Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Riuh-rendah Dataran Zamdah pada pagi itu dengan suara-suara setiap pelajar yang sedang berkumpul di situ. Syah, sejak dari tadi ke hulu dan ke hilir mencari junior-juniornya yang ditugaskan untuk membantu beberapa orang MPP senior. Sesekali ekor matanya mencari susuk tubuh Que. Namun, hanya kehampaan membalutinya. Ah! Kenapa dengan aku ni? Syah membentak.
"Kak Syah…"
Syah berpaling ke belakang. Epie dengan senyumannya.
"Kenapa?"
"Dari tadi macam cari orang. Cari siapa?" Epie jungkit kening.
"Cari junior akaklah, dik oi!" Syah mencuit sedikit hujung hidung Epie. Epie tersengih-sengih.
"Ke…cari Que?"
Terbelalak biji mata Syah mendengarkan ayat yang baru sahaja meluncur keluar dari bibir Epie. Terasa mahu sahaja dicampakkan tubuh kecil Epie ke atas pentas. Kemudian, diguling-gulingkan macam tikar buruk. Syah gigit bibir.
"Nie apahal pepagi buta timbul pasal dia pulak?"
"Yelah…manalah tahu nak bagi last advice ke, speech ke…ucapan bon voyage ke." Syah membeliakkan biji matanya.
"Jangan nak mengarut."
"Kak Syah…better jumpa dia for the last time sebelum dia pergi."
Syah tersentak. Terasa dengupan jantungnya terhenti seketika. Pergi? Pergi mana? Syah menarik Epie ke tepi. Perhimpunan bakal bermula kurang dari lima minit. Bahu Epie dipegang kejap.
"Que nak pergi mana?"
"England."
"England?"
"Yup!"
Syah telan air liur. Pahit. Kesat.
"Buat apa dia ke sana?"
"No idea. Tanyalah dia sendiri." Epie senyum segaris.
"Kak Syah…sayang, cinta, rindu, kasih tu perkara normallah. Nothing is weird about that. Just say that magic word and everything will be fine or it will be too late for you." Syah rasa terpukul dengan kata-kata Epie and it’s hurt. Sedangkan Epie, pun tahu apa yang aku rasa sedangkan aku? Tak habis-habis menguji, menguji dan terus menguji. Sampai bila Syah? Sampai dia kata, ‘Aku dah give up. Aku takkan paksa kau lagi.’ Macam tu ke Syah? Peluh sudah terasa membasahi baju kurung.
"Kitorang semua tahulah, kak Syah. Eva, Ojan, Kucai, even Iq yang bodoh tahap dewa pasal love whatsoever tu pun perasan. Jangan tipu diri sendiri kak Syah." Sarkastik Epie menutur ayat. Syah telan air liur satu-persatu. Terasa panas mukanya tika itu. Malu! Teramat malu.
"Akak…no matter what, kitorang sokong akak." Epie mengukir sebuah senyuman. Syah membalas. Tawar tanpa perisa. Bahu Epie dilepaskan. Nafas dihela keluar. Kepalanya didongakkan melihat langit. Serentak, wajah Que sedang tersenyum manis ke arahnya menerpa minda.
"Epie, if something happen towards me just get ready keyh?"
"Akak nak cari balik apa yang akak dah terlepas." Serentak dengan kata-kata itu Syah mengatur langkah meninggalkan Epie dengan tawa kecilnya.
"Akak…"
"After the assembly." Epie mengangguk. Happy! And that’s it! They live happily ever after.
PAGI itu, assembly berjalan seperti biasa dan seperti biasa jugalah, setiap kali ada je guru-guru yang berucap operasi ‘mari tidur beramai-ramai’ pun berjalan. Sudah puas MPP mengejutkan mereka yang sudah ‘syahid’ sebelum berjuang. Namun, segala usaha hanya sia-sia belaka. Di atas pentas, Puan Batrisya sedang memberikan ucapannya selaku guru yang bertugas pada minggu tersebut. Tak lama selepas itu, Puan Ainon mengambil alih perhimpunan yang sedang berjalan.
"Assalammualaikum saya ucapkan kepada Yang Berusaha Pengetua sekolah kita, Encik Bahar, guru-guru Penolong Kanan, guru-guru serta putera-puteri yang saya kasihi sekalian." Puan Ainon memulakan kata. Salam Puan Ainon berbalas seperti biasa. Suram. Hanya beberapa orang pelajar sahaja yang membalas. Puan Ainon tersenyum manis. Berbeza benar dengan sifatnya ketika menjalankan tugas sebagai guru disiplin sekolah.
"Sebenarnya, hari ni saya langsung tak berniat untuk berucap panjang. Namun, putera-puteri di hadapan saya yang membuatkan saya terpaksa berucap panjang. Especially to form 5 students. Anak-anak, SPM hanya tinggal kurang dari sebulan sahaja lagi dan semakin nak dekat SPM kamu, makin banyak masalah disiplin yang berkaitan dengan pelajar tingkatan 5. Where’s your manners my dear children? Baru-baru ini saya mendapat laporan daripada wakil MPP yang mengatakan ada beberapa orang pelajar yang terlibat dalam kes kecurian yang telah berlaku di sekolah ini. Betul ke?"
Kedengaran jawapan tidak bersahut-sahutan. Sesekali ia turut diselangi dengan gelak ketawa. Dataran mulai kecoh. Syah menjeling tajam ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang begitu asyik-masyuk mengilai entah tentang apa. Amboi…seronok nampak? Syah menghampiri mereka.
"Excuse me! Kat depan tu takde apa-apa pertunjukan pun." Sindir Syah dengan senyuman yang paling manis. Beberapa pasang mata menghadiahkan jelingan maut. Syah tayang muka selamba. Pikir aku cuaklah kalau korang tayang jeling tahap dewa korang tu? Pooo…dah!
"Ehem…ada kitorang kacau?" balas seorang daripada kumpulan pelajar tersebut atau namanya Syaziera Effina (melalui tag namanya) dengan senyuman sinis. Syah jungkit bahu.
"If anything happen, don’t blame me." Tanpa perasaan Syah menutur ayat dan terus berlalu meninggalkan sekumpulan pelajar tersebut dengan senyuman. Sebaik langkahnya menghampiri barisan pelajar lelaki terdengar satu suara yang cukup dikenalinya menegur.
"Don’t mess with them if you don’t want to get any trouble." Syah berpaling sekilas. Wajah Que serius tanpa segaris senyuman. Anak matanya tajam memerhati kumpulan pelajar perempuan tadi. Syah mengangguk.
"Thanks." Gumam Syah dan terus berlalu dari situ. Dalam tidak disedari sebuah senyuman terlakar di bibirnya. I miss that voice! Dan suara Puan Ainon yang sedang berceramah tentang perangai-tak-makan-saman-budak-budak-tingkatan-5 terus hilang dibawa angin. Sah! Aku dah angau.
PERHIMPUNAN pada hari itu tamat agak lewat daripada biasa. Masing-masing menarik nafas lega sebaik semua pelajar dibenarkan kembali ke kelas. Terasa bagaikan satu penyeksaan kerana terpaksa mendengar entah apa-apa punya ceramah entah daripada siapa-siapa. Tiada siapa pun mahu ambil tahu apatah lagi ambil serius tentang apa yang diperkatakan oleh setiap guru sebentar tadi.
Que menutup mulutnya dengan tangan kanan. Menahan kuap. Di sisinya Poji dengan wajah mengantuk dan Juan dengan muka toya. Dan dan Am entah lesap ke mana. Missing in action. Keyol…hah! Ni lagi satu hal. Tak habis-habis dengan buah hati pengarang jantungnya sejak dia dan Suziyana telah mendeclarekan bahawa mereka adalah luvey-duvey couple. Yucks!
"Que…aku takde mood la nak belajar." Suara Poji memecahkan tembok kebisuan antara mereka. Que berpaling ke sisi. Serentak, tangannya ringan meluku kepala Poji. Poji terjerit kecil. Wajah Que dipandang dengan pandangan tak puas hati.
"SPM dah nak dekat. Tak dengar ke apa yang Puan Ainon cakap tadi. Cukup-cukuplah buat jenayah tu. Tak berkat ilmu tu karang…"
"Apa gaya ustaz pulak ni?"
"Ustaz tak ustaz la. Aku tak nak kantoi SPM nanti. Mati aku! Aku tak nak repeat exam. Bisa mampus…" Anak matanya memerhatikan wajah jeruk masam Poji dan Juan. Sebuah keluhan terhambur dari bibir mereka..
"Tapi…sumpah aku takde mood." Ulang Poji lagi dengan muka sekupangnya. Juan turut mengangguk mengiakan kata-kata Poji. Que senyum nipis. Macam budak-budak! Spoil betul. Bahu Poji dipaut. Juan juga begitu.
"Dah nak SPM kan? Korang punya add math pun entah apa-apa punya markahkan? So, nak flunk paper add math ke?" Que jungkit kening. Poji dah gigit bibir. Juan telan air liur berkali-kali. Dalam otak dah terbayang-bayang wajah ‘lady boss’ mereka bersama wajah hampa dan ‘headmaster’ mereka dengan wajah bengis. Oh no!
"Okay. Kita masuk kelas." Dan pecah tawa Que tika dan saat itu jugak. Menjadi rupanya taktik aku ni. Hmm…bolehlah aku test kat budak-budak bertiga tu pulak.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best...cepat sambung ek nk tau sngt sambungan die......