BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Februari 17, 2008
TROFI
NURUL AINI BAKAR
eyenie105@yahoo.com

Hidup tanpa ilmu memang payah. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang. Setakat SPM, nak dapat kerja baik, jangan haraplah! Lagi parah jika bermastautin di Kuala Lumpur ini, bandar raya yang semakin hari semakin kecil, sempit dengan persaingan yang datang bukan sahaja daripada luar bandar malah luar negara. Kehidupan sehari-hari bagai pertempuran, sesiapa yang lemah tak mungkin akan kekal. Bagi yang menang pula pertempuran hari esok masih menanti.

Taufiq membersihkan beberapa contoh piala yang dijadikan pameran di kedai menjual peralatan seni itu. Bagai seorang pakar, pekerjaan itu tidak mengambil masa yang lama buat dirinya. Setelah itu dia kembali semula ke kaunter, menunggu pelanggan. Dari atas pelantar kaunter, dia memerhati hasil kerjanya yang sedari pagi tadi mengemas kedai tersebut. Sama seperti hari-hari sebelumnya, Taufiq berpuas hati. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Masih awal untuk kedai itu dikunjungi ramai pelanggan. Selalunya ‘Arts Faundation’ hanya akan sibuk pada waktu puncak iaitu antara 1.00 hingga 5.00 petang. Lokasinya strategik, ditengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, terletak di kawasan China Town, Petaling Street yang menjadi tumpuan pelancong dan juga pelajar-pelajar sekolah yang kebanyakannya menghadiri kelas tuisyen di pusat-pusat tuisyen sekitar; ditambah dengan Feng Shui yang bagus, pemilik kedai ini sememangnya mengaut keuntungan yang lumayan. Sudah 6 bulan dia bekerja disitu, dan ini adalah pencapaian terbaik Taufiq selepas berpuluh kali tewas dalam pertempuran hidup di Kuala Lumpur.

Taufiq mengelamun jauh. Walau dia menyukai pekerjaannya kini, namun mana mungkin dia bekerja disini untuk selama-lamanya. Macam mana aku nak jadi kaya macam Tauke Wong tu. Kepalanya ligat berfikir. Pamplet Pusat Tuisyen Kasturi pemberian Alya yang ada di atas kaunter itu dibelek. Boleh lagi ke otak berkarat aku ni belajar. Lepas sahaja habis SPM tiga tahun lepas, dia berdegil untuk bekerja. Hendak cari duit sendiri kononnya. Tentangan keluarga yang mahu dia sambung belajar langsung tidak diendahkan malah dengan bangga dia meninggalkan rumah untuk duduk menyewa dengan rakan-rakan. Pada mulanya semuanya seronok, hidup bebas tanpa pengawasan orang tua. Tetapi apabila tiba tengah bulan mulalah seksa, menahan lapar kerana poket sudah kering. Dekat setahun juga kehidupan Taufiq terumbang-ambing, bertukar kerja tak terkira, sudah itu hampir pula terlibat dengan dadah dek kerana pengaruh rakan-rakan serumah. Mujur ada abang Shafiq, abang sulung Taufiq yang cepat-cepat menariknya daripada terus hanyut. Berkat kesungguhannya untuk berubah, kehidupan Taufiq bertambah baik dari sehari ke sehari.
“Termenung jauh nampak!” Alya tiba-tiba muncul.
“Alya! Terkejut abang. Awal datang hari ni!” Taufiq tersenyum pada gadis pujaannya itu.
“Awal! Dah pukul 12.00 lah! Jom pergi makan.” Alya mengajak manja.
“Kelas pukul berapa?” Taufiq bertanya sambil mengemas pamplet yang dibeleknya tadi. Dia meninjau-ninjau sekitar kedai itu mencari Amir, rakan sekerjanya.
“Pukul 12.30. Alah sempat lagi, kita pergi makan dekat CM OK.” Alya memujuk. Memang sengaja dia datang awal hari ini, niatnya nak pergi makan dengan si buah hati, Taufiq, sambil memujuknya untuk mengambil kursus yang ditawarkan pusat tuisyen kasturi selepas dia habis SPM nanti. Sudah rezekinya, ayah tidak dapat menghantarnya ke tuisyen hari ini. Maka semakin panjanglah kaki Alya melangkah.
“Amir, kau ganti aku sejam, aku rehat dulu. Boleh?“ Taufiq sedikit melaung memanggil Amir yang sibuk mengira stok berus lukisan di sudut belakang kedai itu.
“OK! No problem.“ Amir menunjukkan ibu jari kanannya tanda setuju.
“Jom!” Taufiq menghulurkan tangannya, disambut mesra Alya dan mereka beriring keluar daripada ‘Arts Faundation’. Gelak tawa mengiringi perbualan mereka, melepas rasa rindu masing-masing. Maklumlah perhubungan mereka tidak diketahui keluarga Alya, maka agak sukar untuk bertemu selalu. Pertemuan mereka 6 bulan lalu, sewaktu Alya menunjukkan jalan kepada Taufiq yang tersesat untuk interview kerja di ‘Arts Faundation’membuahkan bibit-bibit cinta
“Alya! Kau masuk dalam kereta cepat!” Sebuah Waja Putih berhenti mengejut disebelah pasangan itu. Pemandunya membunyikan hon beberapa kali.
“Ayah!“ Alya gugup, ketakutan melihat ayahnya yang lengkap berpakaian seragam polis dengan kereta peronda. Disebelahnya seorang lagi anggota polis, rakan setugas ayahnya, Pak Cik Ramli.
“Aku kata masuk!“ Sekali lagi suara itu menjerit. Alya akur, masuk kedalam kereta peronda itu sambil merenung Taufiq yang masih lagi terkejut.
Taufiq memandang kereta itu meluncur pergi sehingga menghilang disebalik kesesakan jalan itu. ALYA...

“Aku pergi hantar kau tuisyen, bukan untuk kau menggatal cari jantan! Kau ingat umur kau tu berapa tahun, pandai-pandai nak bercinta. Baru setahun jagung... Kalau dah gatal sangat nak kahwin, tunggu lepas kau habis SPM akhir tahun ni aku nikahkan!“ Aminuddin menyinga. Saban waktu dia mengutuk anak-anak muda zaman sekarang yang berkepit-kepit lelaki-perempuan sewaktu menjalankan rondaan. Tidak tersangka pula hari ini dia terhantuk batang hidung sendiri, anak sendiri yang buat perkara itu. Mana aku nak letak muka dengan si Ramli tu. Buat malu aje!
“Kami kawan saja ayah, bukannya buat benda tak senonoh.” Alya menjawab cuba mempertahankan diri. Di suatu sudut, Hamidah, ibu Alya hanya memerhati tidak termampu berbuat apa. Sememangnya suaminya tidak boleh dihalang ketika marah masih membara.
“Kau menjawab, menjawab…” Aminuddin menampar pipi anaknya itu membuatkan Alya terjelepuk.
“Kau ingat aku buta! Berpegang-pegang tangan, terkekeh-kekeh gelak, senonoh sangat ke? Lepas ni kau jangan pergi tuisyen lagi. Kau pergi sekolah, balik sekolah, biar aku yang ambil. SPM nanti kalau kau tak pass aku kahwinkan saja dengan siapa-siapa? Kau buatlah perangai lagi Alya! Aku akan buat apa yang aku cakap ni.“ Aminuddin mengugut, lantas dia bingkas meninggalkan rumah, mencari cara untuk meredakan amarahnya.
Alya dibiar bercucuran air mata. Hamidah mendekati anak gadisnya itu.
“Mak!” Alya memeluk ibunya. Tamparan Aminuddin sebentar tadi jelas dipipi Alya, memerah menutupi gebu putih kulitnya Namun kesakitan tamparan itu tidak seberapa kalau nak dibanding kesakitan hatinya takala ini.
“Kau dah tahu ayah kau pantang benda-benda macam ni, yang kau buat kenapa?“ Hamidah bersuara, tegas.
“Abang Taufiq tu baik mak! Alya sayang dia.” Alya merintih, terkenangkan Taufiq. Bagaimana perasaannya tika ini?…
“Kau jangan Alya! Ayah kau tu pegang pada janji. Kalau kau tak dapat masuk universiti lepas ni, kau nak ke kahwin dengan siapa-siapa yang ayah kau cakap tadi? Sudahlah dia kecewa dengan kakak kau dulu malas belajar! Kau nak jadi macam kakak kau ke?” Hamidah sedikit membentak. Dia jelas dengan sifat suaminya. Sebenarnya Aminuddin cemburu dengan kejayaan anak rakan-rakannya yang lain, masing-masing dapat masuk ke menara gading. Semasa Along dulu, keputusan SPM-nya teruk. Elok sahaja ada orang masuk meminang, terus dikahwinkan. Dia tidak mahu Angah; Alya, mendapat nasib yang sama. Bukan mudah untuk hidup berkeluarga dalam usia yang terlalu muda.
“Tapi Alya sayangkan abang Taufiq, Alya sayangkan abang Fiq…” Alya terus-terusan merengek.


Abang Fiq,
Alya tidak tahu macam mana nak mulakan. Ayah marah sangat tentang perhubungan kita. Alya tak boleh pergi tuisyen lagi. Alya dah tak boleh jumpa Abang Fiq lagi. Ayah ugut untuk kahwinkan Alya lepas SPM nanti. Alya tak mahu! Apa yang patut Alya buat, bang? Alya bingung, Alya rindukan abang! Tolong Alya...

-Alya-

Taufiq membaca berulang kali cebisan kertas pesanan Alya yang dikirim melalui Mellissa, rakan sekelas Alya. Melissa diam didepan pemuda yang telah berjaya menambat hati kawannya itu. Memerhatikan Taufiq mengelamun jauh memikirkan sesuatu.
Aku tak punya apa? Cuma pekerjaan yang mampu menyara hidup aku seorang sahaja. Apa yang patut abang buat Alya! Semua ini diluar kekuasaan abang. Taufiq pasrah...
“Alya tak habis-habis menangis abang Fiq! Abang nak Mel sampaikan apa-apa pesanan buat dia?“ Mellissa akhirnya bersuara setelah melihat diam Taufiq tiada kesudahannya.
“Mel, lepas SPM nanti, korang nak buat apa?“ Taufiq memecah kebuntuan Mellissa.
“Tak tahu lagi, Mel ingat nak kerja sambilan...“ Mel laju menjawab.
“Tak, maksud abang korang akan sambung belajar lagi ke?“ Taufiq inginkan kepastian. Minggu lepas sewaktu perjumpaan dia dan Alya, gadis itu beria-ia mengajaknya mengambil kursus yang ditawarkan oleh Pusat Tuisyen Kasturi bagi pelajar-pelajar lepasan SPM. Pada mulanya dia tidak tahu apa yang tersirat difikiran Alya tetapi kemuskilannya kini mengenai niat gadis itu memuncak.
“Oh... Mestilah bang!“ Jawab Mel bersungguh.
“Mel nak masuk mana?“ Taufiq terusan menyoal.
“Kalau boleh Mel nak masuk Matriks, kalau tak dapat ambil Diploma kot! Kanapa abang tanya?“ Mellissa musykil.
“Alya ada bagi tahu Mel, dia nak buat apa lepas SPM?“ Taufiq bertanya lagi.
“Alya kata dia nak ambil kursus komputer je lepas tu nak minta jadi kerani. Dia tak nak masuk mana-mana sebab dia takut berjauhan dengan abang. Dia sayang sangat dengan abang tau!“ Mellissa tersenyum, terkenang obsesi Alya dengan teman lelakinya. Ah! Akupun apa kurangnya. Mujur ada Faiq, kalau bukan kerana si Faiq tu budak SAS (Sekolah Alam Shah) mungkin dia tidak seserius sekarang dalam pelajaran. Aku nak masuk Universiti dengan Faiq... Mellissa berkhayalkan teman lelakinya.
Taufiq terkesima mendengar kata-kata Mellissa. Tak sangka sehingga begitu serius Alya memikirkan perhubungan mereka berdua. Sudahnya apabila situasi begini terjadi tidak mungkin dia mahu korbankan masa depan Alya.
“Alya pandai tak Mel?“ Satu lagi soalan Taufiq.
“She’s among straight A’s masa PMR dulu. Sekarang, bolehlah! Selalunya dia dapat top 10 tapi masa pertengahan sem lepas dia dapat nombor 15.” Mellissa jujur. Dia masih tidak tahu sebab mengapa soalan-soalan itu diajukan Taufiq.
Taufiq membuat keputusannya…
“Mel boleh tolong abang? Mel kawan baik Alya kan?” Taufiq serius. Mellissa sekadar mengangguk.
“Tolong abang untuk buat Alya benci pada abang! Buat Alya lupakan abang!” Taufiq merenung gadis didepannya, bersungguh dengan apa yang baru dilafazkannya sebentar tadi.
“Ha! Apa?” Mellissa terkejut.
“Please Mel! Tolong abang!” Taufiq tekad.

“Selamat pengantin baru, Puan Faiq!” Alya menepuk bahu Mellissa yang sedang disolek mak andam.
“Hish! Kau ni Alya, karang tak pasal-pasal aku tak dapat naik pelamin sebab kena heart attack!” Mellissa tergelak, seronok melihat kedatangan kawannya itu. Tugas mak andam yang sedang menyoleknya terbantut.
“Eh! Jangan, karang mengamuk Faiq dekat aku. Tak sangka jadi juga kamu berdua. Boleh tahan juga cinta monyet kau dengan Faiq. Apa Rahsia?” Alya berseloroh, terhibur melihat Mellissa yang berseri-seri. Almaklumlah Raja Sehari.
“Mana boleh bagitahu. Namapun rahsia! Kau bila lagi Alya? Tak jumpa lagi ke Prince Charming kau?“ Giliran Mellissa pula mengusik Alya.
“Tak ada jodoh lagi! Prince Charming aku merajuk kot?“ Kedua-dua mereka tergelak. Entah mengapa, percintaannya selepas Taufiq selalu menemui jalan buntu. Dalam hati kecil Alya bagai mengimpikan Taufiq muncul semula dalam hidupnya. Walau sudah 7 tahun berlalu, mungkin kerana Taufiq cinta pertamanya, bukan mudah untuk dia melupakan pemuda itu. Tetapi mungkinkah aku memafkan dia? Dia yang telah membuatkan hati aku hancur! Yang menganggap aku gadis bohsia, murahan yang senang dipermainkan. Yang menghina ayah aku dengan macam-macam gelaran. Yang buat aku bercucuran air mata memendam rasa. Kalau dia muncul sekarang ni, pasti akan aku hamburkan semula kata-katanya. Biar dia tahu siapa Dr. Nur Alya Aminudin sebenarnya, seorang graduan perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sedangkan dia siapa? Hanya seorang kuli kedai alat seni lukis! Dengan kaki je aku boleh kuis. Alya berdendam.
“Apa jadi dengan Fikri?” Mellissa bertanya.
“Aku dah buang dalam tong sampah. Loghat sangatlah! Jangan risau! Lama lagi aku nak kahwin Mel. Aku nak tunggu kau dapat anak dulu. Eh! Biar aku keluar dulu ye, karang tak siap-siap kau bermekap. Nanti bersanding senyum lebar-lebar tau!“ Alya bingkas ingin mengundur diri.
“Eh! Kejap-kejap Alya, aku nak bagi kau sesuatu!“Mellissa mencapai tas tangannya. Daripada beg biru muda itu dikeluarkan satu resit kecil. Resit itu dihulurkan kepada Alya. Alya melihat resit itu kemudian berpaling pada Mellissa.
“Apa ni?“ Tanya Alya pendek.
“Ada secret admirer bagi. Nanti kau pergi kedai tu, tunjuk saja resit ni. Nanti kau tahulah.”Mellissa berteka-teki dengan Alya.
“Kau biar betul Mel!” Alya kehairanan.
“Betul!! Kau jangan tak pergi pula. Pergi tau!“ Mellissa bersungguh.
“Ada-ada saja kau ni.” Alya menyimpan resit itu didalam tas tangannya. Tangannya sudah bersedia memulas tombol pintu.
“Eh! Kau pergi tau Alya.“ Mellissa sedikit menjerit apabila Alya sudahpun melangkahkan kaki keluar daripada bilik pengantin.
“Hoi apa pengantin menjerit tu!” Karim, ayah Mellissa menegur anaknya. Semua yang ada diruang tamu yang menempatkan pelamin pengantin tergelak. Alya malu, sambil tersengih-sengih dia meminta laluan untuk keluar ke kawasan makan tetamu. Dia mengenakan sepatunya, kasut setinggi 3 inci itu sendeng sedikit ke kanan menyebabkan Alya tidak stabil...
“Opss!“ Alya hampir terjatuh. Tangannya automatik memaut seseorang. Orang itu membantunya berdiri semula. Wajah Alya merah, malu! Dia mengangkat wajahnya ingin mengucap terima kasih kepada orang yang telah menyelamatkannya. Namun lidahnya kelu... Abang Taufiq!
“Awak tak apa-apa ke?“ Pemuda itu menyoal lembut. Riaknya bersahaja, tersenyum manis.
“Tak. Saya ok. Terima kasih ye! Err… Saya Alya, kawan Mel.” Alya mengenalkan diri. Dia ingin mengetahui lelaki itu. Mungkin sudah 7 tahun tapi... Pemuda itu mengenakan baju batik biru pekat, berambut panjang yang kemas diikat, berkumis nipis dan berpewatakan matang, berlainan dengan Taufiq 7 tahun dahulu. Tapi senyuman itu...
“Saya Adznan!“ Ringkas jawapan pemuda itu. Senyumannya dilontar lagi.
Alya masih belum puas hati.
“Kawan Mellissa atau kawan Faiq?“Alya menyoal lagi. Lelaki itu sekadar tersenyum... Senyuman misteri yang tidak dapat dibongkar Alya. Apa betul lelaki ini abang Fiq?... Ah! Tak mungkin... Adznan beredar begitu sahaja membuatkan Alya kebingungan.
Bunyi kompang bertalu menandakan kedatangan pihak lelaki. Tetapi bukan Faiq yang dicari Alya tetapi Adznan yang telah menghilang dalam kabut manusia disekelilingnya. Perkahwinan rakannya membuatkan hati Alya tidak tenang.

“No. 29, ABSTRAK...“ Pandangan Alya beralih daripada resit ditangannya kepada papan nama bagi premis didepannya kini. Setelah agak pasti dia melangkahkan kaki kedalam premis tersebut.
Alya disambut suasana yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. ‘Abstrak’ nyata sekali bukan sebuah galeri biasa seperti galeri-galeri yang selalu dikunjunginya. Seunik namanya, ‘Abstrak’ membuatkan Alya terkesima. Siapan jubinnya berkilat menampakkan refleksi pemijaknya serta ukiran plaster siling yang cantik bertemakan alam. Gabungan hitam-putih jubin yang diilhamkan daripada simbol yin dan yang itu membentuk bulatan yang membahagikan ruang utamanya kepada dua. ‘Hitam’ menempatkan koleksi buku-buku, cakera hitam, CD-CD, video dan pelbagai lagi. Menariknya bahan-bahan tersebut disusun pada rak-rak unik yang tak terlafaz definisi bentuknya, abstrak sekali! Alya beralih pada ‘Putih’, ruang itu menempatkan koleksi-koleksi lukisan yang menarik, memukau pandangan mata yang menyantap setiap karya itu. Terdapat juga pecahan-pecahan rak disana-sini yang disusun diatasnya barangan-barangan lukisan untuk dijual.. Walau agak monotone tetapi ruangan itu terserlah ceria dengan dekorasi dan bahan pameran yang memberi warna yang tersendiri pada galeri ini. Alya menyusuri bahagian tengah yang menjadi pembahagi antara hitam dan putih. Dia tersenyum sendiri, terhibur melalui laluan itu yang melengkung seiring lengkungan yang ada pada yin dan yang. Matanya tidak henti-henti melihat pada lantai yang dipijaknya, memastikan setiap langkahnya memijak imej-imej helaian bunga ros yang merentang sepanjang laluan itu. Kilauan imej itu menjadikan ianya kelihatan seperti tiga dimensi. Dihati kecil Alya, dia kagum dengan pemilik galeri ini.
“Boleh saya bantu cik?” Sapaan seorang pemuda berbaju hitam putih bercorak abstrak lengkap dengan topi hitam bertekat putih tulisan abstrak diatasnya mematikan gerak kaki Alya. Pipinya sedikit kemerahan, malu dengan gelagatnya sendiri. Resit ditangan diserahkan kepada pemuda itu.
“Cik boleh ikut saya.” Dihias senyuman, pemuda itu mengiringi Alya ke ruang belakang galeri. Dihujung ruangan yin dan yang itu merupakan sebuah kafe kecil dan juga ruangan bacaan.
“Cik tunggu disini sebentar ya! Ada apa-apa yang cik mahu? Minuman?” Pemuda itu mempelawa Alya duduk pada sebuah seti yang ada diruangan kafe.
“Coffee please! Thank you.” Alya melabuhkan punggungnya sambil melihat kelibat pekerja premis itu yang hilang memasuki ruang lain dibelakang kaunter kafe. Alya leka kembali, memerhati galeri itu. Tatkala itu baru dia sedar bahawa hanya dirinya pelanggan yang ada disitu. Pelik! Belum waktu puncak agaknya! Fikirnya membuat kesimpulan.
“Apa khabar Alya?” Satu suara menegur gadis itu.
Alya bingkas, menoleh kebelakangnya untuk melihat orang yang menegur. Dia membisu, tergamam melihat pemilik suara itu.
Taufiq Adznan menghulurkan tangannya, namun terbiar tidak disambut oleh Alya. Senyuman terlirik dibibir pemuda itu. Rambutnya yang lurus melepasi bahu diselak dan disekat pada cuping telinga menampakkan jelas wajah kacaknya. Ditambah manis dengan kumis nipis dan janggut pendek, penampilan Taufiq nyata tidak seperti 7 tahun lepas. Dia kini Taufiq Adznan Mansur pemilik Galeri Abstrak.
“Jemput duduk.” Taufiq mengambil tempatnya pada kerusi jati yang bersetentang dengan Alya. Gadis itu masih membisu namun akur, matanya dibuang jauh daripada mengadap lelaki yang ada didepannya.
“Alya tak kenal abang lagi?” Taufiq memberanikan diri menyoal.
Alya menghembus nafas, panjang. Mencari kekuatan untuk bersemuka dengan cinta pertamanya.
“Kalau awak adalah orang telah melukakan hati saya 7 tahun dahulu, ya! Saya memang kenal sangat dengan orang itu. Orang yang memanggil saya bohsia… yang menghina ayah saya… yang membuat saya berlinang air mata… yang hampir meragut masa depan saya…”
“Yang mencintai awak sepenuhnya…” Taufiq menyampuk amarah Alya.
Alya memandang tepat Taufiq, terkejut dengan kata-kata itu. Senyuman yang dia rindu sejak 7 tahun lalu dilempar kepadanya.
“Sungguh mudah awak melafazkan cinta encik Taufiq! Semudah awak melepaskannya. Terima kasih!“ Alya mengangkat punggung. Dia tidak perlu bersemuka dengan lelaki ini Dia tidak mahu.
“Alya!” Taufiq menaikkan suaranya membuatkan langkah Alya yang seterusnya terhenti.
“Awak rasa jika 7 tahun dulu kita masih bersama! Siapa awak sekarang Alya? Adakah awak akan bergelar Dr. Nur Alya Aminuddin? Atau sekadar kerani? Jika 7 tahun dahulu kita masih bersama! Adakah awak pasti yang kita akan bahagia? Setelah awak kecewakan ibu dan ayah awak! Jika 7 tahun dahulu kita masih bersama! Adakah awak pasti yang awak tak akan menyesal mencintai seorang kuli kedai lukisan? Jika benar 7 tahun dahulu apa yang kita rasai adalah cinta, terfikirkah awak, orang yang awak cintai itu akan berkorban demi awak seperti mana awak sanggup korbankan masa depan, pelajaran, mak bapa demi nak bersama dengan dia?“ Taufiq menghabiskan katanya, lantang melepaskan segala yang terbuku dihati.
Tiada bicara balas daripada Alya. Reaksinya hanya sekadar genangan air mata yang menanti masa untuk jatuh. Hakikatnya dirinya tidak dapat menerima kehadiran semula Taufiq ke dalam hidupnya tatkala ini. Semua kenangan pahit dahulu menerpa jiwanya satu persatu, membuat perasaannya sarat dilanda sedih, marah, bengang, geram… rindu... Kakinya diangkat ingin meneruskan niatnya sebentar tadi.
“Alya please! You need to listen!” Suara yang amat dikenali Alya menerpa ke cupingnya. Lantas dia menoleh.
“Mel!” Alya kehairanan. Dia teringat akan resit yang diberikan Mel kepadanya. Mellissa terlibat dengan sandiwara ini?
“Aku tahu Alya, kau keliru sekarang! Tapi kau perlu beri peluang pada abang Taufiq. Beri peluang untuk diri kau sendiri! Jika 7 tahun dulu aku meniup api amarah kau pada abang Fiq atas dasar penipuan, beri peluang untuk aku memadamkan api itu atas dasar kebenaran. Tolong Alya!“ Mellisa merayu. Dia berdiri penuh mengharap disebelah Taufiq, disisinya setia menyokong adalah Faiq, suaminya.

Alya tersenyum sinis, geli hati dengan drama didepannya. Tubuhnya dipusing, kaki dihayun ke pintu keluar melalui ruangan pembahagi hitam-putih yang dilaluinya tadi. Telinganya menangkap bunyi tapak kaki yang membontotinya. Alya tidak mengendahkan. Realitinya, saat ini, dia tidak butuh apa-apa penjelasan daripada mereka. Tiba-tiba langkah Alya terhenti, terpesona melihat sesuatu. Sesuatu itu adalah imej yang satu masa dahulu merupakan memori terindah yang pernah dialaminya. Potret gadis riang, tergelak menampakkan barisan gigi putih menerima sebuah trofi daripada seorang jejaka yang tersenyum manis melutut dihadapan buah hatinya.

“Alya tahu tak hari ni hari apa?” Taufiq menduga. Senyum manisnya terukir melihat kerut wajah Alya. Suasana medan selera CM yang hiruk pikuk dengan manusia itu menjadi latar pertemuan mereka. Sama seperti pertemuan-pertemuan mereka sebelum ini, tiada apa-apa yang istimewa kecuali sebuah beg kertas yang menemani Taufiq.
“Hari apa? Abang Fiq punya birthday ye!” Alya membuat andaiannya, membalas senyuman jejaka didepannya.
“Bukaannn… Tapi pada hari ini, lima bulan lepas…” Taufiq berhenti sebentar melihat jam ditangannya...
“Tepaaatttt… Waktu sekarang ni… Kita berdua berlanggar dekat depan pusat tuisyen Alya tu. Lepas tu Alya tunjukkan abang ‘Arts Faundation’. Ingat?” Taufiq menunjal lembut kepala Alya.
“Ooo… Kiranya ulang tahun… Eh, bukan! Ulang 5 bulan kita bertemulah ye! 5 bulanpun dikira ke?“ Alya manja.
“5 bulan lama tau! Apa Alya nak bagi abang?” Taufiq menghulurkan tangannya.
“Ala! Mana Alya ada beli hadiah. Tak tahupun hari ni abang nak celebrate!” Alya menepuk tangan Taufiq, menepisnya ketepi.
“Abang ada hadiah untuk Alya tau! Nak tak?” Taufiq mencapai beg plastik yang sedari tadi diletaknya ditempat duduk disebelahnya.
“Mestilah nak! Mana? Mana?” Giliran Alya menghulur tangan, teruja.
Taufiq tersenyum lagi, trofi setinggi 6 inci dikeluarkan daripada beg kertas lalu ditunjukkannya kepada Alya.
“Trofi! Eee.. tak romantiklah abang ni. Mentang-mentang kerja dekat ‘Art Faundation’.“ Alya buat muka.
“Ye ke tak romantik! Ini hadiah paling romantik abang dapat cari tau.” Taufiq menyapu-nyapu permukaan trofi ditangannya itu, cuba mengilatkannya. Pandangannya dialih kepada Alya yang monyok. Dia beralih, melutut didepan gadis itu. Tidak mengendahkan mata-mata yang tertumpu kepadanya.
“Eh abang Fiq! Apa ni? Bangunlah! Malulah dekat orang ramai.” Alya cemas.
“Tahniah! Kerana telah memenangi anugerah carta teratas hati saya.” Taufiq menghulurkan trofi itu kepada Alya.
Alya mengambil trofi yang dihulur Taufiq. Membalas senyuman dengan ketawa kecil. Mulutnya ditutup, cuba menahan deraian tawa yang lebih besar.
“Anugerah apa abang cakap tadi?” Alya masih lagi tertawa, hatinya terhibur dengan gelagat Taufiq.
“Anugerah carta teratas hati abang! Rasanya tak akan ada orang yang dapat rampas title itu tau! Alya dah menangi hati abang!” Kata-kata Taufiq bertukar nada, dia serius, merenung tepat ke mata Alya.

“Masih tiada siapa boleh menggantikan pemilik anugerah itu Alya!” Taufiq bersuara apabila melihat Alya tergamam melihat lukisan yang mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan itu. Lukisan yang penuh menutupi bahagian dinding disebelah kanan pintu masuk galeri itu merupakan luahan memori paling berharga yang pernah dimilikinya dahulu. Segalanya teliti, riak wajah ceria Alya, kurung putih, kain turqouise seragam sekolah yang dikenakan Alya, suasana medan selera CM, senyumnya buat gadis itu, berbaju dan berseluar hitam seragam ‘Art Faudation’, berambut pendek dan berpewatakan bersahaja; segalanya dipotretkan tepat berdasarkan kenangan terindah itu.
Air mata yang sedari tadi ditahan Alya daripada tumpah berjuaraian juga. Dia berpaling, emosinya tak keruan dihenyak perasaan bercampur baur.
“Kenapa? Kenapa sekarang?! Alya dah banyak kali dipermainkan, abang tahu tak! Adam, Saiful, Fikri dan yang paling Alya kesal... Abang! Lelaki-lelaki yang tidak seharusnya hadir dalam hidup Alya! Sehingga Alya rasa cinta bukan untuk Alya! Pintu hati ini dah tertutup rapat, bermula sejak 7 tahun lalu. Pintunya tidak akan teranjak, terkuak lagi untuk dikecewakan buat kesekian kalinya. Dan sekarang! Apa abang ingat semua ini akan dapat mengubah pendirian Alya?“ Alya lantang, meluahkan emosi yang selama ini dipendamnya.
“Tidak Alya! Abang tahu semua ini tak mungkin dapat mengubah pendirianmu. Apa nilai ’Abstrak’ini? Yang abang bangunkan dari pancaran semangat yang kau berikan dari jauh. Semangat buat melawan kata-kata halus dalam diri ini yang mengatakan abang tidak layak buat kau 7 tahun dulu. Apa nilai potret itu? Sekadar membuang masa tiga tahun berserta titik peluh bagi merealitikan kembali saat paling manis dalam hidup abang. Apa nilai semua ini jika hendak dibandingkan dengan pedih, kecewa, amarah yang kau rasai selama ini!“ Taufiq menutur kata-katanya, juga beremosi. Langkahnya diatur mendekati gadis yang kaku di muka pintu galeri itu, berjuraian air matanya. Taufiq berhenti tepat didepan Alya. Dari kocek seluarnya dikeluarkan sebuah replika trofi kecil yang bersaiz lebih kurang 4 inci tinggi dan 2 inci lebar. Tapak trofi itu agak tebal, kotak bersaiz segi empat sama. Ukiran replikanya merupakan statue gadis manis yang bertudung, mirip si Alya.
“Apa yang abang harapkan...“ Taufiq melutut, mendongak memandang gadis yang tidak henti-henti dicintainya selama ini.
“Ini dapat mengubah pendirianmu Alya! Sudikah pemenang anugerah carta teratas hati ini menjadi permaisuri dalam hidup abang? Buat selama-lamanya...“ Taufiq membuka tapak trofi itu, menyerlahkan sebutir cincin permata bermata satu yang berkilau.
Alya tergumam, terkejut dengan aksi Taufiq didepannya. Dia memandang sekeliling; Mellissa dan Faiq tersenyum memandang penuh harapan akan ’Happy Ending’. Dibelakang mereka pula tiga orang pekerja ’Abstrak’ terhendap-hendap di belakang rak-rak ruangan Putih, tidak mahu ketinggalan dengan drama yang dipertontonkan didepan mereka. Manakala diluar deretan manusia memenuhi pintu kaca galeri itu, tertarik dengan situasi didalam galeri berkenaan. Alya memandang tepat wajah Taufiq, mengesat air matanya, cemas. Apa yang aku harus lakukan? Ya Allah! Berikan aku petunjuk-Mu. Alya bermonolog sendiri dalam dirinya.
Alya menggeleng, tangannya diangkat lalu hinggap dipipi kiri Taufiq. Tangan Taufiq yang memegang kotak cincin replika trofi itu jatuh, seperti hatinya yang berderai. Wajahnya tertunduk memandang lantai, ada titisan mata dilereng matanya. Kenapa Alya? Hatinya berlagu sedih diiringi bunyi dentingan cincin platinum yang jatuh, berputar dan akhirnya terdampan didada lantai.
“Itu untuk kekecewaan Alya 7 tahun dahulu. Dan ini… Untuk kebahagiaan yang abang janjikan pada masa hadapan.” Jari telunjuk Alya menarik dagu Taufiq supaya mata mereka berdua bertentang. Kemudian jari manisnya diunjuk minta disarong cincin. Dari cebisan sedih diwajahnya terukir senyuman khas buat Taufiq.

Senyuman manis Taufiq mencahayai wajahnya yang sedari tadi berkerut sejuta harapan. Jari manis gadis didepannya itu disarung cincin emas putih yang jatuh tadi. Jari itu kemudiannya dicium, seiring kemudian sorak para penonton yang mengelilingi mereka. Taufiq bingkas, pinggang Alya dirangkul berserta titisan air mata kegembiraan. Bak situasi ulang 5 bulan perkenalan mereka 7 tahun dulu.

“Jangan kecewakan Alya lagi abang Fiq! Tolang jangan kecewakan Alya lagi!“ Renungan Alya tepat, mengalir dari mata bundar itu titisan air mata mengiringi titisan mutiara Taufiq.
“7 tahun lepas... abang akan pastikan tidak sama dengan tahun-tahun mendatang Alya. Abang berjanji! Terima kasih kerana menjadi trofi paling berharga yang pernah abang menangi. I love you! I love you so much Alya!“
posted by MUZRI @ 4:40 PTG   8 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Hadirmu cuma seketika 1
mamazie
rozie_mustafa@yahoo.com

Tut..tut..tut.. segera aku mencapai talipon bimbit aku yang ku letakkan disebelah katil ku.

\"Hello..assalamualaikum sayang...\" Sha terseyum seketika bila mendengar satu suara yang teramat sha rindu. Seorang lelaki yang sha rasakan hanya tempat mengadu setiap inci masalah yang sha hadapi. Yuz..itulah namanya yang kini sedang bekerja di luar negara (Australia),tapi apa kan daya. Jauhan membuatkan mereka berdua saling rindu yang teramat sangat.

\"Sha sihat?\", suara dinada phone didengar lagi oleh sha. Tak mampu untuk sha berkata-kata, tanpa disedarkan airmata berlinang di pipi sha yang gebu putih itu. Perlahan-lahan sha menarik nafas..\"sha sihat..Yuz..sihat ke? Alhamdulillah, Yuz sihat, cuma letih sikit sebab Yuz banyak research nak di buat. Tapi sha, Yuz rindu sangat kat Sha\". Perlahan-lahan tangan yang lembut itu, mengilap airmata yang berlinangan tanpa pengetahuan Yuz. Dengan nada yang kurang jelas..sha berkata \"Yuz..Sha terlalu rindu sangat dekat Yuz, bila Yuz nak balik?, sabar la Sha. Mungkin, raya tahun ni, Yuz tak dapat nak beraya dengan Sha di Pulau Pinang. Bos Yuz, nak kami duduk lagi di Australia. Banyak perkara nak di buat.

Sekali lagi airmata berlinangan di pipi Sha. Tapi kali ini suara yang sedih tadi, dapat di dengar jelas oleh Yuz. \"Maafkan Yuz. Yuz tahu Sha tengah sedih sekarang. Tapi Yuz tak boleh nak buat apa Sha. Yuz harap Sha faham.\"......diam..... Yuz, Sha faham. Tapi...tak apa la Yuz, jaga diri yuz baik-baik. Sha faham situasi Yuz. Apa lagi yang mampu Sha cakapkan lagi. Ini kerja Yuz kan?, jadi Sha harap jangan la sampai Yuz lupakan Sha di Kuala Lumpur.

\"Yuz tahu Sha. Yuz tak akan lupakan Sha, Yuz selalu ingatkan Sha. Dalam tidur, Yuz berharap sangat dapat jumpa dengan Sha.\"..senyuman kembali terukir di raut wajah Sha.\"Sha, jaga diri juga tau. Tunggu Yuz pulang ke Kuala Lumpur. Yuz akan jumap Sha, lepas Yuz balik dari Australia dan Yuz akan balik rumah dekat Pulang Pinang dulu, dan barulah Yuz akan pergi ke Kuala Lumpur jumpa Sha ok sayang..\" ..ermmm..ok Yuz, Sha akan tunggu Yuz.

\"Ok lah Sha, Yuz terpaksa pergi dulu. Jaga diri baik-baik. Jangan main-main mata dengan lelaki lain tau.\" Sha hanya mampu tersenyum saja. \"Nanti Yuz, jangan lupa email Sha ok. Ok sayang...\" talipon pun di letakkan kembali di sisi katil tadi.

Bab 2

Hai Sha, apa khabar? satu suara datang depan rumah Sha, bila Sha tengah sibuk menyiram bunga di depan rumahnya. Sha sihat. Eh! nak kemana sofia? Laa..Sha ni, nak jumpa dengan Sha la ni. Bukan apa Sha, Sofia dengar, Hairi ada cerita tentang Yuz. Hairi adalah kawan kepada Yuz. Hairi pun sekali bekerja di Australia dengan Yuz. - cerita apa sofia?. Hati Sha tertanya-tanya kenapa....diam... Sha, kau masih lagi ada hubungan dengan Yuz ke? Kenapa kau tanya aku soalan ni sofia? Ada yang tak kena ke? Cuba kau bagi tau perkara yang sebenarnya pada aku sofia. Ye la, aku sekadar nak bertanya saja pada kau. Aku dengar Yuz tu sudah kawin. Ah!! bertapa terbakar hati Sha bila mendengar kata-kata Sofia. Hatinya benar-benar terluka sekejap. Tak tahu apa nak dikatakan lagi, bila Sofia berkata begitu pada Sha.

Dengan nada yang tenang, Sha menjawab,.- ye ke? mana kau tahu cerita ni? Aku dengar dari Hairi la Sha. Takkan Hairi nak tipu pula kat aku. Takpe la sofia, terima kasih la sebab kau bagi tahu kat aku tentang hal ni. Aku akan siasat dulu. Ermm...terpulanglah pada kau Sha. Aku cuma tak mahu kau tu, terluka buat kali yang kedua. Hati-hati Sha. Ini adalah masa depan kau dan anak-anak kau. Aku simpati dengan kehidupan kau Sha. ..senyap..terima kasih Sha. Kemudian, Sofia pun berlalu pergi meninggalkan Sha bersendiri duduk di tengah-tengah ruang bunga-bunga yang terdapat meja batu dan kerusi batu di situ.

Bab 3

Sha berlalu dari kamar bilik setelah selesai menunaikan solat Isyak. Dia terus ke kamar bacaan, dimana terletaknya suduk membaca untuk dia dan anak-anaknya. Di situ juga terdapat, sebuah set komputer. Perlahan-lahan tangan Sha membuka email. Di periksanya satu persatu senarai email yang berada di Inbox.

Ada email dari Yuz di Australia. Yuz ada menghantarkan gambar-gambar terkini pada Sha. Dan ada coretan di perakhiran gambar tersebut. Yang tertulis, \"I LOVE YOU SHA\"..AND I MISS YOU SO MUCH. Yuz harap kita akan dapat berjumapa. Sha tunggu Yuz tau. Lepas ni, Sha mesti emailkan gambar terbaru Sha pada Yuz ok. Yuz rindu sangat dekat Sha. Oh ye, jangan lupa gambar anak-anak Sha sekali ok. Sha, jaga diri baik-baik. Jaga kesihatan dan jangan terlalu kuat bekerja sangat. Yuz akan selalu ingatkan Sha. Ok la Sha. Assalamualaikum sayang. Selamat Malam. Muuuuaah!.\" Sha terseyum sendirian.

Itu lah coretan yang di baca oleh Sha dengan hati yang benar-benar mengharapkan kasih sayang dari Yuz. Sebab Sha tahu, setiap apa yang tersemat di hati Sha, Yuz pasti boleh meneka. Sebab bagi Sha, tiada siapa yang boleh faham hati dan perasaannya, kecuali ada seseorang yang benar-benar faham dan dengan tingkah laku dan sifat yang ada pada Sha. Sha adalah seorang yang cepat memahami, manja, sopan santun bila bertutur, dan cantik. Itu lah sebabnya Yuz benar-benar tertarik dengan Sha, pada mula Yuz meneliti profile Sha di RakanCyber.com. Dan teringin rasanya Yuz berjumpa dengan Sha. Tarikh 03.10.2007, itulah kali pertama mereka berjumpa. Dan selang beberapa bulan mereka tak berhubung, kerna Yuz mendapat tawaran bekerja di Australia. Baru berkenalan, sudah berjauhan. Inilah dikatakan takdir. Tapi Sha bersyukur, kerna dari mula sampai ke saat ini Yuz tak pernah lupakan Sha. Biarpun hanya beberapa minit mereka bercakap melalui talipon, tapi cukuplah sekadar ingin melepaskan rindu dendam masing-masing.

bersambung....
posted by MUZRI @ 4:39 PTG   0 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Dua Dekad
amir mustaqim
boomketek@yahoo.com

Sayang, alangkah indah sekiranya isi hati ini dapat difahami olehmu. Betapa diri ini menyayangimu dan tidak mahu kehilanganmu. Maafkanku kerana punya rasa sedemikian terhadap mu…

\"Lin… kenapa pandang I macam tu?\" Aku tersentak dengan teguranmu. Ku hanya mampu menggelengkan kepala dan tersenyum.

Oh tuhan, ku pohon dari-Mu ketabahan hati.

\"It\'s late. Come, I\'ll send you back,\" Badanku terasa lemah mendengarkan kata-kata itu. Ku masih ingin meluangkan masa bersamamu. Mengapa kita harus berpisah?

Topi keledar dihulur ke arah ku. Aku melihat seketika lalu menyambutnya. Aku mengenakannya lalu memboceng ke atas motosikal itu. Enjin berderau. Dia akan menghantarku pulang.

Tadi kami meluangkan masa bersama. Masa kami gunakan untuk melepaskan rindu dan meluahkan rasa. Kami tahu keadaan masing-masing. Dia punya keluarga… dan yang lebih menyakitkan, ku akan diijab kabulkan hujung minggu ini. Kejadian sebentar tadi terbayang di mataku. Suaranya melafazkan kata-kata masih kedengaran. Hati ini seakan ingin memberontak. Dia berjenaka agar ku gembira. Ya, aku bersedih. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sebak hati ini hanya memikirkan bahawa aku tetap akan kehilanganmu.

Dikanan ku dirimu, dikiri ku insan lain. Mungkin kita hanya ditakdirkan untuk bertemu dan tidak bersama. Ku rasa serba-salah. Ingin ku batalkan majlis yang akan berlangsung dalam masa empat hari… namun ku tidak sanggup melihat kekecewaan di raut wajah keluargaku. Ingin ku teruskan, sememangnya ku tahu… aku belum bersedia. Hatiku telah terbagi dua. Antara perasaan keluarga dan perasaan ku. Ku memeluknya erat. Tidak ingin ku lepaskan. Dia menoleh kebelakang lalu tersenyum. Dia meramas jemariku. Hatiku bertambah sebak.

Ku mengimbas kembali setiap waktu bersamamu. Ku sentiasa senang berada di sisimu. Ku tersenyum sendirian apabila terbayangkan dirimu mengukirkan senyum. Ku gembira. Jenakamu tidak pernah jemu ku dengar. Dan ku tahu kenakalanmu. Senda-guraumu tidak ku lupa. Namun apabila ku teringatkan akan realiti, majlis yang akan berlangsung tidak lama lagi, jiwa ini bagaikan dihiris. Aku seakan ingin lari… pergi jauh dari semua yang ku kenali agar tidak perlu ku jelaskan rasa hati ini. Majlis yang akan dilangsungkan akan merubah segenap hidupku. Apakah aku ingin meneruskannya? Apakah perasaan keluargaku nanti? Adakah mereka akan marah padaku dan hilang kepercayaan mereka terhadapku?

Tidak!!! Ya Allah, hati ini telah terpaut kepada insan yang tidak mungkin bisa ku miliki. Ku sedari namun masih ada segelintir harapan di dada ini. Entah mengapa ku sememangnya tertarik pada dirinya semenjak pertama kali bertemu dan berkenalan. Apa sahaja di alam maya ini boleh menjadi bahan perbualan kami. Begitulah keselesaan yang wujud diantara kami kini.

Setelah hampir setengah jam dalam perjalanan, kami berhenti dekat rumahku. Ku menuruni motosikalnya dan melepaskan topi keledar.

\"Cantik you hari ni… Actually, hari-hari you cantik,\" pujian yang kerap ku terima darinya. Ku renung wajahnya yang terukir senyuman.

\"Oklah… dah malam ni. Kita jumpa lagi, k. Jalan tu… hati-hati,\" pesanan darinya.

\"Takpe. You jalan dulu, k.\" Aku lebih senang melihatnya berlalu daripada aku yang meninggalkannya. Dia tersenyum. Mungkin sudah faham benar dengan sikapku, \"Ok lah…Good night…\"

Kembali kedengaran derauan enjin. Dia berlalu perlahan sesekali menoleh dan melambai kepada ku. Ku menyaksikan sehingga kelibatnya tidak kelihatan.

-----------------------

Esok adalah hari pernikahan dan persandingan ku. Inai telah terlukis di tapak tangan dan jari-jemariku. Aku tidak dibenarkan keluar dari rumah kerana itu adalah pantang-larang orang dahulu.

Ku hanya duduk termenung dan masih bersoal-jawap dengan diriku sendiri. Aku sudah tidak berdaya untuk memikirkan hal ini. Aku buntu. Ku pilih untuk berserah segalanya kepada yang Maha Kuasa kerana ku percaya ia adalah yang terbaik untuk diriku. Ingin ku menangis, airmata seakan tidak ingin mengalir. Di dalam hatiku menjerit-jerit ingin difahami namun apakan daya. Tiada insan yang akan memahami jika ku cerita.

Ku melayani perasaan. Bayangan wajah insan kesayanganku sentiasa singgah membuatku rindu. Ku membayangkan dapat hidup disisinya bersama anak…Aaarrggghhhh!! Masakan aku berfikir sampai begitu sekali.

Ku melihat segala yang mengelilingi diriku. Sepupu dan pakcik ku sedang sibuk membantu mengangkatkan barang-barang ke dewan di mana persandingan akan diadakan. Makcik-makcik ku pula sedang menghias hadiah-hadiah yang akan diberikan kepada pihak lelaki semasa upacara pernikahan.

Ahli keluargaku semua kelihatan gembira. Mereka berbual dan tertawa. Jiwaku yang kesepian meronta-ronta agar kedengaran isi hati ini. Tiadakah sesiapa yang ingin tahu mengapa aku hanya berdiam diri? Tiadakah seorang insan pun yang sedari aku tidak kelihatan gembira? Tiadakah sesiapa ingin bertanya apa didalam hati ini? Hatiku menangis.

---------------------------------

Di saat ini, ku sedang menanti. Alangkah baiknya jika dapat ku hentikan waktu dan berlari jauh dari segala di kelilingku. Kak Mar, mak andam ku, sedang berbual denganku sambil mendandankan diri ini yang terasa seakan tidak bermaya. Cantik. Apa gunanya kecantikan dandanannya sekiranya hari ini tidak akan menjadi hari yang paling bersejarah buatku? Haruskah aku melalui pernikahan ini? Sekiranya aku memberitahu ibuku tentang perasaanku, adakah dia akan memahami? Sudah tentu dia akan tanya mengapa… Apakah dia akan memahami juga jika ku katakan yang aku menyintai insan yang jarak jauh umurku dan dia dua puluh tahun? Bahawa insan yang amat ku sayangi itu sudah berkeluarga? Tuhan sahaja yang dapat mendengar tangisan batinku. Tiadakah ada insan yang dapat menyelamatkan ku?

Kak Mar masih sibuk mendandanku. Kebaya moden kuning dan putih dhulurkan padaku untuk majlis pernikahan nanti. Ku terima…

\"Pengantin lelaki dah datang!!\" Kedengaran suara sepupuku yang kelihatan amat ghairah. Ya Allah, Ya Tuhanku… Berikanlah ku petunjuk-Mu. Tabahkanlah hati ini. Wajah insan kesayanganku terbayang di depan mata.

\"I tak mahu katakan yang I cintakan you sebab takut you berubah fikiran nanti,\" Terngiang di telingaku kata-katanya. \"You dah kata pun…\" Ku mengusiknya. Dia hanya tersenyum. Ku seakan ingin bertanya apakah dia akan menikahi diriku sekiranya aku batalkan pernikahan ini. Namun aku masih inginkan kata-kata dimulai olehnya. Ku berdiam diri selama ini.

Airmata tidak dapat mengalir lagi. Ku kesuntukan masa dalam membuat keputusan. Akhirnya, ku teruskan juga pernikahan ini. Majlis diraikan oleh semua dengan penuh kegembiraan.

\"Siapa nak bergambar? Ni sementara tunggu pihak lelaki sampai,\" kini tibalah majlis persandinganku. Kau berada di depanku, sayang, bersama isteri dan anak-anakmu. Terbayang di benak ku kemesraan yang dapat ku lahirkan bersama keluargamu. Terasa ku ingin bersamamu juga. Kau memandang padaku lalu tersenyum. Namun senyumanmu itu tawar, sayang. Seakan ingin menangis tetapi ku teringat akan pesananmu, \"Di majlismu nanti, you jangan menangis tau.\" Tangisanku dalam senyuman.

Pada pertemuan akhir ku denganmu sebelum majlis ini, kau telah menyatakan sayang padaku. Ku memelukmu erat, tidak mahu melepaskanmu. Ku tidak mahu berpisah darimu. Airmata yang mengalir dipipiku, kau sapukan lembut dengan jemarimu. Kau membelai rambutku mesra. Kau tidak ingin ku menangis.
posted by MUZRI @ 4:36 PTG   2 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Kenangan lalu
hayati
hay86_animax@yahoo.com

1
“ Kau siapa , berani kau rampas dia dari aku !”
jerit suara asing.Nurul Ain masih terpinga- pinga ,dia tidak tahu kenapa suara itu memarahi dirinya
“ Kalau kau tak nak sesuatu yang buruk menimpa kau, baik kau tinggalkan dia” marah suara asing itu lagi.Nurul Ain yang tidak tahu apa-apa tentang punca pergaduhan itu ,cuba mempertahankan dirinya , namun akhirnya dia yang terjatuh di tolak oleh suara asing itu.
“Aduh ! aku mimpi rupanya” Bisik Nurul Ain sambil tangannya menggosok punggungnya yang sakit itu.
“Apalah agaknya petanda mimpi aku itu, harap-harap tak ada apa-apa yang berlaku”.
Nurul Ain yang mula bimbang tentang mimpinya masih mampu tersenyum bila mengenangkan apa yang di mimpikan olehnya tadi.
“Dah lambatlah” monolog Ain sambil melihat jam di dinding yang menunjukan jam 7.00 malam.
“ Alamak ! aku belum solat Asar lagi lah, tu lah akibat tidur waktu petang.” Bantah Ain.
Tanpa berlengah lagi Ain terus ke bilik air untuk membersihkan dirinya dan terus solat maghrib.Pada malam itu entah kenapa Nurul Ain merasakan hidupnya begitu membebankan keluarganya yang hidup dalam kemiskinan.Dia merasakan dirinya seorang anak yang tidak berguna kerana tidak dapat membantu ibubapanya .
“ Apalah yang dapat aku buat dengan benda ni?”Kesal Ain sambil memegang keputusan peperiksaan STPM yang dia perolehi.Akhirnya Ain terlena sambil di tangannya masih memegang erat slip keputusan itu.

* * * *
2
“Tuan! Bangun tuan , dah pagi ni,tuan tak pergi kerja ke?”Mak Lijah bersuara perlahan .
“Mak Lijah jangan ganggu saya , boleh tak! Saya penat ni”.Jerkah Zafriel Zafwan.
“Tapi…..”
“Tapi apa lagi , saya kata pergi,pergi ajelah!”Marah Zafwan lagi.
Sifat keras hati Zafriel membuatkan mak Lijah beralah dan berlalu pergi . Zafriel masih di buai mimpi yang indah setelah dirinya kepenatan kerana semalaman dia menghabiskan masanya dengan teman – teman di pub.
“Mana Zafriel, Mak Lijah? Tanya Datin Mastura.
“ Masih kat atas, Datin”
“Kan saya suruh kejutkan dia ?”
“ Dah , tapi dia kata , dia penat.”
“Apa yang dia buat semalam sampai penat sangat.”Bisik hati Datin Mastura yang hairan
dengan perangai anak tunggalnya itu.
“Tak apalah Mak Lijah , biar saya saja yang kejutkan dia.”
Datin Mastura berjalan perlahan menuju ke bilik Zafriel Zafwan . Apabila sampai saja di pintu bilik , Datin Mastura dengan perlahan membuka daun pintu anak lelakinya.Dengan penuh khusyuk Datin Mastura memerhatikan anaknya, tidak sampai hati Datin Mastura untuk mengganggu tidur anaknya.
“Eh , macam mana ni , nak kejutkan atau tak. Kalau tak kejutkan nanti di marahi papanya pulak , tapi ……, “ Rungut Datin Mastura yang serba salah.Akhirnya Datin Mastura ….
“Eh , dah bangun , mama baru nak kejutkan Zafriel. “ Kata Datin Mastura apabiala mendapati zafriel sudah tersedar.
“Cepat pergi mandi, papa dah tunggu kat bawah. Jangan lama- lama nanti marah kat papa.” Pesan Datin Mastura sebelum keluar dari bilik anaknya.
Zafriel bergegas turun ke meja makan dan mendapati papanya sudah berada lebih awal darinya .
“ Kenapa lambat ? Soal Dato’ Mohamad dengan nada yang tegas.
“ Ehm…….”
“Sudah ! jangan nak bagi alasan yang papa tak boleh terima.”Tegas Dato’ Mohamad lagi.
“Hari ni papa nak kau pergi tengok tapak projek kita.”
“ Tapi , Pa …. Saya ada urusan lain lah hari ni , esok lah saya pergi”.
“ Urusan apa lagi yang belum kau selesaikan ? “
“Em urusan …….urusan………” Zafriel tergagap-gagap mencari alasan untuk mengelakkan dirinya ke tapak projek itu.
“ Papa tak peduli, kau mesti pergi”. Dato” Mohamad terus pergi setelah memberitahu anaknya apa yang di inginkan. Manakala Zafriel membatu tidak berpuas hati dengan papanya.Zafriel mengambil keputusan untuk tidak ke pejabat.
“Hello Lin , kita keluar “. Zafriel menelefon teman wanitanya
“ Boleh!” Jawab Linda dengan perasaan yang amat gembira.Baginya Zafriel adalah seorang lelaki yang mudah untuk diperkenakan dengan kemanjaan dan belaiannya.Manakala bagi Zafriel, Linda adalah segala – galanya dan sanggup lakukan apa saja demi Linda. Pernah sekali Zafriel di tahan di penjara kerana telah memukul seorang lelaki yang cuba mengusik Linda.
“Zafriel nak ke mana tu ? Tanya Datin Mastura.
“ Keluar , Bu “. Jawab Zafriel ringkas.
“ Zafriel tak kerja ke ?”.sambung Datin Mastura
Zafriel tidak menghiraukan pertanyaan ibunya dan terus keluar menjemput Linda.
“Kita nak ke mana ni bang?” itulah panggilan manja Zafriel di bibir Linda.Zafriel begitu menyenangi panggilan itu.
“Hari ini abang bagi Lin buat keputusan, Kemana saja Lin nak pergi abang ikut.”
“Betul ke ni,bang “.Tanya Lin inginkan kepastian.
“Betul , abang tak tipu”. Jawab Zafriel yang inginkan Linda gembira.
Setelah berpuas hati dengan kata-kata Zafriel, Linda membuat keputusan untuk pergi membeli belah.Mereka membuat ’ survey ’ di setiap kedai yang ada di KLCC itu , sehinggalah Linda menjumpai barangan yang hendak di belinya.Mereka menghabiskan masa sehingga lewat petang sehingga lupa untuk solat Asar.
“Bang , jom kita pergi makan!”. Ajak Linda yang sudah kepenatan .
“ok , aje. Tapi kita nak makan kat ner?”Mereka berjalan mencari restoran yang sesuai untuk memenuhi kehendak nafsu makan mereka.
Setelah memenuhi kehendak nafsu makan mereka, Zafriel menghantar Linda pulang.
“Kau ke mana Linda , baru sekarang ingat nak balik rumah?”Marah ibunya.
“Linda keluar dengan Zafriel mak.”Bela Linda.
“ Keluar dengan Zafriel! Orang lain keluar jugak tapi tak balik lewat macam kau pun.!”Puan Maimon marah lagi.
“Sudahlah ! Lin dah bosan dengar mak membebel perkara yang sama .Lin tahu lah jaga diri , mak tak usah risau”.Kata – kata terakhir sebelum Linda masuk ke bilik.

*****************
3
“Ain , mari tolong mak kejap” . Pinta Puan Zaleha.
“Baik mak” . Akur Ain.
“Ain tolong hantar kuih ni ke kedai Pak Murad ye.”
Ain tanpa berlengah terus mendapatkan seraga kuih dari tangan ibunya dan terus ke kedai Pak Murad.Dalam perjalanan, Ain hampir di langgar oleh sebuah kereta mewah.pemandu kereta mewah tu keluar dari keretanya dan……
“ Kau buta ke”. Tengking lelaki itu.
“Saya minta maaf encik, saya tak sedar ada kereta kat belakang saya”.
“Pak Mat , sudahlah kita sudah lambat ni.” Larang Dato’ Mohamad.
Pak Mat memandu kereta untuk ke tempat yang Dato’ Mohamad inginkan.Sempat lagi Dato’mohamad melemparkan sekuntum senyuman kepada Nurul Ain.Nurul Ain membalas senyuman itu.
“Pak Mat , cantik juga budak tadi kan?”
“ Memang pun Tuan, takkan Tuan nak kahwin dengan dia?”
“Pak Mat ni dah buang tabiat ke? Bukan saya lah tapi anak lelaki saya si Zafriel tu.”
“Oo.. macam tu ke ? kalau lah Tuan yang nak kahwin , mengamuklah Datin kat rumah.”
“Jadi macam mana pendapat Pak Mat?”
“Elok aje Tuan, nanti ada juga orang yang menguruskan si Zafriel tu.”
Tanpa disedari mereka sudah sampai ke tempat yang ingin di tujui.
“Tuan , bukankah itu gadis yang tadi?tanya Pak Mat sambil tangannya menunjuk ke arah Nurul Ain.
“ Ha’ah. Pak Mat panggil dia kejap!”
“ Baik Tuan.”Pak Mat terus pergi menghampiri Nurul Ain.
“Cik, Tuan saya nak jumpa.”
Nurul Ain terkejut.
“Kenapa nak jumpa saya”.
“Entah lah,jumpa lah dulu”.
Nurul Ain yang masih dalam kebinggungan berjalan perlahan menuju ke arah Dato”Mohamad.Aku mendekati Dato’Mohamad.

**************
4
“Zaf,aku tengok kau lain macam aje hari ni,kau ada masalah ke?”tegur Razis
“Tak ada apa-apa,Cuma aku bimbang sikit.”
“Orang macam kau pun boleh bimbang ke?”.
“Maksud kau?”
“Ye lah, kau kan dah ada segala-galanya,rupa ,harta,bahkan perempuan pun ramai yang sukakan kau,tak macam aku, sapa pun tak nak dekati aku.”
“Amboi ,rendah diri nampak,aku rasa ramai yang sukakan kau,tapi kau tu aje yang jual mahal.”
“Ye ke? Mana kau tahu?”
“Perasaan lah tu.”
“Tak banyak,sikit je,kalau gitu ,kiranya aku ni handsome jugak lah ye.”
“Ni aku malas nak habak kat hang ni.”
“Alah biasa lah beb, takkan kau tak kenal aku. Eh,kita ni dah lari dari topik asal kita ni,cuba kau cerita kat aku masalah kau”
“Macam ni,ceritanya bermula begini…..”
“Eh, kejap-kejap,boleh tak kau straight to the point,tak payah lah kau nak berbunga –bunga macam tu,geli telinga aku mendengarnya.”
“Baik lah Encik Razis,aku bimbang pasal rancangan ayah aku.”
“Apasal pulak dengan plan ayah kau?”
“Yelah , ayah aku nak aku ambil alih projek kat Kelantan .”
“Bodohlah kau ni,bagus apa ayah kau tu,aku pun suka mendengarnya ,bolehlah aku pulang ke negeri kelahiran aku.”
“Aku tahu kau mesti suka punya,tapi kat mana aku nak letak si Linda tu.”
“Pasal Linda yang kau runsing sangat tu. Apalah yang ada kat Linda tu yang boleh buat lelaki secerdik kau boleh terpikat pada dia.”
”Kau jangan hina dia depan aku , belakang aku,tak ape.”
“Apa punya kekasih kau ni?”.
“Aku gurau je lah. Mestilah aku marah kedua –duanya.”
“Berhentilah cerita pasal buah hati kau tu ,muak aku mendengarnya, bila kita boleh mula”.
“Mula apanya?”
“Kau ni ,kalau aku kata kau ni dah tua kau marah aku, pasal projek ayah kau di negeri kelahiran aku tulah ,aku tak sabar dah ni.”
“Itu aku tak pasti lagi, tapi aku rasa dalam masa terdekat ni kot, kau suka, aku yang terseksa .”
“Kenapa pulak?”
“Yelah, hari-hari aku duk rindu kat Linda.”
“Bakpo lah aku buleh kawe lagu ni.”Bisik Razis
“Apa kau cakap.” Tanya Zafriel yang tak faham sikit pun dialek kelantan.
“Tak ada apa-apa lah, aku Cuma cakap yang kau ni setia orangnya.”
“Malas lah aku nak layan kau , asyik nak kelentong aku aje.”
“Mana ada aku kenakan kau,kau yang terkena.” Mereka terbahak sama-sama.
Zafreil menyambung tugasnya,manakala Razis berjalan keluar ke biliknya.
Razis begitu gembira dengan berita yang baru didengarnya tadi. Bagi Razis itulah satu-satunya peluang untuk dia berjumpa dengan keluarga dan sahabat-sahabatnya. Razis sudah berangan bagaimana kedua ibubapanya meyambut kepulanganya.

************
posted by MUZRI @ 4:33 PTG   7 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Siapa Di Hati Ku 2
pelangipagi05
pelangi_pagi05@yahoo.com


Seperti yang di janjikan kami ke Shah Alam rumah teman mama.Setiba di sana kami disambut penuh mesra Auntie Shamin dan suaminya.Pada mulanya aku berfikir mungkin suasana ini akan membuat aku di landa kebosanan memandangkan hanya aku sahaja orang muda tetapi bila melihat kehadiran anak perempuannya yang agak ramah kebisuan ku lontarkan jauh.
“Sudah besar anak kau Maz cantik macam ibunya”terasa kembang luar dan dalam bila auntie Shamin memujiku.
“Kau pun apa kurangnya anak-anak dara kau ikut langkah maknya sentiasa jaga kecantikan”aku hanya tersenyum pada Shazlin iaitu anak ketiga pasangan ini sementara Shazlin mengangkat keningnya sambil membalas senyumanku.
“Mana anak kau yang lagi dua orang tu Min”mama ni semuanya hendak di tanya biarlah mereka tiada di sini senang sikit hati ku.
“Yang sulung tu sibuk memanjang dengan kerjanya sementara yang kedua tu berkerja di Sarawak”serba sedikit penerangan dari auntie Shamin.
“Nasib baiklah ada anak membantu kau Min”luah mama.
“Iya lah Maz , nasib baik yang sulung tu sanggup nak mengambil alih perniagaan ayahnya kalau tidak sampai sekarang tak duduk rumahlah orang tua tu.”beruntung auntie Shamin mempunya anak sedemikian.
“Hai abang-abang kita kat luar tu tak mahu makan ke?”pertanyaan mama baru mengingatkan yang kami datang bersama ayah.Dari tadi ayah asyik berbual dengan suami auntie Shamin yang masih tidak ku tahu namanya di ruang tamu.
Aku terasa kelainan di perut ku mungkin kerana di rumah bergelas air yang ku minum.Hajat hati hendak masuk sahaja ke tandas di ruang dapur ini tetapi macam tidak manis pula.
“Kak Miera mari naik atas sekejap nak tak?”sapaan Shazlin menyelamatkan ku.
“Marilah”jawab ku sepontan sambil memandang mama.Aku takut mama marah dengan gelagat ku.
“Miera”sepatah ayat mama aku dah tahu niatnya.
“Biarlah Maz diorang nak berbual juga asyik mendongak kita berbual tanpa tahu hujung pangkalnya”tersenyum auntie Shamin menyokong kami.Shazlin menarik tangan ku mengikutnya.Sampai sahaja diatas aku pula menarik tangan Shazlin membuatkan langkahnya terhenti.
“Lin, akak nak masuk bilik air lah”segera aku sampaikan niatku.
“Boleh apa salahnya, akak nak masuk yang mana? Itu pun ada dan dalam bilik Lin pun ada.”bagiku biarlah aku masuk yang di luar sahaja kerana segan rasanya hendak masuk bilik Lin lagipun kami baru sahaja kenal.
“Biar di luar sahaja lah.”aku segera masuk ke bilik air tersebut sementara Lin berlalu ke biliknya.Setelah selesai segalanya aku memulas tombol pintu dan hendak melangkah keluar dari situ.Oleh kerana terperanjat melihat seseorang berdiri di muka pintu sebuah bilik menjadikan aku terpijak permukaan yang tidak rata diantara tebing pintu dan bilik air tersebut.Terduduk aku disitu menahan sakit mungkin kaki aku terseliuh kerana terasa sakit di buku lali.
“Miera apa awak buat di sini?”aku segera mendongak dan bagai nak luruh jantung ku.
“Tuan apa tuan buat di sini?”dia pun terperanjat melihat diriku yang terduduk di sini.
“Kenapa Kak Miera?”Lin menerpa ke arahku yang masih terduduk.
“Kaki akak terseliuh lah”jawab ku tanpa menjawab pertanyaan dari lelaki itu.
“Lin kenal kakak ni ke?”mungkin tidak mendapat jawapan dari ku dia menagih pada Lin pula.
“Ini anak kawan mak lah, Kak Miera namanya.Itulah abang asyik kerja saja sampai tetamu pun tak kenal”dahsyat juga Lin ni membebel.
“Kak Miera boleh jalan tak?”tanya Lin.
“Rasanya boleh”aku cuba bangun dan berjalan tetapi terduduk semula.
“Kenapa?”lelaki itu bertanya.
“Kaki saya tidak boleh hendak pijak”berkerut keningku.
“Kak Miera tunggu sini Lin pergi turun ambil minyak angin sekejap”Belum aku berkata apa-apa Lin segera berlari turun.Hanya tinggal aku dan lelaki ini.Tanpa sebarang signal tubuh ku diangkat dan di letakkan di sofa yang terdapat disitu.
“Tuan”aku hanya sempat berkata itu sahaja bila kata-kata ku di pintas.
“Diam”tegas suaranya.
“Jangan salah faham saya tidak mahu awak duduk diatas simen itu sambil menahan sakit.”lelaki itu bersuara bila melihat aku hanya terlopong melihat perbuatannya.
Baru aku hendak bersuara suasana menjadi kecoh semula bila melihat mama,ayah, auntie Shamin dan suaminya meniti anak tangga dan menuju kearah ku.
“Bagaimana boleh jadi begini Shah”auntie Shamin cuba memegang kaki ku tetapi segera ku alih kerana denyutannya sudah mula menyerang.
“Miera terseliuh masa keluar dari bilik air mak, mungkin licin agaknya.”terang Shah.
“Salah Miera auntie “aku cuba meredakan kerisauan di hati auntie Shamin dan mama.Ku lihat ayah dan suami auntie Shamin hanya memerhati.
“Dah bengkak kakinya ni, kena bawa klinik”luah auntie Shamin sambil matanya tidak lekang melihat kaki ku.
“Tak mengapalah auntie nanti baik”aku cuba membuat alasan.
“Mana boleh baik kalau kaki tu dah bengkak, Shah boleh bawa Miera ke klinik tak?”ini yang aku lemah bila auntie mengarah Tuan Megat.
“Tak mengapalah Min, nanti Maz bawa Miera ke klinik, kasihan pula dengan Shah baru balik kerja”sampuk mama.
“Auntie dan uncle tunggu lah disini biar Shah bawa Miera ke klinik.Auntie pun baru sampai rumah kami jadi biar Lin temankan kami ”aku hanya memerhati mereka berbincang pasal diri ku. Tuan Megat berlalu masuk ke biliknya dan sebentar kemudian dia muncul dengan berpakaian seluar jeans dan t-shirt nampak kasual pula.

………………………………………………………………………………………………………………

“Bagaimana isteri u boleh jadi begini?”terkulat-kulat aku bila doktor itu berkata demikian dengan Tuan Megat.Doktor ini tak nampak ke aku ni siapa sedap saja kata aku isteri pada lelaki ini.Mungkin dia melihat perbuatan Tuan Megat mendukung ku masuk sementara Shazlin di suruh tunggu di luar.
“Dia terjatuh masa hendak keluar dari bilik air”termangu dengan jawapan yang diberikan oleh Tuan Megat langsung tidak membantah dengan anggapan dari doktor itu.Terlintas peristiwa ketika hendak ke klinik tadi di mana untuk mendukung ku ke kereta sememangnya ayah tidak larat dan secara gentlemen Tuan Megat meminta kebenaran dari mama dan ayah untuk menghulurkan bantuan.Permintaan itu di sokong pula auntie Shamin dan suaminya kerana menurutnya niat kami ikhlas dan tidak perlu dipertikaikan.Pada mulanya aku menolak dan cuba juga untuk melangkah tetapi kerana kesakitan aku tidak sanggup untuk melakukannya.Tidak tahu dimana hendak ku letakkan muka ku bila berada didalam dukungan Tuan Megat.Shazlin dari tadi asyik tersenyum simpul bila mata kami bertembung.Jantung ku berdegup pantas bila harumannya mencucuk-cucuk hidungku tetapi wajahnya masih selamba saja.Ini adalah kali kedua aku di gendongnya.Berhati-hati dia meletakan ku di kerusi penumpang sebelahnya dan memakaikan tali pinggang keselamatan.
“Isteri awak pernah jatuh ke?” tersentak aku bila doktor itu bertanya, aku bagaikan boneka saja di depan dua orang lelaki ini.Tuan Megat yang dari tadi duduk di kerusi setelah meletakkan ku segera menghampiri ku.
“Miera pernah jatuh ke?” lembut dia bertanya.Baru pertama kali aku dengar suaranya begitu lembut kalau tidak dari tadi asyik dengan gaya seriusnya.
“Miera pernah jatuh dulu tapi dah lama”aku cuba membuka sejarah silam ku.
“Jatuh dari apa? Pokok ke, tangga ke atau katil”doktor ni ku rasa sudah lebih pula.
“Saya pernah jatuh motor masa kemalangan dulu”selamba aku menjawabnya.Geram aku dengan Tuan Megat kerana tiada membantah bila doktor itu bertanya macam-macam.
“Suami awak yang pandu ke?”doktor itu masih tidak puas hati nampaknya.
“Tidaklah saya bawa sendiri, kenapa doktor tanya macam-macam ni?”angin aku mulai sampai.
“Pandai awak bawa motor saya sendiri pun tidak tahu membawanya”aku tidak ambil endah apa yang doktor itu cakap.
“Dia memang begini doktor perangai pun bagai budak lelaki”terkejut dengan kenyataan dari Tuan Megat membuatkan aku merenung tajam memandangnya.Macam bagus saja mulutnya nak keluarkan kenyataan begitu macamlah dah kenal lama.Hanya di tempat kerja saja kami bertembung itu pun dari jauh.
“Awak harus beri perhatian pada isteri awak ini, kalau dia jatuh lagi mungkin kakinya boleh patah.Ok sekarang saya nak balut kaki isteri awak agar tulang buku lalinya tidak bergegar kerana itu yang membuat kakinya sakit bila berpijak.Jadi minta isteri awak tahan sikit.”panjang lebar doktor itu memberi penerangan.Tuan Megat mengambil tempat di belakang ku dan memegang bahu ku.Aku cuba mengelak kerana tidak suka di perlakukan begitu.
“Cuba beri kerjasama”bisiknya sambil tangannya di letakkan kembali di bahuku.Geram sangat rasanya bila memikirkan dia ini cuba hendak mengambil kesempatan.Terasa sakit bila doktor itu menarik kain balutan untuk menegangkan dan aku memegang tepi katil sekuat hati.
“Cuba tahan sikit”bisik Tuan Megat lagi bila mendengar aku mengaduh sambil menarik diri ku bersandar ke badannya.Selesa dengan tindakannya dan perbuatannya juga berjaya mengurangkan kesakitan lagipun aku malas hendak memberontak dengan perangainya.Betul apa yang ku baca belaian akan membuat kesakitan berkurangan.Setelah selesai doktor memberi kata-kata nasihat supaya aku tidak berkasar dengan kaki ku dan memberi cuti selama seminggu.Ketika hendak keluar dari bilik doktor Tuan Megat mahu mendukung ku tetapi aku menolak dengan memberi alasan bahawa aku sudah boleh berjalan.Apabila kaki sudah dibalut memang senang untuk melangkah kerana kekuatannya sudah ada.
“Macam mana dah baik?”Shazlin menyambutku di ruang menunggu.Aku duduk di bangku yang di sediakan sambil menunggu Tuan Megat mengambil ubat.
“Boleh lah”sepatah aku menjawabnya.Masih terasa malu dengan tingkah Tuan Megat tadi.
“Berapa hari doktor beri cuti?”Shazlin masih bertanya.
“Dua hari sahaja”usik ku.
“Kenapa dua hari saja teruklah doktor tu”bebel Shazlin.
“Tak mengapa lah lagipun kerja akak banyak di pejabat”tambah ku tujuan untuk mengusiknya.
“Syarikat apa yang akak kerja ni, teruk betul sampai sakit begini pun masih nak suruh berkerja.”aku tidak sangka Shazlin berkata demikian.Terperanjat aku bila Tuan Megat berdiri di sebelah ku dan mungkin mendengar luahan Shazlin tetapi nak salahkan dia tak munasabah lagipun dia tidak tahu aku berkerja dengan abangnya.
“Dah mari balik” dia melangkah dulu tanpa memperdulikan kami.
“Kenapa dengan abang ni, tadi datang bukan main romantik, nak balik main tinggal-tinggalkan pula.”bebelan Shazlin tidak ku endahkan tetapi memikirkan lelaki itu memang sah sudah mendengar perbualan kami.
…………………………………………………………………………………………………………………

Hanya baru dua hari aku di rumah membuatkan semua yang dilakukan di buru kebosanan belaka.Semuanya mama yang aturkan hendak pergi memancing jangan haraplah dapat. Bila aku merenggek pada ayah dan abang hanya simpati yang diberikan kerana mereka tidak berani campur kalau mama yang menjaga.Aku tahu mama amat ambil berat tentang sakit pening kami.Kaki ku pun dah baik sedikit kerana mama menjemput auntie Zainab untuk mengurut.Memang auntie Zainab pandai dalam bab-bab ini semua.Patutlah badannya cantik saja walaupun sudah berusia.Dia juga mengajar mama bagaimana hendak menjaga kecantikan dan aku pun tumpanglah sekali lagipun kecantikan itu adalah milik setiap insan.Bagi aku esok boleh lah aku mula berkerja kerana aku risau dengan tanggungjawab yang Encik Safuan berikan untuk mengendalikan jamuan tahunan.Ini bukan macam majlis olok-olok atau majlis perpisahan macam di sekolah dulu.Kalau majlis ini tidak berjaya maka secara tidak langsung reputasi syarikat terbabit sama.Aku akan berbincang dengan ayah untuk memujuk mama untuk membenarkan aku mula berkerja.

“Hei Cik Miera bukan ke Cik masih bercuti hari lagi?”tersenyum aku melihat bila di tegur oleh Hamdan iaitu salah satu kakitangan dibawahan ku.
“Kaki saya dah ok sikit lagipun bosan duduk di rumah tidak ada apa yang hendak di buat.Lagipun saya risau banyak kerja yang tidak siap”luah ku.
“Cik Miera tidak percaya dengan kami ke untuk melakukan kerja-kerja ini semua.”Hamdan bersuara.
“Jangan salah faham Hamdan cuma saya risau tentang majlis tahunan syarikat ini yang bahagian kita kena kendalikan. Kalau saya ada di sini sekurang-kurangnya saya boleh membantu apa yang patut.”tambah ku lagi.
“Bertuah syarikat ini dapat perkerja macam Cik Miera kan”usikan Hamdan membuat aku teringat dengan Tuan Megat. Aku harap dia tidak tahu dengan kedatangan ku hari ini.Aku rasa belum masanya aku berjumpa dengannya kerana rasa malu dengan peristiwa hari itu masih menebal.Lagipun dia mungkin dah melupakannya kerana dia tiada menghubungi ku hanya Shazlin yang rajin menelefon.
“Saya hendak turun beli makanan Cik Miera nak kirim apa-apa”Hamdan menyapu pergi lamunan ku.
“Tak mengapa lah saya dah minum di rumah tadi.”rasa terharu dengan simpati Hamdan.
Kerja yang bertimbun-timbun membuatkan aku leka tetapi pergerakan ku masih terbatas kerana itu janji aku dengan mama agar aku tidak lasak.Ketika waktu tengahari aku masih menatap fail-fail yang hendak di semak. Aku hanya menyuruh Shikin dan Wati membungkus makanan untukku.
“Kenapa awak datang kerja hari ini? Kan awak masih bercuti”rasa nak terlepas pen di tangan bila di sergah begitu.Orang yang aku tidak mahu ke temui hari ini sudah berdiri di depan ku.
“Minta maaf Tuan Megat saya rasa bosan di rumah lagipun kaki saya dah baik.”aku cuba menerangkan.Wajahnya yang tegang itu menjadikan aku kalut hendak berkata-kata lagi.
“Awak ni nak membodek syarikat ke?”berdesing telinga aku bila Tuan Megat berkata demikian.
“Bukan begitu Tuan.”aku cuba bersabar memandangkan dia adalah pengarah di syarikat ini.Kalau bukan status itu yang di pegang sudah lama kena sembur dengan aku.Dia fikir mulutnya saja yang boleh bercakap belum lagi mulut celupar aku bersuara.
“Nanti cakaplah dengan semua orang syarikat ini mendera pekerja suruh berkerja walaupun masih cuti sakit.Biar orang cakap-cakap tentang saya lagi baru puas hati awak”rasa hendak mengalir airmata ku di situ.Tersinggung dengan apa yang di katakan.Hari itu bukan maksud ku untuk berbuat demikian hanya bertujuan hendak mengusik Shazlin sahaja.Sebecok-becok mama tidak pernah aku tersinggung dengan kata-katanya tetapi dengan lelaki ini aku jadi kerdil berhadapan dengannya.Ku tutup fail lantas bangun mencapai helmet.
“Minta maaf tuan saya bersalah.Saya akan datang mulakan kerja setelah cuti sakit saya habis.”aku berlalu meninggalkan lelaki yang masih bermuka toyo.
Sampai di bawah, ku dapati hujan sedang turun dengan lebatnya.Baru ku teringat jeket ku tidak di ambil, hendak naik ke atas minta maaflah.Aku mengambil keputusan meredah saja hujan kerana lagi lama aku berada dalam bangunan ini lagi hati ku sakit.

Sementara itu……….

“Hamdan kau nampak Cik Miera tak?”tanya Shikin kepada Hamdan yang sedang membual dengan Encik Safuan dan kelihatan Tuan Megat datang menghampiri mereka.
“Cik Miera tadi ada sebelum aku keluar, kenapa kau cari dia?” Hamdan pula bertanya.
“Dia suruh kami bungkuskan nasi untuknya.”Shikin menunjukkan bungkusan di tangannya.
“Mungkin dia keluar agaknya.”luah Hamdan.
“Macam mana dia hendak keluar hujan lebat di luar tu.”jawapan dari Shikin membuat Tuan Megat terpaku mendengarnya.
“Helmet dia tak ada ni mungkin dia dah balik agaknya, dia kan dalam cuti sakit lagi”Hamdan membuat kesimpulan.
posted by MUZRI @ 4:31 PTG   5 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group