BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Sabtu, Disember 27, 2008
Novel : Pergilah Airmata 16
Nama Pena : Hanni Ramsul

Perlahan pintu bilik diketuk. Sunyi. Tangannya cuba menolak daun pintu. Tidak berkunci. Membuat darahnya terasa menyerbu ke muka. Pantas dia melihat jam di tangannya. Sepuluh minit sebelum pukul tujuh pagi. Takkan seawal ini Sabrina membiarkan pintu tidak berkunci. Atau mungkin Sabrina lupa mengunci pintu malam tadi? Andaian itu membuat darahnya tiba-tiba menyirap. Segera dia menolak daun pintu. Ruang bilik terang benderang dengan semua lampu bernyala. Nampaknya Sabrina lupa menutup suis, atau sengaja tidur di dalam terang. Liar matanya mencari bayang gadis itu. Laju kakinya melangkah ke arah katil. Menggeleng perlahan melihat selonggok selimut di atas katil. Dia tahu Sabrina yang berselubung di bawah selimut itu. Perlahan dia menyelak selimut yang menutup keseluruhan tubuh Sabrina.
"MasyaALLAH,"tersentap Badrul sambil mengurut dada. Terkejut melihat Sabrina yang bertelekung putih. Tidur dalam telekung. Teruk betul.
"Hey, bangunlah…,"perlahan dia goncang bahu Sabrina. Diam.
"Bangunlah! Kenapa tak kunci pintu? Dah kuat sangat nak lawan kalau ada orang ceroboh masuk ya?,"Badrul bersuara sedikit keras. Bahu Sabrina juga digoncang agak kuat.
"Hmmm…,"
Jawapan Sabrina membuat Badrul sedikit geram. Pantas dia melabuhkan punggung di sebelah Sabrina.
"Bangun! Aku kata bangun,"
"Hmmm…,"hanya itu jawapan Sabrina sambil berkalih tidur. Mata terpejam rapat di dalam telekung solatnya.
"Bangun. Aku nak cakap dengan kau ni,"
Diam. Tidak berjawab. Dalam berang, Badrul memandang sekeliling. Terpandang surah YASIN di tepi bantal. Tidak tidurkah Sabrina malam tadi? Melihat pada ketakutan Sabrina malam tadi, tidak mustahil gadis itu menghabiskan malamnya dengan membaca surah YASIN.
"Pukul berapa kau tidur hah? Sampai susah sangat nak buka mata ni?,"
Tetap sepi. Badrul mengeluh perlahan. Nampaknya dia bercakap seorang diri.
"Bangunlah!,"Badrul separuh menjerit di telinga Sabrina. Membuat gadis itu tersentak. Pantas bangkit dari tidur dengan muka mamai. Juga membuat Badrul juga turut tersentak. Perlahan dia mengurut dada.
"Kau ni! Dah macam pocong bangkit dari kubur! Yang tidur dengan telekung ni, kenapa? Bukalah,"
"Hmm…,"dengan mata terpejam, Sabrina biarkan Badrul menanggalkan telekung yang dipakai. Kemudian terbaring semula ke katil.
"Tidur lagi…,"Badrul mula merungut.
"Bangunlah! Bersiap. Kita keluar. Kan kau nak sangat keluar dari bilik ni. Cepat bangun," "Hmmm…,"
Badrul kerutkan kening. Sia-sia bercakap dengan Sabrina saat ini. Gadis ini memang tidak sedar langsung, atau saja-saja berlakon? Dia memandang jam di atas meja. Hampir 7.15 pagi. Masih awal. Sengaja dia bangun awal. Selesai solat Subuh, dia bergegas menjengah ke bilik ini. Ingin melihat keadaan Sabrina sebenarnya. Dia tinggalkan Sabrina di dalam ketakutan malam tadi.
Melihat Sabrina yang terus lena, dia berbaring di sebelah gadis itu. Menunggu kalau-kalau Sabrina terjaga. Sia-sia.
"Bangunlah!,"gesanya sekali lagi sambil menongkat kepala di bantal. Melihat wajah Sabrina.
"Hmm…,"
"Hmm..hmm… Bangun aku cakap. Aku cium karang, baru tahu,"
"Hmm..,"
Aik! Ugut macam tu pun, masih hmm jawabnya? Badrul dekatkan mukanya ke telinga Sabrina.
"Make love with me…,"dia bersuara lagi.
"Hmmm…,"
Sah! Perempuan ini memang tidur mati. Mulut sahaja memberi tindak balas, tetapi, otak tidak berfungsi. Dan dia tersangat yakin, memang Sabrina tidak tidur malam tadi. Barangkali gadis ini baru lena. Perlahan dia menggeleng. Pelik dengan sikap Sabrina. Kadang-kadang dia melihat karektor gadis ini jauh berbeza dengan karekter yang telah diproses oleh akal logiknya. Kadang-kadang gadis ini Nampak begitu naïf. Namun, kalau Sabrina senaif itu, apa yang gadis itu fikirkan sehingga sanggup melangkah masuk ke bilik seorang lelaki yang terlalu asing padanya? Apa yang gadis itu inginkan dengan persetujuan untuk berkahwin dengannya setelah mereka ditangkap dulu? Kalau betul, semua ini bukan rancangannya, Sabrina patut menolak saranan bapanya. Sabrina tidak perlu mengahwininya. Tetapi, Sabrina tidak berkata apa-apa. Gadis itu Cuma mendiamkan diri. Seolah-olah perkahwinan itulah sebenarnya yang dia inginkan. Seakan-akan ada agenda tersembunyi di sebalik tindakan Sabrina. Agenda tersembunyi yang dia sendiri masih mahu menyiasat tentangnya. Mahu tahu apa yang diingini Sabrina sebenarnya.
Lamunannya menjauh apabila tangan Sabrina tiba-tiba jatuh ke perutnya. Membuat darahnya berderau seketika. Membangkitkan kembali gelora di jiwanya. Pantas dia memandang wajah itu. Terlalu lena tidur Sabrina. Tidak sampai hati untuk terus mengejutkan Sabrina. Biarlah gadis itu tidur buat seketika. Dia pula, tanpa berfikir, dia bergerak merapatkan diri ke tubuh Sabrina. Menarik tangan Sabrina agar melingkari pinggangnya. Mengusap lembut wajah Sabrina yang lena. Sesekali tidur di dalam pelukan gadis ini, apa salahnya. Sabrina isterinya. Tidak salah apa yang dia lakukan itu. Lagipun, hari masih terlalu pagi untuk dia menjalankan sebarang aktiviti luar. Perlahan dia menarik selimut sambil memeluk tubuh Sabrina. Kedinginan pagi ditambah pula dengan penyaman udara yang terpasang, membuat dia ingin menyambung semula tidurnya. Dia lena di balik keharuman rambut Sabrina.

***
"Apa kau nak buat hari ni? Aku temankan kau,"
Sabrina bungkam. Matanya menjeling tajam ke arah Badrul yang sedang menikmati hidangan makan tengahari. Selamba sungguh reaksi lelaki ini.
"Saya nak rehat kat bilik,"Sabrina bersuara perlahan.
Suapan Badrul terhenti. Tajam memandang wajah Sabrina yang menunduk.
"Kenapa pula?,"
Sabrina diam. Tidak tahu mahu memberi alasan yang bagaimana. Kenyataannya dia tidak mahu terus berdepan dengan Badrul. Rasa malu masih tersisa. Bagaimana dia boleh lena di dalam pelukan erat lelaki itu? Bagaimana dia tidak sedar langsung?
"Kenapa tak kunci pintu?,"tiba-tiba Badrul bersuara. Mengutarakan soalan yang tidak Sabrina endahkan pagi tadi.
"Mana ada?,"
"Mana ada apa? Kalau kau kunci, macam mana aku boleh masuk?,"
Sabrina diam seketika. Cuba mengingati semula sama ada dia kunci atau tidak pintu biliknya.
"Saya lupa kot,"akhirnya Sabrina menjawab perlahan.
"Lupa kot? Baguslah. Dibuatnya orang masuk, nak angkut kau pun boleh, tahu tak? Pintu tak berkunci. Tidur mati. Orang nak rogol kau pun, kau tak akan sedar. Tahu tak?,"
Tersedak Sabrina mendengar kata-kata itu. Tiba-tiba terasa darah menyerbu naik ke muka. Ngerinya andaian Badrul.
"Berapa kali aku pesan, kunci pintu. Sebelum aku keluar pun, sekali lagi aku pesan, kan? Ke.. kau rasa kau tu dah kuat sangat nak melawan?,"
Sabrina diam. Menadah telinga sahaja.
"Kenapa diam?,"
"Betullah tu,"
"Apa yang betul? Kau tu dah kuat sangat? Kalau kuat sangat, kenapa aku peluk pun, kau tak sedar?,"
Menyirap darah naik ke muka Sabrina. Wajahnya memerah tiba-tiba. Tiba—tiba teringatkan kehangatan pelukan Badrul tadi. Cepat-cepat dia tunduk.
"Aku rasa kan… kalau aku rogol kau pun, kau tak akan sedar tadi…,"tiba-tiba Badrul berbisik di telinganya. Mambuat bulat matanya memandang Badrul. Jantungnya terasa berdegup kencang.
"Awak! Kalau nak marah, marah je la. Saya dengar ni. Janganlah merepek macam ni,"
Melihat wajah Sabrina yang benar-benar berubah, Badrul tersenyum kecil.
"Buat sakit tekak aku saja membebel kat kau sekarang ni. Tak ada response. Tak best. Cakap benda macam ni, baru dapat response,"
"Saya nak balik ke bilik dululah,"Sabrina bersuara sambil mengangkat punggung.
"Cakap kat aku, buat apa? Nak ajak aku sekali ke? Kalau nak ajak, cakaplah terus-terang. Tak payahlah berkias-kias macam ni. Aku tak kisah pun. Anytime aku boleh temankan,"sakat Badrul dengan muka serius.
"Mana ada?!,"kuat Sabrina menafikan kata-kata Badrul. Serta-merta juga dia terduduk semula ke kerusi. Membuat Badrul ketawa. Langsung batal niatnya untuk bekurung di dalam bilik.
"Pukul dua petang baru bangun, takkan mengantuk lagi mata kau?,"
Sabrina diam. Ini bukan masalah mengantuk. Ini, masalah dia tidak tahan lagi mendengar kata-kata Badrul. Semuanya membuat dia jadi malu sendiri.
"Cakap pasal tidur, pukul berapa kau tidur malam tadi?,"
Sabrina menggeleng.
"Apa geleng-geleng?,"
"Saya tak boleh tidur. Lepas Subuh, baru saya tidur,"
"Patutlah tidur macam orang mati,"
Sabrina diam. Dia pandang wajah Badrul. Dalam diam, dia tertanya-tanya akan perubahan sikap lelaki itu padanya. Badrul tidak lagi sekeras dulu. Sedikit bertolak-ansur padanya. Sudah ada topic perbualan antara dia dan Badrul. Walaupun, perbualan mereka lebih ke arah pertelingkahan, sekurang-kurangnya ada sedikit komunikasi antara dia dengan Badrul.
"Kenapa?,"
"Hah?,"soal Sabrina terpinga-pinga.
"Kenapa kau pandang aku?,"
Sabrina menggeleng perlahan.
"Makanlah,"
Sabrina memandang nasi goreng di pinggan. Tiada selera sebenarnya.
"Bila kita nak balik?,"soal Sabrina tiba-tiba. Membuat Badrul mendongak mencari wajahnya.
"Kenapa?,"soalnya pendek.
"Tak ada apa-apa. Saja Tanya,"
"Kau dah bosan ke?,"
Memanglah bosan kalau asyik kena kurung! Hati Sabrina menjerit kuat. Tetapi, tidak diluahkan. Takut Badrul naik angin mendengar luahan hatinya. Dia tahu, dia tidak ada hak untuk merungut lebih-lebih. Bimbang pula nanti Badrul menganggap dia mengada-ngada.
"Tak adalah,"akhirnya jawapan itu yang meniti di bibir.
"Kalau macam tu, tunggu jelah masa abah bagi tamat. Cukup dua minggu, baliklah. Balik awal, nanti, banyak pula soalan abah. Aku malas nak jawab,"
Sabrina diam. Dua minggu. Dia menghitung sendiri.
"Maknanya lagi tiga hari lah, ya?,"
"Ya la kot. Aku pun tak kira,"
Sabrina menongkat dagu. Nampaknya dia akan dikurung di situ selama tiga hari lagi. Lama juga.
"Apa lagi kau fikir tu? Makanlah,"
"Kenapa tiba-tiba ajak saya makan kat luar ya?,"soal Sabrina lagi. Badrul mengeluh panjang. Sudu dan garfu diletak di atas pinggan. Makin dilayan, makin banyak pula soalan gadis ini.
"Tolong diam, boleh tak?,"
"Okay. Saya tak cakap apa-apa lagi,"balas Sabrina sedikit kalut. Cepat-cepat mencapai sudu dan garfu, sebelum arahan lebih keras keluar dari mulut Badrul. Baru sahaja ingin menyuap nasi goreng ke mulut, dia terpaku seketika. Tergamam melihat wajah berang seorang gadis manis yang memandang ke arahnya.
"Awak.. itu..,"
"Shut up. And makan!,"suara Badrul sudah sedikit meninggi. Sabrina terus terdiam. Cuma matanya terus memandang langkah gadis itu yang semakin hampir.
"So, apa semua ni?,"sedikit lantang suara itu bergema di belakang Badrul. Membuat suapan Badrul terhenti tiba-tiba. Dia kenal suara itu. segera dia berpaling. Wajah Dayana merah menyala memandangnya.
"Datang cari I konon. Betul ke datang cari I? atau.. sebenarnya datang honeymoon?,"
"Yana. I can explain,"
"Memang pun. You memang selalu boleh explain,"
Badrul menggelabah. Dayana membuang pandang. Geram melihat tingkah Badrul. Sabrina pula terkebil-kebil menjadi pemerhati.
"Dengar penjelasan I. Memang I datang ke sini nak cari you. I tak tipu,"
"Apa-apalah, Bad,"dalam marah, Dayana berlalu. Badrul bungkam di kerusi. Mahu kejar, dia pasti, sia-sia dia dapat memujuk Dayana saat ini.
"Kekasih awak ke?,"soal Sabrina perlahan. Takut melihat wajah Badrul yang keruh tiba-tiba.
"No wonderlah awak nak sangat datang ke sini,"tambah Sabrina juga dengan nada perlahan.
"Yes. So what?,"
"Kejarlah,"
"Ha?,"Badrul bertanya pelik.
"Kejarlah kekasih awak tu. Awak cakap awak boleh explain pada dia,"
Badrul memandang hairan wajah Sabrina yang Nampak selamba.
"Kau tak kisah ke?,"
"Kenapa saya nak kisah? Pergilah,"
"No point,"ujar Badrul lemah.
"No point?,"
"Dia hot tempered. Tak guna pujuk kalau dia tengah marah. Sia-sia saja. Better tunggu dia dah cool down sikit,"
"Macam tu ke?,"
"Ha ah,"jawab Badrul lambat-lambat. Rasa hairan dengan penerimaan Sabrina masih belum hilang.
"Awak. Dia datang balik,"
"Hah?,"Badrul berpaling. Memandang langkah Dayana yang laju ke arahnya. Jantungnya berdegup kencang. Apa yang ingin Dayana katakan lagi? Resah memikirkan cara untuk dia memujuk semula gadis itu.
"Yana. Dengarlah dulu penjelasan I,"Badrul bersuara lagi sebaik Dayana tiba di hadapannya.
Dayana tercegat sambil memandang wajah Badrul.
"I nak kahwin dengan you,"sebaris ayat itu dituturkan, Dayana terus berlalu pergi. Meninggalkan Badrul terkebil-kebil dan Sabrina terpinga-pinga.
"Hah? Apa dia cakap?,"
"Dia cakap dia nak kahwin dengan awak,"laju Sabrina bersuara.
Hah? Dayana setuju untuk berkahwin dengannya? Betul ke? Dia memandang wajah Sabrina.
"Aku rasa aku patut kejar dia,"
"Cepatlah,"ujar Sabrina sepatah.
Untuk seketika Badrul memandang wajah Sabrina. Pantas tangannya mencapai jemari gadis itu.
"Thanks,"ucapnya perlahan. Sabrina Cuma membalas dengan sekuntum senyuman. Memandang Badrul yang sudah berlari mengejar kekasihnya.

Label:

posted by Penulisan2u @ 1:57 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
7 Comments:
  • At 27/12/08 4:04 PTG, Blogger MaWaR_RiMbA said…

    best....tertunggu2 nk baca cerita seterusnya...

     

  • At 28/12/08 4:34 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best..cepat skit sambung....

     

  • At 28/12/08 9:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    alaaa tunggu sikit punya lama..last2 sibadrul ni nak kejar awek dia lak..hish frust betul...si sabrina tu x kan x der perasaan sikit kot kat hubby dia tu?..ape2 pun cepat sikit sambung..tiap2 hari kita bukak tau mana tau kot2 ada sambungan..

     

  • At 1/1/09 5:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hamni, cpt la ckit smbg novel ni..sy da x sbr nk menunggu jalan citer sterusnye ni...plzzzz jgn buat ktrg semua tertunggu-tunggu...

     

  • At 2/1/09 4:48 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    baca la kat blog kak hanni..lg cpt leh baca..

     

  • At 2/1/09 10:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mcmne nak baca kat blog kak hanni...x bleh nak bukak...
    ada sapa2 yg bleh tolong....

     

  • At 2/1/09 11:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    http://manisnyakenangan.blogspot.com.....
    baca kat blogspot kak hanni cepat skit.. dh sampai PAM ke-31

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group