkan kira-kira 11 malam, rombongan pengantin lelaki mula meninggalkan kediaman Tuan Lokman Jafry. Sebelum mereka beransur pulang, sempat lagi mereka mengusik pengantin lelaki. Tersipu-sipu Iqbal Iskandar dan Lily Jasmeen apabila adik-adiknya mula menyakat.
"Abang long tinggal ke?"
"Dah dapat lesen, stay je la. Kakak pun tak kisah, kan kakak kan?"
Wajah Lily Jasmeen berona merah. Namun dia masih boleh tersenyum. Dia menghantar suaminya serta keluarga sehingga ke halaman rumah. Kalau ikutkan hati dia sekadar mahu menghantar kepulangan mereka ke muka pintu, tetapi tidak manis pula bertindak begitu. Sedangkan ibu dan bapanya berada di luar bersama tetamu, tak mungkin dia sebagai isteri tidak menghantar suaminya?
"Abang balik dulu. Jumpa esok!"
Lily Jasmeen tersentak. Dia mengangkat muka memandang suaminya yang tenang berdiri di hadapannya. Lelaki itu menghulurkan tangan kepadanya, mahu tidak mahu dia menyambut jua salam itu kemudian sekali lagi mengucupnya. Mulai malam ini dia perlu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Mungkin ini tugasan pertama.
Sekali lagi dengan spontannya Iqbal Iskandar mencium pipi Lily Jasmeen menyebabkan isterinya itu kelu seribu bahasa. Lantas dia melangkah masuk ke dalam kereta. Tidak berapa lama kemudian mereka mula meninggalkan kediaman Tuan Lokman Jafry. Setelah hilang kelibat mereka, Lily Jasmeen melangkah masuk ke dalam rumah dan terus berlalu ke kamarnya.
"Congratulations, yar!"
"Thanks."
Zara memeluk tubuh Lily Jasmeen. Dia tumpang gembira melihat sahabatnya sudah menjadi isteri Iqbal Iskandar. Dia berharap mereka akan bahagia sehingga ke anak cucu. Saat mereka berpelukan, Lily Jasmeen menangis. Zara kaget. Memang tiada perasan akan hal itu sejak tadi tetapi dia tidak sangka Lily Jasmeen akan menangis di bahunya.
"Janganlah macam ni."
Iqbal Iskandar tidak dapat melelapkan mata. Hatinya seolah-olah tertinggal di kediaman Lily Jasmeen. Dia mengambil sekeping gambar di dalam laci mejanya dan menatap sepuas hati. Wajah dalam gambar ini ada iras-iras Lily Jasmeen yang bertudung. Sekilas pandang, wajah itu seakan-akan serupa. Apabila direnung dan ditenung, tidak banyak bezanya.
"Aku yang perasan ke memang betul?"
Iqbal Iskandar berdialog sendiri. Dia jadi bingung. Walaupun sudah menjadi suami Lily Jasmeen namun nama Ainul Mardhiah masih bermain di minda. Malah masih subur dihati. Apatah lagi wajah Lily Jasmeen tadi menyebabkan Ainul Mardhiah kembali bermain dengan perasaannya.
"Ya Allah, berikanlah aku ketenangan."
Sejak pulang dari kediaman Lily Jasmeen, dia tidak tenang. Dia asyik terkenangkan Lily Jasmeen. Seolah-olah masih terasa air mata hangat jatuh ke tangannya. Masih terasa kucupan hangat di tangannya. Malah wajah Lily Jasmeen silih berganti dengan Ainul Mardhiah, membuatkan dia keliru. Sebenarnya dia melihat Lily Jasmeen atau Ainul Mardhiah? Malam ini, Iqbal Iskandar tidur bersama dua wanita di sisinya. Sekeping gambar Ainul Mardhiah sedang tersenyum manis berada di kirinya, manakala sekeping gambar Lily Jasmeen tertawa riang di sebelah kanannya.
Tidurnya ditemani dua keping gambar wanita kesayangannya. Seorang kekasih lama yang sudah pun sah menjadi isteri tidak kurang 5 jam lalu. Seorang lagi kekasih yang sudah pun pergi menemui Penciptanya. Namun kedua-duanya tersemat dihati. Walaupun perginya tak kembali, namanya dihati. Walaupun dia pernah melukai hati, namun dialah di hati.
Semoga tidurnya nyenyak sehingga ke pagi. Kerana esoknya, majlis persandingan mereka akan berlangsung. Dia tidak mahu kelihatan lesu pada hari persandingannya. Apatah lagi, dia tiba-tiba bersemangat untuk meniti hari bahagianya, tentulah dia mahukan kesempurnaan dalam majlis itu. Sekurang-kurangnya Lily Jasmeen akan tahu, dia masih diperlukan.
"Still loving you, Baby."
Awal pagi lagi telefon bimbit Lily Jasmeen sudah berdering. Dia yang baru selesai menunaikan solat subuh segera menjawab panggilan telefon itu. Mana tahu itu panggilan penting dari tempat kerjanya! Sebaik sahaja mencapai telefon di atas meja, dia melihat nombor telefon yang tertera di skrin telefonnya tanpa nama. Dia tahu nombor ini tiada dalam simpanan. Mungkin teman-temannya atau sesiapa sahaja. Tetapi dia tetap menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
Suara ini sangat dia kenali. Inilah suara lelaki yang sudah pun sah menjadi suaminya malam tadi. Oh, rupa-rupanya inilah nombor telefon bimbit suaminya! Dia menjawab salam dan terdiam. Dia tidak tahu apa yang harus dia katakan? Dia hanya boleh mengikut rentak lelaki itu. Dia hanya akan menjadi penjawab soalan yang setia mungkin.
"Dah solat subuh?"
"Dah. Baru je buka telekung. Erm you?"
"Dah. Semalam...sangat cantik."
"Thanks."
Masing-masng tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Tetapi perbualan tetap diteruskan jua. Sengaja Iqbal Iskadar mahu berbual dengan isterinya di waktu ini. Dia mahu mereka selesa ketika bersanding nanti. Dia tidak mahu mereka kelu ketika bertemu nanti. Apatah lagi, wajah LJ semalam masih terbayang di matanya.
"Ainul..."
"Huh?"
Iqbal Iskandar terus diam. Dia sudah tersasul. Tiba-tiba talian telefon terputus atau lebih tepat lagi sengaja diputuskan. Bukan dia yang memutuskan talian. Dia tahu tentu Lily Jasmeen berkecil hati dengannya. Lantas dia cuba menghubungi Lily Jasmeen sekali lagi. Tetapi isterinya itu tidak menjawab panggilannya. Dia cuba buat kali kedua, terus talian tidak dapat disambungkan. Dia rasa bersalah.
"Apa aku dah buat ni? Kenapa Ainul yang aku panggil?"
Kamar Lily Jasmeen sejak semalam indah bertemakan ungu muda menemaninya bermain air mata. Semalam air mata hangat itu mengalir kerana terharu, tetapi seawal pagi ini air mata itu kembali mengalir tetapi kerana terasa hati. Pintu kamar dikunci dari dalam agar tiada siapa dapat masuk dan melihat dia sedang menangis.
Entah mengapa hatinya terasa sakit apabila terdengar suaminya memanggil nama Ainul. Tanpa disedari dia telah memutuskan talian. Lantas air matanya mula bergenang dan mengalir tanpa disuruh. Baru sahaja dia mahu menikmati kebahagian, hatinya terlebih dahulu dihiris tanpa diduga. Hanya Tuhan yang tahu betapa lukanya hati apabila mendengar suaminya memanggil nama Ainul.
"Ya Allah, tenangkanlah jiwaku yang bergelora ini. Berikanlah aku kekuatan untuk meniti hari-hari akan datang bersamanya."
Lily Jasmeen menyapu air matanya. Dia tidak mahu kerana terasa hati di pagi hari ini, akan memberi gambaran buruk pada sesiapa yang melihatnya nanti. Tambahan pula hari ini adalah majlis persandingannya. Dia tidak mahu matanya bengkak di hari bahagiannya. Dia tidak mahu gambar-gambar persandingannya nanti tidak menarik seperti yang dia inginkan.
Dia masuk ke bilik mandi. Dia mencuci mukanya yang telah dibasahi air mata seketika tadi. Namun air matanya terus mengalir bila dia melihat wajahnya di cermin. Entah mengapa dia terasa seperti ingin menangis lagi. Terasa seperti sukar untuk berhenti menangis. Lalu dia menguncikan diri dari dalam bilik mandi dan menangis bersendirian tanpa memikirkan perkara lain. Yang dia tahu menangis dan terus meratapi kesedihannya.
Semuanya sudah terlambat. Kalaulah semalam ketika dia masih belum diijab kabulkan, dia mengundur diri tentu dia tidak bersedih hati seperti sekarang. Sekurang-kurangnya dia hanya perlu menangis seketika kerana membuang cinta yang telah lama dia jaga untuk kembali mekar. Sekarang dia tidak boleh berpatah balik lagi kerana dia sudah menjadi isteri Iqbal Iskandar yang sah.
"Siapalah Ainul sampai sayang tak boleh lupakan dia? Sedangkan sayang boleh lupakan Baby yang dah lama sayang kenal, kenapa tak dia?"
Tangisan Lily Jasmeen tidak dapat dibendung lagi. Dia teresak-esak di kamar mandi. Sudah hampir sejam dia menangis bersendirian tanpa disedari oleh sesiapa. Namun tangisannya belum reda. Sehinggalah beberapa minit kemudian seseorang telah masuk ke kamar pengantin ini dan terdengar esakan halus dari dalam kamar mandi.
"Kakak, are you okay?"
Suara itu mengejutkan Lily Jasmeen. Segera dia menyapu air matanya dan membuka pintu. Dia tersenyum kelat memandang adiknya yang sedang berdiri berhampirannya. Dia mencapai tuala untuk mengelap wajahnya. Namun adik itu terlebih dahulu mencapai tangannya.
"Kakak, kenapa ni?"
"Nothing."
Lily Jasmeen masih lagi berdolak-dalik. Dia tidak mahu mengulas soalan adiknya itu. Dia terus mengelap wajahnya yang basah. Manakala adiknya masih berdiri di situ menanti jawapannya. Dia masih berpura-pura seolah-olah tiada apa-apa berlaku pada dirinya. Dia berlagak seperti biasa. Sedangkan air matanya masih lagi mahu mengalir keluar.
"Kakak menangis kenapa? Sebab abang Iqbal, kan? Abang tahu kisah cinta kakak dengan dia. Mesti sebab tu kakak nangis kan?"
Air mata Lily Jasmeen kembali mengalir laju. Tanpa dia sedari adik itu tahu kisah silamnya. Tetapi dari mana dia tahu? Sedangkan tiada apa-apa kenangan cinta yang dia bawa pulang ke rumah ini. Dia tinggalkan semuanya di rumah sewa. Dan hanya beberapa buah album gambar dia bawa pulang. Itupun dia simpan di tempat yang berkunci.
Air mata hangat itu disapu oleh Ikhwal Jauhari, adik lelaki yang paling memahaminya. Tanpa segan silu dia memeluk pemuda itu dan menangis di dadanya yang bidang. Adik itu sekadar membiarkan kakaknya menangis sepuas hati. Dia mengusap perlahan rambut kakaknya dengan harapan kakaknya kembali tenang.
"Dia takkan boleh lupakan Ainul Mardhiah!"
"Kakak, dia boleh lupakan! Bagi dia masa. Dia dah jadi suami kakak, dia mesti lupakan Ainul tu. Lagipun kakak cinta pertama dia. Tak mungkin dia dah tak ada perasaan dengan kakak."
Ikhwal Jauhari memujuk kakaknya. Sejak dahulu lagi dialah satu-satunya yang boleh menenangkan kakaknya dikala wanita itu sedang berduka dan merajuk. Dia bukan sahaja adik kepada Lily Jasmeen tetapi adakalanya dia juga abang kepada wanita itu. Sejak kecil mereka sering bersama. Susah payah mengharungi zaman kanak-kanak tanpa ibu dan bapa yang sibuk bekerja.
"Tapi dia panggil kakak dengan nama Ainul tadi."
"Dia tak sengaja, kak. Abang yakin dia cuma tersasul. Forgive him. Mulakan kisah cinta baru. Lupakan yang dah lepas. Sekarang berhenti menangis. Pengantin mesti berseri-seri bukan bersedih macam ni."
Ikhwal Jauhari sekali lagi menyapu air mata kakaknya. Tangisan Lily Jasmeen sudah reda. Air matanya yang berebut-rebut untu membasahi wajahnya sudah tiada lagi. Air mata itu telah pun dikunci di dalam liang-liangnya kembali. Lily Jasmeen tertawa kecil. Begitu juga dengan adiknya. Sama-sama berasa lucu. Lily Jasmeen sekali lagi mencuci mukanya.
"Thanks, abang!"
"Lepas ni mesti abang akan perasan bila kakak panggil abang, kan?"
"Kenapa?"
"Kakak sebenarnya panggil abang Iqbal, bukan panggil abang."
Kakak itu sekadar tersenyum simpul. Adik ini telah berjaya menenangkan jiwanya. Dia harap adik ini akan terus menjadi ubat penenangnya dikala hatinya dirobek duka kelak. Dia memeluk adiknya sekali lagi sambil membisikkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.
"Zillions of thanks, Ikhwal Jauhari!"
Kamar bertemakan hijau pucuk pisang ini terlalu asing baginya. Badannya terlalu penat selepas seharian dia menjadi raja sehari. Berjam-jam dia habiskan masa di atas pelamin cukup memenatkan. Namun dia tidak pasti apa tindakannya selepas ini. Dia sekarang sudah berada di kediaman keluarga suaminya. Dia tidak tahu bagaimana mahu menyesuaikan diri.
Sebelum dia masuk ke kamar ini, dia masih sibuk melayan saudara mara suaminya. Mujurlah ibu mertua tersayang memahami apa yang sedang dia rasakan, lantas wanita itu memberi kebenaran untuk dia berehat di kamar ini. Walaupun malam masih muda, namun matanya sudah diserang mengantuk yang teramat sangat. Lily Jasmeen yang masih lengkap dalam persalinan pengantinnya mengambil tuala yang telah diberikan oleh adik iparnya sebentar tadi. Dia mahu membersihkan diri sebelum melelapkan matanya. Sudah seharian dia tidak mandi. Badannya mula tidak selesa.
Persalinan itu dibuka satu persatu dan diletakkan di atas katil. Kemudian sahaja dia meyimpan persalinan itu ditempat yang sepatutnya. Dia sekarang hanya memakai tuala dan kemudian melangkah masuk ke bilik mandi yang sedia ada di kamar pengatinnya.
Sebaik sahaja tula dibuka, tangan Lily Jasmeen mula memulas pili. Berkejaran air dari pancuran menyirami tubuhnya. Terasa segar sekali. Dia membiarkan tubuhnya dibasahi air untuk tempoh yang agak lama. Dia ingin menikmatinya. Selepas benar-benar berpuas hati, dia menutup pili dan mencapai tuala yang disidai di tempat yang disediakan. Dia mengelap tubuhnya sebelum keluar dari kamar mandi itu.
Berhati-hati membuka pintu, mata Lily Jasmeen meliar memandang ke segenap sudut. Kosong. Dia lantas melangkah menuju ke sebuah almari pakaian. Sepasang baju tidur dikeluarkan dari almari itu. Setelah tubuh benar-benar kering, Lily Jasmeen menyarungkan baju itu. Ketika sedang membutangkan baju, pintu bilik dibuka. Lily Jasmeen cuak.
"Dah mandi?"
"Dah."
Sepatah ditanya sepatahlah dijawab. Dia masih belum membiasakan diri dengan lelaki ini, apatah lagi selepas nama Ainul Mardhiah menyapa telinganya. Tanpa mempedulikan suami yang baru masuk ke bilik, Lily Jasmeen menyikat rambutnya yang masih belum kering sepenuhnya. Tapi dia tahu apa yang sedang dilakukan oleh lelaki itu. Dia dapat melihat segala tindak tanduk lelaki itu dari dalam cermin.
"Kenapa?" soal Lily Jasmen selepas lelaki itu asyik mermandang dia.
Dia tidak keruan apabila Iqbal Iskandar memandang dia begitu. Dia takut dan gementar. Tambahan pula mereka hanya berdua di dalam kamar ini. Dia tidak pasti apa yang dia takutkan. Dia tidak pasti mengapa dia gementar.
"Nak towel."
"Takpe ke kongsi towel?" soal Lily Jasmeen lagi.
Iqbal Iskandar angguk sambil memandang isterinya yang sedang menghulurkan tuala. Walaupun tiada senyuman namun wajah itu masih menarik pada pandangan matanya. Dia tidak melepaskan peluang untuk menikmati keindahan wajah si isteri. Hilang sekejap wajah-wajah lain pada saat ini.
"Thanks."
Sebaik sahaja mengambil dia terus membuka baju di depan Lily Jasmeen menyebabkan wanita itu membuang pandangan ke arah lain. Dia malu untuk melihat suami yang tidak berbaju itu. Padahal tubuh lelaki itu sudah biasa dipandangan matanya sejak sekolah menengah lagi. Bukan sahaja melihat tetapi tubuh itu sudah biasa disentuhnya. Mungkin perpisahan mereka membuatkan Lily Jasmeen jadi kekok untuk melihat semua itu.
"Kenapa?" soal Lily Jasmeen.
Iqbal Iskandar geleng kepala sambil tersenyum simpul sedangkan dahi Lily Jasmeen berkerut seribu. Dia kehairanan melihat Iqbal Iskandar yang asyik memandang dia dari tadi. Apakah yang tidak kena pada wajahnya sehingga lelaki itu tidak lari dari merenung? Dia kembali menghadap cermin di hadapannya lantas Iqbal Iskandar melangkah masuk ke bilik mandi.
Senyuman pada bibir Iqbal Iskandar masih tidak sampai penamat. Di kamar mandi dia masih tersenyum. Entah apa yang lucu pada pandangan matanya. Tuala yang dipakainya ditanggalkan. Namun tuala itu masih dipegang. Wangian tubuh Lily Jasmeen masih bersisa pada tuala yang baru dia gunakan itu. Iqbal Iskandar tidak melepaskan peluang untuk menikmati wangian itu.
Kebanyakan hal pada Lily Jasmeen masih sama. Malah bau badannya masih sama. Bau yang menenangkan. Aroma daripada sabun yang digunakan tidak pernah berubah. Masih menggunakan sabun yang sama. Iqbal Iskandar teruja dengan wangian itu. Terlalu lama hidungnya tidak menimati bau ini.
Lily Jasmeen tidak dapat melelapkan matanya. Dia gelisah di pembaringan. Disisinya Iqbal Iskandar sedang nyenyak tidur. Perlahan-lahan dia turun dari katil. Tidak mahu mengejutkan suaminya yang sedang nyenyak tidur. Lily Jasmeen masuk ke kamar mandi dan mengambil wudhuk. Dia tidak tenang. Semoga dengan menunaikan solat sunat ini dia akan tenang kembali.
Tatkala Lily Jasmeen sedang menunaikan solat sunat itu, Iqbal Iskandar tersedar dari lenanya. Lantas matanya dibuka dan difokuskan kepada Lily Jasmeen yang sedang bersujud di atas sejadah. Buat kali pertama dalam hidup dia melihat Lily Jasmeen menunaikan solat. Benarkan ini Lily Jasmeen yang dia kenali dahulu? Sejak mereka kenal sekali pun Lily Jasmeen tidak pernah menyebut tentang solat, hanya sesekali gadis itu mengingatkan dia tentang solat jumaat.
Tetapi pada waktu ini dia melihat isterinya sedang mengahadap Penciptanya dengan penuh khusyuk. Hampir 6 tahun mereka tidak pernah bertemu, keperibadian Lily Jasmeen sudah berubah. Iqbal Iskandar terpegun melihat Lily Jasmeen begitu. Di sebalik telekung yang dipakai, wajah wanita itu bersih suci. Iqbal Iskandar kembali memejam mata apabila melihat isterinya sudah selesai menunaikan solat.
"Ya Allah, yang Maha mencukupan untukku dan yang sebaik-baiknya melindungi aku. Ya Tuhan ku, curahkanlah kesabaran dan ketenangan dalam hatiku."
Lily Jasmeen mengaminkan doanya. Di malam yang sunyi ini, dia memohon kesabaran dan ketenangan untuk dirinya. Lily Jasmeen berteleku sejenak di atas sejadah. Setelah benar-benar tenang dia membuka telekung lalu diletakkan di tempat asalnya. Kemudian Lily Jasmeen melipat sejadah yang telah digunakan itu. Dia kembali ke katil.
Sempat dia membelek wajah suaminya dengan mata. Dia tersenyum lantas menyelimutkan tubuh lelaki itu. Dia mengambil tempat disisi suaminya. Matanya masih belum boleh lelap. Dia memusingkan badan menghadap suaminya. Dia mengeluh. Kenapalah matanya ini sukar untuk dilelapkan padahal, dia sangat mengantuk sebelum ini?
Lama Lily Jasmeen merenung wajah suaminya yang tenang dalam tidurnya. Sudah lama dia tidak menatap wajah ini. Suatu masa dulu wajah lelaki ini sering menjadi mangsa mata galaknya. Malam ini tanpa dia tahu lelaki itu sedar akan perbuatannya, dia kembali merenung wajah itu. Malah tangannya turut membelek wajah yang sudah lama tidak dia sentuh itu.
"Selamat malam."
Mentari pagi menikam mata. Lily Jasmeen membuka matanya perlahan-lahan. Sudah cerah alam ini disimbahi cahaya mentari. Dia memandang suaminya di sisi. Masih nyenyak. Malah lelaki itu sedang memeluk tubuhnya. Dia tidak sampai hati mahu mengejutkan lelaki itu. Lantas dia kembali memejam mata. Sesungguhnya sepasang mata miliknya masih mengantuk.
Sekejap sahaja dia kembali terlelap. Sedangkan pada masa itu jam sudah pun menunjukkan pukul 10 pagi. Hari pertama di rumah mertua, dia tidak dapat bangun awal pagi. Dia harap mereka faham. Dia terlalu penat kerana majlis perkahwinan itu. Dia bukan sengaja mahu tidur tetapi dia tidak terdaya mahu bangun dari tidurnya. Apatah lagi dia tidak tergamak mahu mengejutkan suaminya yang sedang nyenak.
Lebih kurang sejam kemudian, Iqbal Iskandar pula terjaga dan membuka mata. Dia menguap panjang. Dia mengerling jam di disinya. Sudah hampir pukul 11 pagi. Perlahan-lahan dia menarik tangan yang melingkari tubuh Lily Jasmeen. Dia menggosok matanya dan kembali melihat jam itu. Benar dia tidak salah. Sudah pukul 11 pagi. Solat subuh pagi dia terlepas lagi. Dia beristigfar panjang. Sudah dua hari dia tidak menunaikan solat subuh.
Iqbal Iskandar tidak terus turun dari katil. Dia menghadap isterinya yang masih tidur. Dia tersenyum melihat wajah tenang milik isterinya. Seraya itu dia mengucup dahi isterinya. Wanita itu sedar. Dia mengambil peluang ini untuk menatap wajah yang telah lama dia tinggalkan. Wajah secantik dahulu. Cuma dia kelihatan matang dari dahulu.
Dalam kematangan yang ditunjukkan, Iqbal Iskandar tahu isterinya ini masih manja seperti dahulu. Suaranya sahaja sudah jelas menunjukkan hal itu. Irama yang terhasil dari suaranya benar-benar mengasyikkan. Dia mahu mendengar suara itu lagi. Bila agaknya? Dia mesti mengajak Lily Jasmeen berbual disamping itu dia mesti berhati-hati jika mahu berbicara kerana dia sudah terpanggil Lily Jasmeen dengan nama Ainul sehingga isterinya itu terus tidak menjawab panggilannya.
"Baby...Baby..."
Telinga Lily Jasmeen bergerak-gerak. Dia seperti terdengar seseorang memanggil Baby. Adakah dia sedang bermimpi? Dia membuka mata dan terus terlihat Iqbal Iskandar sedang tersenyum memandangnya. Dia terus terbangun dan mahu menuruni katil secepat mungkin, tetapi Iqbal Iskandar terlebih dahulu memegang tangannya. Lily Jasmeen statik.
"Baby..."
Cuti Lily Jasmeen bersisa dua hari lagi. Semalam dia baru sahaja pulang dari kediaman keluarganya. Selepas menghabiskan masa selama tiga hari disana, dia kembali ke sini. Sebagai isteri dia mesti menghormati keinginan suaminya. Apatah lagi suaminya anak lelaku sulung, jadi tanggungjawab terhadap keluarga sangat berat. Sebagai isteri dia mengalah.
Lagipun layanan daripada ahli keluarga Iqbal Iskandar membuatkan dia selesa berada di sini. Walaupun antara dia dan suaminya masih dalam tanda tanya, namun ada beberapa perkara sudah pun jernih. Lelaki itu melayannya dengan baik walaupun adakalanya dia masih suka bersendirian. Lily Jasmeen tidak kisah asalkan dia tidak dilukai.
"Ada apa-apa Lily boleh bantu?"
Melihat Lily Jasmeen di dapur, Iqbal Iskandar terus melangkah ke kamarnya. Dompet Lily Jasmeen dicapai. Matanya melirik ke arah pintu sebelum dompet itu dibuka. Bukan mahu mencuri sekadar mahu melihat apa yang ada di dalamnya. Adakah seperti yang Zara katakan?
Satu bahagian dalam dompet itu terdapat gambar mereka berdua. Barulah Iqbal Iskandar sedar, Lily Jasmeen tidak pernah melupakan dia. Gambar-gambar ini buktinya. Dompet itu ditutup. Lantas telefon bimbit pula yang diambilnya. Dia mencari-cari fail yang dimaksudkan oleh Zara. Teman wanita sahabatnya banyak memberi maklumat kepadanya.
"Sweet memories!"
Iqbal Iskandar duduk di kerusi yang sedia ada. Dia melihat semua gambar yang berada di dalam fail itu. semua gambar itu masih dalam simpanan Lily Jasmeen. Sudah terlalu lama isterinya menyimpan gambar ini. Sedangkan dia, sudah lama membuang gambar-gambar ini. Tidak satu pun dia simpan di dalam telefon bimbitnya. Seingat dia, gambar-gambar ini telah dimasukkan ke dalam sebuah pendrive yang entah dimana dia simpan.
"What are you doing?"
Lily Jasmeen merampas telefon bimbitnya dari tangan Iqbal Iskandar menyebabkan lelaki itu tersentak. Masing-masing terdiam. Namun Pandangn Lily Jasmeen ditikam ke dalam anak mata Iqbal Iskandar. Timbul rasa bersalah dalam hatinya. Iqbal Iskandar mula menyusun ayat bicaranya.
"Er..."
"Lily hormat barang-barang abang. Tak pernah pun Lily tengok isi kandungan telefon abang. Tak boleh ke abang buang benda yang sama pada Lily?"
Wajah Lily Jasmeen berubah redup. Wajahnya mula suram. Malah matanya mula berkaca. Iqbal Iskandar terdiam. Memang salahnya. Tetapi dia hanya ingin tahu apakah semua perkara yang Zara dan Aery maklumkan kepadanya itu benar? Semuanya sudah terbukti tepat.
"Sorry. I didn't mean to..."
Termasuk hari ini, sudah dua hari Lily Jasmeen merajuk dengan Iqbal Iskandar. Sepatah pun dia tidak menegur lelaki itu. Malah sapaan lelaki itu juga tidak berbalas. Tidurnya bukan lagi di sisi suami sebaliknya di atas sofa yang sedia ada di dalam bilik. Puas Iqbal Iskandar berfikir bagaimana mahu memujuk isterinya? Adik dan ibu sudah perasaan akan perubahan Lily Jasmeen.
Ini kali pertama dia melihat Lily Jasmeen merajuk begini. Selama dia kenal Lily Jasmeen, tidak sekali pun wanita itu merajuk dengannya. Tapi kali ini mereka bukan seperti dahulu lagi. Memandangkan tiada pengalaman memujuk Lily Jasmeen, jadi dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan selain mengajak wanita itu berbual dengannya. Tetapi gagal.
Lily Jasmeen tidak bereaksi apa-apa. Dia sekadar diam. Mungkin tangannya bergerak melaksanakan tugas tetapi bibirnya langsung tidak berfungsi. Wajahnya juga sukar untuk mengukir senyuman seperti selalu. Biasanya jika mereka berdua berada bersama keluarga Lily Jasmeen akan tersenyum jua tetapi sekarang sudah tidak lagi.
"Kak Lily dengan abang long okey kan?"
"Yeah, of course!"
Selamba Lily Jasmeen memberi jawapan kepada soalan adik iparnya. Ini masalah rumah tangganya, biarlah dia dah Iqbal Iskandar sahaja yang tahu dan menyelesaikannya. Tidak perlu campur tangan dari orang lain. Mereka semua tidak tahu apa yang sedang di alami antara dia dan suaminya. Kalau pun mereka tahu, mungkin tidak sepenuhnya. Kecuali ada sumber-sumber tertentu yang mereka jadikan rujukan. Tetapi bagi Lily Jasmeen semua itu tidak mungkin.
"Baguslah macam tu."
"Yeah, erm Izzra kak Lily naik dululah. Esok dah start kerja. Takut tak terbangun pula."
Belum pun sempat Izzra bersuara, kakak iparnya itu sudah mula melangkah pergi. Izzra angkat bahu sambil memandang abang dan adik lelakinya. Tidak mahu menyibuk lagi. Mereka kembali membuang pandangan ke kaca televisyen.
"Your wife dah naik bilik. Abang long bila lagi?" soal adik bongsunya.
"On my way!"
Iqbal Iskandar terus berlari memanjat tangga. Sebelum terlambat, dia mahu berbicara dengan isterinya. Sudah dua hari mereka tidak berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Dia mahu membetulkan kesalahannya. Dia mahu memohon maaf sekali lagi. Samada Lily Jasmeen akan memaafkannya atau tidak, wanita itu harus memaafkannya.
"Kita kena berbincang." Ujar Iqbal Iskanda sebaik sahaja menutup pintu kamar.
Isterinya yang sedang melangkah keluar dari bilik mandi sekadar memandang suaminya kosong. Masih tidak bersuara, dia duduk di depan cermin dan mula menyapu wajahnya dengan tisu. Kemudian mula menyapu pelembap pada wajahnya seperti selalu. Dibiarkan suaminya bercakap sendiri.
"Abang minta maaf. Abang tau abang salah. Tapi abang just nak tahu apa kandungannya. Abang nak tahu samada Baby masih..."
"Masih apa?" potong Lily Jasmeen.
Bersuara juga isterinya ini. Iqbal Iskandar berasa lega. Malam ini semuanya harus selesai. Mereka perlu menghuraikan yang terkusut. Dan seboleh-bolehnya dia mahu kembali seperti dahulu, sama-sama menikmati kebahagian. Dia terseksa melihat Lily Jasmeen diam tidak mahu berbicara dengannya. Dia seolah-olah hilang arah apabila Lily Jasmeen bersikap begitu.
"Masing sayangkan abang!"
"Kalau pun Baby masih sayangkan abang, boleh ke abang sayangkan Baby macam dulu? Sedangkan dalam tidur dan jaga abang hanya ada nama Ainul Mardhiah? Abang kahwin dengan Baby pun bukan kehendak abang, kan? Tapi kenapa abang setuju juga nak kahwin dengan Baby? Sengaja nak balas dendam dengan Baby? Tak cukup lagi ke abang seksa Baby selama ni? Abang bahagia dengan Ainul Mardhiah, tapi Baby? I have nothing, bang!"
Air mata Lily Jasmeen mula merembes keluar selepas panjang lebar dia meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Iqbal Iskandar kaget. Tidak sangka perbincangan mereka yang masih singkat tempohnya sudah memberi laluan kepada air mata Lily Jasmeen datang menyapa wajahnya. Hati lelakinya tersentuh melihat air mata itu. Iqbal Iskandar menghampiri isterinya, air mata yang sedang mengalir keluar di sapu lembut.
"I'm sorry. Abang akui tak boleh lupakan Ainul. Dia dah banyak ubah abang. Dia hadir waktu abang kecewa. Dia bagi abang semangat untuk..."
"Untuk apa? Untuk jadikan Baby bahan kutukan classmate? Untuk buat Baby menangis setiap malam? Yelah, Ainul Mardhiah baik, alim dan segala-galanya. Sapalah Baby nak dibandingkan dengan dia. Now I know, kenapa abang layan Baby macam tu malam kita nikah! Semua sebab Ainul Mardhiah. But I'm not Ainul Mardhiah, bang! I'm not!."
Dua keping gambar dicampak ke muka Iqbal Iskandar. Sekeping adalah gambar Ainul Mardhiah, manakala sekeping lagi gambar pernikahan mereka. Memang benar, kedua-dua gambar ini ada persamaannya. Wajah mereka seiras apabila Lily Jasmeen memakai tudung. Kali pertama Lily Jasmeen melihat gambar itu, dia mula berkecil hati. Rupanya apa yang berlaku malam itu bukan untuk dirinya tetapi untuk Ainul Mardhiah. Kenapalah wajahnya seiras Ainul Mardhiah?
"Abang minta maaf. Memang salah abang. Please bagi abang peluang. Mungkin abang tak boleh lupakan dia. Tapi abang masih boleh sayangkan Baby macam dulu. Abang tak pernah lupakan Baby."
"Kalau abang tak lupakan Baby, kenapa abang buat Baby macam tu? Ada abang datang cari Baby, tanya Baby apa kisah sebenarnya? Takde pun, bang! Abang lebih suka larikan diri. Abang tak nak pun berselisih dengan Baby!
Tangisan Lily Jasmeen makin menjadi-jadi. Makin laju air matanya mengalir di pipi. Iqbal Iskandar menyapu air mata itu lagi. Dia menarik Lily Jasmeen dalam pelukannya. Dia membiarkan isterinya menangis sepuas hati dalam pelukannya. Agak lama wanita itu dalam pangkuannya. Tiba-tiba wanita itu menolak tubuhnya. Kasar.
"Baby..."
"Leave me alone, please!"
Azan subuh sudah pun berkumandang. Sayup-sayup kedengaran pada pendengaran telinganya. Lily Jasmeen tersedar dari tidur yang panjang. Dia mencapai tuala dan terus melangkah ke kamar mandi. Hari ini dia akan kembali bertugas. Cuti sempena perkahwinannya sudah pun selesai. Tempoh dua minggu sudah terlalu untuknya. Selama dia secara rasminya bertugas sebagai doktor, paling lama dia pernah bercuti adalah pada perkahwinannya ini. Biasanya dia tidak bercuti selain hari minggu.
Usai mandi, Lily Jasmeen mengambil wudhuk dan kemudian keluar dari kamar mandi. Kelihatan suaminya masih nyenyak tidur di pembaringan. Jam sudah menunjukkan 6.45 pagi. Masih agak awal untuk dia mengejutkan suaminya. Lagipun lelaki itu masih bercuri. Selepas solat nanti dia akan kejutkan suaminya. Dia memakai telekung dan menunaikan solat subuh.
Selepas mengaminkan doa, Lily Jasmeen melipat telekung dan sejadah lalu disimpan di tempat asalnya. Dia kemudian menghampiri suaminya yang masih dalam kedudukan tadi. Masih lagi nyenyak. Terdengar hembusan nafas halusnya. Lily Jasmeen duduk disisinya dan mengejutkan lelaki itu.
"Abang, bangun bang! Dah pagi ni."
Lembut suaranya mengejutkan si suami di pagi hari. Tetapi lelaki itu masih tidak membuka mata. Dia cuma mengubah posisinya. Selimutnya ditarik separas dada. Dia kembali ke alam mimpi mungkin. Lily Jasmeen gigit bibir. Namun dia masih belum berputus asa untuk mengejutkan lelaki itu. Tambahan pula dia memerlukan bantuan suaminya untuk menghantar ke tempat kerja.
"Abang, bangunlah. Nanti tak sempat solat. Abang, abang..."
"Erm..."
Tiba-tiba lelaki itu memeluk pinggangnya. Dia tergamam. Jantungnya mula berdegup kencang. Dia membiarkan sahaja. Malah mengambil peluang itu untuk mengusap rambut suaminya. Semakin nyenyaklah lelaki itu apabila dibelai sedemikian. Pelukannya semakin erat. Yang Lily Jasmeen harapkan, nama Ainul Mardhiah tidak keluar dari bibir suaminya.
"Abang, bangunlah. Nanti abang kena hantar Baby pergi kerja."
"Dah lama tak peluk Baby."
"Abang, bangunlah!"
Lily Jasmeen meleraikan pelukan suaminya. Lelaki itu terus membuka mata seluas-luasnya. Kemudian dia tersengih. Melihatkan Lily Jasmeen sudah memasamkan muka, dia segera mencapai tuala yang dihulurkan oleh isterinya lantas melangkah masuk ke dalam bilik mandi meninggalkan Lily Jasmeen yang tersenyum sendiri.
Malam tadi dia menangis sepuas-puasnya. Kemudian dia terlelap di sofa tempat tidurnya sejak dua malam lepas. Tetapi pagi ini dia kembali tersenyum. Namun dia sendiri tidak pasti apakah senyuman ini akan berterusan atau sekadar singgah seketika untuk pagi ini? Namun dia berharap senyuman ini akan terus bersama selamanya.
Tatkala suaminya sedang membersihkan diri, Lily Jasmeen mula menyiapkan dirinya untuk memulakan tugas. Sepasang baju kurung biru laut disarungkan ke badan langsingnya. Sangat sesuai dengan dirinya. Kemudian dia mula mendandan rambutnya. Sekadar mengikat seperti selalu. Cukuplah penampilannya ala kadar. Dia bukannya pembaca berita yang seharusnya kelihatan cantik dan menawan.
"Cantik, kalau rambut ni tak ikat."
Rambut yang sudah diikat dibuka ikatannya oleh Iqbal Iskandar yang masih bertuala. Lily Jasmeen terkejut. Masa bilakah suaminya keluar dari bilik mandi? Langsung dia tidak mendengar pintu dibuka. Malah derap kaki lelaki itu juga tidak kedengaran.
"Ainul Mardhiah lagi cantik kan, sebab dia tutup aurat!"
Iqbal Iskandar tersenyum kelat. Lantas dia berlalu ke tempat solat. Dia masih perlu menunaikan solat. Lily Jasmeen gigit bibir. Suaminya tidak menyebut nama Ainul Mardhiah dia pula yang menyebutnya. Dia rasa bersalah apabila melihat wajah suaminya menjadi keruh.
Sementara Iqbal menunaikan solat subuh, Lily Jasmeen turun ke dapur. Kelihatan ibu mertuanya bersama pembantu rumah sedang sibuk menyediakan sarapan pagi. Lantas dia melangkah ke sana untuk membantu apa yang patut. Dia seorang menantu, takkan mahu melihat ibu mertuanya menyediakan makanan untuk dirinya?
"Assalamualaikum. Ada apa-apa yang Lily boleh bantu?"
"Semua dah siap. Kecuali air. Lily tolong buatkan boleh? Iqbal tu bukan nak minum kopi ke teh ni. Dia lagi suka minum nescafe pekat."
Lily Jasmeen angguk. Masih seperti dulu citarasa suaminya. Dia sudah biasa menyediakan minuman ini untuk Iqbal Iskandar. Tidak menjadi masalah besar buat dirinya kerana dia tahu citarasa lelaki itu. Dia harap nescafe buatan tangannya masih diingatan lelaki itu. Tidak sampai lima minit semuanya selesai. Dia membantu menghidangkan sarapan di meja.
"Iqbal dan bangun? Pergi panggilkan dia."
Lily Jasmeen angguk. Seraya itu dia melangkah menuju ke biliknya di tingkat atas. Pintu kamar masih tertutup. Dia tahu suaminya masih berada di dalam. Perlahan-lahan dia membuka pintu. Suaminya sedang berdiri di jendela sambil berbicara di telefon. Dia menghampiri suaminya yang sudah pun selesai berbicara di telefon.
"Abang, sarapan!"
"Okey."
Iqbal Iskandar sekadar tersenyum. Dia menyikat rambutnya. Kemudian dia memastikan pakaiannya juga kemas. Kakinya mula menapak menuju pintu. Lily Jasmeen teragak-agak untuk menuturkan bicaranya buat suami. Sebelum sempat Iqbal Iskandar sampai ke pintu, Lily Jasmeen memegang tangan lelaki itu, membuatkan suaminya berpaling.
"Sorry! Baby tak bermaksud cakap macam tu pagi tadi."
"Takpe."
"Selamat pagi pengantin baru!"
Sebaik menjejakkan kaki ke dalam hospital dia disambut dengan senyuman manis dari semua orang. Malah semua memanggilnya pengantin baru menyebabkan wajahnya berona merah menahan malu. Tetapi dia tetap membalas senyuman dan sapaan mereka. Dia terus melangkah ke tempatnya. Sekejap lagi dia akan memulakan tugasnya.
"Hai puan LJ. Good morning!" Sapa Zara.
Selepas menjadi isteri Iqbal, Zara tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Lily Jasmeen. Dia hanya berkesempatan bertemu suami Lily Jasmeen. Itupun kerana lelaki itu datang bertanyakan sesuatu kepadanya. Apa lagi jika bukan pasal Lily Jasmeen. Dengan niat untuk memulihkan hubungan mereka berdua, Zara dan Aery nekad memberitahu Iqbal Iskandar perihal tentang Lily Jasmeen.
"Good morning to you too cik Zara."
"Dunia baru kau okey?"
Lily Jasmeen sekadar angguk sambil tersenyum. Hanya itu jawapan yang dia ada. Dia sendiri tidak pasti apakah dunia barunya indah atau tidak! Yang pasti Iqbal Iskandar sedang cuba menghiasi dunianya. Dia harap hiasan yang sedang Iqbal Iskandar sediakan ini suah cukup membuatkan dia tersenyum selamanya. Walaupun salah faham beberapa tahun lalu mash belum dibetulkan, namun mereka mampu melupakannya seketika.
"Takde pape pun!"
"Apa yang takde?" soal Lily Jasmeen kembali.
Tetapi Zara geleng kepala. Dia tersengih. Lily Jasmeen mencebik. Malas dia mahu melayan Zara. Kerjanya tidak akan selesai jika terus melayan sahabatnya ini. Lebih baik dia memulakan tugasnya yang sudah dua minggu dia tinggalkan ini.
"Malam ni jom lepas tempat biasa."
"Wey, sengal! Kau panggil aku puan LJ, kau nak ajak aku lepak tempat biasa?"
"Ala ajak la laki kau sekali. Macam tak biasa pula."
Lily Jasmeen geleng kepala. Kemudian dia meninggalkan Zara. Tidak pernah terlintas di minda mahu mengajak Iqbal Iskandar sama. Lagipun dia dan lelaki itu adakalanya dingin. Sukar untuk ditafsirkan apa akan terjadi kepada mereka apabila dia pulang dari kerja nanti. Seperti semalam, dia menangis dan menyuruh Iqbal Iskandar meninggalkan dia bersendirian, kemudian sewaktu subuh dia membiarkan suaminya memeluk dia seterusnya dia sendiri yang membangkitkan hal Ainul Mardhiah.
"LJ, on eh malam ni."
"Tak kot."
Double I sedang minum bersama Aery di sebuah gerai berhampiran tempat kerja Aery. Selepas selesai mesyuarat tadi, dia terus mengajak Aery keluar minum. Kebetulan pula hari ini isterinya akan pulang agak lewat dari selalu. Jadi dia masih ada masa untuk berborak dengan Aery. Sejak berkahwin, dia memerlukan Aery untuk memperbaiki hubungannya dengan LJ.
Sudah sebulan dia menjadi suami LJ, namun mereka masih terumbang ambing. Apabila dia bersikap positif, LJ pula akan bersikap negatif. Begitu juga sebaliknya. Jarang sekali mereka sependapat. Hanya kerana hal kecil, LJ pasti dia kembali berdiam diri. Dirinya sendiri pula, entah mengapa sering sahaja menyebut nama Ainul Mardhiah.
"LJ tak kerja ke yang kau ajak aku lepak dulu ni? Kang merajuk pulak tunggu lama-lama."
"Kerja. Dia lambat sikit. Dalam pukul 6. Dia memang tengah merajuk pun."
Aery memandang Double I yang sedang membuka tali lehernya. Dia tertawa. Patutlah sahabatnya ini mengajak dia minum bersama. Rupanya ada masalah dengan isteri. Mujurlah ada dia yang sentiasa bersama LJ ketika kedua-dua pasangan itu berpisah dahulu. Mujurlah kekasihnya sahabat baik LJ. Dapatlah dia tahu apa kisah-kisah hidup LJ selepas berpisah dengan Double I.
"Apahal merajuk?"
"Ainul Mardhiah la."
"Tu la kau. Orang yang takde kau ingatkan. Yang depan mata mestilah kecik hati. Alert la sikit. Bukan kau tak kenal dengan LJ. Kau kenal dia sejak zaman remaja takkan kau tak faham dia lagi? Kata masih ada sayang. Kalau masih ada sayang, takkan tak boleh handle bro? Orang yang masih sayang tak mungkin boleh lupa macam mana sikap and sifat orang yang dia sayang tu."
Double I diam sahaja. Betul juga apa yang dikatakan oleh Aery. Mungkin dia masih belum lupakan peristiwa malam itu, jadi sedikit sebanyak menganggu hubungan mereka. Dia harus selesaikan masalah ini dahulu nampaknya. Mereka perlu berbincang tentang malam itu. Kerana peristiwa itu masih subur dihati, maka dia tidak boleh memberi peluang untuk dirinya memahami kehendak dia dan LJ.
"Aku pun tak tau la. Aku dah try, tapi aku rasa ada yang tak kena juga."
"Pasal malam tu?"
"Mungkin."
Lily Jasmeen mengeluh. Sudah hampir setengah jam dia menunggu suaminya tetapi masih juga belum kunjung tiba. Dia sudah malas mahu menjadi penunggu setia. Dia kembali ke biliknya. Kemudian menyambung kerja yang dia kira mahu sahaja dia siapkan esok hari. Makin membuak-buak marahnya. Semalam sahaja dia hampir menengking suaminya. Pagi tadi langsung dia tidak pandang wajah lelaki itu ketika keluar dari kereta.
"Kenapalah dengan aku ni?"
Dia bersandar pada kerusi. Fail yang dibuka dibiarkan terbuka di atas meja. Dia memejam mata serapat yang mungkin. Saat itu air matanya mula merembes keluar. Dia keliru dengan diri sendiri. Malah dia ragu-ragu dengan suaminya. Dia tidak tahu bagaimana dia harus mengharungi semua ini. Makin banyak dia fikir makin tertekan jiwanya.
Lily Jasmeen terlalu cemburu. Dia tidak boleh menerima hakikat bahawa ada wanita lain dalam hati suaminya. Malah dia tidak boleh terima nama wanita itu sentiasa bermain di bibir suaminya. Hati wanitanya sangat terluka apabila situasi itu datang menyapa. Berkali-kali dia cuba menerima Ainul Mardhiah, tetapi gagal. Walaupun wanita itu sudah pergi bertemu Penciptanya, namun keperibadian wanita itu buat dia sedikit terpinggir.
"Sebagai isteri aku dah banyak berdosa pada suami aku! Ya Allah, ampunkanlah dosa hamba-Mu yang serba kekurangan ni."
Telefon bimbit berbunyi. Nama suaminya tertera di skrin telefon. Mungkin lelaki ini sudah sampai atau mungkin juga dia perlu pulang sendiri. Telefon bimbit yang sedang berbunyi dicampakkan ke pintu. Jatuh berderai ke lantai namun masih berbunyi. Sengaja dia membiarkan telefon bimbitnya menjerit dilantai. Jiwanya tidak tenang. Dia tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini.
Telefon bimbit masih berbunyi. Tetapi tidak dia amil peduli. Sebaliknya dia melangkah meninggalkan tempatnya dan menuju ke jendela. Pandangannya dibuangkan jauh ke taman berhampiran hospital. Air matanya dikesat perlahan. Sejak menjadi isteri Iqbal Iskandar, dia sering bermain dengan air matanya. Adakalanya di depan mata lelaki itu. Adakalanya dia menangis seorang diri.
Tatkala dia sedang termenung dijendela, Iqbal Iskandar sedang menunggu dia di dalam kereta. Sudah berkali-kali dia cuba menghubungi isterinya tetapi tidak dijawab. Dia risau. Sudah hampir setengah jam dia menunggu di dalam kereta. Dia kemudian keluar dari kereta dan masuk ke dalam hospital untuk mencari Lily Jasmeen.
"Di mana saya boleh jumpa Dr. Lily Jasmeen?"
"Saya rasa Dr. Lily dah balik. Encik ni siapa?"
Sedar tidak sedar. Sudah hampir tiga bulan Iqbal Iskandar menjadi suami Lily Jasmeen. Pantas masa berlalu. Namun hubungan mereka berdua masih lagi kucar kacir. Dalam tempoh seminggu, hanya dua hari mereka menikmati kebahagian. Selebihnya mereka akan membawa diri masing-masing. Kadang kala mereka berdua tidak pulang ke rumah kerana tidak mahu keluarga mereka menghidu perselisihan faham, antara mereka.
Sejak semalam LJ berada di rumah sewa Zara. Dia tidak pulang ke rumah. Entah buat kali ke berapa mereka berselisih faham dalam tempoh ini. Acapkali berselisih faham rumah ini menjadi perhentian LJ untuk mengelakkan diri daripada Double I. Zara sentiasa mengalu-alukan kehadiran sahabatnya. Tetapi tidak beberapa hari kebelakangan ini. Kehadiran LJ sebenarnya merumitkan keadaan.
"Tak fahamlah aku dengan korang ni. Tak boleh ke korang bangkitkan balik kemesraan korang dulu tu? Kau as a wife, cuba tanya apa dia tak puas hati dengan kau? Pulihkanlah hubungan korang ni. Kau kata harum subur dihati, kalau dah harum subur dihati kenapa jadi macam ni?"
"Dia harum subur dihati aku, tapi Ainul Mardhiah harum subur dihatinya."
Zara tepuk dahi. Tidak sudah-sudah dengan Ainul Mardhiah. Asalkan pasangan ini berselisih faham, pasti kerana Ainul Mardhiah. Bagaimana orang yang sudah mati boleh menganggu urusan rumah tangga mereka? Rimas Zara dengan LJ dan Double I. Kedua-dua mereka seperti budak kecil yang tidak tahu apa-apa. Semua perkara mereka tidak boleh selesaikan sendiri.
"Kau sekarang ni cemburu sangatlah LJ. Sejak bila kau jadi macam ni? Dengan orang mati pun kau berkira ke?"
"Mati ke hidup, dia tetap seorang perempuan."
Zara geleng kepala. Sudah kali ke berapa ratus dia mendengar ayat ini. Adakalanya dia seperti mahu lari jauh dari LJ. Sakit jiwanya setiap kali LJ berselisih faham dengan Double I. Sedikit sebanyak menganggu hubungannya dengan Aery. Masalah rumah tangga itu menyebabkan mereka sering bertekak kerana ingin membela sahabat masing-masing.
"Perempuan pun, dah namanya mati bukan dia boleh datang menggatal dengan laki kau. Rasional lah Dr. Lily. Kau bukan budak-budak lagi. Aku rasa kau yang dulu lagi matang dari kau yang sekarang. Lebih baik kau jadi LJ yang dulu. Aku makin tak faham dengan kau ni. Makin menjadi-jadi cemburu kau ni."
"Aku tak mintak kau faham aku."
LJ melangkah membawa diri. Zara mengeluh. Kala pertama dia tidak dapat bersabar dengan LJ. Dia terasa sesak nafas apabila berbicara dengan LJ mengenai hal ini. Dia sudah letih berbicara hal yang sama. Dia juga tidak sanggup melihat LJ menangis di depannya. Dia tidak sampai hati. Selama tiga bulan ini, LJ kerap kali menangis di depannya. Hatinya terusik setiap kali LJ menangis, tetapi dia tidak tahu apa yang harus dia bantu.
"LJ, tunggu dulu."
Gelap malam menemani Lily Jasmeen di balkoni bilik. Selepas makan malam tadi, dia hanya berkurung di dalam bilik. Membiarkan suaminya bersama keluarga berborak di ruang tamu. Sesungguhnya dia tiada mood untuk berbicara. Dia mahu bersendirian. Dia mahu menenangkan jiwanya. Dia mahu mencari jalan penyelesaian untuk masalah rumah tangganya.
Benar kata Zara, dia terlalu cemburu akan Ainul Mardhiah yang sudah meninggal itu. Benar kata Zara, dia tidak bersikap matang. Apakah yang sebenarnya dikehendaki hati ini? Itulah soalan yang sering bermain di mindanya. Namun jawapan yang dia mahu terlalu banyak. Dia tidak boleh memilih salah satu daripadanya. Dia keliru.
Lily Jasmeen merenung langit yang dihiasi gugusan-gugusan bintang. Sudah lama dia tidak berbicara dengan bintang-bintang ini. Ke manakah bintangnya menghilang? Soal hatinya. Dia mencari di setiap pelusuk langit yang dapat dia lihat. Sepasang bintang yang dicarinya tiada di situ. Dia yakin kini dia bersendirian seperti mana bintang di atas sana. Walaupun ada bintang-bintang lain berhampirannya, namun dia masih bersendirian sebenarnya.
"Takde harapan lagi ke untuk aku tengok bintang yang pernah menjadi saksi cinta kami?"
Lily Jasmeen berbicara sendiri. Hanya itu yang mahu dia soalkan kepada alam. Harapannya pudar apabila bintang yang dicarinya tidak kelihatan dek pandangan mata. Seolah-olah memberitahu dia, bahawa tiada persefahaman lagi antara bintang-bintang itu. Seperti juga dirinya dan Iqbal Iskandar.
"Bintang tu macam kita. Kalau kita bersama, bintang tu bersama. Cuba tengok atas tu."
Jari telunjuk Iqbal Iskandar dihalakan ke langit kelam. Lily Jasmeen turut mendongak. Kelihatan di atas sana, ada sepasang bintang yang dicarinya. Cahaya yang dikeluarkan oleh bintang itu sangat terang. Sungguh cantik. Lily Jasmeen tersenyum. Beberapa saat tadi dia tercari-cari bintang pujaannya, kini dia sudah dapat melihat bintang itu.
"Cantik."
"Itukan bintang kita."
Lily Jasmeen berpaling memandang suaminya disisi. Lelaki itu tersenyum manis. Lily Jasmeen turut tersenyum. Terasa luka dihatinya semakin sembuh. Tenang jiwanya seketika. Tiba-tiba pinggangnya dirangkul suami. Dia membiarkan sahaja. Kisah lalu mula menjelma. Lily Jasmeen memejam mata menikmati keindahan itu. Detik bahagia mereka singgah di ruangan minda.
"Baby, maafkan abang untuk malam tu. Abang tak sengaja nak tuduh Baby macam tu. Abang marah sangat sampai abang tak dapat fikir apa-apa. Abang tak berniat nak cakap macam tu tapi abang tak boleh terima, Baby keluar dengan dia. Abang mintak maaf atas keterlanjuran abang tu."
"Abang..."
"Maafkan abang. Abang tahu Baby tak bermaksud nak hubungan kita putus malam tu. Semuanya salah abang. Abang sepatutnya dengar dulu penjelasan dari Baby. Maafkan abang! Abang bertindak mengikut perasaan. Abang tak fikir perkara lain sebelum cakap macam tu."
Tersentuh jiwa Lily Jasmeen mendengar luahan suaminya. Inilah yang mahu dia dengar sejak dia mula bertemu lelaki ini. Tidak sangka selepas tiga bulan barulah dia dapat mendengarnya. Dan dia juga mesti memohon maaf atas kesalahan yang tidak disengajakan itu. Dia harus memohon maaf kerana dia yang memulakan sengketa antara mereka.
"Baby pun salah. Baby tipu abang. Tapi Baby tak berniat nak buat macam tu. Dia nak berlumba dengan abang. Baby jumpa dia untuk tahu apa rancangan dia. Baby tak sangka akan jumpa abang malam tu. Sumpah bang, Baby takde apa-apa hubungan pun dengan dia kecuali sebagai kawan. Baby tak pernah curang dengan abang."
Air mata Lily Jasmeen sudah jatuh berguguran ke bumi. Dia mula menangis. Yang pasti tangisannya bukan seperti selalu. Kali dia dia menangis kerana gembira. Iqbal Iskandar menarik Lily Jasmeen ke dalam pelukannya. Buat kali pertama dia terasa, pelukan ikhlas dari Lily Jasmeen. Selama ini isterinya tidak pernah bereaksi seperti sekarang.
"Boleh kita lupakan semua tu, dan mulakan hidup baru?"
Lily Jasmeen mengeratkan pelukannya pada tubuh Iqbal Iskandar. Setelah sekian lama, malam ini barulah dia terasa kehangat pelukan suaminya yang sebenar. Air matanya masih lagi mengalir tanda gembira yang teramat sangat. Kalaulah dari awal lagi, dia meringankan bibirnya untuk memohon maaf tentang malam itu, pasti mereka sudah lama bersatu. Kalaulah dia yang tidak teragak-agak untuk berbicara tentang malam itu, pasti sudah lama mereka kembali bahagia.
"Ainul Mardhiah?"
Sinaran menteri mula memercikan cahayanya ke segenap alam. Kepala Lily Jasmeen berdenyut-denyut. Sejak subuh lagi dia sudah terasa sakit. Tidak seperti selalu, pagi ini usai solat subuh dia kembali terlelap. Selepas menyediakan sarapan pagi buat suaminya, dia terus memanjat katil kembali. Kemudian dia terus terlelap tidak sedarkan diri.
Dia memicit kepalanya. Perlahan-lahan dia membuka mata. Sudah beberapa malam dia tidak tidur nyenyak. Dia terlalu sibuk dengan tugasannya di hospital. Pulangnya hampir subuh kemudian akan kembali ke hospital kira-kira 9 pagi. Hari minggu ini, dia membuat keputuasan untuk menghabiskan masanya dengan tidur sahaja.
"Bangun pun isteri abang ni."
"Cepatnya abang jogging."
Berkerut-kerut dahi Iqbal Iskandar. Memang sah isterinya ini tidur tidak sedarkan diri. Sekarang sudah hampir pukul 1 petang. Dia menghampiri isterinya sambil menunjukkan jam ditangannya. Separuh ternganga mulut Lily Jasmeen apabila melihat jam di tangan suaminya.
"Kenapa abang tak kejut Baby?"
Lily Jasmeen bingkas bangun. Dia menarik tuala dan masuk ke kamar mandi. Iqbal Iskandar sekadar tersenyum melihat telatah isterinya. Dia bahagia. Kini rumah tangganya makin kukuh. Mereka sudah kembali menjadi pasangan paling bahagia. Ainul Mardhiah bukan lagi penyebab mereka bergaduh. Lily Jasmeen sudah boleh menerima Ainul Mardhiah sebagai kisah silam suaminya.
"Baby mintak maaf. Sepatutnya Baby faham Ainul Mardhiah penting untuk abang. Dia penawar duka abang. Baby janji, Baby takkan bangkitkan hal tu lagi. I'm too jealous actually. About 6 years Baby cemburu dengan dia."
"Anggap je dia kakak Baby. Abang janji takkan bandingkan Baby dengan dia."
Iqbal Iskandar tersenyum lagi. Dia sangat gembira dapat melihat senyuman Lily Jasmeen. Jiwanya kembali tenang. Sejak mereka sepakat untuk memulakan kisah baru, dia sering menghabiskan masa bersama Lily Jasmeen tatkala cuti menjengah tiba. Adakalanya mereka keluar bersiar bersama-sama seperti dahulu kala.
"Abang ni kenapa senyum sorang? Ingat Ainul eh?"
""A'ah. Agaknya mesti best dapat kahwin dengan dua orang yang abang sayang."
Lily Jasmeen mencebik. Dia mengelap rambutnya yang basah. Malas mahu melayan suaminya. Mulalah mahu mengusik kalau dia melayan. Mentang-mentang dia sudah menerima Ainul Mardhiah, tapi sisa-sisa cemburu masih ada. Cuma dia tidak mahu melayan perasaan itu. Dia tidak mahu kerana cemburu yang secubit itu menganggu hubungan mereka suami isteri.
"Tak payahlah kahwin dua. Yang sorang pun abang cari Aery minta tolong. Erm, kita makan kat luar je lah! Baby malas nak masak. Lagipun kita berdua je."
Malam menjelang lagi. Lily Jasmeen dan Izzra sedang menyediakan makanan di dapur. Malam ini ada tetamu istimewa. Anak kedua Datin Insyirah mahu memperkenalkan teman wanitanya. Mereka mahu menyediakan makanan istimewa buat tetamu itu. Kebetulan pula, kedua-dua pembantu rumah sedang bercuti. Terpaksalah Izzra dan Lily Jasmeen turun padang.
Semuanya hampir selesai. Hanya Lily Jasmeen sahaja masih didapur. Dia sedang membancuh minuman untuk malam ini. Iqbal Iskandar menyelinap masuk ke dapur. Kononnya mahu membantu isteri yang sibuk. Tubuh isterinya dipeluk mesra dari belakang. Lily Jasmeen tersentak. Sempat dia memcubit lengan suami tersayang.
"Abang ni tak malu betul."
"Buat apa nak malu. You are my wife, dear!"
Lily Jasmeen mencebik. Dia terus menyelesaikan tugasnya. Dia membiarkan Iqbal Iskandar terus mencumbuinya. Kalau dia melayan sampai subuh pun minuman ini tidak dapat disiapkan. Dia pasti terselamat apabila Izzra masuk ke dapur nanti. Pasti Iqbal Iskandar akan diperli habis-habisan oleh adik perempuan tunggalnya itu.
"Tak puas dalam bilik ke, sampai ke ceruk dapur abang long nak kacau kak Lily?"
Baru sahaja terfikir akan Izzra, terus adik perempuan tunggal itu muncul. Iqbal Iskandar meleraikan pelukannya. Lily Jasmeen tertawa kecil. Sudah selalu adiknya itu menegur mereka. Iqbal Iskandar sahaja yang masih belum serik. Tidak puas-puas dia bersama isterinya. Setiap saat pun kalau boleh dia tidak mahu lepaskan isterinya itu.
"My wife what!"
Tiba-tiba Lily Jasmeen menolak Iqbal Iskandar. Dia berlari ke singki berhampiran. Tekaknya terasa loya. Tergamam Iqbal Iskandar dan Izzra melihat Lily Jasmeen yang tadinya sedang tertawa riang sedang memuntahkan isi perutnya. Mereka berpandangan sesama sendiri. Masing-masing kelu. Hanya melihat Lily Jasmeen yang sedang terbongkok-bongkok di singki.
"Are you okey?"
"Yeah, i think."
Senyuman manis ini terukir sejak pagi lagi. Selepas bertemu dengan rakan setugasnya, tidak habis-habis dia tersenyum. Tidak sabar-sabar dia mahu pulang. Dia menyiapkan semua kerjanya sepantas kilat. Kemudian dia meminta kebenaran untuk pulang awal. Dia sebenarnya telah mendapat cuti sakit untuk dua hari. Maka, hari ini dia tidak perlu bertugas tetapi dia masih menyelesaikan tugasannya.
Walaupun Iqbal Iskandar tidak dapat menjemputnya, dia tidak kisah. Dia menaiki teksi sahaja untuk pulang. Lagipun bukannya dia tidak pernah menaiki teksi. Beberapa kali juga dia menaiki teksi untuk pulang ke sana. Tetapi sekarang yang dia tahu, dia mesti cepat sampai ke rumah. Dia sudah tidak sabar-sabar mahu pulang. Hatinya senang sekarang. Hanya dia dan orang yang sepatutnya tahu mengapa dia segirang ini?!
"LJ, nak ke mana tergesa-gesa ni?"
Zara menyapa Lily Jasmeen ketika terserampak dengan wanita itu di lobi hospital. Dari jauh lagi dia sudah perasaan akan perubahan Lily Jasmeen. Dari jauh lagi dia sudah nampak senyuman manis itu terukir di bibir. Apakah yang sedang berlaku kepada sahabatnya? Angin tiada, ribut pun tiada tiba-tiba pokok bergoyang, itulah ibaratnya Lily Jasmeen sekarang.
"Balik. Aku mc today. Bye."
Lily Jasmeen terus masuk ke perut teksi. Meninggalkan Zara yang sedang dilanda segunung pertanyaan. Dia geleng kepala. Beberapa hari lalu sahabatnya itu menjadi pemarah. Tetapi hari ini dia berubah lagi. Perasaannya sering berubah-ubah sejak kebelakangan ini.
"Bye."
Teksi terus bergerak meninggalkan kawasan hospital. Zara pula kembali bertugas. Namun dia masih tertanya-tanya apakah sebab musabab sahabatnya itu berubah lagi? Sejak beberapa bulan ini, dia melihat banyak perbezaan sikap yang Lily Jasmeen tunjukkan. Sehingga Zara sendiri tidak pasti apakah kondisi sebenar sahabat terbaiknya itu.
Langit malam ini dihiasi bintang-bintang berkerdipan. Lily Jasmeen mendongak ke langit. Dia tersenyum puas. Semakin hari semakin tenang jiwanya. Kehidupannya semakin bahagia. Malah dia terasa hidupnya lebih bermakna daripada beberapa bulan lalu. Dia tidak sanggup untuk membuang kehidupan sekarang. Dia terlalu sayangkan kehidupan ini. Tiada kehidupan yang lebih bermakna kecuali kehidupan yang sedang dia miliki.
"Terima kasih Allah, kerana kurniakan aku kehidupan ini. Terima kasih juga kerana kurniakan kami sepasang bintang tu."
Tiba-tiba terasa pinggangnya dipeluk erat. Dia berpaling dan tersenyum apabila melihat suaminya berada di situ. Inilah kehidupan Lily Jasmeen. Inilah nyawa Lily Jasmeen. Inilah segala-galanya buat Lily Jasmeen. Terima kasih Ainul Mardhiah kerana sekadar harum subur dihati suamiku. Itulah ucapan yang paling Lily gemari setiap kali dia bahagia bersama suaminya.
"Terima kasih Allah, kerana kurniakan aku isteri ini!"
Sebuah ciuman dihadiahkan ke pipi Lily Jasmeen. Wanita itu tersenyum dan membalas ciuman itu kembali. Sekali lagi bersaksikan bintang mereka berpelukan mesra. Bersaksikan bintang cinta mereka yang enam tahun layu, kembali mekar mewangi di sudut hati.
"Abang suka tak kalau Ainul Mardhiah bersama kita?" bisik Lily Jasmeen.
"Baby..."
Iqbal Iskandar tidak selesa untuk menjawab soalan itu. Adakalanya soalan yang Lily Jasmeen kemukakan tidak munasabah. Tapi dia tidak kisah kerana semua itu hanyalah gurau Lily Jasmeen. Namun, malam ini soalan yang ditanya langsung tidak masuk akal. Masakan orang yang telah lama mati akan hidup semuala? Tidak logik sama sekali.
"Jangan panggil Baby, please. Tak sesuailah."
"You are my Baby, what!"
"If I'm your Baby, then dalam perut ni baby siapa?"
Bulat mata Iqbal Iskandar memandang isterinya. Dia tidak percaya dengan apa yang dia dengar seketika tadi. Lily Jasmeen sekadar tersenyum simpul melihat reaksi suaminya. Sengaja dia mahu memberi kejutan yang tidak seberapa ini. Dia sudah membuat rancangan ini sejak siang lagi. Sengaja nama Ainul Mardhiah disebut untuk mengelirukan suami tersayang.
"Baby...jangan main-main."
"Tak main-mainlah. Yes I'm pregnant."
Iqbal Iskandar memeluk erat tubuh isterinya. Hidup kini lebih bermakna degan perkhabaran ini. Inilah berita gembira yang dia tunggu-tunggukan. Inilah tanda cinta mereka. Bersaksikan bintang juga Iqbal Iskandar menerima khabar gembira ini dengan wajah yang terkejut. Tetapi kejutan ini menggembirakan.
"Nampaknya bintang yang dua tu, akan jadi tiga, kan sayang?!"
Mereka tertawa. Pelukan semakin erat. Tanpa mereka sedari, di atas sana ada senyuman untuk mereka. Senyuman daripada seorang Ainul Mardhiah. Dia tahu dirinya harum subur dihati Iqbal Iskandar, jadi dia tidak cemburu malah dia mendoakan kebahagian pasangan ini. Semoga hubungan cinta ini kukuh hingga ke akhir hayat mereka. Amin.
posted by BLOGGER @ 10:14 PG   15 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group