Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sebulan telah berlalu semenjak pernikahan bodoh itu terjadi. Rahsia yang kononnya ingin aku simpan sendiri, akhirnya terbongkar juga selepas dua minggu. Aku telah diberi surat penggantungan kerja dari pihak sekolah. Itulah dia, berita yang mengaibkan memang begitu mudah tersebar. Pekung mana yang tidak berbau.
Hendak atau tidak, aku terpaksa juga menceritakan pada sahabat-sahabatku apa yang telah terjadi dan menerangkan statusku sekarang. Mujurlah mereka semuanya memahami walaupun pada mulanya agak terkilan kerana aku tidak menceritakan pada mereka lebih awal.
Nazila pula tidak sudah-sudah memohon maaf dariku. Katanya kalau dia tidak meminta aku menyamar sebagai dirinya pasti semua ini tidak berlaku. Kataku, bila sudah ALLAH yang menetapakan begini, hendak diapakan lagi, terima sajalah suratan takdir.
Addy pula entah apa khabar berita. Aku pun tidak mahu ambil tahu. Aku tahu, dia juga tidak rela sebab dia sudahpun punya kekasih hati.
Sedikit hari lagi, aku akan ke mahkamah untuk membuat tuntutan fasakh. Yelah, untuk apa lagi diteruskan ikatan yang sia-sia ini. Hendak harapkan Addy, entah bila boleh jumpa. Dia lelaki, tak apalah. Tanpa menceraikan aku pun dia boleh kahwin sesuka hati. Aku sekarang dalam keadaan gantung tak bertalilah. Masih bergelar isteri, tetapi tidak tentu tujuan. Terkongkong! Aku mahu bebas!
Keluarga? Hmm...sampai sekarang aku rasakan diriku ini seperti anak yatim. Aku langsung terputus hubungan dengan keluargaku. Berkali aku cuba hubungi, tetapi nombor yang aku dail seolah-olah tidak pernah wujud. Mungkin juga ayah telah menukar nombor telefon rumah. Benci sungguhkah ayah dengan anak ayah ni?
Tiga hari selepas kejadian sebulan yang lepas, emak ada menghubungiku. Wanita itu menangis di pendengaranku. Hanya emak yang mendengar semua penjelasan anaknya ini. Emak percayakan aku. Aku pasti tentang itu! Tetapi, emak tidak dapat menghubungiku lagi, kerana mungkin hari itu adalah hari terakhir sebelum ayah menukar nombor telefon.
Sekarang, aku berkhidmat sebagai guru di sebuah pusat tuisyen. Syukurlah masih ada rezeki aku mengajar. Inipun atas bantuan Nazila, katanya bagi mengurangkan rasa bersalahnya pada aku.
"Kak Mar." Teguran berserta usapan halus di bahuku menyedarkan aku dari imbasan peristiwa-peristiwa semalam yang maha kelam.
"Ilah. Ada apa?" tanyaku pada Fadilah. Dia juga merupakan guru di pusat tuisyen ini.
"Ada orang nak jumpa akak. Dia tunggu dekat bilik tamu," beritahu Fadilah padaku. Aku buat muka hairan, "Siapa?" Siapalah yang nak jumpa aku ni? Takkan ada parents budak-budak ni datang nak sound aku kot? Setahu aku tak pernah pulak aku terlempang pelajar-pelajar aku, cubit pun tidak. "Lelaki. Malas pulak Ilah nak tanya siapa," jawab Ilah. Kemudian dia terus kembali ke tempat duduknya. Aku bangun dengan rasa malasnya. Berdebar-debar pula hatiku memikirkan gerangan lelaki itu. Selang dua buah bilik yang aku duduki adalah bilik tetamu.
Pintu bilik itu aku buka perlahan. Tubuh seorang lelaki yang memandang ke luar tingkap menghiasi pandangan. Dia memandangku. Siapa?
Ya ALLAH, Addy! Betul ke dia ni? Hisy, takkan aku silap pandang. Aku bukannya angau dekat dia.
Mata bertemu mata. Mulut tetap membisu tanpa sepatah kata. Addy memandang aku dengan pandangan yang sukar dimengerti. Pandangannya masih seperti kali pertama dia merenungku. Tajam dan menusuk ke kalbu. Apa lagi yang dia mahu dari aku?
"Azmarina. Lama kita tak jumpa." Ayat pertama yang keluar dari mulut Addy. Aku masih diam. Kaku berdiri di hadapannya. Kalau ikutkan hati aku mahu keluar, tetapi otakkku mengarahkan supaya aku menunggu. Dapat aku rasakan ada sesuatu yang penting ingin diperkatakan oleh Addy. Kalau tak buat apa dia susah-susah cari aku sampai ke sini? Mungkinkah ada kaintannya dengan ikatan pernikahan kami? Kalau dia berhasrat ingin menamatkannya sekarang, aku seribu kali setuju.
"Ada apa kau datang? Nak bincang pasal perceraian ke?" tanyaku berterus-terang tanpa berselindung lagi. Sudah berbunga hatiku apabila membayangkan aku akan terlepas dari ikatan bodoh ini.
Addy di depanku tergelak kecil mendengar pertanyaanku. Huh, boleh gelak pulak dia! Ingat aku tanya main-main agaknya. Aku seriuslah, mangkuk!
"Bukan."
Jawapan Addy yang sepatah itu serta-merta membunuh bunga-bunga mekar di hatiku. Bukan? Habis tu apa?
"Aku nak bawak kau jumpa family aku," beritahu Addy sambil memandang wajahku dengan senyuman manisnya. Manis ke?
"Hah, buat apa?" tanyaku. Agak terkejut aku mendengarnya. Buat apa jadahnya nak bawak aku jumpa mak bapak dia, ingat aku nak ke? Sudahlah kahwin dengan cara paling hina sekali, ada hati lagi nak tunjuk aku dekat keluarga dia. Nak perkenalkan sebagai menantu? Huh, tak nak aku! Tak ada maknanya!
"Umi dengan walid aku nak sangat jumpa dengan kau. Mereka baru balik dari UK dan aku dah bagi tahu semua pasal kita," terang Addy padaku.
"Habis tu, mereka tak marah?" tanyaku. Hendak juga tahu reaksi emak dan Addy.
"Tak. Umi dengan walid redha aje dengan apa yang dah jadi. Kata mereka, dah takdir nak jadi tak guna nak marah-marah. Sebab tu lah mereka nak jumpa kau."
Begitu mudah sekali umi dan walid Addy menerima. Kalaulah ayah berfikiran sebegitu, tidaklah aku seperti tiada keluarga sekarang. Tiba-tiba hatiku diserbu rasa hiba yang bukan kepalang. Rasa hendak menintis air mataku di hadapan Addy. Tetapi aku tahan seboleh mungkin.
"Maaf. Aku tak boleh." Aku sudah berpaling untuk melangkah keluar dari bilik tamu itu.
"Kalau kau tak nak sesiapa dekat sini tahu tentang status kau, lebih baik kau setuju," ugut Addy. Aku berpaling. Ugutannya membuatkan aku tidak jadi meneruskan langkah.
Menggigil terasa tubuhku kerana amarah yang amat sangat terhadap makhluk di hadapanku ini. Kalau ikutkan hati memang sudah aku sepak mukanya. Tangan aku ini pun sudah rasa ringan sangat nak naik ke muka dia. Sabar Mar, sabar. Tetapi segera aku sabarkan hatiku, astaghfirullahalazim.
"Kau, memang kurang ajar!" Itu sahaja yang sempat aku lafazkan. Addy pula tersenyum bangga seperti kemenangan sudah betul-betul berpihak padanya. Pintu bilik tamu aku hempas kuat. Rasa macam hendak roboh. APA lagi yang dia mahu dari aku? Benciku pada manusia yang bernama Addy sudah semakin membuak-buak. Aku cuma menunggu untuk diceraikan. Tetapi bala lain pula yang datang. Sekarang hatiku benar-benar berbelah-bagi. Aku tidak tahu sama ada patutkah aku meneruskan tuntutan fasakh yang telah aku rencanakan ataupun menunggu sehingga berakhirnya pertemuan antara aku dan mertuaku. Mertua? Hisy, macam janggal pulak. Betulkah aku sekarang berstatus menantu orang?
Sesungguhnya aku terpaksa akur dengan permintaan Addy kerana dia telah mengugutku. Ya, dia ugut aku! Dia mengancam untuk menghebohkan tentang statusku dan bagaimana aku boleh mendapatkan status sebagai ‘isteri segeranya’. Dia memang melampau!
Pintu bilikku diketuk agak kencang. Terkejut aku dibuatnya. Ini kalau bukan Munirah, mesti Syafiqah! Yang ketuk pintu bilik aku ganas tahap gaban, kawan aku berdua inilah. Macamlah aku tidur mati dalam bilik ni.
Aku membuka pintu dengan kadar segera. Nanti pecah pulak pintu mahal ni! Terjengul wajah Munirah dan Syafiqah sekaligus. Dua-dua sekali ada. Patutlah kuat tahap maksima ketuk pintu aku. Bergabung rupanya.
"Ni, berapa kali aku pesan, jadilah wanita yang lemah lembut wahai sahabatku."
"Tak cukup lemah lembut ke? Guna tangan ketuk pintu biasalah, kalau tak lemah lembut guna kaki tau," jawab Syafiqah. Ada saja jawabnya. Nak pangkah aku aje kerjanya.
"Kau asyik berkurung aje dalam bilik, itu yang kita berpakat terjah bilik kau malam ni. Kau ade masalahkan? Aku tahu, jangan nak tipu." Bicara Munirah membuatkan aku teringat kembali permintaan Addy , oh, bukan permintaan tapi paksaan!
"Memang ada masalah. Masalah besar sangat-sangat. Naik sakit kepala aku ni memikirkannya. Addy datang tadi."
"Addy? Eh, buat apa pulak dia tiba-tiba carik kau?" Syafiqah bertanya dengan muka serius. Nampak tidak senang benar dia dengan nama Addy.
"Kalau dia datang untuk membawa berita yang dia akan memfailkan perceraian kita orang, memang aku gembira amat sangat. Tak payah aku bersusah-susah untuk tuntu fasakh. Tapi dia datang bawa beban dan siap dengan ugutan lagi tu! Dia cakap mak dengan ayah dia nak jumpa aku! Ini yang aku pening ni. Aku memang tak nak pergi, tapi bila aku menolak, dia ugut aku. Dia cakap dia akan hebahkan yang aku ni isteri dia dan macam mana aku boleh dapat status tu dekat satu pusat tuisyen. Malulah aku!" Panjang lebar aku membuka cerita mengenai permasalahan yang menyakitkan otakku. Terasa berdenyut-denyut.
"Eh, apahal main ugut-ugut pulak? Hisy, kurang ajar betul dia tu! Tak tahu nak hormat keputusan orang lain, tahu nak ikut otak dia aje." Munirah sudah angin mendengar ceritaku perihal Addy. Syafiqah pula mengangguk-angguk tanda setuju.
"Mana dia tahu kau kerja dekat Sinar Ilmu?" tanya Syafiqah.
"Aku pun tak tahu. Terkejut gila aku tengok dia tercegat depan aku tadi. Rasa nak pengsan pun ada. Dia ada pasang penyiasat agaknya untuk intip aku. Orang banyak duitlah katakan. Dia cakap mak ayah dia beria-ia nak jumpa aku. Dan dia cakap lagi yang mak ayah dia dapat terima aku, mak ayah dia tak kisah, katanya dah takdir! Entah betul entah tidak aku tak tahulah. Ataupun dia saja auta aku, muka tak boleh percaya mamat tu," luahku bersama keluhan yang dalam berbekas di hati.
"Buat Istikharah, ini aje yang dapat aku cadangkan untuk membantu kau. Aku pun dah tak nampak jalan lain untuk selesaikan masalah kau ni. Ini melibatkan maruah Mar, lelaki tu sedang bermain dengan maruah kau. Berserah pada Allah aje sekarang." Usul daripada Syafiqah membuat hatiku sedikit lega. Aku mengangguk setuju.
AKU membetulkan lipatan tudung yang sedikit senget kelihatan. Sedang aku berkira-kira mahu mengepilkan kerongsang pada tudungku tiba-tiba PDAku berbunyi. Segera aku mencapai PDA yang mengelip-ngelipkan lampu di atas katil.
Nombor siapa ni? Nombor yang tertera pada skrin PDA memang asing bagiku. Ingin sahaja aku mematikan talian tetapi tidak sampai hati pula. Akhirnya aku menjawab panggilan itu.
"Hello..." mukadimahku. Hendak bagi salam, aku ragu-ragu jika bukan Islam.
"How are you today Mrs. Syed Ainuddeen?" suara di talian sebelah sana menggetarkan perasaanku. Addy? Huh, mana dia dapat nombor aku ni?!! Terasa berderau darahku sebaik mengetahui gerangan si pemanggil.
Aku masih diam. Tidak tahu apa apa yang perlu aku katakan. Addy turut senyap. Tetapi terdengar dengusan nafasnya yang membuat aku pula jadi sesak nafas. Tiba-tiba terasa seperti diri ini dalam bahaya.
"Jadi, macam mana dengan keputusan kau? Aku harap aku dapat dengar berita baik dari mulut kau." Addy kembali menyambung bicara setelah aku hanya diam tanpa berkutik.
"Aaa...jawapan? Oh...pasal semalam tu. Aku setuju," jawabku sedikit tergagap. Ya ALLAH kenapa pulak ni?
Belum sempat Addy menjawab aku menyambung kembali, tetapi kali ini dengan penuh semangat, "Tapi dengan syarat!" Debaran yang bertandang aku usir jauh-jauh.
"Apa?" tanya Addy ringkas.
"Lepas jumpa keluarga kau, aku nak kita putuskan saja ikatan ni!"
"Okay, as you wish my dear!" Selepas itu Addy terus mematikan talian.
Aku menghela nafas kelegaan. Akhirnya terucap juga apa yang aku mahu Addy tahu. Aku mahukan kebebasan darinya!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Bestlah cerita ni.. harap saya tak kena tunggu lama utk baca sambungannya.. mcm dpt bygkan mcmmana rupa Addy tu.. tahniah.. :)
~Putri Lily~