Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
5 Setelah tamat kuliah,Nia berjalan untuk pulang ke asramanya.Hari itu dia berasa sungguh letih.Apa tidaknya,hari itu dia masih belum dapat berehat.Dia sudah dapat membayangkan katil empuknya di asrama sedang menunggu kepulangannya. " Hai awak!,"sapa Haris.Nia terkejut apabila melihat Haris di sebelahnya yang muncul entah dari mana itu.Dia memandang ke sebelah kanan dan belakangnya untuk melihat dengan siapa lelaki itu bercakap.Haris hanya tersenyum melihat kelakuan Nia itu. " Saya bercakap dengan awaklah,"kata Haris kepada Nia sambil tersenyum. "Dengan aku?Apa yang lelaki ni nak sebenarnya ni?,"Nia tertanya-tanya dalam hatinya. "Boleh saya jalan bersama awak?,"tanya Haris. " Awak memang sedang berjalan dengan saya pun,"kata Nia selamba.Haris tersenyum mendengar kata-kata Nia itu."Terkena aku dengan perempuan ni,"bisik hatinya. " Udara petang ni nyaman kan?,"kata Haris bagi memulakan perbualan dengan Nia. " Awak awak nak apa sebenarnya?,"Nia akhirnya mengajukan soalan itu kepada Haris. " Saya nak berkenalan dengan awaklah,"jawab Haris. " Untuk apa?Saya tak perlukan kawan,"kata Nia dingin. " Awak ni sombong ye?,"kata Haris cuba menyindir Nia.Mendengar kata-kata Haris itu,Nia berpaling dan merenung dia dengan tajam.Kemudian,dia menjeling Haris dan meninggalkan lelaki itu di situ.Langkah Haris terhenti.Dia tersenyum sendirian melihat telatah Nia itu tadi. " Tengoklah..satu hari nanti,awak tetap akan jadi kawan saya,"
Nia mengambil dua sandwich bersama secawan kopi di dalam sebuah dulang sambil berjalan menuju ke salah sebuah meja dalam kafetaria itu.Biasanya dia akan bersarapan dengan Sarah.Tetapi pada hari itu,Sarah tidak dapat bersarapan bersamanya kerana ada hal penting yang perlu dibuat.Hal apa,dia sendiri tidak tahu. " Hai Nia!Selamat pagi!,"Haris tiba-tiba datang dan menegurnya.Nia yang sedang minum air kopinya itu tersedak apabila tiba-tiba dikejutkan dengan teguran Haris itu tadi. " Awak lagi?Awak ni memang suka buat orang terkejut,tahu tak??,"marah Nia kepada Haris.Haris hanya tersenyum."Awak nak apa sebenarnya?Kenapa awak selalu ganggu saya?Saya tahu la saya yang salah sebab langgar awak tempoh hari.Tapi,saya dah minta maaf.So,apa lagi yang awak nak?,"sambung Nia lagi dengan panjang lebar dengan nada yang agak keras. " Saya pernah cakap,saya nak jadi kawan awak,"kata Haris. " Dan saya pun pernah cakap yang saya tak perlukan kawan,terutamanya jenis macam awak ni!Takkan awak masih tak faham lagi?,"kata Nia pula. " Nia,saya tahu pasal kisah silam awak.Saya tahu,awak pendamkan kesedihan awak dalam hati.Saya nak sangat jadi kawan awak,jadi pendengar setia awak.Awak janganlah terus bersedih lagi.Saya sendiri tak tahu kenapa,walaupun kita taklah kenal sangat,tapi saya teringin jadi kawan awak untuk kembalikan Nia yang periang seperti dulu semula,"kata Haris panjang lebar.Kata-kata Haris itu membuat Nia berasa marah. Dia tidak suka apabila lelaki itu menyebut tentang kisah silamnya."Bagaimana dia tahu pasal aku?,"itulah yang bermain dalam fikirannya. " Awak dengar sini,Nia yang tu dah lama mati!Saya tak faham,kenapa awak boleh tahu pasal hal peribadi saya sedangkan kita bukannya kenal sangat.Saya tak nak awak masuk campur dalam hal saya lagi.Saya tak perlukan awak untuk ubah saya.Saya tak perlukan nasihat dari awak dan saya tak perlukan kawan macam awak,faham!!,"kata Nia tegas.Kemudian,dia berlalu pergi meninggalkan Haris.Seleranya untuk makan sandwichnya itu hilang kerana marahkan Haris."Macam mana dia dapat tahu semua tu?," Nia masih tertanya-tanya dalam hatinya.Haris agak terkejut melihat ketegasan Nia itu. Perwatakannya itu sungguh berbeza daripada sebelum ini.Namun,dia tetap tidak akan berputus asa.Dia tetap akan berusaha untuk berkawan dengan gadis itu. Nia menghempaskan badannya di atas tilam katilnya yang empuk itu.Matanya mula berasa mengantuk kerana terlalu letih pada hari itu.Kemudian,dia cuba meraba-raba gelang kesayangannya di pergelangan tangannya itu.Namun kosong.Gelang itu tiada di situ. " Mana gelang tu??,"Nia mula terkejut apabila mendapati gelang itu tiada di tangannya.Matanya yang mengantuk itu kini terbuka luas.Dia mula risau jika gelang kesayangannya itu hilang.Kemudian,dia segera bangun dan membalik-balikkan tilamnya itu.Namun,gelang itu tiada di situ. Dia terus mencari gelang itu.Kali ini dia menyelongkar dalam semua laci-laci meja di dalam bilik itu.Namun,tetap hampa.Gelang itu tiada di situ.Habis seluruh bilik telah diselerakkan olehnya,tetapi dia tetap tidak menjumpai gelang itu. " Astaghfirullahal’azim,"Sarah yang baru pulang itu mengucap panjang setelah masuk ke bilik itu."Kau sedar ke apa yang kau buat ni?,"sambungnya lagi. " Aku cari gelang tangan aku..Kau ada nampak tak?,"kata Nia sambil terus mencari. " Kalau ya pun,janganlah selerakkan barang dalam bilik ni macam ni,"kata Sarah. " Nanti aku kemas semulalah,kau ada nampak tak gelang aku tu?,"tanya Nia sekali lagi. " Tak ada..Kau ni,takkan kau tak ingat kat mana kau letak gelang kau tu?,"tanya Sarah. " Entahlah,aku rasa aku pakai gelang tu pagi tadi.Tapi gelang tu tak ada kat tangan aku,tu yang aku hairan tu,"kata Nia. " Jangan-jangan gelang tu tercicir kat mana-mana tak,"kata Sarah. Nia terhenti seketika."Ya tak ya juga,tapi..kat mana aku tercicir gelang tu.Aku tak perasan bila gelang tu tercicir,"kata Nia.Fikirannya mula ligat berfikir di mana dia tercicirkan gelangnya itu.Sarah hanya mengeleng kepala sendirian melihat kawannya yang separuh gila mencari gelang kesayangannya itu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ade blog tak